Labels

Wednesday, July 07, 2004

CERITA TENGAH-TENGAH JALAN




dalam barisan
tetap sabar menunggu
tuju bulatan

SEMALAM keluar dari rumah agak lewat dari biasa kerana perlu hadir mesyuarat di luar. Maka seperti yang diduga, dapatlah menikmati kesesakan lalulintas yang luar biasa berbanding jika berpagi-pagi keluar rumah. Kebanyakan kisah yang ditemui di tengah-tengah jalan ini ialah yang menyakitkan hati belaka adanya. Memang semua maklum bahawa tuan punya kenderaan di atas jalan pada masa tersebut ingin sampai ke destinasi tepat pada masanya. Jadi, andaian bahawa hanya sebuah-dua sahaja yang betul-betul terdesak untuk tiba boleh kita anggap tidak ada.

Cerita pertama: Sebuah kereta ni dengan gopoh dan gapahnya potong sana potong sini tanpa mempedulikan sangat makhluk lain yang dengan sopannya terpaksa beratur menunggu laluan. Apabila terpandang akan pemandunya, masyaallah berkopiah!. Nak dikatakan ada penumpang yang nak terberanak dalam kereta dia, memang sah dia sorang saja dalam kereta tu. Bagi standard negara kita, potong-Q ini bolehlah dikatakan 'biasa' sahaja. Namun ia akan menjadi suatu kesalahan besar bila yang buat kerja tersebut ialah pemandu yang dianggap 'sopan', pakai kopiah putih misalnya ataupun pakai serban. Jika dia gondol atau pakai cap atau punk saja, itu kita tak hairan sangatlah. (sebab kitapun kadang-kadangpun buat juga sekali sekala).Ini macam orang pakai kopiah tapi buat maksiat, atau tak puasa di bulan puasa... Jika budak dadah yang buat begitu, walaupun kesalahannya sama saja, tak ada orang nak heran.

Cerita dua: Sebuah kereta dengan sopannya berhenti di persimpangan lampu isyarat sebaik sahaja lampu bertukar warna menjadi kuning. Wah sopan sungguh pemandu ini sedangkan kat belakang keretanya terpampang stiker "........ racing". Ini terlalu kontra dengan di sebuah persimpangan lain, sebuah kereta lagi berada di petak kuning dan mengganggu semua kenderaan lain dari pelbagai arah. Kat belakang kereta tu ada stiker "XXXXX adalah cara hidup". Inikah cara hidup yang diajar oleh "XXXXX" itu?. Kadang-kadang ada juga terjumpa kereta dengan stiker "Ahli XXX" atau "Saya sokong XXX" walhal di jalan raya, masyaallah dasyatnya..... buat malu organisasi saja.

Tuesday, July 06, 2004

PENYELENGGARAAN ATAU PENYENGGARAAN


Berita akhbar: Makmal sekolah meletup, 20 pelajar cedera, 5 parah
Kenyataan pihak berkuasa: Makmal ini tidak selamat digunakan dan tidak pernah diperiksa semenjak 22 tahun yang lalu.

Berita akhbar: Kebakaran flat. Tiga sekeluarga terkorban. Orang ramai tidak dapat berbuat apa-apa kerana hos bomba tidak berfungsi
Kenyataan pihak berkuasa: Pihak berkuasa tempatan diarahkan menyediakan hos bomba di setiap tingkat flat mereka.

Berita akhbar: Bas masuk gaung dipercayai brek tidak berfungsi. Tiga maut.
Kenyataan pihak tertentu: Bas tersebut telah lulus pemeriksaan berkala.




mengelap lantai
berbakti pada kayu
mencuci hati

HUJUNG minggu lepas secara kebetulan saya melihat api menyambar talian elektrik serta asap yang tidak begitu besar di rumah jiran kira-kira empat buah rumah daripada rumah saya. Secara kebetulan juga, beberapa minit selepas itu pembaca meter Tenaga Nasional (TEN) datang dan saya terus melaporkan perkara tersebut kepada beliau dan dia berjanji untuk memaklumkannya kepada pejabatnya. Kemudian bersama seorang jiran lain, kami memaklumkannya kepada tuan rumah. Keesokannya saya perhatikan talian elektrik (input dari tiang ke rumah) telah diperbaharui oleh TEN. Dimaklumkan pendawaian tersebut tidak pernah diperiksa semenjak ia dipasang berpuluh tahun dahulu. Berapa kerap pula kita memanggil juru elektrik memeriksa pendawaian di rumah kita?.

PADA kebiasaannya kita hanya menyelenggara barang baru ataupun apabila telah 'mendengar' kerosakannya. Contohnya kereta baru, keraplah kita hantar untuk diselenggara mengikut jadual tertentu. Apabila kereta tersebut sudah berusia dan telah tamat tempoh jaminan maka proses penyelenggaraan akan menjadi jarang-jarang dan kemudiannya menjadi kadang-kadang. Samada kereta baru atau kereta lama, pernahkah kita hantar untuk pemeriksaan di Puspakom misalnya?.

TERINGAT masa dulu-dulu, ya puluhan tahun dulu semasa berkursus di negara matahari terbit. Setiap musim kami 'dipaksa' meninggalkan asrama dengan diberikan tiket percuma ataupun tambang percuma untuk melancong ke destinasi terpilih di sekitar pulau Okinawa. Pada masa tersebut tidak seorangpun dibenarkan tinggal di asrama. Rupa-rupanya belbagai pasukan penyelenggaraan bangunan akan datang membuat pelbagai pemeriksaan. Ada yang memeriksa pendawaian, ada yang memeriksa paip air & gas, ada yang memeriksa tandas, ada yang memeriksa lif dan ada yang memeriksa bilik-bilik kami. Undang-undang menyatakan tidak boleh memasak di asrama dan pada masa inilah periuk dan peralatan memasak akan dirampas. Pemeriksaan dan penyelenggaraan bersepadu ini dilakukan secara berkala pada setiap musim. Bangunan manakah di negara kita yang melalui proses sedemikian?




Mari belajar bahasa: Dulu saya menggunakan penyelenggaraan, kemudian terikut-ikut menggunakan penyenggaraan. Mana satu yang betul? Penyelenggaraan berasal dari kata selenggara yang bermaksud menguruskan dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Penyenggaraan berasal dari kata senggara yang bererti mengurus, mengendali. Sama erti?.

Monday, July 05, 2004

JALAN JALAN MAKAN ANGIN




air mengalir
sungai berwarna kuning
kami yang pening

SEMALAM kami menyertai hari keluarga myJICA di Agrotec Eco Resort, batu 14 Hulu Langat. Bagaikan VIP, keluarga kita oranglah yang sampai paling akhir. Ia adalah atas sebab-sebab biasa, antaranya 'peta hanyalah dilukis bagi orang yang sudah tahu'. Hari keluarga ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Resort. Di antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah jungle traking, sukan rakyat, flying fox, karaoke, tapak perkemahan, rakit dan banyak lagi. Di sini juga terdapat chalet untuk penginapan. Bagi peminat memancing, beberapa buah kolam juga disediakan bagi tujuan memancing. Memandangkan yang sekarang adalah musim nuah-buahan, maka kami juga dijamu mata dan tekak dengan buah-buahan yang terdapat di taman ini.

Ahli-ahli myJICA yang hadir adalah dari pelbagai lapisan. Ada yang belum berkeluarga hinggalah kepada yang telah bersara. Namun pihak Agrotec mungkin tidak menyangka akan kehadiran begini lantas tidak begitu bersedia dengan acara yang akan dijalankan. Masing-masing kelihatan tunggu menunggu dan nanti menanti akan aktiviti untuk mereka. Kawasan untuk sukan rakyat juga tidaklah sebesar mana, namun bolehlah mengembirakan yang ingin bersukan. Banyak sukan air yang boleh dijalankan, terutamanya bagi kanak-kanak. Namun bagi kanak-kanak kecil, airnya agak dalam dan bagi yang dewasa ia tidak begitu menyeronokkan. Wakil JICA dari Jepun komplen pasal air sungai kelihatan tidak bersih dan tidak jernih. Boleh dikatakan ia adalah standard bendang sahajalah keadaannya. Mungkin juga pemilik taman perlu dihantar ke Jepun untuk pengurusan taman cara Jepun ...

Kesimpulannya, lain kali myJICA perlu anjurkan sendiri sukaneka yang ingin diadakan seperti sebelumnya agar ia lebih mengancam dan meninggalkan kenangan kepada semua. Terutamanya dengan 'door gift' yang menarik. Rating yang boleh diberikan kepada resort ini ialah **

Friday, July 02, 2004

MANDI BUNGA



DALAM masyarakat Melayu dulu-dulu, mandi bunga seolah-olah begitu sinonim dengan tuah-sial seseorang. Pantang berlaku perkara-perkara tertentu yang dianggap "sial", maka ubatnya adalah merupakan mandi bunga. Ia itu satu cara untuk membuang sial.

Kini amalan mandi bunga telah menjadi suatu perniagaan yang lumrah bagi pakej penjagaan serta terapi kesihatan dan kecantikan. Tujuan mandi bunga ini ialah untuk rawatan, iaitu untuk membuang semua unsur-unsur negatif dalam tubuh yang menjadi penyebab utama diserang pelbagai jenis penyakit medic dan non medic.

Ah nampaknya sama sahaja tujuan mandi bunga tersebut, cuma dulu nak buang sial dan kini unsir negatif.

SOALAN
Bagaimana dengan amalan yang sering di lakukan masyarakat melayu seperti mandi bunga dan sebagainya dapat di bendung. Sila berikan saya langkah-langkahnya.

JAWAPAN
Sekiranya mandi bunga bertujuan untuk mengharumkan badan dan tujuan kebersihan adalah diharuskan tetapi sekiranya mandi bunga itu dikaitkan dengan amalan perbomohan dan jampi serapah yang tidak difahami, maka ia adalah dilarang sama sekali kerana boleh membawa kepada unsur syirik yang merosakkan akidah.Sekiranya mandi bunga dengan menggunakan doa daripada ayat-ayat al-Qur'an, maka ia adalah diharuskan.


Thursday, July 01, 2004

TELEFON SELULAR DENGAN WAKTU SOLAT & ARAH KIBLAT


MALAYSIA bakal menjadi lokasi bagi pelancaran rasmi telefon selular pertama di dunia model llkone i-800 dengan aplikasi yang membolehkan penganut agama Islam mengetahui waktu solat dan arah kiblat di mana saja mereka berada.

Ilkone i-800 menyediakan waktu solat secara automatik di mana-mana saja di seluruh dunia. Penggera boleh diprogram untuk berbunyi sebelum dan selepas Azan dan disesuaikan dengan keutamaan peribadi pengguna.

Ia mempunyai penunjuk arah kiblat bagi lebih 5,000 lokasi di dunia. Untuk mendapatkan arah kiblat yang betul, pengguna perlu memilih negara dan bandar di mana mereka berada dan telefon dengan automatik akan menunjuk ke arah Makkah.

Selain itu, teks penuh kitab suci Al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris yang disahkan oleh Universiti Al-Azhar, Mesir, dan mempunyai ciri berguna lain, iaitu pengubah kalendar Hijrah.

Telefon berkenaan dijangka memasuki pasaran Malaysia Julai ini selepas mendapat kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir.

[Sumber: Berita Harian 30 Jun 2004]

BETUL KE NI?



rerama oren
singgah menghisap madu
hati terpahat

PUTRAJAYA 29 Jun - Syarikat perisian terbesar di dunia, Microsoft Corporation memberikan komitmen untuk menghulurkan bantuan terbaik kepada kerajaan Malaysia bagi menghapuskan jurang digital di negara ini.

Sebagai permulaan, syarikat itu akan melabur dana RM10 juta dalam tempoh lima tahun untuk memberikan latihan serta perisian yang akan memberi faedah kepada 10,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
SUMBER: Utusan Malaysia 30 Jun 2004.

Cuba anda perhatikan:-
Pelaburan RM10 juta dalam tempoh 5 tahun yang boleh memberi faedah kepada 10,000 pelajar. Ini bermakna pelaburan hanyalah RM2juta setahun. Ini juga bermakna bahawa RM10,000,000 dibahagi dengan 10,000 bersamaan dengan RM1,000. Ia itu hanya pelaburan RM1,000 sahaja bagi seorang pelajar akan memberi menafaat yang begitu baik sekali kepada mereka dalam pembelajaran ICT.

Anda bolehlah fikirkan sendiri mengenai perkara ini.

Wednesday, June 30, 2004

APAKAH FAEDAHNYA MENONTON BOLA?




sebiji bola
kejar beramai-ramai
tinggal sembahyang


EURO 2004 akan berakhir sebentar lagi. Tidak syak lagi ia merupakan salah satu siaran TV yang menjadi kegilaan peminatnya. Dulu penonton bola ini rata-rata adalah golongan lelaki, namun kini wanita juga sudah ramai yang ketagih wanita. Jika disamakan dengan perokok, dulu jarang wanita merokok (khususnya di khalayak ramai), namun kini perokok wanita mungkin lebih ramai berbanding lelaki. Mungkin juga nanti penonton bola di kalangan wanita adalah lebih ramai juga.

Apakah faedahnyakesannya menonton bola di TV khususnya pada tayangan awal pagi?
1. Produktiviti kerja menurun secara mendadak sebab mengantuk yang amat sangat
2. Mood untuk bekerja berkurangan setelah moody sebab pasukan kesayangan kalah
3. Mood bekerja terbang melayang kerana gembira sangat pasukannya menang
4. Mutu bolasepak negara menurun sebab penonton tak minat tengok permainan tidak bermutu pasukan tempatan.
5. Banyak duit bertukar tangan kerana pertaruhan @ perjudian
6.

Tuesday, June 29, 2004

APA ANDA AKAN BUAT JIKA ....

Apa yang anda akan lakukan jika:-
1. Anak anda dipukul oleh rakan sepermainannya hingga luka-luka?
2. Anda ada perjumpaan penting urusan pejabat sedangkan ahli keluarga anda dalam kecemasan?

HOSPITAL SELAYANG

selamat datang
selayang yang penyayang
hospital I.T



6:15pm: Tiba di rumah dari ofis. Terus solat dan bila turun, anak bongsu terus memberi tahu dalam pelatnya bahawa abangnya sedang menangis. "Ah biasalah, biarlah abang Budin tu, dia kan biasa nangis". "Bah..bah..bah... mayi, engok. mayi engok Akun unjuk" Akun terus menarik tangan abahnya mendapatkan Budin yang sedang menangis di sofa.

Kelopak mata lebam, mata merah dan kening berdarah. Masyaallah!!. "Apa dah jadi ni Budin?". "Kawan pukul dengan kayu kat mata". "Maknya.... anak awak teruk kena pukul ni, berdarah mata" Selepas kami membebel pada budak degil yang memukul tu (hairan tak lari pulak tu....) "@#$&^%$##@!(**&(&&^%%$$##...", kami bawa dia sekali ke klinik berdekatan. GP kat klinik tu kata kes ini terus dan tidak boleh dirawat di klinik, sebaliknya menulis surat supaya dirujuk ke HKL.

7:30pm: Telefon dengan pihak yang sepatutnya mengadakan temujanji malam nanti untuk membatal atau menangguhkan temujanji atau datang saja ke hospital Selayang untuk sesi pertemuan. Walaupun GP syorkan ke HKL, namun mengenangkan keadaan Jabatan Kecemasan HKL yang sentiasa cemas, buat keputusan untuk ke hospital Selayang (HS). Selepas emak Budin jumpa ibu budak tu dan "menerangkan" apa yang telah berlaku, pulang ke rumah untuk solat maghrib dan seterusnya ke HS. Biasanya melalui MRR2 di waktu begini agak selesa, namun ada kemalangan di Batu Caves yang melibatkan beberapa buah kereta yang membuatkan jalanraya mengalami kesesakan luar biasa.

8:30pm: Tiba di Jabatan Kecemasan HS. Buat pemeriksaan, ambil nombor, duduk menunggu pemeriksaan (oleh jururawat), duduk lagi kemudian rawatan oleh doktor, duduk lagi dan ke kaunter farmasi. Sambil urusan-urusan ini dilakukan oleh isteri, saya sempat mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak terlibat yang telah membuat temujanji di wakaf HS. Mesyuarat ini mencapai matlamatnya. Kemudian kami pindah ke warung Tuuuu Dia Pak Tam kat Bandar Baru Selayang untuk melayan perut yang semenjak siang tadi tidak diisi.

12:30am: Tiba di rumah dan anak-anak masih belum tidur, setia menunggu adik mereka yang tercedera. Kemudian kamipun ZZzzzzzzz keletihan semuanya.

3:30am: Terjaga, solat Isya' dan update blog ini. Keadaan Budin masih belum dapat dipastikan hingga kini kerana masih tidur. Walau bagaimanapun doktor telah memberi surat khas untuk dirujuk semula ke ED HS jika beberapa simpton timbul nanti.

4:30am: Tidur semula .....

Monday, June 28, 2004

SELAMAT BERBAHAGIA RUDY-INSYIRAH


pasangan pengantin di samping sebahagian daripada Geng Jurnal (GEJU) yang turut hadir di Banting semalam. Kalau nak foto lagi besar, klik sini ...

menampi padi
beras kunyit ditabur
bersatu hati

meraut lidi
melilit warni manggar
rumahtanggaku



Saturday, June 26, 2004

mengapa ENGLAND kecundang?


RAMAI peminat bola sepak di negara ini yang menyaksikan EURO2004 merasa terkilan apabila England tewas di kaki BelandaPortugal. Peminat England semuanya tak puas hati, marah dan geram. Alahai.... England hanyalah sebuah pasukan negeri, masakan boleh menang bila berdepan dengan sebuah pasukan nasional. England tu bagaikan pasukan Pahang (yang mewakili Malaysia) dan berdepan dengan pasukan Korea, masakan boleh menang?.

Semua tahu yang UK terdiri daripada England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.
England = England (proper) + Wales
Great Britain = England + Wales + Scotland
United Kingdom = England + Wales + Scotland + Ireland Utara
Taklukan QEII = United Kingdom + Isle of Man, Channel Isl. etc.

Entah bagaimana England boleh mewakili UK dalam Euro2004?. Sebenarnya UK tidak pernah ada pasukan bola sepak sendiri. Biasanya Englandlah yang lebih menonjol dan ia akan mewakili UK atas nama England. Kadang-kadang tu pasukan lain juga turut bermain seperti Scotland dan Wales dalam pertandingan yang lain.

Entah bagaimana agaknya orang UK ni berbangsa Britain ( British) dan berbahasa England (English).

Friday, June 25, 2004

SAKIT KEPALA



gelap pandangan
nadi berdenyut kencang
mana panadol?



SAYA pasti semua antara kita pernah menghidap sakit kepala. Terlintas untuk menulis mengenai tajuk ini bukan kerana saya sedang diserang oleh sakit kepala, namun kerana sebab-sebab lain. Yang pasti ialah untuk memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang bertanya (dan mungkin risau)mengenai kesihatan saya. Alhamdulillah saya sihat (tetapi tidaklah fit sangat).

Apabila seseorang mengadu mengenai sakit kepala, biasanya majoriti kita akan menghubungkannya dengan migrain. Namun saya tidak begitu selesa dengan istilah migrain sebab saya kurang pasti samada ia adalah migrain atau tidak. Pada umumnya sakit kepala boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Pertama sakit kepala ketegangan. Kedua, sakit kepala alahan, selalunya terjadi disebabkan demam dan selsema. Ketiga, yang paling derita ialah sakit kepala migrain.

Migrain ditakrifkan sebagai sakit kepala yang teruk dan berulang datangnya yang biasanya hanya menyerang pada satu bahagian kepala sahaja. Sesetengah orang kampung memanggilnya sebagai sakit kepala sebelah. Pada kebiasaannya penghidap migrain "tahu" bila mereka akan diserang sakit kepala ini dan jika langkah pencegahan awal dapat dilakukan (seperti makan pil penahan sakit dan sebagainya), ia sangat berkesan. Memang saya adalah salah seorang daripada jutaan manusia yang sakit kepala. Namun, berdasarkan takrif di atas rasa-rasanya ia bukanlah migrain. Bila sakit kepala apa yang saya buat?. dulu PANADOL, kini ia tidak lagi berkesan dan saya bertukar kepada PONSTAN.

Dulu pernah saya ke Jepun selama 6 bulan dan membawa sebotol besar panadol. Namun sebijipun tidak berusik, kerana tidak memerlukannya. Selama setahun di UK juga saya tidak memerlukan panadol atau ponstan. Mengapa ya?. Seorang doktor membuat kesimpulan (sebelum saya ke luar negeri lagi) bahawa saya sakit kepala kerana alergik kepada cuaca. Setelah membuat beberapa pemeriksaan dan ujian, termasuk scan dan sebagainya di HKL, doktor mencadangkan yang sakit kepala saya adalah dalam kategori 'muscle strain' dan jika ada migrainpun, ia adalah 'mild'.

Apakah dia muscle strain?
Sakit kepala ketegangan berkait dengan aktiviti harian dan gaya hidup. Sama ada penyebabnya dari kesan emosi atau fizikal, kesannya dan penderitaannya adalah sama, iaitu kesakitan dan ketidakselesaan fikiran. Kita tidak dapat menumpukan daya fikiran dan kreatibiti sekiranya kita mengalami sakit kepala.

Pelbagai cara dilakukan oleh pesakit untuk mengatasi rasa Sakit Kepala. Di antaranya ialah:-
1. Ubat penahan sakit seperti penadol, ponstan dll
2. Urutan
3. Minum teh pekat
4. Minum coke

Anda Bagaimana?.



Thursday, June 24, 2004

TiPS TEMUDUGA




wajah ceria
soalan hanya kacang
hati berdebar

KAMI berdua menemuduga lebih 70 calon untuk mengisi beberapa jawatan kosong. Pengerusi temuduga bertanya soalan yang sana kepada setiap yang datang:-

panel: Sebutkan 10 negara ASEAN
calon: malaysia, indonesia, filipina, thailang ......
panel: stop. OK sebutkan pula negetri-negeri di malaysia
calon: selangor, sabah, sarawak, kedah, perlis .......
panel: OK stop. tiada soalan lanjut. Next ...

Saya tanya mengapa dia bertanya soalan yang simple sangat dan terus boleh buat keputusan. Jawapannya ialah: Soalan mula-mula tu hanya sebagai pembuka jalan. Jika calon tak dapat jawab, dia sudah gabrah. Dalam keadaan gabrah begitu, kita tanya soalan yang senang, seolah-olah memperlecehkan dia saja. Lagilah dia panik. Tetapi sebenarnya saya tidak memperlecehkan sesiapa. Jawatan ini memerlukan seseorang yang boleg berfikir secara logik dan teratur, walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Rahsianya ialah di soalan ke-2. Semua orang tahu@hafal negeri-negeri di Malaysia, tetapi tidak semua boleh jawab secara teratur. Seseorang yang mempunyai pemikiran yang teratur, akan menjawab secara teratur juga. Bukan main selangor, lompat ke Sarawak balik ke Kedah turun ke Johor. Walaupun dapat jawab semua, ini bukan orang yang dikehendaki. Orang ini tidak sistematik. Jawapan teratur@sistematik ialah yang mengikut susunan. Jawapan yang diperlukan ialah susunannya, samada ikut lokasi (selatan dulu baru utara atau sebaliknya) ataupun ikut kod. Eh kan ini jawatan orang guna kos-kod semua untuk buat program.

Oh begitu rupanya. Terima kasih Datuk.
[tamat].


Wednesday, June 23, 2004

RESAM ORANG BERNIAGA




wau merah biru
kapalterbang melayang
mana tujuan

BAGI sesetengah orang, berniaga ini adalah sinonim sekali dengan menipu. Bagi yang lain pulak mungkin berniaga bagaikan tidak boleh dipisahkan dengan riba'. Apa tidaknya, modal hanya 10 sen, tetapi dijual barangan dengan harga tiga ringgit. Teringat masa saya di Jepun pada tahun 80-an. Bekalan penting orang Malaysia bila ke luar negara ialah mee Maggi dan Brahim. Bagi Pak Arab pulak, mereka hanya membawa US$ untuk mengembara. Pak-pak Arab ni cukup respek kepada orang Malaysia dalam bab makan-minum ni. Kami hanya makan menu vegetarian sahaja di shukudo, memandangkan pada masa tersebut menu halal masih belum disediakan lagi. Dipendekkan cerita, apabila mereka tahu yang kita orang ada bekalan ayam, daging lembu dan daging kambing halal dari Malaysia, iaitu Brahim, maka mereka ni sanggup membayar US$10 untuk satu pek Brahim (masa tu harga di Malaysia baru sekitar RM1.50 rasanya). Keuntungan ini adalah berpuluh kali ganda jika menjual kepada mereka. Namun setelah bermesyuarat, ada di antara kami yang mengeluarkan "fatwa", haram berniaga sedemikian, jangan ambil untung berlipat kali ganda. Akhirnya kami menolong pak-pak Arab tadi dengan mengimpot Brahim ke Jepun dengan sedikit caj sahaja.

Umum mengetahui bahawa perniagaan pengangkutan udara bagi sektor dalam negara mengalami kerugian dan tidak menguntungkan. Tambang penerbangan dalam negara adalah terlalu murah dan syarikat menanggung kerugian yang teruk. Namun keuntungan penerbangan luar negara yang mmebolehkan tambang sektor dalam negara tidak dinaikkan terlalu tinggi. Itu kata mereka, kita manalah tahu sebab kita tidak pernah ada pengetahuan berniaga pengangkutan udara. Pendek kata, perniagaan ini adalah rugi, rugi dan rugi. Ini adalah strategi orang berniaga.... Logiknya, apabila ada syarikat penerbangan yang memberi harga murah bagi sektor dalam negeri, maka syarikat penerbangan yang kerugian ini sepatutnya gembira kerana secara langsung kerugian mereka telah dipindahkan kepada syarikat lain. Namun, mereka juga ingin adakan tambang murah. Adakah ini supaya menambahkan lagi 'kerugian' mereka?.

Tembelang terbongkar apabila kerajaan bercadang untuk memisahkan perniagaan penerbangan dalam dan luar negeri. Berikan sektor dalam negeri kepada syarikat lain dan dia tumpukan kepada sektor luar negeri sahaja. Ah.... rugilah kami jika begini. Sebenarnya sektor dalam negeri banyak menyumbang kepada keuntungan kami. JAngan tengok kepada tambang penumpang sahaja. Sektor dalam negeri lebih luas dari itu. Ia meliputi hotel, kereta sewa, limosin, catering dan banyak lagi. Tentu kami rugi jika syarikat lain ambil alih sektor dalam negeri. Eleh.... dulu kata rugi. Ini kerajaan nak tolong supaya kamu tak rugipun dikatakan rugi lagi. Macamana berniaga begini?.

Rasmi orang berniaga .... bila cukai naik, mengeluh wah kami dah rugi RM30 juta kerana struktur cukai baru. Dalam keadaan biasa tidak pula kata kami ada untung RM30 ribu, malahan tetap kata, berniaga banyak rugilah.....

Tuesday, June 22, 2004

FUJITSU




bukit nan kecil
gunung tinggi melangit
menghalang mata

SAYA pernah melawat ke Ibu Pejabat dan ke bahagian penyelidikan (R&D) Fujitsu di Tokyo lama dahulu. Ofis yang terletak di kaki gunung Fuji ini begitu santai sekali. Setiap pelawat yang tiba di sini akan dibawa ke anjung dan diberikan taklimat. Di antaranya ialah "Anda semua tahu, Fujiyama adalah gunung tertinggi di Jepun. Namun, dari anjung ini, anda tidak boleh melihat keindahan dan ketinggian Fujiyama. Pemandangan anda dihalangi oleh sebuah bukit kecil dihadapan ini. Bukit kecil itu ialah IBM dan Fujiyama ialah Fujitsu. Sesungguhnya Fujitsu ialah company no.1 di Jepun, namun ia selalu dibayangi oleh IBM".Itu cerita dulu-dulu, namun kini khabarnya Fujitsu sudah jauh merosot.

Kini saya memiliki sebuah notebook berjenama Fujitsu, atau lebih tepat lagi Lifebook S2020. Notebook ini canggih, anggun, kecil molek dan serba serbinya mempunyai kelebihan. Namun satu kecacatan bagi notebook ini ialah ia hanya dibekalkan dengan USB port dan tanpa serial port. Ini bermakna proses untuk mencetak tidak boleh dilakukan menggunakan printer biasa, iaitu printer model lama yang tidak mempunyai USB port. Namun yang amat menghairankan saya ialah, notebook ini masih gagal juga untuk mencetak menggunakan printer baru yang dibekalkan dengan USP port pun!. Ia berjaya mengesan printer dan memahami yang printer adalah wujud, namun tidak berjaya mencetak sebarang dokumen. Ia telah diuji oleh orang lain juga dengan menggunakan printer lain juga. Namun masih tidak berjaya. Di manakah silapnya?. Anda tahu?.

Lebih meyakinkan saya bahawa masalah ini tidak boleh diatasi ialah apabila seorang sahabat menggunakan P1120 (kalau tak silap) yang mempunyai masalah tidak boleh disambung ke streamyx. Sudah pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, namun notebook beliau tidak mahu berhubung dengan streamyx sedangkan notebook atau PC lain boleh.

Jadi lebih baik anda berhati-hati dan mmebuat segala pengujian yang diperlukan terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memiliki notebook sedemikian. Bagi anda yang mempunyai kaedah untuk mengatasi masalah di atas, amatlah dialu-alukan.

Monday, June 21, 2004

BERUK DENGAN PISANG





monyet dan pisang
pancutan air api
masih berani?


INI hanyalah kisah dongeng zaman dahulu kala. Kononnya pada suatu hari ada 4 ekor monyet melapor diri untuk memulakan tugas. Setelah mereka selesai mengisi pelbagai jenis borang dalam komputer yang disediakan, maka keempat-empat monyet ini ditempatkan dalam sebuah bilik yang sederhana besarnya. Mereka diberikan pas pekerja dan memakai tag nama yang dikenali sebagai A, B, C dan D. Dalam bilik ini terdapat satu tangga dan di atasnya terdapat sesisir pisang yang masak ranum.

Monyet-monyet ini diberikan kebebasan untuk membuat apa sahaja pekerjaan melainkan memanjat tangga yang terdapat pisang tersebut. Apabila penyelia meninggalkan bilik tersebut, apa lagi bagaikan beruk dengan pisang!. Monyet-monyet ini memang tidak boleh membiarkan pisang tanpa diusik. Mula-mula A cuba menaiki tangga untuk mengambil pisang. Namun ia dipancut dengan air sebagai amaran. Kemudian B pula mencuba dan juga kena pancut. Begitulah seterusnya C dan D. Akhirnya keempat-empat monyet ini buatlah kerja mereka dengan tekun tanpa mengganggu tangga dan pisang tersebut.

Cukup bulan, A dipindahkan ke jabatan lain dan digantikan dengan E. Dia cukup hairan melihat senior begitu tekun bekerja tanpa tergoda akan pisang di atas tangga. Dia cuba menaiki tangga, namun cepat-cepat ditarik oleh B, C dan D supaya tidak meneruskan hajatnya. Bulan demi bulan, tahun demi tahun akhirnya B, C & D semuanya dah dapat kenaikan pangkat ditukarkan ke tempat lain. Mereka diganti oleh F, G dan H. Bila H cuba untuk memanjat tangga ini, E,F dan G semuanya melarang kerana takut disembur oleh air amaran, padahal seekorpun dari mereka belum pernah merasa disembur oleh air berkenaan.

Suatu hari, seekor monyet bernama M dinaikkan pangkat dan ditempatkan di bilik tersebut. Bila melihat pisang saja, monyet ini bagaikan beruk ler…. Dia kata mengapakan kamu-kamu beruk semuanya tengok saja pada pisang ini?. Bukankah ia adalah rezeki kita?. Walaupun dinasihati oleh kawan-kawan yang lain, M tidak peduli, dia nak juga kerjakan pisang tersebut.

Agak-agaknya adakah M akan kena air pancut juga?. …… Boleh M cuba?.


Friday, June 18, 2004

BERBAKTI KEPADA TANAH






meluncur laju
bualan kian rancak
menuju stesen



LOKASI: Dalam ERL dari KLIA ke KLSentral
MASA: Malam
TEMA: Sembang-sembang perkenalan

Aku: Apa business datuk?
Dia: Macam-macam. Construction ada, retails ada dan syarikat bas juga ada.
Aku: oooo .... hebat tu.
Dia: Saya ada restoran Jepun kat Malaysia dan restoran Melayu kat Jepun. Ada kilang roti (halal) kat Jepun ...
Aku: Ohhh sungguh menarik, siapa yang uruskan?. Siapa pekerjanya?
Dia: Anak beranak belaka. Saya beri dia kursus di Jepun, saya beri dia kerja. Senang gitu, susah nak lari. Anak beranak.
Aku: Menariklah.... ada peluang?
Dia: Kalau ada sedara mara nak belajar bertani kat Jepun saya boleh uruskan. Selain dari itu, jika ada anak dapat 5A dalam SPM, saya boleh uruskan belajar kat Jepun dan dapat biasiswa penuh kerajaan Jepun. Hmmmm kalau pergi mengikut kerajaan, kena ada 9 atau 10A tu....
Dia: Saya ada kawan kat Jepun. Dia ada 2 hektar tanah ditanam mangga. Pendapatan dia ialah RM8 juta setahun. Yalah, 8juta di sana tak sama dengan di sini. Kat sini boleh dikatakan dia dapat 200,000lah bersih setahun. Masih banyak tu...
ERL: Kita telah tiba di stesen KLSentral. Terima kasih kerana bersama kami. ....





Itulah tulis apa2 pun .......!
Tapi kan...kalau mba tulis ttg padi, gunung, bunga...selamat kot???
tomohiko | Email | Homepage | 06.10.04 - 9:31 am | #

Thursday, June 17, 2004

MELAYU TIDAK SEMBAHYANG




tiang agama
senget menanti patah
tidak sembahyang


MELAYU tidak semestinya Islam. Namun Melayu di Malaysia mempunyai sedikit kelainan, sebab "orang Cina boleh masuk Melayu", "Orang India boleh masuk Melayu" dan "Orang kafir boleh masuk Melayu". Seorang kawan memberi takrif Melayu bermakna seseorang itu tidak makan khinzir dan puasa di bulan Ramadhan. Orang melayu memang (ada) yang minum arak, namun jika dah sampai memakan daging khinzir, maka ia *bukan* lagi seorang Melayu. Orang Melayu juga (ramai) yang tidak sembahyang, namun jika sampai puasa di bulan Ramadhan juga tidak dibuat, maka dia bukan lagi seorang Melayu. - Maaf: Bukan takrif baru.

Hasil kajian seorang pakar motivasi Malaysia terhadap orang Islam di Malaysia (Kuala Lumpur, khususnya) menemui 80% daripadanya tidak mendirikan sembahyang lima waktu. Penemuan ini amat menyedihkan (harap-harap ia tidak betul). Golongan yang "tidak sampai seru "ini termasuklah yang berada di stadium bola, di pasar-pasar malam, dalam kenderaan, di pusat membeli belah, di tempat kerja dan sebagainya. Yang tidak mahu menanggalkan alat mekap juga begitu. Kajian yang sama juga menunjukkan cuma 10-15% sahaja pelajar sekolah yang bersembahyang lima waktu ini.

Oh sedihnya.... (didoakan semoga pembaca blog tidak termasuk dalam golongan ini)

Wednesday, June 16, 2004

LEFTO LIGHTO

MEMBACA entri Halela mengenai penggunaan dan penyerapan bahasa Inggeris dalam bahasa Jepun, MBA teringat peristiwa 15 tahun lalu. Ia itu hari ke-2 MBA menjejakkan kaki ke Okinawa, Jepun. Biasalah, pada hari pertama masih pening-pening lalat lagi. Hari kedua terus pergi ke bandar Naha. Jalan-jalan cari apa-apa sahaja.

Sebelum pergi, MBA bertanya tips macamana nak ke Naha pada fronto. Semasa nak balik, terlupa pulak nak tanya nak naik bas mana dan dekat mana. Lantas naik sahaja teksi dan beritahu pemandu tu kokusai senta onegaishimasu. Hait katanya. Untuk tunjuk macho dan tahu dengan jalan, MBA kata straighto. Dah sampai ke simpang cakap pulak lefto dan kemudian lighto. Bila dah sampai nanti, berhajat nak cakap stopo. Namun drebar teksi tu kata "Yu betar spik Ingelish. My Ingelish is betar then your Japanese".

Begitulah, bahasa Inggeris sudah meresapi bahasa Jepun dan diubahsuai sebutannya menjadi seolah-olah bahasa Jepun. Di antara yang popular ialah terebi (TV), departo (department store) dll.

p.s straingto - straight; lefto - left, lighto(ringhto) - right ;-)


Tuesday, June 15, 2004

MELAWAN ARUS ...





berhilir mudik
dari jeram ke jeram
menentang arus


APAKAH yang menyeronokkan dalam hidup ini?. BIasanya ialah makan bila lapar atau tidur bila mengantuk!. Walau bagaiamnapun di antara keseronokan dalam kehidupan ialah membuat perkara yang "terlarang" atau melawan arus.

surirumah: best ek orang kerja, boleh beli macam-macam..
orang bekerja:best ek jadi suri rumah,boleh rehat..
**kakngah2

Orang Kampung: Best duduk kat bandar, macam2 ada
Orang Bandar: Best kalau boleh balik kampung, udara segar, segalanya hijau

Orang Miskin: Bestnya jadi orang kaya, memang best... sapa tak mau kaya?
Orang Kaya: Oh bestnya jadi orang kaya, semua ada. Suatu hari aku akan jadi kaya jugak (tak cukup kekayaan yang ada).

Penunggang Motor: Ada kereta bestlah... hujan tak basah
Pemandu Kereta: Kalau naik motor lagi best, boleh cilok sana sini, tak jem.






Monday, June 14, 2004

balada hilang PETA





jalan yang mana
kiri ataupun kanan
kami dah sesat


HUJUNG minggu lepas kami ke Pulau Pinang kerana menghantar anak ke UiTM. Rasa-rasanya hotel yang paling hampir dengan UiTM di Permatang Pauh ialah di Bukit Mertajam. Jadi kami bermalam di hotel Summit Bukit Mertajam. Konon-kononnya buatlah tempahan melalui Internet dan dapatlah harga istimewa. Namun setelah tiba, petugas hotel buat-buat tak tahu saja apa itu 'Internet booking' dan buat muka sardin saja. Nasib baik bilik masih ada, namun kenalah bayar dengan harga biasa.

Lokasi hotel ini kami tuju berpandukan peta yang dicetak dari laman web pihak hotel. Namun peta tersebut tidak dapat diharap rupa-rupanya. Maknanya jangan harapkan peta. Andainya dah jumpa simpang, walhal dalam peta lukis jalan lurus, maka dalam kes ini peta dah tak boleh dipercayai lagi ...

Setelah tiba kat hotel, rupa-rupanya majoriti pengunjung ialah yang nak menghantar anak-anak ke UiTM belaka dan rata-rata tak tau tang mana UiTM tersebut. Bila ditanya pihak hotel tentang *peta*, depa dok kata "peta tu nak kata takdak, ada kot, tapi nak kata ada pun, macam takdak jugaklah. Ni hah peta ni doktak berapa nak nampak dah ehh. Kalau takat nak ke UiTM tu, tak payah petalah, ni hah ambil jalan depan ni, pi teruih ja... nanti banyak sign-board dok tulih UiTM tu. Tu tempat baghu, ghamai oghang tau tu.... tanyalah sapa pun, semua tau tu....".

Pagi-pagilah kami bersiaplah pi "cari" UiTM berpandukan *peta* yang ditunjukkan oleh pihak hotel. Dah nampak macam nak sesat, kami berhenti tanya orang kat tepi jalan dan orang tu jawab "waduh...waduh.... ngak tau apa itu UiTM pak!". Lepas tu kami berhenti kat stesen minyak dan bertanya pada atendan, jawabnya "saya orang Siam, tak tau tang mana Permatangh Pauh tu pun'. Nasib baiklah ada sorang tu cuba lukis atas kertas lebih kurang lagu mana nak ke UiTM tu. Dipendekkan cerita, sampailah kami ke UiTM cawangan Penang akhirnya.....

Yang menariknya ialah:-
1.Dari hotel hingga dah sampai ke UiTM tersebut, satu sign-board pun kami tak jumpa.
2.Kami dok surf seluruh google, satu site pun tak ada yang simpan peta ke UiTM Penang
3.Kat site UiTM sendiripun sikitpun tak cerita macamana nak sampai ke tempat yang dituju.
4.Lepas dah lukis peta, depa mintak RM3. Kalau setakat cerita saja free.... kalau nak "peta" ni, kena bayak RM3, mughah saja...... ;-)
5.Pada kebiasaannya, jika kita nak mendaftar diri di universiti luar negara, kat surat tawaran dah tertulis macamana nak sampai ke universiti tersebut samada kita melalui udara, darat mahupun laut.....
6. Kat negara kita, kita kenalah heboh tanya orang kat mana tempat tu.... moga-moga semua orang taulah, anak kita dapat masuk universiti dan moga-moga bertambah ramai kawan dan makin kuat ukhwah.
[tamat]

Friday, June 11, 2004

HOMESTAY IN JAPAN

ALHAMDULILLAH Ahmad Syahir dan semua kawan-kawannya telah selamat sampai ke Malaysia pada jam 6:11 petang semalam. Nampaknya semua budak-budak ini terlalu gembira berada seminggu di Jepun. Ini ialah bagi menjawab pertanyaan Halela di TagBoard.

Berikut ialah sedikit catatan untuk menjawab pertanyaan Mak Andeh juga di TagBoard, juga beberapa orang kawan lagi yang selalu bertanya mengenai perkara ini.

Program homestay ini dinamakan Kem Wakasa21. Ia dianjurkan oleh sebuah NGO di Malaysia, iaitu PAMAJA21 dengan kerjasama beberapa NGO dan juga kerajaan Jepun. Kelayakan umur kanak-kanak ialah dari 13-19 tahun. Walau bagaimanapun peserta semuda 11 tahun juga pernah terpilih, bergantung kepada keadaan fizikal dan saiz tubuh badan peserta. Satu sesi worksyop atau kem motivasi selama 4 hari (tinggal di asrama) biasanya diberikan terlebih dahulu kepada peserta yang berminat untuk menghadiri program homestay ini. Dari kem ini, diajar beberapa perkara seperti motivasi belajar cara Jepun, bahasa & budaya Jepun, seni budaya Malaysia dan kerohanian. Biasanya 99% peserta kem adalah layak untuk menyertai homestay.

Kos bagi homestay ini adalah dalam lingkungan RM12k, di mana RM8k dibiayai oleh pihak Jepun dan baki RM4k perlu dibiayai oleh ibu bapa. Cara pembiayaan ialah dengan menjual ruang iklan kepada mana-mana syarikat yang berminat. Segala surat menyurat dan hal-hal yang berkaitan akan diuruskan oleh penganjur.

Pada kebiasaannya, program ini dianjurkan dua kali setahun, iaitu pada musim panas dan musim sejuk dan bersempena dengan cuti sekolah di Malaysia. Program seterusnya akan diadakan pada penghujung tahun ini (Nov/Dis) dan bagi yang berminat bolehlah menghantar details anak-anak mereka kepada saya untuk saya majukan kepada penganjur untuk tempahan awal.

Thursday, June 10, 2004

SELAMAT HARI WEBLOG




tekun menulis
malam bertukar siang
ketagih blog


SEMALAM (9 Jun) adalah merupakan hari Weblog antarabangsa. Selamat menyambut hari weblog kepada semua penulis dan pembaca blog. Pertama kali saya menulis blog pada 12 Ogos 2002. Sehingga kini saya sudah menulis sebanyak 331 posting. Pada awalnya sekali sekala dan kemudiannya setiap hari saya menulis, kini penulis bercuti di hujung minggu.

Mengapa saya menulis?. Tiada sebab yang konkrit, mungkin secara suka-suka sahaja dan lama kelamaan mula ketagih ;-)

Apa faedahnya menulis blog?. Banyak faedahnya setakat ini. Umpamanya banyak dapat kawan baru di alam maya dan alam nyata.

Tak menyesal menulis weblog?. Ada juga kalanya terasa begitu. Saya sudah bekerja di empat buah pejabat sejak menulis blog. (Saya rasa) ketiga-tiga tempat sebelum ini tulisan saya tidak dibaca oleh rakan sepejabat, namun kini ia telah dibaca dan mula dibincangkan. Mungkin saya akan berhenti menulis atau mengubah kepada tema lain pula.

Sampai bila ingin menulis?.Setiap yang bermula mesti akan berakhir. Apabila tiba masanya saya akan berhenti jua.

Ada kenangan untuk dikongsi?. Setiap yang ditulis boleh dikongsi.



Wednesday, June 09, 2004

PANDANGAN JEPUN TERHADAP MALAYSIA





tidur sendiri

tanpa kawan kelahi

sunyi sekali



*lakaran bertajuk "the bed's to big (without you)" oleh Abdullah Jones. Inilah keadaannya keadaan Budin semasa ketiadaan Syahir.

ESOK (khamis), jika tiada aral merintang, Syahir akan pulang ke Malaysia setelah selesai program homestay di Jepun. Ada ibu kepada kanak-kanak ini telah menelefon saya bertanya khabar anak-anak mereka. Selamatkah mereka?. Sihatkah mereka?. Mengapa tidak telefon?. "Ah anak lelaki puan... mereka tak akan telefon punya... Jika puan nak dengar berita, telefonlah emak kepada budak-budak perempuan, tentu mereka dah telefon keluarga". Itulah nasihat saya, walaupun dalam hati juga risau akan mereka, khususnya Syahir yang dilahirkan semasa aprilfool itu. Moga-moga semuanya selamat....

Berbalik kepada homestay, berikut diperturunkan satu karangan asal (terjemahan) dari kanak-kanak Jepun yang homestay di Malaysia baru-baru ini. Ikutilah pandangannya terhadap Malaysia.

--------------------

Perkara-perkara yang dipelajari daripada orang-orang yang tinggal di Malaysia


“Wah….! Selat Melakalah!” Aaahh… Sudah tiba pun di Melaka. Di sini rupanya tempat tinggal datukku enam puluh tahun dahulu. Tetapi sekarang ini datukku terlantar baring di atas katil sebuah hospital di Yokohama. Semasa aku pergi melawat datukku di hospital, datuk memegang erat tanganku. Entah bagaimana bercerita pula dia mengenai kisahnya mengajar bahasa Jepun di Malaysia.

Pada musim panas yang lalu, aku bersama-sama keluarga telah membuat lawatan ke Malaysia, cuba mengesani sejarah datukku semasa bertugas di sana. Dari Kuala Lumpur, mula-mula, kami berangkat ke Melaka dengan kereta. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Singapura menaiki kereta api Tanah Melayu. Kereta api Tanah Melayu yang menuju ke Singapura itu melalui bandar Tampin, Labis, Kulai dan Johor Bahru. Pemandangan yang dapat kami lihat dari tingkap kereta api hanyalah ladang pokok kelapa yang berterusan tak putus-putus. Rumah berbentuk banglo terletak sebuah-sebuah, jauh di sana sini. Kami mengunjungi rumah sebuah keluarga yang bekerja di ladang pokok getah. Di dalam rumah itu tidak terdapat apa-apa, mencerminkan kehidupan yang miskin papa kedana. Walaupun mereka hidup miskin papa kedana mereka patuh dan tekun mendirikan sembahyang tepat pada masanya.

Semasa kami mencari tempat datuk mengajar bahasa Jepun kami juga mengambil kesempatan membuat lawatan ke Rumah Kanak-Kanak dan sekolah. Kanak-kanak yang tidak mempunyai keluarga dan kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan mereka sendiri telah menetap di rumah yang kecil itu bersama-sama dengan para sukarelawan. Kanak-kanak itu hanya mempunyai tiga helai baju sahaja, baju jalan, baju basah dan baju tidur. Bagi mereka, tiga helai baju itu sudah cukup untuk meneruskan kehidupan mereka. Makanan mereka pula dihantar oleh seseorang ke tempat itu, jadi, mereka tidak perlu bimbang tentang makanan setiap hari. Tetapi sekiranya mereka meninggalkan rumah itu, mereka khuatir dan bimbang mati kebuluran. Sebab itulah mereka berusaha bersungguh-sungguh di tempat itu. Semasa ibuku memberi beras kepada mereka, mereka tidak mengucapkan terima kasih sebagaimana lazimnya. Sebaliknya mereka berkata, “Kami akan doakan agar kamu mendapat rezeki daripada Tuhan di atas budi baik kamu”. Kata-kata mereka itu menghairankan aku.

Salah seorang daripada lima puluh kanak-kanak yang menuntut di sekolah rendah yang berdekatan dengan rumah itu, nampaknya hendak berbual-bual dengan aku dalam bahasa Inggeris. Pelajar itu juga bekerja di Rumah Kanak-Kanak supaya dia dapat hidup berdikari di masa depan setelah keluar dari tempat itu nanti. Kanak-kanak di situ bersyukur kepada tuhan semasa bapaku memberi sumbangan berbentuk wang kepada mereka. Aku sangat kagum dengan orang-orang Malaysia yang sentiasa berfikir bahawa mereka sangat bertuah kerana dirahmati dan dilindungi tuhan walaupun kehidupan mereka miskin papa kedana. Perasaan itu sudah menjadi sebati dengan mereka dan tersemat dalam jiwa mereka.

Selepas membuat lawatan ke Malaysia barulah aku sedar bahawa miskin atau kaya tidak dapat mengukur kebahagiaan hidup atau penderitaan hidup seseorang. Biasanya semasa kami hendak menghulurkan sumbangan kepada orang lain kami selalu menilai sama ada mereka miskin atau kaya. Kami fikir para sukarelawan atau kumpulan kerjasama antarabangsalah orang yang mempunyai wang dan berkemampuan memberi sumbangan. Tetapi sebenarnya yang paling penting bukankah setiap orang harus cuba berusaha memahami budaya sesebuah negara, menilai ciri-ciri yang baik yang dimiliki oleh penduduknya. Contohnya, walaupun mereka tidak berwang tetapi mereka hidup saling bantu membantu dan bertungkus lumus berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka. Semasa berjumpa dengan orang yang tidak dikenali pun, orang asing seperti kami, mereka tetap bersyukur kerana pertemuan kami ditakdirkan oleh Tuhan yang maha Isa. Perkara-perkara seperti itu sudah sebati dengan jiwa mereka, kami tidak boleh menganggap mereka itu miskin. Mereka sudah menjadi biasa dengan budaya hidup yang sentiasa mensyukuri rahmat Tuhan. Sebaliknya saya mempelajari sesuatu dari kehidupan mereka. Selama ini orang-orang Jepun bertungkus lumus berusaha untuk terus hidup hinggakan mereka terlupa akan nikmat tuhan. Saya mulai sedar apa yang diperlukan oleh pihak kerjasama antarabangsa. Mereka perlu pergi melihat dengan mata kepala sendiri, penduduk di situ dan kehidupan mereka yang sebenar serta menyelami perasaan mereka. Aku benar-benar percaya melalui kegiatan pertukaran segala kekurangan dapat diatasi menerusi sikap saling bantu membantu sesama insan.

Aku rasa semasa datukku mengajar bahasa Jepun di ladang pokok getah itu datukku juga dapat mempelajari sesuatu iaitu mengenali budi baik hati orang-orang Malaysia. Semasa aku melawat datukku di hospital, aku membawa gambar-gambar yang aku ambil di Malaysia dan juga menceritakan kepada datukku segala apa yang aku alami semasa melancong ke sana. Semasa itu datukku menitiskan air mata, tanganku dipegang erat dan tidak dilepaskannya.


Tuesday, June 08, 2004

MUSIM KAHWIN





kumbang dan bunga

memberi dan merasa

cinta setia


CUTI sekolah sudah masuk ke minggu kedua dan sinonim sekali dengan musim kenduri kahwin di negara kita ini. Teringat masa dulu-dulu di mana mba mengadakan kenduri kahwin bukan di musim cuti sekolah. Sebab utamanya ialah orang tua-tua berpendapat bahawa kenduri kahwin elok dilakukan pada bulan-bulan tertentu Hijrah dan kebetulan ianya bukan pada masa cuti sekolah pada masa tersebut. Sebab keduanya ialah kerana semua tukang masak dan awak-awaknya telah ditempah oleh orang lain pada masa cuti sekolah. Maka timbullah dialog yang lebih kurang begini:

"Mengapa kenduri tak buat masa cuti sekolah?"
"Urusan orang tua-tua, kita ikut saja. Lagipun tukang masak semua dah habis ditempah"
"Betul ke kau kahwin ni?.... orang buat kerja kahwin masa cutilah!"
"Mengapa?... syarat sah kenduri kahwin mesti cuti sekolah ke?"
"Taklah gitu.... kalau di luar cuti sekolah tu, macam ada apa-apa jer!"

Teringat juga masa bujang di mana setiap kenduri kahwin kawan-kawan adalah saat yang ditunggu-tunggu. Tak kirakah di Perlis ke, di Johor ke, semuanya kita akan ikut serta. Konon-kononnya dengan harapan bila kita kahwin nanti (belum tahu kat mana, lum ada girlfren) kengkawan akan pergi jugaklah. Tapi sudahnya, bila tiba giliran kita biasalah... kengkawan yang dah kahwin banyak alasannya. Misalnya isteri sakitlah (kena picit), mak mertua feninglah (kena balik), kucing beranaklah (kena ziarah) dan seribu satu sebab lagi. [Adik-adik yang lum kahwin kena ingat tu aaaa...]

ini nota peribadi:-
Mengenai hak-hak atas kenduri kahwin ni pulak... rasa2nya (kalau tak silap):
- Jika tak dijemput, haram pergi
- Jika dijemput, mesti pergi
- Jiran-jiran semua mesti dijemput (40 buah rumah di sekeliling masih dikira jiran)
- Jangan ganggu ketenteraman jiran (halang lalulintas, kebisingan melampau, jiran dapat cium bau jer dll).

Monday, June 07, 2004

NASIB KITA SIAPA YANG TAHU





yang tua gugur

yang muda kena cantas

pucuk ketawa


SUDAH menjadi lumrah bagi daun-daun, yang tua akan gugur dan yang muda menjadi tua dan turut gugur jua. Entah-entah semasa daun tua gugur, yang muda gelak ketawa agaknya. "pada muka dia, dulu sombong sangat, sekarang sampai giliran, gugur juga...".



Melihatkan kepada notis di atas yang tersiar di akhbar perdana hari ini, membuatkan mba berfikir sejenak. Cuba bayangkan ia adalah notis untuk diri sendiri....

Setelah puluhan tahun bekerja dan menyumbang bakti kepada jabatan. Dengan segala pahit maung dan sukar sengsaranya. Keluar notis sebegini yang mengandungi seribu makna. Lagi 100 hari dari tarikh persaraan, sudah dikeluarkan notis sebegini. Semoga pembaca sendiri boleh membuat penilaian sendiri. Inilah nasib daun ....

Sunday, June 06, 2004

RUTIN PAGI AHAD





di pagi ahad

dari gerai ke gerai

memilih ikan


Friday, June 04, 2004

KAWAN DAN SAHABAT




sejambak bunga

wangi seluruh alam

seorang teman




KAWAN-KAWAN berpesan: "kau pergilah.... rugi kalau tak pergi, kelak kau akan menyesal. Teknik rebonding ni sesuai untuk kau". Bekas bos aku kata "Saya bangga kau dapat naik tangga tu. Walaupun kau dah naik tangga tu dan duduk lebih tinggi dari saya, sebenarnya kan, sejak dulu lagi awak dah duduk di tangga yang tinggi kat sini. Kat sini itulah tangga tertinggi yang ada. Kita tak ada bajet nak tambah lagi anak tangga. Maklumlah harga simen mahal, harga boroh lagi mahal. Tak apalah, daripada tinggikan tangga, prioriti kami nak tambah barang dapur, biar anak-anak yang ada ni cukup makan. Biar mereka boleh jadi tinggi jugak walaupun tak naik tangga tinggi". Pergilah, tapi jangan lupakan kami.

Aku pulak menasihati sahabatku supaya jangan pergi, duduk rumah, jaga anak, jaga emak, jaga segalanya. Awatlah aku ni teruk sangat? Teruk ke aku ni?. Aku ada seorang sahabat, dia kerja sebagai hobi dan untuk memenuhkan masa lapang sahaja. Minat dia memang bekerja. Bila diamat-amati, belanja make-up dia sebulanpun adalah jauh lebih mahal daripada gajinya. Sebiji tayar kereta Siri-7 dia tu dah beribu lemon dah tu... Jadi buat apa kerja jika kat rumah boleh dapat semua benda?. Kalau nak kerja jugak, bolehlah jadi PA kepada suami ke, atau jadi pengarah di syarikat suami atau minta modal seketul dan jadi bos di syarikat sendiri saja. Tak perlulah jadi kuli kepada orang lain. Namun dia nak kerja jugak.... Kemudian aku kata, you ni dah merampas hak orang lain tau, orang miskin yang nak kerja untuk menyara mak bapak kat kampung, yang perlukan duit untuk meneruskan hidup..... masih teruk jugakkah aku ni?.
[tamat]

Thursday, June 03, 2004

JAMBAN DAN KASUT





sepasang kasut

merah hijau dan biru

megah berjalan



KAMI sekeluarga baru saja pulang dari KLIA kerana menghantar Ahmad Syahir (anak keempat kami) yang akan menjalani program homestay di Nagasaki, Jepun. Syahir merupakan peserta paling kecil dalam kumpulan 18 orang pelajar (tingkat 1 - 5) yang mengikuti program ini. Malahan beliau juga dikenakan tambang kanak-kanak semasa menaiki ERL dari KL Sentral ke KLIA.

Mengikut program, Shahir akan ditempatkan di rumah keluarga petani di daerah Chijiwa. Kata koordinator, Chijiwa ini samalah seperti Tanjung Malim di Perak. Khabarnya kegiatan pertanian di perkampung ini sangat moden. Rumah petani dan ladangnya dalam 2 km. Namun petani tidak pergi ke ladang untuk menyiram, membaja atau apa-apa rutin kerja harian. Semuanya diuruskan dari rumah melalui komputer.

Sebelum berlepas, koordinator berpesan. Jika anda ingin menilai seseorang, lihatlah pada kasutnya. Jika anda ingin menilai sebuah keluarga, lihatlah keadaan jamban @ toilet nya. Itulah penilaian orang-orang Jepun, katanya.





DULU, JICA Malaysia berpejabat di sebuah bangunan di Jalan Raja Laut. Kini telah berpindah ke Menara Citibank. Mengikut cerita, sebab utama perpindahan pejabat tersebut ialah kerana jamban di bangunan terdahulu tidak diselenggara dengan betul dan JICA merasa malu terhadap pelanggan yang datang berurusan di pejabatnya.


p/s: Kredit kepada pejabat lama yang mempunyai jamban yang 20X lebih bersih, wangi dan terurus berbanding dengan pejabat baru .....


Wednesday, June 02, 2004

DAH LAMA DAH ....

bos di hospital
suasana gembira
minda bercuti


DULU saya mempunyai seorang bos yang cukup popular. Beliau popular kerana fe'el dia yang memang hebat. Mungkin garang tidak tepat, tetapi bengispun bukan juga. Pendek kata, perkataan seperti bodoh, babi, gila, cilaka dan banyak lagi adalah merupakan kata-kata biasa yang dihamburkan kepada anak buahnya. Tetapi saya tahu dia memang baik hati dan di antara anak buah yang tidak makan saman dengan beliau ialah saya. Kerap kali dia kalah bila berhujah dengan saya. Namun sebagai bos, dia tetap mengaku dia betul dan sayapun tidak kisah sangat mengenainya. Dia ni memang terkenal dengan seorang yang amat rajin bekerja dan tiada istilah cuti dalam perkhidmatannya. (BTW .... saya tidak mengambil walau seharipun cuti semasa berkhidmat dengan majikan terdahulu).

Dengar ceritanya, ada anak buah yang jatuh berdebuk dan pengsan terkena marah. Satu hari dia memarahi anak buah saya. "Apa, awak gila ka?". Budak tu menjawab dengan selamba dan penuh manja ... "Ya... saya memang gila, I gilaaaa kat you... sekarang apa you nak buat kat I?. I yang gila ni?". Kata-kata hikmat itu telah menjadikan budak itu tidak lagi kena marah. (entah apalah hati orang tua tu berkata-kata agaknya....).

Hendak dijadikan cerita, bos ni jatuh sakit dan dirawat di hospital agak lama juga. Kami-kami semua pergilah ziarah dia kat hospital dan kat rumah dan bawa buah-buahan dokumen-dokumen yang memerlukan tandatangan dia. Dengan nada agak sebak dia berpesan supaya jangan rajin sangat kerja. Jangan mati-mati sebab nak kerja. Jangan pedulikan sangat deadline dan sebagainya. Yang paling penting ialah kesihatan. Jagalah kesihatan, bawa bertenang dan kerja tu soal ketiga. Soal pertama ialah kesihatan, lepas tu famili dan kemudian baru fikirkan pasal kerja. Dalam hati kita orang, wah seronoknya bila bos sihat nanti, kita semua boleh relaks!. Namun bila beliau dan sembuh, perangai lamanya datang semula .... kerja, kerja, kerja. Mana boleh relaks!.

Sebenarnya kan ... Dah Lama Dah saya fikirkan soal ini.... mengapa kita perlu kerja bermati-matian?. Mengapa kita menghabiskan masa di ofis lebih lama dari di rumah? Mengapa kita terkejar-kejar akan pangkat dan harta?. Adakah pangkat dan harta boleh membantu kita ke arah yang lebih baik di akhirat nanti?. Jika iya, mengapa pula ada orang yang menolak kenaikan pangkat?. Setelah berfikir sejenak, saya rasakan jauh lebih baik saya tolak+tarik saja ....

Apa kata anda?

p.s: Sepatutnya tulisan di atas dibaca dalam nada sedih.... namun saya percaya tentu ada yang gelak membacanya :-)


Tuesday, June 01, 2004

YANG :) dan YANG (:

SEMALAM adalah hari terakhir di pejabat lama dan hari ini akan melangkah melapor diri di pejabat baru. Dari Mac hingga Jun ini sudah empat buah pejabat dihuni. Ia merupakan satu rekod peribadi yang mungkin tidak dapat diatasi lagi.

Dalam mesyuarat terakhir semalam, mba merapulah sikit dengan anak buah. "Dari sejarah jabatan kita, bos datang dan pergi. Bos tak penting sebenarnya. Sesiapa saja boleh duduk atas kerusi (baca: panas) saya ni, tak kisah sesiapapun sebenarnya. Tapi yang penting adalah anda semua. Sebenarnya andalah yang menggerakkan jabatan ini. Esok secara rasminya pengganti saya akan melapor diri. Anda berilah sokongan kepada beliau sebagaimana yang anda telah berikan kepada saya. Saya berbangga duduk dan bekerja di sini. Anda semua adalah yang cemerlang, yang terbaik di sini. Cuma satu saja yang saya nak tinggalkan pesan. Ia itu dokumentasi. Banyak orang boleh bekerja dengan cemerlang, namun harus diingat bahawa kita dinilai melalui kertas, melalui dokumentasi. Segala perkara yang legal dihalusi melalui dokumentasi. Oleh itu saya sangat berharap semoga segala dokumentasi standard seperti fail meja, SKT, manual prosedur kerja, standard operation prosedur (SOP) dan projek akreditasi kita diteruskan dengan jayanya tanpa mengira siapa yang akan mengetuai anda di sini".

-----------------------------------------------------
Di antara yang :)

memang mba bab bab menulis ni cayalah. Itu yang syok baca bloger dia... boleh buat tersenyum sorang-sorang.
| yani | 2004/05/29 2:28 PM |

---------
Aku yang tengah carca marba
Bismillah,

2 hari nih aku tengah takdak mood nak menulis . Aku tengah berperang mencari jawapan dan alasan untuk aku meneruskan penulisan berkaitan dengan kehidupanku. Aku telah jelaskan bahawa apabila aku menulis ,maka diri aku yang sebenar akan mula muncul .Aku tak suka !! aku tak suka diri aku yang serba lemah dan daif ini diketahui kerana apabila aku menulis aku menulis dari hati.Aku tak mahu isi hati aku diketahui oleh beberapa orang yang aku tak suka. Selagi aku ada di atas garis yang dibenarkan ..biarkan aku jangan kaco!! ... Hidup aku berkocak dan carca marba !! Mungkin aku telah melakukan kesilapan kerna menghebahkan weblog ini. Perlukah aku menulis lagi? aku hampir-hampir mendelete weblog ini ... tetapi ketika aku tidak keharuan itu..aku telah bertamu di teratak abang MBA ..

Cebisan kata-katanya merawat luka yang kembali berdarah ini .terima kasih .Nampaknya aku harus terus menulis..hehe.

(Ini tidak berkaitan dengan geju dan kawan-kawan yang baik dengan aku)


posted by syeikh at 2:44 PM | Comments (5) | Trackback (0)
-----------

Yang :( pulak, lainkali sajalah. ;-)


Monday, May 31, 2004

GOLF: sukan atau ....?

BERMACAM sinonim diberikan kepada perkataan GOLF. Di antara yang popular termasuklah "Golongan Orang Lemah Fikiran" dan "Golongan Orang Lupa Famili". mba tercuit untuk menulis mengenainya apabila terbaca temuramah dengan bekas menteri kabinet mengenai nasib golongan veteran yang telah tidak memegang apa-apa lagi jawatan penting. Beliau mempunyai handicape 7 dan tidak banyak orang yang mempunyai 'single handicape' dalam permainan ini. Ini bermaksud tidak ramai orang yang tahu bermain golf. Walau bagaimanapun memang ramai pemain dan peminat golf di negara kita ini. Kebanyakan daripada mereka memang tidak tahu bermain (diukur dari handicape mereka). Yang lain pula bermain kerana suka-suka atau terpaksa.

Banyak cerita kita boleh dengar mengenai permainan golf ini. Banyak deal perniagaan dibuat atas padang golf. Ada juga cerita promotion juga boleh berlaku atas padang golf. Namun begitu ada juga cerita duka di padang golf ini.

Berbalik kepada temubual yang dimaksudkan, beliau agak terkilan apabila tidak lagi menerima jemputan untuk bermain golf setelah tidak lagi memegang jawatan dalam kabinet. Menurut beliau perkara ini adalah sesuatu yang begitu lumrah di negara kita ini. Golongan veteran yang 'tidak boleh memberi apa-apa' lagi akan dipinggirkan begitu sahaja. Biasalah kan? semut hanya menghurung gula. Apabila habis manisnya, semutpun tiada lagi.

Ini menunjukkan bahawasanya golf bukanlah sukan, tetapi sokan....
+ Ramai orang kita tunggu dijemput untuk main golf (nak main free?)
+ Jemputan bermain golf hanya untuk yang tidak pandai (handicape besar) - takut kalah?
+ Seseorang boleh bermain/berlawan golf seorang diri (hantam sajalah)
+ Ada orang bersara awal untuk bermain golf (ini pemain golf pro)
+ Petanda bos yang sibuk (saya dah seminggu tak main golf ... wow sibuk betul ni... )
[stop]

Saturday, May 29, 2004

AUTOMATIK ATAU MANUAL?

RAMAI orang tidak perasan bahawa dalam hampir semua ciptaan, versi automatik adalah dijenamakan lebih awal daripada versi manual.

Misalnya sebuah kereta. Setelah bertahun-tahun kereta "jenama X" berada di atas jalan, barulah kereta automatik dipasarkan dan dinamakan kereta "jenama X -automatik". Hendak atau tidak, secara sukarela atau terpaksa kereta terdahulu dipanggil dengan kereta "jenama X - manual". Maknanya yang "automatik" datang dulu kan?.

Begitu juga dengan sebuah kamera. Jika dulu sebuah kamera adalah sebuah kamera. Tetapi setelah kamera jenis automatik atau auto fokus dikeluarkan, maka kamera terdahulu diberi nama kamera manual. Sekali lagi yang automatik keluar dulu kan?. Sekarang ni pulak, dah ada kamera digital, maka kamera terdahulu samada manual automatik telah dipanggil sebagai "kamera biasa" atau "kamera bukan digital" atau "kamera analog?".

Berbalik kepada kamera ni, tujuannya ialah untuk mengambil gambar. Namun sesetengah orang kita pada suatu masa dulu cukup anti dengan kamera auto. Kalau gambar-foto yang diambil menggunakan kamera auto, mereka akan kata 'ala itu kamera auto, tak ada seni, senang sangat nak guna....' dan macam2 lagi. Bagi "kamera biasa" yang kena fokus secara manual dan macam2 lagi tu, walaupun hasilnya tak seberapa (sebab tuan punya kamera kurang seni, bukan sebab kamera) maka hasilnya boleh dipuji sebab ia bukan kamera auto. Jika begitulah keadaannya .... lebih baik ambil gambar pakai lukisan saja kan?. Lagi seni, lagi manual . Tak payah pakai mesin betul tak?.

kereta manual ....

Begitu juga dengan kereta. Sesetengah dari orang kita tidak suka sangat dengan kereta auto. Alasan standard yang digunakan ialah 'tiada power', 'senang rosak', 'kereta orang pompuan', 'harga jual semula murah' dan banyak lagi dan banyak lagi. (Jalan kaki lagi manual dari berkereta)

--> Mengapa kita lebih suka yang susah lagi menyusahkan dalam kehidupan ini?

Thursday, May 27, 2004

DARIHAL KABEL

kabel
KABEL pada asalnya bertujuan untuk menghubungkan lebih dari satu objek.
Namun pada hari ini, kabel sudah menjadi semacam peribahasa yang memang dikatahui umum. Misalnya "ada kabel", "kabel besar" dan seumpamanya yang membawa maksud ada hubungan atau connection.

Dalam kerjaya, dalam politik, dalam perniagaan biasanya kabel sudah menjadi suatu yang lumrah. Tanpa kabel banyak benda yang akan menjadi susah. Lagi besar kabel pula lagi laju dan lancarlah perjalanannya.

Namun mba sudah menemui banyak kes di mana kabel juga kadangkala lebih melambatkan proses. Seorang kenalan mba sangat kamceng dengan bosnya (kira-kira dia bergantung kepada kabellah tu, atau mungkin juga kabel tersebut yang bergantung kepadanya). Bila tiba time naik pangkat, bos tadi tak mahu lepaskannya keluar. Jadi jalan yang ada ialah dengan wujudkan jawatan KUP (khas untuk penyandang). Jadinya beliau tidak boleh naik pangkat sehingga KUP tersebut diluluskan.

kabel ini terlalu banyak, entah kemana penyudahnya. Entahkan kuat entahkan kusut

Dalam sesetengah kes pula, yang attached dengan kabel ini tak dapat naik selagi kabelnya tidak naik. Kekadangtu memang lama kena tunggu tu. Ada juga kalanya di mana (jarang-jarang atau kadang-kadang) orang yang tak bagus akan naik, sebabnya?. Bos nak minta dia keluar dari organisasi. Entah ya entahkan tidak, tetapi itulah beberapa cerita dongeng yang boleh didengari di warung ...


Wednesday, May 26, 2004

JODOH TAK PANJANG

SEMALAM saya menerima panggilan telefon "sila datang ambil surat". Surat yang dimaksudkan ialah surat tukar. "saya baru dua bulan kat sini. Sini seronok dan tidak ada masalah. Mengapa cepat sangat kena tukar?" (pertanyaan pura-pura tak tahu). "eh-eh naik pangkatpun tak nak ke?. Dah jodoh kat situ tak panjang". Hari ini surat tersebut sudah bertukar tangan dan esok terpaksalah mengadap bos untuk membawa berita baik dan berita buruk tersebut. Rasanya semua orang yang bekerja makan gaji ingin naik pangkat, namun tidak ramai yang ingin ditukarkan ke tempat lain. Justeru itu ada yang menolak kenaikan pangkat kerana terpaksa berpindah tempat kerja. Ini terutamanya bagi yang bekerja di state dan terpaksa berpindah ke federal.

Naik pangkat bererti bertambah tanggungjawab dan bertambah gaji. Namun pendapatan tidak semesti bertambah. Misalnya ada yang berjawatan rendah tapi jadi ahli lembaga pengarah tertentu dan dibayar imbuhan. Apabila naik pangkat dan berpindah, lembaga tersebut tidak ikut pindah. Ada yang pangkat rendah tapi elaun perbatuan beratus-ratus setiap bulan dan bila naik pangkat elaun tersebut tidak ada lagi sebab kerja tidak memerlukan buat kerja luar. Jika yang kerja state berpindah federal lagilah haru kerana kos hidup yang berbeda.

Walaupun bekerja di tempat sekarang cukup selesa, namun mba terpaksa akur sahajalah dengan isi kandungan surat tersebut. Apatah lagi bukan ramai rakan seangkatan yang terpilih. Mulai 1 Jun, mba akan beroindah ke pejabat baru lagi dan ii dah kira boleh memecahkan rekod perkhidmatan terpendek di tempat sekarang.....

Tuesday, May 25, 2004

JEPUN



MBA mula mengenali Jepun secara lebih dekat apabila berada di negara tersebut pada tahun 1989/1990 kerana menghadiri kursus system engineer di Okinawa International Centre. Setelah pulang ke Malaysia, MBA bergiat cergas dalam NGO The Japan International Cooperation Agency Alumni Society of Malaysia (myJICA)hinggalah sekarang. Semenjak tamat kursus tersebut, saya hadir pula kursus DP Manager di Okinawa dan kemudiannya kursis JICA-Net di Tokyo. Selain dari itu ada juga pergi ke Jepun atas urusan-urusan rasmi yang lain.

Melalui myJICA, mba bermesyuarat minima sekali sebulan dengan Jepun semenjak 1990 dan dua anak mba sudah ke Jepun dan yang ketiga (anak keempat) akan menyusul akhir bulan ini. Walau bagaimanapun mba tidaklah layak bercakap pasal Jepun. Mungkin sahabat mba Halela yang mempunyai pengalaman paling intim bersama Jepun selama hampir suku abad adalah paling afdhal. Walau bagaimanapun, ikhlas dikatakan mba masih tidak dapat memahami perangai orang Jepun, walaupun yang menjadi sahabat, guru mahupun jadi bos mba. YA kata mereka mengandungi pelbagai maksud yang bukan "ya" sebenarnya. Puji mereka tidak dapat difahami maksud sebenarnya. Kesetiaan orang Jepun terhadap organisasi, terhadap bos, terhadap ibu pejabat sukar untuk difikir dengan logik akal.

Monday, May 24, 2004

SINGAPURA

APABILA disebut perkataan Singapura, saya percaya ia membawa banyak pengertian kepada banyak orang. Di antaranya mungkin seperti berikut:-
- Boleh beli barang baik dengan harga murah
- Semuanya mahal di negera tersebut
- Negara polis
- Sebuah pulau yang tiada daya penarik
- Negara termaju di dunia


Salam tahun 70an-80an dulu, bagi pemuda-pemuda kampung yang bekerja di Singapura dikira cukup hebat. Apabila pulang ke kampung sekali-sekala mereka menjadi intipan dan bualan orang kampung dan saham mereka akan naik...

Kini, singapura tidak lagi sehebat dulu, namun kebanyakan orang Singapura masih lagi seperti dahulu. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat mereka adalah kurang a**r sedikit dan mengamalkan sikap kiasu (takut kalah).

Minggu lepas MBA menerima panggilan telefon dari satu vendor dari Singapura. Ia berpunca dari sepucuk surat yang mereka hantar yang tidak dibalas oleh MBA. Surat tersebut siap memberikan arahan supaya kita membuat sesuatu mengikut arahan mereka dan mereka siap memberikan dateline lagi. MBA tidak mahu menghairaukan kandungan surat yang tidak bertamadun yang mengandungi fakta salah tersebut. Dalam perbualan telefon tersebut MBA cakap, "CU in court", biar padan muka dia. Masalah bermula apabila mereka mengatakan yang perisian yang kita gunakan tidak berlesen dan mengikut auditan yang mereka lakukan, didapati seramai 4000 lebih kakitangan kami menggunakan perisian tersebut (siap dengan senarai nama). Sedangkan kami hanya mempunyai kurang dari 2000 kakitangan (termasuk drebar, jaga, tukang masak, peon dan yang setaraf dengannya yang memang tidak ada ID komputer langsung). Pejabat mereka di KL nampaknya jadi macam Pak Turut saja yang dicucuk hidungnya ....

Friday, May 21, 2004

MENGAPA MENULIS?

PADA kebiasaannya MBA menulis dan membaca di rumah. Setelah berada di pejabat, masa untuk intai-intai Internet agak terhad. Lantaran itu segala apa yang disapa oleh tetamu di TagBoard, comments, buku tamu (jika ada) Cuma akan dijawab setelah pulang ke rumah. Nampak macam kurang mesra pengunjung, tetapi itulah rutin di sini. Dalam 1200 pengguna PC di sini, kurang dari 40 diberi kebenaran untuk akses ke Internet. Ini adalah polisi yang baru dikuatkuasakan (sebab banyak yang menyalahgunakan kemudahan sebelum ini). Pengguna lain boleh akses Internet hanya di perpustakaan.

SEMALAM mba tidak menulis kerana terpaksa menyiapkan satu tugasan yang diperlukan dengan segera dan tertidur sebelum ia dapat disiapkan. Apabila terjaga semula menjelang subuh, terus menyiapkan tugasan tersebut sebelum ke tempat kerja di luar pejabat. Hajat di hati nak menulis menggunakan Treo600 semasa berada di luar, namun hajat hanya tinggal hajat. Walau apapun “teori” ramai pengunjung datang bila kita tak kemaskini blog bolehlah dipakai sebab lebih 200 pengunjung semalam telah dikecewakan kerana blog tidak dikemaskini.

BERBALIK kepada tujuan menulis. Penulis blog tersohor ada memberi ulasan terhadap “petua menulis blog” yang mba tulis. Ramai tak setuju supaya tulis pendik tapi konsisten. Katanya kalau tulisan tu baik dan menarik, panjang manapun akan dibaca jua. Memang betullah apa yang dikatakan. Namun bagi seseorang penulis yang baik, sudah tentu tidak lagi perlu mencari petua menulis. Oleh itu entri MBA terdahulu bolehlah dibaca sebagai “petua menulis blog bagi …. Buah cempedak di luar pagar” (termasuk MBA sendiri)

PENULIS tersohor juga menulis kerana ia ingin menulis. Ia menulis bukan untuk dibaca orang. Ia tidak akan menulis jika dia rasa tidak mahu menulis. Ia menulis bukan untuk dikunjungi. Ia menulis bukan untuk diulas. Berlainan sekali dengan penulis baru, sudah tentu kita ingin tulisan kita dibaca. Jika tulisan kita panjang sangat (macam tulisan kali ini) takut nanti pembaca bosan. Kita juga rasa seronok bila ada orang beri ulasan tulisan kita. Kita rasa gumbira jika ada tetamu sapa kita di TagBoard. Lagi riang jika ada yang singgah di buku tamu. Bagi penulis tersohor, semua ini tidak perlu dan tidak ada dalam blog mereka.

----------------------------------------------------------------------
TIPS hari ini:
JIKA inginkan buku tamu anda dipenuhi kunjungan, jangan adakah TagBoard dan comments dalam blog anda.

kata-kata hikmat hari ini:
Menulis blog bagaikan memasak. Jika makanan anda dijamah dah tentu anda seronok. Jika diulas lebih-lebih lagilah. Tukang masak kerjanya enteng.... hari-hari masak nasi goreng dan tidak perlu tahu samada juadah mereka dijamah atau tidak?

Wednesday, May 19, 2004

GURU SUPER


tokoh guru 2004

GURU SUPER ialah satu jawatan kenaikan pangkat kepada guru biasa yang setaraf dengan pengetua atau guru besar. Namun guru masih lagi mengajar seperti biasa dan tidak menjadi pentadbir seperti guru besar, pengetrua ataupun pegawai pendidikan di jabatan Pendidikan atau kementerian pelajaran.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan tentang guru super yang sedang dirundingkan dengan JPA, terdapat pelbagai sudut menarik untuk diperhatikan daripada kenyataan tersebut.

1. Guru Super bukanlah suatu perkara baru dalam bidang perubatan, di mana doktor yang tidak mahu menjadi pentadbir seperti pengarah hospital atau pegawai-pegawai di kementerian kesihatan masih berpeluang mendapat kenaikan pangkat yang tinggi (sehingga JUSA A, khabarnya) dan masih melakukan tugas harian sebagai doktor pakar. Mereka akan melapor kepada pengarah hospital yang jauh lebih junior daripada mereka.

2. Jawatan Guru Super telah dikemukakan pada tahun 1984 (dua puluh tahun lalu) oleh YAB Perdana Menteri yang pada masa tersebut adalah Menteri Pelajaran. (Maknanya tidak ada sebarang usaha dibuat untuk merialisasikannya sehinggalah beliau menyebutnya kembali setelah beliau menjadi PM)


3. YAB Perdana Menteri meminta JPA memberi tumpuan khusus mengenai isu Guru Super memandangkan JPA adalah di bawah Jabatan Perdanan Menteri. (pembaca bolehlah membuat kesimpulan sendiri mengenai ayat tersebut).


Setelah Guru Super menjadi kenyataan, elok juga rasanya ia dikembangkan ke skim-skim lain pula. Misalnya bagi pegawai IT yang suka dan berkebolehan membuat program, mereka tidak lagi berpeluang melakukan kerja tersebut dan kemahiran tersebut akan hilang setelah dinaikkan pangkat ke pengurus IT. Elok juga rasanya dijadikan jawatan IT Super supaya programmer masih membuat program dan system analyst masih merekabentuk sistem walau setinggi manapun pangkat mereka.


Tuesday, May 18, 2004

KITA TAK SERUPA

SEMENJAK berada di ofis baru ini, tiap-tiap hari ada orang datang berjumpa dan bertemu. Rasa-rasanya kad nama yang dah terkumpul bagaikan dah 2-3 tahun kerja. Temujanji dibuat seawal 7:30am lagi. Ada yang nak menjual. Ada yang nak berkenal. Ada yang nak berkempen.

Dalam menjual dan berkempen tidak semestinya apa yang dipakai di ofis A adalah elok dipakai di ofis B (walaupun kita di daerah yang sama). Ada satu produk (aplikasi komputer) yang hendak dijual. Ia telah 4 tahun digunakan di ofis A. Sangat berjaya katanya. Jurujual menggunakan pegawai dari ofis A untuk cuba mempengaruhi kita supaya membeli dan menggunakan produk tersebut bagi ofis kita. Namun orang-orang kat ofis kita memang "tidak boleh" menggunakan produk tersebut kerana suasana, sejarah dan falsafah ofis A dan ofis B adalah berbeza walaupun matlamat akhirnya adalah sama.

Namun pegawai dari ofis A tersebut sangat tidak puas hati apabila dikatakan yang ofis B tidak mungkin dapat menggunakan produk tersebut. Mungkin agaknya ada komisyen yang mengunggu, ia naik marah dan tidak begitu rasional lagi. Kami akan menyesal katanya jika tidak menggunakan produk tersebut, ia adalah produk terbaik, ia telah terbukti, ia adalah murah dan banyak lagi. Pujinya melambung-lambung.

MBA menggunakan analogi isteri dia. Isteri dia memanglah baik untuk dia. Memang sangat baik, memang sangat cantik. Pujilah isteri seadanya. Jangan berlebih-lebih. Dia puji isteri dia sebab isteri dia pandai masak, sebab isteri dia peramah, sebab isteri dia ringan tulang dan tidak berkira. (alahai .... kalau setakat itu, isteri kitapun tidak kurang juga hebatnya - dalam hati). Isteri dia memang bangun awal setiap hari dan mengejutkan dia untuk pergi kerja. Dia gembira sekali bersarapan di kedai mamak dengan kawan-kawan saban hari. Memang dia puji habis, sebabnya dia jenis yang tak boleh bangun pagi sendiri. Isterinya juga seorang yang pandai masak, sebab hobi dia ialah dok melepak kat kedai mamak. Isteri dia juga seorang yang amat peramah sebab dia ni agak berat mulut sikit (macamanalah engko boleh jadi jurujual bagi pihak jurujual tu pulak? - terpengaruh ya?). Bukankah Allah dah tentukan jodoh itu saling lengkap melengkapi?. Kalau dua-dua ramah semacam je, siapa yang nak jadi pendengar?. Kalau dua-dua jenis cakap sepatah-sepatah je, hmmmm.... TV & radiolah yang akan jadi jurucakap kat rumah....

Pendek kata produk A tu memanglah sesuai sesangat untuk ofis A, tapi tidak begitu cun untuk digunakan oleh ofis B. Habis cerita. Jangan marah.

Monday, May 17, 2004

BULAN PERTAMA DI OFIS BARU

LEBIH 22 tahun bekerja, kesemuanya di peringkat persekutuan. Ini termasuklah di pejabat ketua pengarah, agensi pusat, ibu pejabat dan bahagian di kementerian. Apabila dapat bertukar terus ke peringkat daerah secara melangkah bendul (tanpa ke peringkat negeri terlebih dahulu), ada perasaan seribu rasa.

Pada asalnya konon-kononnya banyak nak buat perubahan kat daerah ini. Namun setelah sebulan, barulah tahu langit itu tinggi atau rendah. Di peringkat daerah biasanya pekerja bekerja dengan lebih santai, lebih perlahan. Mungkin agaknya ia lebih jauh dari orang-orang besar. Namun yang pasti mereka tertunggu-tunggu keputusan yang mesti dibuat oleh peringkat negeri dan ibu pejabat. Ada kalanya hingga langsung tidak dapat bergerak dan berbuat apa-apa sehingga keputusan dibuat. Contoh paling klasik ialah duit. Jika duit tidak dihulur (walaupun bajet telah diluluskan) apa yang boleh dibuat di pejabat kecil?.

Namun keseronokan bekerja di sini ialah mengenai ukhwah dan segala-galanya dekat. Surau sepelaung saja, kantin beberapa langkah saja. Jika di KL dulu terpaksa pergi solat Jumaat awal-awal untuk dapat saf, kat sini jika lepas azan baru bertolak ke masjidpun masih boleh duduk saf depan lagi.

Friday, May 14, 2004

BENGANG

KELMARIN terima satu pesanan panggilan telefon lebih kurang begini: "saya so and so, dari syarikat XXX. Saya dapat no tuan dari sianu bin sianu. Sila telefon saya semula". Hati berkata .... sedapnya mulut kau bercakap.... Jika yang telefon tu sedara ke, kawan ke, kenalan ke lainlah jugak storinya. Jika sekadar salesman yang nak jual barang, jangan haraplah pegawai kerajaan nak reply semula (lainlah jika memang dia memerlukan sangat barang yang nak dijual tu). Biasanya salesman yang nak jual barang perlulah bersusah payah sedikit mencarai peluang niaga. Umpamanya buat temujanji, hantar surat/katalog, jemput seminar/launching dan sebagainya. Paling komanpun telefon memperkenalkan diri. Ini suruh kita telefon dia semula?. Banyaaaaaaaak punya cantik?. Dahlah hanya tinggalkan no handset saja. Kita ni dok pakai telefon sendiri dan dok bayar bil sendiri untuk kayakan dia orang ni.

Apalah punya salesman.

Satu lagi bab orang sales ini ialah bila barang dah beli. Pagi dia hantar invois, petang dah call atau dah terjongok kat depan ofis minta bayaran. Dia ingat gomen ni one man show punya company. Kalau dah seminggu dua hantar invois dan tak ada berita tu, logiklah juga buat susulan .

So jika korang ada kenalan salesman yang nak deal dengan gomen, nasihat-nasihatkanlah adab-adab begini .....

Thursday, May 13, 2004

MENGAPA AGAKNYA ?

MENGAPA agaknya di zaman dulu-dulu bila seseorang askar bergambar, dia mesti duduk atau berdiri senget dan menampakkan bahu?







.... jawapannya ialah kerana pangkat & kekuatan askar terletak di bahu






MENGAPA pula di zaman ini, CEO bila bergambar suka sangat pegang pen?

.... Jawapannya ialah kerana kuasa seseorang CEO terletak pada tandatangan dengan pen tersebut ...

Wednesday, May 12, 2004

ADAKAH INI WAJAR?

1. Sebuah gabungan pelajar melayu diberitakan akan mengadakan tuisyen percuma untuk peperiksaan PMR dan SPM kepada pesalah-pesalah juvenil yang ditahan disekolah-sekolah khas seperti sekolah H.Gurney, penjara dan sebagainya. Ini adalah untuk membantu mereka untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dan membolehkan mereka berdikari setelah dibebaskan nanti.

Tuisyen untuk PMR dan SPM ini biasanya memakan belanja beratus ringgit sebulan bagi setiap matapelajaran seorang pelajar jika ke kelas tuisyen. Adakah pelajar-pelajar miskin di luar bandar dan pendalaman mampu menghadiri tuisyen begini?. Apakah gabungan ini lebih wajar membantu pelajar miskin di luar bandar berbanding dengan pelajar samseng yang telah disediakan asrama?

2. Sebuah berita menyebut dan melaporkan bahawa pakar dan pencinta bahasa berkata bahawa mutu dan kemerosotan bahasa Melayu pada hari ini adalah disebabkan oleh bangsanya sendiri. (Bahasa Jiwa Bangsa).

Adakah wajar untuk menjadi pencinta dan pejuang bahasa Melayu, seseorang mesti mahir dalam bahasa Inggeris dan malahan semua anak-anaknya di hantar ke sekolah Inggeris?

3. Presiden Bush dilaporkan sebagai berkata bahawa Setiausaha Pertahanannya adalah bersalah kerana tidak memaklumkan kepadanya mengenai gambar-gambar penyiksaan tahanan Iraq kepadanya. Walau bagaimanapun Bush tidak menyalahkan setiausaha pertahanan itu.

Adakah itu wajar atau cakap orang yang tidak reti bahasa?

Tuesday, May 11, 2004

PETUA WEB: AKAR TUNJANG DAN BUNGA

Abrar: Bukankah petua menulis ni selagi kita ikhlas nak tulis pasti orang akan baca?:

Keikhlasan adalah sebagai akar tunjang. Namun ia berada dalam tanah. Pengunjung hanya nampak daun, bunga atau buahnya. Kadang-kadang tu buah yang manis belum tentu mempunyai akar tunjang yang baik. Walau bagaimanapun akar tunjang adalah paling penting, ia sebagai rukun dan usah dipertikaikan. Cuba kita tengok kepada bunga-bunganya pula:-

- bunga tanpa warna langsung: tak menarik
- bunga terlalu banyak warna: menyakitkan mata
- bunga terlalu besar : akses yang lambat
- bunga kecil sangat : susah nak tengok

Hs rasa hits jadi tinggi pada hari tak berupdate sebab pembaca akan ulang berkunjung untuk melihat samada blog dah diupdate ke belum. Kalau blog yang sedia berupdate, sekali masuk, lepas baca, tak datang lagi. tak tau samada teori ini tepat atau tidak...tapi yang hs perhatikan lebih kurang gitu lah.
hanyasayang


Inilah sebenarnya apa yang terjadi. Sepatutnya jika kita "ikhlas" tentang hits, eloklah:-

- cuma masukkan unique visitor sahaja
- jangan kira diri sendiri sebagai pengunjung


MBA, rasa2nya pengunjung tetap MBA akan datang jenguk dari subuh, kalau tak da, zohor jenguk lagi, kalau tak da lagi, asar jenguk lagi, kalau tak da lagi, maghrib pulak. So kalau tak da update, sampai malam lah pengunjung tetap akan jenguk.
Honeytar


Salah satu sebab mengapa hits meningkat tinggi.


hits ni yg buat tinggi kadang2 sebab search engine. pernah satu entry saya kat diaryland begitu ramai pengunjung. semua datang dr search engine yg mencari aksi2 terlampau. padahal saya tulis perasaan tak suka bila orang yang suka forward e-mail sebegitu, menonjolkan keburukan orang lain. akhirnya saya delete entry tu sebab saya tak suka cara mereka datang ke jurnal saya.
nectar


Ini adalah satu penemuan paling menarik.



Monday, May 10, 2004

POSLAJU YANG TIDAK LAJU

SEMALAM ke pejabat Poslaju di Brickfields kerana menuntut sekeping surat yang diposlajukan kira-kira 10 hari yang lalu. Tuan punya surat ini tinggal di taman perumahan bersebelahan dengan rumah penerima surat sahaja. Maknanya surat yang diposlaju tersebut mengambil masa lebih 10 hari untuk tiba ke destinasinya.

Pokok persoalannya ialah posmen tidak membawa surat tersebut apabila pergi ke alamat yang ditujukan, sebaliknya hanya membawa sekeping kad kuning dan dimasukkan dalam peti surat dengan catatan lebih kurang "tuan tidak ada di kediaman pada tarikh dan masa sekian, oleh itu sila tuntut surat di pejabat kami". Inilah penyakit yang sebenarnya berlaku kepada Poslaju. Jadi memang sia-sia sahajalah menggunakan poslaju.

Tahun lepas mba ada menerima sekeping kad mengenai surat berdaftar yang dialamatkan kepada mba atas kapasiti setiausaha sebuah NGO. Apabila ke pejabat pos untuk menuntut surat tersebut, pihak Pos meminta kad pengenalan kemudian minta cop NGO yang dimaksudkan. Bila diberitahu tak bawa cop, jawapan yang diterima ialah tak boleh ambil surat dan jawapan mba ialah OK, awak hantar balik surat ini kepada pengirimnya, saya tak boleh terima. Padan muka aku .... Juga sia-sia sahaja menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar.

Friday, May 07, 2004

PETUA MENAMBAH HITS KE WEBLOG ANDA




menghitung hari
pengunjung yang datang
membilang jari

SEMALAM mba tidak menulis apa-apa di blog. Walau bagaimanapun bilaangan pengunjung yang datang adalah lebih ramai berbanding dengan hari sebelumnya menulis mengenai “Malang Tidak Berbau” Mengapa begitu jadinya?.

MBA tidaklah hairan sangat (walaupun pelik juga) macamana blog yang bagus, yang ditulis pada setiap hari boleh menarik pengungjung melebihi 1000 sehari. Namun adalah sesuatu yang Pelik Bin Ajaib bila blog yang tidak dikemaskini dan pada hari-hari ia tidak ditulis boleh dikunjungi hingga 700 – 800 sehari. Kiranya blog kosong (yang tidak dikemaskini) ini adalah lebih hebat lagilah.

Nak tahu apa rahsianya?. Percubaan MBA dengan tidak menulis apa-apa dan mendapat hits yang lebih tinggi itu kan dah terbukti kebenarannya?. Ini lebih kurang membawa maksud pengunjung datang melawat penulis blog yang sakitlah ni. Dah tak boleh bercakap, ramailah yang datang. Maknanya juga, pengunjung tak suka melawat yang pet-pot-pet-pot tanpa henti…..

Nanti sama-sama kita berkongsi petua bagaimana nak menambah bilangan pelawat ke weblog anda. Tunggu minggu depan ya!… Sebab apa minggu depan?. Sebab tulis apa sahaja yang terbaik di hujung minggu, tidak akan mencapai sasaran pengungjung yang diharapkan. Ha .. ha… itu tips kedua (tips pertama dah jumpa?.).

Tunggu ya….

Wednesday, May 05, 2004

MALANG TAK BERBAU

EKSPEDISI mendaki Gunung Rajah, Chamang dekat Bentong Pahang oleh 31 orang pelajar telah berakhir dengan tragedi. Dua orang maut dan 21 lagi cedera, sebahagiannya parah apabila dipanah petir. Kebanyakan mereka adalah pelajar dari IKIP (Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang).

Seorang jurucakap IKIP dilaporkan sebagai berkata, ekspedisi tersebut tidak dianjurkan oleh IKIP, malahan pihak IKIP tidak tahu menahu dan tidak ada sebarang permohonan dibuat. Sekiranya permohonan dibuat, sudah tentu mereka akan mengkaji, menimbang dan sebagainya sebelum memberikan kelulusan. Jika kelulusan diberi, mereka tentu akan dilindungi oleh insuran.

Banyak juga pihak lain yang membacakan pelbagai peraturan selepas kejadian ini. Misalnya setiap ekspedisi begini mesti dilaporkan kepada balai polis berdekatan. Di Gunung Rajah ini, tidak boleh berkemah di puncak, tetapi 20-30 meter dari puncak dan banyak lagi.

Teringat bahada GEJU juga akan mengadakan aktiviti hampir serupa, iaitu Projek Basah di KLD.

Namun alhamdulillah, saya yakin GEJU ada mengambil skim insuran untuk pesertanya. Ini ialah kerana pihak KLD memang mensyaratkan peserta mereka diinsurankan. Berlainan sekali dengan memanjat gunung, di mana gunung tersebut tidak bertuan, jadi tuan punya gunung tidaklah boleh memaksa pemanjat diinsurankan terlebih dahulu. Sungguhpun begitu, mungkin ada aktiviti lain yang berisiko tetapi tidak diinsurankan. Katakanlah GEJU ada pasukan bola sepak. Bila main bola, mungkin ada yang peteh keting, bukannya tendang bola. Kalau patah kaki, jangan pulak GEJU didakwa kerana menganjurkan perlawanan bola atau menubuhkan pasukan bola. Nanti tak pasal-pasal main bola yang halal dah menjadikan GEJU pulak yang haram.

Malang Tak Berbau.

Sunday, May 02, 2004

SALAM MAULIDURRASUL

JIKA rakan-rakan di Jepun bercuti Golden week dan rakan di US bercuti Easter, kami di Malaysia juga bercuti panjang sempena hari pekerja, maulidulrasul dan Vesak. Semalam jalan dari KL menuju semua destinasi sesak teruk. Semua ingin pulang ke kampung. Bayangkan perjalanan biasa KL ke Kampar yang kurang dari 2 jam memakan lebih dari 5 jam semalam.

Dialog ibu dengan anak
anak: hari ini cuti maulidulrasul
emak: sebenarnya maulidulrasul esok, hari Senin. Tapi sengaja depa buat hari ini
anak: tidaklah, memang hari ini...
Emak: Nabi lahir hari Senin, tahun gajah. Hari ini Ahad. Esok Senin.

Berita menarik hari ini
CUEPACS minta JPA terangkan semula apa itu PTK. Ini adalah berikutan hanya 0.9% sahaja dari 130000 guru yang mengambil ujian PTK lulus. Keputusan PTK skim lain yang dijangka hampir sama sahaja dengan guru masih belum dikeluarkan.

MBA: PTK adalah kerana pelaksanaan SSM. Dengar khabar ia akan digantikan dengan SSA pula bila PakLah mengambil alih :-)

Saturday, May 01, 2004