Labels

Monday, December 16, 2013

KEDAI MAMAK DAN OBESITI RAKYAT MALAYSIA

MALAM tadi (tengah malam) kami anak beranak singgah di kedai mamak di hadapan rumah.  Pengunjung masih ramai. Kedai 24 jam ini memang sentiasa dipenuhi pengunjung. Minum teh tarik, makan roti canai. Tidak pun makan nasi lemak jam 2 pagi.

Apa nak jadi?.

Jika mengikut etika pemakanan, kita tidak digalakkan makan selepas jam 8 malam. Sekali-sekala mungkin dibenarkan. Tetapi jika saban malam, larut pagi rakyat Malaysia menghabiskan waktu begini dengan MAKAN, apa akan jadi pada rakyat Malaysia 10-20 tahun lagi?. Saya pasti kegemukan melampau atau obesiti akan menunggu. Di kalangan negara Asia, memang Malaysia sudah menduduki tempat pertama rakyatnya obes.

Jika kerajaan prihatin kepada rakyat. Gula mahal. Gula beracun. Gandum berpeluntur dan segala hal. Haram sahaja kedai-kedai makan beroperasi selepas 10 malam.

Negara maju manakah di dunia ini yang kita boleh makan 24 jam? Saya pernah sekali berada di Boston, USA sekitar 10pm. Sembang-sembang di bawah cahaya lampu. Dua kali kami dihampiri oleh polis peronda sebelum kami "perlu" beredar.

Malaysia oh Malaysia.

No comments: