Labels

Sunday, November 16, 2003

PROGRAM HUJUNG MINGGU


HUJUNG minggu ini banyak aktiviti yang perlu dibereskan hinggakan blog sengaja tidak dikemaskini dan membiarkan survey berpanjangan. Di antara alasan logik dan alasan tidak logik mengapa blog tidak dikemaskini ialah seperti berikut:-

1. Survey perlukan masa lebih lama supaya dijawab oleh pengunjung - mungkin logik

2. Hari Sabtu dan Ahad, tidak ada siapa akan baca. Pembaca cuti, penulis juga cuti - Logik

3. Tidak ada cerita yang dirasakan menarik untuk ditulis - Terlalu logik

4. Sibuk konfogurasi Treo 600 yang baru dibeli - Amat logik
(tetapi Treo600 ni dah habis stok jadi alasan ini tidak wujud)

5. Sibuk membaiki PC anak saudara yang tiba-tiba rosak - Logik
(pertama kali berjaya baikpulih PC yang roask teruk - bagi yg tak tahu)

6. Sibuk membaca novel ARCA - Logik
(ulasan novel tersebut boleh dibaca di http://www.communityzero.com/resensi)

7. Seronok sangat membaca dua buah buku haiku - Logik
(beli buku Haiku World dan Haiku moment di Kinokuniya)

8. Mencari ilham untuk menulis di eNovel Jangan Ada Dendam - Tak logik
(Suraya telefon nak datang Msia, macamana nak cari alasan ngan Sri Diah ni?)

9. Tersangat letih setelah menukar parque depan bilik air dgn marmar - Tak percaya?
(betul.......)

10.Berfikir macamana nak baiki blog hasil dari jawapan survey --- Mungkin jugak

No comments: