Labels

Thursday, November 20, 2003

MERIAHNYA TERAWIH





MALAM tadi imam memaklumkan bahawa insyaallah kita hanya ada empat malam sahaja lagi untuk bertarawih. Oh maknanya kita telah berada di penghujung Ramadan dan Syawal bakal menjelma. Biasanya pada masa ini ramai di antara kita yang akan berazam pula untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Namun kebanyakan dari kita juga biasanya bertangguh disebabkan banyaknya aktiviti rumah terbuka, hinggakan apabila dah di penghujung Syawal barulah tersedar semula.

Berbalik kepada terawih, semasa budak-budak dulu yang seronoknya ke surau atau masjid untuk terawih bukanlah sembahyangnya, tetapi selawatnya. Kita budak-budak akan ramai-ramai ikut berselawat pada setiap dua rakaat dengan suarat yang kuat dan penuh kemeriahan. Kemudian waktu orang dewasa sembahyang, kita akan pergi makan kuih moreh dan bila tiba masanya berselawat lagi. Itulah rutin budak-budak yang belum akhir baligh berterawih.

Malam tadi juga, untuk kesedian malamnya di surau tempat mba tinggal, mba mendengar lagi leteran siak seperti malam-malam biasanya memarahi budak-budak dengan memberi macam-macam amaran supaya jangan buat bising, jangan ganggu orang dewasa, duduk diam-diam dan macam-macam lagi. Dibuatnya budak-budak ni macam musuh mereka saja, siap diacu-acunya penampar ke muka budak-budak ni. Ada budak yang takut, ada yang menangis dan ada yang buat selamba sahaja malahan ada yang mengejek. Orang-orang kita ni, masih menggunakan teknik menakut-nakutkan budak. Berbeza sekali dengan di negara orang, masjid dibina supaya mesra budak-budak, supaya budak-budak seronok ke masjid. Masjid di barat yang pernah saya singgah untuk berterawih siap dengan pelbagai kemudahan untuk budak-budak bermain, lengkap dengan pelbagai alat permainan. Mereka gunakan saikologi sepenuhnya supaya budak-budak tidak takutkan masjid dan rasa rindu untuk datang ke mesjid, walaupun tujuannya bukan untuk beribadat (mudah-mudahan ia akan jadi ibadah apabila mereka dewasa). Malahan semasa hari raya, semua budak-budak seolah-olah wajib ke masjid. Sebabnya ialah setiap masjid akan membahagi-bahagikan hadiah kepada setiap dari mereka. Nampak seolah-olah macam meniru budaya ugama lain, tetapi tujuannya supaya budak-budak gembira dan tidak seronok untuk ke mesjid.


---- dari kamus dewan -----
TARAWIH = TERAWIH
-sembahyang sunat yg dilakukan pada bulan Ramadan (selepas sembahyang Isya’)
MASJID
-Bangunan khas tempat orang Islam beribadat




No comments: