Labels

Thursday, October 13, 2005

APAKAH ERTINYA PEMULIHAN?

PEMULIHAN berasal dari perkataan pulih.
Pulih bermakna kembali seperti biasa (keadaan asal)
Maka kereta yang rosak dipulihkan
Komputer yang punah dipulihkan
Manusia yang dah tak jadi macam manusia a.k.a penagih dadah dipulihkan
(dengan memasukkannya dalam pusat pemulihan)
Perangai manusia yang rosak a.k.a mat rempit juga dipulihkan

Maka adakah wajar perkataan pemulihan digunakan untuk menjadikan murid yang tidak tahu 3M (membaca, menulis mengira) supaya tahu 3M?.
(lainlah jika asalnya budak2 ni memang dah tahu 3M, tetiba saja depa ni kena rasuk lalu semuanya hilang fikiran dan dah tak kenal apa itu 3M).

Bacalah penggunaan pemulihan di bawah dan semoga anda semua masih sempat lagi untuk dipulihkan:-




Kabinet setuju tambah guru pemulihan

KUALA LUMPUR: Kabinet semalam bersetuju menambah guru pemulihan bagi memantapkan lagi Program Pemulihan Khas murid sekolah rendah bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menguasai 3M atau membaca, menulis dan mengira.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat Kabinet berikutan hasil perbincangan beliau dalam Biro Pendidikan Umno.

“Tugas kita sekarang ialah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memastikan bahawa jawatan itu diisi dan guru ditempatkan di sekolah yang dikenal pasti mempunyai ramai murid yang perlu dipulihkan.

“Malah, Bahagian Pendidikan Khas menerusi Program Pemulihan Khas memang sudah diarah memantapkan lagi program mereka,” katanya selepas merasmikan Majlis Wacana Ilmu Guru-Guru Pendidikan Islam Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini malam tadi.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Mohd Sarit Yusoh (BN-Temerloh) ketika perbahasan di Parlimen kelmarin bahawa ada lebih 100,000 murid Tahun Dua hingga Enam sekolah rendah di seluruh negara tidak mempunyai kemahiran 3M.

Katanya, angka itu mewakili tiga peratus daripada keseluruhan murid sekolah rendah negara ini.

No comments: