Labels

Friday, November 07, 2003

LAWATAN KE IMIGRESEN KALI KE SEKIAN

LAWATAN KE IMIGRESEN KALI KE SEKIAN

Rasa-rasanya tiga jabatan kerajaan utama yang sering dilawati oleh rakyat ialah JPJ, JPN dan JIM. Jika diandaikan bahawa 50% daripada rakyat Malaysia adalah pemilik kenderaan atau tuan punya lesen maka pelanggan JPJ ialah sekitar 10 juta orang setahun. Pelanggan JIM pula ialah 10 juta orang dalam 2.5 tahun (1X pergi buat dan 1X pergi ambil untuk tempoh hayat paspot 5 tahun). Ini bersamaan dengan 4 juta setahun. Seluruh rakyat Malaysia pula perlu berurusan dengan JPN sebanyak 5X sepanjang hayat. Andainya tempoh hayat kita ialah 60 tahun maka JPN menguruskan 24 juta pelanggan sebanyak 5X dalam 60 tahun yang bersamaan dengan 2 juta setahun.

Daripada sifir dan congak yang tidak berapa betul ini menunjukkan JPJ adalah jabatan yang paling banyak berurusan dengan orang awam, iaitu 10 juta setahun berbanding dengan JIM hanya 2 juta setahun. Walau bagaimanapun sebahagian urusan dengan JPJ boleh diwakilkan kepada pihak ketiga ataupun tonto (tolong orang tipu orang), walhal di JIM terpaksa berurusan sendiri.

Siang tadi mba dan anak ke JIM untuk kesekian kalinya untuk urusan permohonan paspot Malaysia. Berikut ialah menu yang dilalui untuk tatapan dan analisis semua.

7:30am – tiba di JIM dan berbaris untuk mengambil nombor

8:49am – Dapat nombor 1112 dan nombor 1020 sedang diuruskan
(maknanya proses mendapatkan nombor ialah 20 orang bagi 1jam 19 minit?)

9.00am – Pengumuman nombor sudah habis dan tidak akan dikeluarkan lagi.
Nombor dari 1001 – 1150 akan diuruskan sebelum 12pm dan
1151 ke atas sila datang semula
ke JIM pada 2:45pm (maknanya 150+ pelanggan diuruskan dalam masa 4 jam)

10:20am – Nombor dipanggil dan serahan borang dilakukan.
Sila duduk dan tunggu nombor untuk buat bayaran

11:30am – Nombor dipanggil untuk buat bayaran. Paspot siap pada Isnin.

Sementara menunggu, habislah setengah novel mba baca dan oleh kerana suasana yang tidak begitu selesa, maka kepalapun berdenyut-denyut kesakitan. Dalam perjalanan pulang, SMS kepada bos, “baru selesai urusan imigresen dan saya EL hari ini” dan pulang ke rumah.

No comments: