Labels

Tuesday, October 04, 2005

TURUN PADANG

TURUN PADANG ialah kata-kata paling lumrah kita dengari di Malaya apabila bercakap pasal 'buat kerja'. PM suruh menteri-menteri turun padang. Menteri suruh Wakil Rakyat turun padang untuk tengok masalah rakyat @ pengundi mereka (5 tahun sekali). Pengarah suruh anak-buah turun padang on the ground tengok apa yang sebenarnya berlaku.

Mengapa turun padang?. Biasanya, jika di Malaya, orang ke padang untuk bermain. Padang bola tempat orang main bola. Padang permainan tempat budak-budak bermain. Jadi sudah tentu turun padang bermaksud untuk bermain (bukan untuk bekerja atau menyelesaikan masalah orang lain). Walau bagaimanapun jika tidak untuk bermain, maka turun padang ialah untuk menonton oarng lain yang bermain.

Turun padang mungkin diambil dari kata-kata penjajah berbunyi go to the ground atau go to the field. Jika ia diterjemah ke bahasa kita, ia mungkin bermaksud turun ke bawah @ ground (tak mungkin turun ke atas). Atau pun pergi ke medan, bendang @ field.

Turun ke bawah lebih sesuai berbanding turun ke padang kerana bos-bos biasanya duduk di atas, oleh itu turun ke bawah bermaksud pergi tengok mereka-mereka yang di bawah.

Turun ke medan (field) lagilah tepat. Medan biasanya tempat berjuang. Jadi turun ke medan bermakna pergi berjuang bersama-sama. Ha ha ha ia lebih tepat jika jeneral yang arahkan kolonel pergi ke medan (alahai teringat pada lagu Rafeah Buang pulak .... kanda di medan perang ..... dinda di medan seni .... sama-sama berjuang, sama-sama berbakti.. untuk ibu pertiwi ... )

Pergi ke bendang teramatlah tepatnya. Sebabnya petani memang kerja bendang. Jika PM arahkan wakil rakyat turun bendang, maksudnya jika berat tanganpun, terpalitlah juga lumpur ke badan. Memang berkesan.

Moh.... nyahkan kata-kata turun padang kepada pi bendang.

p.s Ada juga yang turun padang untuk makan atau untuk berniaga atau untuk tujuan2 tertentu, iaitu Padang kat Indonesia sana.

ha ha ha ha.

No comments: