SELAMAT HARI MERDEKA
Foto ini dirakam di UM menggunakan video camera Sony DCR-PC101E. Untung membawanya kerana boleh merakam video dan juga foto (dengan suara tentunya)
Setelah 46 tahun merdeka, pertama kali malam tadi terpaksa menyambutnya dalam kereta sebab terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Pulang dari Kolej Ke-2, UM kira-kira jam 11pm. kerana menghadiri majlis penyampaian e-sastera.com. Tiba di jalan Kuching/jalan Duta kereta dah tak boleh bergerak. Ke depan tersekat kiri-kanan padat dan mengundur juga tidak mungkin. Maka sambut merdeka dalam kereta sajalah nampaknya :-)
Pages
▼
Sunday, August 31, 2003
Saturday, August 30, 2003
TIDUR
TIDUR
Sejak akhir-akhir ini diri asyik mengatuk saja. Siang mengantuk dan malampun mengatuk.Nak dikatakan tak cukup tidur, mungkin berlebihan. Nak dikatakan sebab fenomena streamyx, sebelum tu pun memang dah mengantuk. Yaang pasti, mungkin kerana usia...
Kata orang-orang alim, tidur sebentar sebelum zuhor adalah bagus untuk menahan mengantuk dan membina kekuatan untuk berjaga malam, untuk beribadat dan sembahyang malam.
Dalam menahan mengantuk sebelum fardhu Jumaat, ini adalah hasil ceramah dalam bab tidur yang sempat dikutip. Mungkin ada yang tertinggal atau tersilap catat.
Tidur yang dilarang:
1. Tidur dalam majlis ilmu
2.Tidur selepas subuh
3.Tidur sebelum sembahyang isya
4.Tidur dalam sembahyang
Adab Tidur
1.Atas hamparan
2.Hadap Kiblat
3.Atas lambung kanan
4.Berwwudhu'
Wallahualam.

Friday, August 29, 2003
putrajaya oh putrajaya
Putrajaya oh Putrajaya
Khabarnya Putrajaya dah lumpuh kerana diserang virus. Mengikut NISER kos untuk memulih kembali serangan ini (bagi seluruh negara) berjumlah jutaan ringgit. Apa agaknya yang menyebabkan semua kementerian boleh dijangkiti dengan begitu mudah sekali?. Adakah kerana gunakan satu rangkaian saja diguna, tiada virus wall, guna m$ windows atau sebab manusia?.
Saya rasa, bagi kami yang di luar Putrajaya yang tidak kena ni, bukanlah disebabkan kecekapan atau berwaspada, sekadar nasib baik aje kot. :-)

mesyuarat perjasa
mesyuarat malam perjasa
malam tadi baru balik dari mesyuarat perjasa. (perjasa = persatuan juruanalisa sistem sektor awam malaysia). Trend baru perjasa di bawah kepimpinan baru ialah bermesyuarat di sebelah malam. Maklumlah di siang hari semuanya sibuk bekerja dan kebanyakannya jauh-jauh belaka. Sesekali mesyuarat siang, akan seolah-olah ada dua kem. Jika mesyuarat di putrajaya, biasanya korum cukup diisi oleh ahli dari putrajaya. Jika mesyuarat di KL, biasanya geng putrajaya liat nak datang. Agaknya dah tiba masanya untuk tubuhkan perjasa cawangan Putrajaya :-)
Berbalik kepada mesyuarat malam, memanglah korum tak pernah cukup. Namun hampir kesemua aktiviti perjasa kini dirancang dan diputuskan dalam mesyuarat malam. Tempatnya?. cuma kat kedai mamak saja :-(.
Mesyuarat malam tadi memutuskan untuk mengadakan pertandingan golf di KGPA pada 21 september nanti. Kepada semua pemain dan khususnya syarikat ICT yang berminat nak bermain dan/atau menyumbang bolehlah berbuat demikian.

wan suhor bani leman
Tazkirah Pagi
Setiap pagi, boleh dikatakan acara kami anak beranak ialah mendengar tazkirah dari ustaz wan suhor bani leman dari jam 6:45-7:00 dalam perjalanan kami ke sekolah/pejabat. Dapatlah sikit-sikit ilmu akhirat sambil-sambil duduk dalam perjalanan. Tapi kini suara beliau tidak lagi kedengaran di radio dan dikatakan bercuti sehingga diberitahu kelak. Rasa-rasanya percutian beliau adalah sehingga ada pengganti. Ke mana agaknya beliau bercuti ya?.

Thursday, August 28, 2003
Eishun Tokomori
eishun Tokomori
Tokomori 2 dari kiri dalam keretapi di Tokyo |
Pada tahun 1999 adalah kali kedua saya berkursus di OKinawa, Jepun. Di sini saya bertemu dengan Eishun Tokomori, yang bekerja sebagai coordinator dengan JICE. Beliau mengiringi kami dalam lawatan 10 hari ke Tokyo. Beliau juga menyumbangkan satu lagu semasa majlis perpisahan kami yang dibuat ala kadar secar tak resmi dalam kelas. Pada April tahun ini, saya sekali lagi terjumpa dengan beliau di tengah-tengah kesibukan bandar Tokyo. Yang mengagumkan saya ialah beliau masih cam dengan saya, walaupun sudah beberapa tahun berlalu dan beliau menjadi coordinator kepada ribuan pelatih dari segenap pelusuk dunia. Lebih mengagumkan lagi ialah pada kali ini beliau begitu fasih berbahasa Melayu (pelat Indonesia). Rupa-rupanya beliau telah bertugas selama satu setengah tahun sebelum ini di Timur Timor. Beliau juga adalah fasih berbahasa Spanish. Dapat saya simpulkan dua perkara di sini. Pertama ialah tentang kehebatan beliau menguasai bahasa dan kedua bahasa Melayu memang mudah untuk dikuasai. Bagi saya, belajar bahasa Jepun semenjak 1989 di Jepun, sampai sekarangpun masih di tahap tadika. Mungkin alasan yang boleh diberi ialah bahasa ini susah untuk dikuasai. Namun saya juga belajar bahasa Inggeris semenjak mula kenal A,B,C, namun bahasa itu tetap asing juga bagi saya walaupun pernah tinggal dan belajar di negara orang putih. Maknanya?.... bukan bahasa yang susah, tapi diri sendiri memang benak :-) p.s teringat untuk menulis untuk Tokomori ialah kerana seorang kawan ke Okinawa; semoga dapat bertemu dengan beliau. |
Wednesday, August 27, 2003
wanita lebih ramai
Wanita Lebih Ramai
Satu berita menyebut bilangan wanita dalam semua perkhidmatan profesional seperti doktor, jurutera dan sebagainya adalah jauh lebih rendah daripada lelaki, kecuali akauntan.
Satu lagi berita dari punca lain menyebut 75% daripada pegawai dan kakitangan dalam skim ICT kerajaan adalah wanita. Malahan semua polisi penting ICT negara diterajui oleh wanita.
Apa yang boleh disimpulkan dari dua berita ini ialah, skim ICT masih lagi belum diiktiraf sebagai profesional. Ia adalah tepat memandangkan tiada sebarang akta yang khusus kepada penjawat ICT di negara ini pada masa ini. Akta tandatangan digital dan hakcipta adalah terlalu umum.

Tuesday, August 26, 2003
negaraku jadi malaysiaku ... azan jadi?
Negaraku jadi Malaysiaku ... azan jadi?
Khabarnya pihak kerajaan telah menukar lagu kebangsaan negara kita daripada Negaraku kepada Malaysiaku. Penukaran ini khabarnya hanyalah pada rentak sahaja, yang lebih rancak dan mengekalkan senikatanya. Ia akan dinyanyikan buat pertama kalinya semasa ulangtahun sambutan kemerdekaan 31 Ogos ini di Putrajaya. Mungkin rentak yang lebih rancak ini ialah untuk menambahkan semangat penyanyi dan pendengar serta rakyat jelata agaknya. Bagus jugalah begitu.
Mungkin juga kerajaan akan terfikir suatu hari nanti akan menukar rentak azan atau juga dikenali sebagai bang pula. Tujuannya dan kandungan azan ialah untuk memanggil Muslimin datang menunaikan sembahyang. Rentak dan alunan azan sekarang adalah mendayu-dayu, lemah gemalai. Mungkin perlu ditukar kepada rentak yang lebih bersemangat dan rancak. Maksud saya ialah jika ianya tidak menyalahi sunnah dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa hanya dunia Melayu di sebelah sini sahaja yang mempunyai alunan azan yang biasa kita dengar. Walhal di negara lain seperti Arab atau Eropah, azan mereka mempunyai rentak yang berlainan dan lebih bersemangat sesuai dengan seruan untuk datang bersembahyang, seruan menuju kejayaan. Begitu juga dengan takbir hari raya. Di negara kita, mendengar takbir hariraya akan mengingatkan kita kepada kampung halaman, kita akan sedih dan sayu. Walhal di negara lain yang disebutkan tadi, irama takbir adalah berlainan, penuh semangat sebab dah mencapai kejayaan.
Adalah saya diberitahu beberapa peristiwa di mana, apabila pelajar Malaysia yang bertakbir (dengan alunan yang biasa kita dengar) di negara lain, makmun dari arab, pakistan dan sebagainya tidak akan menyambut takbir tersebut. Diceritakan juga ada berlaku berebut mikrofon untuk takbir raya di Jepun antara pelajar Malaysia dan Indonesia di satu pihak dan pelajar lain di pihak lain kerana masing-masing tidak puas mendengar alunan takbir yang berbeza ini.

Monday, August 25, 2003
Kita Anak atau Bapak Malaysia
Kita Anak atau Bapak Malaysia?
Satu berita dalam TV semalam dengan megahnya menceritakan bahawa buat pertama kalinya lagu Malaysiaku akan dinyanyikan di luar negara. Kalau tak silap ia adalah di kawasan pergunungan. Sebabnya ada sekumpulan pendaki dari sebuah syarikat yang telah membuat 12 bulan persediaan akan mendaki gunung tersebut dan dijangka tiba menjelang hari kemerdekaan nanti.
Yang melucukan ialah apabila ketua delegasi memaklumkan bahawa umur peserta pendakian ialah antara 33 hingga 70 tahun. Jadi dalam delegasi ini katanya ada "anak Malaysia", "bapak Malaysia" dan "Datuk Malaysia". Hai... apa-apalah kamu ni. Kalau tak faham dengan apa itu "anak Malaysia", bertanyalah dulu sebelum bercakap. Mengapa tak bawa "ibu Malaysia" sekali dalam ekspedisi tersebut?.
Setahu aku le, Tunku Abdul Rahman (almarhum) seorang sahaja diiktiraf sebagai "bapa Malaysia".
Alahai... anak Malaysia.

Golf - Antara Dua Lubang
Golf - Antara Dua Lubang
Pada hujung minggu lepas kami telah diminta untuk mengatur satu permainan golf di antara pegawai tinggi kerajaan kita dengan beberapa orang ahli perniagaan dari negara asing yang berniaga di Malaysia. Tempahan telah dibuat dan pemain-pemain telah dikenalpasti. Tugasan berikutnya ialah untuk menjemput pegawai tinggi dari agensi kerajaan negara tersebut yang berkhidmat di Malaysia.
Oleh kerana kami telah lama kenal dan mempunyai hubungan yang agak bagus dengan beliau, maka secara terus terang dan dari hati ke hati kami diberitahu bahawa ia adalah satu dilema yang paling besar, samada untuk menerima atau menolak pelawaan tersebut. Kami diberitahu bahawa pegawai kerajaan dari negaranya tidak dibenarkan sama sekali untuk berada bersama-sama (baca bermain golf) dengan satu-satu individu yang mewakili syarikat tertentu. Ia adalah menjadi kesalahan. Apa kata kalau kompeni lain pula yang ajak bermain nanti, atau membuat laporan bahawa pegawai kerajaan negara mereka ini tidak berlaku adil kepada kompeni-kompeni lain. Hendak ditolak, apa pula kata kita?
Dalam menggalakkan dasar pengswastaan dan persyarikatan agaknya, kita digalakkan untuk berinteraksi dengan sektor swasta. Tetapi bagi negara tersebut, yang jauh lebih maju daripada kita, mempunyai dasar yang amat ketat terhadap pegawai perkhidmatan awam mereka. Jika hendak main hendaklah berlaku adil kepada semua, kena jemput secara terbuka kepada semua.
Mengapa golf saja ya....

Sunday, August 24, 2003
BERITA HUJUNG MINGGU
BERITA HUJUNG MINGGU
Sepanjang minggu lepas ada satu-dua berita panas yang menghiasi akhbar-akhbar perdana. Di antaranya ialah soal disiplin pelajar kita dan rasuah di kalangan penjawat awam.
1. 20 pelajar STAR (Sek. Tunku Abd Rahman) dipecat kerana cuba menghidupkan semula budaya ganster di sekolah tersebut. Menurut STAROBA (persatuan bekas pelajar STYAR) budaya samseng HIgh Council ini telah 11 tahun wujud dan telah lama dilaporkan kepada kementerian. -Amboi lamanya masa diambil untuk bertindak.
2. Soal penyeludupan beras - Kastam diminta awasi. Polis kata dah lama perkara ini berlaku. Kem.Pertanian yang keluarkan permit. Soalnya seludup atau lebih import?. Khabarnya lagi pengimport unytuk RM105juta, BERNAS ruju RM22juta. Alahai apa-apalah ni?.
3. Mengenai makmal komputer yang roboh dipantai timur, sudah lama jadi berita. Tapi kali ini ialah apabila BPR akan siasat batu, paku, simen dan kayu yang digunakan. Heh... selamat menyiasat hingga ke akar umbi.

Saturday, August 23, 2003
Antara Dua Mesyuarat
Persimpangan: Di Antara Dua Mesyuarat
Hari ini (Sabtu) ada dua mesyuarat persatuan dibuat serentak. Mesyuarat PERJASA di Putrajaya 2:30PM dan mesyuarat JICA Alumni di Menara Citibank 3:30PM. Oleh kerana persimpangan yang begitu jauh, tak mungkin untuk hadir kedua-duanya. Oleh itu mesyuarat JICA dipilih untuk dihadiri kerana banyak faktor. Di antaranya sebagai setiausaha, kena buat dan bentangkan minit. Lokasi mesyuarat lebih dekat dengan pejabat dan rumah. Esok ada pertandingan bowling JICA, jadi kena buat kerja-kerja akhir hari ini. Dan yang terakhir ialah mungkin sebab imbuhan (bukan mata duitan, sekadar dapat menampung minyak & parking sahaja).
wassalam.
MENGAPA TAK PERCAYA?
MENGAPA TAK PERCAYA?
Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa Singapura adalah satu-satunya negara di dunia yang menggunakan "Bahasa Melayu" sebagai bahasa kebangsaannya?
Sebabnya ialah... bahasa kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan Indonesia ialah bahasa Indonesia dan bahasa kebangsaan Brunei ialah bahasa Melayu Brunei.
p.s Di samping bahasa kebangsaan (national language), Singapura mempunyai 4 bahasa rasmi (official language) iaitu BM, BI, BC dan BT.

Friday, August 22, 2003
BACALAH QURAN
BACALAH QURAN
Seperti hari Jumaat yang biasa, hari ini bersembahyang Jumaat di tempat biasa, iaitu masjid Jamek Kuala Lumpur. Tempat pertemuan dua sungai, sg Gombak & sg. Kelang. Seperti biasa juga, sebelum solat dipenuhi dengan ceramah tengahari terlebih dahulu. Ceramah pada kali ini bertujuan untuk mengingatkan semua hadirin supaya selalu membaca Quran. Suatu perigatan yang bagus dan perlu bagi setiap Muslim.
Namun nada penceramah adalah keterlaluan, iaitu terlalu lantang (dalam bahasa lain disebut menjerit, memekik atau seerti dengannya). Mengapa jadi begitu?. Mungkin supaya makmum tidak tidur. Mungkin memang sudah menjadi kebiasaan beliau cakap dengan nada sedemikian. Mungkin latar belakang pendidikan beliau dan banyak lagi kemungkinannya.
Namun.... seeloknya yang lucu dilucukan, yang serius diseriuskan dan sebagainyalah. Kalau sekadar nak ingatkan hadirin supaya jangan lupa membaca dan mengingati Quran, barangkali tidak perlu begitu ?.

PORTAL TUNGGAL PERKHIDMATAN AWAM
PORTAL TUNGGAL PERKHIDMATAN AWAM
Semalam dan hari ini CIO seluruh perkhidmatan awam sedang bersidang. Di antara yang diwarwarkan dalam akhbar hari ini ialah mengenai portal tunggal perkhidmatan awam yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dengan portal ini rakyat tidak lagi perlu ke jabatan kerajaan hanya untuk mendapatkan borang. Sebabnya borang boleh dimuat-turun dari portal ini.
Hmmm... kalau dah on-line, mengapa masih perlukan borang lagi?. Mula-mula ke portal, download borang, isi borang dan kemudian hantar borang (pos atau datang sendiri). :-)
Selamat bersidang kepada semua CIO.

Thursday, August 21, 2003
PENGIMPORT BERAS BOLEH DIKENAKAN ISA
PENGIMPORT BERAS BOLEH DIKENAKAN ISA
Majoriti rakyat Malaysia makan nasi. Nasi pula adalah dari beras. Beras dari padi. Dari 22 juta rakyat, sebahagian kecil sahaja yang tanam padi. Selain daripada itu, beras adalah diimpot dari luar.
Untuk impot beras, lesen impot diperlukan. Oleh kerana ramai orang impot beras tanpa lesen atau berlesen palsu, maka beras boleh dijual dengan harga murah berbanding dengan beras yang dijual oleh Bernas (atau memang Bernas jual beras dengan harga mahal?). Dengan ini Bernas dilaporkan telah rugi RM22juta. Untuk mempastikan Bernas tidak rugi, pengimpot beras ini boleh/akan dikenakan ISA !!.
Agaknya selepas tak ada lagi orang yang berani impot beras, maka harga beras akan mahal dan 22 juta rakyat akan bayar harga tersebut untuk selamatkan Bernas?. Adakah Bernas akan bayar harga tinggi kepada petani?.
Matematik ini susah difahami dan apa agaknya akan terjadi dengan AFTA nanti bila beras dari negara jiran akan berlambak datang dengan harga murah?. (kempen makan ubi kayu?).

LAGI-LAGI PELAJAR BERGADUH
LAGI-LAGI PELAJAR BERGADUH
Akhbar-akhbar nasional hari ini menyiarkan beberapa berita mengenai pergaduhan pelajar dan pelajar dipukul oleh pelajar. Seorang pelajar dilaporkan sebagai berkata, ia dipukul ala-ala gusti. Seorang pelajar lain ditoreh perutnya dengan pisau lipat oleh sekumpulan pelajar lain semata-mata kerana cermin pengasah pensil yang menyilaukan ahli geng sipemukul. Minggu lepas pasal pelajar senior pukul pelajar junior di asrama sehingga terpaksa buang buah pinggang.
Apalah nak jadi dengan bebudak sekarang?. Kem, Pendidikan khabarnya akan membuat kajian & peraturan khas mengenai sekolah berasrama.
Yang agak memeranjatkan juga ialah apabila 3 (ekor) orang utan di Kota Kinabalu telah mati ditikam. Hmmm... adakah orang utan ini mengikut jejak langkah pelajar-pelajar kita? :-)

Wednesday, August 20, 2003
MENCARI PENYELESAIAN
MENCARI PENYELESAIAN
Sebuah jabatan mempunyai perjanjian penyelenggaraan komputer selama 2 tahun dengan nilan RM10juta. Penyelenggaraan ini termasuklah membuat preventive maintenance (PM) 1X sebulan (33 server), perkhidmatan, alat ganti dan jaminan boleh guna komputer tidak kurang dari 99.7% setahun. Invois dibuat secara bulanan setelah kerja-kerja siap dilaksanakan.
Setelah invois diterima, didapati pihak kontraktor telah tidak melakukan PM di 5 lokasi pada bulan tersebut. Dengan itu pihak kontraktor telah memotong RM50 X 5 = RM250 dari invois bulanan (RM10juta/24 bulan). Alasan kontraktor ialah setiap lawatan PM bernilai RM1000 dan dari situ, 95% adalah kos spare-part dan 5% adalah service. Jadi, service yang tidak dilakukan cuma RM50 sahaja. Penalti mengikut kontrak (uptime 99.7%) tidak boleh dikenakan kerana mesin tidak down dalam bulan yang diinvoiskan.
SOALAN:
SUB Kewangan enggan meluluskan invois ini kerana didapati ia adalah berat sebelah dan tidak adil. Sebagai SUB ICT, anda dikehendaki menyelesaikan masalah ini dengan berlaku adil kepada semua pihak dengan mengambilkira semua aspek perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa. Jika perlu sila sediakan satu formula baru yang lebih munasabah.
p.s Ini adalah kisah benar yang memerlukan input tuan/puan untuk jalan penyelesaian.

Tuesday, August 19, 2003
UK - BARANG TERPAKAI YANG BARU
UK - BARANG TERPAKAI YANG BARU
Kenangan bagi yang masih berkesempatan mengunjunginya :-)
tareth.seidgefieldcarbootsales..

barang terpakai yang baru by tareth 3:50pagi amin perlu bangkit segera dia tidak mahu ketinggalan takut benar kalau-kalau ketunggalan dia harus cepat bertindak perlu kejutkan anak-anak pelukan aisyah segera dilepaskan. 3:59pagi amin siap sedia aisyah sibuk didapur siapkan sarapan anak-anak masih tidur amin semakin gelisah. 4:10pagi semua sudah sedia amin berangkat bersama keluarga menuju padang lumba kuda. 4:46pagi diruang letak kereta amin mencari petak kosong hati semakin bimbang terlihat orang berbaris terlalu panjang. 4:55pagi amin masuk baris depan mat salleh belakang pun mat salleh tinggal aisyah bersama anak-anak jauh kebelakang. 5:10 dipintu masuk amin seluk saku keluarkan £1 50p untuk diri sendiri 50p untuk aisyah "mujur anak-anak free.." kata amin dalam hati. 5:30pagi amin pusing satu padang haram belum beli hatta satu barang "kenapa tak beli bang?" tanya aisyah bimbang "mahal!" jawab amin garang "semua barang lebih £1!" 5:45pagi amin sedikit gembira ditangan dibimbit sebiji raga "nak buat apa bang dengan raga tu?" "entah,abang tak kira,murah,10p je...abang beli la..." 6:00pagi amin mencari aisyah yang hilang dicelah-celah ramai orang 6:30pagi amin jumpa aisyah ditangan aisyah ada tiga biji pinggan "berapa?" tanya amin "£1.50." jawab aisyah "mahalnya!" kata amin,marah muka aisyah jadi merah 6:46pagi amin menuju pintu keluar tangannya perlu di"tatoo" tandanya dia akan segera masuk semula 7:00pagi amin terjaga dari lena sementara didalam kereta kini dia sudah segar semula dengan semangat baru,kali ini habis padang lumba kuda dia ronda. 9:00pagi amin mula letih anak-anak lagilah letih aisyah pun sama letih 9:20pagi amin sekeluarga berangkat pulang sebiji raga,tiga biji pinggan dalam bonet belakang. |
tareth.seidgefieldcarbootsales..
UK - Kenangan Di Lapanganterbang Leeds
UK - Kenangan Di Lapanganterbang Leeds
Rombongan kami seramai 14 orang (7 sekeluarga, 6 sekeluarga da seorang bujang) tiba di Leeds dari Amsterdam pada waktu pagi. Ini adalah kali pertama anak-anak kami menjejak kaki di negara orang putih. Seperti biasa kami semuanya beratur macam orang lain juga untuk proses cop pasport oleh imegresen. Di luar sana kiranya dah ada 3-4 buah kereta pelajar Malaysia menunggu kami. Maklumlah kami ni adalah freshie bagi program sarjana pada tahun tersebut. Selepas penat berbaris, pegawai imegresen mengarahkan kami keluar dari barisan (bukan masuk bulatan) dan berkumpul di tepi kaunter. Tujuannya ialah untuk melepaskan penumpang-penumpang lain dulu yang hampir semuanya adalah pemegang pasport Eropah. Apabila habis semua penumpang kapalterbang tersebut, kami tidak dibenarkan berbaris lagi kerana katanya ada lagi kapalterbang yang akan mendarat dan merfeka akan dilepaskan dahulu.
Anak-anak mula merenget dengan pelbagai kerenah mereka.
- mengapa kita sampai dulu tak boleh masuk?
+kita bukan orang putih, ini negeri mereka
- itu orang hitampun boleh masuk dulu, kitani putih jugak dari mereka
+mereka tu orang eropah, kita orang asia
-apalah abah ni, pebende tuuu tak retilah. ala boringnya orang putih ni.
Selepas dua-tiga kapalterbang dah kosong, barulah kami dibenarkan masuk. Alahai nasib datang negeri orang. Sampaikan barang-barang kami yang 30kg sorang tu (lesung batu je yang tak ada), dah melilau-lilau mencari tuannya.
Itulah layanan di negeri orang.
p.s buat pembaca2 di UK spt. Mus, Zaimah, Siti Hawa, Baharim, Hafsah dll.

GUSTI PUNCA KEGANASAN
GUSTI PUNCA KEGANASAN
Frontline NST semalam memetik MB Kelantan, Datuk NIk Aziz sebagai berkata program gusti yang ditayangkan di TV membawa kepada sifat ganas murid-murid sekolah. Kenyataan beliau ini mungkin sebagai ulasan beberapa kejadian di mana murid-murid sekolah bersikap terlalu ganas, umpamanya seorang pelajar dipukul oleh kumpulan sepuluh yang lain sehingga hilang buah pinggangnya.
Saya berpendapat ada benarnya kenyataan tersebut walaupun tiada statistik atau kajian rasmi dilakukan. Apa gunanya rancangan ganas sebegitu ditayangkan?. Murid-murid sekolah akan dengan cepatnya mengambil ikhtibar yang buruk dan ganas tersebut untuk dipraktikkan. Gusti yang pada asalnya adalah satu sukan yang bersih, kini telah dikomersilkan dan hanyalah lakonan semata-mata. Ia cuba memperbodohkan penonton. Namun pelajaran yang boleh diambil oleh kanak-kanak ialah penipuan itu adalah suatu kejayaan. Jikka kita ingin berjaya, mestilah menipu. Jika ingin berjaya, mestilah jadi jahat. Orang baik dan ikut peraturan tidak boleh berjaya.
Sudah tentu ramai orang yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, apatah lagi jika dikaji di sebalik keuntungan materialnya. Statistik daripada astro misalnya memberitahu bahawa gusti adalah rancangan yang paling popular, khususnya di kawasan pendalaman (selain dari Akademi Fantasia).

Monday, August 18, 2003
Domo arigato (Terima Kasih)
Domo arigato (Terima Kasih)
Sebelum berlepas ke Jepun April lepas, timbalan wakil residen JICA menjemput saya ke pejabatnya. "Muhamad-san, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan menerima pelawaan kami datang ke Jepun". Wah... dahlah tiket mereka bagi, penginapan percuma, makan free, ada elaun lagi. Patutnya kita yang ucap terima kasih, tapi sebaliknya mereka pulak. Inilah antara "budi-bahasa" Jepun yang sukar dimengerti. |
YAMAMOTO Sedasawarsa persahabatan Tidak pernah terucap TIDAK YA dan HAI berpanjangan Pernah aku tertipu Oleh lembut lidah Yoko Yang membangkang Tapi berbunyi menyokong Lantaran itu kawan Aku mula ragu Apakah erti YA mu itu |
JEPUN - Apa Pandangan Anda?
JEPUN - Apa Pandangan Anda?
Sabtu lepas saya ke hotel Corus, Jalan Ampang kerana menerima 4 orang pelajar dari Jepun sebagai anak angkat. Pelajar-pelajar ini dibawa oleh JICA ke Singapura dan Malaysia sebagai hadiah atas kemenangan mereka dalam pertandingan menulis karangan. JICA Alumni sebagai tuan rumah menguruskan soal mencari keluarga angkat bagi mereka. Tiga gadis dan seorang jejaka (14-17 tahun).
Semua tiga gadis Jepun ini berbaju kurung dan membawa kain tudung. Harapan mereka ialah supaya ibu-bapa angkat mereka mengajar mengenakan kain tudung tersebut...
Bercakap fasal Jepun, apakah tanggapan anda?:
1. "Jepun ingin menjajah semula Malaysia dengan kuasa ekonomi mereka, sebagaimana mereka menjajah Malaya dalam perang dunia kedua dulu"
2. Orang Jepun akan berkata YA (hait) dalam semua perkara, walaupun belum tentu YA atau TIDAKnya
3. Jepun adalah negara paling bersih dan hampir tiada jenayah.

Sunday, August 17, 2003
DUA X KE JEPUN DALAM SEBULAN
DUA X KE JEPUN DALAM SEBULAN
April 2003 mencatat sejarah. Pertamanya ke Jepun atas urusan JICA (homestay dan produksi multimedia). Seminggu selepas pulang, JICA bertanyakan "passport masih hidup lagi?". Ya. "JICA jemput ke Jepun lagi, harap sudi". Memanglah sudi, tapi macamana caranya nak dapatkan kelulusan dari boss, cuti tanpa gajipun tak boleh lepas. Seperti diduga, borang yang diisi terbiar begitu saja. "Orang lain dalam 1 tahun, mana ada yang pergi oversea 2X?", ini awak dalam 1 bulan 2X mahu pergi, ini tak aci, berilah peluang orang lain pulak" #$$@!^&&**%*((&^%$ Datuk!. Nantilah, letak saja borang tu, nanti saya discus dengan Tan Sri. Alamak.... bos besar nak ke Jakarta Tan Sri dah batalkan. Rakan setugas ke India telah dibatalkan. Alasannya ialah perang Iraq dan SARS. AKhirnya nekad saja... tiada berita maknanya berita baik. Tiket dah dapat, pergi sajalah.
Bila pulang semula ke ofis, surat kelulusan dah ada atas meja. Alhamdulillah.
Kata orang di pejabat ini adalah yang paling susah nak pergi oversea. Tapi ia di sebaliknya pula bagi mba, 5 tahun di sini, 5X pergi oversea. Kalau nak pergi yang ofis bayar, memang jauh panggang dari api, jadi kita buat-buatlah projek. Dah ada sponsor, takkan gomen nak tahan jugak. Pergi present paper ke, beri taklimat ke, semuanya selamat...

PERJALANAN PERTAMA KE US
PERJALANAN PERTAMA KE US
Setelah 18 tahun bertugas, pertama kali berpeluang ke USA.
Dari KUL ke SIN dan terus ke LA yang mengambil masa 17 jam.
Tiba di LA, tukar waktu ke masa tempatan. Dari LA ke VA 3 jam
perjalanan. Jam di tangan menunjukkan 11pm. "Sepatut"nya staf
hotel menunggu di lapangan terbang. Akhirnya menaiki cab sendiri
ke Homewoods Suites Hotel. Tiba di hotel, tiada nama didaftarkan.
Terpaksa gunakan kad kredit untuk mendaftar sendiri (esok makan
angin sajalah jika nama memang tidak didaftarkan utk kursus). Apabila
dapat bilik, buat jama'/kada' mana-mana yang patut dan terus tidur
hingga ke pagi. Sebelah pagi, 6am, hmmm sempat lagi subuh walaupun
di luar sana baki-baki salji masih lagi membeku sudah jelas kelihatan.
Jam 7 turun ke cafe hotel untuk breakfast. Sorry sir, our brekfast end at 9am.
Dipendekkan cerita, sebenarnya masa itu ialah 10am, bukan 7am. Sebabnya?
Tak tukar waktu dari LA ke DC. Hmmm... pertama kali di US, satu negara pelbagai
waktu.
ps rupa-rupanya masa sampai di hotel tu jam 3am, bukannya 12pm. Patut le
semua orang tak layan :-)

Saturday, August 16, 2003
DI LUAR NEGARA
DI LUAR NEGERIKita bukan selalu berpeluang ke luar negeri. Sesekali dapat pergi, banyak kenangan yang dapat dikumpul. Di sini ingin dikongsi satu dua yang telah terjadi semoga dapat diperhati tentang kebodohan diri sendiri.
|
DI LUAR NEGERI (A.Ghafar Ibrahim) bukan selalu pergi ke luar negeri bukan senang meninggalkan kerja rasmi bila berada di luar tanah air nampak hidup atau tidaknya kampung halaman yang dipandang dari keinsafan kerakyatan dengan lebih tajam dan senyum penuh erti dengan geram dan pertanyaan minta jawapan segera. nikmat berada di luar negeri dapat menjelaskan keindahan tanah air boleh mengetahui siapa kawan siapa lawan siapa saudara suapa bukan. kadang-kadang untuk mengukur nilai diri tidak dapat dilakukan di tanah air di luar negeri jelas tona warna garisan rasa setia pada kekitaan kita. di dalam negeri asyik diselubungi keadaan itu itu di luar negeri kita keluar dari keadaan ini dapat melihat ke dasar masalah tanah air dengan rasa lapang dan sedar. di dalam negeri kita sakit hati waswas dan waspada di luar negeri kita menjadi lebih bebas berani, megah dan cinta pada negara Yang Yang, 1986 DBP |
Friday, August 15, 2003
ARWAH AYAH - CELIK HURUF DAN SEMANGAT BELAJAR

Berbalik kepada pelajar sastera jadi doktor, saya teringat kepada arwah ayah saya. Beliau sekadar kenal huruf sahaja dengan belajar di kelas dewasa. Namun begitu sikap beliau terhadap pelajaran anak-anak adalah tegas sekali.
Pertama-tamanya saya dimarah teruk setelah tidak mahu ke sekolah Inggeris selepas tamat darjah 6. Pada masa itu saya bersemangat kebangsaan dan yakin penuh dengan keupayaan bahasa Malaysia :-). (Jika bersekolah Inggeris saya tidak boleh tinggal di kampung lagi. Perlu tinggal di asrama atau rumah sewa yang saya dengar macam-macam perkara buruk mengenai ragging oleh pelajar senior).
Kali kedua kemarahan beliau memuncak apabila saya memutuskan untuk belajar aliran sastera sahaja selepas tamat SRP. Beliau mengugut untuk tidak menyekolahkan saya lagi. Ini adalah gara-gara saya terpengaruh dengan kata-kata guru saya "Dalam SPM: Gred 1 sastera adalah lebih baik dari gred 3 sains". Kata-kata cikgu ini berasas kerana di sekolah kami, makmal sains tak lengkap, cikgu siswazah memang tiada, pendik kata serba serbinya kekurangan.
Akhirnya setelah saya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan 4, maka sayapun menyambunglah pelajaran dalam aliran sains. Oleh kerana suasana pembelajaran, kelengkapan sekolah dan sebagainya maka tidaklah perit sangat belajar sains pada masa itu.
Setelah bekerja dan berjumpa semula dengan rakan sekolah terdahulu, kami tidak pernah menyesal samada belajar sains atau sastera. Maklumlah belajar sastera juga boleh jadi jurutera!. Cuma kekesalan kami ialah kerana tidak ke sekolah Inggeris dan kami gelarkan diri sebagai "anak-anak yang tertipu dengan dasar pelajaran kebangsaan". Sebabnya?. Kami tahu bahawa anak-anak "pejuang bahasa" semuanya bersekolah Inggeris (di luar negeri lagi...), sedangkan kami yang tertipu inilah yang terpaksa berjuang sebenarnya.
Alfatihah untuk roh ayah:

PELAJAR SASTERA JADI DOKTOR
PELAJAR SASTERA JADI DOKTOR
Tajuk muka depan akhbar tempatan hari ini ialah mengenai pelajar sastera jadi doktor. Ia didedahkan oleh Kementerian Pendidikan di mana terdapat pelajar aliran sastera atau yang tidak lulus matapelajaran sains di Malaysia yang diterima masuk ke universiti di Ukraine dalam jurusan perubatan. Ini berlaku kerana salah faham mengenai sistem pendidikan di kedua-dua negara. Kononnya gred "9" di Ukraine adalah yang paling tinggi walhal di Malaysia ia adalah gagal.
Adakah perkara itu yang harus menjadi isu?. Salahkah jika pelajar aliran sastera diterima masuk dalam fakulti perubatan dan jika beliau berjaya dalam semua peperiksaannya akan dilantik sebagai doktor (pegawai perubatan)?. Salah atau tidak?. Saya percaya ramai juga di kalangan Pegawai Sistem Maklumat (PSM) sendiri yang bukan hanya dari aliran sastera semasa di sekolah, malahan juga belajar dalam aliran bukan sains di universiti dan akhirnya diterima sebagai PSM.
Bagaimana pula jika seorang jurutera?. Saya mempunyai seorang kawan yang bersekolah dalam aliran sastera, tetapi diterima masuk dalam fakulti kejuruteraan dalam universiti tempatan dan kini menjadi seorang jurutera. Salah ke?. Kawan saya itu memang seorang pelajar yang cerdas. Kami sama-sama belajar dari sekolah rendah hingga ke tingkatan 3. Selepas SRP, saya dipilih ke sekolah berasrama penuh dalam aliran sains. Beliau tidak terpilih dan cikgu kami menasihati beliau dengan katanya "gred 1 SPM sastera adalah lebih baik dari gred 3 sains". Berbekalkan kata-kata tersebut, beliau masuk aliran sastera dan ambil matapelajaran sastera di samping sains am beserta matematik (Pelajar aliran sains akan ambil biologi, kimia, fizik, matematik dan matematik tambahan). Akhirnya beliau dapat gred 1 (saya juga) dan diterima masuk ke universiti (program diploma dan seterusnya ijazah kejuruteraan). Kini beliau sebagai seorang jurutera "sastera" yang berbahagia.

Thursday, August 14, 2003
PERSIDANGAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

Pada 21-22 Ogos nanti, satu persidangan ICT terbesar dalam perkhidmatan awam akan berlangsung, iaitu Persidangan CIO Sektor Awam 2003. Bersempena dengan persidangan tersebut, Y.Bhg KSN akan melancarkan Malaysian Public Sector ICT Strategic Plan. Selamat bersidang kepada semua CIO dan kepada semua pengurus ICT yang mengiringi CIO mereka.
Inilah untungnya bagi mereka yang mempunyai organisasi. Bagi kami yang berada di projek a.k.a jawatan tambahsentara ini, walau JUSA sekalipun tidak ada dalam pengkalan data jemputan persidangan sedemikian. Kalau setakat PSM cabuk, jangan mimpilah.
Selamat bersidang untuk persidangan.

Wednesday, August 13, 2003
HANYA KERUSI
HANYA KERUSI
haiku "hanya kerusi" ciptaan saya ini telah dipilih menghiasi haiku hari ini dalam ruangan e-sastera. Walaupun ia "hanya kerusi", namun yang tersirat adalah lebih jauh mendalam lagi. Hanya kerana sebuah kerusi manusia sanggup bermusuhan, bergaduh malah berbunuhan. Dalam merebut kerusi tiada istilah kawan dan lawan. Kawan boleh jadi seteru dan kawan boleh jadi lawan. Kerusi bukan saja jadi perebutan dalam medan politik, malahan juga dalam dunia akademik dan sebagainya. Perebutan kerusi, biasanya adalah dalam DEMOKRASI yang diistilah sebagai DEMO NAK KERUSI.

HANYA KERUSI kerusi cantik
|
MUSLIM CAR
MUSLIM CAR
Setahun dua lagi kita akan memasuki alam AFTA. Ramai berpendapat pada masa tersebut kita akan dapat memberli kereta dengan begitu murah. Maklum sajalah, sekarang pelbagai cukai dikenakan terhadap penjualan sesebuah kereta yang mencapai hingga 300%. Sedangkan semasa AFTA nanti, cukai hanyalah sekitar 5%. Wah… banyak murah itu bah!. Akan tetapi akan murah kah harganya nanti?. Mungkin ya, mungkin tidak. Kerajaan mungkin akan mengenakan pelbagai syarat baru untuk memiliki kereta, misalnya sepertimana Singapura yang memerlukan sijil layak membeli kereta terlebih dahulu yang ada kalanya lebih mahal dari harga sebuah kereta.
Dengar-dengar cerita, harga kos sebuah proton semasa AFTA ialah sekitar RM50k, sebuah Hyundai RM30k dan Mercedes RM70k. Dari tinjauan rambang yang dibuat, jika benarlah harga sedemikian, jika mereka mempunyai RM50k, apakah agaknya kereta yang akan mereka beli?. Hyundai! Sebab dapat simpan RM20k lagi dan Mercedes sebab RM20k lagi boleh buat loan. Kalau begitu apa halnya dengan Proton?
Berdasarkan kepada statistik 6 bulan pertama yang dikeluarkan oleh MAA, didapatu penjualan kereta nasional telah menurun daripada 53% kepada 25% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sementara itu penjualan Toyota telah meningkat ke 74%. Malahan model terbaru Honda khabarnya telah ditempah oleh 10000 pengguna.
Jadi pengapa memilih Proton?. Semasa di UK dulu (UK adalah pasaran terbesar proton di luar Malaysia), saya ada bertanya kepada seorang pemandu teksi (ya… proton dijadikan teksi di sana) mengapa guna Proton (Pesona) dan tidak kereta lain?. Jawab pemandu teksi tersebut (orang Pakistan, kita panggil Paki saja). Oh my brother… do yo know that this is a Muslim car? Can you tell me please, in this world which Muslim country produce cars other than Malaysia?. We’re pround to use Muslim car, that’s why we support it 100%.
Bagaimana dengan kita?

Tuesday, August 12, 2003
SEMANGAT DAN ERTI KEMERDEKAAN
SEMANGAT DAN ERTI KEMERDEKAAN
Ogos pada setiap tahun adalah merupakan bulan merdeka. Pelbagai aktiviti diadakan ke arah menyambut hari kemerdekaan. Sebahagian daripada kita tidak menghairaukan sangat tentang sambutan hari kemerdekaan ini. Agaknya jika 31 Ogos tidak diistiharkan sebagai cuti umum, mungkin mereka ini tidak sedarpun ia adalah tarikh sambutan hari kemerdekaan. Sebahagian yang lain pula nampaknya bersungguh-sungguh sangat dalam menyambut kemerdekaan ini. Hinggakan ada yang membalut kereta dengan bendera, mengibar bendera di sana-sini, di sana-sini memacak bendera. Sesekali terfikir juga, adakah mereka ini telah memerdekakan diri mereka sendiri daripada diselimuti bendera ini. Ini tidak termasuk premis perniagaan yang memang diwajibkan memasang dan mengibar bendera oleh majlis bandaran.
Apabila kita berada di negara sendiri, biasanya kita tidak terasa sangat akan tarikh kemerdekaan ini. Namun apabila berada di luar negara, tarikh kemerdekaan adalah sesuatu yang penting. Hari kemerdekaan adalah suatu perkara besar. Hari penting. Hari keramat. Semasa di Jepun tiga-empat tahun dulu, pada pagi 31 Ogos, MBA banyak menerima ucapan tahniah dari kawan dan rakan di sana. Mula-mula terasa asing juga sebab di negara sendiri sudah tentu kita tak pernah menerima ucapan tahniah sebegini, namun lama kelamaan, fahamlah akan budaya merdeka ini. Malahan institusi pengajian itu juga beberapa kali membuat pengumuman melalui pembesar suara bahawa hari tersebut ialah hari kebangsaan Malaysia. Kebetulan mba adalah satu-satunya peserta dari Malaysia pada tarikh tersebut.
Merdeka!.. Merdeka!! … Merdeka!!!
mengibar jalur gemilang sendirian di okinawa international centre (oic)

Monday, August 11, 2003
KEGUNAAN SEBUAH PALM
KEGUNAAN SEBUAH PALM
Jika anda mahu tahu apa orang lain buat dengan Palm mereka, silalah ke sini:-
http://www.geocities.com/muhamadbinali/palm/perisian.html

KISAH BENAR SEBUAH PALM
KISAH BENAR SEBUAH PALM
Ini cerita lama. Pernah dimasukkan dalam Palmx. Tapi oleh kerana ramai juga kengkawan yang bertanya: Apa gunanya PAlm, maka ia dimasukkan semula ke sini
Kisah Benar Sebuah Palm: (diceritakan semula oleh WorkPad c505 daripada cerita asal Palm IIIc)
Mengikut catatan aku dibeli pada 3 Januari 2001 daripada D'Challenger, KLCC. Daripada awalnya lagi tuan aku ni terpikat dengan adik aku Palm Vx, namun kerana ketiadaan stok, akulah yang terpaksa mengikutnya ke rumah.
Terdapat pelbagai perisian dan banyak peristiwa pahit manis aku bersamanya. Di sini aku ceritakan serba sedikit mana-mana yang boleh mengenai kehidupan harianku bersama beliau yang kita namakan YM.
6:30am: Kehidupanku bermula di awal pagi apabila YM memasukkan data ke dalam BloodPressMgr. Tiga bulan sekali aku akan dibawa ke Tangling untuk menunjukkan data-data tersebut kepada PP.
6:45am: Bersama YM dan 3 anaknya menaiki kereta ke sekolah dan pejabat.
7:15am: Sambil YM menikmati makan pagi, aku dimasukkan ke cradle untuk proses hotsync. Dari sini data-data semalaman bertukarganti dan dikemaskini dengan PC. Di antaranya termasuklah AvantGo, Handstory,
ActionNames, mail dan sebagainya. Sekiranya paras bateriku dah berkurangan, pada masa inilah
juga ia akan dicaj semula.
9am - 12pm: Aku mengikuti aktiviti pejabat harian bagi YM. Biasanya beliau akan memasukkan pelbagai tugasan yang diterima melalui e-mel ke dalam ActionNames (AN). Merenung sejenuk dan memasukkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam ToDoList. Apabila ke mesyuarat aku pasti akan turut serta. Kerap kuperhatikan YM tidak memberikan perhatian sangat
terhadap mesyuarat tertentu, di kala begini beliau akan membaca dan membalas e-mel atau membuat apa-apa lakaran atau catatan kepada ku. Namun begitu aku berpendapat beliau adalah seorang pegawai yang serius dan komited terhadap
kerjanya. Banyak minit mesyuarat, nota-nota penting, malahan manual teknikal yang beliau simpan dengan ku. Biasanya beliau menggunakan DocumenToGo. Kekadang tu beliau hadir mesyuarat berlenggang saja tanpa cebisan
kertaspun sebab semuanya ada bersamaku. Kini laptopnya dah bermukim di rumah sahaja yang menjadi pejabat kedua bagi YM.
6:00-6:30pm: Sambil menunggu anak-anaknya keluar dari sekolah, YM pasti membelek-belek aku untuk membaca berita atau artikel dari AvantGo yang dipindah turun pagi tadi di pejabat.
8:00-10:00pm: Biasanya di sebelah malam begini sekali lagi YM akan membelek aku. Kini mungkin dia akan gunakan perisian Ultrasoft Money atau Quick Budget untuk perancaangan kewangannya. YM ni bukanlah kaya orangnya, tapi boleh dikatakan hari-harilah beliau masukkan data dalam Money tu. Kebanyakannya keluar aje le.
Selain dari masa-masa begini, jika berkelapangan YM juga akan membelek tafsiran Al-Quran, atau City Time atau kekadang tu kamus. Pernah gak sekali tu beliau baca surah Yaasin bersamaku. Jemaah lain agak beliau hafal surah Yaasin ni kot, tapi syyyyyy... kadang-kadang tu beliau jeling kat tulisan roman :-)
Sebelum berpergian biasanya YM akan memasukkan longitute dan magnitute tempat tuju dalam Prayminder untuk memudahkan beliau bersolat. Setakat yang aku dimaklumkan baru dua kali aku di bawa melancong, sekali ke USA
dan sekali lagi ke Manila.
Jika balik kampung dan bersua dengan saudara mara serta anak-anak buahnya pulak YM akan bertanya sala-silah mereka dan memasukkan datanya dalam My Roots. Jadi seronoklah anak-anak buah YM bila nama dan keturunan mereka
sudah ada dalam komputer Ayah Longnya.
Kalau berjalan dalam bandar, YM lebih suka naik komuter jika boleh. Dengan itu beliau gunakan metro untuk mengetahui arah jalan. Seperkara lagi, YM ni tak suka main games tapi sekali lagi Syyyyyy.... Palmasutra pun ada. kah..kah...kah... Begitulah apa yang diceritakan oleh saudaraku Palm IIIc yang kini telah di lelong.com.my. Jika dia bohong, maka bohonglah aku.
Jadi minta maaflah lebih kurang, ya!.
Pencerita: WorkPad c505 (tak tahulah apa jadi dengan nasib aku. IBM dah hentikan produksi dan YM dah mula jeling-jeling kat Clie ....)

Sunday, August 10, 2003
PERSIDANGAN MEJA BULAT
PERSIDANGAN MEJA BULAT Persidangan meja bulat: ah biasa saja... Meja bulat senang dapat Di rumah meja bulat Di ofis meja bulat Tiba di tempat tercatat, Diri terkulat-kulat +Mana meja bulat? -Apa nak buat? +Persidangan meja bulat -Ohh.. di bilik Tok Ampat Bersidang di bilik Tok Ampat I: Bilik memang segi empat – sudah adat II: Meja tersusun rapat, segi empat – meja bulat? III:Aturcara tak tepat – percaya bulat-bulat IV:Peserta majoriti tinggi lampai – apa yang bulat J V: Usulnya terlalu kerap – aktiviti sendat VI:Keputusan tiada mandat – bulat muafakat? Di mana bulatnya persidangan ini? Barangkali round-table lebih sesuai keliling meja Sebagaimana round-about jadi pusing keliling. -PersidanganMejaBulatGentingHighland 8-10 Ogos2003 |
arisel Aug-10-2003 2:53 AM PERSIDANGAN MEJA BULAT : sajen ini serius, kalau guna bahasa pasar, longat org Cina/India rasanya akan tumbuh humurnya....atau tengah perah otak, tiba-tiba Chairman kata: Kita minum dulu....., bila semua keluar dari sidang, minuman belum siap lagi.... hah, mana yang suka mulut berasap mesti cepat-cepat ke tandas.... mana-mana yang suka ngomong, mesti tanya rakannya: ada masa, kita naik kereta kabel.... drirwan Aug-10-2003 6:19 AM meja bulat yg tak bulat? Teka-teki: kalau sdr tahu, apakah warna kotak "black box"? (kotak hitam yg tak hitam? p/s, sdr dahrie minta adakan ruangan teka-teki). has1mah Aug-10-2003 11:36 AM sdr , tolong pusing lauk atas meja bulat tu. Dari tadi....asyik sambal saja depan saya. Saya nak rendang tok pula. Yuk, tulis sajen lagi? |
PERKHIDMATAN PELANGGAN
PERKHIDMATAN PELANGGAN (CRM)
Baru balik dari Persidangan Meja Bulat anjuran GITN di Genting Highland sejak Jumaat lepas. Kami ditempatkan di Resort Hotel, Genting. Selepas check-in pada hari Jumaat, sesi malam bermula dengan sesi taklimat dan persembahan. Pada hari Sabtu, semenjak pagi kami memulakan aktiviti worksyop. Berhenti makan tengahari dan langsung ke bilik untuk solat. Terasa geram apabila kad kunci pintu yang dibekalkan tidak berfungsi dan terpaksa kembali ke kaunter untuk activate. Bertambah
geram apabila sampai ke bilik didapati terdapat puntung rokok dalam ashtray. Ini bermakna ada seseorang telah masuk ke bilik semasa kita sedang bekerja. Mungkin juga pekerja yang tidak beretika merokok sambil bekerja. Tapi mengapa tinggalkan kekotoran begitu saja?.
Selesai solat, jumpa penyelaras dan komplen terhadap insiden tadi. Laporan kepada pihak hotel dibuat dan jam 6pm. dua wakil daru CRM (Customer Relation Manager) hotel datang memaklumkan bahawa seorang "staff baru" telah dengan tidak sengaja memberikan bilik tersebut kepada seorang pelanggan untuk check-in. Wah.. ini lagi parah. Macamana sistem komputer hotel secangih itu boleh buat check-in berfganda pada bilik yang sama?. Mengapa tiada pengawasan dari staff senior?. Mengapa tidak semak semula bilik selepas pelanggan tersebut menyedari dia telah tersalah bilik? Diri semakin marah dengan gaya penerangan dan soalan yang tidak dapat dijawab. Apa gunanya maaf diberi?
Sekurang-kurangnya jika rokok tersebut dibersihkan, sudah tentu saya tidak tahu insiden check-in berganda tersebut. Jika pihak hotel memaklumkan dan meminta maaf sebelum laporan dibuat, alangkah eloknya. Itulah tugas CRM.
Pada sebelah malamnya, menu makanan ialah makan buah-buahan tempatan. Selepas kekenyakan makan pelbagai buah, sekali lagi pihak CRM menelefon untuk minta maaf dan meminta izin untuk menhantar buah-buahan ke bilik. Permohonan maaf tersebut diterima memandangkan tiada benda yang hilang. Namun tawaran untuk hantar buah terpaksa ditolak sebab tawaran itu "agak kurang cerdik". Dahlah kita kekenyakan makan buah, nak disumbat lagi dengan buah, suapaya sirit birit agaknya?
Mengenangkan layanan CRM hotel ini, berikut saya sertakan layanan CRM dari 2 syarikat berbeza daripada sahabat saya:
Monday, June 30, 2003
About customer service: I received 2 calls today. One from Citibank asking me why I wanted to terminate my cards. I told them the reason & they ask me to try their service again for another one year, for free. I took the offer. They said, they don't want to loose any customer. 2nd call was from Kuantan Honda Service Centre. I complaint about their poor service to Honda Malaysia thru Honda's website. She was sorry for the inconvenience caused & promise to improve their service & customer care.
I am quite happy to see how the two big companies taking care their customer. This is the key of successfull bussiness.
# posted by Jamal @ 3:25 PM

Friday, August 08, 2003
STESEN SHINJUKU II
\ di stesen ini: kerapkali diri tersesat mencari pintu keluar di celah-celah diri dan manusia tersesat di sini mungkin memalukan namun tidak segerun bapaku tersesat di belantara, di celah-celah rimba dan intaian sang belang tersesat di sini mungkin melucukan namun tidak secanggih anakku tersesat di alam maya di celah-celah laman web dan klik tetikus sesat adalah takut, pedih, aib, malu segalanya |
Thursday, August 07, 2003
Terima Kasih Pak Arisel BA
Terima Kasih Pak Arisel
Tergamam saya apabila terbaca satu laman web mengenai HAIKU yang berbunyi begini:-
(Terima kasih Sdr Muhamad Ali @ Damahum kerana memperkenal Haiku dan Tanka kepada saya, jasabaik Anda dikenang sehingga akhir hayat). Ia ditulis oleh seorang penulis mapan, iaitu Arisel BA. Tulisan penuh beliau boleh dilihat di sini . Teruma kasih bapak. Sebelum itu beliau telah menerima saya sebagai mentee dalam program mentor-mentee penulisan puisi yang disiarkan oleh e-sastera.
'

DARI IE KE MOZILLA
DARI IE KE MOZILLA
Projek terkini mba ialah conversion semua aplikasi dari IE ke mozilla.
Ada ke sesiapa yang pernah melakukannya bagi kira-kira 500 program?
Apa methodology yang digunakan, macamana menentukan man-hours
setiap perogram?. Mengikut saiz program?. Mengikut kompleksiti?
Macamana mengukur kompleksiti?
Dengar khabar dulu Treasury pernah terlibat dalam IE-Mozilla Conversion ini.
Ada sesiapa yang boleh membantu?
Thanks in advance

CEPAT TAPI TAK TEPAT
CEPAT TAPI TAK TEPAT
Idea bagi tajuk ini timbul aoabila terdapat sedikit kekalutan dan ketidak selesaan di ofis. Ia adalah akibat daripada sesetengah orang membuat sesetengah kerja terlalu cepat. Ibarat kata belum suruh sudah buat, belum panggil dah datang. Cepat kerja ini adalah suatu amalan yang bagus, namun kadangkala ia akan menjadi salah sekiranya ia adalah tidak tepat. Al-kisah, maka kong-sultan kami ini dalam sesetengah hal, kerjanya adalah terlalu cepat. Apabila pengguna menghadapi masalah, dengan cepatnya mereka akan menyalahkan pihak ketiga, antaranya perkakasan, perisian sistem mahupun rangkaian. Semalam perkara cepat ini berlaku lagi dan perkakasan pula jadi mangsa. Oleh kerana sabar juga ada batasnya, maka apabila pembekal perkaksan datang dan membuat pemeriksaan dan memberikan laporan bahawasanya perkakasan dalam sihat walafiat, tidak senak dan tidak pening, maka bertemulah buku dengan ruas. Dalam setengah jam tiga sebab yang diberikan terhadap suatu permasalahan yang masih samar-samar puncanya.
Mengenai cepat yang tidak tepat ini sebenarnya: sebaik sahaja menerima surat tawaran untuk menghadiri PTK4, mba terus sahaja ke kedai buku dan membeli sebuah buku pengurusan. Tindakan itu dinamakan cepat (mungkin juga tepat pada masa iti). Tapi bila melapor diri, dimaklumkan bahawa bukan buku pengurusan (seperti dalam surat) yang perlu diulas, tapi sebarfang buku sistem maklumat. Maka tindakan cepat tadi sudah tidak tepat.
Itu sahaja.

Wednesday, August 06, 2003
PENILAIAN KURSUS PTK4
PENILAIAN KURSUS PTK4 DAN SEBUAH SAJAK Sebuah laporan daripada Alumni PTK4 yang tidak mahu dikenali. Terima kasih diucapkan. Niat beliau ialah ungtuk berkongsi dengan PSM yang lain KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 4 (PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT) Siri 1 Bil. 1/2003 TEMPAT : INTAN, BUKIT KIARA TARIKH/TEMPOH : 7 – 26 Julai 2003 KANDUNGAN KURSUS : Terdiri daripada ceramah, beberapa ujian, kertas tugasan dan team building seperti berikut: a) Penilaian di peringkat Individu (i) Pengucapan Awam (10 minutes) (ii) Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC) (iii) Kertas Tugasan (iv) Penilaian kebolehan (peer rating) (v) Ujian English Language Proficiency Assessment – written and oral (ELPA) (vi) Ujian Kursus (vii) Ulasan Buku (viii) Personaliti b) Penilaian di peringkat kumpulan (i) Kertas Projek (ii) Persembahan Kertas Projek TOPIK-TOPIK CERAMAH 1. PTK dan Anda 2. Mengenal Diri Sendiri 3. Teamwork Building 4. Networking dan Relationship Management 5. Kemahiran Berfikir 6. Pengurusan Kreatif & Inovatif 7. Pengurusan Sumber Manusia 8. Kemahiran Berkomunikasi 9. Isu-Isu Perkhidmatan Awam 10. Pengurusan Konflik 11. Kemahiran Perundingan 12. Pemikiran Strategik 13. Pengurusan Strategik 14. Pengurusan Kewangan 15. Change Management 16. Pengurusan Projek ICT 17. Keutuhan Nilai dan Etika dalam perkhidmatan Awam 18. Software Quality Assurance 19. Stress Management 20. ICT Strategic Plan 21. Business Process Reengineering 22. ICT Security 23. Knowledge Management 24. Customer Relationship Management B. Tajuk-Tajuk Sesi Pengucapan Awam (participants to choose one) 1. Management of ICT 2. ICT Policies and Standards 3. New technologies 4. Social Impact of ICT 5. ICT and National Development C. Book Review (published after 2000 and ICT related) D. Kertas Tugasan dan Kertas Projek Kumpulan - IT Related E. Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC) - objective questions (knowledge) - hands- on (skill). Tested on Word, e-mail, internet and power-point F. Format Ujian - To answer 5 essay type questions out of 8 - Mandatory to answer 2 IT questions and 2 general topics
|
Sebuah sajak mengenai organisasi dan harapan kepada pegawai yang pergi kursus. Karya seorang sahabat dalam e-sastera "Kita mahu organisasi ini bertaraf dunia Profesional, berketerampilan dan berwibawa Kepuasan para pelanggan wajar diutamakan Khidmat cemerlang sentiasa dipertontonkan". Begitulah slogan semangat tiap kali kursus Menyerap ke dalam otak sampai ke usus Koordinator serius mahu membentuk peribadi Kelaku dan bicara pancaran diri setiap hari. Pejabat ini sekali imbas nampak biasa sahaja Itu pandangan rambang mirip orang yang buta Kalau peka, perhati dan teliti akan nampak Pekerjanya lengai, bingai dan berpuak-puak. Boss besar lulusan universiti memang bervisi Ketawa berdekah usung 'Laptop' kesana-kemari Terlebih keju, lupa belacan, surat kurang sopan Hilang toleransi, semacam bosan berbau ugutan.. Timbalan boss kelaku macam ketam menjaja misi Asyik mengarah kerah orang bawahan macam kuli Duduk berkurung konon 'busy' rupanya 'bossy' Sempat menggatal simpan 'awek' menipu bini. Bermacam pertindihan arahan sistem bertukar Kisah bola, kisah artis, riuhnya macam pasar Talipon bimbit selari talipon pejabat berbunyi Mesti pandai sambil 'menyelam' bisnes sendiri. Jadi boss besar mesti pandai 'Tai Chi' bijak berlakon Kaki ampu 'Kung Fu', Merbuk angguk jadi penonton Berwajah ego, kelakunya algojo berlagak hipokrasi Bagai ayam kokoknya berderai ekor bergelumang tahi. Waktu 'temuduga tahunan' boss besar panggil masuk Wajahnya selamba 'acuh tak acuh' menghisap rokok Bla-Bla-Bla! mengomel sekedar mencari 'kelemahan' Dia berlagak tuan warden dan kita penyangak banduan. Awal tahun tersibar berita boss besar naik pangkat Imbuhan bagi menepati 'target' dan kurang berehat Tapi, timbalan boss wajahnya kelat sudah terjerat Bermuka tempe basi menjeruk hati terkulat-kulat. Ini cuma dongengan alaf baru jadikanlah tauladan Kalau jadi boss kongsilah 'daging' jangan simpan Anugerahlah yang rajin dan berikanlah ganjaran Merekalah pohonan rimbun menahan ribut taufan. Nakhoda: Batu Pahat/01-04-03 |
Tuesday, August 05, 2003
Dari Hal Elaun Pakaian Panas
ELAUN PAKAIAN PANAS: HAK ATAU KELAYAKAN?
Apabila kita ke luar negeri yang tertentu (yang terletak di garislintang tertentu) atas Urusan Seri Paduka Baginda, kita "berhak" menuntut Elaun Pakaian Panas (EPP). Tidak kiralah samada negara tersebut sejuk atau panas. Musim itu sejuk atau panas. Kita beli atau tidak pakaian tersebut. Ia bukanlah suatu tuntutan perbelanjaan (yang perlu kemukakan resit), akan tetapi ianya adalah seolah-olah satu keistimewaan yang diberikan (dengan syarat-syarat yang tertentu).
Seingat saya, pertama kali dapat elaun pakaian panas ini ialah semasa buat ijazah master dulu. Kira-kira 3 tahun kemudian, saya ditawarkan ke Jepun, maka sayapun memohonlah lagi ELP tersebut. Akan tetapi permohonan saya ini telah tidak diluluskan atas sebab ianya terkurang 2 hari 3 tahun. Maknanya baru 2 tahun 354 atau 353 hari. Saya cuba merayu kerana saya akan berada di negara tersebut selama 3 bulan dan sesampainya saya di sana saya akan kesejukan dan tempohpun telah melepasi 3 tahun dari tarikh mula-mula mendapat EPP yang pertama. Walau bagaimanapun rayuan ini tidak dilayan atas dasar peraturan. Saya tabiklah kepada pegawai tersebut, jika dan hanya jika beliau bertegas dengan semua orang dalam kes yang serupa :-)
Beberapa tahun kemudian, saya berpeluang pula ke USA (buat pertama kalinya) atas urusan negara. Walau bagaimanapun pada kali ini kelulusan diperolehi kira-kira 3 hari sebelum tarikh bertolak. Oleh kerana tiket telah tersedia, saya pergi sahajalah. Apabila kembali, saya memohonlah EPP ini, namun ianya ditolak lagi atas alasan saya patut memohon sebelum pergi bukannya selepas kembali. Saya merayu lagi dengan mengatakan sayab tahu banyak kes orang lain yang memohon selepas pulang dengan alasan-alasan tertentu. Rayuan saya masih tidak diendahkan kerana katanya saya tidak menggunakan EPP semasa di luar negara, sebaliknya akan gunakan duit itu untuk tujuan lain. Ini adalah antara persoalan "hak" atau "kelayakan". Saya yakin ia adalah "hak" saya, samada saya beli atau tidak. Saya gunakan analogi saya berhak mendapat elaun makan walaupun saya pergi pada bulan puasa. Memandangkan usaha saya masih tidak membuahkan hasil, usaha terakhir saya ialah mengutuskan mel yang antara lain berbunyi lebih kurang. - Saya yakin saya berhak terhadap EPP tersebut. Walau bagaimanapun saya akurlah dengan keputusan tuan untuk tidak meluluskannya berdasarkan kepada kedudukan tuan. Berdasarkan kepada keyakinan saya ini, dan sekiranya saya benar-benar berhak, maka saya sanggup untuk menuntutnya kembali di akhirat kelak (walaupun pada ketika itu tidak sejuk lagi). Keesokan harinya saya menerima panggilan telefon meminta saya berikan apa-apa bil yang menunjukkan saya telah belanja di US untyuk membolehkan tuntutan saya dilunaskan. Saya berilah satu resit saya beli beg kulit berharga US$80 di lapangan terbang Boston dan dipendikkan cerita dapatlah tuntutan tersebut sebanyak RM1500.
Pengajaran dari hikayat ini ialah, saya menyeru semua, khususnya diri saya sendiri supaya janganlah kedekut untuk meluluskan apa-apa sahaja kepada yang berhak (jika benar-benar berhak mengikut pandangan kita dan tidak menyalahi apa-apa). Jangan sekali-kali membuatkan kita terpaksa berhutang di hari Kemudian. Perkara kedekut dan pemurah ini bukan sahaja dari segi wang ringgit, malahan apa sahaja dalam ruang-lingkup kerja kita seperti pembangunan sistem, agihan PC, keutamaan CPU dan bermacam-macam lagi.

Monday, August 04, 2003
TEKNOLOGI TANPA WAYAR
TEKNOLOGI TANPA WAYAR
Semasa menulis coretan mengenai "satu orang satu laman" tadi, tetiba ia tidak dapat save sebab talian terputus. Huh... dah banyak yang ditulis, namun hilang entah ke mana. Inilah akibat tidak ada backup. Penggunaan talian tanpa wayar ni walaupun selesa, namun kekadang banyak juga onarnya.

E-MEL TETAP
E-MEL TETAP
Saya mula menggunakan e-mel peribadi semasa bertugas di JKR pada tahun 1980an. Kemudian berpindah ke JPA dan kemudiannya berpindah ke JPJ. Di JPJ mula mendapat e-mel rasmi. Kemudian berpindah lagi (cuti belajar). Kemudian di JAN menggunakan e-mel @treasury, kemudian e-mel @janm dan sekarang @egag. Pendik kata, apabila kita berpindah dari satu pejabat ke pejabat lain, kita akan dibekalkan dengan e-mel baru. Ada kalanya ia akan menyusahkan perhubungan. Yang pasti nombor gaji kita tidak berubah, selagi kita dalam perkhidmatan persekutuan sehinggalah kita pencen.
Usul seorang sahabat, agar penjawat awam dibekalkan dengan satu e-mel tetap (dan berpencen) saya fikir adalah wajar difikirkan. Walau ke mana kita pergi, e-mel tersebut boleh digunakan sehinggalah kita bersara. Macamana fikiran saudara/i?>

SATU ORANG SATU LAMAN
SATU ORANG SATU LAMAN
Profesor Ghazali dari UPM yang mengajar knowledge management ada bertanyakan peserta PTK4, berapa ramai yang mempunyai laman web sendiri?. Tidak seorangpun yang mengaku mempunyainya. Malahan suara "rasmi" dari kelas memutuskan bahawasanya laman web peribadi bagi PSM adalah tidak perlu. Memadai cuma dengan biodata ringkas yang disediakan secara rasmi oleh jabatan.
Saya berharap agar jawapan yang diberikan adalah tidak benar. Maklumlah kita semua ni pemalu. Moga-moga setengah dari 34 peserta PTK4 tersebut mempunyaio laman web peribadi. Namun andaian ini meleset apabila ia bertentangan dengan suara "rasmi" mengatakan PSM tidak perlu mempunyai laman sendiri. Laman tidak perlu, apa gunanya?.. Kita bukan jual barang, bukan jual perkhidmatan, bukan nak kerja lain. kita tak perlu publisiti, buat apa nonjol diri?. Di sini saya tidak bertujuan untuk memberi syarahan betapa laman web peribadi adalah perlu atau tidak.
Di kalangan kawan-kawan saya yang mempunyai laman web peribadi, kebanyakannya terdiri daripada doktor, jurutera, peniaga, penulis, dan pelbagai lapisan pekerja swasta dan juga pelajar sekolah. Kebanyakan mereka tidak mempunyai latarbelakang pendidikan ICT mahupun pembelajaran rasmi dalam laman web. Yang mereka ada ialah kemahuan dan hasilnya amat membanggakan. Sememangnya laman peribadi tidak semestinya bercerita mengenai kita dan keluarga kita semata-mata (tidak perlupun). Tetapi keperluan laman web sendiri melangkaui lebih jauh dari itu. Ia boleh disisi dengan pelbagai perkara seperti kebolehan, keistimewaan, bakat, hobi, kesukaan dan pelbagai. Kawan saya yang suka bela kucing, mempunyai laman web kucing. Yang suka lumba kereta, ada laman kereta sendiri begitulah seterusnya seperti alat elektronik, fesyen, sastera dan banyak lagi.
Barangkali juga kita ini nadalah pakar ICT, lantaran itu kita tidak mempunyai laman sendiri. Aneh bunyinya?. Cuba perhatikan ramai tukang gunting yang rambut tidak terurus, tukan jahit pakaiannya tidak berfesyen, tukang masak kurus melengkong, mekanik berkereta cabuk. Lantaran itu pakar ICT tentu tiada komputer di rumah!

Sunday, August 03, 2003
BTM
BTM
Dari rumah ke Masjid Jamek bertukar STAR ke PUTRA. Tujuan untuk ke PCFAir di PWTC. Fulamak.... manusia beratur membeli tiket STAR bagai ular kena palu dari tangga stesen hingga tepi sungai. Ingatrkan beli tiket wayang saja begini. Apa dah jadi dengan sistem kita?. Kaunter ada 5-6, tapi hanya 1 dibuka. Mesin beli tiket automatik ada tapi terima RM2, RM5 (sekarang mana ada RM2 lagi!). Tapi kalau beli tiket komuter lagi teruk. JIka mesin reject duit kita, pelayan kaunter juga akan cakap tiada duit kecil. Maaf!. Depa ni tak perasan agaknya duit tambang itulah yang jadi gaji mereka. Padanlah rugi puluh-puluh ribu. :-(
Selesai PCFair, bergegas ke KLSentral menghadiri BTM. Di sini kami bincang macam-macam mengenai Palm. Banyak menafaat samada pemilik atau bakal pemilik Palm. Sesi BTM tersebut juga dihadiri oleh dua pemuda dari Thailand yang juga menjadi ahli palmx. Berikut ialah 1 foto di sesi BTM:

Permudahkan Yang Senang
Permudahkan Yang Senang
Semalam (Sabtu) MBA ke PCFair di PWTC untuk membeli wireless router untuk membolehkan beberapa PC dan notebook di rumah dapat disambung dengan mudah ke Internet. Sekarang semuanya dah selesai dan moga-moga tiada lagi kebimbangan di hati apabila anak-anak selalu hilang malam pergi ke Cyber Cafe (CC). Sekarang CC dah berada di rumah. Wireless broadband lagi. Kawan-kawan yang nak berinternet free, terutamanya geng-geng yang selalu bermesyuarat di kedai mamak AU5, bolehlah bawa notebook dan kita sembang bawah pokok pisang...
Mengenai kemudahan Internet ini, MBA mula mendapat akaun pada tahun 1985 (kalau tak silap), semasa bekerja di JKR. Selamanya bersama jaring. Walau bagaimanapun akaun TMNet tetap ada sebagai backup sebab 1511 biasanya susah nak dapat talian. JAdi terpaksalah gunakan 1515. Di ofis, MBA mempromosi kepada semua bahagian/cawangan yang memerlukan internet dialup supaya memilih Jaring berbanding TMNet atas banyak sebab... Tapi kini semua pengarah bahagian telah menamatkan perkhidmatan Jaring dan memilih TMNet atas sebab akaun mereka dipotong tanpa sedar dan tanpa makluman, Sebabnya, Jaring tidak mengeluarkan sebarang bil (cuma mel peringatan sekali sahaja). Berbanding dengan TMNet yang mempunyai bil bulanan.
Berbalik kepada broadband (streamyx), memanglah hanya TMNet sahaja yang menyediakannya. Mahu tidak mahu pengguna memang tiada pilihan... Selepas permohonan diluluskan, Telekom akan minta kita buat temujanji dengan kontraktor mereka untuk memasang modem. Temujanji ini akan mengambil masa berminggu-minggu bergantung kepada mood kontraktor. Bila modem dipasang, kontraktor akan lesap dan tidak akan muncul lagi walaupun kita mempunyai masalah. Bila panggilan dibuat kepada talian khidmat pengguna streamyx, mereka akan buat macam-macam janji dan gerenti yang masalah akan selesai dalam masa 24 jam. Telefon demi telefon, tiket demi tiket, hari demi-hari menunggu tetap jemu. Masalahnya cuma instalasi, dan kontraktor tidak membekalkan CD. Betapa senangnya orang kita nak berniaga (menjadi kontraktor Telekom). Cukup dengan perniagaan Enterprise sahaja... Rasa-rasanya Telekom perlu jaga kredibiliti mereka dengan lebih mengetatkan QA dalam hal begini.
Celoteh ini bukan isu peribadi, tetapi dikongsi dengan ramai pengguna streamyx lain yang senasib. Yang tak sabar menunggu, akan buat pilihan dengan membeli peralatan sendiri (modem, router dll). Lagi banyak komplen, lagi untung agaknya bagi Telekom.
Permudahkan yang senang ialah, contohnya bagi pengguna yang berkemahiran, instalasi sesenang itu boleh dibuat sendiri tanpa menunggu temujanji dengan kontraktor yang datang ikut suka mereka bukan ikut masa kita. Perisian sepatutnya boleh didownload sahaja. Kemudian user group boleh ditubuhkan untuk bantu jiran-jiran yang memerlukan (tak perlu habiskan boreh bagi kepada kontraktor yang tidakpun dapat membantu).
:)

Friday, August 01, 2003
Gambar Peserta Kursus PTK 4 Bil 1/03
Gambar Peserta Kursus PTK 4 Bil 1/03
Ramai yang ingin tahu/kenal dengan peserta kursus PTK4 1/03. Berikut disertakan gambar mereka. Jika tak kenal/tak nampak/tak cam, bolehlah bertanya: Berikut disenaraikan nama-nama peserta PTK4 1/03 (mengikut abjad):
a.rahman (sukns), ahmadhusin(spa), ahmadhedar(icu), ashim(hutan), azizahbakar(mampu), azlin shah(jpm), baha(hrmis), faudziah(moe), fuziah(nalis), haizan(jpn), hasib(jas), kamaruddin(jakim), yylim(jpj), marshitah(mampu), m.roslan(nahrim), sahar(jpa), mycm(hrmis), mba(egag), niksyarifah(jkr), abkari(icu), nor'aini(treasury), norhalina(peguam), norizam(ksm), RNZihan(matrade), rohada(kkr), rohani(treasury), rokiah(mecm), spohia(health), tyquin(mampu), vasu(jpj), wahid(moe), wahilman(stat), zahari othman(cuti belajar), zamani(peguam).
Jika nak gambar lagi besar, klik pada gambar
Gambar dengan Ikhsan Dari YM Raja Nor Zihan

HAIKU
HAIKU
Haiku ialah sejenis puisi Jepun klasik yang banyak ditulis dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu. Ia merupakan (barangkali) puisi terpendik di dunia. Ia cuma ditulis dalam 3 baris dengan 5-7-5 sukukata. Iaitu 5 sukukata di baris pertama, 7 sukukata baris kedua dan 5 sukukata baris ketiga. Bagi sesiapa yang ingin belajar menulis haiku, bolehlah pergi ke site ini: http://www.geocities.com/haikumelayu/buathaiku.html. Ia merupakan 'program' mudah untuk membuat haiku. Jika ada sesiapa yang mempunyai idea untuk memperbaikinya supaya lebih canggih, gunakan pengkalan data umpamanya, bolehlah meneruskan usaha ini. Untuk menikmati haiku Melayu pula sdra/i bolehlah mengunjungi site ini (kena daftar dulu - percuma): www.communityzero.com/haiku
Selamat berhaiku.

Bahasa Ku
Bahasa Ku
MBA menerima dua e-mel bertanyakan mengapa blog ini menggunakan bahasa yang mereka tidak difahami. Satu mel dari Brazil dan satu lagi dari Jepun. Kedua-dua mereka memahami B. Inggeris selain dari bahasa ibunda sendiri. Mereka berdua memang rakan-rakan MBA (ada dalam laman web DP Manager99) Inilah persoalan yang agak sukar dijawab. Sebenarnya.... (semuanya benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka), MBA malulah nak menulis dalam bahasa Inggeris sebab bahsanya tunggang-terbalik, nahu entah ke mana, struktur ayat ntah apa-apa. Apatah lagi untuk dibaca oleh orang Malaysia yang kebanyakannya memang fasih dengan BI (Jika untuk kegunaan antarabangsa tu bolehlah :-) Lagipun ruangan ini dinamakan suara hati dan hati MBA tidak bersuara dalam BI !. Memanglah kalau menulis dalam BI, tentulah ruang-lingkup pembacanya lebih luas lagi. Hasrat hati ada juga nak jadikan ruangan ini sebagai dwi-bahasa. Tapi lambat lagilah kot.