Labels

Monday, November 03, 2003

MENGAJAR IALAH CIKGU TERBAIK

MENGAJAR IALAH CIKGU TERBAIK

Tajuk di atas ni agak mengelirukan, tapi mungkin itulah yang terbaiki yang boleh saya tulis. Itulah satu pelajaran yang telah diberikan kepada saya pada mula-mula masuk kerja dahulu. Pada masa tu komputer semuanya mainframe dan era mini baru bermula. Apabila PC mula menjelma maka macam-macam kerenah pengguna perlu dilayan. Walau bagaimanapun bagi yang terdidik dalam suasana mainframe, sudah tentu susah nak terima kehadiran PC.

DBMS yang kira top pada masa itu ialah dBASE III. Kira-kira tiga bulan selepas melapor diri, ketua saya telah mengarahkan saya mengajar DBMS ini secara rasmi kepada semua pengguna terpilih di sebuah institut latihan. Masyaallah, apa benda mengenai dBaseIII pun saya tak tahu, macamana nak mengajar, seminggu pulak tu. Lagipun ‘anak murid’ adalah super-senior semuanya hinggakan superscale “D”. Pada masa itu superscale “D” memang teramatlah tinggi darjatnya, tapi mengapa masih nak belajar dBASE III?.

Bos saya kata, sebab saya tahu awak tak pandai dBASE III lah yang menyebabkan saya arahkan awak jadi tenaga pengajar. Pegangan saya ialah, mengajar ialah cara belajar yang paling baik. Hendak atau tak hendak, awak kena buat dan kebenaran kata-kata saya ini dapat awak nikmati kemudian. Awak akan dibayar RM100 satu jam maksima hingga suku dari gaji bulanan awak. Semua keperluan mengajar sila uruskan sendiri dengan institut. Hendak tak hendak bagaikan paksa rela sahajalah menerima tugasan ini. Cari (beli) buku dBaseIII untuk dibaca, dapatkan perisian untuk cuba, sediakan nota, sediakan kajian kes, contoh data dan berlatih bercakap. Nak beli PC, terlalu mahal sangat, RM5000 pada tahun 1983 memang tak mampu. Pada masa itu Internet juga tidak ada untuk dirujuk.

Dipendekkan cerita saya mengajarlah di institut tersebut sehingga kepada dBaseIV muncul dan sememangnya amat benar sekali bahawa mengajar adalah sebaik-baik cara belajar. Terima kasih bos.

.... Sehingga sekarangpun sebenarnya jika ada orang yang meminta tolong daripada kita, sebenarnya ia akan memberikan satu ilmu baru buat kita, tidak rugi untuk membantu.

No comments: