Labels

Tuesday, November 04, 2003

JABATAN KERAJAAN YANG CEKAP

JABATAN KERAJAAN YANG CEKAP

Sampai di pejabat hari ini, terus menelefon seorang kawan di Ibu Pejabat JPN kalau-kalau dia boleh tolong percepatkan untuk membuat cabutan sijil kelahiran anak yang telah hilang (bukan anak yang hilang, tapi surat beranaknya). Peraturannya ialah pemohon perlu mengisi dan menandatangan borang permohonan. Oleh kerana beliau akan keluar mesyuarat, lantas dia cadangkan supaya pergi ke pejabat di Maju Junction ambilkan borang dan dia akan mengambil borang yang telah lengkap di rumah nanti. Sampai ke Maju Junction, jam 9:40 dan didapati ia tidaklah sesibuk yang dijangka. Terus menuju ke kaunter pertanyaan dan diberikan borang serta nombor giliran pada jam 9:41am dengan nombor 1029. [No. Sekarang 1026 dan anda akan dilayan sebentar lagi]. Dipendekkan cerita, jam 9:50 segala-galanya telah siap, iaitu cabutan sijil kelahiran dan resit pembayaran sebanyak RM5 yang dibuat dikaunter.

Bukankah ini suatu contoh perkhidmatan kaunter yang cemerlang oleh jabatak kerajaan?. Kebetulan hari ini ialah harti pertama Pak Lah masuk ke pejabat sebagai PM dan juga menteri Dalam Negeri - KDN (selain dari menteri Kewangan). Kebetulan juga JPN ialah dibawah KDN. Jika di hari pertama ini perkhidmatan yang cemerlang telah diberikan (semenjak dulu lagi rasanya), maka moga-moga ianya akan berkekalan sampai bila-bila selagi ianya diperlukan.

Syabas JPN.

No comments: