Labels

Monday, August 31, 2009

52



Sudah lima puluh dua tahun rupanya negara kita merdeka.

Merdeka ! Merdeka !! Merdeka !!!

Friday, August 28, 2009

Blog Dari iPhone

Menggunakan perisian iPhone
Entri ini ditaip

SAKURA ATAU SALJI?

DIBERI pilihan untuk melawat Jepun. Antara cherry blossom atau pesta sakura di Tokyo dengan pesta salji di Sapporo, yang mana lebih baik?.


Pesta salji diadakan di Sapporo pada bulan Februari.


Sakura boleh dilihat di Tokyo dan di mana-mana Tanah Besar Jepun pada bulan April.

Thursday, August 27, 2009

HALAL JAKIM TIDAK DIPEDULIKAN?.


DALAM bulan Ramadan ini, ramai orang yang beruang (oops berwang @ berduit) berbuka atau sponsor orang tidak beruang berbuka di hotel. Berpuasa menahan lapar dan dahaga sehari, kemudian berbuka di hotel yang tidak disahkan halal oleh JAKIM. OK ke?.

Mengapa hotel (restoran dalam hotel) tidak mempunyai halal JAKIM?. Sebab utamanya ialah hotel ini tidak membuat permohonan. Sebab lain ialah ia memang tidak halal.

Mengapa permohonan tidak dibuat?. Barangkali takut gagal. Maknanya tidak halallah. Sebab lain ialah, tanpa status halalpun, bisnes kencang juga. Maknanya orang ramai, yang alim dan yang kurang alim pergi juga. Jika bisnes kencang tanpa status halal, mengapa perlu memohon status dan perlu buat pelbagai perkara untuk mendapat status halal.

Lainlah jika tanpa status halal, lesen ditarik balik.

Wallahualam.


sumber: http://www.halal.gov.my/directory/halaldir_syk.php?type=B&sijil=A
menggunakan kata kunci "hotel". Hasilnya adalah ini:

1. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR Banquet Kitchen 30/04/2012
2. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR BUTCHER ROOM 30/04/2012
3. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR Pastry Kitchen 30/04/2012
4. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR Saffron Brasserie (Kitchen) 30/04/2012
5. CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD) Coffee House
- Brass Cafe 28/02/2011
6. GRAND DORSETT LABUAN HOTEL Sheraton Labuan Hotel, Victoria's
Brasserie 30/11/2009
7. Hotel Armada Petaling Jaya MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU 31/12/2009
8. HOTEL SERI MALAYSIA (GENTING HIGHLANDS)
- 14/05/2011
9. HOTEL SERI MALAYSIA (IPOH) Cafe Cempaka Sari 31/05/2010
10. HOTEL SERI MALAYSIA (MARANG) HOTEL SERI MALAYSIA MARANG 31/05/2011
11. HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG) DAPUR HOTEL SERI MALAYSIA PULAU
PINANG 31/05/2010
12. HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING) HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING) 14/07/2010
13. HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG Cafe D' Bagan Hotel Seri Malaysia
Bagan Lalang 30/11/2009
14. KSB REQUIREMENTS & REST SDN BHD Empress Hotel, Sepang 30/11/2009
15. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA), D SERAI ( DAPUR PASTRI ) 31/12/2009
16. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA) RESTORAN TEMASYA 31/12/2009
17. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA) SELESA CAFE 31/12/2009
18. MAYOR HOTELS BERHAD Mayor Hotel 31/05/2010
19. Ming Court Hotel (KL) Sdn Bhd (Corus Hotel, Kuala Lumpur) Dondang
Sayang Coffee House 31/01/2010
20. PARKROYAL PENANG Tamarind Brasserie, Hotel Parkroyal Penang 31/05/2010
21. RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
Residence Hotel At Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 31/05/2012
22. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
BANQUET MALAY KITCHEN HALL PALM GARDEN HOTEL 30/04/2010
23. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
GOLFER TERRACE RESTAURANT PALM GARDEN HOTEL 30/04/2010
24. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
RESTAURANT PALMS CAFE (COFFE HOUSE) PALM GARDEN HOTEL 30/04/2010
25. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD RESTORAN AROI DEE
(THAI) PALM GARDEN HOTEL 30/04/2010
26. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM) Main
Kitchen 31/12/2009
27. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM) Malay
Kitchen 31/12/2009
28. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM) Semarak
Kitchen 31/12/2009
29. THE PARAMOUNT HOTEL VALENTINE'S CAFE 15/03/2010
30. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ BANQUET KITCHEN 30/04/2011
31. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ OCEANIA BUFFET RESTAURANT 30/04/2011
32. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ WARONG JUNCTION KITCHEN 30/04/2011
33. TIARA LABUAN HOTEL The Grill 31/12/2009
34. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD CAPRI KITCHEN 28/02/2011
35. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD MEISAN KITCHEN 28/02/2011
36. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD MUSLIM KITCHEN 28/02/2011

Wednesday, August 26, 2009

KOMPUTER NOKIA



SETELAH berjaya dalam telefon bimbit, kini Nokia mengeluarkan komputer pula. Ia itu Nokia Booklet 3G. Ia adalah sebuah netbook.

Satu kelebihan ketara netbook Nokia ini ialah, baterinya seperti bateri handphone, iaitu bertahan selama 12 jam. Netbook biasa cuma setakat 6 jam sahaja.

Barangkali anda adalah pengguna telefon Nokia. Adakah anda akan membeli Nokia komputer pula?.

Tinjauan rambang mendapati, mereka berdebar-debar untuk membeli dan menggunakannya ...

Tuesday, August 25, 2009

KAYUHAN RAMADAN




RV: Masjid Putra, Putrajaya
Agenda:
7 pm
- berkumpul di masjid utk berbuka
- Berbuka, solat Maghrib, Isya & Terawih

10 pm: Tayar golek


Selamat berkayuh.

Monday, August 24, 2009

iPHONE : AKHIRNYA KUMILIKI


APABILA iPhone dikeluarkan, ia dikatakan merubah seluruh kehidupan mobile. Sebagai PDA, iPhone tidak mengikut telunjuk WindowsMobile (WM), Symbian mahupun PalmOS. Apple mencipta perkakasan dan perisian tersendiri. Jika mengikut sejarah, ia tidak akan kekal lama, klon akan keluar dan akhirnya menguasai pasaran. Kini Windows7 yang bakal keluar secara rasmi tahun depan sudah ada iras-iras dan ciri-ciri perisian iPhone. Lepas ini, WM7 sudah tentu akan menggantikan WM.

Lama saya berfikir samada ingin memiliki iPhone ataupun tidak. Berfikir lama sebab tidak cukup duit. Akhirnya ternampak satu iklan di lelong.com.my dan dipendekkan cerita iPhone 3G bertukar tangan. Ia masih mempunyai 10 bulan waranti dengan Maxis.

Mengapa saya beli iPhone?.

Salah satu sebabnya ialah, ramai sungguh orang yang tidak suka phone ini. Jadi, saya ingin tahu mengapa. Minta set demo daripada maxis pun tidak dapat (saya bukan pengguna Maxis). Saya ingin tahu apa bendanya iPhone ini sebenarnya.

Kini setelah 3 hari menggunakannya, saya boleh katakan bahawa tidak ada telefon lain yang setanding ataupun boleh menjadi rakan sekelas dengannya. Telefon lain masih jauh lagi. Itu dari segi PDAnya. dari segi telefon, itu cerita lain.

Konon cerita, Palm akan keluar dengan model terbaru dan tercanggih yang bakal menewaskan iPhone. Model Palm Pre. Saya tidak mahu tunggu Palm Pre sebab ia adalah niche market. iPhone lebih ramai penggunanya dan sudah tentu lebih bagus.

Friday, August 21, 2009

BEREBUT JAMBAN


PAGI-pagi lagi kita bercerita mengenai jamban. Oh ya, bahasa lembut bagi jamban ialah tandas atau bilik air. Bahasa sebutan biasa ialah toilet atau wash room. Orang Jepun sebut "toire".

Sudah menjadi kebiasaan di pejabat ini, pengguna jamban dan pekerja pencuci jamban akan berebut-rebut untuk menyempurnakan tugas masing-masing. Pengguna ingin ber** dan pekerja ingin mencuci. Perebutan pagi hari ini kadang-kala berlaku dengan sengit sekali. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada yang kena tengking sebab berebut "pot".

Mengapa berlaku sedemikian?. Bagi saya, jawapannya ialah sistem.

Semasa di negara penjajah dulu, ramai kawan-kawan saya yang bekerja sebagai "floor manager" ini. Orang rumah saya juga. Seingat saya, jam 3 pagi saya sudah menghantar orang rumah ke tempat kerjanya dan jam 5 pagi kerja telah selesai dan sekali lagi saya mengambilnya, jika malas untuk menunggu (tidur dalam kereta selama 2 jam). Pekerja dan pengguna langsung tidak bertemu. Pengguna hanya perlu tahu jamban mereka bersih di pagi hari apabila ingin menunaikan hajatnya.

Di sini, berebut-rebutlah untuk membuat kerja yang satu itu.

he he he.

Thursday, August 20, 2009

PELBAGAI KATEGORI FOTO TERBAIK



Cuba perhatikan pelbagai kategori "photo of the year" yang dipilih daripada stok foto.
Bukan susah sangat bukan?
Anda juga mampu untuk melakukannya
dan buat duit daripada foto anda.

Wednesday, August 19, 2009

MENEPATI MASA


Menepati masa adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Membuang waktu pula adalah sia-sia. Membazir adalah amalan syaitan.

Ramai orang, jika bukan semua pun bersetuju mengenai kepentingan menepati masa. Namun amalannya tidak seperti yang dipersetujui. Sebagai contoh, sekiranya mesyuarat bermula jam 8:30 pagi, sepatutnya ahli mesyuarat datang pada jam 8:15 pagi dan pengerusi datang tepat pada masanya dan terus mempengerusikan mesyuarat. Ia adalah amalan terbaik. Namun bagaimanakah amalan kebiasaan?

- Ahli mesyuarat datang 8:30 hingga 9:00
- Pengerusi datang jam 9:00
- Mesyuarat akan menunggu ahli yang paling akhir datang

Perkara ini dinamakan mengenakan penalti kepada ahli yang datang awal. Ia juga bermakna memberi bonus kepada orang yang lewat.

Hari ini saya diminta untuk membacakanteks ucapan bagi satu majlis perasmian. Ia dijadualkan pada jam 8:30 hingga 8:40 pagi. Saya tiba sebelum jam 8:30am dan tunggu sehingga jam 8:40am dan majlis belum bermula kerana menunggu peserta yang belum tiba untuk memenuhkan dewan. Saya ada urusan lain jam 9:00am.

Jika anda berada dalam situasi saya, apa yang anda lakukan?.



Saya memberi pilihan kepada urus setia samada untuk meneruskan ucapan perasmian ataupun saya tidak membacanya. Urus setia membuat pilihan kedua dan saya beredar untuk ke urusan lain yang lebih utama bagi saya. Saya tidak dapat berkompromi dengan orang yang tidak menepati masa.

Tuesday, August 18, 2009

PENGHUJUNG SYAABAN

SEMENJAK akhir minggu lepas, sehingga kini masih terasa tidak cukup O2 kerana mengejar pelbagai perkara untuk dibereskan. Kesemuanya menuntut untuk disiapkan sebelum Ramadhan. Satu demi satu datang membuat tuntutan. Buletin al-Hidayah masuk helaian ketiga. Buletin myJICA langsung tidak disentuh. Urusan LPKP masih tinggal janji. Laporan MPKj sedang difollow-through. Mesyuarat Persatuan Penduduk yang penuh kontroversi hingga mengundang kedatangan OCPD. Jemputan demi jemputan lepas Isya tidak semua boleh dipenuhi. Acara berbasikal sudah digantung sehingga Syawal. H1N1?. Anak seorang staf telah disahkan. Adakah kami juga bakal dijangkiti?. Minta dijauhkan. Pokok bunga tidak sempat dibeli, apatah lagi menanam. Nasib baik yang ada sempat disiram hujan. Foto sana-sini sudah dirakam belum dihantar.

Alamak, pagi tadi tingkap kereta tidak dapat ditutup. Jika tidak dapat dibuka, masih ada alternatif untuk buka pintu. Nasib baik terus dihantar ke pakar dan kurang 2 minit ianya diselesaikan tanpa perlu membuka pintu. Itulah namanya pakar.

Puasa belumpun bermula, anak bulanpun masih belum ditengok. Jemputan berbuka datang bertalu-talu. Tahun ini, barangkali seperti tahun lepas juga, kesemuanya berbuka di rumah kecuali 1 atau 2 sahaja.

Sunday, August 16, 2009

AYAT-AYAT CINTA



Malam tadi saya menonton filem Ayat-Ayat Cinta di TV.
Berdasarkan kepada cerita dan berita yang didengar dan dibaca, "ayat-ayat cinta" ini hebat sekali. Ada juga yang mengatakan membaca novel adalah lebih baik berbanding dengan menonton filem. Itu adalah perkara biasa. Novel sudah dibeli, namun belum berkesempatan untuk membacanya. Apabila TV membuat tayangan percuma dan kebetulan terserempak dengannya, maka saya tonton sahajalah.

Secara peribadi saya berpendapat filem ayat-ayat cinta ini tidak menarik. Jalan ceritanya adalah mengenai cinta yang biasa-biasa sahaja. Jalan cerita filem hindustani lebih kompleks dan kadang-kadang lebih mendebarkan. Jika filemnya begitu, barangkali novelnya juga tidaklah sehebat mana.

Mengapa ayat-ayat cinta dikatakan hebat?.
Entahlah.
Barangkali ada unsur 'blue ocean' di situ.
Saya kurang pasti.

Barangkali juga ekspektasi saya terlalu tinggi setelah mendengar dan membaca ulasan mengenainya.

Boleh jadi.

Saturday, August 15, 2009

3CIT : KOMPETENSI DIRI ABAD KE 21

- Customer
- Change
- Collaboration
- Innovation
- Trustworthiness...

siapa mahu jelaskan ? ...

Thursday, August 13, 2009

BATIK KELANTAN CORAK TERENGGANU


Batik Kelantan

Batik Terengganu


Arahan kerajaan kepada kakitangannya ialah supaya memakai "batik Malaysia" setiap hari Khamis masa bekerja. Ini bermakna "batik Indonesia" atau "batik Jawa" tidak boleh dipakai. Begitu juga dengan "batik Siam" atau "batik Singapura".

Kini, jika kita ke Indonesia, sudah ada penjual yang menjual baju batik "corak Malaysia". Dengan memakai baju batik Indonesia, corak Malaysia ini, orang susah ingin perasan bahawa ia adalah batik Indonesia. Begitulah perniagaan...

Barangkali batik Terengganu lebih baik daripada batik Kelantan. Semasa saya di Kota Bharu, ada penjual yang menjual "batik Kelantan corak Terengganu". Saya tidak boleh membezakan yang mana batik Kelantan dan yang mana batik Terengganu. Apatah lagi batik kelantan corak Terengganu.

Wednesday, August 12, 2009

BAGAIMANA MENGUKUR KECEKAPAN (how to measure efficiency)


Bolehkah kecekapan diukur?. Jika boleh bagaimana?.

Pekerja ini cekap. Pekerja ini tidak cekap. Pekerja itu lembab. Nah.... kecekapan boleh diukur bukan?.

Apakah ukuran kecekapan?. Apakah mesin atau formula yang digunakan untuk mengukur kecekapan?.

Kita ambil contoh penghasilan telor rebus di sebuah restoran sebagai contoh. Output restoran ialah bilangan telor rebus yang dihasilkan. Outcome kepada pelanggan restoran ialah kepuasan hati mereka makan telor rebus. Ya .... restoran tersebut tidak lagi boleh mengukur output (bilangan telor yang direbus), tetapi outcome (bilangan atau peratus pelanggan yang berpuas hati).

Kembali kepada pengukuran kecekapan tadi, kita ukur output dahulu, iaiatu berapa cepat telor dapat direbus (dengan sempurna masaknya mengikut spesifikasi). Telor yang dimasak dengan cepat adalah menandakan kecekapan pasukan tukan masak tersebut. Pasukan ini bukan sahaja terdiri daripada orang, bahkan air, periuk, dapur, api malahan telor itu sendiri.

Outcome pula (kepuasan pelanggan) boleh diukur dengan soal-selidik, contohnya.

Ah bukan susah sangat kan?. Ini nak bezakan output dengan outcome pun susah ...

Tuesday, August 11, 2009

E-BUKU @ EBOOK



ADAKAH pasaran e-buku di Malaysia meluas?.
Maknanya, adakah jualan e-buku di Malaysia laku?.

Sekiranya membaca e-buku dengan menggunakan alat tertentu "ebook reader", saya fikir ia tidak akan berbaloi kerana harga reader sahaja sudah mahal. Maka lebih baik dibeli buku bercetak dan dibaca atau dibawa ke mana-mana.

Bagaimana pula dengan e-buku yang dibaca menggunakan komputer?. Saya fikir ianya lebih berbaloi kepada pembaca. Ia boleh dibaca depan komputer atau notebook dan boleh juga dicetak untuk dibaca secara off-line. Faktor penghalang kepada jualan e-buku di sini pada pandangan saya ialah harga. Harga sebuah e-buku seharusnya lebih murah berbanding dengan buku bercetak. Faktor pendorong pula ialah, memesan dan membeli e-buku boleh dilakukan dengan cepat. Pilih, bayar, download dan baca. Prosesnya boleh dikatakan adalah kurang daripada 30 minit.

Bagaimana pula e-buku yang boleh dibaca menggunakan peranti lain seperti telefon bimbit ataupun iPod?. Sepatutnya media inilah yang paling laku. Ia mudah. Ia murah. Namun barangkali kerana saiz skrin yang kecil, ia tidak menjadi pilihan kepada pembaca.

Jika begitu, bagaimana penulis boleh jadi jutawan?.
Ha ha ha .... ada ke penulis jutawan di Malaysia semata-mata kerana menulis?.

Monday, August 10, 2009

KOTA BHARU @ NEW CASTLE

Salam semua;


Hari ini saya berada di Kota Bharu, Kelantan. Tiba petang semalam untuk aktiviti hari ini dan esok di PCB (Pantai Cahaya Bulan).

Sunday, August 09, 2009

LEEDS METROPOLITAN UNIVERSITY (LMU)






Dapat kembali semula ke sekolah setelah belasan tahun meninggalkannya terasa agak istimewa. LMU terlalu banyak perubahan yang telah berlaku.

Saturday, August 08, 2009

LAUT BIRU (BLUE EYE OOPS BLUE OCEAN)


Pasangan suami isteri ini mempunyai keluarga yang besar. Ia itu 3 orang anak, seekor anjing dan seekor kucing. Semasa memperkenalkan dirinya, Sarah bercerita mengenai keluarga. Saya tanya apakah takrif keluarga di UK?. Sarah menjawab sesiapa sahaja yang rapat dengan kita. Termasuk anjing? saya tanya. Ya, tepat sekali jawab Luke, suaminya.

Pasangan ini mendapat ratusqn ribu Ringgit bagi setiap dua minggu dia mengajar. Luke mahir (bukan pakar) dalam Microsoft Office. Dia mengajar Word,Exel, Access dan PowerPoint. Sarah, pada pandangan saya tidak pandai satu apapun, kecuali surfing laman web dan facebook sahaja.

Lantas di manakah blue ocean dengan mengajar MS Office?. Ia terletak pada peserta kursusnya. Bukan orang UK, bukan Eropah, jauh sekali Amerika dan bukan Asia, tetapi Afrika. Sangat laris. Semasa saya di sana, seluruh tempat pengajian dipenuhi oleh warga Afrika. Mereka sanggup bayar ribuan Pound hanaya untuk belajar MS Office.

Oleh kerana bosan sebab rasa tertipu, saya membuat promosi dan demonstrasi penggunaan Open Office kepada peserta kursus ini. Jangan gunakan MS Office, ia mahal. Gunakan OO, dia percuma. Kami di Malaysia boleh buat training, sangat murah. CD yang dibawa cukup laku. Ada yang mencuba, cukup gembira. Hampir semua baru pertama kali mendengar Open Office.

dan kata mereka (ya, kata-kata lidah yang tidak bertulang) Tahun hadapan kami tidak mahu hantar latihan ke UK lagi, kami mahu hantar ke Malaysia. Ia lebih murah dan orang Malaysia lagi pandai.

Saya fikir, dengan ilmu Open Office, kita boleh buat duit. Jika ada yang berminat, saya boleh berikan kontak orang-orang HR dan pengurus latihan dari Afrika ini. Manalah tahu jika ada rezeki...

Friday, August 07, 2009

DOA PELINDUNG H1N1 : BENARKAH?



KITA perlu yakin bahawa setiap penyakit ada ubatnya (kecuali mati). Samada ubat tersebut telah ditemui oleh manusia ataupun belum lagi, ia adalah soal kedua. Bahkan berdoa juga adalah salah satu daripada ikhtiar dan usaha untuk berubat.

Sejak akhir-akhir ini, iaiatu apabila H1N1 mula merebak, saya terima banyak sekali doa-doa untuk melindung diri daripada H1N1. Saya fikir ia adalah satu usaha yang baik. Saya bukanlah seorang yang alim dalam ilmu-ilmu agama. Namun saya tidak akan beramal dengan mana-mana ilmu yang saya tidak yakin ataupun tidak tahu asal puncanya. Saya tidak mahu terima beberapa baris huruf dalam hahasa Arab (atau Urdu) yang saya tidak fahami maknanya dan terus beramal dengannya.

Namun makna doa yang dikirimkan seperti di atas ialah "ada bagiku lima denganku aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, fatimah dan kedua anak mereka (Hassan dan Hussain)"..

Apakah maknanya ayat di atas?
Siapa yang membacanya?
Siapa perawinya?
Cuba anda perhatikan bagaimana adab berdoa
Cuba anda perhatikan lafaz-lafaz doa yang lazim

Pada pendapat saya, doa adalah amat baik untuk diamalkan, namun carilah doa yang sebenar. Jika tidak ditemui doa dalam bahasa Arab, kita berdoalah sahaja dalam apa bahasapun yang kita fahami. Doa bersungguh-sungguh. Kita faham apa yang kita mohon dan sudah tentu Allah itu Maha memahami.

Saya tanya kawan saya yang berugama Kristian, dia juga berdoa tolak H1N1 katanya. Ia adalah doa umum dalam set doa yang telah disediakan (set of 15, or something like that).

Saya sangat berharap agar kita semua dipelihara daripada kesesatan, bukan sahaja H1N1.

p/s: Saya bukan alim/ulamak. Jika salah tegurlah saya. Jangan hentam.