Pages

Wednesday, August 20, 2003

MENCARI PENYELESAIAN

MENCARI PENYELESAIAN

Sebuah jabatan mempunyai perjanjian penyelenggaraan komputer selama 2 tahun dengan nilan RM10juta. Penyelenggaraan ini termasuklah membuat preventive maintenance (PM) 1X sebulan (33 server), perkhidmatan, alat ganti dan jaminan boleh guna komputer tidak kurang dari 99.7% setahun. Invois dibuat secara bulanan setelah kerja-kerja siap dilaksanakan.

Setelah invois diterima, didapati pihak kontraktor telah tidak melakukan PM di 5 lokasi pada bulan tersebut. Dengan itu pihak kontraktor telah memotong RM50 X 5 = RM250 dari invois bulanan (RM10juta/24 bulan). Alasan kontraktor ialah setiap lawatan PM bernilai RM1000 dan dari situ, 95% adalah kos spare-part dan 5% adalah service. Jadi, service yang tidak dilakukan cuma RM50 sahaja. Penalti mengikut kontrak (uptime 99.7%) tidak boleh dikenakan kerana mesin tidak down dalam bulan yang diinvoiskan.

SOALAN:
SUB Kewangan enggan meluluskan invois ini kerana didapati ia adalah berat sebelah dan tidak adil. Sebagai SUB ICT, anda dikehendaki menyelesaikan masalah ini dengan berlaku adil kepada semua pihak dengan mengambilkira semua aspek perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa. Jika perlu sila sediakan satu formula baru yang lebih munasabah.

p.s Ini adalah kisah benar yang memerlukan input tuan/puan untuk jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment