Labels

Sunday, January 01, 2012

KEGAGALAN 2011

Kajang, 1 Januari 2012:

Semenjak saya mula menulis, Alhamdulillah satu buku saya diterbitkan dalam setahun. Setiap tahun. Kini sebanyak tiga buah buku saya telah diterbitkan bagi tiga tahun berturut-turut:

1. Kerjaya Dalam Bidang ICT, 2008, PTS
2. Buat Duit Dengan Foto, 2009, PTS
3. 50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan, 2010, Karangkraf

2011 telah berlalu dan saya telah gagal memenuhi KPI 10 buah buku melalui 1 tahun 1 buku. Kegagalan KPI peribadi ini, jika hendak dikatakan di luar kawalanpun boleh juga. Sebabnya, kita hanya menulis dan penerbit yang menerbitkan buku. Walaupun penulis telah berjaya menulis 10 buah buku sekalipun, tetapi penerbit tidak menerbitkannya, maka buku yang diterbitkan adalah sifar.

Banyak faktor mengapa penerbit tidak menerbitkan buku daripada penulis. Walau apapun sebabnya, ia hanya berkisar kepada kegagalan penulis juga, ia itu penulis telah gagal memberi pulangan yang lumayan kepada penerbit. Dalam erti kata lain, buku yang diterbitkan tersebut tidak laku sebagaimana yang diharapkan oleh penerbit.Penerbit adalah orang bisnes, mengapa perlu diterbitkan buku dari penulis yang tidak menguntungkan? Jika sasaran penerbit ialah RM1 juta jualan, sedangkan jualan buku tersebut cuma RM1 ribu, lupakanlah sahaja.... ya tak?. Jangan salahkan penerbit.

Bagi mengatasi kegagalan 2011, saya akan mengatur strategi, langkah demi langkah supaya saya tidak gagal lagi pada 2012. Bukan setakat itu sahaja, saya juga akan membantu rakan penulis lain yang menerima nasib yang sama. Jika penulis tidak bantu penulis, siapa lagi?.

Tunggukan pemberitahuan selanjutnya.

Anda mungkin berminat dengan:
http://mba2u.blogspot.com/2008/04/50-jawatan-ict-terlaris.html

http://blog.mindasys.com.my/2009/03/50-kerjaya-it-yang-paling-popular-di-dunia/


Wassalam.


No comments: