Pages

Tuesday, August 19, 2003

UK - Kenangan Di Lapanganterbang Leeds

UK - Kenangan Di Lapanganterbang Leeds

Rombongan kami seramai 14 orang (7 sekeluarga, 6 sekeluarga da seorang bujang) tiba di Leeds dari Amsterdam pada waktu pagi. Ini adalah kali pertama anak-anak kami menjejak kaki di negara orang putih. Seperti biasa kami semuanya beratur macam orang lain juga untuk proses cop pasport oleh imegresen. Di luar sana kiranya dah ada 3-4 buah kereta pelajar Malaysia menunggu kami. Maklumlah kami ni adalah freshie bagi program sarjana pada tahun tersebut. Selepas penat berbaris, pegawai imegresen mengarahkan kami keluar dari barisan (bukan masuk bulatan) dan berkumpul di tepi kaunter. Tujuannya ialah untuk melepaskan penumpang-penumpang lain dulu yang hampir semuanya adalah pemegang pasport Eropah. Apabila habis semua penumpang kapalterbang tersebut, kami tidak dibenarkan berbaris lagi kerana katanya ada lagi kapalterbang yang akan mendarat dan merfeka akan dilepaskan dahulu.

Anak-anak mula merenget dengan pelbagai kerenah mereka.
- mengapa kita sampai dulu tak boleh masuk?
+kita bukan orang putih, ini negeri mereka
- itu orang hitampun boleh masuk dulu, kitani putih jugak dari mereka
+mereka tu orang eropah, kita orang asia
-apalah abah ni, pebende tuuu tak retilah. ala boringnya orang putih ni.

Selepas dua-tiga kapalterbang dah kosong, barulah kami dibenarkan masuk. Alahai nasib datang negeri orang. Sampaikan barang-barang kami yang 30kg sorang tu (lesung batu je yang tak ada), dah melilau-lilau mencari tuannya.

Itulah layanan di negeri orang.

p.s buat pembaca2 di UK spt. Mus, Zaimah, Siti Hawa, Baharim, Hafsah dll.

No comments:

Post a Comment