Labels

Tuesday, May 17, 2005

GLOBE DALAM KENANGAN



KHABARNYA The Globe Silk Store, di Jalan Tunku Abdul Rahman akan ditutup. Setelah lebih 45 tahun berdiri megah dan memberi khidmat penyediaan dan penjualan pakaian berjenama Don, kini ia tidak akan kelihatan lagi di tengah ibu kota.


foto dari Malay Mail

Monday, May 16, 2005

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru
Selamat Pagi Cikgu


1. RASA-rasanya hari guru hanya dirayakan di peringkat sekolah sahaja, iaitu samada sekolah rendah atau sekolah menengah. Jika tidak silap ingatan, ia tidak disambut di peringkat sekolah tinggi atau universiti. Jika betul begitu, mengapa ekk?.

2. Di negara kita, ada beberapa profesyen yang meletakkan nama profesyen di depan sebutan nama. Di antaranya ialah doktor (Dr.), Jurutera (Ir. serta guru (cikgu atau ustaz atau ustazah). Maaf tiada gelaran bagi cikgi ya!. Bagi pegawai-pegawai tentera dan polis pula, gelaran pangkat mereka diletakkan di depan. Jawatan-jawatan lain, walaupun lebih tinggi dan lebih hebat dari profesen tersebut, tidak dipanggil dengan nama profesen. Misalnya PTD, KSU, KP malahan menteri atau Perdana Menteri pun (tetapi Presiden ya!).(President Bush, Prime Minister Mahathir etc.)

3. Adapun gelaran Cikgu dan Ustaz ini, akan berkekalan kepada penyandangnya walaupun setelah mereka meninggalkan profesyen tersebut @ bersara. Berlainan sedikit dengan pegawai tentera yang diletakkan perkataan (bersara) selepas tamat perkihdmatan ch. Kolonel (B) Sianu bin Sianu. Tapi bagi pegawai polis pula, gelaran pangkat tersebut ditarik balik selepas bersara. Cubalah perhatikan.

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu.

Sunday, May 15, 2005

PUTRAJAYA MALAM HARI




bulan mengambang
jambatan tanpa sungai
faham sendiri


SUATU malam aku ke Putrajaya,
di langit ada bulan, tanpa bintang
di bumi ada jambatan, tanpa sungai

dalam poket aku ada kamera, tanpa filem


jadi akupun ambillah gambar
(kamera digitallah... tak perlu filim).

Saturday, May 14, 2005

SEBAB PULUT SANTAN BINASA

BIDALAN orang Melayu: Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana.

Dikhabarkan, disebabkan oleh sebuah pantun:

Siakap sinohong
Ikan gelama ikan duri
Bercakap bohong
Macamana boleh jadi Menteri

Ketua sebuah universiti diberitakan telah didesak untuk meletakkan jawatan oleh Lembaga Pengarah Universiti tersebut.

Mengenai kes Ahmad Harizal pulak, pemuda pertama yang didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara kerana tidak menghadiri Latihan Khidmat Negara, juga katanya disebabkan oleh mulut.

Apa bila ditanya mengapa awak tak pergi LKN? Dia jawab saya malas. Padahal jika dijawabnya saya orang susah, kena tanggung keluarga, ayah tak ada bla bla kununnya dia akan dibebaskan.

Tapi rasanya itu hanya alasan sahajalah, setelah pihak berwajib dihujani dengan pelbagai panggilan memarah memaki dan mengutuk hukuman penjara yang dikenakan terhadap seorang budak miskin yang gagal hadir Khidmat Negara.

Alahai budak-budak, macamana dia nak menjawab soalan bertubi-tubi dari pihak polis dan pendakwa?. Budak kampung yang tak berpendidikan pulak tu. Jika jawab lebih-lebih kang dapat hadiah pulak. Lebih baik berdiam diri atau jawablah mengikut kehendak yang bertanya soalan. Lain lah jika dia diberikan peguam bela atau kaunselor untuk membantu, atau sekurang-kurangnya orang dewasa untuk mewakilinya. Hah tak logik betul alasan tu.

Jika alasan 'malas' tu boleh diterima, bagaimana pulak dengan kes seorang rakyat asing yang dipenjarakan dan dirotan baru-baru ini kerana dijatuhkan hukuman kerana dikatakan memasuki negara ini secara haram. Walaupun dia masuk secara sah, namun dia tidak diberikan peluang 'bercakap' kerana perkhidmatan jurubahasa tidak disediakan. Ini juga dikatakan sebagai sebab pulut santan binasa.

Thursday, May 12, 2005

NAIK HARGA LAGI

MASALAH kekurangn diesel yang berlaku (atau sengaja dilakukan?), akibatnya harga diesel dan petrol juga turut dinaikkan.

Lanjutan dari harga petrol dan diesel dah naik, harga roti canai juga naik, nasi lemak menyusul dan pendek kata tidak ada harga yang tidak akan naik. Semuanya naik.

Dengar khabarnya harga tol juga akan naik. Walaupun kenaikan harga petrol tidak ada kena mengana dengan tol. Inilah yang dikatakan 'menyahut seruan kenaikan harga'.

Barang-barang kawalan yang tidak dapat dinaikkan harga juga turut akan dinaikkan harganya. Harga susu cair/pekat yang termasuk dalam harga kawalan khabarnya sudah lama memohon untuk dinaikkan harga. Alasannya ialah Malaysia menjual susu paling murah di rantau ini. Bila jual murah, nanti tidak ada orang akan melabur dalam industri susu. Mereka mungkin akan beralih ke negara lain seperti Thailand. Logik tak alasan ini?. Rasanya bila pelabur susu ke Thailand, mereka akan jual susu (atau apa-apa sahajalah) dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.

Entah betul entah tidak.

Wednesday, May 11, 2005

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH berkat doa kawan-kawan, samada yang jauh atau yang dekat. Adik saya telahpun sedar sepenuhnya. Telahpun keluar dari ICU dan kini ditempatkan di wad biasa. Beliau sendiri yang menelefon emak saya mengatakan esok atau lusa dia akan discaj, bergantung kepada hasil xray pada hidungnya yang patah. Luka-luka di kepalanya sudah beransur sembuh.

Terima kasih semua atas cakna dan simpati yang dihulurkan, samada melalui telefon, SMS, TagBoard, komen dan juga melalui hati.

Adakah ini Cerita Benar atau Rekaan?
Ramai yang terkeliru dan kurang pasti samada ia adalah cerita benar atau rekaan dan hayalan saya semata-mata. Kadang-kadang saya boleh bercerita mengenai perkara sedih sambil ketawa dan buat kelakar sahaja. Memang ramai yang kurang percaya. Jika saya cerita kisah sedih dengan cara yang sedih, takut saya pulak yang menangis nanti ... kan tak elok orang tua lelaki menangis.

OK .... ia adalah cerita yang benar-benar terjadi. Cerita kemalangan adalah benar. Cerita keluar dari mahkamah memang benar. Cerita konspirasi adalah berasas (berdasarkan cerita orang). Cerita isteri saya terbang?. Oh ... itu rekaan.

Nota Kaki
Mengapa kita digalakkan menziarahi orang sakit? Saya rasa jawapannya ialah kerana Nabi s.a.w memang menganjurkannya. Walau bagaimanapun, dalam masyarakat kita, mungkin ada udang di sebalik mee yang menyebabkan kita datang menziarahi orang sakit. Jika mee sudah basi, buat apa kita datang, sebab sudah pasti udangnya juga sudah mati. Perumpamaannya, semasa adik saya sakit dan tidak sedarkan diri, saya dengar soksek-soksek dari kawan-kawannya mengatakan 'buat apa kita datang menziarah, dia tak sedarpun. Kita datanglah masa dia sudah sedar nanti'.

wallahualam.

Tuesday, May 10, 2005

INTIM

SAYA telah mengenali INTIM (walaupun tidak secara intim) barangkali semenjak penubuhannya lagi. INTIM di sini bermaksud INTAN wilayah Timur, atau INtan TIMur. Ia terletak di daerah Kemaman, Terengganu.

Namun semalam saya menerima sepucuk surat dari INTIM yang bermaksud Institut Teknologi Info-Sains Mahir (www.intim.edu.my). Ia adalah sebuah IPTS. Selain dari kumpulan in-team, mati-mati saya ingatkan hanya ada satu sahaja INTIM di Malaysia. Rupa-rupanya jangkan itu meleset, malahan kedua-duanya adalah merupakan institusi pendidikan atau latihan. Satu hanya untuk kakitangan kerajaan dan satu lagi terbuka kepada penuntut.

Mengapa boleh ada dua INTIM?. Saya rasa INTIM yang pertama tidak berdaftar dengan mana-mana pihak dan hanya nama gelaran secara dalaman sahaja ia dikenali sebagai INTIM. Masyarakat setempat mungkin mengenali INTIM, masyarakat INTAN juga mengenali INTIM namun rasanya tidak ada suatu dokumen 'sijil kelahiran' INTIM. Oleh itu INTIM kedua boleh diwujudkan dan boleh mendaftar untuk Domain Name sekali.

Barangkali perkara ini sudah menjadi lumrah dalam perkhidmatan awam. Dulu semasa saya di JAN (Jabatan Akauntan Negara), ada kawan saya juga ingin menggunakan JAN (Jabatan Arkib Negara). Oleh kerana JAN tempat saya bekerja itu lebih dulu menggunakan perkataan JAN, maka kawan saya tersebut 'beralah' dan menggunakan nama arkib sahaja. Kemudian JAN yang pertama tadi menukar nama kepada JANM (M bermakna Malaysia) dan kini mengubahnya pula kepada ANM (Akauntan Negara Malaysia). Nama JAN tu banyak confuse, sebab Jabatan Audit Negara juga boleh jadi JAN, tetapi mereka gunakan audit sahaja dalam domain name mereka.

Zaman dahulu kala, saya bangunkan satu sistem kakitangan yang dinamakan SEPAKAT (rasanya nama itu masih digunakan hingga kini, walaupun versinya telah lama bertukar ganti). Tidak lama lepas itu baru wujud syarikat IT yang bernama SEPAKAT dan sebuah taman perumahan Taman SEPAKAT di Hulu Kelang.

:)

Monday, May 09, 2005

ADIKKU MALANG - ISTERIKU TERBANG

TERIMA KASIH atas keperihatinan kawan-kawan pembaca blog ke atas kemalangan yang menimpa adik saya.

Setelah mendapat berita kemalangan tersebut, saya terus pulang ke Terengganu setelah habis kerja. Oleh kerana hujan terlampau lebat di sepanjang perjalanan, saya hanya sampai di Kuala Terengganu jam 2:30pagi. Terus ke wad ICU dan beginilah keadaan adik saya:


Inilah kereta yang dinaiki olehnya setelah dirempuh oleh lori balak tidak berapa jauh dari rumah emak saya. Beliau dalam perjalanan dari sekolah ke rumah setelah mengambil dua orang anak saudara saya dari sekolah. Kedua-dua kanak-kanak ini selamat, cuma mendapat luka-luka kecil yang diberikan beberapa jahitan di muka. Mereka telahpun pulang ke rumah, cuma mereka masih lagi trauma.

Mengikut istilah perubatan, adik saya telah 'sedar', walaupun tidak secara fizikalnya



Konspirasi kemalangan ini telah dirakamkan di sini. Silakanlah.

Friday, May 06, 2005

TIADA ENTRI

Saya di wad kecemasan HKT
(dont worry I'm OK)

2.30am
TIADA ENTRI

Saya di wad kecemasan HKT
(dont worry I'm OK)

2.30am

Thursday, May 05, 2005

05 05 05

Laaa..... hari ini istimewa rupanya. 05 May 2005 atau 050505.
Selamat menyambut 050505.

JOM KITA PERGI JEPUN ...

Tarikh: 20 - 27 Julai 2005

JOM kita pergi ke Jepun... Kita boleh jalan-jalan cari barang. Kita boleh ke Dsineyland. Kita boleh ke Fujiyama. Kita pi menebeng kat Tokyo. Empat hari kat Tokyo kita bermalam di Ryokan (hotel tradisional).

Lepas tu kita naik bullet train ke Nagoya. Empat hari (tiga malam) kat Nagoya kita tinggal dengan keluarga Jepun (homestay). Kat sini kita akan melawat Aichi Expo.

Jika berminat bolehlah dapatkan Borang kat SINI. Lepas tu jika nak tinggal dengan keluarga angkat Jepun, Borang dia ada kat SINI. Kalau nak tengok tujuan homestay, agreement dia ada kat SINI.

Kalau saja-saja nak tahu apa dia AICI EXPO, lawatlah ke sini.

gambar-gambar masa kita orang pergi dulu
klik atas gambar kalau nak tengok yang lebih besar:-

Wednesday, May 04, 2005

KENA APA KITA BEKERJA?

SAYA ada seorang kawan yang hobinya dalam fotografi. Apa sahaja akan difotokannya. Yang hairannya semua foto yang dirakamkannya adalah cantik, indah, bermakna, unik dan menjadi. Pantang jumpa objek sahaja terus dirakamkan melalui lensa kameranya. Tak kisahlah semut merayap ke, rerama hinggap ke, putung rokok terbakar ke apa sahaja akan dirakamkan dan difotokan. Hobi beliau ini agak mahal juga kosnya, tetapi boleh juga dijadikan duit. Tetapi hobi adalah tetap hobi kepada beliau. Beliau sentiasa riang gembira dengan hobinya.

Menyedari tentang bakat dan kebolehan serta minat beliau, kawan saya ini telah ditawarkan jawatan sebagai jurukamera di sebuah majalah secara sepenuh masa. Mula-mula dia gembira sangat dengan jawatan tersebut sebab hobi beliau dibayar gaji bulanan. Namum selepas itu beliau mulai bosan, merungut dan tidak lagi berminat dengan pekerjaan yang menjadi hobinya. Kerja sebagai fotografer bukan lagi menjadi minatnya. Memandang kamerapun beliau naik muak.

Mengapa begitu?

Kawan saya tersebut bukan keseorangan dalam hal ini. Ramai lagi rakan-rakan yang lain yang mempunyai keadaan yang sama atau hampir-hampir serupa. Ia itu sangat produktif bila tidak diberikan tugas (hanya sebagai hobi) dan sungguh membosankan bila ia menjadi tugas rasmi. Mengapa begitu?.

Seorang lagi rakan amat meminati programming. Beliau bukanlah seorang programmer, tetapi program beliau mengalahkan seorang programmer. Beliau bukannya bekerja di Pusat Komputer (PK), tetapi kakitangan PK banyak yang meminta khidmat nasihatnya. Memandangkan minat dan kebolehan beliau, pihak pengurusan telah menukarkan beliau ke PK supaya minat, hobi dan kebolehan beliau dimenafaatkan untuk kepentingan jabatan. Apa yang terjadi selepas itu?. Beliau siap bergaduh dengan bos lagi bila diberikan kerja untuk buat programming, dia bukan programmer katanya, sedangkan sebelum itu programming adalah sebahagian dari kehidupannya.

Alahai mengata orang.... kita juga begitu kan?. Ramai antara kita bosan duduk di ofis dan mengidamkan untuk outstation. Bila dah dapat oustation pulak, rindunya jika dapat kerja dok kat ofis sepanjang masa. Malahan yang dapat pergi luar negara juga boring. Begitu juga dengan kursus. yang tak terpilih nak sangat pergi kursus, yang dipilih merasa jelek nak pi kursus. Yang kerja ghurka pula nak sangat jadi bos, tahu tak bahawa bos juga tak minat nak jadi bos?. Mereka kata alangkah seronoknya jadi ghurka... tak banyak masalah (biarlah jadi ghurka, asalkan dapat gaji bos).

Hmmmmm itulah kita semua.

Tuesday, May 03, 2005

BERBOLEN KE PEJABAT

MULAI bulan Jun sehinggalah ke bulan September ini, menteri-menteri kabinet Jepun telah bersetuju tidak akan memakai kot dan tali leher untuk ke pejabat. Ini ialah sebahagian daripada kempen menjimatkan tenaga di pejabat-pejabat kerajaan.

Mengapa Jun-September?.
Ia adalah musim panas di Jepun dan dijangkakan alat penghawa dingin akan digunakan sepenuhnya untuk mendinginkan suasana. Apabila kot dan tie tidak dipakai, adalah dijangkakan bahang panas akan dapat dikurangkan walaupun tanpa alat penghawa dingin yang keterlaluan.

Adakah susah untuk tidak memakai kot dan tie?
Umum mengetahui bahawa rakyat Jepun adalah penyemat yang amat sangat. Ke mana sahaja mereka akan kenakan kot dan tie. Bukan seperti masyarakat Barat yang kot dan seluarnya berlainan corak dan warna. Rakyat Jepun mengenakan pakaian ini dengan satu sut lengkap dan hampir kesemuanya bewarna hitam atau gelap.

Ini bermakna meninggalkan kot dan tie, apatah lagi ke pejabat, sementelahan lagi awak ialah menteri, ia adalah seolah-olah berbolen datang ke pejabat. Hmmmm bayangkan mesyuarat kabinet, depa pakai baju lengan pendek saja.

Boleh ke Kita Juga Buat Begitu?
Di negara kita, rakyatnya mesti sentiasa kemas, smart dan kelihatan smart. Negara kita 365 hari setahun berada dalam musim panas. Jepun tak apalah sebab 4 bulan sahaja panas, selebihnya sejuk. Jika kita pandang ke timur, pandanglah yang lapan bulan lagi tu, bukan yang empat bulan. Panas? alaaa.. kita bukalah aircond ke tahap maksima. Tapi apa halnya melawat kawasan juga, masuk sawah juga pakai tie yang nampaknya begitu mencekik?. Ooooo itu nak bezakan antara orang kampung dengan pegawai. Bukan staff tau, tapi pegawai....





p.s berbolen adalah kata-kata orang utara yang bermaksud telanjang.

Monday, May 02, 2005

KERJA SEBAGAI IBADAH

SEMPENA dengan hari pekerja yang disambut pada 1 Mei, apa kata kalau kita membicarakan tentang kita, tentang pekerja.

Al-Quran: Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku

Hadis: Bayarlah upah pekerjamu sebelum kering peluh mereka.

Semua pekerjaan atau perbuatan adalah merupakan suatu ibadah. Hatta tidur, makan mahupun bersama dengan isterimu.

Setiap sesuatu itu akan hanya menjadi ibadah jika ia dimulai dengan menyebut nama Allah (bismillah)

Umum mengetahui bahawa ibadah terdiri daripada fardhu Ain (yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim) dan fardhu Kifayah (yang diwajibkan ke atas segolongan dari sesebuah masyarakat).

Fardhu Ain seperti sembahyang, puasa dan sebagainya, samada yang wajib mahupun yang sunat adalah dikenakan ke atas individu. Fardhu kifayah seperti berniaga, menjadi tabib, guru dan sebagainya hukumnya diwajibkan ke atas sesuatu kumpulan. Sekiranya sudah ada sebilangan orang dari kumpulan tersebut telah melakukannya, maka sebilangan yang lain akan terlepaslah dari melakukannya.

Di antara fardhu ain dengan fardhui kifayah, yang mana satu lebih afdhal? Dalam mengejar fardhu kifayah seharian di pejabat, katakan dari 8am hingga 5pm, terdapat berapa fardhu ain di antaranya?. Adakah mesyuarat adalah lebih utama dari solat Zohor umpamanya?. Adakah menyiapkan kertas kerja lebih perlu didahulukan berbanding sembahyang sunat dhuhar contohnya?.

Bagaimanakah diari harian kehidupan seorang Muslim untuk merealisasikan slogan kerja sebagai suatu ibadah?.

Sunday, May 01, 2005

MARI BERMAIN BAHASA

BAHASA menarik dalam akhbar mingguan hari ini ialah:



LHDN diserbu di seluruh negara

Berita ini mengisahkan tentang orang ramai yang menyerbu pejabat LHDN untuk menghantar borang taksiran cukai pendapatan.

Dari segi bahasa ia bermakna kaunter LHDN ini hanya ada satu, ia cuba melarikan diri, tapi mana mau lari aaa ia diserbu peminat ke mana sahaja ia pergi di seluruh negara.

Berita tersebut sepatutnya di tulis begini:


LHDN seluruh negara diserbu

Ini bermakna ada beberapa pejabat LHDN di negara kita ini, tapo semuanya diserbu peminatorang.

Saturday, April 30, 2005

Friday, April 29, 2005

MALU BERTANYA SESAT JALAN

KADANGKALA kita ketiadaan sebarang idea untuk menulis. Itulah yang terjadi kepada saya. Semasa membaca entri Aida:

Visitor: Adik... mana gerai novel?
Aida: (Baru berkira-kira nak tunjuk ke belakang.. arah gerai Alaf21.)
Visitor: Bukan Alaf21 tahu... Saya nak caari creative enterprise.
Aida: Oh.. maaf.. saya tak tahu. Belum sempat pusing pesta buku ni lagi...

Tipu!. Terang2 dah nampak sign board gerai creative kat depan hujung gerai karangkraf.


Di negara-negara ketiga (samada negara Islam atau kafir, samada orang Islam atau kafir), biasanya kita tidak akan dibantu jika mahu bertanya destinasi saingan. Begitu juga jika kita ingin membeli barangan yang tidak dijual di sesebuah kedai "mana boleh beli itu barang?". "sayapun tak tahulah, dekat sini tak adalah, itu balang kena orderlah".

Namun di negara-negara maju (majoriti penduduknya adalah kafir), *biasanya* penduduknya akan cuba sedaya upaya membantu sekiranya diminta pertolongan.

stori 1: (cerita seorang kawan. Saya tak yakin sebab kawan ni memang suka menambah perencah dalam ceritanya, sehinggalah saya sendiri sampai ke negara tersebut).
Lokasi: Okinawa, Jepun
Tarikh: 1988

Dia 'tersesat' di bandar dan tidak tahu nak naik bas mana. Jumpa seorang pakcik di perhentian bas, tunjukkan alamat destinasi. Tanpa banyak cakap, pakcik tersebut menahan sebuah bas, mereka menaiki bas. Pakcik bayarkan tambang. Tiba di destinasi, mereka turun dan pakcik tunjukkan destinasi. Selapas ucap terima kasih, pakcik tersebut menyeberangi jalan untuk naik bas semula ke tempat asal mereka bertemu tadi.

stori 2: Lima sekawan tiba dio stesen keretapi. Waduh-waduh stesen ini ada 7 tingkat. Pusing-pusing tak berjaya mencari jalan keluar. Akhirnya mereka memberanikan diri bertanya sepasang merpati yang sedang rendek. Pasangan ini bawa mereeka berjalan adalah dalam 1km agaknya untuk keluar ke pintu yang betul. Selepas selesai, pasangan ini turun semula ke tempat mereka untuk sambung rendek mereka.
Lokasi: Tokyo Eki
Tarikh: 1989
Pelakon: MBAlah yang membertanikan diri bertanya pasangan tu.

Stori 3:
Lokasi: Nagoya
Tarikh: 2005
Dua orang manusia nak beli 15 keping tiket Aichi Expo. Singgah di tempat penjualan tiket, tapi tiket ada 5 keping sahaja lagi. Penjual tiket cuba telefon tempat-tempat lain yang masih ada tiket. Akhirnya terjumpa. Kaunter tiket ditutup sementara, penjual membawa dua orang manusia ini jalan laju-laju menuju tempat jualan tiket yang lain yang bukannya dekat. Bila tiba, penjual tadi explain kepada penjual baru dan uruskan sehingga tiket bertukar tangan dan duit dibayar. Dah selesai semuanya, baru dia kembali semula ke kedainya.
Pelaku: Salah seorang manusia itu ialah MBA.

Thursday, April 28, 2005

HARI INI : PERKARA YANG HENDAK DIBUAT

DAH selesai beberapa perkara semalam, hari ni nak deraf satu surat kepada bank kad kredit, nak minta dibatalkan. Lepas tu nak gunting saja kad Visa dan Kad Master dari bank antarabangsa tersebut.

Alkisahnya begini. Masa pergi obersi baru-baru ni, pergilah ke kedai Vodafone untuk sewa telefon. Kat kedai ni cuma ada seorang sahaja yang boleh berbahasa Inggeris, jadi kenalah book masa dia. Bila dah settle semua perkara, bila tiba time nak bayar, hulur Visa. Beberapa minit kemudian dia datang dang cakap, maaf kad tuan tidak diterima. Lepas tu hulur pula Mastercard. Beberapa minit kemudian dia datang lagi dengan masalah yang sama. Kedua-dua kad tersebut dari sebuah bank antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Pada mulanya rasa gahlah gunakan kad kredit emas dari bank antarabangsa konon. Tapi hutang tak ada, masalah tak ada, tetiba jer transaksi tak boleh dibuat.

Akhirnya nasib baik ada lagi sekeping kad kredit biasa dari sebuah bank tempatan. Bila hulur kad tersebut, beberapa minit kemudian pekedai itu datang semula dengan senyuman mengatakan ia telah diterima. Alhamdulillah.

Jadi, hari ini (ambil masa yang lama sebab sibuk..... ) nak gunting kedua-dua kad tersebut dan nak minta mereka batalkan saja kad yang emas yang tak berguna tu (geram ni....).

CERITA SEMALAM

SECARA kebetulan, memang hari ni nak cerita pasal cerita semalam. Ia itu proses menghantar borang cukai pendapatan ke LHDN. Lepas tu kat TagBoard Zino pulak menyapa 'zino: MBA: borang income tax dah hantar ke belum ? hehe , come joint http://www.tribetoyota.com.my/'.

Ya borang taksiran cukai pendapatan telah dihantar kepada LHDN apabila orang LHDN datang ke pejabat untuk tunjuk cara-cara isi borang serta cara-cara nak kira. Nasib baik mereka datang, sebab ternyata banyak terdapat kesalahan yang merugikan semasa mengisi borang tersebut. Jadi mereka tolong kirakan, tolong blankco dan isi semula. Bagus teramat usaha mereka ni. Almaklumlah cukai sendiri perlu dikira sendiri, jadi depapun adalah masa nak buat benda lain pulak.

Sekarang borang J tidak dikeluarkan lagi. Jadi bagi sesiapa yang teringin nak buat loan ke, nak jadi penjamin ke, nak apa-apa yang melibatkan borang J, perlulah fotostat borang BE tu dan minta LHDN cop pada borang tersebut. Nilai fotocopy borang BE sekarang sudah menyamai borang J.

Toyota Tribute
OK thanks Zino mengenai laman web tu. Dah masuk dan dah register. Banyak juga faedahnya. Cumanya Forum kat situ lain macam sikit berbanding dengan forum-forum tempat lain, tidak berapa mesra pengguna.

Wednesday, April 27, 2005

ISTERI ATAU IBU?

Adik-ku di lokap besi
Ibu-ku memakan hati
Isteri-ku buat parti

- Jangan Ada Dendam

STANDARD RAKYAT MALAYSIA

MEMANG sudah jadi lumrah rakyat Malaysia (aku juga rakyat Malaysia),
buat kerja minit terakhir

myKAD sudah bertahun patut siap
Ini tahun baru nak buat
Sekarang apa sudah jadi?
Datang JPN jam enam pagi.
Tapi nombor sudah tak ada lagi

Cukai tahun lepas belum habis bayar
Resit lama kat mana nak selongkar
Hati dah mula berdebar-debar
Borang LHDN belum hantar
(apa pulak hantar, isipun belum lagi)
Tarikh akhir lagi dua hari
Ah esok kan masih ada lagi!
Ini tahun kena tafsir sendiri
Biar untung jangan rugi

Jom.. jom spa yang belum isi borang taksiran cukai
jangan berlengah lagi.

MANDARIN & TAMIL DI SEKOLAH MELAYU

HASRAT kerajaan, melalui Kementerian Pelajaran untuk memperkenalkan matapelajaran Tamil dan Mandarin di sekolah adalah merupakan satu usaha terpuji. Sepatutnya ia sudah lama dilakukan, namun kata orang better late then never. Maklumlah dalam negara majmuk seperti Malaysia ini, pengetahuan mengetahui pelbagai bahasa amatlah berfaedah.

Dulu dalam kelas MBA, ada pelajar Cina dari negara Cina, ada pelajar India dari negara India, ada peserta Arab dari negara Arab. Alangkah bagusnyan jika pada masa itu, MBA sebagai rakyat Malaysia tahu sepatah dua kata-kata ungkapan dalam bahasa-bahasa mereka untuk bertegur sapa.

Tuesday, April 26, 2005

IKUT YANG BURUK - TURUT YANG BAIK

KHABARNYA menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyesal kerana tidak meluluskan pembinaan kasino di Singapura semasa pemerintahan beliau dulu. Walhal jiran dan saingannya begitu berjaya dengan perniagaan tersebut. Kasino @ judi adalah diharamkan dalam Islam. Namun bagi negara seperti Singapura, pembinaannya tidak diluluskan kerana dikhuatiri akan merosakkan akhlak muda-mudinya. Begitu sekali pemikiran beliau pada masa itu hinggakan melupkan soal keuntungan hasil dari industri judi tersebut. Walau bagaimanapun, tanpa kasinopun muda-mudi Singapura telah tidak menentu akhlaknya (kata beliau), maka apa salahnya kini (sebelum terlambat), kerajaan meluluskan pembinaan kasino tersebut.

Berlainan sekali pertimbangan Lee Kuan Yew yang memikirkan pasal akhlak rakyatnya untuk tidak meluluskan pembinaan kasino berbanding dengan yang melulus, mengesyor malahan mendesak pembinaan kasino di Genting di negara kita. Al-kisah bagaimana Tan Sri Goh Chok Tong membina kasino di Genting terdapat dalam buku riwayat hidupnya Cerita Saya.

Jadi kini Singapura telah mengikut perangai b***k jirannya dan akan membina dua buah kasino.

Akan kerja yang baik pula, umpamanya gelanggan F1, Singapura juga terasa ketinggalan kerana acara tersebut yang menjadi tumpuan dunia telah diadakan di negara jirannya dan bukan dinegaranya. Jadi timbullah ura-ura bahawa Singapura juga akan membina gelanggan F1 untuk sama-sama bersaing. Malangnya ura-ura ini telah disangkal oleh penganjur F1 yang pada masa ini bertanding di 20 litar. Bilangan ini akan dikurangkan kepada 17 pertandingan sahaja setahun. Jadi jiran tidaklah dapat menuruti perangai b*** jirannya.

Monday, April 25, 2005

ARTIS DAN DADAH - SIAPA TERIMA PADAH?

AKHIR-akhir ini beberapa orang artis seperti Shreen, Baby Arin dan beberapa orang lagi telah ditangkap kerana kes dadah. Bila mereka ditangkap, samada bersalah atau tidak apa kata anda?. Mungkin kebanyakan dari kita akan berkata atau terlintas di fikiran kata-kata seperti "padan muka", "harapkan muka jer lawa, perangai macam setan" dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Berapa kerat sangat yang bersimpati dengan mereka?. Peminatpun bertempiaran lari agaknya. Jika adapun yang bersimpati cumalah ahli keluarga terdekat. Di saat inilah peranan ahli keluarga amat diperlukan dan dihargai. Jika perkara ini berlaku terhadap artis, berlaku terhadap orang lain, kita mungkin 'seronok' sahaja sebagai pemerhati. Apa perasaan anda jika ia berlaku atas keluarga anda sendiri?.

Minggu lepas, mak menelefon. "adik mu dah kena tangkap. pukul empat pagi, enam orang datang. Adik kena gari, mereka selongkar seluruh rumah, mereka kata cari barang. Mak tak tahu barang apa yang mereka cari, tapi mereka tak jumpa apa-apa. Duit yang adik nak buat modal baiki rumah orang ada dalam empat ribu, habis lesap. Adik disumbat dalam lokap, tak boleh jumpa, tak boleh nak jamin sehingga masuk mahkamah 25 haribulan ni. Itu sajalah mak nak cakap. Adik mu dulu memang minum ubat batuk, tapi dulu. Dah lama dia berhenti buat kerja tu. Mak dah cari macam-macam ubat dan dah beri air tawar, dia dah berhenti. Tapi mereka kata dalam air kencing dia ada 'pil kuda'. Ini tak menasabah, mungkin kencing orang lain. Itu saja mak nak cakap. Tolonglah apa-apa yang mu boleh buat'.

Itu adalah panggilan telefon dari mak saya menceritakan pasal adik saya yang macam artis juga ditangkap kerana disyaki mengedar dadah. Bila tidak ditemui sebarang bukti, ia tetap digari kerana disyaki menagih dadah pulak. Akhirnya akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini di bawah seksyen 15(1).

Apa yang boleh saya buat?. Apa yang perlu saya buat?. Faktanya saya yakin air kencing dia tidak mengandungi 'pil kuda' atau "syabu" seperti yang didakwa.

Rasanya yanag terbaik ialah dengan menghubungi peguam. Saya capai direktori majlis peguam dan mencari syarikat guaman yang berhampiran dengan tempat sebutan kes. Ada dua firma guaman, tapi kedua-duanya tidak dapat dihubungi. Kemudian saya hubungi hampir sepuluh firma guaman yang lain. Rupa-rupanya mereka semuanya specialist dalam kes-kes tertentu sahaja. Akhirnya sebuah firma guaman sanggup untuk mendengar aduan saya melalui telefon. Walau bagaiamanpun mereka hanya akan mengambil kes ini setelah mahkamah menentukan perbiacaraan setelah tempoh tahanan reman 14 hari tamat pada hari ini. Semasa tempoh tahanan reman, kita tak boleh buat apa-apa katanya, sabar sahajalah kena se**k ter***ng.

Dalam kes adik saya ini banyak fakta dan percanggahan fakta yang memeningkan kepala. Namun sukar untuk diceritakan kepada yang berkelayakan untuk mendengarnya.

moral of the story: Jika kita ada family-loyar atau peguam kenalan, teramatlah bagusnya.

* MBA tengah tunggu keputusan mahkamah ni, apa nak jadi. Duit jaminan dah disediakan.
Sapa ada loyar yang boleh diharapkan?. Boleh contact saya.... (Mat Jan dah qualified jadi loyar kan?)

Sunday, April 24, 2005

BERITA BODOHMENARIK MINGGU INI

SEMALAM seorang rakyat jelata diberitakan nak buat myKAD, tapi diberitahu nombor dah habis dan ia perlu datang jam 6am untuk dapatkan nombor.

HARI INI pihak berkuasa tersebut menafikan berita dan cerita tersebut. Kononnya ia tidak benar dan lagi rakyat jelata tersebut akan disaman setelah laporan polis dibuat bahawa ia telah merentap dan mencuri notis jabatan tersebut. Yang menariknya, notis tersebut ialah sehelai kertas dengan berdakwat merah bertulis tangan. YAng menjadikan notis tersebut tersangat mahal ialah ia tidak koyak walaupun direntap semasa ia dicuri. Agak-agaknya notis tersebut juga tidak basah bila direndam air dan tidak hangus bila dibakar api.

Nasiblah engkau, mengapa dicuri kertas notis yang begitu mahal harganya itu. Kemana lagi hendak mengadu?. MAsakan biro aduan MCA akan layan hal-hal sebegini?. Nak harapkan ahli parlimen, siang-siang lagi menteri yang jaga hal ehwal parlimen dah cakap, ahli parlimen jangan bahas perkara bodoh kat parlimen. Mengapa cakap pasal pakaian pramugari MAS yang ketat? Mengapa cakap pasal nak beri dadah percuma kepada penagih? Itu kan isu bodoh belaka?. Jadi sudah tentu tidak ada agaknya ahli parlimen yang berani nak caklap pasal notis jabatan dicuri disebalik isu sebenar untuk meningkatkan perkhidmatan jabatan.

Terjunlah luncai dengan labu-labunya.

Saturday, April 23, 2005

FESYEN ATAU KEPAPAAN?

ORANG kita dulu-dulu (mungkin hingga kinipun) selalyu menyebut bahawa orang yang memakai mini sekerat (mini skirt) atau baju singkat yang nampak pusat atau yang sefesyen dengannya adalah orang-orang miskin. Mereka begitu papa sehingga tidak cukup duit-ringgit untuk melabuhkan kain mereka dan membeli atau menempah baju yang lebih besar. Oleh kerana mahalnya harga kain, maka setakat itu sahajalah yang mereka mampu pakai. Dedah auratpun dedahlah, nak buat macamana sebab dah miskin yang teramat sangat.

Itu kata orang kita, tapi kata mereka pulak ialah demi fesyen mereka akan pakai apa sahaja yang terkini. Apakah sebenarnya fesyen?. Seorang pereka fesyen terkenal pernah berkata bahawa fesyen adalah sesuatu yang paling hina dalam dunia ini. Sebabnya jika dah out of fesyen pemakainya akan ditertawakan. Lagipun fesyen akan berubah dengan cepatnya pada setiap masa.



Semalam semasa dalam LRT saya terjumpa dengan seorang gadis yang memakai fesyen paling baru. Pertama kali saya terjumpa fesyen sedemikian. Rasanya Cik Kieli yang sesat di kota Tokyo pun masih belum menjumpainya. Tapi entahlah semasa dia sesat di kota London dulu mungkin dah pernah ditemuinya kot. Saya rasa kesian kepada gadis comel ini. Entahkan fesyen entahkan dia memang papa. Kasutnya sebelah bertali putih dan sebelah lagi bertali merah jambu @ pink. Walaupun fesyen tersebut tidak mendedahkan aurat, jika anda ada anak atau sedara mara, cubalah larang dari memakainya. Sebabnya Nabi s.a.w ada bersabda yang lebih kurang maksudnya begini "Kamu dilarang memakai sepatu atau selipar yang belah kiri lain, belah kanan lain. Ia adalah makruh dan membawa kepada kepapaan". Moga-moga kita dijauhkan dari fesyen-fesyen sedemikian.

Friday, April 22, 2005

TM

DULU mba pernah kerja di Jabatan Telekom Malaysia (JTM). Masa itu, dalam tahun 1980-an, jawatan yang diberikan ialah ACT (assistant controller of Telecom). Bila JTM diswastakan, ia dinamakan STM (Syarikat Telekom Malaysia). Pada masa itu trend dari "jabatan" ditukar menjadi "syarikat". Jika STM ialah untuk Telekom, maka STMB (Syarikat Televesyen Malaysia Berhad) ialah untuk TV3.

Selepas "syarikat", kerajaan ingin perkenalkan jenama "Malaysia" pula. Maka STM menjadi Telekom Malaysia, MAS menjadi Malaysia Airline dan macam-macam lagi syarikat diletakkan dengan nama Malaysia.

Kini Telekom Malaysia dikenali pula dengan "TM" sahaja. Entah berapa ratus ribu atau juta duit diperlukan untuk penjenamaan semula ini entahlah. Rasa-rasanya duit ini cukup untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan, berbanding dengan menukar nama sahaja. Ini terbukti bila Petronas yang "terpaksa" menukar sedikit rekabentuk logonya yang asal kepada yang ada sekarang, melibatkan ratusan ribu ringgit.

Entahlah apa yang akan diperolehi dengan TM. Sejak saya ingat, BT masih lagi British Telecom dan BP masih lagi British Petroleum. Sejak zaman berzaman lagi mereka gunakan jenama tersebut.

Thursday, April 21, 2005

SALAM MAULIDUR RASUL, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN

HARI ini aalah cuti umum sempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, iaitu pada 12 Rabiulawal (tahun gajah). Selamat bercuti.

Hari ini juga, 21 April adalah merupakan Ulang Tahun Perkahwinan (anniversary) kami yang ke 2X. Hmmmmm dah 2x tahun dah kahwin .... Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke- 2x untuk diri sendiri (serta pasangan)

Wednesday, April 20, 2005

TENONG DAN BOCONG

SEMALAM saya menulis mengenai bento dan ada yang bertanya apakah dia tenong. Berikut adalah gambar tenong dan perkataan tenong ini memang wujud dalam Kamus Dewan, cuma lain tempat mungkin lain pula namanya.


Biasanya kawan tenong ialah bocong. Tenong tempat mengisi makanan sementara bocong tempat mengisi air (panas). Bocong juga terdapat dalam Kamus Dewan walaupun ramai orang namakan dia sebagai flask atau termos.

Tuesday, April 19, 2005

BENTO


MALAM minggu lepas saya dengan beberapa orang rakan Melayu dan Jepun meraikan kedatangan presiden JICA Alumni Maldives. Kami bawa dia makan di restoran Seri Melayu. Dalam banyak-banyak makanan kat situ, terdapat makanan yang ala-ala tempura gitu... Seorang sahabat Jepun bertanya, adakah ia tempura atau memang masakan Melayu?. Saya kata ia adalah masakan Melayu, iaitu "ikan celup tepung", "sayur celup tepung" dan digoreng. Mungkin orang Melayu belajar masakan ini dari orang Jepun semasa perang dunia ke-2 kot, cakap saya berseloroh.

Kembali kepada makanan Jepun dan Melayu ini, teringat saya masa kecil-kecil dulu. Orang melayu biasa bawa bekal dalam bekas nasi atau tenong yang kemudiannya dibungkus dengan kain. Maklumlah pada masa dulu masih belum ada lagi bekas plastik seperti tupperware. Bungkusan ini sebiji macam bungkusan bento Jepun. Yang berbeza hanyalah bento masih kekal sehingga sekarang sedangkan bungkusan bekal orang Melayu telahpun luput ditelan zaman.

Konsep bento di Jepun adalah begini: Bila seseorang makan bekalan yang disediakan oleh orang tercinta, perasaan kasih sayang penyedianya akan berpindah melalui makanan tesebut. Dalam erti kata lain, bento adalah sebagai jambatan kasih sayang di antara yang menyedia dengan yang memakannya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana ramai ibu sudah bekerja di luar rumah, maka bento kini telah dijual di departo (department store) atau supar (supermarket) dan juga di restoran.

Kain bungkusan ini mengikat kota bento sebagaimana penyedianya mengikat kasih pembawa bekal bento ini...

Monday, April 18, 2005

NASI KAWAH



oh nasi kawah
lauk bertukar menu
pisang dibaling

DALAM satu promo rancangan TV tempatan mengenai ulang tahun ke-100 MCKK, ungkapan tersebut dapat didengari "apa yang tidak dapat dilupakan sehingga mati ialah saya dan rakan-rakan terpaksa makan nasi kawah".

Anak-anak saya bertanya, "apakah hinanya nasi kawah"?. Saya juga tertanya-tanya mengapa makan nasi kawah adalah merupakan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga mati. Hatta jika makan nasi basi atau nasi mentahpun tidaklah perlu diingat sampai mati. Inikan pula cuma nasi kawah.

Nasi kawah yang saya fahami ialah nasi yang dimasak dalam jumlah yang banyak untuk tetamu yang ramai seperti untuk jamuan, kenduri ataupun keperluan asrama dan kantin. Biasanya ia dimasak dalam periuk yang besar ataupun kawah. Ia sudah tentu berbeza sedikit dengan nasi yang dimasak di rumah, dalam rice cooker untuk dimakan sekeluarga sahaja. Bolehlah dikatakan jika sesiapa yang tidak pernah memakan nasi kawah bermakna dia tidak pernah menghadiri kenduri, tahlil, morey, tidak pernah tinggal di asrama mahupun tidak pernah makan di hotel. Masih adakah manusia sebegini?. Apakah yang disensasikan sangat dengan makan nasi kawah?.

Tinggal di asrama sudah tentu bayak peristiwa suka dukanya. Dalam bab makan sahajapun ianya panjang berjela. Bagi saya, makanan di asrama sungguh sedap dan menyelerakan. Maklumlah semasa tinggal di kampung jarang-jarang sekali dapat makan ayam ataupun daging. Di asrama tiap-tiap minggu menunya bertukar ganti dan dikawal rapi. Ia sungguh menyelerakan. Namun bagi anak orang-orang kaya dan berada, makanan di asrama adalah ibarat sampah. Saya masih ingat bagaimana murid-murid di asrama saya melingkupkan tray makanan beramai-ramai semata-mata kerana menu ayam ditukar kepada ikan oleh pihak asrama. Suasana menjadi kecoh seketika kerana perangai budak-budak ini. Akhirnya ustaz Mu'awiyah (allahyarham) memaklumkan bahawa semasa memeriksa stok ayam di dapur, beliau telah terjumpa ayam yang tidak disembelih. Oleh itu beliau mengarahkan ayam tersebut kesemuanya dipulangkan dan ikan adalah penggantinya.

[Bayangkanlah dalam tahun 1970-an, sudah ada kes ayam sembelih dan tidak disembelih dicampur aduk].

Tidak dilupakan juga peristiwa budak-budak membaling pisang yang dikatakan mentah dah keras hinggakan anjingpun boleh mati jika dibaling dengan pisang tersebut. Inilah kerenah anak-anak orang kaya (pada masa itu).

Sunday, April 17, 2005

KISAH PERJALANAN YANG PANJANG


[cerita ini tidak berhasrat untuk mengata, mengenakan atau memalukan sesiapa. Ia sekadar catatan pengalaman suka duka saya sebagai kordinator. Semoga boleh dijadikan pengajaran dan pedoman untuk aktiviti akan datang]


Seragam Tajaan
RASANYA kumpulan kami amat bertuah kerana salah seorang peserta telah bermurah hati untuk menaja winter coat. Pada asalnya kami Cuma perlukan wind breaker sahaja, memandangkan cuaca di Nagoya sudah memasuki musim bunga. Tujuan sebenar memakai pakaian seragam seperti wind breaker atau winter coat ini ialah untuk memudahkan pelbagai urusan. Sesampai sahaja di lapangan terbang, untuk pemeriksaan imigresen dan kastam tiada langsung soal jawab diperlukan kepada semua yang berseragam.

DUGAAN pertama berlaku seawal di KLIA lagi. Dua orang peserta tidak mahu memakai, membawa dan menggunakan winter coat yang dibekalkan. Alasan utama ialah mereka sudah mempunyai baju tebal dan beg mereka yang kecil. Alasan lain ialah kerana logo syarikat mereka tidak dilekatkan pada kot berkenaan. Alahai kot yang ditaja, memanglah perlu dilekatkan dengan logo penaja. Saya terpaksa merayu, terpaksa memujuk supaya membawa juga kot berkenaan. Ia penting untuk keseragaman dan menjaga hati penaja. Saya bersedia membawa pergi dan membawa balik kot tersebut, asalkan dipakai sehingga selesai acara-acara rasmi. Susahnya menjaga orang dewasa.

cantik seragam ni... mahal pulak tu
Tidak Bawa Pakaian Rasmi
MASALAH kedua timbul juga di KLIA apabila mendapat tahu seorang peserta dengan sengaja telah tidak membawa long-suite atau blazer atau kot dan tali leher. Pihak JICA Malaysia telah berkali-kali berpesan supaya semua peserta memakai kot semasa kunjungan hormat ke Tokyo International Center (TIC) dibuat. Kami dijangka akan bertemeu dengan Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah TIC. Kesemua profail dan gambar peserta telah dihantar ke TIC terlebih dahulu untuk perbincangan JICA-Net ini.

KAMI tiba ke Nagoya International Center (NIC) tepat jam 10am sebagaimana yang dikehendaki. Alhamdulillah pertemuan pertama ini dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Tiket Keretapi Habis
SEBAGAIMANA yang diceritak terdahulu, masalah besar yang timbul ialah apabila tiket keretapi Japan Railway (JR) – Moonlight Niagara bagi perjalanan sebelah malam pada hari Isnin telah habis dijual. Tiket ini tidak boleh ditempah melebihi 14 hari, jika tidak ia telah dibeli semasa kunjungan awal saya ke Nagoya sebulan yang lepas. JR mengesyorkan supaya kami menaiki shinkansen (bullet train) yang harga tiketnya ialah JPY12,000 berbanding JPY6,000 menaiki Moonlight Nagara ataupun bas. Menaiki shinkansen bermakna kami akan sampai ke Tokyo seawall jam 11 malam. Ini bermakna kami terpaksa menyewa hotel untuk semalam lebih awal. Sudahlah tiket shinkansen yang mahal, ditambah pula dengan sewaan hotel lagi. Akhirnya saya nekad membeli tiket bas sahaja yang harga tiket dan masa ketibaan di Tokyo adalah sama dengan JR train. Nampaknya masalah ini telah selesai dan bolehlah saya ronda-ronda Bandar Nagoya.

Bas Tidak BOleh Bawa Barang
TIBA pada hari berlepas, seorang pengawal JR memmaklumkan bahawa bas yang akan kami naiki tidak boleh membawa beg-beg kami ke Tokyo. Dipendekkan cerita, beg tersebut akan dibawa secara berasingan dan hanya akan tiba ke Tokyo dua hari kemudian. Ini benar-benar satu bencana. Esok pagi kami dijadualkan ke TIC. Alasan yang diberikan oleh pengawal dan pengurusan JR adalah tidak logic. Peraturan ini tidak tertulis di mana-mana. Jika bas boleh memuatkan 35 penumpang dan setiap penumpang membawa satu beg, mengapa tidak boleh?. Seorang wanita Inggeris memaklumkan kepada kami, inilah Jepun, semuanya kecil, semuanya ringkas belaka. Tidak boleh bermakna tidak boleh, jangan memaksa, carilah alternatif lain. Akhir sekali pekerja JR (keretapi dan bas kedua-duanya dari syarikat JR) membawa khabar gembira, iaiatu mereka boleh dapatkan tiket keretapi. Walau bagaimanapun kami akan dikenakan penalty 10% kerana membatalkan tempahan bas. Lantau engkaulah, asalkan kami boleh tiba ke Tokyo dengan selamat. Setelah membayar denda penalty 10%, staf tersebut membantu saya belikan tiket keretapi. Kali ini dengan menggunakan satu trik (tipu muslihat?), iaitu menggunakan Seishun 18 Kippu (Youth 18 Ticket). Ini ialah tiket diskaun untuk perjalanan bagi lima hari untuk seorang ataupun perjalanan seharti untuk lima orang. Memandangkan kami ada 15 orang, maka kami boleh membeli 3 tiket perjalanan sehari untuk lima orang. Harga tiket ini amat murah, namun ia tidak dijual pada setiap masa, Cuma 4 kali sahaja dalam setahun.

Tiket Murah
Memandangkan perjalanan dari Nagoya mengambil masa dua hari (bertolak Isnin dan tiba Selasa), maka kami terpaksa membeli dua tiket. Tiket pertama dari stesen Nagoya ke stesen terdekat sehingga hari bertukar (perjalanan dari Nagoya ialah jam 11:45 malam). Tiket Seishun 18 Kippu itu hanya digunakan dari stesen tadi ke Tokyo. Begitulah triknya, jika anda inginkan tiket murah menaiki keretapi di Jepun. Satu lagi tiket murah ialah dengan membeli JR Pass sebelum bertolak ke Jepun. Tiket ini berharga lebih kurang RM700 yang laku untuk tempoh 7 hari bagi mana-mana destinasi JR, samada dengan bullet train, keretapi baisa , subway ataupun bas. (RM700 tu murah ke?. Oh cuba perhatikan perjalanan sehala Nagoya-Tokyo sudah RM400, jika pergi balik?. Jika 7 kali ulang alik?. Sudah tentu harganya amat murah).

Jejak Kasih
Sambil menunggu ketibaan keretapi malam Moonlight Nagara, kami melakukan pelbagai aktiviti sendiri di stesen Nagoya. Tanpa disangka-sangka edisi Jejak Kasih bermula. Seorang peserta Sarawak/Kelantan telah bertemu dengan saudaranya dari Sarawak di stesen Nagoya. Kedua-duanya adalah peserta dalam rombongan kami. Adegan ini telah dirakamkan untuk edisi jejak kasih kami…

Layu
KAMI tiba di Tokyo di awal pagi dan terus menaiki subway ke Yoyogi Uehara. Hasrat hati hendak singgah di masjid Jamek Tokyo sebelum ke TIC. Namun oleh kerana hari sudah kesiangan, kami hanya melihat masjid dari luar sahaja dan peserta berbelah bagi samada ingin berjalan kaki atau menaiki teksi ke TIC. Akhirnya sekumpulan berjalan kaki dan sekumpulan lagi menaiki teksi. Tiba di TIC kami menyalin pakaian dan menikmati makan pagi di shukodo sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan TIC. Seperti yang dinyatakan di atas, peserta yang tidak membawa kot tetap tidak memakainya, yang tidak membawa tali leher, tetap tidak mengenakannya. Yang pasti semua peserta layu kerana tidak dapat tidur dengan sempurna dalam keretapi. Kami akhiri lawatan ke TIC dengan makan tengahari yang disediakan oleh TIC.

Buat Perangai
APABILA tiba di hotel penginapan di Minama Senju, satu lagi masalah timbul. Seorang kordinator tertinggal dompet mengandungi passport dan segalanya di TIC. Dia bergegas semula ke sana. Seorang lagi peserta tidak boleh menginap di ryokan (hotel tradisional Jepun ) yang berlantaikan tikar tatami dan bertilam futon. Dia minta saya keluar. Dia minta saya check-out dan carikan hotel lain. Dia akan bayar untuk semua peserta supaya tinggal di hotel lain. Kali ini saya terpaksa bertegas ke tahap paling maksima, biarlah apa akan terjadi. Saya tidak akan check-out, apatah lagi semua bayaran penginapan beratus ribu Yen telahpun dijelaskan. Lagipun hotel ini akan saya jadikan markas untuk aktiviti-aktiviti lain yang selanjutnya. Akhirnya beliau tidak berjaya memujuk lain-lain peserta supaya berpindah dan hanya dia berdua sahaja yang akhirnya check-out pada malam itu juga.

Ditahan Polis
OLEH kerana keletihan dan kurang tidur, kebanyakan peserta mengambil kesempatan untuk berehat di hotel. Namun tidak kurang juga yang terus keluar ke destinasi masing-masing. Satu kumpulan telah keluar dan katanya akan ke Shinjuku dan berkemungkinan akan hanya pulang ke hotel keesokan hari. Oleh kerana semuanya telah dewasa dan tahu menjaga diri, saya tidaklah risau sangat. Sehinggalah akhirnya saya mendapat tahu yang mereka ini telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki melanggar perintah berkurung. Cerita ini hanya didengari keesokan harinya. Semasa menyediakan sarapan pagi, tuan punya hotel memaklumkan bahawa dua orang peserta telah check-out malam tadi dan sekumpulan lagi hanya pulang ke hotel jam 5 pagi.

Mengikut ceritanya, mereka keluar ke beberapa tempat sekitar Tokyo. Menyedari waktu curfew adalah 12 tengah malam, mereka pulang pada jam 11:30 malam. Namun berdekatan dengan hotel penginapan kami terdapat sebuah pusat karaoke dan mereka terleka di situ sehingga melepasi masa curfew. Mereka pulang ke hotel namun ia ntelah ditutup. Beberapa panggilan telefon mereka buat tapi gagal. Beberapa laungan juga tidak didengari. Berbagai idea muncul dan dicuba, namun tetap tidak berjaya. Oleh kerana suara mereka agak bising di luar hotel, seorang polis tiba untuk meninjau. Oleh kerana masalah komunikasi, empat lagi anggota polis tiba. Mereka minta jasa baik polis tersebut untuk membuka pintu hotel, namun tidak dilayan. Pihak polis memberi cadangan supaya pergi ke tempat yang beroperasi 24 jam atau tunggu dalam kesejukan di luar (tanpa membuat bising) atau ditahan. Dipendekkan cerita, akhirnya mereka memilih untuk menaiki teksi mencari hotel-hotel lain yang semuanya tidak berhasil. Akhirnya mereka ke SPA untuk membuat refleksologi sehingga jam 5 pagi. [cerita panjang tidak sesuai untuk tayangan umum].

Tiket Disneyland Sold-out
KEESOKANNYA kami ke Disneyland, tetapi kumpulan tadi tidur di hotel kerana keletihan, kesejukan dan kekurangan tidur. Punyalah ramai manusia di Disneyland, tiketpun habis dijual. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Disneysea sahaja. Itupun dalam 2 jam terpaksa beratur untuk mendapatkan tiket. [Cerita dalam Disneysea biasa sahajalah, boleh bayangkan sendiri]

Bertemu Maharaja Akihito
SEHARIAN di Disneysea. Keletihan dan kepenatan juga yang dikumpulkan. Semasa sesi bebas, peserta telah cukup dewasa untuk menentukan arah tuju sendiri. Beberapa orang peserta yang merayau sekitar Tokyo adalah di antara yang amat bertuah apabila bertembung dengan kenderaan diraja yang ingin memasuki kawasan istana. Malahan Mahajara Akihito telah menurunkan cermin kereta dan melambai tangan ke arah mereka. Itulah tuah mereka. [masih menunggu foto kereta & maharaja yang sempat mereka rakamkan]

Emperor Akihito melambai tangan dari keretanya
Maniskan perjalanan kami?…

Saturday, April 16, 2005

BABY BARU

SAYA dapat baby baru. Bukan satu tetapi dua sekali gus, bukan juga kembar.

Malam tadi saya dapat baby yang dinamakan P1120


Hari ini saya dapat baby yang dinamakan Polygon

Friday, April 15, 2005

TEMAN SEKATIL

Entri ini ditulis atas permintaan ramai. Ramai berpendapat ia adalah cerita lucu, tetapi saya tidak boleh menjadikannya lucu sebab ia adalah sebuah cerita sakit hati

SATU perancangan untuk mengadakan pembinaan pasukan (team building) telah lama dirancang. Sesi ialah untuk AJK sebuah NGO yang dianggotai oleh pegawai-pegawai dari perkhidmatan awam. Sesi ini dibuat dengan kerjasama sebuah organisasi lain. Seingat saya semenjak bulan November 2004 lagi kami telah mula merancang. Beberapa mesyuarat dilakukan di sebelah malam atau di luar waktu pejabat untuk merancang sesi ini. Ia diikuti oleh sesi YM, mel dan telefon. Sesi ini juga telah beberapa kali ditunda disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu.

Memandangkan sesi tiga hari ini melibatkan waktu kerja, jadi surat jemputan perlulah datang dari sebuah agensi pusat. Walau bagaimanapun, hendak dijadikan cerita, surat tersebut tidak jadi dikeluarkan di saat-saat akhir. Oleh itu secara tergesa-gesa, organisasi kami perlulah mengeluarkan sendiri surat jemputan tersebut. Sudah tentu impaknya kurang dan peserta mungkin tidak dibenarkan menyertai sesi ini oleh ketua masing-masing.

Saya adalah orang nombor dua dalam organisasi ini telah menerima nasib yang tidak begitu baik. Bos tidak membenarkan saya pergi dengan alasannya yang tersendiri. Oleh kerana komited dengan projek tersebut dan tidak mahu mengguris hati bos, saya ambil cuti rehat untuk menyertai sesi hanya pada hari kedua. Ini bermakna saya terlepas sesi di hari pertama yang melibatkan ucaptama, pembukaan dan sesi-sesi glamor.

Jika orang lain ke sana dengan perbelanjaan dari jabatan, saya menyertainya dengan perbelanjaan sendiri dan mengorbankan cuti rehat sendiri. Apa boleh buat. Sebagai orang nombor dua dalam oprganisasi, saya tidaklah mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan organisasi. Jika peserta lain berkongsi bilik, saya juga tidak mahu diberi keistimewaan tinggal dalam bilik single. Namun apa yang terjadi adalah benar-benar di luar dugaan. Saya bukan hanya berkongsi bilik, malahan terpaksa juga berkongsi katil dengan seorang peserta lain. Amboi, ini sudah lebih. Berkongsi katil ini bukanlah teruk sangat hingga jatuh ke tahap haram, namun ia tidak begitu selesa, tidak seronok, rimas, berbulu dan banyak benda lagi.

Sebagai orang nombor dua, saya rasa mereka tidak patut buat begitu kepada saya. Mengapa mereka buat begitu?. Mengapa orang lain boleh tidur atas katil berasingan?. Mengapa saya harus berkongsi katil dengan orang lain?. Mereka betul-betul tidak menghormati orang nombor dua. Mereka tidak hormat langsung organisasi kita. Mereka itu mereka ini mereka begitu mereka begini. Sebagai orang nombor dua, saya khabarkan hal ini, ketidak selesaan ini kepada orang nombor satu. Tapi ah sia-sia saja, buat-buat tak faham saja.

Akhirnya saya buat tindakan sendiri. Ah aku datang sini guna duit sendiri. Aku datang sini terpaksa ambil cuti rehat. Duit tol, duit minyak bukannya boleh tuntut balik. OK... aku cari bilik lain (ohhh sewanya RM400 satu malam!). Aku nekad, balik bermalam di rumah atau bermalam di hotel lain yang lebih murah dan itulah nasib orang nombor dua.


Jikalau saya tidak mengambil tindakan sendiri (yang akhirnya sangat dipersetujui oleh teman sekatil saya), sudah tentu ia akan jadi begini:-

katil yang kecil
dua jasad gergasi
jatuh ke lantai

Thursday, April 14, 2005

TAHNIAH ANWAR

BUAT pertama kalinya dalam sejarah, laksamana tentera laut telah dilantik menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pada kebiasaannya jawatan ini telah turun temurun disandang oleh panglima berpangkat Jeneral dari Tentera Darat yang kebiasaannya adalah dari PTD (Panglima Tentera Darat). Lantikan Laksamana Datuk Seri Mohd Anwar Mohd Nor mencipta nama tersendiri dalam sejarah kerjayanya dan ketenteraan negara. Lantikan ini juga mencerminkan perubahan paradigm dalam angkatan tentera.

Dulu semenjak turun temurun juga jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) adalah hak mutlak Jurutera Awam. Pada masa itu jangan haraplah skim lain seperti Jurutera Mekanukal, Elektrik, Juru Ukur Bahan atau Arkitek mengidam jawatan KPKR. Tapi kini skim lain telahpun boleh jadi KPKR.


Tahniah Anwar.

p.s Cuma jawatan KSN sahaja yang masih belum dibuka kepada skim-skim lain ;-)

CUTI SETIAP SABTU?

KALAU sektor awam di Malaysia cuma kerja lima hari seminggu saja tentu best ekk (ikut stail orang Johor macam kata Mak Andeh). Bos saya dulu kata mana boleh kerja lima hari seminggu. You know what?. kerja lima hari seminggu maknannya Malaysia hanya kerja tiga hari saja, katanya. Aik macamana pulak 3 hari bos?. Simple matematiklah, sekarang pantai barat kerja Isnin - Jumaat. Pantai Timur kerja Ahad-Khamis. Jadi hari yang kerja sepenuhnya bagi seluruh Malaysia cuma Isnin, Selasa dan Rabu saja (Khamis half day bagi yang cuti Jumaat). Oh ya ke?.

Tajuk ini saya bawa sebab kebetulan semalam terima e-mel dari kawan-kawan yang kerja dalam sektor awam di Filipina dan Thailand. Mereka ni merupakan class-mate saya masa kursus kat Nihon dulu. Budak Filipina ni kata, sektor awam mereka memang kerja lima hari seminggu sahaja sebab (katanya) gaji mereka murah. Jika sektor swasta, hari Ahadpun mereka kerja sebab (katanya) gaji mereka memang mahal. Ia disokong oleh sahabat saya dari Thailand. Yang bestnya ialah rakan dari negara Cina. Lantak koranglah nak kerja berapa haripun. Bagi aku tiap-tiap hari adalah half-day katanya. Diberitakan setiap penjawat awam kat sana tinggal dalam kawasan pejabat. Setiap hari masa lunch, mereka akan balik ke rumah. Bukannya untuk makan, tetapi untuk memasak (lepas tu makan ler). Malahan ada yang sempat pergi pasar lagi, baru masak dan makan. Oh.... lumayannya!.

Bila Malaysia nak kerja lima (baca tiga) hari seminggu ekk?. atau kita cuti Jumaat sajalah.


Inilah group kami pada masa tu. Hepinya Fang, tak sedor kasut dia hilang...

Wednesday, April 13, 2005

MENGAPA MENULIS BLOG?

ALAHAI, ini kata software berdasarkan jawapan yang diberikan. Kadang-kadang jawapan pakai bantai saja sebab tak faham sangat apa yang ditanya. Anda cubalah pulak kalau nak tahu apa jenis blogger anda







You Are a Pundit Blogger!



Your blog is smart, insightful, and always a quality read.
Truly appreciated by many, surpassed by only a few
.

ANAK RUSA NANI




Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.



anak rusa nani
baru tumbuh ekor
tuan orang seni
ramai yang terhibur



anak rusa nani
baru reti membaca
bosan sungguh dihari ini
sakit kepala tidak terhingga

Tuesday, April 12, 2005

GUGUSAN IDEA

SAYA percaya ramai penulis blog mengalami writter block iaitu buntu dan ketiadaan idea sama sekali tentang apa yang ingin ditulis. Saya juga begitu. Namun kini saya mempunyai beberapa tajuk yang ingin ditulis, tetapi tidak tahu yang mana satu perlu didahulukan. Ringkasannya adalah seperti berikut:-

Ditahan Polis Semasa Di Jepun
Semasa di Jepun baru-baru ini satu kumpulan daripada rombongan kami telah ditahan polis dan diberikan tawaran untuk dimasukkan dalam lokap untuk mengelakkan daripada duduk dalam kesejukan. Ini adalah gara-gara melanggar perintah berkurung (curfew) di sana.

PDRM Patut Tubuhkan Unit Agama
Kini pihak berkuasa ugama tidak boleh lagi membuat apa-apa serbuan mencegah maksiat tanpa kelulusan ketua polis daerah. Rasanya ini adalah gara-gara seorang pegawai polis menumbuk penguatkuasa JAWI. Tetapi alasan yang diberikan ialah kerana kes Jeslina Hashim. Jadi apa gunanya ada penguatkuasa agama?. Pilihan yang ada ialah polis menubuhkan unit agama seperti Kor Agama dalam tentera atau penguatkuasa agama dalam JAWI dan seumpamanya adalah terdiri dari polis.

Mangsa Orang Kesayangan Bos
Biasanya bila bos sayang, seseorang pekerja akan mendapat pelbagai keistimewaan. Namun saya mengenali beberapa orang yang disayangi oleh bos tetapi agak rugi. Mereka jarang dapat keluar pejabat berkursus, seminar dsb. Mereka lambat dapat naik pangkat. Mereka banyak rugi. Mengapa ya?

Perangai Orang-Orang Besar
Umum berpendapat orang-orang besar kebanyakannya berperangai buruk. Kehendak mereka bermacam-macam dan tidak menasabah. Saya pernah mengenali seorang KP yang mengesyorkan supaya ketua daerahnya dipecat kerana tidak menyediakan perkhidmatan VVIP kepadanya di lapangan terbang. Namun itu semua adalah kata-kata orang yang sebelum menjadi prang besar, bila dah ada peluang, mereka ni lebih berlipat kali ganda lagi.

Teman Sekatil
Ramai orang tidak sanggup untuk berkongsi bilik tidur dengan orang lain. Namun apakah perasaan anda jika diminta untuk berkongsi sebuah katil untuk tidur dengan orang lain (yang sama jantina)?. Saya diketawakan (berdekah-dekah) oleh satu kelas baru-baru ini apabila saya menolak untuk tidur sekatil dengan peserta lain dalam satu seminar yang saya hadiri.

Hangin
Dahlah kena tidur sekatil. Kad hotel pulak tidak boleh digunakan. Pekerja hotel buat dek jer bila diberitahu. Aku lipat-lipatkan untuk patahkan kad tersebut. Aku cakap kuat-kuat untuk check-out. Dalam hati aku, jika aku ni banyak kuasa, banyak duit (sebab itu tak pernah jadi), aku akan pecat pekerja hotel tersebut. Aku mogok sendiri. Aku tidak melayan panggilan mereka. Dan akhirnya dengan tersengih-sengih pekerja hotel datang merapat sembah kat aku bila mereka dengar kawan aku panggil aku Dato'. Hehe jika aku ni memang Dato' betul, padan muka kau.

Kisah Lengkap Perjalanan Di Jepun
Ada pembaca yang nak baca dan nak tengok gambar kisah lengkap perjalanan di Jepun. Mengapa tak tulis?. Mengapa tak banyak gambar?. Ingatkan tak ada orang nak baca jika tulis panjang-panjang...

D'Eng
Ada banyak lagi yang nak ditulis, tapi kadang-kadang lupa, kadang-kadang ingat. Tapi dari senarai kat atas tu, U all nak baca kisah yang mana (dulu)?.

Monday, April 11, 2005

MENGAPA MESTI RADIO FM?

FM dalam dunia penyiaran ialah Frequency Modulation. Jika ada perkara lain lagi erti FM itu entahlah. Selain dari FM, terdapat juga frequency AM dan SW.

Persoalan yang timbul ialah mengapa Radio Malaysia ditukar nama kepada radio FM?. Apakah lebihnya FM tersebut?. JIka dulu rangkaian nasional, sekarang nasional FM. Jika dulu Radio Malaysia Selangor, kini Selangor FM.

Perkara kecil yang remeh ini nampaknya telah menarik minat sehingga Parlimen. Parlimen mempersoalkan kemana hilangnya Malaysia dan Melayu di radio. Jika dahulunya Radio Malaysia Rangkaian Nasional, sekarang Nasional FM. Jika siaran ini didengarai di luar negara, ia adadalah radio negara mana?. Sudah tentu teguran dari perlimen tersebut berasas.

Seorang menteri lain juga susah hati dengan pertukaran nama FM ini. Dulu RIMA (Radio Malaysia Irama Asli) dah ditukar kepada klasik FM. Entah apa-apalah dan kandungannya juga dah jadi potpuri kata menteri tersebut.

Seingat sayalah dah banyak kali sangat RTM tukar nama, tapi isinya tetap sama jugak. Dulu TV Malaysia Rangkaian Nasional, TV Malaysia Rangkaian 2. Apabila muncul TV3, RTM tukar jadi TV1 dan TV2. Setakat tukar nama sajalah.

Dulu kita ada RMIK (Radio Malaysia Ibu Kota). Masa itu RMIK memang top dengan DJ Noramin dan Zainaldin Zainal. Lepas RMIK popular, depa tuka jadi RMKL dan kini KL FM. Entah apa-apalah yang ditukarnya.

Sunday, April 10, 2005

KEHIDUPAN MALAM DI NEGARA ISLAM Vs. NEGARA KAFIR

"Di London tidak ada gerai untuk kita melepak, tetapi di Bangsar atau Sri Hartamas, terlalu banyak gerai yang menarik kehadiran generasi tua dan muda untuk berjaga malam. Di London bar atau pubnya, kebanyakannya hanya dibuka sehingga pukul 11 malam"
- Petikan dari surat khabar hari ini.

Saturday, April 09, 2005

TENSEN

AH tensennya......

Saya mengalami "sakit kepala" dah beberapa lama. Dulu talah panadol. Bila panadol tak berkesan telan ponstan pulak. Lepas tu ponstanpun dah tak main lagi. Tidurpun tak dapat membantu. Mula-mula ingatkan darah tinggi. Lepas tu ingatkan megren. Macam-macam yang diingat. Sampai satu ketika tu ingat mati... ingatkan barah otaklah macam-macam ingat (dan macam-macam lupa).

Lepas naik turun klinik dan hospital dan pakar, ah doktor kata awak menghidapi Tension Headaches atau dikenali juga sebagai stress headache. Penyakit ini tidaklah teruk sangat berbanding dengan migrain headache yang teruk. Ubatnya senang saja, kita bagi awak "minyak kuda" dan sapu saja pada tempat yang tensen tu, biasanya di bahagian belakang dekat tengkok. Ala.... doktor, minyak kuda sapa pulak nak sapukan, ubat lain tak ada ke?. OK kalau gitu saya bagi awak "minyak kuda" dalam bentuk kapsul (dah lupa nama saintifiknya), awak telan saja dan dia akan urut awak dari dalam. Selesai masalah. Cubalah ubat ini.

Alhamdulillah mujarab....

Ni tengah tensen lagi ni.... Sehari sebelum ke Jepun ari tu, naik turun pejabat JICA untuk siapkan dan hantar laporan kewangan tahun fiscal 2004 dan permohonan geran fiscal 2005. Ingatkan dah OK semuanya. Sehari sebelum balik, dapat mesej, sampai Malaysia, terus datang ofis, kita bincang fasal laporan kewangan dan audit serta permohonan geran ni, banyak benda kena dibetulkan. Oh tensennya... orang lain buat apa?. tensen... tensen.

Ni dalam perjalanan ke PD pulak ni, ambil cuti rehat sebab nak hadir seminar mengenai perkhidmatan sendiri. Orang lain pergi atas tujuan rasmi, siap boleh buat tuntutan lagi, kita pergi atas cuti rehat dan atas perbelanjaan sendiri. Kesiannya kat aku dan padan muka aku. Dahlah tu, sesi bermula semalam lagi...

tensen... tensen.

[Entri ini dipos hari Jumaat, Blogger problem, Ini baru keluar, sekadar nak menambah lagi tensen...]

Thursday, April 07, 2005

AYAH ENGKAU DAH MATI ...


Nasha Aziz: gambar hiasan

BIASA sangat dalam masyarakat Melayu dulu-dulu dan yang tinggal di kampung-kampung akan mengatakan "ayah engkau dah mati" kepada anak-anak yang ditinggalkan oleh ayahnya, iaitu bila bercerai dengan ibu budak tu. Ya lah, bila bercerai, hilang entah ke mana, tanpa nafkah tanpa segala. Si ayah biasanya akan muncul semula bila nak jadi wali untuk menikahkan anak perempuan mereka.

Kat kampung saya ada satu kes begitu. Masa mereka berpisah, saya masih kanak-kanak dan konon cerita si ayah pulang ke Kuala Lumpur dan tidak pernah bertanya khabar mengenai anak yang ditinggalkan. Apabila saya bersekolah di Kuala Lumpur dan kemudiannya bekerja juga di Kuala Lumpur, Atok budak tu datang jumpa saya kot-kot saya terjumpa dengan bekas menantu dia ni.
Tapi pakcik ni kata 'menantu pakcik tu dah mati'.
Mengapa pakcik kata dia dah mati?
Ah kalau dia masih hidup tentu dia jenguk anak dia, tanya khabar
Jika dia hidup sekalipun, pakcik kata dia dah mati. Ia itu mati "kira-kira".

Itu cerita dulu, yang mana mertua kata menantunya dah mati dan janda kata bekas suaminya dah mati. Tapi sekarang anak perempuan dia dah besar, dah glamor dan dia juga kata "ayah saya dah mati", saya dipelihara oleh datuk.

Tup.. tup sampai surat saman. Hoi ini ayah kaulah, masih idup tau?. Mengapa kau kata ayah dah mati?. Malulah ayah kau buat macam ni, ayah nak tuntut ganti rugi kemaluan ayah ni... saman!!!

he he he.

Wednesday, April 06, 2005

NORITAKE

BILA tengok-tengok peta pelancongan bandar Nagoya, yang paling dekat dengan penginapan kami di Sadae ialah Noritake Garden dan Noritake Factory. Jomlah kita pergi tengok apa yang ada kat sana...



Seperti yang diduga harga set-set tableware di sini memanglah mahal yang amat sangat. Jadi memanglah tak mampu nak beli dan memang tidak terdapat dalam senarai barang-barang yang nak dibelipun.


Tak dapat beli tableware, beli minuman saja cukuplah

ADAKAH TABLEWARE NORITAKE DIBUAT DARI TULANG?
Eh..eh terkejut beruk juga dibuatnya dengan soalan macam ni. Entahlah, akakpun tak tahulah dik... Sememangnya rekabentuk tableware kat situ ada (i)Porcelean (ii) White Bone (iii) Ivory bone. Hmmmmm jika diterjemah secara langsung ke dalam bahasa kita, tentulah "bone" menjadi tulang. Maka ia dibuat dari "tulang putih", "tulang hitam" dan "tulang Cina"?. O'O !!!

Ini rupanya White Bone

Yang ini pulak Ivory bone

Tuesday, April 05, 2005

TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA


foto lebih besar di sini

JARANG dapat kita lihat tanah di bandar-bandar di negara Jepun. Hampir kesemua muka buminya diseliputi tar atau simen. Semasa jalan-jalan cari Noritake di Nagoya hari tu, nah terjumpalah dengan sekeping tanah serendah sekebun bunga.

Monday, April 04, 2005

PENGURUSAN BAGASI DI KLIA KURANG SELAMAT


ini beg-beg kami berbaris sebelum pergi
TAJUK di atas tidak bermaksud untuk mengkritik sesiapa. Namun ia adalah dari pengamatan semasa rombongan kami pulang dari Tokyo baru-baru ini. Kumpulan kami pulang dengan berbelas-belas buah beg. Semasa check-in di Narita, setiap beg diberi dan ditandakan tag nombor. Namun setelah sampai ke destinasinya, iaitu KLIA, sesiapa sahaja boleh mengambil dan membawa keluar beg-beg mana yang dia suka. Saya ulangi, ya mana-mana beg yang berkenan di hati boleh diambil dan dibawa keluar dengan senangnya tanpa perlu melalui sebarang prosedur keselamatan.

Buktinya ialah apabila salah seorang rakan kami telah tersalah ambil beg orang lain dan hanya disedari setelah sampai ke rumah. Mendapati beg sendiri ditinggalkan dan beg orang lain berada di rumah, mereka bergegas semula ke KLIA untuk mengambil beg yang sebenarnya. Mereka memperolehi semula beg mereka dan sebaliknya tuan punya beg yang tersalah ambil tersebut telah pulang ke rumah setelah aduan dibuat di pejabat MAS.

Pokoknya ialah, tag nombor atau keselamatan langsung tidak digunakan dalam pengurusan bagasi di KLIA. Ia begitu berbeza dengan sesetengah tempat lain, hatta menaiki bas sekalipun, tanpa tag anda tidak boleh mengambil beg sendiri sekalipun.

Saya rasa perkara ini akan menjadi hangat-hangat tahi ayam hanya setelah ada beg orang besar yang 'hilang' nanti.

Berhati-hati dengan bagasi anda di KLIA.

Sunday, April 03, 2005

JALAN PINTAS KE KLIA

TERDAPAT beberapa pilihan untuk ke KLIA ataupun dari KLIA ke rumah.
-Teksi (mana-mana): RM70-RM120
-ERL (KL Sentral): RM35
-Bas (Hentian Duta):RM20
-Bas (Jalan Chan Sow Lin):RM10
-Komuter + Bas (Seremban):RM6

Biasanya jika perjalanan rasmi dan tuntutan boleh dibuat, kita tidak berkira sangat, naik sahajalah mana-mana pengangkutan yang selesa dan cepat. Namun apabila perjalanan persendirian dan tiada tuntutan boleh dibuat, alternatif perlu dicari.

Dalam perjalanan yang lepas saya memilih ERL Transit. Dari KLIA ke Putrajaya (RM6.50) dan ke KL Sentral (RM9). Jumlah keseluruhan baru RM15 dan kiranya dapat untung RM20 berbanding dengan ERL Ekspres. Kekurangannya pula ialah ERL ini agak lambat tiba (terpaksa keluar membeli tiket di Putrajaya) dan akibatnya bila tiba di KL Sentral, perkhidmatan LRT sudah habis. Jawabnya terpaksalah menaiki teksi dan dua kali lima jugalah jadinya.

Dalam perjalanan berikutnya, saya naik ERL Transit dari KL Sentral ke Putrajaya dan meminta kawan belikan tiket Putrajaya ke KLIA (beliau nak dari stesen Putrajaya). Saja-saja ingin mencuba menaiki ERL Transit secara ekspres. Bila tiba di KLIA, tiket yang dibeli di Putrajaya (tanpa memasuki mesin) tidak sah dan tidak dibenarkan keluar melalui pintu automatik (pintar juga sistem tiket ini). Dipendekkan cerita, ia boleh diselesaikan melalui pintu manual dan selesai masalah.

Kesimpulannya: Jika anda mempunyai banyak masa dan tidak tergesa-gesa ataupun tidak banyak barang, menggunakan ERL Transit boleh menjimatkan berbanding dengan ERL Ekspres.

Saturday, April 02, 2005

BUNGA SAKURA



kembang sakura
kilau lensa kamera
main bersama

BUNGA sakura biasanya hanya berkembang selama sepuluh hari dalam setahun. Sesiapa yang melawat Jepun ketika sakura berkembang adalah dianggap bertuah. Begitu juga halnya jika gunung Fuji boleh kelihatan oleh kerana cuacanya yang sesuai.

Foto di atas diambil di Ueno Park, Tokyo semasa keluar dari stesen keretapi Ueno.

SELAMAT TIBA KE TANAH AIR


ROMBONGAN kami telah selamat tiba di KLIA sekitar jam 7:40pm semalam. Pemergian kami diiringi dengan bacaan doa dan ketibaan kami juga dibacakan doa. Alhamdulillah semuanya selamat. Jika ditanya apakah yang paling memuaskan hati saya sepanjang 8 hari mengetuai perjalanan ini ialah mengenai solat. Bila kita jadi ketua, bila kita sendiri yang menguruskan jadual perjalanan, memilih waktu penerbangan, menentukan hotel mana, bila hendak mula, bila akan berakhir, alhamdulillah segalanya berpandukan kepada waktu solat. Keluar hotel seawal pagi, mesti balik sebentar sebelum luput asar untuk jamak dan berehat sebelum keluar semula untuk program berikutnya.

Mengenai makan, orang Melayu tidak perlu dikhuatirkan sangat sebab mereka sentiasa menjaga bab makan melebihi dari segala bab yang lain. Mereka sanggup makan mee maggi atau serunding atau kari Berahim berbanding dengan di restoran yang was-was soal halal haramnya.

Alhamdulillah.

Thursday, March 31, 2005

SEDIKIT UPDATE DARI JEPUN

SALAM Sejahtera;

Berikut adalah sedikit update perjalanan kami di Jepun:-

1. Tujuan program ialah lawatan ke Expo Aichi di Nagoya dan tinggal bersama dengan keluarga angkat yang diuruskan oleh myJICA dan counterpart di Nagoya iaitu NIC (Nagoya International Center).

2. Mula-mula nak naik train ke Tokyo tetapi kehabisan tiket (tidak boleh booking lebih dari 2 minggu). Oleh itu beli tiket bas sahaja. Bila tiba masanya, pengawal datang memaklumkan yang barang2 kami terlalu banyak dan bas tidak boleh mengambilnya. Arrangement boleh dibuat dengan menghantarnya secara berasingan dan barang akan sampai 2 hari kemudian. Gaduh-gaduh ayam dengan itik, ada seorang Minah Salih jadi jurubahasa dan syarikat bas membuat tawaran untuk mendapatkan tiket keretapi (yang sudah habis). Akhirnya kami berjaya mendapat tiket keretapi tetapi dikenakan penalti 10% kerana membatalkan (dibatalkan?) tiket bas.

3. Oleh kerana kami seramai 15 orang, syarikat keretapi telah menggunakan helah untuk berikan diskaun istimewa, cuma JPY2500 sahaja seorang ke Tokyo (tambang biasa JPY6600). Caranya ialah dengan menggunakan 18 Kippo Ticket (satu tiket untuk 5 hari atau sehari untuk 5 orang). Oleh kerana perjalanan adalah memakan masa 2 hari (hari bermula jam 12:01am), maka tiket sehari tidak sah dan pihak kaunter memberikan tiket lain ke suatu stesen lain sehingga masuk hari berikutnya untuk membolehkan tiket diskaun tersebut boleh digunakan. Harap faham, tidak berbelit sangat kot. Bagi sesiapa yang ingin tiket murah begini, memang ada dalam Internet dan keretapi peluru (shinkansen) juga cuma JPY2500 sahaja).

4. Satu lagi tiket perjalanan murah di Jepun boleh dibeli di Malaysia, yang dikenali sebagai JR Pass. Lebih kurang RM700 ke mana-mana destinasi JR (bas, keretapi biasa, keretapi peluru dan subway).

5. Ekspo dah selesai, mesyuarat dengan Tokyo International Centre (TIC) sudah selesai.

6. Tiket DisneyLand kehabisan dan kami ke DisneySea. Agaknya lepas ini akan ada DisneyAir pulak.

7. Hmmmmmm.... esok balik.

* Program akan datang telah ditetapkan dari 24 Ogos - 1 September. Sesiapa yang berminat nak turut serta, bolehlah hubungi kami.

Wednesday, March 30, 2005

LAPORAN DARI TOKYO

Bertolak dari Nagoya jam 11:39pm dan tiba di Tokyo jam 4:30am. Ambil keretapi paling awal di Tokyo Metropolitan jam 4:40am menuju Yoyogi Uehara untuk ke masjid jamek Tokyo. Seterusnya menapak ke Tokyo International Centre (TIC) untuk lawatan rasmi dan perbincangan mengenai JICA-Net. Pihak TIC menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk 15 ahli rombongan.

Jam 2pm bertolak ke Minami-Senju untuk check-in di hotel. Hujan renyai-renyai dan cuaca tidak begitu sejuk. Setelah berehat sebentar, ahli rombongan bertebaran ke merata pelusuk Tokyo seperti Akihabara, Shinjuku, Ueno dan Asakusa. Janjinya bertemu di Ueno jam 7pm untuk makan malam. Semua tiba untuk makan dengan selamatnya.

Sunday, March 27, 2005

PROGRAM DI NAGOYA

HARI INI (Ahad): Awal pagi ke Nagoya Station untuk beli tiket keretapi moonlight nagara (keretapi malam) ke Tokyo. Alamak.... pertamanya petugas kat situ, Yuki-san off duty, lepas tu tiket semua dah sold-out. Yang ada cuma tiket shinkansen (bullet train) yg harganya 2 kali ganda. Dahlah harga mahal, cepat sampai pulak tu, maknanya kena sewa ?otel l?gi, wah dah jadi dua kali mahal.

Wah macamana nak buat ni? Ia adalah soal 15 orang, bukan seorang dua dan sorang ni jer yang kena fikir dan selesaikan dengan duit yang ada. Camana ni....?

Nak call setiap peserta supaya tambah duit?
Eh mana boleh, itu tidak beretika, ia bukan salah peserta

Nak tanggung kos semua ni?
Mana boleh... mana ada duit!!!

Berdenyut kepala den sampai tengahari berusaha utk selesaikan masalah ni sorang-sorang.

ESOK: Aichi Ekspo

ADEGAN BIASA

SEORANG kawan bau-bau bacang datang ke tempat sahabatnya buat pertama kali. Kawan ini berusaha mencari sahabatnya dan berikut adalah dialog yang dapat dipetik:-

kawan: Aku dah ada kat bandar hang ni, dok kat hotel XYZ. Rumah hang kat mana?

sahabat: Oh ya ka?. Bila sampai? Ada urusan apa kat sini?. Bila nak?????

kawan?Tak lamat kot, 2-3 hari saja. Tempat hang ni susah 2-3 hari saja. Tempat hang ni susah nak makan, susah betul. Macamana hang dapat hiduppun aku tak tahu. betul. Macamana hang dapat hiduppun aku tak tahu. Tapi hang dah jadi orang sini kot. Boleh rekemen kat aku mana kedaimana yang baguih?. Kat mana nak pi jalan-jalan kat sini?

sahabat?Nak jalan-jalan banyak tempat, hang tanya jer hotel, dia ada pakej tu. hang tanya jer hotel, dia ada pakej tu.]

kawan?OK?h?????h?k??s??????k??ct???p?????r??tp???

sahabat?OK





nota siksanya menaip gunakan keyboard Jepun ni.... sama saja siksanya kawan ingin sampaikan maksudnya supaya sahabat dapat datang bertemunya di hotel atau jemput dia ke rumah. oh kawan. oh sahabat, oh Jepun

Saturday, March 26, 2005

PROGRAM HARI MINGGU DI NAGOYA

DALAM 13 peserta homestay, cuma seorang sahaja yang ada menyewa telefon roaming. Oh ya..... couverage roaming di sini Celcom dapat 5 bintang dan Maxis boleh diberi 2 bintang sahaja. Sebabnya Celcom sentiasa 5 bar, sedangkan Maxis kadang-kadang tiada perkhidmatan akibat perebutan J-Phone dengan DoCoMo.

OK nampak gayanya.... anak-anak homestay semuanya sibuk dengan program bersama keluarga. Call Amri tadi jam 9malam, dia kata baru jer sampai ke rumah dari berjalan-jalan di seluruh Nagoya. Keluarga angkat mana nak pergi, semua akan dituruti. Wah mewahnya!!!.

Isnin nanti nak tanya Hashim, samada hasrat dia nak tengok sumo tertunai atau tidak dan Manan yang nak bertemu Samurai, apa akan jadi agaknya?.

Coordinator nak ronda-ronda Nagoya hari minggu... cadangnya nak ke taman & kilang Noritake (orang pompuan musti tahu sangat benda ni...), lepas tu ke Muzium Sains Toyota, lepas tu ke mana ek?. Ada satu tempat tu, lupa nama, tapi tempat Shogun dulu-dulu ler...

OK.... dah ngantuk ni...

SALAM DARI NAGOYA

BERTOLAK dari KLIA jam 11:45pm dan tiba di Central Japan International Airport, Chubu jam 7am waktu tempatan. Cuaca di Nagoya 6C dan hujan renyai-renyai. Sejuk jugalah. Kumpulan kami tidak menghadapi sebarang masalah dengan Imigeresen & Kastam Jepun. Ini ialah merupakan airport baru yang dibuka tidak sampai sebulan yang lalu.Rekabentuknya sebiji macam KLIA, tetapi agak kecil dan padat sedikit. Rupa-rupanya arkiteknya adalah orang yang sama.

Sebelum tiba di sini kami dimaklumkan terdapat masalah lugage handling kerana airport baru memerlukan masa 2 jam untuk clearance. Tapi rupa-rupanya masa yang diambil adalah kurang dari 5 minit untuk selesai segala urusan imigresen, kastam dan barang-barang. Kelas gitu....

Dari airport kami menaiki keratapi ke Tokyo Station dan mengambil masa satu jam. ke Tokyo Station dan mengambil masa satu jam. Kemudian berjalan kaki ke Nagoya International Centre (NIC). Tepat jam 10am, seperti dijanjikan, saya menyerahkan 13 peserta homestay kepada keluarga angkat masing-masing. Wah seronok sekali nampaknya kesemua yang terlibat.

Sebagai coordinator, lepas participants dah selamat, hmmmmm bebaslah sementara coordinator hmmmmm bebaslah sementara coordinator (saya bermalam di Nagoya International Hotel), sehingga Isnin untuk bertemu semula dengan participants untuk dibawa ke Aichi Expo dan seterusnya menaiki Moonlight Nagara ke Tokyo.

Salam dari Nagoya.

Friday, March 25, 2005

MOHON CUTI

Pekerja biasa: Bila bercuti tak datang kerja
Pekerja super: Bila bercuti datang bekerja
Pekerja culas: Tidak bercuti tapi tak datang kerja
Pekerja luar biasa: Tidak pernah cuti

SAYA memohon cuti dari menulis entri ke blog ini untuk beberapa hari. Jika terjumpa PC & Internet, akan tulis juga, jika tak jumpa akan cuti terus.

p.s Jika kawan-kawan nak contact melalui SMS, bolehlah kot sebab roaming dah dibuat, tapi telefon belum berjumpa lagi. Nombor baru telah diubah dari 012-303XXXX kepada 019-388XXXX. Yang XXXX tu tidak berubah.

Jumpa lagi.

TANPA TAJUK

TANPA ENTRI
Soalan: Mengapa tiada entri semalam?

Jawapan: Semalam saya cuti, sibuk sikit. Hantar anak saudara ke IJN. Dia buat follow-up setelah enam bulan minor operation.

Soalan: Ohh... gitu. Macamana keadaan dia?. BTW berapa umur dia?

Jawapan: Alhamdulillah, doktor kata OK. Next follow-up setahun lagi, lepas tu 2 tahun lagi (jika OK), kemudian selesailah (jika OK). Umur dia 4 tahun, dia sakit semenjak lahir lagi.

PEKAK DAN BISU
Soalan: Apakah kaitan antara pekak dan bisu? Semua orang pekak mesti bisu ke? atau semua orang bisu itu pekak?

Jawapan: Entahlah... mungkin ada kaitan, mungkin tiada kaitan. Biasanya orang pekak tak boleh mendengar, bila tak boleh mendengar, dia tak boleh bercakap. Maka dia jadi bisulah, walaupun dia ada suara. Rasanya ada teknik supaya dia boleh bercakap, dia boleh dengar dari gerak bibir kot. Bagi orang bisu pulak, mungkin dia tak pekak. Oleh itu dia boleh mendengar, tapi oleh kerana dia bisu, maka dia tak boleh bercakaplah. Lumrahnya pekak dan bisu adalah dua serangkai, iaiatu bila pekak akan bisu.

Soalah: Oh ya ke begitu?.

Jawapan: Entahlah, rasa-rasanya sahajalah. Bacalah laman web e-pekak (http://www.epekak.net.my/)

Tuesday, March 22, 2005

MBA TELLING HIS EXPERIENCE



Date: 19 March 2005 (Saturday)
Time: 2:30pm - 5:30pm
Venue: Starbuck, KL Sentral
Acara: BTM (Beam, Talk, Makan)
Rujukan:
http://palmy.textamerica.com/
http://www.palmx.org

Apalah agaknya pengalaman yang diceritakannya tu?


The Treo 650 in MBAs hands

Monday, March 21, 2005

PERTAMA KALI

BANYAK perkara yang kerap kita lakukan adalah bermula dengan yang pertama. Biasanya "yang pertama" adalah yang paling indah dan sering diingati. Bayangkan kegembiraan seorang kanak-kanak yang baru dapat berjalan, betapa gembiranya bila dia berjaya mengheret langkah pertama.

Adakah anda masih ingat bila pertama kali adan berjaya mengayuh basikal? menonggang motor? memandu kereta?. Ia adalah di antara beberapa peristiwa pertama yang manis sekali ingatannya (walaupun barangkali lutut berdarah kerana terjatuh basikal). Begitu juga mungkin bagi peristiwa pertama kali masuk sekolah, naik bas, datang ke kuala lumpur, temujanji pertama, tempat kerja pertama, kereta pertama dan segala-galanya yang pertama.


Semalam MBA buat pertama kali menyaksikan pertandingan Formula One (F1) di Sepang International Circuit (SIC).


Semalam pertama kali MBA berpeluang gunakan tiket grand stand yang berharga RM800. Semalam juga MBA buat pertama kali minum air mineral 500ml dengan harga RM4 dan seketul burger dengan harga RM20.


Semalam buat pertama kali MBA mendengar bunyi bising dari enjin kereta F1 yang menghiburkan.


Semalam pertama kali MBA melihat dan menyertai ramainya umat Islam yang solat di SIC. Ada lima buah surau dalam litar ini rupanya. Adakah kemudahan yang sama di litar lain di seluruh dunia?. Adakah poeristiwa ini juga berlaku semasa pertandingan bola di stadium Bukit Jalil?

* gambar-gambar lain yang lebih besar boleh dilihat di mba2u.textamerica.com dan jica.fotopages.com

Sunday, March 20, 2005

WANITA PERTAMA IMAM SOLAT JUMAAT: MASYAALLAH!


Amina Wadud
APA NAK JADI?. Jika benarlah berita yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan seperti berikut:
Seorang profesor pengajian Islam dari Universiti Komanwel Virginia, Amina Wadud dijadualkan mengetuai solat Jumaat di sebuah gereja Anglican di Manhattan.

Upacara ini bertujuan untuk menarik perhatian terhadap status kelas kedua wanita dalam kehidupan kerohanian dan umum masyarakat Islam, katanya.


MASYAALLAH....

GAMBAR PERTAMA


Ini ada;ah gambar pertama yang diambil menggunakan Treo650.

Saturday, March 19, 2005

posting pertama gunakan avantblog. http://www.dentedreality.com.au/avantblog/ This is much faster than having to send mail to blogger.com to post your blog.

Or access your own blog using the simplified web browser in your treo650
posting pertama gunakan avantblog. http://www.dentedreality.com.au/avantblog/ This is much faster than having to send mail to blogger.com to post your blog.

Or access your own blog using the simplified web browser in your treo650

Friday, March 18, 2005

TREO: NAIKTARAF DARI 600 KE 650

BERIKUT adalah senarai PDA yang telah saya gunakan:-
- Palm IIIc (PalmOS)
- IBM C505 (PalmOS)
- Communicator 9210i (SymbianOS)
- Clie NZ 760c (PalmOS)
- iPaq H710 (WinCE)
- Treo 600 (PalmOS)
- Sony Ericsson P910i (SymbianOS)
- Treo 650 (PalmOS)

Setakat ini PalmOS adalah yang paling serasi kerana banyak software yang sedia ada dan mudah digunakan. Prestasinya pula adalah laju berbanding dengan SymbianOS. Windows OS pulak kerap kali hang. PDA yang paling slow dalam sejarah ialah P910i dan diikuti dengan 9210i, kedua-duanya adalah Symbian.

Perbezaan antara 650 & 600

Apakah Kelebihan Treo 650 Berbanding Dengan Treo 650?
- Resolusi warna yang lebih baik (Color TFT touch-screen, • 320 x 320 resolution 16-bit color (displays over 65,000 colors)
- Buletooth
- Kamera yang lebih baik (VGA with 640x480 (0.3 megapixels))
- OS yang lebih baru (Palm OS® 5.4)
- Susun atur keyboard yang lebih baik
- Bateri yang boleh dikeluarkan.

Apakah Kelemahan/Masalah Yang Dihadapi?
- Memori cuma 32MB dan saiz fail adalah 30% lebih besar. Jadi tidak semua software dalam 600 muat dalam 650
- OS baru telah menjadikan beberapa software dalam 600 tidak compatible dengan 650
- 650 ni lebih slow sikit berbanding dengan 650, khususnya jika 3rd./ party software
- Migration path tidak smooth. Banyak cikadak semasa migration dilakukan. Banyak kali kena hard reset.
- Tidak semua data dari 600 boleh dipindahkan ke 650. Yang paling dikesalkan ialah rekod SMS/Chat dari 600 telah tidak boleh dipindahkan ke 650 kerana software dan file system yang berbeza.
- Aksesori 600 tak boleh dipakai untuk 650. Dahlah beli aksesori mahal, banyak cakadak betul PalmOne ni. Charger, casing, sync semuanya tak compatible.
- Sama jugak macam 600, versi 650 ini tidak berapa ngam dengan grafity. Dia lebih selesa dengan keyboard.


Ulasan Am
- Bentuk Treo650 atau 600 macam handphone. Bila pakai dalam meeting utk buat catatan, bos ingat kita main SMS. Grrrrrrrrmmmm.....
- Antena 650/600 ini banyak membantu untuk pick-up bila ada call. Kalau macam O2, sidikit susahlah...

Thursday, March 17, 2005

BANGUNAN MITI TERBAKAR





Gambar terperinci di Sini







*sesi latihan kebakaran 1/2005.