Kenangan bagi yang masih berkesempatan mengunjunginya :-)
barang terpakai yang baru by tareth 3:50pagi amin perlu bangkit segera dia tidak mahu ketinggalan takut benar kalau-kalau ketunggalan dia harus cepat bertindak perlu kejutkan anak-anak pelukan aisyah segera dilepaskan. 3:59pagi amin siap sedia aisyah sibuk didapur siapkan sarapan anak-anak masih tidur amin semakin gelisah. 4:10pagi semua sudah sedia amin berangkat bersama keluarga menuju padang lumba kuda. 4:46pagi diruang letak kereta amin mencari petak kosong hati semakin bimbang terlihat orang berbaris terlalu panjang. 4:55pagi amin masuk baris depan mat salleh belakang pun mat salleh tinggal aisyah bersama anak-anak jauh kebelakang. 5:10 dipintu masuk amin seluk saku keluarkan £1 50p untuk diri sendiri 50p untuk aisyah "mujur anak-anak free.." kata amin dalam hati. 5:30pagi amin pusing satu padang haram belum beli hatta satu barang "kenapa tak beli bang?" tanya aisyah bimbang "mahal!" jawab amin garang "semua barang lebih £1!" 5:45pagi amin sedikit gembira ditangan dibimbit sebiji raga "nak buat apa bang dengan raga tu?" "entah,abang tak kira,murah,10p je...abang beli la..." 6:00pagi amin mencari aisyah yang hilang dicelah-celah ramai orang 6:30pagi amin jumpa aisyah ditangan aisyah ada tiga biji pinggan "berapa?" tanya amin "£1.50." jawab aisyah "mahalnya!" kata amin,marah muka aisyah jadi merah 6:46pagi amin menuju pintu keluar tangannya perlu di"tatoo" tandanya dia akan segera masuk semula 7:00pagi amin terjaga dari lena sementara didalam kereta kini dia sudah segar semula dengan semangat baru,kali ini habis padang lumba kuda dia ronda. 9:00pagi amin mula letih anak-anak lagilah letih aisyah pun sama letih 9:20pagi amin sekeluarga berangkat pulang sebiji raga,tiga biji pinggan dalam bonet belakang. |
tareth.seidgefieldcarbootsales..
No comments:
Post a Comment