Labels

Thursday, February 19, 2015

LAWATAN MOBILEBOOKCAFE KE TERENGGANU I


KAMI menerima jemputan daripada 20 buah sekolah sepanjang  bulan Februari 2015. Ini bermakna kami perlu berada di Terengganu selama sebulan. Ia itu 5 sekolah seminggu. Ia sangat mencabar walaupun belum bermula. Akibat bangjir besar yang melanda Pantai Timur, akhirnya bilangan sekolah tinggal 10 sahaja. Dua minggu dilihat munasabah.

Jadual diatur dan berlaku sedikit pindaan di sana sini.

+ Ada pengetua yang tidak benarkan jualan buku diadakan. Hanya aktiviti untuk pelajar sahaja.
+ Ada sekolah yang peruntukkan 2 jam sahaja. 1 jam aktiviti dan 1 jam jualan
+ Ada sekolah yang anggap MBC adalah perpustakaan bergerak dan tidak benarkan jualan diadakan

Kesemuanya kami tolak dan sekolah dicarikan sekolah lain sebagai ganti. Memandangkan Terengganu cuti pada hari Jumaat, maka setiap Jumaat kami ke sekolah di Kuantan.

Kawasan berbumbung. Bagusnya.

Riang ria bersama MBC

Jom bergambar dengan MBC

Bersama Penulis yang kami bawakan khas.

Suasana yang sangat kondusif

                                                                     Pelajar
SMK Mak Lagam 466

SMK Bukit Kuang 514

SK Seri Jaya 517

SMA AlFalah 1200

SMJ Tg Lumpur 837

SMK Banggol554

SMK Cukai 1000

SK Rantau Petronas 528

SK Seri Iman 856

SK Fakeh 1200

SESMA 500

SK Bukit Sekilau 885

 
Secara keseluruhannya MBC telah memberi khidmat kepada 10,000 pelajar. Purata jualan ialah RM3.50 seorang pelajar.



Wednesday, January 14, 2015

BOOKMOBILE @BUKU BERGERAK

TERINGIN sekali ronda-ronda negara sendiri sambil santai sambil berbakti sambil buat duit. Pergi dari satu sekolah ke satu sekolah di setiap ceruk. Buat program & aktiviti. Jual buku dan menginap dalam bas sendiri. Ia sebuah bas. Ia sebuah kedai buku. Ia sebuah pejabat. Ia juga tempat tidur.




Inilah rupa bas. Tidak besar sangat. Ala-ala bas mini sahaja.

Suasana sebalah dalam. Ofis, kedai buku dan Zzzzzzz


Van ini bagi versi yang lebih kecil. Comel juga.



Bahagian belakang van. Sarat dengan rak buku. Semak. Tiada lagi ruang.


Suasana dalam. Masih menarik.

Ini jika guna lori.



Tuesday, January 13, 2015

MOBILEBOOKCAFE (MBC) DALAM MALAYSIA HARI INI TV3


SAYA mendapat panggilan dari penerbit MHI semasa saya berada di Singapura. Meminta supaya kami hadir ke studio MHI pada hari Rabu (panggilan dibuat pada hari isnin). Saya tidak membuat sebarang pengesahan dan berjanji akan telefon semula. Dalam perjalanan pulang ke Kajang, saya singgah di Rembau. Menghantar pesanan buku di sekolah di sana. Beberapa panggilan rindu (miss call ;) diterima. Akhirnya penerbit tersebut membuat panggilan kepada rakan-kongsi saya, sdra Azam.

Beberapa tarikh dicadangkan dan dipinda kerana beberapa agenda mustahak dan segera yang perlu didahulukan. Saya juga demam, batuk dan sakit kepala yang amat sangat. Akhirnya tanggal 9 Jan (Jumaat) kami muncul di TV3 dalam hujan renyai.







Saturday, December 13, 2014

CORAT-CORET PENJUAL BUKU


SEMASA saya mula menjual buku di gerai-gerai, seorang sahabat bertanya:

Dia:U tidak malu ke menjaja buku?
Saya: Tidak
Dia: U pegawai tinggi kerajaan, pangkat JUSA. Lebih baik U ambil projek kerajaan, juta-juta punya.
Saya: Yang itu saya malu, sebab macam minta sedekah. Pergi sana, pergi sini "minta" projek.


Saya meneruskan kerja saya menjual. Dulu angkat buku susun atas meja, kini gunakan van, tidak perlu lagi angkat-mengangkat.

Sebenarnya kawan saya itu tidak tahu cerita sebenar ketika dan semasa saya menjual buku di sekolah-sekolah. Jika dia tahu, agaknya dia menangis dalam hati agaknya...

1. Kami pernah tidak dibenarkan masuk ke sekolah oleh jaga sebab tidak ada surat. Kebenaran masuk secara verbal tidak dapat diterima oleh jaga.

2. Acap kali kami kena marah oleh cikgu. Biasanya GPM (Guru Perpustakaan dan Media) yang jemput kami, guru lain seperti guru disiplin, guru sukan (bukan semua) tidak begitu ngam. Pernah kami kena herdik. Acap kali kami kena perli. Banyak kes cikgu marah murid depan kami (memang sahih perli kami). Ada juga cikgu yang marah cikgu lain dengan lantang (macam orang sasau.... hahahah) depan kami. Maksudnya memang marah kamilah tu...

3. Sebenarnya pihak yang marah-marah ini tidak tahu akan kekebalan kami... Tiga puluh (30) tahun kerja, bukan sikit kena marah. Sudah lali.... Kadang-kadang bila sudah geram, timbul juga riak..

+ Pengetua sekolah ini gred apa? JUSA ke?
- Tidaklah Gred 54 saja. JUSA sudah tinggi oooo.
+ Habis tu siapa yang JUSA di sekolah ini?
- Mana ada encik.... peringkat daerah pun 52 atau 54 sahaja.
+ Oh ya ke?. Pengarah Negeri itu Encik XXX junior saya tau tak?.
- Eh jangan main-main Encik
+ Saya memang suka main-main Sebab itu saya jadi penjual buku saja. Tapi jika mahu, saya boleh panggil dia sekarang datang sini...



4. Suatu masa ada satu IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) jemput kami datang dengan surat. kami setuju datang dan balas surat mereka. Tiba masanya Inspektor bertugas tidak ada di pejabat dan tidak ada seorangpun hairaukan kami. Sesudah buat beberapa panggilan, ada seorang lagi inspektor datang dan minta maaf sebab berlaku "salah faham".

+Maaf ...
- OK
+ Datang lain kali boleh?
- Tak boleh. Tak berbaloi. Banyak lagi tempat lain yang boleh kami pergi.
+Jangan begitu....
-Memang begitu, kecuali ada gerenti jualan RM5,000 baru kami datang. Jika tidak pun, kami mahu Datuk YYY datang. Dia classmate saya.
+ ?!@@#$$%^^&*


5.  Bukan semua tempat laku. Ada juga yang tidak ada pembeli langsung. Ada juga yang minta hamper dan kos beli hamper lebih mahal dari buku yang dapat kami jual.

6. Banyak kes juga buku hilang atau dicuri.

7. Ada banyak lagi yang tidak manus, namun yang manis lagi banyak...










Monday, November 03, 2014

SESMA 76

SAYA berada di Sekolah Menengah Sains (SMS) Terengganu pada 1975-76. Kini ia dinamakan sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA). Selepas SPM 1976 saya ke Sekolah Alam Shah (SAS) untuk matrikulasi. Seterusnya ke UKM untuk BSc. Kemudian ke INTAN untuk Diploma Lanjutan. Selepas itu ke Jepun untuk Sijil Kejuruteraan. Kemudian ke Leeds, UK untuk MSc. Selapas itu ke Jepun lagi dan USA untuk beberapa jenis kursus lagi.

Semenjak 1976, semalam 2 Nov 2014, ia itu setelah 38 tahun, baru saya datang semula ke SESMA. Wah banyak sekali yang sudah berubah. Kenangan lalu sudah sayup-sayup ditelah pembangunan..

Batch 1976 bersama Puan Pengetua(tengah) yang juga dari batch kami.
Mendengar tazkirah di Surau SESMA sempena dengan Majlis wakaf al-Quran dari Alumni 76

Penyerahan Quran




Acara makan ...





Saturday, October 18, 2014

INTERNET SLOW, TETAPI SLOW LAGI MENTALITI PENJUAL ONLINE


SEBENARNYA Internet di Malaysia adalah sangat perlahan, tidak seperti yang digembar-gemburkan. Walau bagaimanapun, perkara teknologi ini boleh diatasi sekiranya kita ada duit dan ingin membelanjakannya di tempat yang betul dengan cara yang betul.

Jika sekiranya Internet sudah laju, jika mentaliti penjual online masih slow dan di tahap dunia ketiga (saya rasa kelima), maka tidak ada gunanya...

Saya ceritakan di sini kisah saya membeli buku dari dua penerbit besar di Malaysia ini secara online. Saya belanjakan lebih RM300 bagi setiap belian. Sebab apa? sebab kununnya murah..... RM1 senaskah dan ingin dapatkan pos percuma.

Kisah Pertama

Sesudah memilih buku dan bayaran dibuat, buku tidak dihantar. Semasa membeli tersebut, para pembeli tidak dibenarkan beli lebih dari senaskah buku yang jual. Apakah maknanya? ..... Sebabnya mereka ingin seramai mungkin manusia membelinya secara online. Mereka bukan ingin berniaga, tetapi mereka ingin mencari pelanggan (baru) agaknya. Akibatnya, mereka dapatlah ramai pembeli.

Apa yang terjadi? Mereka tidak mampu untuk menghantarnya kerana ratusan tempahan diterima. Mereka hanya mampu proses sekitar 10 sahaja tempahan sehari. Jika 100, ia makan 10 hari (2 minggu kerja). Jika 1000? ...

Jika kita ibaratkan penjualan online ini seperti buka kedai, jika kita tidak mampu lagi nak layan pelanggan, tutup sahajalah...... bukan begitu?.

Kisah Kedua

Kisah ini lagi tragis.

Saya ditipu hidup-hidup... Buku yang dijual dengan harga RM3 memang harganya RM3. Begitu juga buku RM5. Tidak ada diskaun langsung. Sedangkan jika saya pergi beli di kedai, senang-senang sahaja saya dapat 15% diskaun. Ini tidak perlu cerita jika beli di stor.

Buku yang ada diskaun pula.... adalah buku ROSAK. Ia memang tidak patut dijual (walaupun dengan harga diskaun), TANPA memberi tahu pelanggan keadaan sebenar buku tersebut. Jika pelanggan sudah diberitahu dan redha dengan harga yang dibayar, barulah sah jual beli tersebut. Ini tidak diberitahu dan sah-sah memang menipu.

Saya komplen melalui emel. Dijawab melalui panggilan telefon. Mereka ingin bertanya mengenai buku rosak dan MENGAKUINYA. Mereka beri tawaran untuk ganti dengan buku dari judul lain. Saya tidak mahu kerana saya ingin pulangkan semuanya, ia itu yang rosak dan yang Tipah Tertipu sebab tidak ada diskaun. Mereka tidak benarkan. Apakah mentaliti penjual yang begini?.

Lu fikirlah sendiri .....





INTERNET DI MALAYSIA LAJU ?

BEBERAPA minggu terakhir ini, saya bersama tim MobileBookCafe (MBC) buat pameran dan jualan buku di luar Lembah Kelang. Kami ke Kulim, Lunas, Kuantan dan Chini.

Masyaallah seksanya untuk mendapat talian talipon di sana. Internet hancus. WhatsApp hampeh. SMS pun sangat lambat untuk dapat dihantar dan diterima. Kesian sungguh kepada rakyat jelata di luar sana... sungguh kesian.


Felda Chini.

Kuantan

Pasar harian @Chini

Lunas

Terap, Kulim.

Sebenarnya .... apa yang sebenar-benarnya, di Putrajaya pun sangat teruk akses ke Internet untuk orang awam. Akses hanya OK bagi pengguna jalur lebar seperti Unifi dan setaraf dengannya sahaja. Percayalah !.






Thursday, September 25, 2014

BERDIKARI DAN JANGAN MENGHARAP PADA ORANG LAIN


BERDIRI bermaksud berdiri atas kaki sendiri. Jangan pakai tongkat atau sebarang alat sokongan untuk berdiri atau berjalan. Ya, jika kita sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan. Berdikarilah.

Dalam kehidupan, dalam perniagaan juga begitu. Berdikari.


Kami memohon untuk hadir ke Karnival 1Pesara. Permohonan diterima dan kami datang buat jualan buku. Ramai yang datang melihat dan bertanya itu ini. Ada juga yang membeli. Agensi kerajaan juga ada yang datang dan menawarkan pelbagai peluang dan ruang untuk menjual buku. Bukan bantuan.

Kami sangat menghargainya. Ia sudah memadai. Jangan mengharap orang besar datang untuk melihat, bertanya khabar, apatah lagi untuk merasmikannya. Kami orang biasa dan bisnes biasa-biasa sahaja.


Sebelum itu, pada hari minggu kami hadir ke karnival READ @Putrajaya. Kehadiran ini atas jemputan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Berbanyak terima kasih PNM. Sambutan bagus. Suasana meriah. Jualan laris. KAmi buat sendiri. Jangan nak harap bantuan kewangan, geran, dana dan sebagainya. Jangan harap tokoh nombor satu datang menjengok. Jika ia tidak ada dalam skrip pengacara majlis, jangan harap.

sekian.

Friday, September 19, 2014

IPD AMPANG JAYA


HARI ini tim MobileBookCAfe (MBC) akan berada di IPD Ampang Jaya.

Nanti kami update ...

Thursday, September 18, 2014

KARNIVAL PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA


MobileBookCafe (MBC) dijemput menyertai karnival ini melalui WhatsApp. Karnival empat hari mulai Rabu hingga Sabtu. MBC boleh hadir 3 hari, sementara hari Jumaat sudah ada komitmen dengan Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.


Hari Pertama (Rabu): Karnival dirasmikan oleh Naib Canselor UM. Beliau dan rombongan singgah di MBC. Bertanya khabar dan berbual-bual mengenai bisnes MBC. Sangat jelas mesej beliau. Beliau memuji-muji usaha MBC. Terima kasih tidak terhingga dari kami. Sayang tidak ada foto yang kami rakamkan. Jika jurufoto UM terbaca, mohon pass kepada kami ya. Sebagai kenang-kenangan, MBC hadiahkan buku "Buat Duit Dengan Foto" kepada NC.


Hari kedua (Khami): Hari ini kami buat sedikit kelainan. Uneh Raja Lukis Pensil Warna Malsyaia datang sertai kami. MBC buat bengkel melukis. BAyaran RM10 dapat melukis dan dapat buku bercuma. Buku "Buat Duit Dengan Foto". Sebanyak 14 buah buku laku, maknanya ada 14 orang yang hadir bengkel.

Uneh sedang melompat kegembiraan.

Peserta terakhir, dari China.

HAri ini juga MBC menerimakuncungan Prof Dr Ir Wan Abu Bakar dari eSastera. Beliau datang bersama Kablam membawa buku Hostel Debaran Kedua dan Hostel yang baharu. Semoga semuanya habis terjual.


Selain itu, Kheiril Feisal juga datang menemui kami:


dan seorang lagi ahli eSastera datang menjenguk dan berbelanja buku dari MBC:



Hari ini banyak juga laku. Semalam juga banyak, tetapi tidaklah terlalu banyak.

Esok kami akan ke IPD Ampang Jaya dan Insyaallah Sabtu datang semula ke UM.



Friday, July 18, 2014

ORANG KITA: LAGI TINGGI PANGKAT, LAGI LIAT MENULIS


1. DUA hari lepas saya terdengar perbualan wakil sebuah majalah dengan DJ radio. Beliau mempromosi majalahnya yang antara artikelnya ditulis oleh seorang pakar. Pakar itu tidak akan menulis lagi sebab sudah dinaikkan pangkat. Dengan pangkat baharu nanti, pakar itu sudah tidak ada masa lagi untuk menulis.

2. Semasa saya berkerja dahulu, saya pernah dipanggil mesyuarat dari pagi Sabtu hingga pagi Ahad hanyalah untuk menyemak beberapa perenggan teks ucapan. Bayangkan sepuluh orang JUSA menghabiskan masa sepuluh jam hanya untuk menyemak teks ucapan. Berapa agaknya harga ucapan tersebut?.

3. Bekas ketua saya garu-garu kepala yang tidak gatal (tetapi separuh botak), merungut mengapa ulama sekarang tidak banyak menulis, sedangkan ulama dahulu kitabnya beratus-ratus. Ulama sekarang satu kitab pun tidak ada.


BAIKLAH, ini adalah cadangan saya kepada pakar yang naik pangkat, ketua-ketua segala pengarah dan orang-orang besar yang kelihatannya sibuk dan tidak sempat untuk menulis bagi menurunkan ilmu sebagai amal jariah mereka. Tan Sri dan Dato' semua boleh gajikan (dengan wang sendiri) pegawai khas untuk menulis. Ajak pegawai khas ini ke mana-mana, memasuki apa-apa program dan duduk perhatikan dan cari bahan untuk menulis. Selepas waktu pejabat, beri pegawai khas ini kerja rumah untuk menulis. Bila tulisan sudah boleh dibukukan, diterbitkan dan dijual, royalti bahagikan juga kepada pegawai khas. Saya fikir ia tidak salah, dengan syarat jangan gunakan harta dan masa kerajaan. Luangkan sejam dua sahaja di luar waktu pejabat bagi tujuan ini.

Selamat mencuba.


Saturday, July 12, 2014

BAJU MELAYU ATAU BAJU MALAYSIA ?


KINI kalut di pasaran dengan baju melayu jenama "Aaron Aziz" dan "Zizan Razak".

Semasa di Jepun dahulu, saya pakai baju Melayu. Rakan-rakan dari Indonesia memanggilnya sebagai "Baju Malaysia".
Sebabnya? "Kami juga Melayu, Pak. Tetapi kami tidak pakai baju ini. Nah ternyata, ia bukan baju Melayu, tetapi baju Malaysia".

Begitulah kata mereka. Masuk akal?.

Sunday, July 06, 2014

MENURUNKAN PARAS KOLESTROL SECARA SEMULA JADI


Phytocol_ST™

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ialah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung, dan antara cara terbaik untuk merendahkan risiko anda adalah dengan mengurangkan kolesterol keseluruhan serta kolesterol LDL (“tidak baik”).

Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan.



Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.
Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Kod Produk 11006 (120 pill)








BELIAN ONLINE

NUTRITION: ANDA MAHU BELI SHAKLEE?

Salam sejahtera;


Jika anda mahu beli Shaklee, cuba klik kepada LINK di bawah ini. Ia dibawakan khas oleh Shaklee eJual:

EJUAL ONLINE

Wednesday, June 18, 2014

Junior Chamber International (JCI) Urasoe Visiting Malaysia - to have reunion with Malaysia Okinawa Alumni Chapter




Salam sejahtera Muhamad

Further to our conversation on the above, I would like to request your assistance to arrange and invite the ex-trainees of the Malaysia Okinawa Alumni Chapter to come to JICA office to meet up and have mutual exchange with the JCI Urasoe on Sep 30, Monday at 6.00p.m.

There are 6-member from JCI Urasoe led by Mr. Yoshifumi Higa (President):

1) The President (Yoshifumi Higa)

2) Mr. Koichi Gushiken (Exec. Director)

3) Mr. Ryo Ito (Vice President)

4) Mr. Naohisa Takakura (Next Generation Committee Chairman)

5) Mr. Seitestu Matayoshi (Committee member)

6) Mr. Tsuyoshi Horikawa (Auditor)


Light refreshment will be served during the get-together. Appreciate it if you could let me know who will be present.

Thank you.

With Kind Regards

Sunday, June 01, 2014

LAWATAN KE ICEWALL HP TOKYO


Sambil menyemak untuk membersihkan data dari harddisk, saya terjumpa foto lama ini. 2006. Lawatan ke HP Tokyo atas kapasiti peribadi. Pada 2006, program sulung mendaki Mt.Fuji diadakan. Sebaik tiba di Tokyo, kami melawat pejabat HP. Pada masa itu HP memperkenalkan produk/servis Ice Wall kepada kami. Ketika dunia sibuk dengan FireWall, Jepun sudah mengorak langkah memperkenalkan IceWall.