Labels

Thursday, October 06, 2005

PUASA PERTAMA PENUH EMOSIONAL

TAMAT sudah hari pertama puasa. Horey!!!! 28 hari lagi raya!!!!.

Jam 5:20pm aku bukak pintu bilik (tutup pintu sebab solat Asar jap), wah suasana kat luar sunyi sepi, sorangpun dah tak ada, semua dah balik. Jika hari biasa setakat 7pm tu masih meriah lagi budak-budak programmer yang lemas dalam loops programming mereka. Agaknya hari ni hari pertama nak balik berbuka dengan yang tersayang kot.

Turun ke bawah, ewah kafeteria masih buka dan dimaklumkan akan buka sampai 8pm untuk berbuka. Ini sudah bagus. Tuan punya kafe kata nak try 2-3 hari, jika ada customer, nak teruskan, jika tidak nak tutup sajalah. Ofis mba kat tingkat 5, kafe kat tingkat 2 saja, senang banyaklah macam ni. Jika buka terus sampai sahur kan bagus!.

Sebelum berbuka dapat call dari seorang sahabat. Dia ni orang harapan aku, orang suruhan aku dan boleh diharap untuk tolong aku. Sekarang ni dia penolong setiausaha aku. Panggilan dia ni seolah-olah dia membekalkan aku dengan air mata sebagai juadah berbuka hari ini. Dia muda lagi, tubuh badan steady saja dan baru seminggu balik dari Jepun atas urusan aku yang aku wakilkan kepadanya sebab big bos aku tak izinkan aku keluar negara kerana aku sepatutnya sibuk. Di Jepun dia demam, seminggu di sana kehilangan berat badan 3kg dan bila balik sini dia disahkan berpenyakit kencing manis. Dia dah frust habis, dia belum bersedia lagi katanya, dia banyak lagi benda hendak dibuat, banyak lagi agenda aku yang dia rasa belum dilaksanakan, panjang lagi langkah yang perlu diatur. Namun diabetes dengan skel 14 yang diterimanya menyebabkan dia tertekan yang amat sangat, dah tak mahu buat semua benda, nak resign dari semua jawatan dan tak mau makan semua benda. Waduh-waduh-waduh, berat lagi bahu memikul, tak kurang beratnya telinga mendengar.

Baru-baru ni pula, jiran aku, sparring-partner aku diserang sakit jantung. Suatu pagi, dia bangun tidur, terasa pening. Pening yang lain macam, berputar-putar segalanya hingga tidak boleh bangkit. Kemudian loya-loya dan muntah hingga 20 kali katanya. Dibawa ke klinik dan terus dirujuk ke wad kecemasan HKL oleh doktor setelah mendengar simpton begitu. Oh itu rupanya simpton serangan sakit jantung... dan memang disahkan oleh HKL dia kena heart attack. Badan dia OK, tiap2 minggu main badminton dan kerap kali aku jumpa dia kat KLCC berjoging (aku berjalan jer).

OK.... hari ini pertama kali berbuka sorang-sorang. Bersila sorang2 kat ofis. Bukan banyak kerja, tapi oleh kerana kat luar banyak jem. Nak gi surau kat sini atau masjid kat sana, kat luar tu hujan. Ah berbuka kat bilik sajalah... Seperi tahun2 lepas juga, puasa pertama ini dan beberapa hari lagi, aku akan sakit kepala. Entah migren entah apa, tapi memang sakit (masih sakit lagi ni walaupun baru jaga dari tidur selepas telan ubat). Gejala sakit kepala ini ialah sebab perut kosong. Ia akan berterusan 3-4 hari, kemudian baru OK setelah perut dapat faham agaknya yang habuan untuk dia dah tak ada. Perut oh perut...

Dan seperti tahun2 lepas juga, aku jangka tetamu tak diundang akan datang lagi. Setiap kali puasa dia mesti datang. Sebabnya Encik Gout ni dia pantang bila badan kurang air, dia mai singgah kalu, 3-4 hari dia dok mai, badan kita, kaki kita, lutut kita depa buat macam rumah sendiri saja. Dok halau dengan pain killer ka, dengan apa ka, depa buat tak tau saja. Mudah-mudahan ini tahun (dan tahun2 seterusnya) En. Gout tak usahlah mai singgah sini, pi lah cari orang lain pulak..... cek dah tak larat dah nak tanggung hang.

Orang lain bersahur dengan ayaq kosong, aku tak boleh.... kena bersahur biaq penuh perut sebab kena makan ubat .... macam2 jenis ada...

Selesai berbuka (belum habis azan dah licin semuanya), selesai solat aku menuju ke tempat parking di basement dan aku terperangkap dalam lif. Dalam hati habislah aku, matilah aku sebab pintu lif jem, tak boleh buka. Bersahur dalam liflah aku. Nak buka dari dalam tak boleh, nak jeritpun mana ada orang.... fuyo....padan muka aku. Pas tu kan, aku tekan butang emergency kuat-kuat dan pintu tertutup dan dia meluru ke tingkat 5 dan dia terbuka. Aku tak serik, aku amik lift lain dan turun ke basement. Ini pengajaran suruh guna tangga saja kot lain kali.....

[selesai].

No comments: