E-MEL TETAP
Saya mula menggunakan e-mel peribadi semasa bertugas di JKR pada tahun 1980an. Kemudian berpindah ke JPA dan kemudiannya berpindah ke JPJ. Di JPJ mula mendapat e-mel rasmi. Kemudian berpindah lagi (cuti belajar). Kemudian di JAN menggunakan e-mel @treasury, kemudian e-mel @janm dan sekarang @egag. Pendik kata, apabila kita berpindah dari satu pejabat ke pejabat lain, kita akan dibekalkan dengan e-mel baru. Ada kalanya ia akan menyusahkan perhubungan. Yang pasti nombor gaji kita tidak berubah, selagi kita dalam perkhidmatan persekutuan sehinggalah kita pencen.
Usul seorang sahabat, agar penjawat awam dibekalkan dengan satu e-mel tetap (dan berpencen) saya fikir adalah wajar difikirkan. Walau ke mana kita pergi, e-mel tersebut boleh digunakan sehinggalah kita bersara. Macamana fikiran saudara/i?>
No comments:
Post a Comment