PENILAIAN KURSUS PTK4 DAN SEBUAH SAJAK Sebuah laporan daripada Alumni PTK4 yang tidak mahu dikenali. Terima kasih diucapkan. Niat beliau ialah ungtuk berkongsi dengan PSM yang lain KURSUS PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 4 (PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT) Siri 1 Bil. 1/2003 TEMPAT : INTAN, BUKIT KIARA TARIKH/TEMPOH : 7 – 26 Julai 2003 KANDUNGAN KURSUS : Terdiri daripada ceramah, beberapa ujian, kertas tugasan dan team building seperti berikut: a) Penilaian di peringkat Individu (i) Pengucapan Awam (10 minutes) (ii) Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC) (iii) Kertas Tugasan (iv) Penilaian kebolehan (peer rating) (v) Ujian English Language Proficiency Assessment – written and oral (ELPA) (vi) Ujian Kursus (vii) Ulasan Buku (viii) Personaliti b) Penilaian di peringkat kumpulan (i) Kertas Projek (ii) Persembahan Kertas Projek TOPIK-TOPIK CERAMAH 1. PTK dan Anda 2. Mengenal Diri Sendiri 3. Teamwork Building 4. Networking dan Relationship Management 5. Kemahiran Berfikir 6. Pengurusan Kreatif & Inovatif 7. Pengurusan Sumber Manusia 8. Kemahiran Berkomunikasi 9. Isu-Isu Perkhidmatan Awam 10. Pengurusan Konflik 11. Kemahiran Perundingan 12. Pemikiran Strategik 13. Pengurusan Strategik 14. Pengurusan Kewangan 15. Change Management 16. Pengurusan Projek ICT 17. Keutuhan Nilai dan Etika dalam perkhidmatan Awam 18. Software Quality Assurance 19. Stress Management 20. ICT Strategic Plan 21. Business Process Reengineering 22. ICT Security 23. Knowledge Management 24. Customer Relationship Management B. Tajuk-Tajuk Sesi Pengucapan Awam (participants to choose one) 1. Management of ICT 2. ICT Policies and Standards 3. New technologies 4. Social Impact of ICT 5. ICT and National Development C. Book Review (published after 2000 and ICT related) D. Kertas Tugasan dan Kertas Projek Kumpulan - IT Related E. Ujian IT Skill Assessment and Certification (ISAC) - objective questions (knowledge) - hands- on (skill). Tested on Word, e-mail, internet and power-point F. Format Ujian - To answer 5 essay type questions out of 8 - Mandatory to answer 2 IT questions and 2 general topics
|
Sebuah sajak mengenai organisasi dan harapan kepada pegawai yang pergi kursus. Karya seorang sahabat dalam e-sastera "Kita mahu organisasi ini bertaraf dunia Profesional, berketerampilan dan berwibawa Kepuasan para pelanggan wajar diutamakan Khidmat cemerlang sentiasa dipertontonkan". Begitulah slogan semangat tiap kali kursus Menyerap ke dalam otak sampai ke usus Koordinator serius mahu membentuk peribadi Kelaku dan bicara pancaran diri setiap hari. Pejabat ini sekali imbas nampak biasa sahaja Itu pandangan rambang mirip orang yang buta Kalau peka, perhati dan teliti akan nampak Pekerjanya lengai, bingai dan berpuak-puak. Boss besar lulusan universiti memang bervisi Ketawa berdekah usung 'Laptop' kesana-kemari Terlebih keju, lupa belacan, surat kurang sopan Hilang toleransi, semacam bosan berbau ugutan.. Timbalan boss kelaku macam ketam menjaja misi Asyik mengarah kerah orang bawahan macam kuli Duduk berkurung konon 'busy' rupanya 'bossy' Sempat menggatal simpan 'awek' menipu bini. Bermacam pertindihan arahan sistem bertukar Kisah bola, kisah artis, riuhnya macam pasar Talipon bimbit selari talipon pejabat berbunyi Mesti pandai sambil 'menyelam' bisnes sendiri. Jadi boss besar mesti pandai 'Tai Chi' bijak berlakon Kaki ampu 'Kung Fu', Merbuk angguk jadi penonton Berwajah ego, kelakunya algojo berlagak hipokrasi Bagai ayam kokoknya berderai ekor bergelumang tahi. Waktu 'temuduga tahunan' boss besar panggil masuk Wajahnya selamba 'acuh tak acuh' menghisap rokok Bla-Bla-Bla! mengomel sekedar mencari 'kelemahan' Dia berlagak tuan warden dan kita penyangak banduan. Awal tahun tersibar berita boss besar naik pangkat Imbuhan bagi menepati 'target' dan kurang berehat Tapi, timbalan boss wajahnya kelat sudah terjerat Bermuka tempe basi menjeruk hati terkulat-kulat. Ini cuma dongengan alaf baru jadikanlah tauladan Kalau jadi boss kongsilah 'daging' jangan simpan Anugerahlah yang rajin dan berikanlah ganjaran Merekalah pohonan rimbun menahan ribut taufan. Nakhoda: Batu Pahat/01-04-03 |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment