Labels

Monday, August 04, 2003

SATU ORANG SATU LAMAN

SATU ORANG SATU LAMAN

Profesor Ghazali dari UPM yang mengajar knowledge management ada bertanyakan peserta PTK4, berapa ramai yang mempunyai laman web sendiri?. Tidak seorangpun yang mengaku mempunyainya. Malahan suara "rasmi" dari kelas memutuskan bahawasanya laman web peribadi bagi PSM adalah tidak perlu. Memadai cuma dengan biodata ringkas yang disediakan secara rasmi oleh jabatan.

Saya berharap agar jawapan yang diberikan adalah tidak benar. Maklumlah kita semua ni pemalu. Moga-moga setengah dari 34 peserta PTK4 tersebut mempunyaio laman web peribadi. Namun andaian ini meleset apabila ia bertentangan dengan suara "rasmi" mengatakan PSM tidak perlu mempunyai laman sendiri. Laman tidak perlu, apa gunanya?.. Kita bukan jual barang, bukan jual perkhidmatan, bukan nak kerja lain. kita tak perlu publisiti, buat apa nonjol diri?. Di sini saya tidak bertujuan untuk memberi syarahan betapa laman web peribadi adalah perlu atau tidak.

Di kalangan kawan-kawan saya yang mempunyai laman web peribadi, kebanyakannya terdiri daripada doktor, jurutera, peniaga, penulis, dan pelbagai lapisan pekerja swasta dan juga pelajar sekolah. Kebanyakan mereka tidak mempunyai latarbelakang pendidikan ICT mahupun pembelajaran rasmi dalam laman web. Yang mereka ada ialah kemahuan dan hasilnya amat membanggakan. Sememangnya laman peribadi tidak semestinya bercerita mengenai kita dan keluarga kita semata-mata (tidak perlupun). Tetapi keperluan laman web sendiri melangkaui lebih jauh dari itu. Ia boleh disisi dengan pelbagai perkara seperti kebolehan, keistimewaan, bakat, hobi, kesukaan dan pelbagai. Kawan saya yang suka bela kucing, mempunyai laman web kucing. Yang suka lumba kereta, ada laman kereta sendiri begitulah seterusnya seperti alat elektronik, fesyen, sastera dan banyak lagi.

Barangkali juga kita ini nadalah pakar ICT, lantaran itu kita tidak mempunyai laman sendiri. Aneh bunyinya?. Cuba perhatikan ramai tukang gunting yang rambut tidak terurus, tukan jahit pakaiannya tidak berfesyen, tukang masak kurus melengkong, mekanik berkereta cabuk. Lantaran itu pakar ICT tentu tiada komputer di rumah!


No comments: