Labels

Monday, October 03, 2005

SIAPA MAT JAN?

DULU ada seorang artis bertanyakan siapa Mahathir?. Sebenarnya beliau bukan tidak kenal orang yang ditanya, tetapi ia adalah agak angk** apabila diri beliau sebagai seorang artis pujaan [agaknya] ingin disamakan dengan PM. Maka kecohlah satu Malaya akan fe'el artis tersebut.

Kini ada seorang bloger tanya siapa itu Mat Jan?. Saya yakin dan percaya bahawasanya beliau bertanya soalan sedemikian bukan ingin menghina atau menyindir, namun beliau benar-benar tidak kenal akan Mat Jan. Apa yang ingin diutarakan ialah mutu soalan tersebut, kaedah ia bertanya [di hadapan publik] dan 1001 selatan lagi.



Oleh kerana artis yang bertanya siapa Mahathir tidak dilucutkan kerakyatan Malaysia yang baru diperolehinya, maka adalah wajar juga barangkali bloger yang bertanya siapa Mat Jan tidak ditarik balik keahlian GEJU beliau. Namun, adakah wajar seorang rakyat Malaysia tidak kenal PMnya?. Sama juga barangkali dengan GEJUis yang tidak mengenali Mat Jan!. Amboi hang Mat Jan.... masih ada lagi GEJUis yang tak kenai hang?.



Mat Jan versi AJ

No comments: