Labels

Wednesday, June 17, 2009

PERTAMA KALI (ESOK)

BANYAK perkara dalam hidup kita ini adalah merupakan "pertama kali" kita lakukan ataupun berlaku terhadap kita.

1. Pertama kali saya naik basikal ialah semasa saya berumur 4 tahun
2. Pertama kali saya kemalangan (basikal) ialah semasa saya berumur empat tahun
3. Saya pernah digigit anjing buat pertama kali (harap yang terakhir) semasa saya berumur 13 tahun
4. Pertama kali saya naik kapalterbang setelah lima tahun bekerja
5. Bukan Singapura, Bukan Thailand, tetapi Jepun adalah negara pertama yang saya sampai di luar Malaya.
6. Pertama kali saya dijemput ke istana negara adalah 5 tahun lepas
7. Pertama kali saya jadi penulis (buku) ialah pada 2008
8. Saya telah berkhidmat dengan 8 orang KSN, 2007 saya pertama kali dipanggil masuk ke bilik KSN.

Ya .... banyak kali pertama.

Saya sudah bekerja sebagai YB (Yang Berkhidmat) selama 26 tahun. Esok adalah kali pertama saya akan melakukan satu tugas yang tidak pernah saya lakukan sepanjang tempoh 26 tahun tersebut. Agak menghairankan sedikit sebab tiada sebarang debar di dada. Entah-entah saya tidak sempat menyempurnakan tugas yang pertama tersebut.

Apa-apapun malam ini saya akan berkayuh terlebih dahulu. Esok biarlah menjadi sejarah apabila tibanya lusa.

Sekian adanya.

No comments: