Labels

Monday, March 10, 2008

SURAT KHABAR LAMA



PADA kebiasaannya, akhbar arus perdana seperti Utusan, Berita, NST dan sebagainya tidak laku sangat. Ia lebih bersifat formal. Namun selepas pilihan raya, saya perhatikan semua kedai yang menjual surat khabar tidak lagi mempamerkan akhbar arus perdana. Semuanya habis dijual. Sold-out. Yang tinggal hanyalah akhbar-akhbar kecil. Mengapa ya?. Adakah berita pilihanraya dalam akhbar arus perdana lebih terperinci?

Thursday, March 06, 2008

KM: RELA ATAU TERPAKSA?



[KM di sini ialah Knowledge Management ataupun Pengurusan Pengetahuan]

SAYA pernah menjadi Ketua Jabatan di sebuah hospital kira-kira lima tahun yang lalu. Seperti mana-mana jabatan kerajaan, apabila kita melapor diri, perkara biasa yang perlu kita buat ialah mengisi borang itu dan ini. Menyerahkan gambar bagi tujuan rekod dan pelbagai jenis pas. Memperolehi pelekat untul parkir kereta dan segala yang rutin sebagai orang baru. Seperkara yang ekstra ialah, bagi setiap orang baru, mereka mesti mengisi borang untuk mendapatkan ID dan alamat e-mel. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa sahaja. Doktor pakar, doktor perunding, doktor pelatih, pelawat dan sebagainya yang ingin bekerja di hospital tersebut perlu mempunyai ID. Tanpa ID komputer ini, memang bagaikan doktor tanpa statuskop atau misi tanpa jarum penyuntik.

Mengikut sejarah, saya adalah ketua yang ke-lima bagi jabatan tersebut. Nota serah tugas daripada ketua jabatan yang terdahulu cuma sehelai kertas mengandungi catatan ringkas sahaja. Selebihnya semuanya terdapat dalam dalam komputer. Saya boleh membaca semua cerita bermula daripada ketua jabatan yang pertama hingga yang terkini dalam komputer. E-mel menjadi hak hospital dan tidak dihapuskan. Semua urusan perhubungan melalui e-mel dapat diketahui dari awal hingga akhir.

Inilah yang saya takrifkan sebagai KM atau pengurusan pengetahuan. Para doktor yang membuat penyelidikan dan yang seumpama dengannya perlu menyimpan kertas kajian dalam server hospital. Tidak ada kandungan CD atau thumdrive dibenarkan dibawa masuk atau dibawa keluar daripada hospital tanpa kebenaran. Kebenaran khas diperlukan untuk mengaktifkan CDROM ataupun port USB.

Penggunaan kertas dalam urusan harian adalah amat minima dan secara berhemah. Ada kuota tertentu. Segala-galanya saya nampak adalah kerana 'tidak cukup kertas' ataupun bajet lebih elok disalurkan untuk membeli ubat berbanding dengan pembelian aksesori ICT.

Namun segala-galanya berjalan dengan lancar. Persoalannya, adakah KM ini perlu dirancang dan dilaksanakan secara terancang ataupun secara kebetulan atau terpaksa?.

Wednesday, March 05, 2008

eeePC



DENGAN cuma RM1299 anda boleh membeli sebuah notebook yang comel, lengkap dengan segala perisian asas yang diperlukan oleh seorang pengguna biasa. Notebook comel ini didatangkan dengan 4 warna dan beratnya kurang daripada 1kg. Saya sudah menguci cuba notebook ini dan ia memang sangat berbaloi. Mengapa ia murah?. Teknologi yang digunakan adalah berlainan sekali dengan teknologi notebook sedia ada di pasaran dan ia menggunakan Sistem Sumber Terbuka (OSS) sepenuhnya.

KINI saya menggunakan notebook Sony Vaio. Baterinya dah rosak. Harga sebuah bateri Vaio di Malaysia ialah RM1300. Adakah saya patut tukar bateri atau beli eeePC?. Fikir punya fikir. Timbang punya timbang. Akhirnya saya buat keputusan membeli bateri Vaio di ebay dengan harga UKP17 dan belanja pos UKP13. Dengan membelanjakan UKP40 dalam tempoh 3 hari sahaja bateri tersebut telah selamat saya gunakan. Syukur ...

Tuesday, March 04, 2008

ORANG PUTRAJAYA


SAYA amat tertarik membaca beberapa ungkapan mengenai "Orang Putrajaya" dalam entri Sifu-PTS berkaitan mengapa buku-buku PTS di MPH Alamanda laku keras:-

1.Saya fikir salah satu faktor mudahnya adalah di situ sahaja kompleks membeli belah yang ada dan pastinya ianya menjadi tumpuan. Tambahan pula kedai buku MPH sahaja yang ada di kompleks itu. - Rafidah

2.Setahu saya lokasi Alamanda itu sendiri terletak di kawasan pembangunan terancang. Dahulu, semasa kunjungan bersama keluarga (rombongan kerja) ke tempat tersebut, pemandu pelancong memberitahu kami bahawa Putrajaya adalah lokasi strategik.

Orang-orang yang menetap di situ adalah orang-orang tertentu sahaja, latar belakang dan gaya kehidupan mereka dipenuhi dengan faktor intelektual. Dikatakan juga bahawa penduduk di sekitar Alamanda amat berbudi bahasa dan terpilih.

Dalam erti kata lain, buku merupakan satu keperluan utama di sana. Berdasarkan pemerhatian (kira-kira tiga tahun lepas), saya dapati ramai anak-anak remaja yang gemar membelek buku. Boleh dikatakan hampir semua anak-anak yang saya lihat membawa buku. Budaya tersebut memang mengagumkan. Seolah-olah berada di sebuah tamadun manusia baru dan sukakan ilmu. - Amiene Rev

3.Putrajaya pula ialah kawasan pejabat dan perumahan kakitangan awam yang rata-ratanya masyarakat melayu, boleh dikatakan berpelajaran tinggi (paling rendah mungkin sijil atau diploma). Kebanyakan kakitangan awam ialah kaum wanita. Kaum wanita masa kini mempunyai ‘purchasing power’ yang tinggi. Selain produk buku, pasaran menjual kain baju juga amat baik di sini terutamanya apabila hampir Hari Raya. - Azila

4.Pada saya sebab Putrajaya ialah kawasan pegawai kerajaan yang berpendidikan tinggi. Poket-poket ibu bapa mereka tebal. - Riduan Khairi

Nota: Orang Putrajaya beberbudaya tinggi, sopan santun, amat peramah, tetapi mengapa apabila memandu, mengapa bagaikan pelumba F1?. Barangkali pemandu tersebut bukan penghuni Putraja (sekalipun memekai plat Putrajaya). :)

Monday, March 03, 2008

SILA KOMEN



ANDA ingin kata apa-apa mengenainya?. Dipersilakan.

Friday, February 29, 2008

26 TAHUN SUDAH BERLALU



SUDAH (atau baru) 26 tahun bekerja?. Foto di atas adalah kelompok elit masa belajar diploma lepasan ijazah pada tahun 1982.

Berdiri 2 dari kanan ialah Tan Sri Hashim Meon, bekas KSU MINDEF.
Dato' tidak ada rasanya dalam kumpulan ini. Datin ada. Atok juga mungkin belum.

Yang mana satu MBA?

Thursday, February 28, 2008

RUANG IKLAN (POSTER PILIHANRAYA) UNTUK DISEWA



KINI merata-rata tempat terdapat poster atau bendera atau apa-apa sahaja mengenai pilihanraya. Mana-mana ada kawasan free, seperti bangunan, tiang, pokok dan sebagainya, habis ditampalkan poster. Tempat tampal mungkin percuma, tetapi upah panjat, upah tampal, upah tanggal, upah koyak, upah bersih dan upah cetak mahal juga.

Ngapa depa-depa ni tak mahu sewa ruang dalam blog-blog kita ini untuk poster pilihanraya?.

Wednesday, February 27, 2008

JEMPUTAN MAKAN MALAM "PERCUMA"



Semua ahli dan kerabat myJICA adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ke-21 seperti berikut:-

TArikh: 1 Mac 2008 (Sabtu)
Masa: 4pm
Tempat: Dewan Ukur JUPEM, Jalan Semarak, KL

Pengesahan: info@myjica.net atau 013-6230119 (Sabaruddin)

Jamuan makan malam disediakan PERCUMA kepada semua hadirin pada jam 8pm di tempat yang sama.

Jumpa di sana!.

Tuesday, February 26, 2008

M.A.A.F.K.A.N K.A.M.I

HAMPIR seminggu blog ini tidak dk.ikemaskini. Bukan sibuk. Bukan merajuk. Bukan, bukan, bukan. Saya berada di luar kawasan liputan. Saya berada dalam dunia realiti. Saya tengok masyarakat. Saya tengok iron-man dan iron-lady.

Di mana-mana saya ternampak kabel. Di mana-mana saya terpandang kabel. Rupa-rupanya dalam dunia nyata di luar sana juga penuh dengan kabel. Dulu orang kata kabel ini tidak bagus, ia menghalang kemajuan, ia menggalakkan nepotisma, ia membenihkan rasuah. Kitab sekarang panggil kabel sebagai networking. Kita perlu ada networking yang kuat. Lagi kuat lagi bagus.

Contoh ayat mengenai kabel:
1.Jiran saya marah-marah kat isteri saya sebab rumahnya tidak dapat dipasang telefon sedangkan jiran yang lagi satu dapat dipasang. Katanya saya ada kabel.

2.Jiran belakang rumah suka beli barangan kat Giant sebab dia ada kabel

3. Kabel?. Alamak, saya saya gunakan talian tanpa wayar!.

Wednesday, February 20, 2008

DEPAN TABIR AKTIVITI


(foto dari blog sakurasa)

AKTIVITI tersebut sudah selesai. Banyak kerja. Banyak cakap-cakap. Banyak kata-kata. Itu semua belakang tabir.

Selepas aktiviti berakhir, ada pihak cuba membuat ugutan terhadap exco. Mereka ingin memasukkan cerita-cerita buruk dan negatif belakang tabir dalam akhbar. Nasihat saya ialah, 'biarkanlah mereka berbuat begitu. Kita dapatlah publisiti murahan. Jika apa yang ditulis tidak berasas, kita carilah peguam. Kita tuntulah dua-tiga juta sebagai habuan'. Nasib baik exco tidak ikut nasihat saya. Penat sebenarnya bekerja di belakang tabir.

Tuesday, February 19, 2008

PILIHANRAYA 1 MAC

KEPADA semua ahli myJICA (dan juga bekas pelatih JICA yang belum menjadi ahli), saya jemput ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Jalan Semarak pada 1 Mac 2008 (Sabtu) mulai jam 4 petang. AGM ini bertujuan untuk memilih kepimpinan baru bagi myJICA. Datanglah beramai-ramai dan pilihlah pemimpin anda yang dirasakan boleh menggerakkan myJICA ke hadapan. AGM ini akan disertakan dengan majlis makan malam tahunan di lokasi yang sama dengan gratis (oops Percuma).

Saya sekadar teringat semasa mula-mula menghadiri kursus JICA pada tahun 1989. Peserta Indonesia transit di LTAB Subang dan melihat-lihat sekitar lapangan terbang dan merasa hairan kerana banyaknya kertas-kertas yang bertulis "percuma" yang bererti "sia-sia" dalam bahasa Indonesia. 'Mengapa ya bapak, di Malaysia banyak sekali yang percuma?"

OK, kembali kepada AGM, datanglah, jangan tak datang. Lagi ramai lagi meriah. Hari terbuka myJICA di JUPEM Sabtu lepas telah menarik minat lebih 400 orang pengunjung. Lebih 30 peserta telah mendaftar untuk mendaki gunung Fuji, Julai dan Ogos ini. Ini merupakan kejayaan besar bagi myJICA. Datang, jangan tak datang.

Sesekali saya teringat pepatah orang-orang tua "cubit paha kanan, paha kiri terasa jua". Kini ia lebih kurang berbunyi begini "potong kaki kanan, kaki kiri tidak terasa". Mengap ya?. OH.... kerana ubat bius diberi sebelum kaki dipotong!. Jangan begitu ya, jangan sampai kita bagaikan dibius. Datang, jangan tak datang. Undi jangan tak mengundi.

Thursday, February 14, 2008

JOM MENGUNDI MENDAKI



ADALAH dipercayai terdpat hanya SATU dan HANYA satu sahaja agensi di Malaysia yang mengadakan pakej dan mengadakan program mendaki Mt. Fuji di Jepun.

Pendakian selanjutnya ialah pada 17 Julai 2008 dan 13 Ogos 2008.

Pakej 6 hari ini meliputi:-

Day 1 – Kuala Lumpur / Narita
Day 2 – Narita / Tokyo / Hakone
Day 3 – Hakone / Mt Fuji
Day 4 – Mt Fuji / Tokyo
Day 5 – Tokyo Free & Easy
Day 6 – Tokyo / Narita / Kuala Lumpur

Kos: RM4888.00 yang meliputi tambang kapalterbang KLIA/Tokyo/KLIA, tambang di Jepun, penginapan (twin sharing), makan, insuran, cukai l/terbang, tour guide, tour leader.

Maklumat lanjut: Sila hadir ke booth Mt.Fuji di hari terbuka myJICA 16Feb08 (Sabtu) 9am-5pm di Dewan Ukur JUPEM, Jalan Semarak, KL.

Tuesday, February 12, 2008

HARI TERBUKA myJICA


SUKACITA saya menjemput semua pembaca ke hari terbuka 'kebudayaan Jepun' anjuran myJICA seperti berikut:-

Tarikh: 16 Feb 2008 (Sabtu)
Masa: 9am-5pm
Tempat: Dewan Ukur, JUPEM. Jalan Semarak, KL

Acara:
9am-12pm: Bengkel Haiku oleh Rudy Bluehikari. Tajaan: e-sastera.com & e-baca
10am-12pm:Demo Masakan Jepun oleh Sato-san & Kawazoe-san. Tajaan: Rasa
11am-1pm: Bengkel/Demo Ikebana oleh Izu-san. Tajaan Mingguan Wanita
2pm-4pm : Taman Jepun oleh Norazah (Jab.Landskap Negara). Tajaan: Laman
3pm-5pm: Solekan Jepun oleh BodyShop. Tajaan: Rapi

9am-5pm: Pameran XPDC Mt.Fuji. Tajaan: JALPAK
9am-5pm: Pameran Program Homestay

Semua pembaca, seisi keluarga adalah dijemput hadir. PERCUMA
Sila daftar di ruangan komen entri ini untuk pengesahan.

Monday, February 11, 2008

PAKCIK BINATANG APA?



AKUN cukup bangga kerana ia dilahirkan dalam tahun naga. Dia adalah Naga Emas katanya. Habis semua abang-abang, ibu dan bapanya ditanya, dihafal dan digelar dengan binatang tahun kelahiran mengikut kalendar Cina ini.

Semalam ada orang datang berziarah ke rumah. Beliau memang rapat dengan keluarga kami dan memang telah dikenali oleh Akun. Tiba-tiba Akun bertanya "Pakcik ini binatang apa?". Terpegun saya dan terlopong kawan saya. Apabila kami saling berpandangan, akun menambah "Akun naga emas, pakcik binatang apa?". Barulah kami sedar bahawa apa yang hendak ditanya ialah 'Pakcik dilahirkan dalam tahun apa bagi kalendar Cina'.

Jangan-jangan di sekolah nanti di akan tanya 'Uztazah binatang apa?'. 'Cikgu binatang apa?'.

hahahhahahaha

Sunday, February 10, 2008

HARAM BERINAI



AKHBAR-akhbar hari ini melaporkan bahawa tokoh-tokoh agama di negara kita mengatakan bahawa ISlam melarang umatnya memakai inai ala tatu (lihat gambar) kerana ia bercanggah dengan agama dan mencerminkan budaya Barat.
1. Dr.Asri Zainol Abidin (Mufti Perlis) - Ia jelas dilarang dalam hadis terutamanya jika menggunakan inai yang kekal lama di anggota badan
2.Datuk Abu Hassan Din (Ulama terkenal) - Pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.
3.Ustaz Daud Che Ngah (pendakwah bebas) - pemakaian inai yang bersifat lebih kepada tatu adalah dilarang
4.Prof. Dr.Siti Zainin (Budayawan) - pemakaian inai adalah mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri kepada masyarakat.

Adakah memakai inai budaya Barat?. Jika budaya Barat adakah ia bertentangan dengan Islam?. Bukankah memakai kot dan talileher adalah budaya Barat?. Adkah ia bertentangan dengan Islam?

Barangkali umat Islam di sini memerlukan Code of Conduct yang khusus dalam pelbagai perkara.


Wallahualam.

Saturday, February 09, 2008

MAKAN DUIT RAKYAT

DALAM seminggu dua ini saya banyak melawat pejabat-pejabat di sekitar Malaysia. Kami ada hampir 1000 pejabat di seluruh negara. Setiap ibu negeri ada pejabat kami. Setiap daerah ada pejabat kami. Setiap mukim ada pejabat kami. Kebanyakan desa juga ada pejabat kami. Saya memilih untuk melawat pejabat dalam 1-2 jam sahaja dan kemudiannya terus pulang.

Dalam satu atau dua lawatan, saya diberikan hadiah berupa barangan kegunaan harian yang menjadi kebanggaan penduduk setempat. Dalam hati saya tertanya-tanya, adakah ianya daripada ketua pejabat atau memang sudah ada piawaian begitu atau daripada manakah datangnya hadiah tersebut. Jika hadiah sekitar RM10 ringgit sebagai cenderamata, mungkin OK juga. Ini saya dengar hingga seratus ringgit dan duit tersebut datangnya daripada petty cach pejabat. Ini bermakna ia adalah duit rakyat. Tujuan petty cash adalah bagi tujuan perbelanjaan runcit atau kecemasan tanpa mengeluarkan pesanan tempatan.

Jika orang kecil yang datang melawat dapat hadiah sebesar itu, apatah lagi dengan orang besar hinga kepada KP, KSU, Menteri dan PM. Semuanya menggunakan peruntukan jabatan dan semuanya adalah duit rakyat. Patutlah sudah ramai orang besar yang enggan menerima hadiah.

Mengapa kita jadi begitu ya?.



Friday, February 08, 2008

CURI SINI CURI SANA



MALAM tadi kami sama-sama ke rumah jiran yang baru berpindah untuk baca surah Yaasin dan doa selamat. Doa kesyukuran kerana berpindah ke rumah baru. Jadi jiran kami. Pagi ini, jiran belakang rumah saya, yang selang sedepa sahaja dari rumah saya telah dipecah masuk oleh pencuri. Khabarnya antara 2am hingga 5am. CCTV dari rumah saya tidak mengesan sebarang objek. BArangkali dia memasuki rumah tersebut melalui jalan lain.

Itulah Malaya sekarang. Samada di kampung atau di bandar, lebih kurang sahaja. Patang lepa, habislah melayang. Agaknya bila MAlaya akan aman seperti dulu-dulu?.

Kini kami terfikir bagaimana pula untuk protect rumah kediaman kami daripada pencuri-pencuri ini. Bagaimana ya?

1. Bela anjing garang
2. Upah jaga
3. Ambil insuran isi rumah
4. Pasang alarm
5. Pasang pagar elektrik
6. Pasang pengeras
7.

Thursday, February 07, 2008

PUNCAK MUTIARA



Ini adalah foto rumah saya yang diambil dari luar. Projek perumahan ini menggunakan nama Puncak Mutiara semasa jualan. Begitu juga yang tercatat dalam perjanjian jual beli. Walau bagaimanapun setelah siap, khabarnya nama tersebut tidak diluluskan oleh pihak berkuasa. Di antara sebabnya ialah terlalu banyak sangat taman perumahan di sini. Jadi Puncak Mutiara diminta menggunakan nama salah sebuah taman yang sedia ada di sini. Taman teresebut ada 13 jalan, daripada jalan 1 hingga jalan 13. Puncak Mutiara menggunakan jalan 2A hingga 2F.

Sekian adanya. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Wednesday, February 06, 2008

WAKAF @ RUMAH NO.9



SAYA langsung tidak terfikir untuk membina sebuah wakaf, atau kata orang sekarang gazebo di rumah nombor sembilan. Namun setelah terlihat satu iklan dan gambar wakaf yang diberi diskaun sebanyak 50%, hati saya sangat tertarik untuk memilikinya. Apatah lagi apabila wakaf tersebut dibuat daripada kayu cengal. Setakat yang saya tahu, kayu cengal adalah kayu yang paling keras dan spesis kayu cengal hanya terdapat di Malaysia sahaja. Di Malaysia pula, Terengganu adalah negeri utama pengeluar kayu cengal.

Kayu cengal menjadi nostalgia untuk saya kerana arwah ayah saya menebang sendiri kayu cengal daripada hutan. Memotongnya. Mengangkutnya. Mengetamnya. Daripada kayu cengal itulah menjadi rumah di mana saya dilahir dan dibesarkan.

Kini saya mampu memiliki hanya sebuah wakaf daripada kayu cengal.

Tuesday, February 05, 2008

Monday, February 04, 2008

RUMAH NOMBOR SEMBILAN


SAYA menjemput beberapa orang rakan datang makan pagi di rumah nombor sembilan. Matsumura-san baru enam bulan tinggal di Malaysia, namun beliau telah boleh bercakap Melayu pada tahap yang hampir memuaskan.

+ "Saya ingin jemput saudara datang breakfast di rumah baru saya"
- "Di waktu pagi ya?"
+ "Ya. Breakfast memang waktu pagi"
- "Saya ingat ada juga breakfast waktu petang, iaiatu di bulan Ramadhan"
+ "Oh anda betul barangkali, breakfast tidak semestinya waktu pagi. Saya jemput dari jam 7.30am hingga 11am"
- "Ini rumah baru anda. Rumah nombor berapa?"
+ "Rumah nombor sembilan"
- "Wah anda seorang yang sangat kaya, ada 9 buah rumah. Selain daripada boleh beristeri 4, orang Malaysia memang banyak rumah kah?"
+ "?@##$$%^**%%$@"
- "Berikan alamat rumah anda, nanti saya pergi"

Nota: Saya ingatkan "rumah nombor berapa" itu adalah sama dengan "apa alamat rumah anda". Ha ha ha ha ..... Jangan perkecilkan orang yang baru belajar bahasa kita.

Sunday, February 03, 2008

MERASMIKAN PERASMIAN

HARI ini terasmilah kediaman kami yang telah kami duduki secara rasmi dengan rasminya.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan, kenalan dan sahabat handai yang datang meraikannya.



[SEBELUM]


[SELEPAS]

Wednesday, January 30, 2008

SUKU BANGSA ATAU KERJAYA?

ADAKAH anda fikir manusia lebih pentingkan suku bangsanya berbanding dengan kerjayanya?.

Kerjaya sebagai polis adalah memburu penjenayah. Adakah polis lebih mementingkan rakan sebangsanya, malahan saudaranya yang menjadi penjenayah ataupun rakan sekerjayanya dalam polis? Saya fikir rakan sekerjaya adalah lebih diutamakan, kecualilah jika mereka korup.

Biasanya "Doktor A" tidak akan menyalahkan "Doktor B" di hadapan pesakitnya, walaupun kelihatan jelas yang "Doktor A" berbuat 'silap'. Paling-paling dia akan kata, itu adalah cara dia, itu adalah perskripsi dia. Cara dia betul. Cara saya juga betul. Saudara berhak untuk mendapat pandangan kedua.

Begitu jugalah dengan progesyen lain seperti jurutera, arkitek, akauntan dan sebagainya. Barangkali hanya peguam dan ahli politik sahaja yang saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Itupun jika mereka berlainan parti. Sebabnya, itu memang kerja mereka.

Mengapa mereka begitu bersefakat sekali?. Saya fikir ia adalah kerana mereka ini profesional dan ada akta-akta profesyen mereka yang tersendiri.

Namun tadi saya kononnya pergi meetinglah. Pengerusi menjadikan forum tersebut sebagai medan paling baik untuk melepas geram. Serangan bertubi-tubi dilakukan terhadap sesama profesyen dia yang tidak sebulu dengannya. Entahlah, barangkali dia berbulu ayam dan yang dihentam itu berbulu itik. Tajuk perbincangan ialah permuafakatan dalam sesama profesyen, tetapi ia dibuka dengan lontaran bom tangan dan mortar terlebih dahulu. Mengapa begitu?

Jawapannya mudah sahaja. Selain daripada skim tersebut tidak profesional (baca amatur), ia juga tidak ada akhlak. Mudah sahaja.

Tuesday, January 29, 2008

RAMAI ORANG NAK JADI PTD


DULU sedikit heboh apabila cikgu di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menentang kemasukan PTD dari gred M54 ke tempat mereka. Sekarang daripada tinjauan awam mendapati cikgu suka, malahan sangat suka apabila skim PTD boleh dimasuki (atau dianuti ?) oleh sesiapa sahaja, samada penjawat awam daripada skim lain mahupun daripada sektor korporat. Kata depa "bila skim PTD sudah dibuka, bolehlah golongan kami ini meningkat maju". Betul ke begitu?. Walaupun pintu PTD dibuka, rasanya ia bukanlah terbuka dengan luas tanpa sekatan, tanpa tol atau tapisan. Cuma yang berkrim dan lemak manis sahaja yang ada peluang masuk pintu tersebut. Lepas itu, jika ada cikgu (dan skim lain juga) yang berkrim dan masuk PTD, kawan awak yang ber(karat) yang tinggal tu, takkan dengan cikgu sewenang-wenangnya nak biarkan PTD pula masuk JPN?. Itu kan buruk siku namanya?.

JIka kita tidak boleh lawan deme, kita sertai deme. Jika PTD tidak boleh masuk JPN, biar kita lantik cikgu jadi PTD.

Sunday, January 27, 2008

TV PLASMA ATAU TV LCD?

SUATU hari CIO panggil.
"Apa beza plasma TV dengan LCD TV"?

"errrr.... . dua-dua tu digital TV"

"Itu I tahu. I bukan tanya persamaan, I tanya perbezaannya"

"Kedua-duanya adalah bagi flat-screen-TV"

"ya..."

"Plasma dan LCD adalah dua teknologi yang berseteru?"

"maksudnya?"

"Plasma terdiri daripada beribu-ribu sel pixel. LCD bermnakna Liquid Crystal Display. Tuan faham kan?"

"Mana yg lebih baik?"

"dua-duapun baik. LCD boleh main game, boleh guna komputer. Plasma kurang gangguan"

"Harga"?

"Plasma lagi mahal rasanya"

"teknologi?"

"LCD teknologi lama, tapi diperbaharui. Plasma masih belum stabil"


** Entah ia entah tidak jawapanku ....

Saturday, January 26, 2008

SISTEM TERBUKA : IBM ATAU SUN?

BANYAK syarikat gergasi ICT di dunia (kecuali Microsoft) yang telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap Sistem Sumber Terbuka (OSS).

IBM menyokong Sistem Pengoperasian Linux RedHat dalam pembikinan perkakasannya.
Oracle membolehkan perisiannya dijana pada Linux RedHat juga.
SUN dulunya telah membeli Open Office. Ia adalah alternatif terbaik kepada Microsoft Office. Ramai orang berpendapat bahawan perpindah daripada MS Office 2003 kepada MS Office 2007 adalah jauh lebih SUSAH (selain mahal) berbanding dengan berpindah daripada MS Office 2003 kepada OpenOffice. Saya sangat setuju dengan pendapat ini.

Kini SUN telah membeli MySQL pula. SUN membelanjakan RM2.8 bilion untuk membeli MySQL yang merupakan Sistem Pangkalan Data (DBMS) Sumber Terbuka yang diberikan secara percuma. Mengapa SUN berbelanja begitu banyak untuk membeli perisian yang "percuma"?. SUN sebagai sebuah syarikat pembuat perkakasan, percaya ia boleh menjual lebih banyak perkaksan dengan memberikan MySQL kepada pelanggannya. Ini bermakna membeli perisian, bukanlah untuk berlawan niaga dengan syarikat perisian lain (Oracle dan Microsoft, barangkali), tetapi untuk bersaing dengan syarikat perkakasan juga (IBM dan HP serta Dell barangkali).

Sayugia diingat bahawa MySQL yang percuma itu digunakan oleh sebahagian besar daripada pengguna (miskin mahupun kaya). Kita tunggulah nanti ...

Thursday, January 24, 2008

ORANG BERBAHASA KITA TERASA

KINI ramai sangat orang kita yang tidak pandai berbicara. Dulu "orang berbudi kita berbahasa", kini?.

Pagi tadi (Khamis) ada berita mengenai seseorang meninggal dunia dan akan dikembumikan di sebelah kubur ibu beliau. "Beliau yang meninggal Rabu lepas akan dikembumikan hari ini di sebelah pusara ibunya".

Apalah punya bahasa. Hari ini ialah Khamis, beliau meninggal semalam, tetapi diberitakan sebagai meninggal Rabu lepas!

Teringat saya akan kisah dulu-dulu di mana kawan saya memarahi seseorang yang tidak kami kenali kerana memanggilnya dengan sebutan "abang". "Bila pula bapak aku kahwin dengan emak engkau?". Kini berita yang sering kita dengar ialah Adik Syar**** telah seminggu hilang....

Apakah nama Adik Syar**** yang hilang tersebut?. Syar**** itu orang terkenalkah, sehingga adik beliau yang hilang dijadikan berita?. Macam berita pagi tadi bapa XXXX telah meninggal dunia kerana sakit darah rendah dan kompilasi jantung. XXXX memang orang terkenal!

OOPS! rupa-rupanya kita cuma berbahasa!.

Wednesday, January 23, 2008

KUCING BERBULU ANJING



rumput dah panjang, kena trim.... kat mana ada trimmer murah?


DALAM entri yang lepas, saya ceritakan masalah mengenai kucing jiran yang selalu datang ke laman saya. Saya agak tujuan kedatangannya ialah untuk "melepas". Rupa-rupanya tujuan yang lebih besar lagi ialah untuk memburu ikan koi peliharaan saya. Sekarang ikan koi tersebut sudah ghaib semuanya dan tiada lagi kucing datang.

Petang tadi, seekor tetamu yang sangat manja datang ke laman kami. Ia datang dan berxx.

Kita sudah biasa dengan "musang berbulu ayam", tetapi tetamu sore kami kali ini ialah "kucing berbulu anjing". Ia langsung tidak berbulu dan rupanya macam anjing dan ekornya seperti tikus dan lompatnya seperti kanggaro.

Tuesday, January 22, 2008

OKU



APAKAH yang dimaksudkan dengan Orang Kurang Upaya (OKU)?

Semalam saya memerhatikan seorang pemandu yang segar-bugar dan sihat-walalafiat dengan senonong-nonong sahaja meletakkan kenderaannya di petak letak kereta OKU. Oleh kerana saya lihat dia tidak cacat anggota, barangkali dia adalah seorang yang cacat akal. Kalaulah cacat akal boleh ditakrifkan sebagai OKU, maka pemandu tersebut memang berhak untuk meletak keretanya di situ.

Mengikut Akta OKU, "Kurang upaya" bererti penghalangan atau kekurangan upaya , disebabkan kecacatan , untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.

"Kecacatan" bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi atau bentuk atau fungsi badan.

"Kecacatan" (handicap) bererti kesulitan bagi seorang individu, disebabkan kerosakantau kecacaatan, yang menyekat atau menghalang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, dan faktor sosial dan kebudayaan bagi individu tersebut.


Berdasarkan kepada akta tersebut, orang cacat akal @ ada masalah psikologi bolehlah ditakrifkan sebagai OKU dan ada hak meletak kenderaan di situ. Barangkali selepas ini 99% daripada lot meletak kenderaan hendaklah ditanda sebagai OKU. Sebabnya memang ramai OKU di negara kita.

Monday, January 21, 2008

THAIPUSAM CUTI UMUM?

PM telah mengistiharkan bahawa Thaipusam sudah dijadikan hari cuti bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebelum ini ia hanyalah cuti bagi negeri Selangor, N.Sembilan, Johor, P.Pinang dan Perak sahaja.

MIC mengharapkan Thaipusam sebagai cuti umum.

Pada hari Deepavali yang lepas, saya berada di Sarawak. Saya bertanya tuan kedai, di Sarawak memang tidak cuti pada hari Deepavali?. Pekedai tersebut berkata "Di Sarawak ini cuma ada tiga orang setengah sahaja yang merayakan Deepavali. yang setengah lagi itupun masih dalam kandungan". "Kami cuti pada hari Gawai", beliau menambah. Jika Deepavalipun cuma 3.5 orang sahaja, Thaipusam apatah lagi.

Bila pula hari Gawai bakal menjadi hari cuti umum?.

Saturday, January 19, 2008

TERIMA KASIH STREAMYX

Login terakhir ke Streamyx ialah 2 Disember 2007. Masa itu masih di rumah lama.
Semenjak 5 November lagi telah membuat permohonan untuk tukar lokasi. Semenjak dari tarikh itu, asyik bayar bil sahajalah.

Akhirnya pada 18 Januari 2008, Streamyx telah boleh digunakan semula di sini.

Terima kasih TM
Terima kasih Streamyx
Terima kasih semua kabel-kabel yang terlibat

Thursday, January 17, 2008

PUTRAJAYA : KEMALANGAN SIFAR

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan dijadikan kawasan kemalangan maut sifar yang pertama di dunia. Mampukah?.

Maklumat lanjut boleh dibaca disini

Barangkali memang susah ataupun hampir mustahil untuk menjadikan Putrajaya sebagai kawasan kemalangan sifar. Sebabnya kemalangan disebabkan oleh banyak faktor yang di luar kawalan. Bukankah orang tua-tua kita berkata bahawa kemalangan tidak berbau?. Semua orang memang ingin mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Tidak kiralah samada dia adalah pemandu berhemah, pemandu tidak berlesen, pemandu F1 mahupun Mat Rempit sekalipun. Jika boleh diibaratkan, semua orang ingin masuk syurga, cuma bikin lain dari apa yang dicakap.

Barangkali juga Putrajaya tidaklah kritikal sangat mengenai kemalangan ini. Apa yang lebih kritikal kepada semua penghuni Putrajaya ialah kesesakan jalan raya dan yang ketikal kepada pelawat ke Putrajaya ialah ketiadaan tempat meletak kenderaan.

Mengapa perkara tersebut tidak diutamakan?.

PC GAMER


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Subscribe to PC Gamer Magazine at a 84% discount!

Wednesday, January 16, 2008

JURURAWAT (KERAJAAN) GARANG

BARANGKALI ramai orang beranggapan bahawa doktor di hospital kerajaan adalah tidak mesra pelanggan. Biasanya orang kampung akan takut untuk ke klinik atau hospital kerajaan kerana takut dimarahi oleh kakitangan klinik atau hospital. Mereka yang sakit memerlukan rawatan dan pemeriksaan kesihatan, bukannya untuk dimarah. Namun itulah tanggapan umum masyarakat kita, apabila ke hospital kerajaan, tetntu akan kena marah. "mengapa lambat datang". "nak mam*** baru datang hospital". "mengapa tidak jaga makan" dan macam-macam lagi. Mereka (walaupun tidak mempunyai duit yang cukup) sanggup dan rela ke hospital atau klinik swasta. Mereka rela menunggu lama dan membayar wang kepada doktor swasta.

Jika perkara tersebut benar mengapa?.
Barangkali semua doktor yang mesra pelanggan sudah meletak jawatan dan membuka klinik sendiri atau bekerja di sektor swasta. Itulah sebabnya agaknya kerajaan membenarkan doktor kerajaan untuk bekerja di klinik/hospital swasta pula. Apa nama lokum ka ...

Barangkali juga bayaran gaji di hospital kerajaan tidak setimpal dengan beban kerja.

Barangkali juga pesakit di hospital kerajaan tidak perlu bayar, jadi sebagai balasannya doktor bolehlah marah-marah mereka?. Itulah sebabnya agaknya kerajaan telah membuka sayap swasta di hospital kerajaan supaya pesakit kena bayar dan mendapat layanan swasta di hospital kerajaan. Barangkali.

Jururawat juga biasanya memilih bulu. Jika bulu hitam layanan kurang. Jika buku perang, layanan istimewa. Jika bulu panjang, boleh marah. Maknanya jika pesakit orang berada atau perpangkat, layanan istimewa. Jika orang miskin dan tidak berjawatan alamak kenalah...

Ini petikan dari blog Aini, isteri seorang diplomat: Fikir-fikirlah sendiri:-

Nuraisya Nabila lahir di Selayang Hospital, kerana saya sakit awal pagi waktu orang ramai bersesak pergi kerja. Hospital swasta di Ampang ( tempat yang sepatutnya) agak jauh (kerana saya tinggal di Kepong)dan konon ke Selayang untuk mendapat pandangan, sempat atau tidak saya ke Ampang. Rupanya sakit saya hanya 1 jam,maka lahirlah bayi yang merah dan putih melepak, Nabila. Hanya bidan yang menyambut..yang garang dan marah-marah. Bidan tersebut seolah-olah tak pernah rasa sakit untuk bersalin. Itulah sakit yang amat perit ..bertambah dengan sakit hati dgn layanan bidan tersebut. Hanya 1 malam saya di Hospital tersebut.

Tuesday, January 15, 2008

SEMALAM HARI INI DAN ESOK

"Beliau tiba semalam bagi lawatan rasmi yang akan bermula esok".

soalannya: hari ini buat apa?

Monday, January 14, 2008

ERTI SEBUAH KEPUASAN

ANAK bongsu saya amat berpuas hati setelah hasratnya untuk melihat waktu menggunakan jam sendiri tercapai semalam. Jam tersebut cuma berharga RM10 sahaja, namun dia cukup berpuas hati. Macam biasalah, pasti tidurpun dengan jam. Minta-minta jangan dia mandipun pakai jam sudahlah. Maklumlah jam dengan harga sebegitu mana yang waterproof.

Orang lain mempunyai citarasa yang berlainan sekali dalam berpuashati. Seorang menteri (atau bekas), barangkali berpuashati dengan meletakkan jawatan. Seorang anak orang kaya barangkali sangat berpuas hati jika dapat memiliki barang yang dicurinya sendiri (yang memang mampu dibeli sendiri). Barangkali juga budak baik di sekolah ugama sangat berpuas hati apabila dapat mendera junior hingga mati. Nauzubillah.

Berita yang sangat memuaskan hati saya membacanya ialah apabila seseorang yang boleh memiliki gedung perniagaan, sangat berpuas hati setelah diberikan kad kesetiaan oleh gedung tersebut. Ya, setelah 20 tahun membeli belah, baru diberikan kad kesetiaan. Apa yang menghairankan saya juga ialah mengapa saya tidak berpuashati walaupun sudah memiliki empat generasi kad kesetiaan tersebut?. Sebabnya barangkali saya tidak berbelanja di situ. Jika berbelanjapun barangkali dua hingga tiga tahun sekali.

+Mengapa agaknya orang kaya (tidak semua) adalah kedekut?
-Jika (terlalu) pemurah macamana dia nak jadi kaya?
+Mengapa agaknya orang kaya mahu barang percuma?
-Barangkali untuk menambahkan lagi kekayaannya
+Mengapa agaknya orang berkuasa selalunya tidak ada kuasa?
-Oh.... bila bodyguard bercuti

Sunday, January 13, 2008

SEKTOR AWAM KITA TERBAIK DI DUNIA

"Adunan kepimpinan politik berpandangan jauh, mempunyai visi dan bijaksana membuat keputusan besar dan dibantu kakitangan awam yang komited membolehkan Malaysia menikmati pembangunan sekarang"

Thursday, January 10, 2008

ORANG KERAJAAN MAKAN GAJI BUTA

RAMAI orang berkata begitu. Entah ya entahkan tidak, namun banyak bukti yang boleh menyokong dakwaan ini.

Sebagai rakyat biasa, kita tidak terlepas daripada berurusan dengan pejabat kerajaan dan juga pejabat swasta. Di zaman dahulu kala, memadai dengan hanya berurusan di pejabat kerajaan sahaja. Semua perkara yang asas kerajaan sediakan. Apabila kununnya perkhidmatan kerajaan semakin lembab, akibatnya beberapa (banyak juga) perkhidmatan kerajaan yang telah diswastakan. Harapan penswastaan ini ialah supaya perkhidmatan semakin cekap dan keuntungan boleh dibuat berlipat kali ganda. Namun hakikatnmya semua perkara itu adalah hampeh belaka.

Dulu kerajaan menyediakan kemudahan telefon melalui Jabatan Telekom (JT). Mana-mana rakyat yang ada telefon boleh dikatakan elit pada masa tersebut. Sebabnya tidak ramai yang mampu dan talian telefon juga tidak banyak. Setelah JT diswastakan, ia dinamakan Syarikat Telekom Malaysia (STM). Perkhidmatannya tidak banyak bezanya dengan JT. Kunun cerita ialah kerana antara JT dan STM, pertukaran hanyalah pada nama dan gaji sahaja. Mentaliti staf gomen masih tidak berubah. Kemudia STM menjadi Telekom Malaysia (TM) dan entah apa-apa lagi diubah nama dan logo.

Saya tersenyum sendiri apabila orang lain beritahu kerosakan Streamyx mereka mengambil masa 3-4 bulan untuk dibetulkan oleh staf swasta TM. Saya tidak begitu percaya. Kini pada muka, ia telah terkena atas muka sendiri. Pergi TM Point 5 Nov. 2007 untuk pindah telefon dan Streamyx. Isi borang itu ini. Staf tua-tua kat TM Point Kajang ni janji bukan main lagi. Encik akan dihubungi walau apapun keputusannya (dapat atau tidak). Mungkin rasanya staf tersebut sudah pencen, sebab itu dia tidak pernah hubungi saya. Bila saya pergi semula ke TM point tersebut, staf lain pula keluarkan arahan baru supaya terminate perkhidmatan di rumah lama dan apply yang baru. Saya berdegil dan tidak mahu buat dan akhirnya seorang manager TM tolong dapatkan talian telefon dan dapatlah telefon.

Adapun mengenai Streamyx, hingga saat inipun habukpun tarak dan saya tetap membayar bil RM77 sebulan yang saya tidak redha dan tidak halalkan. Saya nak tuntut semua bayaran ini di akhirat kelak dengan SELURUH kakitangan TM yang terlibat. Sudah berbelas kali dan entah berapa banyak bil lagi yang perlu saya bayar kepada TM untuk hubungi talian 100 atau 1-300 mereka untuk dapatkan kepastian. Setiap kali buat panggilan, anggota di meja bantuan akan minta 2 hari kerja untuk selesaikan masalah dan hingga kini sudah berapa kali dua hari kerja sudah dilampaui dan servis masih juga tidak diperolehi.

Kepada sesiapa yang nak bantu, ini adalah nombor laporannya 7890943

Jadi, jika orang kerajan makan gaji buta, orang swasta (macam ini) makan gaji apa?.

Wednesday, January 09, 2008

INDON, BANGLA, PAKI - PANGGILAN MENGHINA?

KJ menyeru rakyat Malaysia supaya jangan memanggil rakyat Indonesia dengan panggilan "Indon" kerana ia adalah menghina. Adakah benar panggilan "Indon" itu suatu penghinaan?.

Biasanya rakyat Bangladesh dipanggil Bangla dan Pakistan dipanggil Paki. Adakah ia juga suatu penghinaan?. Jika panggilan tersebut menghina, apa pula panggilan alternatif untuk mereka?.

Barangkali Indonesia di panggil Sia. Bangladesh dipanggil Desh. Pakistan dipanggil Tan. Ah adakah ia tidak menghina?.

Adakah anda tahu orang malaysia dipanggil apa?. Malay ataupun sia?.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Salam Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca.

Esok adalah 1 Muharram dan biasanya masyarakat "kita" akan membaca doa akhir tahun selepas Asar dan doa awal tahun selepas Maghrib.

Sayugia diingat bahawa dalam Islam hari tidak dikira bermula mulai detik 12.01am, sebaliknya sebaik terbenam matahari.

Wallahualam.

Tuesday, January 08, 2008

MINYAK MASAK YILEK

DULU minyak masak berkurang. Kat kedai catu jualan. Boleh beli sekampit sahaja.
Lepas itu gula kurang.
Lepas itu tepung gandum korang
Kini minyak masak pula kurang kembali.
Apa nak jadi? Apa patut dibuat?.

Jika kita tengok negara lain, misalnya US. Dia beli minyak (petrol) dan simpan dan simpan dan simpan.
Minyak simpanan tersebut akan diguna pakai apabila benar-benar perlu, iaiatu apabila bekalan minyak sudah betul-betul perlu.

Barangkali kita juga perlu buat begitu bagi minyak masak dan gula dan gandum dan minyak masak.
Barangkali.


* Posting melalui e-mel

--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

BAGAIMANA NAK HALAU KUCING?


NABI sayangkan kucing. Ini umatnya pula yang bertanya bagaimana nak halau kucing!.
Itulah hakikatnya. Bukan pasal tidak mahu ikut sunah Nabi, cumanya kita baru sahaja tanam rumput karpet dan di situlah tempat kucing-kucing jiran berak!. Wah geram rasanya...

Mula-mula ingatkan kucing itu masuk ikut pintu pagar depan, jadi dah cadang nak beli dawai mata punai nak tutup lubang pintu pagar yang besar-besar itu. Kemudian dia masuk ikut lubang di pagar belakang. Lubang itu sudah diletak dengan sebotol air. Setakat ini ketiga-tiga lubang itu tidak dimasuki kucing lagi. Tapi, melalui CCTV, nampaknya kucing itu panjat pagar pula.

Apa nasihat anda?.

1. Letak botol air sederet atas pagar macam orang Jepun selalu buat.

2. Letak belerang sekeliling tempat lintasan kucing

3. Letak racun tikus biar semua kucing itu gol

4. Saya ada tengok dalam TV teknik mengelak kucing dari datang ke rumput karpet. Rasanya macam letak kulit telor, tapi sudah lupa caranya. Ada sesiapa yang tengok dan masih ingat caranya?

5. Apa cadangan anda?

Sunday, January 06, 2008

YURAN SEKOLAH: MASA MAHAL MAMPU, MASA MURAH TAK MAMPU

SEPERTI biasalah, para pengguna tidak mungkin akan menang.
Menteri bidas balik. Mengapa dulu mampu bayar? (Ia itu semasa yuran masih dikenakan). Kini yuran telah tidak dikenakan lagi, apa pula merungut tidak mampu sekiranya dulu mampu?. Kamu hantar anak-anak ke sekolah kami, apa sumbangan kamu kepada pihak sekolah?

Kita dimaklumkan bahawa ada sekolah yang kenakan yuran tandas kepada anak murid. Ada sekolah yang kenakan bayaran modes (tuala wanita) kepada murid perempuan. Hebat betul sekolah kita ya...

Yuran yang dimansuhkan cuma RM4 sahaja, yang masih perlu dibayar ialah RM100+. Ah mengapa dimansuhkan yuran tersebut?. Siapa yang tahu?.

Friday, January 04, 2008

DREBAR TEKSI : BIAR LAPAR ASAL BEBAS


APABILA kami berpindah rumah, dilema berikutnya adalah samada anak-anak juga perlu pindah sekolah. Setelah pertimbangan dibuat, dicampur dengan sokongan demokrasi dan kekuasaan autokrasi, keputusan yang dibuat aialah anak-anak tidak perlu pindah sekolah. Mereka semua gembira.

Bas sekolah dari rumah ke sekolah memang tidak ada. van juga tidak ada. Mereka ia adalah di luar kawasan. Kami fikir sudah tentu teksi boleh digunakan. Pagi-pagi kami hantar anak-anak ke sekolah sebelum pergi kerja. Kononnya sebelah tengahari, teksi akan ambil mereka pulang ke rumah. Itulah fikiran kami. Nampak logik sekali. Tambang teksi dari sekolah ke rumah cuma RM8. Jika sebulan baru dalam sekitar RM200. Kos ini ialah untuk sebuah teksi dan agak berbaloi kerana kami ada 3 orang anak yang akan menggunakan teksi tersebut. Jika ada bas sekolah sekalipun, harganya tidaklah jauh lebih murah daripada harga itu.

Saya pergi mencari teksi. Jumpa persatuan pemandu teksi. Mereka tidak mahu sebab ahli persatuan tidak mahu terikat dengan laluan dan waktu. Saya pergi beberapa orang pemandu teksi samada yang berdekatan dengan sekolah atau rumah. Mereka tidak mahu kerana mahukan kebebasan memandu teksi di mana-mana. Tidak mahu terikat walaupun ada pendapatan tetap bulanan. Bayaran boleh dibuat mengikut harian, mingguan atau bulanan. Mereka tak mahu. Saya ke stesen teksi bertanya, mereka juga tidak mahu walaupun mereka hanya duduk-duduk di stesen tanpa penumpang. Mereka lebih rela duduk, hisap rokok, bersembang atau main dam aji. Tidak ada penumpang tidak apa, minyak tak habis. Sewa teksi bagaimana?. Ah dalam sebulan tentu boleh bayar sewa teksi, terutamanya awal bulan. Lepas itu kami boleh duduk sini. Jika ambil budak sekolah ini, kami tidak bebas lagi, cukup masa kena bergerak. Kami mahukan kebebasan. Wang perlu tetapi bukan segala-galanya.

Wang lebih buat apa, kami nak bayar sewa teksi sahaja untuk kami perlukan kebebasan. Wah..... dan akhirnya terkuburlah angan-angan kami supaya anak-anak pulang dengan teksi. Terpaksalah cari alternatif lain. barangkali ada hikmah di sebaliknya.

Thursday, January 03, 2008

YURAN SEKOLAH DIMANSUHKAN, TETAPI PERLU BAYAR "BAYARAN" YANG LEBIH MAHAL

Dalam ucapan bajet 2008, YAB Perdana Menteri @ Menteri Kewangan telah membuat pengumuman bahawasanya yuran sekolah di semua peringkat telah dihapuskan. Senyum lega orang kampung mendengarnya. Kemudian daripada itu, PM menambah lagi, iaiatu semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan depan ekonomi keluarganya adalah layak mendapat pinjaman buku teks. Tidak perlu beli buku teks lagi. Senyum legaaa orang kelas menengah yang saban tahun kena beli buku teks sendiri untuk anak-anak sendiri.

Hakikatnya?
Perkataan "yuran" atau "yoran" sebagaimana disebut di parlimen memang dihapuskan. Namun duit tetap dipungut juga, tetapi ia dinamakan sebagai "bayaran". Siapalah hamba Allah yang mencipta istilah ini?. Bukankah "bayaran" bermaksud 'wang yang dibayar'?. Entah labu.... Namun bukan soal istilah yang ingin ditimbulkan, melainkan jumlah wang yang perlu dibayar bagi "bayaran" adalah lebih tinggi berbanding dengan "yuran".

Apakah maksud semua perkara ini?
Siapa tipu siapa?
Siapa kena tipu?

Kita semua ni siapa?!

Wednesday, January 02, 2008

BANGUN MEMBUAT DAN BANGUN KENA BUAT

Ayat bangun membuat dan bangun kena buat yang kita patut ulangkaji semula:

1.Bangun membuat kopi (untuk diri sendiri), bangun kena buat susu (untuk anak)
2.Bangun meletak jawatan (kerana kesalahan moral), bangun kena letak jawatan @ pecat (sebab semua orang dah tahu)
3.Tambahlah sendiri ...

Tuesday, January 01, 2008

APABILA MB DISURUH BERHENTI


ORANG kita jarang sekali secara terbuka menyeru supaya seorang ketua turun daripada tahtanya. Apabila YB Dato' Radzi yang merupakan seorang MP di Perlis membuat kenyataan terbuka supaya YAB Datuk Sri Shahidan Kassim, MB Perlis ditukar (dipecat), maka ia sudah tentu mempunyai suatu makna besar yang paling mendalam.

Dato' Radzi membuat seruan tersebut sebagai Setiausaha Agung UMNO, bukan sebagai MP. Maka banyak barangkalinya yang boleh diandaikan.Adakah kenyataan SU tersebut datangnya daripada Presiden? Dari Timbalan Presiden kah?. Walau suara siapapun, kita percaya ia bukan dibuat secara sembrono, sebaliknya telah dirancang.

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Selamat tahun baru Masehi 2008 kepada semua pembaca.

Saturday, December 29, 2007

RUDINARA - IKON RUMAH MALAYSIA



Rumah ini diperbuat daripada tiga batang kayu cengal. Ia dipilih, ditebang dan diproses sendiri oleh tukangnya yang pakar. Rumah ini mengambil masa enam tahun untuk disiapkan. Rudinara ialah gabungan nama pemiliknya, iaiatu Dato' Dr. Rudin dan isterinya Munira. Rumah ini adalah satu-satunya rumah yang telah menerima Anugerah Aga Khan.

Ia menggunakan paling sedikit paku. Tukangnya Ibrahim Adam adalah seorang yang buta sebelah mata dan hanya mempunyai satu tangan.

Paling menarik, rumah ini tidak berapa jauh jaraknya daripada rumah saya.

Wednesday, December 26, 2007

TOKOK TAMBAH

SAYA pernah terbaca petikan daripada novel atau rencana yang tertulis lebih kurang begini:-

"En. Amir mengangkat ganggang telefon sambil merungut. Mengapalah pejabat di Kuala Lumpur membuat panggilan pada jam tiga pagi di musim dingin begini. mengapakan tidak ditunggu sahaja hari siang?". En. Amir adalah pegawai yang dihantar bertugas di London.

Mengapa jam tiga pagi yang dititik beratkan?. Jawapannya ialah kerana ia terlalu pagi. Sewaktu manusia sedang tidur. Ia tidak sepatutnya diganggu.

Apa yang tidak kena dengan cerita ini?.
Pada jam 3am di London, bersamaan dengan jam 8pm di Malaya. Biasanya ofis sudah tutup. Barangkali penulis tidak sempat untuk mengira perbedaan waktu antara dua negara.

Namun bukankah kita sudah biasa mendengar kata-kata "yang sejengkal jadi sedepa".Barangkali itulah yang sebenarnya yang ingin ditulis oleh penulisnya.

Barangkali.

Tuesday, December 25, 2007

SANTA CLAUS MELAYU


Gambar Hiasan & Tidak Ada Kena Mengena Dengan Entri

RAKYAT negara kita sudah lama menyambut perayaan Krismas. Ia adalah perayaan bagi penganut Kristian. Biasanya orang Islam tidak menyertai perayaan ini kerana ia berkaitan dengan ugama dan kepercayaan Kristian. Rumah terbuka Krismas rasanya jarang dihadiri oleh penganut Islam. Itu barangkali benar pada suatu waktu dahulu. Pada masa tersebut ISlam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Tetapi kini?.

Saya sudah bertahun-tahun melihat kehadiran Santa Claus di kompleks-kompleks membeli belah. Biasanya mereka adalah wanita ataupun lelaki dari bangsa Cina ataupun India. Mungkin Cina atau India ini berugama Kristian ataupun mungkin juga ugama Budha atau Hindu atau ugama-ugama lain. Inilah kelebihannya Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai kaum. Jika pada hari Jumaat, polis yang menjaga trafik di masjid ialah samada polis India, Cina ataupun wanita. Polis lelaki boleh solat Jumaat. Jika semasa perarakan deepavali, polis India pula boleh berarak dan yang Melayu menjaga keamanan. Skuad anjing pula dibelai oleh orang bukan Islam yang biasa dengan anjung. Begitulah negara majmuk.

Namun semalam saya sudah berjumpa dengan Santa Claus wanita Melayu. Inilah Santa Claus pertama yang saya temui.

Melayu Boleh!.

KURISUMASU


Hoteiosho Santa Claus Jepun

HARI ini 25 Disember adalah hari Krismas yang disambut oleh penganut Kristian di seluruh dunia. Banyak negara yang bercuti pada hari ini. Di Jepun Krismas dipanggil Kurisumasu dalam ejaan dan jika disebut ia berbunyi Ku-ri-su-mas. Ia adalah perkataan Inggeris yang dijepunkan. Jepun tidak bercuti pada hari Krismas. Rakyat Jepun dianggarkan 1% berugama Kristian.

Walau bagaimanapun sambutan Krismas boleh dikatakan disambut meriah di Jepun. Kita boleh temui ramai sekali Santa Claus samada lelaki mahupun perempuan. Lebih sebulan daripada tarikhnya, hampir semua kedai dan gedung membeli belah telah dihias merah putih dengan segala perhiasan Krismas. Apabila ditanya, pokok pangkalnya adalah untuk melariskan perniagaan masing-masing.

Sunday, December 23, 2007

PSM TERSILAP SERVIS


Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan yang dikira wajar dengan menarik diri daripada menyertai sukan SEA di Korat, Thailand. Ini adalah sebagai tanda protes kepada tuan rumah, Thailand dan juga Persatuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang memperkenalkan bola takraw baru yang bersalut getah. PSM mendakwa bola ini membahayakan pemain. PSM mendakwa bola ini belum sempat diuji sepenuhnya, iaitu minima enam bulan mengikut peraturan. Pada awalnya banyak negara yang ingin mengikut jejak langkah PSM, tetapi akhirnya hanya PSM sahaja yang memulaukan sukan SEA. Ini adalah kekalahan pertama PSM.

Semasa sukan SEA berlangsung, menteri berkaitan telah membidas PSM kerana tidak bersemangat sukan dan memulaukan sukan SEA. Ini pukulan libas kali kedua kepada PSM. Walhal bola tanggung yang dilontarkan oleh tekong PSM sebelum bermulanya temasya sukan tersebut tidakpun dilipat oleh sesiapa.

Setelah berakhirnya temasya sukan SEA, ISTAF dan ASTAF (Persatuan Sepaktakraw Asia) khabarnya akan mengambil tindakan terhadap PSM. Ini adalah merupakan lipat maut hasil bola tanggung yang diservis oleh tekong dan dalang-dalang mereka.

PSM oh PSM.

Wednesday, December 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

KL BANDAR TANPA WAYAR

Kuala Lumpur akan menjejaki beberapa bandaraya di dunia yang akan menyediakan perkhidmatan jalurlebar tanpawayar percuma. Sebanyak 600 hotspots akan dipasang di seluruh KL. Syabas.

Tuesday, December 18, 2007

NASI KEPAL


ADALAH dipercayai bahawa masih ramai lagi warga Malaya yang mengingati akan nasi kepal. Adapun begitu, di manakah kita boleh menikmati akan nasi kepal ini. Maksudnya kedai mana dan restoran mana yang ada menjual nasi kepal. Tidak mungkin ada rasanya.

Jika di negara matahari terbit, nasi kepal atau onigiri memang banyak sekali dijual di mana-mana sahaja.

Hmmmmm..... sedapnya.....

Saturday, December 15, 2007

KAPALTERBANG POKEMON


SEMASA mendarat di lapanganterbang Okinawa, saya berhenti sebentar untuk mengambil gambar sebuah kapalterbang yang dicat kuning dan berkartun Pokemon. Ah entah apa-apalah Jepun ini, bisik hati saya sendiri. Namun saya tidak sendirian, ramai lagi rupa-rupanya orang Jepun yang turut mengambil gambar kapalterbang tersebut.

Semasa penerbangan dari Okinawa ke Tokyo, hujan lebat dan taufan hampir melanda OKinawa. Beberapa kapalterbang berpatah balik dan hampir semua jadual penerbangan terlewat daripada jadual. Tanpa disangka, penerbangan saya dari Okinawa ke Tokyo adalah kapalterbang Doremon !. Kapalterbang kuning ini bukan hanya di luar, di bahagian dalam juga dihias dengan karektor Doremon. Begitu juga dengan pramugarinya, berkarektor Doremon juga.

Friday, December 14, 2007

SAKIT JANTUNG

KINI sana sini ada orang mati kerana sakit jantung.
Semalam sihat-sihat sahaja,hari ini sudah meninggal.
Dulu OK sahaja, kini sudah tiada lagi.
Dunia kian canggih, penyakit bertambah banyak.

Walau apapun, rasa-rasanya penyakit-penyakit begini memang sudah wujud.
Logiknya, ramai juga orang kita di kampung-kampung yang meninggal dengan tiba-tiba sahaja. Kita istilahkan sebagai mati mengejut. Mungkin mereka meninggal kerana sakit jantung. Cumanya kepakaran perubatan belum diperolehi pada masa tersebut. Maka mati mengejut adalah jawapannya.

Apakah simpton sakit jantung?. Adakah ia bermula dengan sakit dada ataupun sesak nafas atau yang seerti dengannya?. Kawan saya rasa pening bila bangun tidur dan muntah. Bila dibawa ke hospital, dia disahkan sakit jantung. Kawan anda bagaimana pula tanda-tandanya?.

Monday, December 10, 2007

LAJU BUAIKU OFISKU LAJU



BERDASARKAN fakta di atas, sambungan Internet di ofis teramatlah lajunya. Tidak disangka-sangka sebenarnya. 7.8Mbps muatnaik dan 21.2Mbps muatturun adalah satu angka yang magik. Ia laju. Memang laju. Jika fakta ini benar dan tidak menipu, maknanya selama ini ia perlahan adalah kerana perasaan sebenarnya. Kita perasan dan berperasaan ia tidak laju. Sebenarnya ia memang laju. Betulkah begitu?.

TAMAN JEPUN


Taman di Dalam Laman Lapanganterbang Okinawa
[Petikan tangkap ingat daripada buku Travelog Jepun]

NEGARA Jepun dihuni oleh lebih daripada 120 juta penduduk. Kawasan lapang amat terhad. Walau bagaimanapun kita boleh temui di mana-mana sahaja taman di Jepun. Sekiranya ada kawasan lapang, di situ akan ada taman Jepun. Taman-taman ini boleh dilihat di beranda rumah, hotel, lapangan terbang, pejabat atau di mana-mana sahaja.

Taman Jepun menggambarkan alam semesta. Namun ia bukanlah replika sebuah dunia. Kesemuanya penuh makna. Batu melambangkan gunung ganang. Pokok mewakili hutan rimba. Kolam melambangkan tasik. Kesemua unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan membentuk sumber alam semesta yang harmoni.

Sunday, December 09, 2007

JALUR LEBAR DI MALAYA


KINI saya adalah pengguna jalur lebar tanpa wayar Maxis. Apa boleh buat, hanya itu sahaja pilihan yang ada di rumah saya dalam kawasan eKL ini. Kawasan ini adalah kawasan super bagi Maxis Broadband dan dijamin dapat kelajuan 2MB. Wah seronoknya!. Bagi Jalur lebar Jaring, saya dapat hanya 5% perkhidmatan (hijau) dan yang selebihnya merah. Bagi TM Streamyx, yilek! tak ada signal langsung.

Namun hakikatnya kelajuan yang diperolehi hanyalah seperti dalam gambarajah. Ia ity 35k & 77K bagi muatnaik dan muatturun masing-masing. Ia adalah 10% daripada apa yang dibayar (3.5MB). Inilah hakikatnya di Malaya kita. Jika dulu saya terpaksa buat kerja di rumah jika inginkan Internet yang lebih laju dan stabil, maka kini tiada lagi. Sebabnya di pejabat ia adalah lebih teruk lagi keadaannya.

Dengar kawan-kawan dapat sehingga 400MB di negara mereka, memang tidak dapat dibayangkan langsung!. Malaya oh Malaya.

Saturday, December 08, 2007

PINDAH RUMAH: TIADA INTERNET

SUDAH seminggu pindah rumah baru dan di sini tiada telefon, tiada Internet. Hmmmm kawasan MSC dan eKL lagi...

Saya ke TM Points minta pindahkan telefon dan Streamyx dari rumah lama ke rumah baru. Ambil nombor, isi borang dan tunggu dan diberitahu jalan rumah saya tiada Streamyx. Jalan depan ada, jalan belakang ada. Pelik. Walau bagaimanapun telefon bolehlah pindah. Nanti pihak teknikal kami siasat, mengapa jalan ini tidak ada Streamyx. Ada atau tidak saya tetap akan hubungi encik semula.

Haprak sungguh, seminggu tunggu tidak ada call tidak ada apa. Telefon 100 dia kata TM Points masih belum released order. Pergi TM Points semula, dia kata memang tidak ada telefon pun, jangankan Streamyx. Dia cadangkan potong saja line kat rumah lama dan balik.

Kirim pesanan ini kepada CEO TM dan masih belum terima perkhabaran. Call pengurus TM dan janji akan siasat dan masih tinggal janji.

Contact GM Maxis dan "kami boleh beri full servis kat rumah tuan. Sila maklum kepada saya jika mahu".

Ni nak pergi ke PC Fair untuk daftar Maxis Broadband for famili.

p.s Sekarang guna Jaring Broadband yang 95% daripada masanya tidak ada coverage.

Saturday, December 01, 2007

TANDAS HOTEL TADAS KITA

KHABARNYA kerajaan kita akan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap hotel mempunyai paip air dalam tandasnya untuk membolehkan orang Islam bersuci. Tindakan ini [akan] dibuat setelah menerima rungutan daripada pelancong ISlam dari negara-negara Arab yang hairan, mengapa Malaysia negara Islam yang tandas hotel berbintang-bintangnya tidak mempunyai paip air untuk bersuci dan membersih diri. Walhal hotel-hotel di Jepun, Korea dan Singapura mempunyai paip air.

Apakah maksudnya daripada kennyataan di atas?.

1. Kita akan dengar jika rungutan datangnya daripada orang luar
2. Negara asing akan berbuat apa sahaja untuk kepentingan busines
3. Hotel asing akan dibina bulat-bulat ikut spesifikasi asing di negara kita, dan kita takut untuk meminta mereka mengubahnya
4. Hotel asing akan bina hotel mereka mengikut spesidikasi negara(dalam kes Jepun, Korea, Singapura) dan Hilton masih tetap Hiltin juga ...
5. Kita lebih jaga spesifikasi hotel asing berbanding keperluan penghuninya
6.
7.

* Nanti bila pelancong asing buat rungutan, mengapa hotel sepuluh bintang dalam negara Islam Malaysia menjual arak dalam premis Halal mereka, sudah pastinya kita akan gabrah. Sebabnya? Kita tidak ikut spesidikasi Islam.


[NOTA]: Saya baru balik dari Jepun dan tidak ada masalah nak basuh berak sebab jamban mereka disediakan dengan alat pembasuh berak dan kencing walaupun tidak ada paip. Airpun tidak meleleh dan tepercik merata-rata.

Tuesday, November 27, 2007

HUJAN LAGI

Okinawa dilanda hujan lagi
ada khabar taufan akan melanda
semoga penerbangan tidak tergendala

semalam sesi meronda
jumpa kawan lama
ketemu kordinator
makan malam di shukudo

semalam juga ada acara
homestay menutup tabir

hari ini akan ke tokyo
ketemu para pelajar
yang bersekali datang sekapal

Monday, November 26, 2007

OKINAWA

hari ini hujan renyai renyai
okinawa di landa hujan.
program hari ini.
jalan-jalan
dan
ke oic utk sesi foto
dan
homestay party



kans

klia chubu oki

penerbangan malaysia daripada klia terlewat tiga jam. penerbangan sebelas empat puluh lima hanya berlepas jam tiga pagi. akibatnya semua jadual yang telah diatur oleh gifu world youth GWY tergendala. kami tiba di dewan persidangan setelah semua acara selesai. yang menunggu ialah keluarga angkat untuk menemui dan mengambil anak angkat mereka dan makan tengahari dihidangkan

selesai acara utama kami para kordinator ke hotel APA untuk membersih diri, solat dan jalan jalan. hajat hati nak tengok tugu peringatan HAIKU dan Basho. Hari dah gelap. Saya ke Nagoya untuk makan malam dan seterusnya menaiki train ke nagoya airport. Bermalam di airport lebih selamat berbanding di gifu. sebabnya perjalanan ke airport mengambil masa dua jam sedangkan penerbangan ke oki ialah jam lapan pagi.

tiba di oki jam sepuluh empat puluh dan terus ke hotel tamaki. check in tetapi hanya dapat masuk hotel jam tiga petang. So jalan jalan dulu keliling kokusai dori menanti waktu . sakit kepala. sakit kaki. jam dua diberikan checkin dan terus zzzzzzzzv.

surprise. surprise. surprise. budak budak students tunggu di airport jam lima sedangkan tuan punya diri sudah lama zzzzzz. siapa surprisekan siapa ....

terima kasih halela kerana datang ziarah

KUL-CHUBU-OKI

ペ根r版ガンまぁy氏ぁダリパダkリア手rぇ和t瀬ラマ地がじゃm

Friday, November 23, 2007

TRAVELOG JEPUN II



INSYAALLAH Travelog Jepun II akan bermula pada malam ini.
Kami (sekumpulan 28 orang pelajar dan kordinator) akan berlepas daripada KLIA menuju Nagoya. Dari Nagoya kami akan menuju ke daerah Gifu bagi menyertai sambutan ulangtahun ke-20 Gifu World Youth (GWY). Gifu adalah tempat di mana Matsuo Basho seorang pengasas Haiku (sajak Jepun) menghasilkan karya-karya agungnya.

Para pelajar akan diserahkan kepada keluarga angkat mereka di Gifu. Saya akan bermalam di Gifu sementara menunggu penerbangan ke Okinawa pada pagi-pagi keesokan harinya. Di Okinawa saya akan bermalam di tempat yang telah disediakan oleh JICA untuk membuat sedikit penyelidikan mengenai Travelog Jepun.

Saya akan menemui semula para pelajar ini di Tokyo sebelum sama-sama berlepas pulang ke Malaysia. Di Tokyo saya dijangka akan bertemu dengan beberapa orang kawan yang merupakan guru-guru yang telah mengajar saya lama dahulu. Juga kawan baru yang baru dikenali.

* Barangkali blog tidak dapat dikemaskini dan bergantung kepada kebolehcapaian kepada Internet di sana.

Thursday, November 22, 2007

PENYAPU KERAMAT



Inilah wajah penyapu keramat
yang menjadi perbualan hangat
pemberi sorang MB
penerima seorang presiden PBT
kata orang
MB tak boleh beri penyapu kerana PBT
bawah kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri
Penyapu, jika nak beri juga Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, bukan MB
MB jaga negeri saja
pusat perlu kasi tutup
penyapu itu mengaibkan penerima
penyapu diberi sebab prestasi 2006 tak capai
tahap minima
tapi prestasi 2007 dah lebih
tak patut
tak patut
(ayam) tak patuk

lepas ini tentu ada arca penyapu gergasi di mana-mana
tidakpun
penyapu terbesar di dunia

lepas ini
sama-sama kita tengok
apa jadi kepada pemberi
apa jadi kepada penerima
apa jadi kepada penyapu.

penyapu keramat

Wednesday, November 21, 2007

ANTOLOGI HAIKU 2006




INI adalah rupa buku Antologi Haiku 2006 yang diminta oleh Haijin mempromosikannya. Cantik kulitnya. Menarik foto landskapnya. Isinya saya tidak boleh beri ulasan sebab belum baca.

LABUAN



SAYA di Labuan beberapa hari, sebab itu blog tidak dikemaskini.

Friday, November 16, 2007

PULAU BATU PUTIH - MANA DOA NEGARA?



MEMBACA hujah-hujah tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih, kecut juga perut dibuatnya. Bersungguh benar depa berusaha untuk mendapatkannya. Hujah dari Malaysia pula entahlah boleh makan ataupun tidak.

Adakah pemilikan pulau sebesar padang bola ini penting kepada Malaysia?. Jika tidak penting mengapa sanggup pergi mahkamah antarabangsa?. Jika penting, sepenting mana?. Mana lebih penting di antara program angkasawan ataupun hak pemilikan Batu Putih?.

Jika kita masih ingat, seluruh negara berdoa untuk kejayaan program angkasawan kita. Seluruh negara buat sembahyang hajat. Mengapa kita tidak buat hadhari perkara yang sama terhadap Pulau Batu Putih?. Barangkali program angkasawan tidak ada siapa yang boleh tolong lagi sebab sudah tidak ada graviti, maka kita bergantung dan berdoalah kepada Allah. Barangkali Pulau Batu Putih ada 16 orang hakim yang boleh menentukannya. Ia adalah urusan manusia. Maka kita tidak perlu berdoa lagi? Masyaallah.

Patutnya kita perlu berdoa juga .... setiap masa, setiap perkara.

Thursday, November 15, 2007

FOTO TAHUNAN TERBAIK



INI adalah tanda kesetiaan.
Ini adalah tanda kebanggaan
Ahli myJICA ini naik gajahpun masih megah dengan logo mereka.

Wednesday, November 14, 2007

BERITA BAIK BUAT FU-YOH!

DiGi telah memohon untuk membeli spektrum 3G TimeDotCom. Ia merupakan berita baik bagi semua pengguna setia DiGi yang ditinggalkan oleh Celcom dan Maxis bagi perkhidmatan 3G.

Monday, November 12, 2007

PINDAH RUMAH - BELANJA BESAR


Ini sketch landscape rumah saya (kononnya)



DULU saya tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebabnya saya dan isteri bekerja di KL. Kini saya tinggal di Selangor, sebabnya saya dan isteri bekerja di WP Putrajaya. Mengikut jangkaannya hujung bulan ini kami sekeluarga akan berpindah rumah. Ia itu ke Puncak Mutiara.

Walaupun ini bukanlah kali pertama berpindah rumah, namun puncak mutiara seakan-akan rumah kami yang pertama. Maklumlah, rumah dahulu dibeli dari tuan rumah setelah menyewa di situ. Tiada proses pindah rumah berlaku. Rumah kini pula siap dibina semasa kami berada di luar negara. Kesemua urusan rumah baru seperti ambil kunci, bayar deposit itu ini, pasang gril dan sebagainya diuruskan oleh adik ipar yang menjadi penghuni pertama rumah tersebut. Kini... puncak mutiara adalah bagaikan anak kami yang pertama... Segala urusan bagaikan pertama kali dilakukan...

Rupa-rupanya kos berpindah ke rumah baru amatlah mahal sekali. Kos perlatan dan perkhidmatan yang diperlukan seperti jeriji, lampu, siling, kabinet dapur, kipas, aircond, perabot, landscape dll. dll boleh dikatakan sepertiga daripada harga rumah.

--> Sekarang saya tengah pening fikirkan pasal landscape. Jika gunakan khidmat arkitek landscape, RM12 ribu terbang. Jika beli dan buat sendiri, barangkali setengah sahaja daripada kos tersebut. Namun consultant ini tawarkan warranty untuk gantikan semua pokok jika ia mati ataupun tidak disukai. Shopping di Sungai Buluh semalam tudak banyak membantu sebab harga yang ditawarkan oleh consultant pokok demi pokok juga tidak mahal sangat berbanding dengan Sungai Buluh!. Anda ada idea?.

Sunday, November 11, 2007

SALMA - ANAK PATUNG BERTUDUNG



HARI ini 11.11.07 anak patung bertudung atau Muslimah Dolls dilancarkan bersempena dengan ulangtahun kelahiran pengasasnya Lynn dari Kobe. Tahniah Lynn.

Biasanya, dulu-dulu anak patung memang memakai pakaian barat atau pakaian moden. Nak cari yang pakai kebaya atau baju kurung adalah tidak mungkin rasanya. Kemudian muncul pula anak patung yang lagi ekslusif, di bawa h jenama Barbie. Itu lagilah parah poket mak bapak untuk melayan kehendak anak-anak perempuan mereka (anak lelaki main ke patung?)

Kini sudah ada Muslimah Dolls dan anda boleh lihat dan beli di sini:

www.muslimahdolls.com


Selamat mencuba

Friday, November 09, 2007

TRAVELOG JEPUN

Entri ini saya petik daripada UNIKA yang mana mel asalnya saya yang tulis kepada Puan Sifu.



Surat Pilihan: Bagaimana Tuan MBA Mendapatkan Sponsor Projek Travelog

Assalamualaikum wrk Puan Sifu-san!

Semoga puan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa gigih dalam perjuangan Bahasa Melayu dan visi memandaikan bangsa. Semoga bangsa kita tidak akan menjadi bangsa angkasa.

Pertama-tamanya saya memohon ampun-maaf kerana sudah agak lama tidak menyerahkan kerja rumah buku Travelog Jepun. Walau bagaimanapun buku Kerjaya Dalam Bidang ICT sedang diedit oleh PTS PROFESSIONAL dan Strategi Blue Ocean tinggal lagi dua bab.

Berkenaan dengan buku Travelog Jepun ini, insyaallah saya akan siapkan pada tahun ini juga.

Saya maklumkan kepada JICA bahawasanya saya sedang menulis Travelog Jepun dan kebanyakannya berkaitan dengan Okinawa. Saya mohon untuk ke Okinawa. JICA meminta sinopsis buku saya, tujuan, sasaran pembaca dan sebagainya.

Hasilnya pihak JICA telah mengaturkan lawatan saya ke Okinawa. Mereka menyediakan penginapan, makanan dan juga kemudahan jika saya ingin menemuramah sesiapa di OKinawa bagi bahan buku saya.

Pegawai JICA tersebut berkata, dia akan pastikan bahawa dia adalah pembeli buku saya yang pertama!

Saya akan ke Jepun dari 23-29 November. Sepanjang di Okinawa nanti, saya akan mengambil gambar-gambar yang dikira sesuai dengan jalan cerita buku Travelog Jepun tersebut dan akan berbual-bual dengan orang-orang Jepun yang saya temui untuk menokok tambah isi buku tersebut.

Moga-moga segalanya dipermudahkan.

MBA

Thursday, November 08, 2007

PINDAH RUMAH - 1001 PERKARA

JIKA semua perkara selesai, saya akan berpindah ke rumah baharu pada awal bulan hadapan. Dalam blok rumah saya, hanya kami sekeluarga sahaja yang masih belum berpindah. Jiran-jiran yang lain berpindah sebelum hari raya lagi, sedangkan saya hanya mendapat kunci dua minggu selepas hari raya. Ya baru dua minggu mendapat kunci dan rumah saya masih lagi belum dppasang jeriji. Masih belum berlampu & kipas. Masih belum mempunyai kabinet dapur. Mudah-mudahan semuanya boleh disiapkan dengan cepat dan kami boleh menyambut hari raya haji di rumah baru.

Mengapa kami lambat mendapat kunci rumah?. Semua penghuni lain mendapat pinjaman bank dan kami pinjaman kerajaan. Orang kata bank cepat bayar dan kerajaan lambat bayar. Walau bagaimanapun Ketua Setiuasaha Negara (KSN) sudah lama memberi arahan supaya semua jenis bayaran hendaklah diselesaikan dalam tempoh maksima 14 hari daripada tarikh invois diterima. Bahagian Pinjaman Perumahan tidak terkecuali. Namun pemaju kata mereka terima bayaran lebih dua bulan lewat dan akibatnya saya dikenakan interest. Saya berkeras tidak mahu bayar interest ini kerana ia bukan salah saya dan tidak adil jika saya dikenakan interest. Lagi pula interest @ bunga itu kan haram? Apa yang patut saya buat?. Perlukah saya tulis e-mel kepada KSN memaklumkan mengenai perkara kelewatan pembayaran oleh agensi kerajaan yang mengakibatkan kakitangan kerajaan menjadi mangsa bayaran bunga ini?.

Saya telah menulis surat merayu supaya interest ini tidak dikenakan. Pemaju buat dono sahaja. Saya sudah berjumpa (kebetulan) dengan bekas penasihat undang-undang bahagian pinjaman perumahan dan dia kata, pemaju tidak sepatutnya mengenakan interest kerana persefahaman sudah diadakan di antara Treasury dengan REIDA (Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia). Saya ke pejabat pemaju untuk meminta kunci setelah semua bayaran dilangsaikan oleh Treasury. Mereka minta duit interest. Saya tak mahu bayar. Mereka tidak mahu beri kunci. Akhirnya oleh kerana saya hendak juga kunci, maka saya sanggup bayar interest tetapi saya kata "ini bukan bayaran interest, tetapi bayaran untuk dapatkan kunci sahaja dan perkara ini tidak selesai di sini. Saya tetap akan tetap membuat tuntutan. Saya akan bawa kes ini ke mana sahaja. Jika saya gagal di dunia ini, saya tidak redha duit saya ini dan saya tetap akan tuntut di akhirat kelak". Pegawai pemaju tersebut yang berbangsa Melayu dan berugama Islam agak terkejut dan berkata "Encik seorang sahaja macam ini, orang lain semua bayar interest. OK lah saya beri diskaun 50%". Saya jawab "saya bukan tidak ada duit sangat untuk minta diskaun, 200% pun saya sanggup bayar, tetapi saya tidak boleh terima bayaran interest ini walaupun 1%. Ini prinsip saya".

Dipendekkan cerita, kami dapatlah kunci tersebut dan mereka menolak bayaran yang perlu dibayar. Walau bagaimanapun kes ini belum ditutup lagi. Itulah ceritanya yang menyebabkan orang lain beraya puasa di rumah baru dan kami hanya boleh target raya haji di rumah baru.

* Banyak lagi entri pindah rumah baru ini saya akan tulis di lain kali. Sesiapa yang mempunyai tips pindah rumah baru, bolehlah berkongsi...

Tuesday, November 06, 2007

BANGSA ANGKASA

WARTA hari ini heboh pasai mengangkasakan bangsa. Apa itu mengangkasakan bangsa?. Bangsa di angkasa?. Bangsa menjadi angkasa?. atau bangsa angkasa?. Entahlah. Apakah itu ANGKASA?. Ia adalah ANGKA + KASA. Angka ialah nombor-nombor dan kasa ialah kuat. Perkasa maknanya kuat. Kain kasa maknanya kain kuat (kain kasar yang dibuat pembalut luka). JAdi apa jadi dengan nombor-nombor kuat ini?.

Bangsa angkasa itu apa pula?. Barangkali bangsa yang tidak perpijak pada bumi. Bangsa yang tidak ada tanah (dan air). Bangsa yang jalannya perlahan-lahan sekali. Bangsa yang tidak ada arah tuju. Sebabnya di angkasa manusia berjalan perlahan sebab tidak ada tarikan graviti. Tidak ada paksi.

Itulah bangsa angkasa!.

KEK LAPIS SARAWAK



Saya di Bumi Kenyalang
Makan mee sanggul
Cari kek lapis.

Saturday, November 03, 2007

TRAVELOG HAJI



SEMENJAK menemui blog Prof. MKI, boleh dikatakan setiap hari saya mengunjunginya, mengikuti perkembangannya. Hasrat untuk mengadiri majlis buku beliau tidak terlaksana kerana pada tarikh dan masa yang sama ada mesyuarat lain di pejabat. Banyak kedai yang saya pergi untuk mencari buku ini, namun hampa. Akhirnya setelah pulang cuti hari raya, 20 Oktober saya bank-in duit dan mel kepada MKI. Lama juga menunggu, akhirnya saya SMS dan akhirnya 2 buah buku tersebut saya pergi ambil di Pos yang tidak berapa Laju Bangi. Sebuah dihadiahkan kepada bos @ sahabat yang akan naik haji tidak lama lagi dan sebuah untuk dibaca.

Sudah banyak entri mengenai buku ini yang saya baca. Ada yang sebak. Ada yang menangis dan macam-macam lagi. Saya hanya mengambil masa semalam sahaja untuk menghabiskan pembacaannya. Diringkaskan cerita, buku ini sangat menarik. Sangat informatif. Perlu dijadikan teks wajib untuk bakal jemaah. Perlu dibaca oleh semua. Seperti mana entri orang lain yang terdahulu, memang ditemui bab-bab yang boleh bergenang air mata, sebak, suspen dan sebagainya. Hati juga tertanya-tanya luluskah aku untuk ke sana?. Bila lagi kad jemputan untuk saya akan diterima?. Macam-macam. Pengalaman dan pertimbangan yang dicatatkan hamnpir sama dengan yang difikir dan dialami oleh ramai orang. Siapa nak jaga anak sepanjang tempoh haji memang memeningkan. Apatah lagi jika anak-anak masih kecil. Selain daripada kad jemputan yang masih ditunggu, persediaan, persediaan dan persediaan juga tidak kurang pentingnya.

Bacalah ....