Labels

Thursday, October 13, 2011

POKOK BULUH TEMPAT HANTU ?

JIRAN depan rumah saya tanam pokok buluh sebagai pagar kawasan rumahnya. Cantiklah nampaknya. Saya juga ada menanam dua perdu buluh di belakang rumah. Ia sudah besar dan agak sukar dipelihara. Tinggi dan susah untuk dipotong.
1. Anak saya kata, "cikgu kata, bila pokok buluh ini bercantum daunnya (dua perdu ditanam berjauhan), ia adalah tempat orang bunian bergayut". 2. Kawan saya kata, "Ustaz xxxxx tidak suka orang Melayu tanam buluh, sebab ia adalah tempat jin berumah" 3. Kawan saya berbangsa Cina kata, "cantiklah rumah you, ada pokok buluh" 4. Jiran saya (yang lain) kata "mana dapat ini buluh? cantiklah..." Saya ingin tanya ..... ada ke mana-mana hadis atau fatwa mengenai pokok buluh ini?. Jika benar ada, saya tidak sayang sangat untuk tebang ... Terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

khurafat! usah resap pemikiran kami.

Moga Allah memberi kebaikan dan kefahaman buat kita.

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang muslim yang menanam pokok atau tanaman lalu tanaman itu dimakan oleh burung, manusia atau binatang ternakan maka semuanya itu adalah dikira sebagai sedekah.

(Sahih Muslim : #2904,Bab Kelebihan Menanam Pokok Dan Tanaman)

Iffli said...

Saya suka dengar hadis ini terutama dalam Video Tuan Guru Nik Aziz dulu. Namun buluh yang MBA tanam tu manusia atau burung mana yang hendak makan?.

Anonymous said...

Segala pokok2 tumbuhan adalah ciptaan Allah dan bersebab, kita hanya menanam dan menjaganya dengan baik. Pokok mengeluarkan oxygen, selain dari memberi perlindungan dari panas terik matahari, menyejukkan, mendamaikan fikiran dan hiasan.

fafinia said...

Baru terfikir nak tanam pokok buluh. Tapi pernah dengar jugak. Kalau kawasan ada buluh (buluh yang rimbun dan tebal) itu memang tempat yang jin suka duduk. Tak kira lah kawasan buluh ke kawasan pokok yang rendang dan redup ke. Memang species jin suka. Tapi kalau setakat sebatang dua mungkin x sanggup dia buat rumah kat situ kot.��

Unknown said...

Hadis..???