Labels

Sunday, May 20, 2007

SAKIT KEPALA (LAGI)

KLIK SINI


SAYA sedang sakit kepala yang amat sekarang. Ramai orang kata saya banyak sangat guna komputer. Sebab itu saya sakit kepala. Saya sudah cuba untuk tidak guna komputer buat beberapa ketika. Namun apabila tiba masanya, saya sakit kepala juga. Oleh itu saya tidak terpengaruh dengan anggapan bahawa banyak guna komputer aalah penyebab kepada sakit kepala. Lainlah jika anda boleh berikan saya fakta dari kajian pakar dan yang seerti dengannya.

ADA juga yang kata saya tension, sebab itu saya sakit kepala. Saya juga meneliti dan mengkaji bila ketika dan masanya saya sakit kepala.
-Adakah selepas kena marah oleh (bos, isteri, rakan samseng jalanan dll).
-Adakah ketika saya lapar @ tak sempat sarapan atau makan
-Adakah ketika cuaca panas
-Adakah ketika saya memang tension giler.

NAMUN ada ketikanya saya sakit kepala sebaik sahaja saya bangkit dari tidur di pagi hari. Tension jenis apa itu?. Barangkali juga semasa tidur saya telah bermimpi dikejar harimau dan saya lari dan lari dan berasa takut yang amat menyebabkan saya tension dan sakit kepala? Saya ni orang yang jenis tidak ingat akan mimpi yang berlaku malam tadi. Jarang sangat yang saya ingat. Adakah saya ini normal?

SAYA sudah:
-Jumpa doktor GP (general practisioner): Dia beri ubat panadol, kemudioan ponstan dan kemudian entah apa nama ubat itu. Jalan kejap, kini tidak lagi. Dia juga bagi minyak sapu untuk diurut.
-Jumpa doktor pakar. Saya telah buat ultrasound, ct-scan dan beberapa ujian lagi.
-Bekam darah & bekam angin
-Urut reflexologi, urut badan, urut belakang, urut bahu & kepala
-Minum air akar kayu.

Semua yang di atas saya dah buat, tapi masih datang lagi sakit ini. Yang saya belum buat lagi yang disyorkan oleh rakan ialah mandi ais dan akupuntur.

BERSENAM?. YA saya memang jarang bersenam, cuma sekali sekala bila ada masa yang sesuai dan ada mood.

p.s Adakah kanak-kanak juga sakit kepala?. Sebabnya saya tidak ingat, adakah saya sakit kepala semasa saya masih kanak-kanak. Rasanya tidak. Namun anak bongsu saya yang darjah 1 pernah komplen katanya sakit kepala. Tak tahulah samada ianya alasan atau memang benar. Saya dah bawa dia jumpa doktor dan dr. kata kanak-kanak juga boleh diserang sakit kepala. Waduh waduh waduh sakit deh.

p.s 2: Dah habis baca ni, tolonglah jawab survey di sebelah kanan tu ya!. TERIMA KASIH.

Saturday, May 19, 2007

Advertlets Review!

KLIK SINI



SAYA telah menulis blog semenjak tahun Ogos 2002. Maknanya sudah hampir 5 tahun. Mula-mula jarang-jarang menulis, kemudiannya sehari satu entri.
Apa yang saya dapat?.
Tidak dapat apa-apa.
Adakah saya seronok menulis?.
Kadang-kadang saya kena marah, kena ugut. Kecut!.

Blog sudah banyak berubah, begitu juga dengan blogger. Ada blogger yang sudah dapat duit hasil menulis dalam blog. Sayapun nak mencuba juga, tapi siapa yang nak bagi?. Kebanyakan pengiklan adalah dari Barat dan biasanya mereka tidak layan blogger yang menulis dalam bahasa Melayu. Saya tidak mahu susahkan diri sendiri menulis dalam bahasa Inggeris (lebih baik saya menulis dalam bahasa Jepun!. Tapi takut tidak ada yang akan baca. Ha ha ha).

Kini sudah ada pengiklan dari Malaysia. Syarikat Malaysia yang memahami Malaysia. Faham Asia. Advertlet.com.

Advertlet.com memberi peluang kepada pembaca, kepada blogger dan juga kepada pengiklan untuk mengambil bahagian dalam urusniaga mereka (bukan skim cepat kaya). Malahan Advertlet.com memberikan RM15,000 kepada 300 blogger sebagai imbuhan.

Jika anda blogger cubalah Advertlet.com

Jika anda pembaca, cubalah sertai survey kita di sebelah atas kanan ni.


Malaysia Boleh! Majulah Bloggers Untuk Negara!

Friday, May 18, 2007

MERDEKA DI PUNCAK FUJIYAMA

SEMPENA ulangtahun ke-50 Persahabatan Jepun-Malaysia 2007, myJICA akan mengadakan satu ekspedisi mendaki gunung Fuji pada hari merdeka. Semua dijemput turut serta. 28 Ogos - 2 Sept


Aturcara:

28/8 (Selasa): .

11:30pm Berlepas dari KLIA
29/8 (Rabu) . :

7:00am: Tiba di Narita
Bertolak ke Tokyo
Check-in hotel
Acara bebas di Tokyo

30/8 (Khamis) .
7:00am Check-out hotel
Bertolak ke Shinjuku
11:30am Tiba di Stesen 5 Fuji
12:30 PM Mula Mendaki
8:00pm: Tiba di stesen 8
11:00pm: Mendaki

31/8 (Jumaat) .

4:00am Tiba di Puncak
5:30am Turun
9:30am Tiba di Stesen 5
1:00pm Meninggalkan Fuji
Check-in hotel

1/9 (Sabtu) . .

Acara Bebas

2/9 (Ahad) .
8:00am: Check-out dan ke Narita
11:30am Berlepas Pulang

Kos: RM2995
Sila hubungi En. Azhar 019-2739390 untuk tempahan dan pertanyaan.


* Kos meliputi tambang kapalterbang, cukai lapangan terbang, insuran perjalanan, pengangkutan di Jepun dan Penginapan di Jepun (twin-sharing)

Thursday, May 17, 2007

JAM MELAYU


“Di Malaysia saya dengar ada istilah Jam Melayu. Boleh saudara terangkan kepada kami?”. Tiba-tiba sahaja Yamamoto meminta saya memberi penerangan mengenai apa yang dikatanya sebagai ”Jam Melayu”.

”Jam Melayu atau janji Melayu adalah satu peribahasa yang memberi makna seseorang yang berjanji, tetapi selalu datang lewat daripada waktu yang dijanjikannya”. Saya cuba memberikan penjelasan yang diminta.

”Di Indonesia ada jam karat sensei. Ia lebih hebat daripada jam Melayu”. Atas memberikan penjelasan yang tanpa diminta.

”Ha ha ha. Barangkali kerana karatnya yang tebal menyebabkan jarum jamnya lagi lambat bergerak. Sebab itulah janjinya semakin terlewat”. Gelak Yamamoto.

"kami tidak menggunakan jam untuk menentukan waktu. Kami gunakan matahari. Temujanji kami buat samada lepas Asar, lepas Isya dan sebagainya. Jika kami lewatpun ia tidak akan melampaui waktu sembahyang yang lagi satu. Kami tidak pernah mungkir janji. Lewat itu biasalah". Abdallah dari Saudi mencelah.

petikan dari buku MBA yang sedang ditulis.

Ingatkan peristiwa tersebut yang berlaku 20 tahun lalu tidak lagi diamalkan kini. Namun nampaknya ia akan menjadi dulu, kini dan selamanya.

Jika agensi terulung di Malayapun buat kerja macam itu, macamana pula nak suruh agensi tercirik lakukan yang betul?. Atau orang besar buat semuaq betul, orang kecil buat semua salah?.

Wednesday, May 16, 2007

NAK PAKAI APA?

BARANGKALI sebahagian besar daripada kita cukup particular mengenai pakaian. Ia itu memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

BIASANYA kita orang Melayu, tidak akan menetapkan sebarang pakaian untuk dipakai apabila membuat jemputan ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, doa selamat, tahlil, baca Yassin atau yang bersamaan dengannya. Walau bagaimanapun biasanya orang kita telah arif menganai pakaian ke majlis sebegini. Bila masa nak pakai songkok. Bila ketika nak berketayap, bila pulak nak pakai kain pulikat dan seterusnya.

NAMUN bila dijemput ke majlis rasmi yang tidak rasmi, ini yang akan menimbulkan masalah bila yang menjemput tidak menetapkan etika pakaian. Katakan majlis jamuan makan. Jika rasmi nak pakai apa. Jika tak rasmi nak pakai macamana. Jika tidak tahu rasmi atau tidak rasmi pula bagaimana?. Jika ia sudah termaktub dalam kad atau surat jemputan senanglah. Tapi biasanya orang kita yang menjemput buat tak kisah saja pasal perkara ini. Lagi sulit apabila ada orang asing yang dijemput sama dan meminta advice kita.



p.s Nak pergi diner ni ..... :)

Tuesday, May 15, 2007

KJ-METHOD

ANDA mahu jadi seorang penulis?.
Anda mahu selesaikan kerja tanpa tertangguh?.
Anda mahu tahu salah satu teknik orang Jepun mengurus Kualiti?


Anda boleh datang & daftar ke kursus percuma KJ-Method. KJ-Method diasaskan oleh Jiro Kawakita. Ia adalah telah menjadi satu daripada 'Seven Management (New) tools' dalam pengurusan kualiti Jepun moden.

Jom daftar, datang kursus dan kita berjumpa dinung





The KJ-Method is fundamentally similar to the Snowball Technique. Introduced by the Japanese, it has become one of the ‘Seven management (New) tools’ of modern Japanese quality management and uses values of Buddhism intended as structured meditation.

The Basic Cycle, similar to mind-mapping, except it uses nested clusters rather than a tree structure

1. Card making: all relevant facts and information are written on individual cards and collated (Post-its would do). In a group-work version, this step could be adapted to use BrainStorming or Constrained Brainwriting, to generate a supply of ideas on cards. The KJ-Method tends to place emphasis on the ideas being relevant, verifiable and important.
2. Grouping and naming: The cards are shuffled, spread out and read carefully. Cards that look as though they belong together should be grouped, ignoring any ‘oddities’. For each group write an apt title and place it on top of its group of cards. Repeat the group making, using new titles and any ‘oddities’ to create higher-level groups. If you have more than about 10 groups, repeat this iterative process at yet higher levels.
3. Redistribution: At this stage in the group-work version, the cards are collected and reallocated in order than no one is given their own cards. One card is read out, and all contributors look through the cards in their own ‘hand’ of cards, and find any that seem to go with the one read out, so building a ‘group’. A name is selected for the set that clearly portrays the contents of the cards in the set, but is neither too broad nor a simple aggregation of the cards in the group
4. Chart making: Now that you have less than 10 groups, some of which may contain sub-groups, sub-sub-groups, etc arrange them carefully on a large sheet of paper in a spatial pattern that helps you to appreciate the overall picture.
5. Explanation: Now try to express what the chart means to you, writing notes as you go and being careful to differentiate personal interpretations from the facts contained in the chart. Ideas for the solution are often developed whilst explaining the structure of the problem.

Multiple Cycles, The basic cycle can be used to build up a problem-solving method through repetition.

A simple two-cycle version will do it once for problem definition and once for problem solution.

A more complex six cycle version will do it for:

1. Problem identification
2. Defining the circumstances
3. Diagnosis and problem-formulation
4. Solutions and working hypotheses
5. Activation of solutions
6. Programmed application of solutions.

Monday, May 14, 2007

MENGAPA PROJEK LAMBAT?


DI NEGARA kita yang tercinta ini. Acap kali projek-projek dijalankan untuk menyusahkan banyak orang di samping menyenangkan beberapa orang sahaja.

Ambil contoh mudah. Korek jalan untuk buat culvert (orang kampung panggil kalbod). Orang kampung boleh buat perkara ini paling lama seminggu. Tetapi kontraktor berwibawa yang dipilih oleh kerajaan kita memerlukan masa selama 60 hari. Mengapa begitu?.



Hari pertama korek jalan. Selesai.
Hari ke-30, hantar culvert.
Hari ke-31 hingga ke-45: tidak ada aktiviti.
Hari ke 46: Belum tentu lagi (esok ialah hari ke-46)

Mengapa begitu?. Jawapannya iyang pasti ialah semua dan keseluruhan penduduk tidak boleh gunakan jalan yang telah dikorek dan dibiarkan begitu sahaja.



Mengapa begitu?. Itu adalah hakikat. Memang dah begitu. Nak buat macamana?.
Barangkali ....

Kontraknya memang 60 hari.
Korek lubang dibayar 30%
Hantar culvert dibayar 30%
Cabut lari dan biarkan ia terbengkali, dah balik modal dan untung.
buat apa kerja lagi?.

atau barangkali ....
kontrak memang 60 hari.
korek lubang tanda jadi
dapat duit baru order culvert
hantar culvert. tunggu duit
dapat duit (belum dapat lagi ni) cari pekerja
sementara semua dapat
biarkanlah jalan begitu
bukan salah, baru 45 hari.

Inilah sistem kita
nak repot pada siapa?.

Sunday, May 13, 2007

(ISLAM) YANG MACAMANA?

DULU kita hanya ada satu sahaja Bank Islam
Begitu juga dengan Takaful Islam.
Kini dan lebih dari satu, dalam dan luar negara.
Dulu Takaful Islam A kata Takaful Islam B tidak betul.
Sebab Takaful Islam B pakai agen. Takaful Islam mana boleh ada agen. Mana boleh beri komisyen pada agen.

KINI Bank Islam B kata Bank ISlam A tak betul.
Mana boleh buat pinjaman peribadi tapi akad beli mesin taip.
Mesin taip itu tidak wujud. Akad tidak sah.
Bila beri pinjaman rumah. Akad jual beli tertangguh. Rumah belum bina. Mana boleh jual rumah belum wujud.

Itu kata Bank A kepada Bank B. Kata Takaful B kepada Takaful A.
Yang mana satu betul?.


Pengalaman sendiri dengan yang ini memang PEDIH. PERIT.

Saturday, May 12, 2007

NAIK ? JANGAN GUNA

ASTRO naik harga.
pengguna membantah
persatuan pengguna berkempen
menteri kata "jangan tengok Astro"
di mana logiknya?.

Harga air naik.
menteri sama berkata
"berjimat guna air"
Amat menasabah

Kadar tol naik
menteri tol kata
"sapa-sapa jadi menteripun, tol musti naik punya"
(betul: sebab itu menteritol)

Cukai jalan turun
itu menteri bilang
rakyat jelata banyak senang
minyak naik tiap-tiap hari isi
roadtax turun satu tahun satu kali bayar.

Friday, May 11, 2007

TAN SRI SUZUKI





Tan Sri Kazumasa Suzuki, 74 tinggal di Malaysia semenjak 1968 apabila beliau dihantar ke Malaysia untuk bertugas dengan cawangan syarikat Jepun di Kuala Lumpur, Mitsui & Co. Limited.Beliu pengasas dan Presiden JACTIM (Dewan Perniagaan, Perdagangan dan Perindustrian Jepun di Malaysia).

Meninggal dunia Sabtu lepas akibat tumor kelenjar prostat selamat disemadikan di Tsukiji Honganji, Tokyo, kelmarin. Semasa upacara persemadian, cucu beliau telah membacakan surat dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah. Antara lain “Malaysia akan sentiasa mengenang beliau yang telah banyak menabur jasa sepanjang mengemudi beberapa syarikat Jepun dan memimpin Jactim di Malaysia. Suzuki yang merupakan sahabat rakyat Malaysia akan sentiasa diingati sebagai ahli perniagaan yang telah banyak membantu negara ini dalam bidang perindustrian.”

Thursday, May 10, 2007

HANYA ORANG SIBUK YANG ADA MASA

ADA kalanya kini saya terlalu sibuk.
Dulu saya percaya orang yang kata dia sibuk ialah kerana dia tidak tahu urus masa sendiri. Kini sudah kena atas batang hidung sendiri.

Namun saya rasa, semasa sibuklah kebanyakan manusia lebih produktif. Nah jika ada tidak berasa begitu, maknanya anda bukan manusia kebanyakan. Anda insan istimewa!.

Semasa sibuk saya lebih banyak dapat baca buku. Masa tidak sibuk biasanya tidak dapat, sebab janji-temu telah dirancang. Masa sibuk, saya banyak masa menunggu. Banyak masa mengejar-ngejar. Dalam masa menunggu dan mengejar ini ada kalanya saya boleh habiskan sebuah buku.

Sekarang saya ingin habiskan pembacaan sebuah buku semasa sibuk dari Kajang-Selayang-Putrajaya-KLIA-KT dan kembali.

Salam dari KT.

Wednesday, May 09, 2007

JALAN SENDAT

dek kerana hujan yang lebat
jalanpun menjadi sendat
aku korbankan diri
bertapa di ofis
menyiapkan tugas yang
tidak pernah habis
terperap di sini
lebih elok dari
terperangkap
dalam kereta
yang pendingin hawanya
tidak lagi bekerja
tidak sanggup aku
berkorban nyawa
demi mengejar
secubit ilmu
dunia

HUJAN LEBAT


hujan nan lebat
kita bersabung nyawa
cari rezeki


PERJALANAN dari rumah ke pejabat pagi ini amat menyiksakan. Jika silap pedal minyak dan brek, bisa saja mengundang nahas. Bahaya bah. Hujan terlalu lebat. Namun apakan daya, kita perlu juga ke kantor, sekadar untuk mencari setitis rejeki.

SOALAN DIJAWAB DENGAN SOALAN

BIASANYA apabila kita bertanya, adalahlah yang menjawab. Seorang kawan bertanya kepada sahabatnya, jawapan yang diterima bukanlah sebuah jawapan, tetapi satu soalan. Itulah jawapannya.


SOALAN: Adakah semua orang Jepun makan ikan mentah?



JAWAPAN: Adakah semua orang Melayu makan sambal belacan?.



Pemerhatian: Ikan mentah cicah sambal belacanpun sodap!

Tuesday, May 08, 2007

TOKYO TAHUN 1968

Kemalangan jalanraya berlaku pada setuap hari di Tokyo. Dalam seminggu, pernag seramai 286 orang meninggal dunia. Pemandu di sini memecut dengan laju dan potong memotong di jalan raya. Ia bagaikan perang trafik. Polis trafik terpaksa memburu penunggang kamekaze yang tidak pernah endah terhadap undang-undang. Kemalangan kian bertambah. Bagi pejalan kaki juga, berjalan di Tokyo adalah merbahaya. Nyawa tidak berharga di sini.

- Adaptasi dari Kumpulan Cerpen Malam di Ginza.

Barangkali penunggang kamekaze tersebut adalah lebih rendah sedikit tarafnya dengan Mat Rempit di Malaya pada waktu ini. Sebabnya kamekaze setakat tidak takut mati sahaja, sedangkan Mat Rempit habis balai polis diserangnya dan polispun mereka belasah (selain dari membelasah sesama sendiri).

Barangkali juga Tokyo 1968 adalah setaraf dengan Kuala Lumpur 2008 kot.

Monday, May 07, 2007

SIARAN TERTUNDA DARI PWTC

RAMAI daripada kenalan saya, khususnya yang ada kaitan dengan PTS membuat lintas langsung dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC yang telah diadakan dari 27 April sehingga 6 Mei, yakni semalam. Maka saya berhasrat nak buat siaran tertunda pula.

Kali pertama saya pergi bersama isteri pada hari Selasa 1 Mei. Tiba di PWTC sekitar 11 pagi. Nasib baik masih ada tempat letak kereta yang masih kosong di Hentian Bas di sebelah PWTC tu. Ia adalah tempat parking favourite saya. (Teringat semasa bekerja di bangunan PERKIM pada akhir tahun 1980an dulu. Ada seorang kawan yang setiap hari meletak keretanya di situ dan kemudian berjalan kaki ke bangunan PERKIM. Apabila ditanya mengapa tidak meletak kereta di sekitar bangunan PERKIM sahaja?. Beliau menjawab "Duit aku tak mahu bagi kepada Mamak. Lebih baik bagi kepada DBKL dan mereka boleh bayar gaji Fandi Ahmad untuk main bola dengan lebih baik". Ha ha ha beliau adalah peminat Fandi).

Memasuki pesta buku kali ini, masyaallah ramainya orang.... ramainya peminat buku!. Kami terus naik ke tingkat dua dan tiga. Saja jalan-jalan dan singgah di berai PTS. Ya gerai yang paling sibuk sekali sepanjang pesta buku ini. Memang ramai pengunjung di sini. Banyak wajah-wajah yang familiar di booth ini. Jumpa beberapa orang editor dan staf di sini. Tegur menegur. Bertukar senyum. Bersalam (lelaki). Yang saya tak tegur (bila bertembung) adalah yang saya tidak kenal. Bila ditegur "MBA". Saya jawab "ya" dan senyum. Tapi memang confirm saya tak kenal. (Jangan marah. Yang saya kenalpun tak mahu sebut nama, takut salah)

Ia adalah simpton biasa orang tua. Dulu saya juga muda. Saya kenal dan ingat hampir semua wajah yang pernah saya jumpa. Kini, jika setakat jumpa gitu-gitu sahaja, confirm lupa. Sekali lagi jangan marah. Anda masih muda. Saya sudah ada simpton tua.

Di PTS beli juga buku, tetapi tidak banyak sebab susah nak pilih. Pergi bayar dan kemudian kami keluar dan buat urusan lain di Medan MARA.

"Dapat diskaun bang?".
"Dapat kot"
"Berapa?".
"Biasalah".

(Bila balik rumah tengok Alang Kelana dapat diskaun 35%, jelesnya... sebab saya cuma dapat diskaun 20% sahaja, macam orang lain).

Kali kedua kami pergi lagi semalam. 6 Mei. Sampai tepat 10am. Orang belum ramai. Pergi Alaf 21 dulu. Wow satu dewan dia punya sahaja. Mem beli beberapa buku. Saya beli satu. Intai-intai Sri Diah, confirm dia tak ada. Masih sibuk dengan Harian Sinar barangkali. Jika dia ada, dapatlah diskaun 35% barangkali. Mem jumpa pengarang pujaannya. Terus tangkap minta autograf. Saya tangkap gambarnya.

Kemudian kami naik ke atas. PTS lagi. Memang banyak lagi wajah familiar. Jumpa pengarang. Sahabat lama. Tak minat nak beli (jika dapat free memang nak). Mem kata "belilah bang, bagi kat anak kita". Sayapun ambil. Minta autograf. Kali ini beli banyak buku. Bayar. Dapat diskaun 30%. Macam orang lain juga. Dalam hati berkata "Mengapa orang lain yang kukenal boleh dapat 35%?". Lepas itu hati memujuk "Sabor aje ler".

Dialog suami isteri:-
"Puan Ainon tak datang hari ini?"
"Tidak agaknya. Yang kenal ke dengan dia?"
"Saya dah jumpa puan Ainon tahun 1980an lagi. Masih ingat lagi dia datang ke UiTM dulu bagi syarahan kat kami. Masa tu sibuk pasal profesionalisma ni lah. Pn. Ainon kata 'profesionalism' dan ism ism itu tidak ada maknanya".
"Oh ya ke.".


nota kaki:
Apakah perbezaan antara penulis wanita dan penulis lelaki?
- Penulis wanita akan cuba melayan peminatnya. Jika minta autograf tu, mesti tulis nama dan kata-kata semangat/hikmatnya.
- Penulis lelaki akan buat dono sahaja. Minta autografpun akan tandatangan buta sahaja, tanpa apa-apa iringan kata.

nota tangan:
Nota kaki di atas tu tidak semestinya benar untuk semua penulis.

Sunday, May 06, 2007



testing from btm kl sentral

OTAK HIJAU

OTAK saya berwarna hijau. Apa warna otak anda?. Cubalah....


Your Brain is Green

Of all the brain types, yours has the most balance.
You are able to see all sides to most problems and are a good problem solver.
You need time to work out your thoughts, but you don't get stuck in bad thinking patterns.

You tend to spend a lot of time thinking about the future, philosophy, and relationships (both personal and intellectual).

Saturday, May 05, 2007

HUKUMAN MATI KEPADA BLOG

Kerajaan US telah melarang semua anggota tenteranya yang berada di Iraq dari menulis blog.

Sebelum ini memang ramai anggota tenteranya yang menulis blog dalam pelbagai tema. Sesetengahnya menceritakan keadaan sebenar yang mereka hadapi di Iraq. Ia merupakan first hand information kepada pembaca. Mulai sekarang mereka telah dilarang dari menulis blog. Ia adalah suatu hukuman mati kepada blog di kalangan mereka.

p.s. Rasanya hukuman mati ini juga boleh dikenakan oleh kerajaan lain kepada rakyatnya yang lain :-(

Can I Run A Business ?


NerdTests.com User Test: The Can I Run A Business Test.

Friday, May 04, 2007

SALAH FAHAM TERHADAP JEJAKA KESUKAAN RAMAI (JKR)

KAMI bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur semasa cuti hari pekerja dan hari vesak yang lepas.

"Alahai teruknya jalan-jalan di sini. Berlobang-lobang. Teruk betullah JKR ni. Jangankan jalan yang jauh, yang dekat bangunan diapun teruk".

"Yang.... kat negara kita ni ada tiga jenis jalan. Ia itu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran. Itu tak masuk lagi jalan kampung. Jalan yang berlopak-lopak ini bukan tanggungjawab JKR, tetapi DBKL. Sebabnya ini adalah Jalan Bandaran".

"Oooo gitu. Ingatkan DBKL tugas pungut sampah aja".

"Yang ..... pungut sampah tu dah jadi tugas Alam Flora Yang ooiii".

"Tu... yang bangunan kat Putrajaya paip pecah tu, siapa pulak yang jaga kalau bukan JKR?".

"Itupun setaraf dengan DBKL juga, tapi oleh kerana ia di Putrajaya, maka ia adalah PJH atau Putrajaya Holding".

"Habis tu JKR buat apa?".

"Patutnya JKR kena asingkan antara kerja operasi dengan kerja polisi. Barulah ada governance namanya".

Jangan Jejaka Kesukaan ramai jadi Jejaka Kebencian Ramai dahlah....

Thursday, May 03, 2007

KURSUS KARAOKE UNTUK PEGAWAI AWAM

PENGERUSI membacakan keputusan mesyuarat seperti berikut:

"Kerajaan telah menetapkan supaya 1% daripada emolumen diperuntukkan untuk latihan. Setiap pegawai dikehendaki menghadiri minima 7 hari kursus alam setahun".

"Bagi jabatan kita, saya telah putuskan supaya pegawai gred 54 dan JUSA perlu hadir kursus kewangan strategik, pemikiran strategik, pengurusan strategik, bla bla bla".

"Ada apa-apa bantahan?".

+"Tuan pengerusi. BOlehkah saya hadir kursus lain?"

-"kursus apa?".

+"Kursus karaoke. Saua nak pergi kursus karaoke selama 2 minggu, samada dalam atau luar negara".

-"Apa kena mengena karaoke dengan kerja dan bidang tugas awak?"

+"Ia berkaitan secara langsung dengan bidang tugas saya tuan. Hampir setiap bulan saya tuan hantar saya wakili tuan untuk hadir ke majlis dan jamuan rasmi samada dalam atau luar pejabat. Setiap kali ada jamuan makan, ia mesti dihidangkan dengan pakej karaoke. Saya gagal melaksanakan tugas saya tuan. Saya perlu hadir kursus".

-"Ah. Karaoke tak perlu kursus. Awak berlatih sendiri dalam bilik air. Nanti naik pentas awak baca saja senikata lagu. Cukup".

+"Bagi saya kursus kewangan tak perlu tuan. Saya dah 6 tahun kat kementerian kewangan, dah faham dah. Tuan memang tak perlu hadir kursus karaoke sebab tuan adalah seorang penyanyi, tetapi saya bukan. Saya perlu hadir kursus tuan".


ha ha ha. Kat mana ada kursus karaoke?.


Nota Kaki
Seorang menteri Republik Singapura pernah memuji-muji pegawai awam Malaysia kerana pandai bekerja. Yakni masa kerja mereka bekerja dan masa berhibur mereka berhibur. Pegawai2 Malaysia pandai menyanyi.... Sambil itu dia menyela pegawai awam negaranya yang hanya rajin bekerja dengan serius tetapi tidak pandai menyanyi.

Nah siapa kata kursus karaoke tidak boleh?

Wednesday, May 02, 2007

Tuesday, May 01, 2007

SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT Hari Pekerja.
Apakah yang dinanti-nantikan oleh para pekerja sempena dengan hari pekerja pada tahun ini?.

1. Pengumuman kenaikan gaji seperti yang diperjuangkan oleh CEUPACS. Ada ke tak ada?. Kalau ada berapa banyak?. Jika ada apa petandanya?. Rasa-rasanya macam ada!.

2. Pengumuman mengenai umur persaraan yang baru. Hmmmm.... 58?. 60?. Alamak?. Ya ke tidak?. Jika ya berapa?. Jika ya bila?. Ramai yang tunggu nak naik pangkat bila bos bersara ni..... Jika umur persaraan dilanjutkan, maknanya tidak ada peluanglah, kata depa. Mengapa?. Jika bos sekarang 56 bersara, maka lepas ni bos bersara 58. Sabar sajalah!. Tetapi tidak begitu sebenarnya, banyak formula lain yang akan digunakan bila umur persaraan naik dari 56 ke 58 dan ke 60.

3. Ada satu lagi pengumuman .... Yang ini kena ikut cuaca. Nampak gaya dah banyak jalan kiri-kanan dah kena sodok untuk "pembesaran" jalan setelah hampir 5 tahun tidak dijengok. :)


Entahlah labu....

Monday, April 30, 2007

JAM



JAM adalah untuk menunjukkan waktu.
Samada jam itu analog ataupun digital, fungsinya sama sahaja. Iaitu sebagai penunjuk waktu.

Walau bagaimanapun kini, fungso jam mungkin sudah berbeda. Selain dari penunjuk waktu, jam juga mempunyai beratus fungsi lain. Antaranya ialah penunjuk hari, haribulan, tahun, kalendar, nombor telefon, alat perakam, kamera, TV, penyukat haba, penyukat tekanan darah, waktu solat, arah kiblat dan banyak lagi dan banyak lagi.

Dulu kita gunakan waktu mungkin setakat ke minit terdekat sahaja. Misalnya lapan suku (8:15), sembilan setengah (9:30) atau sepuluh empat puluh lima (10:45). Namun sekarang fungsi waktu dah jauh berbeza. Kita subut 8:13, bukan lagi lapan suku misalnya. Jika terlambat seminit sahaja, LRT dah tinggalkan kita (jika komuter, mungkin terlewat setengah jam tu OK lagi - kadang-kadang).

Itulah fungsi jam.

p.s Jam saya yang sebelah kiri tu boleh ukur tekanan. Yang sebelah kanan tu, beli jam percuma kereta yang berjenama sama ;-)

Saturday, April 28, 2007

GAMBAQ



kat mana ni?

Friday, April 27, 2007

SENGGARA SIFAR

ORANG kita memang amat terkenal dengan budaya Senggara Sifar atau "anti-senggara". Semua projek, semua perkara hanya "manis" sebelum dapat sahaja. Bila dah dapat, bila dah siap, senggaraan adalah sifar. Agaknya kita patut ada kempen "Senggara Sifar". Beli kereta yang tak perlu senggara. Beli rumah yang tak payah senggara. Sewa ofis yang "maintenance free". Malahan kahwini gadis yang senggara sifar juga ;-). Masa mengorat, sikit punya power ayat diayaknya. Bila dah kahwin, ada yang sampai luipa bini... tak senggara langsung. Bini gitu juga, diri sendiri tak disenggara!.

Seingat sayalah, projek-projek besar yang 'ada senggaraan' cumalah Plus Highway sahaja. Yang lain semuanya yilek. Kalau Plus tu, jalan disapu-sapulah juga. Tandas dibersih-bersihlah juga.

Tempat lain ada juga sapu jalan, tapi bukan pakai penyapu dah, pakai mesin berenjin sekadar tolak sampah dari jalan. Biar longkang tersumbat. Jabatan Kerja Jalan. Longkang tersumbat itu kerja Jabatan Kerja Longkang.



Saya ada jalan-jalan kat Pulau Lagenda. Singgah di Taman Peringatan CHOGM. Apa itu CHOGM?. Bila CHOGM di Malaysia?. Cuba tengok gambaq tu, pecah sana, sumbing sini. Sebab apa?. Dulu masa nak buat nangis-nangis, hentak-hantak kaki nak duit. Bila dah dapat... sampah merata-rata, retak dah menjadi belah. Hancoq menunggu leboq saja lagi. Apa pasai?. Senggara Sifar!.

Thursday, April 26, 2007

DIRGAHAYU TUANKU

DAULAT Tuanku


Daulat =

1. Bahagia
2. Ya, Benar
3. Kuasa
4. Tulah

Dirgahayu = mudah-mudahan berbahagian dan lanjut usia.

Selamat hari pertabalan DYMM Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong

Wednesday, April 25, 2007

GERUN

INI ada beberapa maklumat yang menggerunkan bagi masyarakat Malaysia:-

Seorang dari empat orang (25%) daripada rakyat Malaysia adalah overweight dan obesiti. Ia adalah kadar yang paling tinggi di Asia.

30% rakyat Malaysia dewasa mengalami hypertension @ darah tinggi

6 orang kena stroke pada setiap jam. Ia membawa kepada 144 orang pada setiap hari, pada 2006.

Ini merupakan pertambahan 300% berbanding dengan tahun 2005.

Hanya 10% sahaja mangsa stroke yang pulih sepenuhnya.


Anda ada idea macamana nak mengelakkan dari stroke @ angin ahmar?.

Tuesday, April 24, 2007

HARI INI

HARI ini (semalam sebenarnya) dapat PC baru. OS baru. Perisian baru. Semua baru.

Tapi kan, apalah punya teruk Microsoft ni, Office 2007 yang dibekalkan tu jauh bagaikan lagit dengan bumi dengan yang terdahulu (2003). Teruknya nak guna. Tak serasi (compatible pulak tu).

Macam ni kan, jika kita tukar ke Open Office atau yang sewaktu dengannyapun pengguna tak sedar ni..... Jadi mana-mana yang mungkin terlibat di masa depan, inilah peluangnya anda ingin beralih ke Sumber Terbuka (OSS). Jika sember tertutup yg secompanypun tak serasi dengan yang lain dan look & feel yang jauh berbeda, Hah inilah masanya. Hidup OSS!!.

Baru sat tadi hantar fail bajet FY2007 ke JICA. Pass tu JICA call, file corrupt katanya. Sib baik ada cara nak betulkan (download viewver) dari 2007 kembali ke 2003. Semuanya dibuat kat KLIA ni....

Terima kasih KLIA sebab bagi wifi percuma. Terima kasih JICA bagi notebook percuma.

see you.

SEMALAM

SEMALAM tidak ada apa-apa yang berlaku
semalam dah berlalu

Monday, April 23, 2007

DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

4.20am: Terjun di Kutub Utara: Syabas.

Demi Agama: Kol berapa Subuh kat Kutub?. Waktu sembahyang yang lain dikira macamana?.
Demi Bangsa: Tidak Melayu Hilang Di Kutub ;-)
Demi Negara: Abang-abang hangpa dok berkempen kat Ijok, hangpa dok melompat kat Kutub?.

Wallahualam.

Sunday, April 22, 2007

ESOK

ESOK

sesuatu pasti akan terjadi

tunggu esok

Friday, April 20, 2007

test

test saja sebab update hari ni tak masuk

MBA @ Amazon

mengapa foto ni tak keluar?.

Thursday, April 19, 2007

TANGGUNGJAWAB BLOG

[Petikan dari BERNAMA]
Penulis Blog Patut Bertanggungjawab - Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penulis blog yang memberikan sumber maklumat alternatif perlu sentiasa bertanggungjawab dan berpegang kepada kebenaran dalam blog mereka.

"Yang paling utama ialah berpegang kepada kebenaran, jangan menokok tambah dan jangan mereka-reka laporan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada siri syarahan perdana ke-6 mengenai "Media dan Pembangunan Nasional" di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

"Selagi anda menyiarkan sesuatu yang benar dan juga tidak bertujuan untuk membangkitkan sebarang emosi serta menggugat kestabilan negara, saya fikir anda melakukan sesuatu yang betul," katanya.

Laman blog (atau pendeknya blog) merupakan penerbitan berasaskan Internet yang dicipta oleh penulis bebas, dikenali sebagai penulis blog.

Ditanya sama ada blog ini patut didaftarkan, beliau berkata ia seumpama melesenkan semua media, "tetapi jika ia sesuatu yang diperlukan, dan baik untuk kebebasan akhbar, maka tidak mengapa."

Semasa diminta mengulas kejadian tanah runtuh di Precinct 9 dan kebocoran paip di ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini, beliau berkata insiden seperti itu mungkin boleh berlaku lagi.

"Saya tidak kata apa yang dibina semasa saya (perdana menteri) adalah sempurna, tetapi mungkin juga (terdapat) sedikit kecuaian dalam perkara ini," katanya.

Dr Mahathir juga berkata kini seolah wujud situasi kurang minat untuk membina Putrajaya atau bagi menyiapkan pembinaan pusat pentadbiran baru persekutuan itu.

-- BERNAMA

Wednesday, April 18, 2007

APA ITU AGAM?

Barangkali saya pertama kali mendengar perkata agam apabila bekas PM kata bahawa PM ada sebuah rumah agam di Australia. Apa bendanya agam ini?.

Mengikut Kamus Dewan :-besar, tegap, tidak ada akhir, berlanjutan.

Terjemahan berita Inggeris rumah agam ialah mansion. Oooooo mansion rupanya!.


Inilah rupa salah sebuah mansion di Swan River, Perth, Australia.

MINTA MAAF ITU BERJIWA BESAR

[Perikan dari BERNAMA]

Dr M Minta Maaf Dakwaan Terhadap Pemilik Rumah Agam Di Australia

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai dakwaannya Abdullah memiliki semua rumah agam di Australia.

Abdullah mahupun anaknya Kamaluddin tidak memiliki rumah itu yang dianggarkan berharga RM60 juta yang terletak berdekatan dengan Sungai Swan di Perth seperti yang didakwa Dr Mahathir sebelum ini. Ia sebenarnya milik ahli perniagaan Malaysia Datuk Patrik Lim.

"Saya tidak sepatutnya membuat kenyataan itu kerana saya menyatakan sesuatu berdasarkan khabar angin yang saya dengar dan khabar angin it berulang kali mengatakan bahawa rumah itu milik beliau (Perdana Menteri).

"Dan tentunya apabila kita sudah terbawa-bawa selepas memberikan ucapan seperti itu, kita tidak menapis diri kita dan kita tidak berhati-hati mengenai apa yang kita cakapkan, jadi saya menyatakannya dan saya minta maaf kerana memperkatakan sesuatu yang salah," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Syarahan Perdana ke-6 mengenai "Media dan Pembangunan Nasional" di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Bekas perdana menteri itu membuat dakwaan demikian pada satu majlis ceramah di Kulai baru-baru ini.

"Saya sepatutnya diperbetulkan dan saya sangat berbesar hati bahawa rakyat sememangnya memberi perhatian terhadap dakwaan saya dan mereka mendapat tahu bahawa orang yang memiliki rumah itu bukan PM, bukan anaknya, tetapi orang lain," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, April 17, 2007

PEMBANGUNAN KUMPULAN DALAM MASYARAKAT MELAYU

SAYA baru pulang dari team-building siri ketiga. Berikut adalah ucapan perasmian dari saya:-

Masyarakat Melayu dah lama tahu dan mengamalkan konsep team building. Buktinya dapat dilihat dari peribahasa & pepatah seperti berikuit:

- Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing
- Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah

Namun adakah masyarakat kita menganggap peangai manusia boleh berubah atau diubah? Cuba perhatikan:-

- Bagai pahat dengan pemukul
- Bagai anjing dengan kucing
- Bagai enau dalam belukar

Begitu juga jika orang Melayu nak kahwin. Kita disuruh cari yang elok perangai (sebab yang buruk rupa boleh buat plastic surgery, ha ha ha ha - penonton gelak). Yang buruk perangai, habislah....

Dalam membahagi-bahagi kerja pula, masyarakat kita memang mahir:-
Sibuta meniup api
sipekak pasang meriam
sikurap manampi padi
yang panjang bergalah
yang pendek menyusup
yang tempang ..... (ah saya terlupa kata-kata)

Satu lagi pepatah kita yang menarik ialah:-
Masuk kandang kambing mengembik
Masuk kandang kerbau menguak
Masuk kandang harimau (alamak kena terkam....)

Apakah yang tuan/puan harapkan dari kursus team-building?
-Jika pendekatan agama: insaf sebentar
-Jika pendekatan lawak: gelak memanjang
-Jika penceramah handsome/comel: leka seketika
-Jika berlaku musibah: lekatlah parut.
"parut di badan boleh diselindung. Parut di hati dibawa mati"

Apakah makna semuanya ini?
Tuan/puan harus mencari jawapannya selama kursus ini berjalan.
Selamat berkursus.

Apakah makna semuanya ini?.
Saya ingin tuan/puan fikirkan.

Monday, April 16, 2007

LATIHAN INDUSTRI IPT TAK BERKESAN

BETULKAH latihan industri bagi pelajar IPT tidak berkesan?.
Jika benar tidak berkesan, mengapa?.

1. Pelajar tidak diberi kerja
2. Pelajar tidak tahu buat kerja
3. Pelajar disuruh buat kopi untuk bos
4. Buat kopipun pelajar tak tahu
5. Pelajar hanya tahu buat kopi
6. Pelajar tidak belajar di sebalik kerja buat kopi
7. IPT tidak ajar pelajar buat kopi (dengan betul)

Mengapa ya?.


Latihan industri tak berkesan

Oleh : Rusnita PechokNedstat Basic - Free web site statistics

Pelajar IPT tidak berpeluang praktik ilmu dipelajari di kampus: Ong

LATIHAN industri yang dilakukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kurang berkesan dan gagal membantu mereka meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan ilmu dipelajari di kampus kerana penyertaan terhad kepada kumpulan tertentu saja.


Selain itu, pelatih tidak diberikan bimbingan dan tunjuk ajar sesuai dengan kursus diikuti di universiti, malah ada antara mereka diminta melakukan tugasan kurang sesuai seperti menjadi pembantu pejabat atau membuat minuman untuk majikan.



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata pelajar yang mengikuti latihan industri sepatutnya diberikan tugasan yang boleh membantu kerjaya mereka apabila tamat pengajian, bukannya pekerja murahan.

"Majikan perlu menjadikan latihan itu sebagai peluang mendapatkan pekerja berpotensi, kerana mereka memantau sendiri kebolehan pelatih dan kaedah itu lebih baik daripada mengadakan temu duga," katanya ketika berucap merasmikan Program Penerokaan Kerjaya (CEP), Kolej SEGi di Subang Jaya, semalam.

Ong berkata, majikan seharusnya memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dengan memberikan tugasan bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai tugas sebenar bakal dilalui kelak.

Katanya, program amali berkenaan perlu dilaksanakan secara serius bagi memastikan graduan bersedia memasuki pasaran pekerjaan kerana keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna jika mereka tiada persediaan ke alam pekerjaan.Nedstat Basic - Free web site statistics

Sambil menyifatkan langkah diambil Kolej SEGi bekerjasama dengan pelbagai syarikat bagi memberi peluang pelajar menjalani latihan amali sebagai satu tugas mencabar, beliau berharap, lebih banyak IPT mengambil langkah sama.

"Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan ke alam pekerjaan perlu disokong dan IPT perlu mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor untuk melaksanakannya," katanya.

Sementara itu Pengarah Pembangunan Perniagaan SEGi Berhad, Ailin Ton Isahak, berkata program CEP memberi peluang pelajar memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar.

Katanya, menerusi program berkenaan, graduan dijangka mampu bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan yang mencabar.

Menerusi program itu, mereka bekerjasama dengan Jobstreet.com yang menyediakan laman web mikro bagi memadankan pelajar dan latihan industri bersesuaian di syarikat terpilih.

Sumber : Berita Harian 13 / 4 / 07

Sunday, April 15, 2007

LOBI PROJEK TAK SALAH

[Petikan Dari Mingguan Malaysia] Hari ini.

Tidak salah usahawan Melayu lobi projek – Najib

Oleh: FAUZIAH AROF

SHAH ALAM 14 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, amalan melobi untuk mendapatkan sesuatu projek kerajaan yang dilakukan oleh sesetengah usahawan Melayu tidak salah tetapi perlu menggunakan keuntungan diperoleh bagi menjana kekayaan bangsa.

Timbalan Perdana Menteri agak kesal kerana kebanyakan usahawan Melayu yang sudah mendapat keuntungan melalui projek kerajaan, hanya membelanjakannya untuk kegunaan sendiri.

Tindakan itu, kata beliau, tidak membantu usahawan Melayu untuk berkembang apatah lagi menjana kekayaan bangsa.

‘‘Saya tidak marah melobi, tak apa lobilah tetapi apabila mendapat keuntungan gunakan keuntungan itu untuk melabur pada projek lain pula.

‘‘Jangan lepas itu belanja keuntungan tersebut, tunggu pula projek baru dan lobi lagi. Kita perlu ada konsep untuk menjana kekayaan, barulah boleh maju sebuah bangsa” kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap melancarkan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Selangor, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo; Pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, usahawan Melayu juga terlalu tertumpu kepada satu bidang terutamanya pembinaan untuk menjana kekayaan.

‘‘Bila kita ada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), semua hendak bina kem PLKN. Kita mempunyai kira-kira 46,000 kontraktor Kelas F iaitu yang terbanyak di dunia.

‘‘ Mereka ini hanya tumpu pada pembinaan tetapi tidak mahu menceburi bidang perniagaan baru yang jarang diceburi oleh usahawan Melayu,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Najib turut mengisytiharkan Gabem sebagai sayap ekonomi UMNO yang berperanan memperkasakan kedudukan ekonomi Melayu.

‘‘ Ada dua perkara kita perlu meningkatkan ekonomi kita. Pertama, kita sebagai peneraju politik negara.

‘‘Tidak guna kedudukan kita hebat tetapi ekonomi tidak tegap, nanti orang akan mempersoalkan kewibawaan kita,” katanya.

Perkara kedua, kata Najib, Malaysia hanya mempunyai 13 tahun lagi untuk mencapai matlamat menjadi negara maju.

‘‘Kita sedar Lembah Klang dan Selangor menjadi nadi ekonomi negara. Kita berharap usahawan di sini akan menyumbang kepada pencapaian keseluruhan untuk menjadikan Malaysia negara maju,” katanya.

YIN SELAMAT DITEMUI DALAM KEADAAN SELAMAT



ALHAMDILILLAH.
Yin telah selamat ditemui.
Yin dalam keadaan selamat.
Ibu bapa Yin akan adakan doa selamat.

Sebelum penemuan Yin, beberapa teori mengenai kehilangan beliau termasuklah:-

1. Dilarikan oleh penagih dadah.
2. Dicolek untuk minta wang tebusan
3. Dilarikan untuk operasi pemindahan organ
4. Dilarikan untuk dipotong tangan/kaki dan dijadikan peminta sedekah
5. Dilarikan oleh makhluk halus
6. Sindeket jual budak

Alhamdulillah semua sangkaan tersebut meleset.

Saturday, April 14, 2007

PERINGATAN

SESEKALI beri peringatan @ kongsi ilmu bagus juga. Cumanya dalam masyarakat kita, inti-pati peringatan itu biasanya tidak diambil ikhtibar. Apa yang paling ditekankan sangat ialah untuk menyampaikannya sahaja. Ala-ala surat berantai gitu.... Semoga peringatan sebegini diambil ikhtibar dan tidak dijadikan surat (mel/blog) berantai sahaja.


Perkongsian ilmu untuk hari ini (Selasa)
1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4.Bantu mendidik seorang anak.

5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10.Hantarkan message ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Insya Allah....

zalisa mazlan (4/11/2007 1:02:47 AM): majidah2 (4/10/2007 5:05:58 PM):

Friday, April 13, 2007

BAYANG & LAYANG



Hidup bagai bayang-bayang
hitam segala nampak seragam
beza warna hakikat

Hidup bagaikan layang-layang
bebas terbang
namun dikawal talinya

Thursday, April 12, 2007

CAKAP SERUPA BIKIN

CAKAP SERUPA BIKIN

KINI ramai benar jurujual yang menjaja ubat pelangsing. Agak menghairankan ialah tubuh si penjual adalah dalam kategori obesiti. Ramai juga orang yang menjual alat make-up, pelicin pembersih muka. Muka sendiri dipenuhi jerawat dan jeragat. Namun cukup menghairankan produk mereka, walaupun kurang ternama, cukup laris mereka jaja. Mengapa ya?

Kini saya di luar kantor lagi. Hadir program motivasi, program pembentukan kumpulan.

Apakah yang perlu ada pada seseorang motivator?. Barangkali begini (selebihnya anda tambahlah)
-ilmu
-perawakan
-karisma
-sikap terpuji
-suara yg baik/jelas
-lawak semula jadi
-faham & mesra pelanggan
-
-
-

Namun semuanya tiada di sini.

Wednesday, April 11, 2007

SUKAN ATAU SOKAN ?

SOKAN

MASA zaman kanak-kanak, saya pernah mengajak ayah melihat saya bersukan (bermain sukan) di sekolah. Ayah saya agak kurang faham dengan perkataan sukan tersebut. Akhirnya setelah mengetahui perkara sebenarnya, maka dia memberitahu saya bahawa orang dahulu menyebutnya sebagai spok (dari perkataan sport). Generasi sebelum saya juga menyebutnya spot (bunyinya spok).

Namun di zaman milinium ini ejaan sukan telah disebut dan dibunyikan sebagai sokan secara rasminya. Inilah peredaran zaman.

Mengikut Pak Yazid, sukan bermaksud suka-sukaan. Mengikut beliau jika ia disebut sokan, ia adalah suatu kesalahan kerana ia tidak memberi makna yang dimaksudkan.

Mengapa sukan disebut sokan?. Adakah lidah akan tergeliat nak sebut sukan?. Jika orang Terengganu walaupun ia menyebut sukan seberapa daya, masih dapat dikesan bunyi sukang. Begitu juga dengan orang Kelantan, yang sedaya mungkin akan control macho, namun akan terdengar juga sukae. Namun bagi yang menyebut sokan, dia menjadi terlalu bangga untuk menyebut sokan dan mempengaruhi 20 juta pendengar radio dan penonton tv untuk mengatakan sokan adalah untuk sukan.

Menteri sukan tak marah ke apabila menteri lain sebut sukan sebagai sokan?. DBP tak mahu adakah kursus sebutan baku ke kepada semua ahli YB, khususnya menteri supaya menyebut perkataan Melayu dengan betul?.

Tuesday, April 10, 2007

BERAK

ORANG Melayu memang amat sensitif dan peka terhadap berak. Mungkin anda tidak percaya. Mungkin anda marah-marah kerana menggunakan perkataan berak dan tidak buang air. Namun cuba renung-renungkan betapa pentingnya jamban kepada orang Melayu. Jangan marah kerana saya tidak menggunakan tandas, bilik air atau kamar kecil.

Seingat saya orang Melayu cukup marah apabila jamban di PWTC tidak menyediakan gayung dan baldi untuk membasuh berak. Sebaliknya satu Malaya heboh apabila jamban-jamban di PWTC memancutkan air sendiri untuk basuh berak. Orang Melayu marah-marah sebab tidak puas basuh berak dengan cara begitu. Kenapa PWTC?. Oh di situlah tempat perhimpunan terbesar orang Melayu, partai Muslim kedua besarnya di dunia. (Yang pertama di mana ya?).

Kemudian di Putrajaya. Sungutan utama di kompleks pentadbiran kerajaan serba mewah ini juga adalah pasal berak. Jamban di Putrajaya juga tidak menyediakan gayung dan baldi. Namun ia lebih baik sedikit daripada di PWTC kerana ia menyediakan paip air. Namun tidak mendapat kepuasan maksima juga berpaip.

Jika pergi ke mana-mana, rumah tumpangan, hotel, surau, masjid, atau mana-manalah keutamaan yang utama bagi orang Melayu ialah .... tempat berak ayng sempurna, salah satu daripadanya.

Apakah maksud perkataan berikut?.

- Ayam berak kapur
- Dia berakkan aku
- Kerja aku sapu tahi dia
- Dia berak merata-rata
- Makan tidur berak
- Makan free berak cangkung
- Hangat-hangat tahi ayam
- XXX tak basuh berak
- Bereak tahi hijau
- Berak tahi emas
- Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar,
- Siapa yang mau mengaku berak di tengah jalan
- Di situ makan, di situ berak
- Duduk sama tinggi, jongkok sama-sama berak.


:) Apa-apa pun kawan, aku dah banyak kali kena beraklah kat kawan aku yang sorang tu :-(

Monday, April 09, 2007

TETAMU SAYA



TETAMU saya terdiri daripada pengunjung Tesco, Giant, Carefour dan Jusco.

Adakah maklumat ini bermakna kepada anda?.


(Barangkali Mydin boleh mengiklankan barangan mereka di blog saya?)

Sunday, April 08, 2007

YA TIDAK BERTITIK

ORANG Melayu tahu bahawa hrruf jawi "ya" bertitik dua di bawah. Bagi huruf ya yang tidak bertitik pula, bunyinya boleh jadi "ya", "yi" ataupun "yu" bergantung kepada tandanya. "Ya di atas ya", "Ya di bawah yi", "ya di hadapan yu".

Bagi orang Jepun "hai" ataupun "hait" adalah bermakna "Ya". Namun "hai" tidak semestinya "ya", dalam erti kata "ya bertitik dua di bawah". Apabila seseorang Jepun berkata hai, ia tidak semestinya ia mengiyakan ataypun ya.

Kajian menunjukkan terdapat enam jenis hai digunakan:-

1. Saya mendengar dengan cermat apa yang ada katakan.
2. Terima kasih kerana bertanya saya
3. sama-sama (selepas ucapan terima kasih)
4. Saya sedia membantu atau saya akan patuh
5. Saya faham
6. Saya setuju dengan apa yang anda cakap.

Saya 'dengar', 'terima kasih', 'sama-sama', 'faham' dan 'setuju' tidak semestinya YA. Dalam masyarakat Melayu, perkataan insyaallah (yang telah diMelayukan) barangkali adalah yang paling tepat dengan perkataan hai Jepun ini.

Saya ingin berkongsi cerita dengan tuan/puan mengenai pengalaman saya berurusan dengan pihak Jepun. Setiap bulan saya bermesyuarat di Kedutaan Jepun.

Ini adalah salah satu mel saya kepada mereka yang terlibat sebaik pulang darti mesyuarat:-


Saya telah menghantar empat kertas cadangan bagi pihak myJICA yang semuanya mengikut garis panduan seperti di atas. Kertas cadangan XXX telah saya ubahsuai dan telah maklumkan kepada YYY.

Walau bagaimanapun dalam pembentangan, saya hanya membentangkan cadangan penajaan cerita kanak-kanak ini. Sampel/mock-up buku diedarkan kepada semua hadirin dan saya membuat pembentangan. Kesemua reaksi ahli mesyuarat saya rakamkan melalui jelingan sambil bercakap untuk memberi keyakinan kepada mereka. Alahai, kalaulah bengkel bagaimana mempengaruhi orang lain boleh dipraktikkan lebih awal, sudah tentu suasanannya akan berlainan sama sekali.

Anda semua tahu apabila memasuki perkarangan kedutaan, kesemua perkara milik kita perlu ditinggalkan di luar. Telefon, kamera, notebook dan segala-galanya mesti diserahkan kepada jaga. Sebab itulah saya hanya boleh merakam melalui jelingan sahaja. Oh ya, orang yang telah 'ditapis' macam saya ni bolehlah bawa kereta memasuki kedutaan, jika tidak terpaksalah menapak saja (saja puji diri sendiri ni).

Hasil daripada rakaman lensa jelingan tersebut, saya membaca bahasa badan mereka, semuanya bersetuju, kagum dan amat berminat dengan siri buku ini. Seperti biasa, tidak sepatah perkataanpun, samada YA atau TIDAK diucapkan. Namun saya perhatikan, tidak seorangpun yang tidak seronok dengan sampel buku tersebut. Boleh dikatakan setiap muka surat, setiap perkataan mahu ditelaah oleh mereka. Saya membuat kesimpulan (syok) sendiri bahawasanya mereka bersetuju dengan cadangan untuk mencetak dan mengedar buku tersebut. Namun.... EOJ tidak ada duit, lantas siapa yang boleh menaja?. Dalam rakaman saya juga menunjukkan Pengarah Japan Foundation adalah yang paling lama membuat penelitian dan banyak membuat catatan mengenai buku tersebut (barangkali dia mencatat alamat XXX kot?). Mengapa saya bersangka baik yang dia mencatat alamat XXX?. Dari pengalaman saya memperkenalkan sebuah syarikat untuk membekalkan PC dan peralatan pejabat kepada pihak Jepun, apa yang mereka buat ialah pergi melawat dulu ke pejabat berkenaan dan selepas berpuas hati, barulah kerja diberikan.

Akhirnya pengerusi memecahkan kesunyian dan mengucapkan terima kasih, tanpa komen apa-apa. (Pengerusi hari ini ialah Menteri di Kedutaan. Dalam mesyuarat lepas Pengarah JIS)

Sdra Alif-san sudah tentu teramat maklum bahawa dalam budaya Jepun:
Ya (hait) = Belum tentu Ya lagi
Very Good = Mungkin
Ya tetapi .... = Tak ada harapan
Saya kurang faham = GERENTI kena tolak.

Selepas mesyuarat selesai, dua orang datang berjumpa saya untuk membeli buku-buku ini untuk diletakkan di perpustakaan agensi mereka.

Keputusan saya:
Saya hantar semula kertas cadangan asal dari XXX dengan peruntukan RM360,000 seperti yang diminta. Saya akan salinkan juga kepada Japan Foundation.

Kesimpulan:
1. Kita kena tunggu April juga walaupun mesyuarat selanjutnya ialah 5 Mac.
2. Jangan cetak lagi sehingga keputusan muktamad diperolehi.
3. Jangan terlalu yakin, jika ada rezeki, alhamdulillah.


Hasilnya dari mesyuarat minggu lepas, hanya satu dari empat cadangan telah dipersetujui. Cadangan tersebut ialah yang tidak dibentangkan, iaitu Bengkel Haiku.

Sekian terima kasih.

Saturday, April 07, 2007

KENAPA KTM MUNDUR?

ADAKAH Keretapi Tanah Melayu (KTM) mundur?. Saya tak tahu.



SAYA tinggal di Kajang. Tidak jauh dari stesen komuter. Namun baru minggu lepas saya ke KL menggunakan komuter. Pengalaman pertama menggunakan komuter dari Kajang ke KL Sentral ini tidak begitu memuaskan.

Semasa beratur untuk memasuki stesen (saya menggunakan kad Touch n Go), seorang penumpang terkial-kial tidak tahu untuk memasukkan tiket ke tempatnya. Ia membuatkan palang tidak terbuka dan beliau tidak dapat memasukinya. Akibatnya Q menjadi panjang. DAtang seorang petugas KTM yang dibayar gaji untuk memberi bantuan dan kemudahan serta keselesaan kepada penumpang yang membayar sejumlah wang untuk membolehkan beliau menerima gajinya. Apa yang terjadi?. Budak ini ditengking, diherdik, dicemuh dengan macam-macam perkataan. Bodoh, bongok, tak reti bahasa, bengong dan sebaginya. Apa-apa sahajalah yang emak-bapak dia ajar, semua dia keluarkan kepada budak tersebut. Kesemua tindakan tersebut saya pandang penuh dengan sikap perkauman.

Seeloknya KTM letaklah kamera CCTV di situ dan pecat sahajalah staf yang sedemikian rupanya. Lebih baik ambil sahaja staf dari Bangla atau Myanmar atau dari mana-mana, walaupun tak berapa tahu cakap Melayu, saya rasa boleh membantu. Gajipun murah.

Kemudian, setelah memasuki stesen, saya termangu-mangu samada ingin ke sebelah kiri ataupun kanan landasan untuk ke KL. Tidak ada papan tanda langsung (Jika ada, maknanya ia tidak dapat membantu kerana saya gagal untuk menemuinya). Terang dan nyatalah bahawa stesen ini diwujudkan untuk orang yang sudah biasa sahaja, bukan untuk orang yang belum biasa dengan stesen ini. Stesen ini untuk orang buta huruf sahaja, sebab tidak ada panduan bertulis. Apa yang tertulis ialah ke Rawang. Adakah mahu ke KL perlu ikut Rawang?. Saya tawakal sahajalah. Jika bertanya kang, takut kena marah dan takut juga pelempang singgah ke muka dia pulak.

Dalam train pulak, memang confirm untuk orang yang dah biasalah. Tiada panduan stesen. Pemberitahuan stesen dibuat macam berbisik sahaja. Nasib engkaulah labu.... nak turun kat stesen mana.

Rasanya banyak perkara yang perlu dilakukan oleh KTM untuk memajukan perkhidmatan komuter ini. Terlalu banyak. Namun KTM mungkin bertanya, buat apa meningkatkan perkhidmatan?. Gerabak sekarang dah penuh, dah sendat. Jika perkhidmatan bagus, kat mana lagi nak letak penumpang?. Duit kami dah banyak.... buat apa jadi lebih bagus?.

Friday, April 06, 2007

60? OH TIDAK 55 AJA DEH

ADA ura-ura kerajaan akan menaikkan usia kakitangannya dalam perkhidmatan awam dari bersara 55/56 tahun ke 60 tahun. Adakah anda setuju usia persaraan adalah 60 tahun?.

55:
Aku tak setuju. Tak setuju. Jika pencen umur 60, di mana lagi ada kehidupan?. Bila masa nak merasa kehidupan ini untuk diri sendiri?. Berpuluh tahun jadi kuli, bila 60 baru pencen dan lepas tu ke dunia lain. Oh tidak... 55 saja cukup

60:
Pencen 60 tu bagus.... Kesihatan kita kian meningkat baik, purata hayat hidup kita semakin meningkat. Umur 60 tu muda lagi dan masih produktif lagi. Banyak perkara yang boleh disumbangkan kepada rakyat melalui kerajaan. Kita patut menikmati kehidupan sebenar semasa dalam perkhidmatan, bukan selepas pencen. Masa kerja inilah kita boleh pergi oversea, boleh naik kapalterbang kelang perniagaan, duduk hotel 5-6 star. Jika dah pencen jangan haraplah, mana ada duit. Lagipun kita perlukan duit, sebab itu pencen 60 tu bagus.

55:
Engkau lainlah. Semuanya engkau fulun. Aku ni tangga kapalterbangpun aku tak kenal, kelas ekonomipun tak sudi terima aku. Hotel bintang-bintang tu boleh bilang dengan harakat saja dalam masa 25 tahun perkhidmatan aku ni. Sedih aku mengenangkan layanan terhadap perkhidmatan aku. Jeles aku kat hang. Lebih baik aku p[encen awal dan aku boleh buat apa yang aku nak buat, bukan harap simpati majikan.

Aku:
Hmmm... 55? ... 56? ..... 60?
(entahlah labu...)

Thursday, April 05, 2007

WHOAMI

SUDAH tiga hari tulis fasal PTD. Hingga ada yang menyangka saya ni PTD. Tak apalah. Itu perkara biasa.

Di sini saya perturunkan siapa saya (who am i). Majikan saya telah bayar puluhan ribu ringgit untuk dapatkan maklumat ini bagi semua pekerjanya dan kemudiannya penyesuaian kerja dan pasukan kerja dibentuk berdasarkan maklumat ini.

Sesiapa yang kenal saya, atau rasa macam kenal saya, bolehlah beri ulasan, samada maklumat yang diberikan ini adakah betul saya...


Penyabar, tidak gopoh, berfikir dengan mendalam menjadi karakter individu yang ramah, tenang dan bersahaja ini. Beliau seorang yang merancang tugasnya dengan teliti dan bertindak secara terancang dan tekal.Beliau juga seorang yang bertimbang rasa dan merendah diri yang boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Sebaik sahaja beliau menyesuaikan diri dengan corak kerja yang sudah mantap, individu ini mampu mengekalkan rentak kerja yang tetap dan memberikan prestasi yang tidak berubah-ubah, dengan pergerakan terancang dan sederhana. Seorang individu yang mudah bertolak ansur yang suka membantu mereka yang dianggapnya sahabat. Individu ini suka bersahabat rapat dengan sekumpulan kecil rakan sekerja yang beliau kenal rapat.

Perhubungan beliau bersama keluarganya erat dan lebih suka berada di rumah setelah selesai bekerja daripada merayau malam.Individu ini ingin kerja yang membabitkan pengkhususan, dan persekitaran kerja biasa serta corak kerjanya yang boleh diduganya.

Sebelum menyesuaikan diri dengan sesuatu perubahan, beliau ingin mengetahui dan berbincang mengenainya terlebih dahulu.Keterjaminan, penghargaan yang jujur dan kata-kata yang menenangkan adalah faktor yang penting bagi individu ini.

Kaedah pintas dan bantuan memulakan projek baru akan membantu individu ini menepati tarikh akhir.Individu ini juga perlu merasakan beliau sebahagian daripada kumpulan kerja yang lengkap.

Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat baik dan mempunyai keupayaan menyelesaikan setiap tugasan berseorangan, sesuatu yang jarang didapati pada individu lain. Beliau menyelesaikan tugasannya menurut lojik dan bersistem, serta memastikan tiada yang tertinggal.

Apa-apa laporan yang ditulis oleh individu ini tepat dan rasional, tanpa ditambah-tambah dan berkemungkinan ditulis dalam bahasa yang diplomatik.


* terjemahan dari BI telah dilakukan oleh Siti Hajar. Terima kasih daun keladi.

Wednesday, April 04, 2007

PTD MENANG

PTD tetap ditempatkan di jabatan pendidikan. Penempatan pegawai dibuat secara berperingkat mulai bulan ini kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahmad Sipon. Siapa Datuk Dr Ahmad Sipon?. Beliau bukan doktor. Beliau bukan PTD, beliau adalah cikgu, tetapi jawatan beliau ialah Ketua Pengarah Pelajaran. Beliau profesional.

Tidak dinafikan cikgu juga memang ada yang mahir mentadbir. Akan tetapi kerja mentadbir adalah kerja PTD. Jadi berilah kerja pakar kepada pakarnya. Tidak dinafikan juga ada sesetengah (sebilangan kecil) cikgu yang boleh menguruskan akaun dan kewangan, tetapi skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa kerja itu perlu dilakukan oleh akauntan. Usahlah kondem kata akauntan tak tahu buat kerja, cikgu lebih tahu buat buku kira-kira. Itu memang kerja akauntan.

Cikgu juga ada yang boleh gunakan komputer, tetapi kerja hakiki cikgu ialah mengajar. Jadi Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) adalah khusus untuk kerja-kerja ICT, walaupun ada kalanya PTM ini rabun komputer. Itu kerja mereka, biarkanlah mereka buat kerja mereka, walaupun di pejabat kita. Kita (cikgu) tak mahu nanti di sekolah komputer, bukan cikgu yang mengajar, tetapi PTM.

p.s Konon cerita, PTD tak perlu masuk bidang ICT, tetapi PTM yang akan masuk PTD. Lagi cekap PTM ni rupa-rupanya ;-)

Tuesday, April 03, 2007

TOLAK (LAGI)

DULU pernah PTD nak jadi guru besar dan pengetua sekolah. Mengapa? Sebabnya kerja pengetua adalah mentadbir, bukan mengajar. Cikgu bukannya cekap mentadbir. PTD lebih cekap dalam pentadbiran. Logik bukan?.

Cikgu tolak pakatan ini dengan cara yang profesional sekali. Semua guru besar dan pengetua sekolah dimestikan masuk kelas dan mengajar sekurang-kurangnya 1 subjek seminggu. Ajarlah subjek kesihatan atau tatanegara atau apa-apa subjek yang tak ada peperiksaan.

Kemudian PTD nak masuk hospital pula, sebagai pengarah hospital. Mengapa?. Sebab pengarah hospital tidak merawat pesakit, tidak masuk wad. Pengarah hospital kerjanya mentadbir sahaja. Apa doktor buat?. Semua pengarah hospital diarahkan merawat pesakit dalam beberapa jam seminggu. Selamatlah depa.

Akhirnya Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dibuka juga untuk PTD sebab kerjanya adalah mentadbir. Namun Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masih ditutup dan ditolak. Kukuhkah alasannya?. Saya rasa rapuh.

Mungkinkah kita kekurangan doktor kerana doktor tidak menjadi doktor (ambil gaji doktor) tetapi doktor jadi pentadbir. Doktor jadi programmer. Doktor jadi penganalisis komputer?.

Entahlah labu.

Monday, April 02, 2007

TOLAK PTD

BERITA hari ini menceritakan tentang "Guru bersatu tolak PTD".

PTD adalah singkatan dari Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Perkhidmatan kerajaan membahagikan pegawai/kakitangan mereka kepada beberapa skim. Dari sini wujudlah PTD, PTM, Jurutera, Guru, Doktor dan sebagainya. Setiap skim mempunyai skop dan bidang tugas mereka masing-masing. Kelayakan masuk juga berbeza dari skim ke skim.

Andaian dalam syarikat ialah ada jurujual, teknikal, akaun dan yang seumpama dengannya. Yang berneza mungkin CEO atau GM company boleh dipegang oleh sesiapa sahaja yang layak. Tidak kiralah apa latarbelakang mereka. Orang teknikal boleh masuk bidang jualan dan pengurusan biasanya.

Dalam kerajaan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) mesti PTD. Kebanyakan ketua pengarah juga adalah PTD.

Pengkhususan utama PTD ialah pentadbiran. Tidak kiralah samada pentadbiran tanah, sumber manusia, ICT, kewangan, akaun, diplomatik atau apa sahaja, asalkan pentadbiran.

Semua orang tahu bahawa doktor kerjanya ialah merawat pesakit kan?. Namun pengarah hospital tidak ada pesakit dan 99% kehidupannya ialah mentadbir. Namun adakah doktor boleh mentadbir secekap PTD?. Cikgu pula kerjanya mengajar kan?. Guru besar? Og HM tidak lagi mengajar, tetapi mentadbir. Jika guru yang ditempatkan di kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri (JKN) sudah tentu tidak ada murid. Dia tidak mengajar. Lantar guru buat apa?. Dia menjadi pentadbir. Adapun pentadbiran cikgu @ guru ini adakah setara dengan pentadbiran PTD? Yang tidak tahu lain selain mentadbir sahaja?.

Jika PTD pandai mentadbir, mengapa guru tolak PTD?. (Doktor telah menerima PTD. Di setiap Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), PTD adalah Pimbalan Pengarah Pengurusan,. sementara pengarahnya adalah doktor.

Alasan yang diberikan oleh cikgu ialah dengan adanya PTD di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), ia akan menyempitkan lagi peluang kenaikan pangkat cikgu. Nah di sini bukan soal pentadbiran atau rakyat yang diutamakan, tetapi soal naik pangkat. Kerajaan patut menyelesaikan perkara ini dulu...

Jika dilihat kepada doktor, adakah peluang kenaikan pangkat doktor tergugat dengan adanya PTD di JKN?. Atau adakah PTD banyak menyumbang dalam JKN?. Para cikgu dan guru kena tanya doktor dulu...

Sunday, April 01, 2007

RUGI? GULUNG TIKAR!


Dua orang model terkini proton. - gambar hiasan

DIBERITAKAN bahawa 70% wakil penjual kereta Nasional Malaysia, Proton menghadapi risiko gulung tikar disebabkan kerugian sejak tahun lepas.

Mengapa mereka rugi?. Mereka kata kekurangan model baru dan pembeli lebih tertumpu kepada model kereta yang lebih sesuai untuk kegunaan keluarga (MPV?).

Jika dulu, wakil penjual jenis inilah yang paling gah. Bakal pembeli jangan haraplah nak beli kereta proton dengan cepat. Tak mahu aksesori tertentu. Nak warna tertentu. Nak beli tunai?. Sorry, kena berhutang. Sekarang?.

Soalannya ialah, siap yang rugi sebenarnya?. Proton atau penjual proton atau pengguna proton?

Nasib baik ada tikar, bolehlah gulung dan jual. Lagipun karpet dah lama dan banyak yang disimpan di rumah kan?.

;-)

TAMAT ATAU TAK SAMBUNG?

AKHBAR harian hari ini hampir semuanya memberitakan tentang Ketua Pengarah BPR ditamatkan perkhidmatannya. Adakah ia benar?.

Beliau telahpun bersara wajib tiga tahun lalu. Kemudian beliau dilantik sebagai KP secara kontrak. Kontrak beliau boleh disambung dari setahun ke setahun ataupun tidak disambung. Kontrak beliau juga boleh ditamatkan.

Kontrak beliau tamat semalam (30 Mac). Pukul berapa?. Biasanya kontrak perkhidmatan begini tidak dinyatakan jamnya, tetapi lazimnya pada saat kad dirakam keluar (jam 5.30pm), itulah jamnya.

Apabila kontrak telah tamat, perlukah ia ditamatkan lagi?. Ia hanya tidak diperbaharui sahaja, bukan ditamatkan.

Apabila telah mati, perlukah ia dibunuh?.
Apabila telah kalah, perlukah ia ditewaskan?
Apabila telah pencen, perlukah ia dibersarakan?
Apabila telah bercerai, perlukah dijatuhkan talak?

Ayat mau jaga beb!.

Saturday, March 31, 2007

PDA TERBAIK

DALAM dunia teknologi. Dalam dunia ICT. Dalam dunia gajet. Apakah PDA (Personal Digital Assistant) terbaik?.

Dalam dunia ini hanya ada tiga Sistem Pengoperasian (OS) yang utama utama untuk PDA atau mobile office. Ia itu WindowsMobile, Palm dan Symbian. Pada msa ini Palm atau PalmOS aalah yang paling banyak digunakan kerana banyak aplikasi dan perisian yang ditawarkan. Walau bagaimanapaun tidak banyak pengeluar perkakasan (hardware) yang membuat dan memasarkannya. Tinggallah Palm sahaja yang membuat perkakasan dan perisiannya. Sony telah meninggalkan Palm.

Symbian pula nampak semakin meningkat maju. Walau bagaimanapun peningkatan terlalu mendadak OS ini menimbulkan masalah keserasian antara satu versi dengan versi yang lain. Bagi saya OS ini lebih sesuai untuk telefon atau smart-phone berbanding dengan PDA. Nokia, Sony Ericsson dan beberapa lagi pengeluar menggunakan OS ini.

WindowsMobile, macam Windows di PC. Kadangkala crash, kadangkala hang. Namun, kerana ia adalah nama besar dalam perisian, maka banyak pengeluar perkakasan yang menyokongnya. Banyak sekali. iPaq, O2, Dopod banyak lagi. Sebut saja. Saya jangkakan WindowsMobile akan menguasai pasaran PDA di masa hadapan.

NAMUN, minggu lepas saya menghadiri BTM (Black Things Meeting) dan satu lagi jenama PDA telah memikat hati saya. Tanpa OS.


CIRCA dari Levenger.
Sejenis buku nota ala PDA yang kertasnya boleh dikoyak-koyak dan dilekatkan semula.
Boleh dibuat sendiri. Cukup mengkagumkan.
Pelbagai saiz. Macam-macam bentuk.

PDA ini diperkenalkan oleh Chet

Wednesday, March 28, 2007



ESOK BOLEH BALIK

di sini aku tercampak
dalam hutan malam pekat
dalam laut buat rakit
atas darat meniti tiang
dalam kumpulan dok merancang

di sini aku tercampak
KPI
COBIT
ISP
CMMI
misi visi objektif rancang teliti laksana

di sini aku dicampak
kenalilah diri sendiri
kenalilah bos sendiri
kenalilah team sendiri

ah ... Mengapa masih kencing berdiri?

maaf kepada rakyat
duit kena sebat
bagi kerja mencampak
eagle ranch resort (esok boleh balik)

Tuesday, March 27, 2007




GARANG III

PAIP kat rumah saya bocor. Panggil plumber. 3 jam dia buat kerja. Masalah tak selesai. Seluar baju dia habis basah. Yang tersumbat kian sendat. Dia berhenti. Mau balik. Minta upah. Aik? Kerja tak siap, malah tambah teruk, mau upah lagi?.

Demi kesian wang RM50 bertukar tangan. Janji esok mau datang lagi.

Esok tunggu punya tunggu, tak datang. Lusa baru mai. Buat kerja lain, minta upah RM70. Bayar lagi. Janji lagi nak selesaikan masalah kelmarin tanpa kos.

Dua hari kemudian dia mari lagi selepas didesak untuk tunaikan janji. Saya outstation. Kerja tak siap. Minta RM60, isteri saya bayarkan.

Saya call itu apek. Woi kawan, apa lu bikin?. Apa wang lu angkat? Apasal kerja tak siap. Sila pulangkan semula duit. Jangan cakap banyak.

Pagi-pagi esoknya dia datang pulangkan duit (saya masih outstation).

Garang ke?

... Masih outstation
@treo 680


GARANG II

ANAK saya pulang ke rumah. Muka lesi. Sekeping surat bertukar tangan. "anak anda digantung dari sekolah selamat 3 hari berkuatkuasa serta merta kerana kesalahan bergaduh".

Saya tenang sahaja menerima surat ini, namun emak budak ini naik berang. Malu kepada jiran. Geram pada cikgu. Macam-macam.

Esoknya saya bawa anak saya dan berjumpa dengan guru disiplin. Macam biasa, mana boleh tunjuk muka kesian. Tunjuk machoo habis.

+Apa salah anak saya?
-sebenarnya bukan salah dia. Dia tumbuk budak tu. Saya tahu dia mempertahankan diri. Tapi body touching. Jadi kena ambil tindakan.
-Emak budak tu datang komplen. Akan bawa ke atas jika tak ambil tindakan. Jadi saya perlu gantung anak encik.
+saya ada 6 anak cikgu. Ini yg ke5. Tak sangka dia jadi samsing. Yg lain tak pernah kena gantung.
+Gantung sekolah ni kesalahan berat cikgu. Tercatat dalam rekod. Buruk rekod dia, tapi cikgu kata dia tak salah. Kenapa gantung?. Kesalahan pertama patut amaran dulu. Mana boleh terus gantung
-Saya gantung 3 hari saja. Jika maksima ialah 14 hari.
+tak salahpun kena gantung? tak ada rayuan? hukum gantung kat mahkamahpun ada rayuan. Mengapa kat sini tak ada rayuan? Tiada bicara? Siapa yg salah sekarang?. Kat mana prosedur?
-Jika encik nak buat rayuan, sila jumpa HM, saya tak ada kuasa.
+tak perlu jumpa HM, saya nak jumpa Kementerian.
-Janganlah encik, perkara ini boleh selesai. Perkara kecil saja ni.
+Saya perlu ikut peraturan, perlu ikut prosedur. Jumpa HM bukan dalam prosedur.

Akhirnya saya jumpa juga HM dengan menarik muka 14. Tak perlu cakap apa, HM tarik balik hukuman.

Garangkah saya?



GARANG

RAMAI orang beranggapan bahawa saya adalah seorang yang garang. Perlukah saya mengiya atau menafikannya?. Rasanya tidak perlu. Sebabnya agak sukar bagi diri kita sendiri untuk menilai diri sendiri. Kita lebih menjurus untuk meletakkan diri kita bagi yang baik-baik sahaja. Sedangkan orang di sekeliling kita adalah bagai cermin diri kita. Kadang kala ada juga cermin yang menipu .... Cermin ini biasanya rosak dan tidak boleh bekerja sebagai cermin lagi. Ia perlu kembali kepada kaca dan seterusnya pasir.

Sekarang saya berada di Eagle Ranch, dalam satu program untuk menilai diri sendiri. Ukuran dibuat secara saintifik. Ukuran saintifik ini memberikan keputusan yang sama sekali berbeda dengan ukuran (tanggapan?) orang awam yang terdahulu. Saya tak garang!.

yang mana satu nak pakai?. Tunggu entri selanjutnya. Itupun jika ada mood.

... Dari Treo 680 @ Eagle Ranch.

Monday, March 26, 2007

SAKURA DAN TEMBUSU

DULU saya bersekolah di Wakaf Tembusu. Wakaf ini terletak di Gong Badak. Gong ini terletak di Seberang Takir. Anda carilah sendiri lokasinya menggunakan google earth atau yang seumpama dengannya. Sungguhpun begitu saya tidak pernah nampak (atau menghairaukan) akan pokok mahupun bunga tembusu yang ada di situ. Cikgu dan orang kampung juga tidak pernah ingin memberi tahu tentang wakaf, tembusu dan apatah lagi mengenai gong dan badak yang berada di situ. Itu memang sudah sebati dengan sikap orang kita (termasuk saya). Jika tidak percaya, anda renungkanlah semula asal usul kampung anda, sekolah anda dan sebagainya.

SEMASA saya singgah sebentar di Jepun untuk belajar, orang di sana cukup peka mengenai pohon dan bunga Sakura. Jadi, saya lebih mengenali bunga Sakura berbanding dengan bunga Tembusu. Semoga saudara Abdullah Jones dapat memafkan saya kerana lebih mengenali Sakura berbanding Tembusu (Dolah kata Tembesu).


tembusu putih
kuantan kota iman
aku dan engkau



putih sakura
Tokyo metropolitan
hati sejiwa

Sunday, March 25, 2007

NOKIA

SAYA bercadang untuk memperkenalkan penggunaan PDA (Personal Digital Assistant) di tempat kerja. Buat sedikit kajian perbandingan antara WindowsMobile (WM), Symbian dan PalmOS. Beberapa jenama PDA diuji. Cadangan dibuat. Kertas diperakukan.

Walau bagaimanapun akhirnya ...... bos kata "saya mahu Nokia". NOKHTAH



Hmmmm.... Nokia menggunakan perisian sistem Symbian. Nampaknya SEP990I saya tu tak jadilah masuk lelong.com


Khabar angin kata Palm akan dibeli oleh samada Motorolla ataupun Nokia. Bilalah agaknya akan jadi Nokia-Palm?.

Masih garu-garu kepala, Ingatkan Nokia Communicator 9500 atau 9300 atau yang terbaru N90. Tapi rupa-rupanya E61.



~ connecting people

BILA BERJAUHAN

KHAMIS-Sabtu lepas saya keluar kota lagi. Bila berada berjauhan begini, bila talian internet tidak ada, apa yang perlu anda lakukan?.

Setakat nak terima panggilan, hantar SMS bolehlah. Nak baca e-mel macamana?. Nak tengok laman web dan nak kemaskini blog macamana pula?.

Saat-saat beginilah telefon 3G Sony Ericsson P990i yang saya bawa bersama tidak lagi dapat membantu. Dah puas saya cari perisian untuk kemaskini blog. Tidak jumpa (mungkin ada, tapi saya tak jumpa).

Akhirnya Palm jugalah yang jadi penyambung bicara. Dengan menggunakan Palm, kita ada perisian Vegablog yang boleh mengemaskini blog. Ia tidak perlu akses kepada internet, memadai dengan ada talian telefon sahaja. Tidak perlukan 3G, GPRS sahaja.

Palm selamanya

Thursday, March 22, 2007

LAWATAN PERTAMA KE JEPUN

myJICA telah mengadakan lawatan ke Jepun, khusus bagi mereka yang belum pernah ke sana. Ia diadakan pada 11 - 17 Mac yang lepas.

Lihatlah apa yang mereka perolehi hasil dari lawatan tersebut:-

Pertama Kali Ke Jepun

* MBA tidak menyertai mereka kerana bertugas (cuma bersama semasa penerbangan pergi dan balik sahaja).

Wednesday, March 21, 2007

FTA - APAKAH SEBENARNYA?

Apakah sebenarnya FTA atau Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement)?.

1.Jika perkara ini bagus, mengapa banyak pihak di negara ini yang membantah?.

2.Jika perkara ini tidak bagus, mengapa kerajaan kita terus berunding dengan Amerika untuk menandatangani FTA ini?.

3.Ada laporan mengatakan semua negara yang telah menandatangani FTA dengan Amerika, seperti Mexico, Australia, Amerika Latin dan Singapura telah mendapat kerugian yang bukan kepalang setelah menandatangani FTA dengan Amerika. Apa sebenarnya yang berlaku?

4.Kononnya lagi 2 juta petani Mexico kehilangan pekerjaan kerana tidak dapat bersaing dengan petani Amerika (misalnya harga gandun di Mexico sebelum FTA ialah $2. Selepas FTA, Amerika jual gandum kepada Mexico 20 sen saja, maka petani dah tak boleh cari makanlah. Menganggur lebih baik).

5.Jika banyak lagi negara kerugian kerana FTA, jika banyak rakyat negara lain menentang FTA, mengapa kita meneruskannya lagi?

* Apa sebenarnya FTA ini?. Sesiapa yang dapat memberikan penerangan mudah, amat dialu-alukan.

Tuesday, March 20, 2007

NUR BUAT GEMINI


NUR BUAT GEMINI adalah sebuah novel yang amat istimewa kepada saya. Ia adalah sebuah novel remaja dan saya bukan lagi seorang remaja, malahan bapa kepada beberapa orang anak remaja.Nur Buat Gemini diberikan kepada saya oleh pengarangnya Sdr Norashikin Wahid dengan ucapan "selamat membaca" dan saya telahpun selesai membacanya.

Saya terlalu jarang (bukan tidak pernah) menerima pemberian percuma. Ini mungkin kerana:-
1. Saya mungkin bukan muka rezeki.
2. Saya suka berterus terang.
- Jika bagus dikatakan bagus, jika tidak adalah sebaliknya. Walaupun tanpa suara.
3. Saya tidak pandai sangat berterima kasih.
- Saya sangat berterima kasih sebenarnya, namun terlalu sukar untuk meluahkannya.

Nur Buat Gemini sangat istimewa bukan hanya kerana saya memulakan pembacaannya di Disneysea dan menghabiskannya di Disneyland, dua destinasi fantasi yang amat digilai oleh remaja, khususnya dari Jepun. Oh ya, novel ini telah bermalam di sebuah hotel paling mahal bersama pembacanya, JPY55,000 semalam. Hotel MiraCosta yang berada di dalam Disney Sea.

OK, berbalik kepada novel ini, ia menceritakan tentang kehidupan seorang kanak-kanak bernama Siti Hajar sehingga remaja dalam keluarga dan persekitarannya. Siti Hajar yang berbintang Gemini adalah berkaitan dengan tajuk novel ini. Keistimewaan Siti Hajar semenjak kanak-kanak, bersekolah tadika, sekolah rendah dan menengah sememangnya cukup istimewa.

Proses pembacaan novel ini berjalan lancar tanpa tersekat atau terganggu. Bahasa yang digunakan adalah mudah, tidak menggunakan teknik yang 'bukan-bukan' (seperti mana kebanyakan novel sekarang). Barangkali ia bertepatan dengan sasaran pembacanya, iaitu remaja. Pendek kata ia memang sangat berbaloi. Bukan hanya kerana ia adalah percuma, tetapi memang sunguh-sunguh berbaloi.

Terima kasih daun keladi Norashikin (saya ada mel untuk anda jika anda mahu).

Monday, March 19, 2007

FUKUSHIMA II

HAIKU Rudy mengenai Fukushima:-

FUKUSHIMA

Empat musimmu
Fukushima desaku
Rendang di kalbu

24 September 2003



FUKUSHIMA ll


Tinggalkan Banting
Fukushima ku redah
Ilmu ditimba

Abdul Atan Din
Serdang, 24 September 2003.

FUKUSHIMA


KAMI keluar dari hotel di Maihama jam 9am dan menaiki kenderaan dari hotel menuju ke Tokyo Eki (stesen keretapi Tokyo). Sejam kemudian tiba di Tokyo Eki (jika menaiki keratapi hanya sekitar 15 minit sahaja). Bergegas ke kaunter tiket Japan Railway (JR) untuk menempah tempat duduk dalam shinkansen (keretapi peluru) ke Osaka. Petugas mencadangkan kami menaiki Shinkansen Hikari SuperExpress jam 10.05am, kerana masih banyak tempat duduk non-smoking. Oh 5 minit, manakan terdaya kami nak mengangkut beg dan kanak-kanak yang dibawa bersama. Lantas kami bersetuju untuk menaiki shinkansen 10:36am walaupun terpaksa berada dalam koc yang dibenarkan merokok.

Operasi mengangkut beg bermula dari pejabat tiket ke platform. Satu misi yang amat memenatkan. Kami berjaya mengangkut beg terakhir pada minit ke-sifar sebelum masa bertolak. Alhamdulillah. Jika tidak terpaksalah kami berpisah dan ada di antara kami terpaksa menaiki keretapi berikutnya.

Sepanjang perjalanan 3 jam ke Osaka, budak-budak amat ceria sekali. Maklumlah mereka pertama kali menaiki shinkansen. Berlari-lari dari car 16 yang kami naiki (belakang sekali) ke car no.1 nun sayup di depan. Macam-macam permainan dipertunjukkan. Pemandangan di sepanjang perjalanan cukup mengasyikkan. Gunung Fuji yang diselimuti salji jelas di depan mata. Berhampiran Nagoya, kiri kanan jalan dan bukit bukau penuh diseliputi salji. Jangkasuhu di luar menunjukkan 5C. Ini merisaukan kami kerana cuaca di Osaka mungkin sejuk juga.

Bullet train ini hanya berhenti selama 2 minit sahaja di Shin-Osaka. Ya cuma 120 saat, tidak lebih tidak kurang. Ia menjadi cabaran kepada kami untuk memunggah keluar 17 buah beg dalam masa 120 saat tersebut. Dengan semua strategi yang ada, akhirnya kami berjaya juga memunggah semuanya dalam masa cuma berbaki 1 atau 2 saat sahaja sebelum Hikari SuperExpress ini meninggalkan Shin-Osaka untuk meneruskan perjalananya.

Kami tiba di Shin-Osaka selepas tiga jam dan seterusnya ke Universal-City setengah jam kemudian untuk check-in hotel. Hotel di sini agak pelik sedikit. Setiap orang diminta serahkan passport untuk proses verifikasi. Kemudian mereka mahu caj bilik mengikut bilangan orang, bukan bilangan bilik. Selepas bertengkar dan pujuk memujuk serta rayu-rayuan, mereka bersedia untuk memberikan diskaun yang menjadikan caj mengikut bilangan orang lebih murah berbanding mengikut bilik.

Universal Studio Japan (USJ) ditutup jam 7:30pm. OLeh itu lebih baik kami berehat sahaja di hotel dan pergi ke USJ keesokan harinya.

Selapas solat Maghrib, saya merayau-rayau di Universal-City. Menaiki keretapi hingga ke Osaka-Eki. Di Pertengahan jalan, bertemu dengan Fukushima, tempat Rudi berkampung selama empat tahun (Dari Banting ke Fukushima)

Memandangkan hotel ini menyediakan internet percuma, maka dapatlah saya berkomunikasi dengan Rudi lewat blog kami.

MBA says:Rudy, saya di Fukushima sekarang, singgah jap on the way to Universal Studio, Osaka.

Rudy Says: Alamak, natsukashii na…

Rudy says: wah seronoknya kalau dapat kembali ke kg halaman semula. ambillah gambar fukushima kalau benar singgah ke sana. semoga selamat pergi dan selamat pulang. saya netah kapan akan kembali semula.

MBA says: Alahai Rudy…. kamera yg dibawa dah habis bateri (kamera HP). Jika kamera Jepun, boleh beli bateri kat sini. Tinggal handphone jer yg bawa charger, amik gambar pakai handphone sajalah nanti.

RUDY Says:ha ha kena ambil jugak gambar Fukushima. :)


Untuk tidak menghampakan Rudy, gambar kat atas tu adalah snap dari telefon saya semasa dalam perjalanan dari Fukushima ke Shin-Osaka ;-)

Sunday, March 18, 2007

AINA



+Onama-e wa?
-Nama saya Aina. Umur saya ampat tahun (sebenarnya umur Aina 3 tahun)
+Dochira-e?
-Visit Malaysia 2007
+This is 20sen for you
-domo arigato gozamasu

(wah berapa bahasa engkau boleh cakap ni Aina?)
Inilah Aina, seorang kanak-kanak Jepun yang menjadi teman saya sepanjang perjalanan 7 jam dari Tokyo ke KLIA.

Friday, March 16, 2007

PANAS TAPI SEJUK

bahang mentari
sepoi di musim bunga
dingin terasa


SEMASA saya menghadiri seminar JICA di Jakarta minggu lalu (sekarang seminar JICA di Osaka), loghat bahasa Melayu antara dua negara, Malaysia dan Indonesia ternyata berbeda sekali.

Pada awalnya saya berutusan e-mel dengan Pak Edhie menggunakan bahasa Melayu (sengaja saya buat-buat slangga Indonesia), namun Pak Edhie membalasnya dalam bahasa Inggeris. Lebih cocok gitu katanya, nanti kita tidak ketemu titik nokhtahnya.

Dalam dewan seminar, penghawa dingin dipasang dengan maksima. Kami kesejukan. Komplen kepada petugas. Sejuk!. Mereka senyum-senyum. Angguk-angguk. Sejuk tetap sejuk juga.

Rupa-rupanya sejuk dalam bahasa Indonesia ialah nyaman, damai!. Jika komplen dingin, barulah betul, barulah dinaikkan sedikit suhunya.

Oh bahasa.... Semalam saya bercakap Melayu dengan Jepun di sini dan dia faham. Sebabnya dia tak tahu BI. ;-)

Wednesday, March 14, 2007

SALAM DARI JEPUN

KONNICHIWA;

Salam dari Jepun. Sekarang saya di Osaka. Kepada yang bertanya cara murah ke Jepun, nak sewa ryokan dll, nanti balik Malaya saya terangkan. Kepada yang minta izin nak link, dipersilakan.

wassalam.

Sunday, March 11, 2007

BIN ABDULLAH

KITA tertarik dengan keputusan fatwa negeri Perlis Indera Kayangan bahawasanya mereka yang memeluk ugama Islam tidak dibenarkan (diharamkan?) menukar nama mereka kepada ... bin Abdullah. Ini adalah untuk menjaga nasab atau nama keluarga supaya tidak hilang begitu sahaja.

Ketertarikan kita itu menjurus kepada beberapa persoalan yang memerlukan jawapan:

1. Berapa ramai agaknya Bin Abdullah masa kini di negerin Perlis?
- Jika belum ramai elok sangatlah diramaikan lagi, itu lebih afdhal.
- Adakah kewujudan Bin Abdullah ini banyak menimbulkan masalah

2. Sudahkah fatwa ini di Malaysiakan?
- Bagi mualaf yang nak kekalkan nama, pergi ke Perlis
- Bagi mereka yang nak tukar nama, jangan ke Perlis
Hasilnya satu negara macam-macam ada.

3. Untuk menjada nasab keluarga, bukankah elok nama-nama orang Melayu di Malaysia ini difatwakan supaya mengekalkan nama datuk-nenek-moyang mereka?. Sesungguhnya nama orang Melayu di Perlis dan di Malaysia ini hanya bertahan untuk diu generasi sahaja, iaitu anak bin bapa. Kemudian dah hilang ditelah oleh zaman. Elok jika dikekalkan nasab keluarga bukan?.

Wallahualam.

Saturday, March 10, 2007

CARA MURAH MELANCONG KE JEPUN

ESOK saya akan ke Jepun atas satu dua urusan.

Ramai orang berpendapat dan percaya bahawa melancong ke Jepun adalah mahal. Ia mungkin benar sekiranya anda belum bertemu dengan pakej yang murah. Ia juga benar sekiranya anda memang ingin melancong dalam suasana lima bintang.

Bagi saya, melancong ke Jepun tidaklah semahal yang disangka. Bagi 'pakej' yang saya ikuti ini, tambang penerbangan pergi balik cuma RM1200 sahaja (boleh dapat RM699 sahaja semasa MAS fair). Adakah penginapan di Jepun mahal? Memang ya. Namun kita boleh tinggal di ryokan (hotel tradisional Jepun). Saya tinggal di ryokan dengan bayaran Yen1,900 sehari, iaitu sekitar RM60 sahaja sehari. Tinggal seorang sebilik, jika nak berkongsi bilik, dapat lagi murah. Selebihnya adalah tambang pengangkutan di sana. Saya beli sekeping pas yang dinamakan JR Pass bagi perjalanan seminggu yang sah digunakan bagi seluruh Jepun. Ia meliputi bas, keretapi, tren, LRT dan feri yang dipunyai oleh JR (Japan Railway). Saya boleh gunakan JR Pass ini untuk menaiki shinkansen (keretapi laju atau keretapi peluru) dari utara ke selatan dan sebaliknya bagi seluruh Jepun. JR Pass tidak dijual di Jepun, tetapi di Malaysia. Sekiranya anda hanya ingin melawat satu dua tempat sahaja, misalnya di Tokyo sahaja, JR Pass tidak diperlukan, tetapi belilah pas harian dengan harga Yen1000 (RM30).

Apa lagi yang diperlukan? Makan. Jika anda memang kuat makan, di Jepun (dan di mana jua) memanglah mahal. Namun jika anda boleh makan ala kadar sahaja ataupun tidak segan untuk masak (atau panaskan lauk) sendiri, sudah tentu anda boleh berjimat.

Bagaimana ingin dapatkan lebih maklumat mengenai pelancongan murah ke Jepun ini?. Hubungilah saya...... (seminggu tak kemaskini blog rasanya).

KORUM

HARI ini kami mengadakan mesyuarat agung tahunan (MAT). MAT ini perlu diadakan seyahun sekali mengikut perlembagaan. Korum mesyuarat ialah setengah daripada bilangan ahli atau dua kali ganda bilangan komiti eksekutif (EXCO). Ini bermakna korum mesyuarat ialah 28 orang kerana bilangan EXCO ialah 14 orang.

Namun kehadiran cuma 16 orang sahaja. Apa nak buat? Apa dah jadi?. Setelah 20 tahun, inilah kali pertama MAT perlu ditangguhkan!.

Oh..... ini bermakna persatuan kita telah mencapa suatu tahap atau mertabat yang tinggi. Setaraf dengan satu persatuan tu..... yang sentiasa tak cukup korum dalam AGM mereka.

Tuesday, March 06, 2007

3G

Minggu depan saya ingin mengembara. Pengembaraan ke destinasi yang tidak boleh dihubungi melalui telefon bimbit melainkan jika menggunakan telefon 3G. Hanya pada saat begini sahajalah 3G itu mustahak dan perlu. Sedangkan pada hari-hari biasa, terlalu jarang 3G diperlukan.

Ini samalah dengan memiliki sebuah van atau MPV. Ia diperlukan untuk balik kampung sekali sekala ataupun kadang-kadang bercuti seisi keluarga. Pada hari-hari biasa, setiap hari gunakan MPV bersendirian sahaja. Minyak, cukai jalan dan semuanya dibayar dengan harga MPV untuk seorang!.

Friday, March 02, 2007




HAIKU BOWLING
bola dihayun
pin sedia menanti
bertemu longkang