Labels

Sunday, July 03, 2005

GELAS DAN AIR



GELAS ini separuh penuh atau separuh kosong?. Ia tertakluk kepada pandangan seseorang, dan ia boleh berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

Apabila kerajaan mengistiharkan Sabtu adalah cuti mingguan kepada kakitangannya, pandangan berbeza dari sudut yang berbeza diberikan. Samada dari sudut kerja atau dari sudut rehat.

Sabtu lepas adalah hari terakhir kerja, dan selepasnya ia adalah cuti mingguan. Ada yang mengambil cuti pada hari Sabtu tersebut kerana berpandangan ia adalah cuti Sabtu terakhir. Sebabnya selepas ini tidak lagi boleh mengambil cuti pada hari Sabtu kerana sememangnya ia adalah cuti mingguan.

Yang tetap bekerja pada Sabtu lepas berpandangan, inilah masanya kita bekerja pada hari Sabtu, kerana selepas ini tidak ada lagi (secara rasmi) Sabtu kerja, jadi kerjalah pada Sabtu tersebut sebagai kenangan akhir.

Adegan Yang Tidak Ingin Dilihat
Bank-bank sedang mengkaji samada staf mereka juga patut bekerja 5 hari seminggu setelah kakitangan kerajaan kerja 5 hari seminggu. Alasan kukuh sudah tentulah, ATM ada, Internet ada, phone-banking ada, jadi buat apa kerja pada hari Sabtu?. Jikalah semua urusan bank dapat diselesaikan dengan kemudahan tersebut, elok juga jika bank ditutup terus kepada orang awam, bank boleh dibuka 24 jam sehari melalui kemudahan lain.

No comments: