Pages

Tuesday, August 19, 2003

GUSTI PUNCA KEGANASAN

GUSTI PUNCA KEGANASAN

Frontline NST semalam memetik MB Kelantan, Datuk NIk Aziz sebagai berkata program gusti yang ditayangkan di TV membawa kepada sifat ganas murid-murid sekolah. Kenyataan beliau ini mungkin sebagai ulasan beberapa kejadian di mana murid-murid sekolah bersikap terlalu ganas, umpamanya seorang pelajar dipukul oleh kumpulan sepuluh yang lain sehingga hilang buah pinggangnya.

Saya berpendapat ada benarnya kenyataan tersebut walaupun tiada statistik atau kajian rasmi dilakukan. Apa gunanya rancangan ganas sebegitu ditayangkan?. Murid-murid sekolah akan dengan cepatnya mengambil ikhtibar yang buruk dan ganas tersebut untuk dipraktikkan. Gusti yang pada asalnya adalah satu sukan yang bersih, kini telah dikomersilkan dan hanyalah lakonan semata-mata. Ia cuba memperbodohkan penonton. Namun pelajaran yang boleh diambil oleh kanak-kanak ialah penipuan itu adalah suatu kejayaan. Jikka kita ingin berjaya, mestilah menipu. Jika ingin berjaya, mestilah jadi jahat. Orang baik dan ikut peraturan tidak boleh berjaya.

Sudah tentu ramai orang yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, apatah lagi jika dikaji di sebalik keuntungan materialnya. Statistik daripada astro misalnya memberitahu bahawa gusti adalah rancangan yang paling popular, khususnya di kawasan pendalaman (selain dari Akademi Fantasia).

No comments:

Post a Comment