Labels

Sunday, October 16, 2005

NILAI SEGULUNG IJAZAH

PADA zaman sebelum perang dulu, orang tua-tua bercerita sekiranya kita ada duit satu sen, dah kira boleh berbelanja sakan (jika ada 10 sen sudah tentulah mewah agaknya). Sebabnya makanan dijual dengan harha suku sen dan setengah sen sahaja. Namun kini, jika anak-anak ke sekolah dengan berbekalkan RM10 sehari, itu tidak lagi menghairankan. Zaman sekarang mana ada lagi duit suku sen atau setengah sen?.

Dulu juga, bersekolah setakat lulus darjah enam, sudah terjamin untuk dapat menjadi guru. Kini? oh SPM pun belum tentu akan dapat kerja. Begitulah perkembangan zaman meninggalkan kenangan silam.

Tidak berapa lama dulu, jawatan kerani di jabatan kerajaan disandang oleh lulusan SPM. Tetapi kini sudah ramai lulusan diploma dari pelbagai bidang yang menjadi kerani. JPA sudah mengeluarkan surat edaran terbaru, bertarikh 12 Oktober 2005, Surat Edaran JPA : Keutamaan Pelantikan Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Mempunyai Ijazah Ke Jawatan Yang Lebih Tinggi Dalam Perkhidmatan Awam . Kandungan surat ini ialah supaya memberi keutamaan kepada pemegang ijazah yang sedang berkhidmat dalam kumpulan sokongan (kerani dan sebagainya) supaya dipertimbangkan ke jawatan yang lebih tinggi dalam kumpulan profesional dan ikhtisas bila ada kekosongan. Ini ialah untuk membolehkan graduan menganggur supaya memohon jawatan kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam. Dalam erti kata lain, jawatan kerani kini memerlukan kelulusan ijazah.

Begitulah nilai segulung ijazah.


No comments: