Pages

Friday, August 08, 2003

STESEN SHINJUKU II

STESEN SHINJUKU II



\


di stesen ini:
kerapkali diri tersesat
mencari pintu keluar
di celah-celah diri dan manusia


tersesat di sini
mungkin memalukan
namun tidak segerun
bapaku tersesat di belantara,
di celah-celah rimba dan intaian sang belang

tersesat di sini
mungkin melucukan
namun tidak secanggih
anakku tersesat di alam maya
di celah-celah laman web dan klik tetikus

sesat adalah takut, pedih, aib, malu segalanya

No comments:

Post a Comment