Labels

Saturday, August 27, 2011

MY NAME WAS ZULKIFLY

ENTAH mengapa, tetiba saya teringat kepada kelas Bahasa Inggeris di Universiti Kebangsaan dalam tahun 1970an dulu.


Kami para pelajar dari aliran Melayu, diwajibkan mengambil dan lulus dalam bahasa Inggeris pada setiap semester, bagi membolehkan kami layak diberikan ijazah. Sewaktu mendaftar masuk, kami diberikan ujian kecekapan bahasa. Berdasarkan keputusan ujian ini, kami diwajibkan mengikuti kursus dan lulus Bahasa Inggeris mengikut tahap-tahap yang telah ditentukan.

Semasa subjek 'past tense' dan 'present tense' diajar, kawan saya ini galak sangat membuat ayat. Apabila cikgu meminta ayat menggunakan past tense, kawan saya ini membuat ayat:

My name was Zulkifly.

Cikgu kata "good, but what is your name?"

"Yes, may name was Zulkifkly" ujar kawan saya ini.

Cikgu kata "Yes I know your name was Zulkifly, but I'm asking you what is your name right now?"

Cerita ini diberitahu oleh Zul kepada kami selepas kelas. KAmi semua angguk sahaja, tidak gelakpun!. Sebab apa? .... kami tak faham apa yang kelakarnya, sebab kamipun tak faham dan 2X5 sahaja.

hahahahaha.


Wednesday, August 24, 2011

HIDUNG TERSUMBAT

Hidung tersumbat atau sesak hidung adalah suatu keadaan yang menyebabkan pesakit berasa ada sesuatu perkara yang menyebabkan rongga hidungnya seperti "tersekat". Hidung tersumbat biasanya akan membuatkan pesakit berasa tidak selesa, otot hidung berasa seperti berdenyut, hidung akan berasa kegatalan dan sakit. Atau jika penyakit ini berlarutan, ia mungkin akan menyebabkan komplikasi dalaman dalam rongga hidung akibatnya pesakit akan selalu bersin, hidung berhingus dan berlendir dengan banyak, hidung berasa sukar bernafas, atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan masalah hidung berdarah. - Wikepedia


Sudah lama juga saya tidak tersumbat hidung (maknanya hidup tersumbatlah ni). Dulu saya vitamin C, minyak ikan, Xango dan Juice PLUS+. Masalah hidung tersumbat selesai. Kini ia datang kembali. Masalahnya saya tidak tahu, yang mana satu penyebab hilangnya sumbatan itu. Nak acu-cuba-try semula satu persatu, tentu ambil masa.

Alahai.

Tuesday, August 23, 2011

RASUAH II

TAKRIFAN rasuah adalah terlalu luas mengikut SPRM.

Walau bagaimanapun cuba kita tengok kepada ayat Quran. "dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

Monday, August 22, 2011

CATATAN ORANG BOSAN

HARI ini saya cuti. Saja mahu cuti. Penat kerja. Rutin pagi ini ialah hantar anak ke sekolah. Kemudian terus ke pejabat. Eh-eh cutipun ke pejabat?. Ya.... bukan untuk bekerja, tetapi untuk mengambil dokumen untuk lakukan kerja di rumah. Alamak.... kerja jugalah masa cuti.
Pergi ke Hospital Putrajaya sebentar untuk ambil ubat. Tidak sampai 10 minit, sudah selesai. Bosannya cepat sangat... Rupa-rupanya manusia memang hendak apa yang dia hendak. Tidak semua orang ingin cepat. Tidak semua ingin kaya. Namun semua perlu bahagia.

Jalan raya dari Putrajaya pulang ke rumah sangat lapang. Namun arah ke Putrajaya, masyaallah, tidak bergerak. Alangkah bahagianya jika dapat berkayuh masa ni kan? Dapat memanglah dapat, tapi berkayuh di bulan puasa ni alamak cari nahas sahajalah...

Alangkah bahagiannya jika kita dapat buat apa yang kita hendak buat. Dalam erti kata lain, kita dapat menyara kehidupan keluarga dengan suatu kemahiran yang kita ada dan kita boleh lakukannya. Tentu bahagia. Ini tidak, kita perlu buat perkara lain yang bukan dalam bidang kemahiran dan minat kita.

Bosan.



Tuesday, August 16, 2011

PUASA - PERINGKAT SUKU AKHIR

Alhamdulillah, sudah 16 hari kita berpuasa. Semasa peringkat saringan, ia itu hari pertama, surau dilimpahi dengan makmum yang datang berterawih. Masuk pedingkat pertama, masih ramai lagi yang bertahan.

Kini sudah melepasi suku akhir. Makmum yang tidak layak ke suku akhir, sudah kecundang lebih awal. Kini saf sudah kian pendek. Syukurlah kerana diri masih terpilih dan layak ke separuh akhir. Setakat ini belumlah ada uzur syari'i. Pemilihan ke peringkat akhir atau grand finale, tersangat getir. Hanya individu yang betul-betul layak sahaja yang akan terpilih nanti. Doa dan usaha tangga kejayaan.

Semangat sahaja tidak cukup. Buktinya yang tersungkur di peringkat awal banyak juga yang melaungkan kata-kata semangat dan merindui Ramadhan. Namun kecundang juga di peringkat awal.

Amin.

Monday, August 08, 2011

BACKPACKER TO JAPAN

KAMI (myJICA) akan hadir bermesyuarat bersama JICA HQ di Tokyopada 28 Oktober (Jumaat). Sehubungan dengan itu, menjemput kawan-kawan yang ingin ke Jepun untuk turut sama dalam pakej menarik kami:

Itinerary:

27 Oct(Thu)Day 01
Depart by MAS to Narita, Japan.


28 Oct (Fri) Day 02
Arrive early morning at Narita International Airport.
Purchase JR Pass at the airport.
Depart by Narita Express train to Ikebukuro Station.
Drop luggage at the Sakura Hotel. Free at own activities.
Appointment at JICA Office at 2:00 pm
29 Oct (Sat) Day3
Depart early in the morning from Ikebukuro to Tokyo Station.
Taking shinkansen from Tokyo Station to Hiroshima Station via Sin Osaka.
Arrive Hiroshima and check in at K’House Hiroshima. Free at own activities.
~ Peace Park
~ Atomic Bomb Dome
~ Miyajima Island
30 Oct(Sun)Day04
Visit Miyajima Island. Travel to Kyoto by shinkansen. Check in at Uronza.
Free at own activities.
~ Unesco World Heritage Kiyomizu-dera temple
~ Nijo castle
~ Kyoto Imperial Palace
~ Nishiki Market
~ Gion
31 Oct(Mon) Day05
After breakfast,time to check out from Uronza. Walk to Kyoto Station.
Depart by shinkansen to Oji Station via Nara.
Walk to next accommodation that is Guest House Yougendo.
Free at own activities.
~ Nara Park
~ Nara Heijho-kyo
~ Todaiji Temple
~ Naramachi
~ Mt Kasuga Forest
01 Nov (Tue) Day06
Breakfast at Yougendo (included).
Time to explore Nara / Osaka in the morning.
Check out from Yougendo and travel to Shin Osaka by JR.
Depart to Tokyo by shinkansen. Arrive Tokyo station.
Taking JR line to Ikebukuro for accommodation at House of Ikebukuro.
Free at own leisure.





02 Nov (Wed) Day07
Free at own activities

03 Nov (Thur) Day 08
Check out from the house.
Depart to Narita Airport by Narita Express train.

Package includes:
Flight by MAS including taxes
JR Pass for 7 days
6 nights accommodation
*1 night at Sakura Hotel in Ikebukuro, Tokyo or similar class
*1 night at K’House Hiroshima or similar class
*1 night at Uronza Guest House in Kyoto or similar class
*1 night at Guest House Yougendo in Nara or similar class (with breakfast)
*2 nights at House of Ikebukuro in Tokyo or similar class
Tour assistance from IGNS

RM 4450.00* per person (min. 15 pax)
*subject to change

Sunday, August 07, 2011

TIP ORANG KAYA

[Barangkali posting dan tip ini telah pernah diceritakan di sini. Entah bagaimana tiba-tiba teringat untuk menulis mengenainya]

SEMASA zaman bujang, saya pernah menjadi 'jaga' di rumah orang kaya, seorang jutawan. Pada siang hari saya bekerja di pejabat dan menjaga rumah kediaman beliau pada malam hari. Tugasnya tidak susah, cuma tinggal dan tidur sahaja di rumahnya. Semua kemudahan dalam rumah boleh digunakan. Cuma tanggungjawabnya adalah besar. Tugasnya sekitar dua bulan sahaja, iaiatu semasa seluruh isi rumah pergi menunaikan haji di Mekah.

Dalam masa bertugas tersebut, banyak pelajaran yang boleh saya kutip mengenai kehidupan orang kaya @ jutawan. Isteri beliau yang bergelar Datin itu sememangnya saya kenal baik. Itulah yang menyebabkan saya dipilih untuk menjaga rumah beliau.

Tip yang boleh kongsikan mengenai kehidupan jutawan ini ialah:-

1. Shoping barang keperluan rumah sekali sahaja setahun. Barangkali semasa jualan murah. Semua barangan rumah seperti beras, sabun, syampoo, kicap, cuka, belacan, minyak masak, minya rambut, ubat gigi dan sebagainya. Stok untuk setahun disimpan dalam rumah. Hinggakan mancis dan lilin untuk kecemasan semasa black-out pun disimpan stok untuk setahun.

2. Shoping mingguan atau bulanan hanya untuk bahan basah seperti ikan, daging dan ayam sahaja.

3. Tidak akan keluar shopping atau window shopping pada hujung minggu. Ini buang masa, buang duit dan mendedah keluarga kepada risiko keselamatan.

4. Masa terluang, khususnya di hujung mingggu dihabiskan bersama anak-anak dan ahli keluarga untuk duduk bersama. Makan2, berenang, riadah dan seumpamanya.

5. Semua program, seperti kehadiran waris-waris ke rumah perlu dibuat temujanji. Tanpa temujanji, datang kosong sahajalah. Iaitu dapat minum air kosong sahaja.


Saya cuba juga nak ikut satu-dua perkara, namun belum terdaya ...

Sunday, July 31, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN

ESOK puasa. Ya puasa Ramadhan. Ramai orang menunggukan kehadirannya. Peliknya orang yang tidak solat, atau kurang 'baik' pun menunggu-nunggu akan Ramadhan. Mengapa ya?. Barangkali kerana di bulan Ramadhan ada solat tarawih. Ia hanyalah solat sunat sahaja. Jika solat yang wajib tidak dilakukan, mengapa ramai orang menunggu akan solat sunat?.

Barangkali kerana mereka terpengaruh dengan pelbagai "fadhilat" solat sunat tarawih ini. Dihapuskan dosa, diharamkan dari dibakar oleh api neraka dan sebagainya, dan sebagainya. Inilah orang kita.

Semasa solat tarawih pula, berebut-rebut mereka ingin bersolat di saf paling hadapan. Banyak fadhilatnya. Namun.... mereka ini (bukan semua) datang lewat, tetapi ingin merebut saf hadapan. KAdang-kadang terpaksa menolak-nolak orang lain kerana datang lewat dan inginkan saf hadapan. Pelik kan?

Pulang lewat dari masjid dan surau juga banyak pahalanya jika dihabiskan dengan zikir, mengaji dan sebagainya. Tapi datanglah awal-awal, Letak kereta elok-elok. Jika datang lewat dan kereta diletak ikut-dan sahaja dan balik lewat, apakah akibatnya?. Sepatutnya hendak pahala, gamaknya dapat bala sebab disumpah oleh orang lain kerana keretanya menghalang orang lain yang ingin pulang. Tidak pelikkah?.

Orang kita ...

Nanti kita cerita bab berbuka pula :)

Monday, July 25, 2011

JUSA, GRED KHAS, DOKTOR PAKAR DAN PTD


MINGGU lepas saya dijemput untuk makan bersama dengan sekumpulan doktor pakar berpangkat Gred Khas C. Di meja saya, semuanya doktor pakar kecua;i saya seorang. Mereka pakar dalam pelbagai bidang perubatan.

Dalam majlis yang sama juga ada PTD berjawatan JUSA C. Jika saya tanya doktor pakar tersebut, apa bezanya di antara Gred Khas C dengfan JUSA C, sudah pastilah mereka tidak akan tahu. Sebabnya..... apa itu PTDpun mereka tidak tahu. Gred mereka ini terlalu khas,hinggakan tidak tahu langsung apa yang di luar dari bidang dia. Mungkin doktor pakar lain tidak begitu, saya cuma cakap mengenai doktor pakar yang duduk berkongsi meja dengan saya sahaja.

Doktor-doktor pakar Gred Khas C ini, boleh sahaja bertukar menjadi JUSA C. Ia itu bila mana mereka memegang jawatan pentadbiran. Misalnya mereka dilantik menjadi Pengarah, Ketua Pengarah atau sebagainya di Kementerian Kesihatan, Ibu Pejabat dan sebagainya. Adakah Gred Khas dan JUSA ini saling bertukar-tukar? Tidak juga .... Barangkali tidak ada PTD yang pegang jawatan Gred Khas. Barangkali.

Kembali kepada perbezaan di antara JUSA dan Gred Khas, ada apa-apa perbezaan?. Sayapun pernah pegang kedua-dua jawatan tersebut dan masih mencari-cari perbezaan dan persamaannya.

Saturday, July 23, 2011

HARI KEBUDAYAAN JEPUN 2011




Hari Kebudayaan Jepun 2011 telah selesai diadakan pada 17 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di Auditorium Karangkraf, Shah Alam. Program ini dirancang beberpa bulan yang lalu. Tarikh dipilih kerana ia adalah selang seminggu selepas kami sepatutnya pulang dari Jepun selepas mendaki Gunung Fuji. NAmun, oleh kerana tsunami dan gempa bumi melanda Jepun, program mendaki Mt. Fuji kami batalkan.

Rupa-rupanya tarukh 17 Julai, bukanlah tarikh yang baik untuk melakukan program sebegini. Lebih-lebih lagi bila memerlukan kerjasama dan pertolongan daripada pihak Jepun, seperti Kedutaan dan JICA sendiri. Ini adalah kerana 17 Julai diadakan program Bon Odori, iaitu pesta musim panas di stadium Matsushita, Shah Alam. Pesta Bon Odori ini adalah pesta yang terbesar di dunia, di luar Jepun!. Orang-orang Jepun pula mesti melakukannya dengan perfect. Pelbagai persediaan, beberapa latihan, raptai dan dry-run dilakukan bagi mempastikan perjalanan pesta ini adalah bertaraf dunia. Lantaran itu saya gagal mendapat sebarang bantuan daripada Kedutaan Jepun ataupun orang perseorangan Jepun yang mahir dalam perkara-perkara tertentu. Bantuan yang saya perlukan ialah untuk meminjam/menyewa kimono, instruktor acara minuman teh, instruktor kimono dan instruktor origami. Selainnya boleh dibuat sendiri oleh orang Malaysia yang saya kenali. Betapa sibuknya mereka, pada hari perasmianpun mereka tidak dapat datang. Sibuknya!!!.

Akhirnya kami berjaya juga melaksana program Haiku, Origami, Furoshiki, Kimono, Masakan, Persandingan dan Solekan. Cuma tea-ceremony sahaja yang tidak kami adakan.

Melaksana program sebegini memerlukan banyak duit. Setiap program ada kosnya. Hiasan auditorium memerlukan RM4000. Bayaran hotel instruktor yang tinggal di luar Shah Alam kami bayar. Tambang kapalterbang instruktor daripada Kota Kinabalu, Kota Bharu perlu kami jelaskan. Makan-minum para peserta mencecah RM3000. Sewaan kimono, pengangkutan krew, bahan mentah, peraslatan, pakaian krew dan sebagainya lagi perlukan kos. Secara keseluruhannya program ini memerlukan RM15,000. Syukur Alhamdulillah, ramai sahabat yang datang menghulurkan bantuan. Di antaranya ialah Strateq, AVNet, Teliti, HeiTech, Cisco, Huawei, eNcoral, Mandiri dan ada lagi. Di antara nama-nama yang sangat perlu saya rakamkan ucapan terima kasih termasuklah Dr. Azrin, Yusmar, Azam, Shahzi, Erna Fezura, Diana, Shahran, Azhar, Chot, Khairul, Muhaimy, Razi, Anuar, Fadzli dan semua EXCO kerana sumbangan anda semua. Tidak lupa juga kepada semua instruktor, peserta dan juga krew serta pengurusan Karangkraf.

Semoga kita boleh bekerjasama lagi di masa-masa akan datang.

Domo arigato.

Friday, July 15, 2011

TOP 200 Penulis Penerima Royalti Tertinggi di PTS bagi Jualan Tahun 2010



MASYAALLAH ........ Saya bercita-cita dapatlah kiranya pada setiap tahun, satu buku saya diterbitkan.

Buku pertama diterbitkan 2008 (Kerjaya Dalam Bidang ICT). Buku kedua 2009 (Buat Duit Dengan Foto). Pada tahun 2010 buku saya tidak diterbitkan dan manuskrip dipulangkan dan saya hampir kecewa kerana cita-cita "satu buku satu tahun" sudah berkubur.

Alhamdulillah, setelah PTS tidak menerbitkan buku saya, Karangkraf melalui Oasis Buku menerbitkannya pada 2010 (50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan). Hmmmmm..... nampaknya "3 tahun 3 buku" masih bertahan setakat ini. Pada tahun 2011, yang hanya tinggal setengah tahun sahaja lagi ini, sama-samalah mengharap. Manuskrip masih banyak...


Walaupun buku saya tidak diterbitkan (oleh PTS) pada tahun 2010, namun Alhamdulillah, saya masih berada dalam kategori Top 200 sebagai penulis paling banyak menerima royalti pada 2010. Alhamdulillah. Syukur kepadaNya.

Saturday, July 09, 2011

SENI TULISAN

BANYAK kali apabila kita menulis, dan menayangkan tulisan kita, ia bukan untuk dibaca orang. Bagaimana orang boleh baca, sebab kadang-kadang kita sendiripun tidak boleh baca tulisan sendiri?. Bukan tulisan cakar ayam, tetapi tulisan bertaip komputerpun, ramai orang tidak boleh baca.

lihat contoh ini:


Entah apa-apa yang ditulis. NAsib baik ia dwi-bahasa. Jika faham Inggeris, bolehlah baca, yang bahasa Melayu hanya untuk hiasan sahaja.

Itulah orang kita.

Wednesday, June 29, 2011

MENGHIRUP UDARA ?

Pagi ini saya mendengar petikan seorang pemimpin supaya rakyat kita boleh "menghirup udara bersih". Bagaimanakah caranya kita boleh menghirup udara?. Adakah menghirup udara ini adalah bidalan seperti "makan angin" yang bermaksud berjalan-jalan?

Tidak rasanya ....

Bahasa rasmi, bahasa percakapan dan bahasa ucapan adalah tidak sama dan tidak serupa.

Biasanya air dihirup dan udara bagaimana ya ...

Sunday, June 19, 2011

BAHAN MASAKAN JEPUN HALAL DI MALAYSIA

BERIKUT adalah apa yang dikatakan di antara bahan-bahan masakan Jepun yang halal. Tidak tahulah saya samada ia "Halal JAKIM" atau tidak. Di manakah bahan-bahan ini boleh didapati di Malaysia ini?. Khabarnya di Kepong, iaiatu kedai bernama "Focal Marketing". Sdra/i carilah sendiri ya.... sayapun nak tahu juga di mana kedainya.






Sunday, June 12, 2011

MASAKAN JEPUN HALAL




MUNGKIN ramai tidak menyedari bahawa kebanyakan masakan Jepun adalah tidak halal. Dulu saya berangggapan makan sushi adalah OK kerana ia cuma berupa nasi yang dibungkus dengan rumpai laut dan berlauk atau berintikan makanan laut ataupun sayuran sahaja. Rupa-rupanya nasi sushi itu sendiri sudah tidak halal kerana ia digaul dengan sake (arak Jepun).

Semalam satu kelas masakan sushi yang berasaskan kepada ramuan halal keseluruhannya telah diadakan di Bangsar. Kelas anjuran Chef Nabil ini telah memperkenalkan pelbagai masakan sushi seperti Kani Maki Sushi, Ebi Sushi, Inari, Kani MAyo Sushi, Inari Boat Sushi, Kani MAyo Seaweed, Tuna Mayo Seaweed, Kappa Maki, Kani Kama Maki, Tamago Maki, Tuna Mayo Temaki dan California Temaki.

Saturday, June 11, 2011

UBAT SAKIT TUMIT IALAH KASUT TUMIT TINGGI


BEBERAPA bulan lepas saya pergi berjalan. Backpackers. Jauh perjalanannya. Banyak sekali berjalan. Akibatnya saya diserang sakit kaki.... atau lebih tepat lagi tapak kaki, iaiatu tumit. Tumit kaki saya sakit, terutamanya setiap kali bangun pagi.

Saya buat perkara-perkara berikut untuk mengatasinya:

1. Beli dan tampal plaster yang dikatakan boleh buang toksid dalam badan. Tidak berjaya

2. Urut reflexologi. Tidak berjaya

3. Rendam kaki dalam air panas suam yang dimasukkan dengan garam bukit. Terasa kurang sakitnya, tetapi tetap ada.

4. Minum air dari termos FusionExcel. Cuma bertahan sehari dua sahaja. Sakit datang semula.


Semalam saya jumpa doktor dan doktor nasihatkan saya buat senaman berjengket. Ia itu jengket kaki dan berdiri atas hujung kaki. Ala-ala pakai kasut tumit tinggi gitu. Jika gagal juga dia akan inject dengan morphine katanya ...


Hmmmmmm saya terfikir, perempuan yang pakai kasut tumit tinggi barangkali bagus sekali untuk menghalang daripada sakit tumit ya....

Friday, May 27, 2011

PENTING-SEGERA

DALAM hidup kita, terdapat empat pilihan dalam melaksanakan sesuatu. Ia terletak dalam kuadrant mudah seperti berikut:


1. Penting dan segera
2. Penting tetapi tidak segera
3. Tidak penting tetapi segera
4. Tidak penting dan tidak segera.

Barangkali dalam Islam ia boleh diumpamakan sebagai wajib atau rukun, sunat muakat, sunat dan harus.

Semenjak awal minggu, saya telah memaklumkan bahawa kad Touch-n-Go saya sudah susut dan perlu ditambah nilai. Ia biasa sahaja, iaitu penting tapi tak segera.

Semalam Pesanan Tempatan (LO) baru siap, dan kad saya diminta untuk urusan tambah nilai. Berapa lama kad ini boleh disimpan oleh mereka? Tentunya sebelum saya pulang kerana memerlukan kad tersebut untuk bayaran tol. Sebelum saya pulang, kad dikembalikan dan tambah nilai masih belum dibuat kerana mereka sibuk.

Hari ini, setelah tengahari, tidak adapun satu usaha untuk meminta kad tersebut. Maknanya proses tambah nilai tidak akan dibuat hari ini. Jadi bila?. Nilai kad semakin susut.

Apa yang boleh saya buat?
1. Marah. Apa gunanya? Tambah nilai tidak dibuat juga
2. Senyum saja. Ini kerja orang bodoh yang tidak ada perasaan, atau kerja Wali sahaja

Akhirnya saya minta LO untuk buat tambah nilai sendiri. Itulah saya. Walaupun sangat kecil hati dengan mereka, saya pendamkan sahajalah. Bagi saya penting-segera, bagi mereka tak penting-tak segera.

Thursday, May 19, 2011

rahsia pengurusan WARREN BUFFET


WARREN BUFFET mempunyai banyak syarikat dan 99 orang CEO. Bagaimana dia menguruskan syarikatnya?.

1. Pilih bisnes yang betul
2. Turunkan kuasa sepenuhnya kepada CEO
3. Pilih pengurus yang betul
4. Memotivasi tenaga kerja

-WB jarang berkomunikasi lebih dari sekali setahun dengan CEOnya. Pengurus digalak buat kerja yang mereka suka dan pakar dalam bidangnya. Integriti yang tinggi sepanjang masa adalah penting.

-WB mencari pengurus dari dalam organisasi. Jika tidak ada, dia akan cari yang dia kenal atau dikenali oleh orang kepercayaannya.

- Setiap pekerja perlu dipuji bila ada peluang, mereka perlukan reputasi yang baik.

-Membuat kritikan untuk memotivasi kerja adalah kerja sia-sia.

-Jika perlu mengkritik, pujilah dahulu...... puji individu, kritik kategori.

-Bertanya soalan adalah lebih baik berbanding dengan memebri arahan.

-Mengaku kesilapan

-Idea yang baik kadangkala membawa banyak masalah berbanding dengan idea yang buruk

Sunday, May 15, 2011

KESERONOKAN BEKERJA

Pada masa awal perkhidmatan, sememangnya saya rasa agak liat untuk bekerja. Walau bagaimanapun saya idak pernah ponteng, ambil MC atcaupun EL. Semua tugas dilakukan dengan sesempurna mungkin. Entahkan bos suka atau tidak berkenan saya tidaklah tahu. Sebagai pegawaiprofesioal dan ikhtisas, bos saya pada masa itu menetapkan kami tidak boleh menerima khidmat cemerlang. Sebabnya kami mesti cemerlang.

Setelah saya senior, saya rasakan kerja amat seronok. Bukan sahaja unyuk mencai reeki yang halal untuk diri dan ahli keluaga, juga kerja sebagai ibadah, namun saya seronok bekerja. Saya pernah dapat MC selama 6 minggu kerana kaki terkehel. Semasa MC saya datang ke pejabat bertongkat untuk hadir ke mesyuarat kemajuan projek. Mesyuarat mingguan ini saya tcidak pernah ponteng. Seronok sangat, sentiasa menungu.

Kini posting saya yang ke-8. Saya masih seronok bekerja. Saya tidak pernah tidak hadir walapun satu, mesyuarat wajib. Saya tidak wakilkan. Sebabnya pengerusi maah-marah jika hantar wakil. Orang lain ada yang hantar wakil juga sebab bercuti, tugas ke luar negara, melawatkawasan dan sebagainya. Saya tidak kerana anda tahulah sebabnya kannnn (tidak cuti, tidak ada peluang ke luar negara dan sewaktu dengannya). Kini ada juga sedikit terkilan (bukan menyesal) sebab staf tidak ada peluang hadir mesyvuarat tersebut. Tidak ada pelapis. Esok saya akan bertukar keluar.

Ada orang tidak seronok bekerja, dia minta tukar dan dapat tukar. Apakah dia bawa? Keseronokan atau tidak seronok?
Ada orang tidak seronok bekerja, minta tukar dan tidak dapat. Apa yang tinggal?
Saya seronok bekerja dan saya bertukar. Saya akan bawa keseronokan bekerja tersebut ke tempat baru.

Tuesday, May 10, 2011

ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN


MEMBACA tajuk buku di atas, saya fikirkan ia adalah sebuah buku pengurusan. Ia itu bagaimana wanita boleh berjaya menjadi CEO dan sebagainya.

Setelah membacanya, barulah saya tahu bahawasanya buku ini adalah berkaitan dengan hubungan, cinta, perasaan, komitmen dan yang setaraf dengannya.

Jarang sekali saya seronok membaca buku pada awal-awal bab, apatah lagi hingga ke akhirnya. Namun, membaca buku ini (edisi Bahasa Melayu) sungguh menyeronokkan, tidak membosankan. Barangkali kerana penulisnya adalah seorang pelawak. barangkali.

Penulis (dan penterjemah) telah berjaya melakukan tugas mereka dengan baik dan berkesan sekali.

Jika kita lihat kepada judul asal dan judul Edisi Bahasa Melayu, kita akan dapati rekabentuk kulitnya begitu kontra sekali. Edisi asal, bagi saya ditujukan kepada lelaki dan Edidi BM kepada wanita. Itu pesepsi saya.