Labels

Monday, March 20, 2006

YANG


yang capik datang bertongkat
yang buta datang berpimpin
yang pekak leka bertanya
yang kecil terambin lintang
yang jarak tolak-tolakan
yang pendek tinjau-meninjau
yang kurap mengekor angin

masing-masing dengan gunanya :

yang pekak pembakar meriam
yang buta penghembus lesung
yang lumpuh penghalau ayam
yang pekung penjemuran
yang kurap pemikul buluh


BEGITULAH peranan masing-masing dalam Alumni kami. Mesyuarat agung yang berlangsung tiga minggu lepas telah mencatat sejarah kerana dihadiri oleh ahli-ahli kami yang berdaftar dengan MAB (Malaysian Association for the Blind) dan juga yang berdaftar dengan MDF (Malaysian Deaf Federation). Juga bengkel kerja berpasukan (team building) yang telah diadakan pada hujung minggu juga telah turut dihadiri oleh mereka. Kedua-dua peristiwa telah berlangsung dengan jayanya.

Namun di manakah kekurangannya? Cuba lihat semula kepada seloka di atas. Apakah peranan orang normal? Tidak ada!!!! (kecuali menulis seloka tersebut, barangkali)

Nak pikul buluh? - takut pekak
Nak hembus lesung? - takut mata masuk habuk
Nak halau ayam? - takut selsema burung
Nak jemur kain? - Takut panas (nanti hitam)
Nak pikul buluh? - ha ha ha nanti miang (memang dah miang pun ;-)


Lantas tidak ramailah ahli di kalangan yang normal yang turut hadir (bukan dari segi bilangan, tapi dari segi peratusnya).

No comments: