Labels

Saturday, July 23, 2011

HARI KEBUDAYAAN JEPUN 2011




Hari Kebudayaan Jepun 2011 telah selesai diadakan pada 17 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di Auditorium Karangkraf, Shah Alam. Program ini dirancang beberpa bulan yang lalu. Tarikh dipilih kerana ia adalah selang seminggu selepas kami sepatutnya pulang dari Jepun selepas mendaki Gunung Fuji. NAmun, oleh kerana tsunami dan gempa bumi melanda Jepun, program mendaki Mt. Fuji kami batalkan.

Rupa-rupanya tarukh 17 Julai, bukanlah tarikh yang baik untuk melakukan program sebegini. Lebih-lebih lagi bila memerlukan kerjasama dan pertolongan daripada pihak Jepun, seperti Kedutaan dan JICA sendiri. Ini adalah kerana 17 Julai diadakan program Bon Odori, iaitu pesta musim panas di stadium Matsushita, Shah Alam. Pesta Bon Odori ini adalah pesta yang terbesar di dunia, di luar Jepun!. Orang-orang Jepun pula mesti melakukannya dengan perfect. Pelbagai persediaan, beberapa latihan, raptai dan dry-run dilakukan bagi mempastikan perjalanan pesta ini adalah bertaraf dunia. Lantaran itu saya gagal mendapat sebarang bantuan daripada Kedutaan Jepun ataupun orang perseorangan Jepun yang mahir dalam perkara-perkara tertentu. Bantuan yang saya perlukan ialah untuk meminjam/menyewa kimono, instruktor acara minuman teh, instruktor kimono dan instruktor origami. Selainnya boleh dibuat sendiri oleh orang Malaysia yang saya kenali. Betapa sibuknya mereka, pada hari perasmianpun mereka tidak dapat datang. Sibuknya!!!.

Akhirnya kami berjaya juga melaksana program Haiku, Origami, Furoshiki, Kimono, Masakan, Persandingan dan Solekan. Cuma tea-ceremony sahaja yang tidak kami adakan.

Melaksana program sebegini memerlukan banyak duit. Setiap program ada kosnya. Hiasan auditorium memerlukan RM4000. Bayaran hotel instruktor yang tinggal di luar Shah Alam kami bayar. Tambang kapalterbang instruktor daripada Kota Kinabalu, Kota Bharu perlu kami jelaskan. Makan-minum para peserta mencecah RM3000. Sewaan kimono, pengangkutan krew, bahan mentah, peraslatan, pakaian krew dan sebagainya lagi perlukan kos. Secara keseluruhannya program ini memerlukan RM15,000. Syukur Alhamdulillah, ramai sahabat yang datang menghulurkan bantuan. Di antaranya ialah Strateq, AVNet, Teliti, HeiTech, Cisco, Huawei, eNcoral, Mandiri dan ada lagi. Di antara nama-nama yang sangat perlu saya rakamkan ucapan terima kasih termasuklah Dr. Azrin, Yusmar, Azam, Shahzi, Erna Fezura, Diana, Shahran, Azhar, Chot, Khairul, Muhaimy, Razi, Anuar, Fadzli dan semua EXCO kerana sumbangan anda semua. Tidak lupa juga kepada semua instruktor, peserta dan juga krew serta pengurusan Karangkraf.

Semoga kita boleh bekerjasama lagi di masa-masa akan datang.

Domo arigato.

Friday, July 15, 2011

TOP 200 Penulis Penerima Royalti Tertinggi di PTS bagi Jualan Tahun 2010



MASYAALLAH ........ Saya bercita-cita dapatlah kiranya pada setiap tahun, satu buku saya diterbitkan.

Buku pertama diterbitkan 2008 (Kerjaya Dalam Bidang ICT). Buku kedua 2009 (Buat Duit Dengan Foto). Pada tahun 2010 buku saya tidak diterbitkan dan manuskrip dipulangkan dan saya hampir kecewa kerana cita-cita "satu buku satu tahun" sudah berkubur.

Alhamdulillah, setelah PTS tidak menerbitkan buku saya, Karangkraf melalui Oasis Buku menerbitkannya pada 2010 (50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan). Hmmmmm..... nampaknya "3 tahun 3 buku" masih bertahan setakat ini. Pada tahun 2011, yang hanya tinggal setengah tahun sahaja lagi ini, sama-samalah mengharap. Manuskrip masih banyak...


Walaupun buku saya tidak diterbitkan (oleh PTS) pada tahun 2010, namun Alhamdulillah, saya masih berada dalam kategori Top 200 sebagai penulis paling banyak menerima royalti pada 2010. Alhamdulillah. Syukur kepadaNya.

Saturday, July 09, 2011

SENI TULISAN

BANYAK kali apabila kita menulis, dan menayangkan tulisan kita, ia bukan untuk dibaca orang. Bagaimana orang boleh baca, sebab kadang-kadang kita sendiripun tidak boleh baca tulisan sendiri?. Bukan tulisan cakar ayam, tetapi tulisan bertaip komputerpun, ramai orang tidak boleh baca.

lihat contoh ini:


Entah apa-apa yang ditulis. NAsib baik ia dwi-bahasa. Jika faham Inggeris, bolehlah baca, yang bahasa Melayu hanya untuk hiasan sahaja.

Itulah orang kita.

Wednesday, June 29, 2011

MENGHIRUP UDARA ?

Pagi ini saya mendengar petikan seorang pemimpin supaya rakyat kita boleh "menghirup udara bersih". Bagaimanakah caranya kita boleh menghirup udara?. Adakah menghirup udara ini adalah bidalan seperti "makan angin" yang bermaksud berjalan-jalan?

Tidak rasanya ....

Bahasa rasmi, bahasa percakapan dan bahasa ucapan adalah tidak sama dan tidak serupa.

Biasanya air dihirup dan udara bagaimana ya ...

Sunday, June 19, 2011

BAHAN MASAKAN JEPUN HALAL DI MALAYSIA

BERIKUT adalah apa yang dikatakan di antara bahan-bahan masakan Jepun yang halal. Tidak tahulah saya samada ia "Halal JAKIM" atau tidak. Di manakah bahan-bahan ini boleh didapati di Malaysia ini?. Khabarnya di Kepong, iaiatu kedai bernama "Focal Marketing". Sdra/i carilah sendiri ya.... sayapun nak tahu juga di mana kedainya.






Sunday, June 12, 2011

MASAKAN JEPUN HALAL




MUNGKIN ramai tidak menyedari bahawa kebanyakan masakan Jepun adalah tidak halal. Dulu saya berangggapan makan sushi adalah OK kerana ia cuma berupa nasi yang dibungkus dengan rumpai laut dan berlauk atau berintikan makanan laut ataupun sayuran sahaja. Rupa-rupanya nasi sushi itu sendiri sudah tidak halal kerana ia digaul dengan sake (arak Jepun).

Semalam satu kelas masakan sushi yang berasaskan kepada ramuan halal keseluruhannya telah diadakan di Bangsar. Kelas anjuran Chef Nabil ini telah memperkenalkan pelbagai masakan sushi seperti Kani Maki Sushi, Ebi Sushi, Inari, Kani MAyo Sushi, Inari Boat Sushi, Kani MAyo Seaweed, Tuna Mayo Seaweed, Kappa Maki, Kani Kama Maki, Tamago Maki, Tuna Mayo Temaki dan California Temaki.

Saturday, June 11, 2011

UBAT SAKIT TUMIT IALAH KASUT TUMIT TINGGI


BEBERAPA bulan lepas saya pergi berjalan. Backpackers. Jauh perjalanannya. Banyak sekali berjalan. Akibatnya saya diserang sakit kaki.... atau lebih tepat lagi tapak kaki, iaiatu tumit. Tumit kaki saya sakit, terutamanya setiap kali bangun pagi.

Saya buat perkara-perkara berikut untuk mengatasinya:

1. Beli dan tampal plaster yang dikatakan boleh buang toksid dalam badan. Tidak berjaya

2. Urut reflexologi. Tidak berjaya

3. Rendam kaki dalam air panas suam yang dimasukkan dengan garam bukit. Terasa kurang sakitnya, tetapi tetap ada.

4. Minum air dari termos FusionExcel. Cuma bertahan sehari dua sahaja. Sakit datang semula.


Semalam saya jumpa doktor dan doktor nasihatkan saya buat senaman berjengket. Ia itu jengket kaki dan berdiri atas hujung kaki. Ala-ala pakai kasut tumit tinggi gitu. Jika gagal juga dia akan inject dengan morphine katanya ...


Hmmmmmm saya terfikir, perempuan yang pakai kasut tumit tinggi barangkali bagus sekali untuk menghalang daripada sakit tumit ya....

Friday, May 27, 2011

PENTING-SEGERA

DALAM hidup kita, terdapat empat pilihan dalam melaksanakan sesuatu. Ia terletak dalam kuadrant mudah seperti berikut:


1. Penting dan segera
2. Penting tetapi tidak segera
3. Tidak penting tetapi segera
4. Tidak penting dan tidak segera.

Barangkali dalam Islam ia boleh diumpamakan sebagai wajib atau rukun, sunat muakat, sunat dan harus.

Semenjak awal minggu, saya telah memaklumkan bahawa kad Touch-n-Go saya sudah susut dan perlu ditambah nilai. Ia biasa sahaja, iaitu penting tapi tak segera.

Semalam Pesanan Tempatan (LO) baru siap, dan kad saya diminta untuk urusan tambah nilai. Berapa lama kad ini boleh disimpan oleh mereka? Tentunya sebelum saya pulang kerana memerlukan kad tersebut untuk bayaran tol. Sebelum saya pulang, kad dikembalikan dan tambah nilai masih belum dibuat kerana mereka sibuk.

Hari ini, setelah tengahari, tidak adapun satu usaha untuk meminta kad tersebut. Maknanya proses tambah nilai tidak akan dibuat hari ini. Jadi bila?. Nilai kad semakin susut.

Apa yang boleh saya buat?
1. Marah. Apa gunanya? Tambah nilai tidak dibuat juga
2. Senyum saja. Ini kerja orang bodoh yang tidak ada perasaan, atau kerja Wali sahaja

Akhirnya saya minta LO untuk buat tambah nilai sendiri. Itulah saya. Walaupun sangat kecil hati dengan mereka, saya pendamkan sahajalah. Bagi saya penting-segera, bagi mereka tak penting-tak segera.

Thursday, May 19, 2011

rahsia pengurusan WARREN BUFFET


WARREN BUFFET mempunyai banyak syarikat dan 99 orang CEO. Bagaimana dia menguruskan syarikatnya?.

1. Pilih bisnes yang betul
2. Turunkan kuasa sepenuhnya kepada CEO
3. Pilih pengurus yang betul
4. Memotivasi tenaga kerja

-WB jarang berkomunikasi lebih dari sekali setahun dengan CEOnya. Pengurus digalak buat kerja yang mereka suka dan pakar dalam bidangnya. Integriti yang tinggi sepanjang masa adalah penting.

-WB mencari pengurus dari dalam organisasi. Jika tidak ada, dia akan cari yang dia kenal atau dikenali oleh orang kepercayaannya.

- Setiap pekerja perlu dipuji bila ada peluang, mereka perlukan reputasi yang baik.

-Membuat kritikan untuk memotivasi kerja adalah kerja sia-sia.

-Jika perlu mengkritik, pujilah dahulu...... puji individu, kritik kategori.

-Bertanya soalan adalah lebih baik berbanding dengan memebri arahan.

-Mengaku kesilapan

-Idea yang baik kadangkala membawa banyak masalah berbanding dengan idea yang buruk

Sunday, May 15, 2011

KESERONOKAN BEKERJA

Pada masa awal perkhidmatan, sememangnya saya rasa agak liat untuk bekerja. Walau bagaimanapun saya idak pernah ponteng, ambil MC atcaupun EL. Semua tugas dilakukan dengan sesempurna mungkin. Entahkan bos suka atau tidak berkenan saya tidaklah tahu. Sebagai pegawaiprofesioal dan ikhtisas, bos saya pada masa itu menetapkan kami tidak boleh menerima khidmat cemerlang. Sebabnya kami mesti cemerlang.

Setelah saya senior, saya rasakan kerja amat seronok. Bukan sahaja unyuk mencai reeki yang halal untuk diri dan ahli keluaga, juga kerja sebagai ibadah, namun saya seronok bekerja. Saya pernah dapat MC selama 6 minggu kerana kaki terkehel. Semasa MC saya datang ke pejabat bertongkat untuk hadir ke mesyuarat kemajuan projek. Mesyuarat mingguan ini saya tcidak pernah ponteng. Seronok sangat, sentiasa menungu.

Kini posting saya yang ke-8. Saya masih seronok bekerja. Saya tidak pernah tidak hadir walapun satu, mesyuarat wajib. Saya tidak wakilkan. Sebabnya pengerusi maah-marah jika hantar wakil. Orang lain ada yang hantar wakil juga sebab bercuti, tugas ke luar negara, melawatkawasan dan sebagainya. Saya tidak kerana anda tahulah sebabnya kannnn (tidak cuti, tidak ada peluang ke luar negara dan sewaktu dengannya). Kini ada juga sedikit terkilan (bukan menyesal) sebab staf tidak ada peluang hadir mesyvuarat tersebut. Tidak ada pelapis. Esok saya akan bertukar keluar.

Ada orang tidak seronok bekerja, dia minta tukar dan dapat tukar. Apakah dia bawa? Keseronokan atau tidak seronok?
Ada orang tidak seronok bekerja, minta tukar dan tidak dapat. Apa yang tinggal?
Saya seronok bekerja dan saya bertukar. Saya akan bawa keseronokan bekerja tersebut ke tempat baru.

Tuesday, May 10, 2011

ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN


MEMBACA tajuk buku di atas, saya fikirkan ia adalah sebuah buku pengurusan. Ia itu bagaimana wanita boleh berjaya menjadi CEO dan sebagainya.

Setelah membacanya, barulah saya tahu bahawasanya buku ini adalah berkaitan dengan hubungan, cinta, perasaan, komitmen dan yang setaraf dengannya.

Jarang sekali saya seronok membaca buku pada awal-awal bab, apatah lagi hingga ke akhirnya. Namun, membaca buku ini (edisi Bahasa Melayu) sungguh menyeronokkan, tidak membosankan. Barangkali kerana penulisnya adalah seorang pelawak. barangkali.

Penulis (dan penterjemah) telah berjaya melakukan tugas mereka dengan baik dan berkesan sekali.

Jika kita lihat kepada judul asal dan judul Edisi Bahasa Melayu, kita akan dapati rekabentuk kulitnya begitu kontra sekali. Edisi asal, bagi saya ditujukan kepada lelaki dan Edidi BM kepada wanita. Itu pesepsi saya.

Sunday, May 08, 2011

BAGAIMANA BUKU "50 JAWATAN" DITERBITKAN


SETELAH buku pertama saya dengan PTS "Kerjaya dalam Bidang ICT" diterbitkan, editor menemui saya supaya menulis beberapa buah buku lagi. Beberapa buah tajuk dikemukakan. Akhirnya kami bersetuju supaya saya menulis dan PTS menerbitkan dua buah buku lagi. Pertama "50 Jawatan Terpilih dalam Kerajaan". Kedua "50 Jawatan Terlaris Dalam ICT".

Kedua-dua buku tersebut saya tulis dan siapkan dalam masa satu bulan. Ini bermakna, secara matematiknya satu buku berjaya saya tulis dalam masa dua minggu. Bukan kerana saya hebat, tetapi saya sudah 30 tahun bekerja dalam kerajaan, dan 30 tahun juga dalam ICT. Maknanya saya tidak perlu mencari banyak rujukan untuk menulis buku sedemikian.

Setelah manuskrip disiapkan, ia diserahkan kepada editor untuk dinilai, diedit dan seterusnya diterbitkan. Agak lama juga saya menunggu berita yang tidak pernah muncul. Editor terlalu malu untuk memberi tahu saya berita dan cerita mengenai manuskrip saya. Akhirnya saya dengar dari salah seorang penulis yang mengatakan bukunya tidak akan diterbitkan pada masa ini kerana 'gawat'. Dia juga berkata, "PTS tidak akan memberi penekanan kepada buku-buku kerjaya lagi, kerana kegawatan dan akan memberi tumpuan kepada siri buku buat duit'. Saya bertanya perkara ini kepada pengerusi syarikat, dan sekiranya benar mohon manuskrip saya dikembalikan.

Kedua-dua manuskrip tersebut dikembalikan dalam keadaan baik dengan diiringi sepujuk surat memohon maaf dari editor kerana 'gagal menerbitkan buku saya'. Saya tidak kisah, tidak ambil hati dan buat macam biasa sahaja. Manuskrip disimpan.

Oleh kerana PTS ingin tumpukan kepada penerbitan buku siri buat duit, sayapun menulis buku tersebut. Tidak sampai sebulan, manuskrip "Buat Duit Dengan Foto" siap dan diterbitkan. Alhamdulillah.

Sudah dua buah buku saya diterbitkan. Pada masa itu saya adalah seorang 'timbalan' di pejabat. Kebenaran menulis dan menerbitkan buku memadai hanya dengan memberitahu 'bos' sahaja. Kebetulan bos juga adalah seorang penulis, kerana beliau adalah seorang profesor. Tidak ada masalah.

Suatu hari, orang besar Oasis Buku bertanyakan tentang ,manuskrip saya. Saya hulurkan lima dan dipilih dua. Ia dilakukan setelah beliau diyakini bahawa kedua-duanya telah ditolak secara rasmi oleh PTS. Ada hitam-putihnya. Oasis Buku bersetuju untuk menerbitkannya dan saya juga telah memberi persetujuan. Perjanjian telah ditandatangani.

Saya terlupa bahawa bos saya sudah berpindah dan saya sudah menjadi bos di tempat kerja. Peraturan menghendaki saya mendapat kelulusan daripada KSU. Ini adalah kerana menulis dan menerbitkan buku boleh dikategorikan sebagai membuat kerja luar. Saya tulis memo kepada KSU dan perkara suspen berlaku apabila KSU keberatan untuk meluluskannya.

1001 macam idea datang supaya saya tidak melanggar peraturan dan buku saya tetap diterbitkan. Terlintas mahu jual sahaja manuskrip tersebut kepada sahabat, atau berikan secara percuma sahaja, atau gunakan nama orang lain sahaja sebagai penulis. macam-macam idea datang. Akhirnya KSU panggil berbincang setelah kesemua manuskrip saya dilihat secara sepintas lalu. Beliau memberikan kelulusan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Alhamdulillah.

Thursday, April 28, 2011

GOLDEN LOUNGE


SAYA mempunyai satu angan-angan (belum sampai tahap cita-cita), iaiatu untuk membuka Golden Lounge di luar lapangan terbang. Golden Lounge saya ini akan beroperasi di kompleks membeli belah ataupun di kawasan restoran yang ekslusif dan ada kelas yang tersendiri.

Walaupun "everybody can fly", namun tidak ramai yang berpeluang untuk memasuki Golden Lounge. Dalam perkiraan saya, dalam 300 orang penumpang domestik, cuma 8 sahaja adalah kelas perniagaan. Mereka ini sahaja yang diberikan peluang masuk ke Golden Lounge. lapan dari 300 bermakna cuma 2.6% sahaja.

Dulu, jika saya menaiki kapalterbang bersama staf, saya naik kelas busines dan staf naik kelas ekonomi. Saya tidak bolehpun mengajak staf saya untuk masuk ke Golden Lounge. Kini saya sudah mempunyai kemudahan tersebut kerana fasiliti untuk saya telah dipertingkatkan. ia itu boleh membawa orang lain ke Golden Lounge.

Kembali kepada angan-angan saya semula. Saya yakin sangat ramai penumpang kapalterbang yang ingin merasa berada dalam Golden Lounge. Memandangkan dalam airpot ia sangat terbatas, maka saya akan buka Golden Lounge di luar. Lebih ramai orang boleh masuk dan menikmati kemudahan yang ada, sebiji macam dalam airpot.

Golden Lounge saya ini kemudiannya akan dibesarkan ke kota-kota lain ke seluruh dunia. Ala-ala hard Rock cafe begitu..

Apa macam?.

Wednesday, April 27, 2011

NOT EVERYBODY CAN FLY


SEMENJAK adanya perkhidmatan tambang murah AirAsia, everybody can fly. Dulu menaiki kapalterbang hanya untuk kumpulan elit dan berwang sahaja (beruang tidak naik kapalterbang).

Penempatan pertama saya sebagai pegawai kerajaan adalah pada hujung tahun 1982. Saya bertukar ke jabatan lain pada 1989. Ini bermakna saya bekerja dalam organisasi pertama ini lebih daripada enam tahun. Selama enam tahun ini, tidak pernah sekalipun majikan saya memberi peluang untuk saya menaiki kapalterbang. Ini bermakna saya tidak pernah ke luar negara. Jika adapun kerja di luar stesen, saya diarahkan menaiki kereta pejabat bersama-sama dengan pegawai lain.

Saya fikir perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kini kerana "everybody can fly".

Setelah saya bertukar (secara literal) ke organisasi kedua, soalan pertama yang ditanya oleh bos ialah "sudah berapa kali ke luar negara?". Saya jawab tidak pernah. Bos seterusnya bertanya, berapa lama saya ingin tinggal di luar negara. Saya jawab suatu tempoh paling panjang yang dibenarkan. Akhirnya bos menghantar saya ke Jepun untuk tempoh selama enam bulan. Jepun adalah negara pertama di luar Malaysia yang saya pergi. Bukan Singapura. Bukan Thailand.

Bos saya pada masa itu risau kerana tidak ramai pegawai yang mahu ke luar negara, apatah lagi jika tempohnya panjang. Saya pula adalah sebaliknya.

Tuesday, April 26, 2011

AKU PENULIS ?


SEHINGGA kini tiga (3) buah buku saya telah diterbitkan oleh dua buah penerbit. ia itu 2008, 2009 dan 2010. Pada tahun 2011 ini belum tentu lagi. Sebagai penulis, saya diberikan keistimewaan untuk membeli buku-buku keluaran kedua-dua penerbit ini dengan diskaun yang agak lumayan. Maknanya .... jika saya mahu beli buku dengan semua penerbit yang lain, buku saya perlu diterbitkan oleh mereka. Hmmm.... saya sedang fikirkan perkara ini denagn serius.

Pagi tadi saya berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC. Orang tidak ramai pada hari-hari begini. Peluang untuk memilih dan membeli buku adalah lebih selesa. Saya ke gerai penerbit pertama dan memilih dalam sepuluh buah buku. Bawa ke kaunter dan bertanya akan diskaun. Juruwang memberitahu diskaun adalah 20% dan saya memperkenalkan diri bahawa "saya adalah penulis". Juruwang terus memberikan diskaun istimewa. Saya bertanya kepada juruwang "awak percayakah saya ini penulis?. Jika saya bohong bagaimana"?. Dia percaya dan saya ucap terima kasih.

Selepas itu saya pergi kepada gerai penerbit kedua. Saya pilih lima buah buku dan bawa ke kauntar serta bertanya diskaun. 20% katanya. Saya memperkenalkan diri sebagai "penulis". Namun kali ini kod 'aku penulis' itu tidak laku. Sistem kata hanya 20% saja, tidak lebih. Penulis ke tidak ke, sama saja diskaunnya. Saya berkeras mahukan diskaun penulis (sebab sudah banyak buku dari penerbit ini saya beli dengan diskuan penulis sebelum ini). Tidak boleh juga. Diskaun penulis hanya boleh diperolehi di pejabat sahaja katanya. Saya tidak jadi membeli buku dari penerbit ini. Tidak mengapalah. Tidak munasabah sungguh untuk beli buku, termasuk buku sendiri perlu bayar dengan harga yang tidak munasabah. Saya tinggalkan kaunter.

Kepada penerbit pertama dan kedua, saya syorkan (sudah banyak kali buat syor) supaya diadakan "kad penulis". Mungkin bagi tempoh sahlaku yang tertentu.

Kepada penerbit pertama, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih.

kepada penerbit kedua, saya syorkan supaya lebih "mesra penulis"

Sekian, terima kasih.

Thursday, April 21, 2011

10 Prinsip Ke Arah Penjenamaan KKM

[NOTA]: Bahan ini saya petik daripada buku "Views, Values & Vision" oleh Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Mohd Ismail Merican dan diterjemah oleh Google akan BMnya. Terjemahan Google adalah tonggang-langgang, namun bolehlah difahami.

10 Principles Towards Branding of Ministry of Health
(10 Prinsip Ke Arah Penjenamaan KKM)
1. Professionalism, caring, teamwork and clear lines of communication
1. Profesionalisma, cakna, kerja kumpulan dan garis-garis komunikasi yang jelas
2. Be the best and be proud of your work, be hands-on and stay current technically
2. Jadi yang terbaik dan bangga pekerjaan anda, jadi pengamal dan berpengetahuan teknikal terkini.
3. Respect your clients by having a sense of urgency in whatever you do, be courteous, responsive and sensitive to their needs
3. Hormati pelanggan anda dengan memiliki rasa tanggungjawab dan keutamaan dalam apa pun yang anda lakukan, sopan, responsif dan peka terhadap keperluan mereka
4. Be an ambassador for MOH at stakeholder meetings, locally and internationally - Perform well, stand up, and be counted `Towering’ MOH officers (professional, knowledgeable, respected, dignified, highly competent, make a different at meetings, innovative ideas, continuously strive for quality and always look smart)
4. Jadi duta KKM pada mesyuarat dengan stakeholder, setempat dan
antarabangsa - Lakukan dengan baik, berdiri, dan dikira `Menjulang’ pegawai KKM
(profesional, berpengetahuan, dihormati, bermaruah, sangat kompeten, membuat yang berbeza di pertemuan, idea-idea inovatif, terus menerus berusaha untuk meningkatkan kualiti dan selalu terlihat pintar)
5. Know your leaders, respect Government policies and follow proper lines of authority
5. Kenali pemimpin anda, hormati dasar kerajaan dan mengikuti garis kuasa yang tepat

6. Always look at the big picture - adopt lateral thinking to maximise MOH’s productivity
6. Sentiasa melihat gambaran besar - mengadopsi pemikiran lateral untuk memaksimumkan produktiviti KKM.
7. Avoid abuse of authority; be cordial, trustworthy, objective antransparent (enhance soft skills and provide the human touch)
7. Elakkan penyalahgunaan kuasa; menjadi ramah, boleh dipercayai, objektif dan
telus (meningkatkan soft skill dan memberikan sentuhan insan)
8. Motivate, inspire and be exemplary in your daily dealings with your superiors, peers, and staff in general
8. Memotivasi, menginspirasi dan menjadi teladan dalam urusan sehari-hari anda dengan pihak
atasan, rakan, dan kakitangan pada umumnya
9. Make decisions based on facts and stay clear from personal opinions
9. Membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukan dari pendapat peribadi

10. Create opportunities from challenges and always facilitate not obstruct
10. Mencipta peluang dari cabaran dan selalu memudahkan , bukan menyulitkan.

Tuesday, April 19, 2011

HADIAH PERSARAAN


BOS saya yang ini bersara pada bulan lepas. Kami ditinggalkan sekeping surat ucapan terima kasih.

Tahukah anda apa yang staf hadiahkan kepada beliau?. sebuah buku...
Sebuah buku koleksi ucapan beliau. Buku setebal 422 muka surat ini mengandungi 62 ucapan terpilih beliau dari 2005-2010. 62 ucapan dipilih kerana beliau bersara pada usia tersebut. Kebetulan.

Saya fikir, anak buah yang berusaha mengumpul dan membukukan ucapan ini dalam bentuk buku adalah sangat kreatif. Dalam masa yang begitu singkat, sebuah buku setebal 422 muka surat boleh dicetak dan diterbitkan. Hebat.

MBA - Sedang menunggu buku dari pemimpin yang lain pula.

Monday, April 18, 2011

PEMANDU

SEMENJAK kecil lagi, saya semacam alergi dengan pemandu. Semasa saya bersekolah rendah, saya suka berjalan kaki ke sekolah bersama dengan rakan-rakan yang lebih senior. Perjalanan tidaklah jauh sangat, kira-kira dua batu (kira-kira 3.5km). Rakan-rakan saya ini boleh dikatakan sangat dhaif. Oleh itu mereka memilih untuk berjalan kaki ke sekolah. Saya pula dapat duit belanja sebanyak 20 sen sehari. Kiraannya ialah 5 sen tambang pergi, 5 sen tambang balik, 5 sen belanja dan 5 sen simpan. Sekiranya saya ingin belanja 10 sen, maka saya akan buat penjimatan dengan berjalan kaki pada pagi hari ke sekolah atau semasa pulang atau kedua-duanya sekali. Faktor lain yang menyebabkan saya berjalan kaki ke sekolah ialah kerana ia lebih cepat sampai berbanding dengan menaiki bas. Sebabnya? ada kalanya bas tidak ada langsung ataupun orang terlalu ramai.

Kadangkala ada Orang Putih, penmgurus ladang koko memberhentikan jeepnya untuk menumpangkan kami ke sekolah. Seingat saya, saya tidak pernah sekalipun menaiki jeep dia, yang kami panggil semagai "monimok". Sehingga kini saya masih tidak mengerti apa sebenarnya "minimok" ini. Barangkali jeep kecil tanpa atap yang dipandu oleh Mr. Brooke ini adalah dari jenama mini minor. Barangkali.

Semasa bersekolah menengah, saya berbasikal ke sekolah. Jaraknya cuma 6 batu sahaja.

Setelah bekerja, saya juga tidak gemar menaiki kereta pejabat. Jika perlu menghadiri mesyuarat, saya lebih suka dihantar oleh rakan atau menaiki teksi sahaja. Bukan apa, saya cuma alergi. Mungkin secara kebetulan pemandu-pemandu di tempat saya bekerja dulu sangat menakutkan saya. Garangnya semacam. Jika kita yang berstatus pegawai ini terlambat, pemandu akan tinggalkan kita. Ada juga diceritakan pemandu berhenti di tepi jalan dan suruh pegawai keluar dari kereta. Sebabnya?. Pegawai ini menasihatkannya lebih berhati-hati memandu. Macam-macam cerita. Amat menggerunkan.

Kini juga saya kurang gemar menggunakan pemandu, kecuali terpaksa. Saya juga mendengar cerita ramai pegawai tinggi kerajaan akan memandu sendiri jika ada kerja di luar kawasan. Alasannya ialah kerana sudah lama tidak memandu.

Sesuatu yang agak mengairankan saya ialah sikap pegawai-pegawai yang memberikan tip kepada pemandu. katakan perjalanan dari hotel ke lapangan terbang. Jika tidak ada RM10, kereta itu seolah-olah tidak akan bergerak. Jika uang pelincirnya ada, jangan risau pasal terlepas kapalterbang. Pemandu ini pula (hampir semua), sudah faham benar dengan perkara ini. Seolah-olah ia adalah wajib. Walhal mereka sudah dibayar gaji, elaun lebih masa dan sebagainya untuk menghantar pegawai. Sekiranya sedekah atau hadiah, OKlah saya setuju...

Sebab itu, saya lebih suka naik teksi sahaja dari hotel ke airport dan sebaliknya. bayar lebih, dapat resit boleh buat tuntutan.

Sekian.

Monday, April 04, 2011

ILMU DAN GOOGLE



SUDAH sangat lumrah sekarang, apa-apa sahaja jawapan boleh diperolehi daripada GOOGLE. Apa sahaja. Misalnya jika sakit, kita akan tanya Dr. Google. Jika perlukan nasihat, tanya Pakcik Google. Jika kita inginkan apa sahaja, tanyalah Google.

Tadi saqya menerima panggilan telefon dari seberang tambak berkaitan dengan kursus. Kursus 2 hari dengan bayaran US$5,000.00. Agaknya dia ingat kita ini super-kaya ataupun bebal sangat agaknya. Jika setakat kursus teori dan diberikan format-format tertentu, sudah ada berlambak dalam Google. Ia boleh diberi secara percuma atau free dalam bahasa orang sekarang. Jika mahukan yang lebih lagi, boleh bayar...

Agak-agaknya, setakat mana boleh bertahannya syarikat-syarikat yang buat kursus sebegini?.

Sunday, April 03, 2011

PERTAMA KALI DIHANTAR POLIS KE RUMAH


PAGI ini, saya berkayuh seorang diri lagi di highway SILK. Baru 3km meninggalkan rumah, tayar belakang sudah bocor akibat melanggar (bukan terlanggar) geriji longkang. Nasib baik ia berhampiran dengan tempat rehat Plaza Tol. Pam ada, tiub juga ada, nasib baik. Apa yang tidak ada ialah tools. Saya teringat ada kawan yang buka tayar dan tiub hanya gunakan tangan sahaja. Saya cuba dan berjaya. Tiub berjaya ditukar.

Sementara itu datang sekumpulan pengayuh dalam lima ke enam orang bertanya khabar dan ingin menghulurkan bantuan. Selesai memasang semula tayar, ia bocor semula. Pam lagi dan bocor lagi. Alamat kayuhan tidak boleh diteruskan kerana sudah kehabisan tiub spare. Cadangan seterusnya ialah tolak basikal balik ke rumah.

Salah seorang dari pengayuh tadi memanggil polis peronda dan minta hantar saya pulang. Komuniti servis katanya. Polis bersetuju dan basikal dimuatkan ke bonet Pajero dan saya pulang dengan pajero polis. Pertama kali peristiwa begini berlaku. Terima kasih polis.

Saya tanya polis ini "salah ke jika berkayuh di highway?".
Dia menjawab "tidak salah, tetapi tidak digalakkan".
Senang hati saya mendengar jawapan tersebut dan selepas ini saya akan kayuh lagi di highway ini...

Dia menyambung lagi "tapi berkayuh di PLUS salah. Pihak PLUS telah gazetkan kenderaan yang tidak dibenarkan lalu, ia itu basikal, kenderaan roda tiga dan traktor. Jika nak lalu juga mesti ada pengiring yang diluluskan".

"OK terima kasih encik"