Labels

Monday, May 05, 2008

MEREDAH SAMUDERA


NOVEL kerjaya: Meredah Samudera - Menyusuri Kerjaya dalam Bidang Maritim saya beli kerana ia ditulis oleh sahabat saya. Saya ingin tahu bagaimana novel kerjaya ditulis. Saya ingin tahu bagaimana kehidupan seorang pelaut.

Semasa saya bertugas di JPA dalam tahun 1990an dahulu, saya memang sudah sedia maklum bahawa pelatih-pelatih Akademi Laut Malaysia (ALAM) memerlukan msa selama sepuluh tahun untuk menamatkan pengajian. Saya hairan dengan pengajian yang begitu lama. Kini novel tersebut menjawab soalan saya.


Sinopsis :

Siri Novel Profesion mengetengahkan gaya bercerita dalam menyampaikan maklumat dan perjalanan yang perlu ditempuhi dalam memahami setiap kerjaya yang dicita-citakan.

“Saya mahu bekerja di kapal dagang, ayah. Saya mahu menjelajah seluruh dunia, melihat negeri orang,” kata Yaakob, sambil memegang erat jorannya setelah umpan mencapai dasar laut.

“Apabila kamu lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang, kamu dapat memohon mengikuti program kadet di Akademi Laut Malaysia.”

“Cikgu Berahim kata matematik moden dan matematik tambahan juga penting. Sebab ilmu pelayaran memerlukan asas yang kuat dalam bidang matematik,” kata Yaakob. “Sains dan bahasa Melayu juga perlu lulus cemerlang, ayah.”

“Deck rating, engeneering rating ataupun catering rating tidak memerlukan SPM gred 1 ataupun 2, Sudin,” kata Yaakob. “Lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Satu kepujian dalam salah satu daripada empat mata pelajaran itu.”

“Apabila lulus, dalam masa lima tahun daripada tarikh memegang jawatan Third Officer (Mualim Ketiga), seseorang itu sudah diiktiraf sebagai Master Mariner, tetapi apabila dia menjadi nakhoda, mengetuai kapal dagang dengan panggilan kapten, barulah dikira memenuhi cita-cita sebagai pelaut.”

“Masa itukah gaji Master Mariner dapat mencecah RM12,000 sebulan?” tanya Cikgu Berahim.

“Ya, Cikgu,” jawab Yaakob.


Membaca novel ini telah memahamkan saya mengenai kerjaya dalam maritim dan telah memberi ilham dan panduan kepada saya untuk menulis novel kerjaya dalam bidang ICT pula.

No comments: