Labels

Tuesday, February 09, 2010

BULUH DAN SENIBINA MELAYU


DI KAWASAN belakang rumah, saya tanam tiga perdu buluh hiasan. Kini buluh tersebut sudah tinggi dan daun-daunnya sudah bercantum. Ini menjadikan kawasan tersebut agak redup dan provasi.

Anak saya memberitahu, "ustazah kata, bila daun-daun buluh ini bercantum, orang bunian akan bergayut-gayut di situ. Ia tidak elok".

Kawan saya pula memberitahu, "Ustaz tidak galakkan orang Islam menanam buluh sebagai pokok hiasan rumah".

Namun begitu, kawan-kawan Cina dan Jepun saya cukup memberikan pujian. "Cantik" kata mereka. Begitu juga dengan Cina Islam. "landskap ini sudah lengkap, terutamanya dengan adanya pokok buluh ini".

Barangkali jika saya ada kawan dari kalangan Orang Asli, tentu dia akan berkata. "Aku suka pokok buluh ini, nanti boleh buat sumpit. Bila sudoh besor buleh buat bakor lemang".


Sayapun jadi keliru mengenai senibina taman Melayu (adakah?). Apa yang boleh ditanam dan apa yang dilarang?. Tanam pisang?. Itu budaya orang India. Tanam tebu di bibir mulut? itu budaya Hindu. Entahlah.

Apakah ciri-ciri seni taman Melayu?. Ada pancuran? Oh.... itu Bali. Entah.

Monday, February 08, 2010

AYUMI


Aymi sedang mengarang ucapan bagi pihak mummynya di hari persandingan kakaknya Minako.


Mummy membaca ucapan dalambahasa Inggeris dan Jepun sebagai meraikan hadirin.


Ayumi memberikan tanda peace sebagai tanda telah berpuas hati dengan tugasan yang baru diselesaikan.


Ayumi di atas pelamin bersama kakaknya Minako

Sunday, February 07, 2010

SAAT BAHAGIA PERs



Saturday, February 06, 2010

PANAHRELO

setelah siap dipasang
frame tanpa cat dan logo
kotak penghantaran

IA bermula dengan pembelian sebuah kerangka tanpa jenama. Rekebentuknya ada iras-iras Pinarello. Ia diperbuat daripada karbon nano (12k) sepenuhnya. Jika Pinarello asli, rasa-rasanya harga kerangkanya ialah daam RM12,000.

Hasrat asal ialah untuk membuat logo, diberi nama dan dicat. namun saya tidak sabar untuk mengayuhnya. Namun ada juga kawan-kawan yang menasihatkan supaya ia tidak perlu dicat, takut merosakkan karbon. Bila dalam keadaan asli begini, begitu ketara warna karbon hitamnya. Hitam itu menawan. Akhirnya kerangka ini dipasang pada basikal Bianchi putih. Jadilah ia hitam sepenuhnya. Berat keseluruhan basikal ini sudah berkurang sebanyak 1kg akibat penggunaan panahrelo. Berat sekarang ialah 8.8kg.

Malam ini barulah aya berpeluang mengayuhnya kerana seminggu berada di luar pejabat. pada awalnya ramai sekali kawan-kawan yang ingin turut serta dalam kayuhan ini. Namun apabila tiba saat dan waktunya, hanya saya dan seorang lagi kawan yang muncul. Kami kayuh di Outer-ring selama sejam tanpa henti. Kelajuan maksima ialah 52km dan purata 23km/jam. Ada sedikit peningkatan berbanding dengan rangka Bianchi yang asal.

Saya masih lagi mencari-cari nama kepada basikal hitam legam ini. Buat sementara, kita panggil dia sebagai "panahrelo".

Wednesday, February 03, 2010

PULUT SAKURA SERUNDING KASIH


DUA malam menginap di sebuah hotel di ibu kota, saya habiskan pembacaan novel PSSK. Novel ini sangat istimewa buat saya. Saya mesti habiskan pembacaan novel ini untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Ia sangat istimewa kerana penulisnya memang saya kenali lebih sedesawarsa yang lalu. Saya mengenali penulisnya 'Leyla Shuri" di Okinawa, Jepun. nama sebenarnya ialah halela Abdul Razak yang menjadi isteri kepada Encik Kudaka. Lantas beliau dinamakan sebagai Halela Kudaka. Shuri adalah kota berdekatan rumah beliau di Okinawa. Novel ini pula saya perolehi di hari persandingan anak gadis sulungnya, Minako Kudaka di Singapura.

Sebaik sahaja memperolehi novel ini, saya tunjukkan kepada sdr Azhar yang menemani aya ke majlis tersebut. "Masyaallah, tebalnya. Bagaimana Kak Lela menulis novel setebal ini?".PSSK adalah setebal 470 muka surat adalah merupakan karya agung Halela. Itu kata saya. Saya sangat kagum dengan beliau. Respek sungguh dengan keupayaannya menulis novel setebal itu. Sedesawarsa yang lalu, kebolehan beliau berbahasa Melayu sangat terbatas. Kini berjaya menghasilkan novel setebal 470 muka!. Sayapun masih belum berjaya melakukannya. Hendak seribu daya. Gomeneto Gozaimasu Harera san!.

Novel ini dibahagikan kepada 68 bab yang pendek-pendek. Ini menjadikan rentak pembacaan menjadi menarik dan tidak terganggu. Pembacaan dalam beberapa bab yang pertama saya dapati ia tidak banyak bezanya dengan novelis wanita tersohor Malaysia lain yang tidak perlu saya sebutkan namanya. Ia mengisahkan tentang Rafique atau Rafikku dalam telur Jepunnya. Kisah cinta ini, mengikut Halela adalah kisah cintanya. Siapa wataknya tidak diceritakan, saya juga sekadar mengagak-agak sahaja. Lokasi cerita adalah di Malaysia dan Jepun.

Terdapat sedikit unsur suspen dalam PSSK. Lokasinya di Jepun memang sangat familiar dengan saya, namun ia tidak diceritakan dengan terperinci. Sekiranya perinciannya ditambah sedikit, sudah pasti saya dapat melihat dengan jelas akan lorong-lorong yang pernah saya lalui dua puluh tahun yang lalu.

Syabas Harera.

Tuesday, February 02, 2010

JUARA DALAM PEMBIKINAN






RC adalah seorang usahawan peringkat antarabangsa. Anak Malaysia yang menetap di Beijing dan menguruskan bisnesnya dari sana. Pertama kali saya menemuinya kira-kira dua tahun yang lalu atas urusan bisnes. Awal tahun ini kami bertemu semula atas urusan tertangguh dua tahun yang lepas. Ia masih belum menjadi kenyataan.

Kali ini beliau ingin mengayuh basikal bersama saya, dari Putrajaya ke Port Dickson. Lantaran itu beliau mahukan basikal yang terbaik. Lama saya memikirkannya, akhirnya saya bawa beliau ke Bike Boutique untuk melihat basikal jenama Cervelo. Ini adalah kerana basikal jenama Pinarelo (yang saya anggap terbaik) tidak mempunyai pengedar di Malaysia.

Dipendekkan cerita, beliau membeli sebuah basikal Cervelo model RS lengkap dengan segala aksesori. Kosnya hampir RM20k. Kami kayuh bersama di Putrajaya sebagai warm-up sebelum kayuhan sebenar ke PD.

Monday, February 01, 2010

KAYUHAN KL 2010 UNTUK DEBARAN LTDL 2010


SEAWAL pagi, Won sudah tiba di rumah untuk membawa saya ke Dataran Merdeka bagi menyertai Kayuhan KL 2010. Pihak penganjur menjangka seramai 500 pengayuh menyertai kayuhan ini. Pada pandangan saya, ia lebih ramai daripada itu.

Kayuhan di tengah-tegah kota KL secara beramai-ramai adalah sangat istimewa. Ia jarang-jarang boleh dilakukan kerana kesesakan trafik. Namun pada hari ini kenderaan bermotor disekat daripada menggunakan jalanraya untuk membenarkan kami berkayuh. Sangat istimewa.

Rata-rata basikalis bersungut, kayuhan dua pusingan ini terlalu pendek dan tidak mencukui. Mereka inginkan lebih cabaran. Mungkin 10 pusingan yang boleh menyamai LTDL di KL Mac nanti. Walaupun sekadar dua pusingan sahaja, satu kemalangan melibatkan beberapa orang pelumba turut mencalar acara ini. Ramai yang menyokong agar kayuhan begini dilakukan di Putrajaya seperti tahun lepas kerana kota itu lebih mesra basikal.

DARI UTUSAN
Kayuhan KL semarak perlumbaan LTdL 2010

KUALA LUMPUR - Bagi menyemarakkan minat orang ramai menceburi sukan berbasikal, Kayuhan KL akan dianjurkan pada 1 Februari ini bersempena Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL) yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka di sini.

Acara itu yang turut dianjurkan bersempena sambutan hari Wilayah Persekutuan akan melibatkan kayuhan sejauh 10 kilometer meliputi jalan-jalan utama di sekitar ibu negara.

Kayuhan KL dianjurkan buat pertama kali tahun ini sebagai antara aktiviti mempromosi LTDL 2010 di samping Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu menjadikan ia sebagai pentas untuk mewujudkan minat di kalangan generasi muda menceburi sukan berbasikal.

Acara yang dijangka menarik 500 penyertaan itu turut menawarkan hadiah cabutan bertuah kepada para peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif LTDL 2010, Mohamed Salleh berkata, penyertaan dibuka kepada semua golongan tanpa mengira had usia.

''Daripada pelumba profesional hinggalah kepada pelumba santai, semua layak berkayuh dalam acara ini yang merupakan anjuran KBS dan penaja acara LTDL 2010.

''Kami berharap melalui Kayuhan KL akan dapat menyemai minat masyarakat terhadap sukan ini selain memupuk kesedaran faedah berbasikal terhadap kesihatan diri,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Teknikal LTDL 2010, Jamaludin Mahmood memberitahu, Kayuhan KL diadakan bukan untuk tujuan pertandingan tetapi ia lebih kepada aktiviti berkayuh secara santai dan tidak ada pemenang atau hadiah akan diberi melainkan cabutan bertuah.

Jelas beliau, pelumba akan berkayuh mengikut tahap kemampuan masing-masing dan diawasi oleh polis trafik.

Acara tersebut akan bermula pukul 8.30 pagi dan bagi orang ramai yang berminat menyertai Kayuhan KL perlu mendaftar diri pada pukul 7.30 pagi di Dataran Merdeka atau hubungi Sekretariat LTDL 2010 di talian 03-8996 4598 atau mendaftar menerusi laman web TLDL di www.ltdl.com.my.

Dalam pada itu, acara LTDL edisi ke-15 yang berstatus 2.0 Hors membabitkan tujuh peringkat perlumbaan iaitu di Kota-Bharu-Kuala Berang, Kuala Terengganu-Chukai, Pekan-Mersing, Mersing-Parit Sulong, Muar-Port Dickson, Putrajaya-Genting Highlands dan Kuala Kubu Baru-Dataran Merdeka yang membabitkan jarak keseluruhan 1019.3 kilometer.

Kejohanan itu yang bermula 1 hingga 7 Mac membabitkan seramai 120 pelumba daripada 20 pasukan termasuk dua pasukan tempatan dijangka mengambil bahagian dalam acara LTDL 2010.


DARI BERNAMA
Rasai Debaran LTDL 2010 Dalam Kayuhan KL 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama)-- Orang ramai berpeluang merasai debaran pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dengan menyertai Kayuhan KL 2010 yang akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka di sini pada 1 Feb ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Mohamed Salleh berkata acara jarak 10km itu meliputi jalan utama sekitar Kuala Lumpur bagi mempromosikan edisi ke-15 LTdL yang bermula 1 hingga 7 Mac ini.

"Kayuhan KL 2010 diadakan sebagai saluran untuk menggalakkan orang ramai dan golongan muda menceburi sukan berbasikal serta sambutan Hari Wilayah Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari Isnin.

Mereka yang berminat perlu mendaftarkan diri pada pukul 7.30 pagi di Dataran Merdeka pada 1 Feb atau menghubungi Sekretariat LTDL 2010 di talian 03-8996-4598 atau mendaftar terus menerusi laman web LTDL di www.ltdl.com.my.

Perlumbaan LTdL sejauh 1,001.8 kilometer itu akan melibatkan penyertaan 120 pelumba dari 20 pasukan dengan cabaran bermula di Kota Baharu, Kelantan menyusuri Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor dan berakhir di Dataran Merdeka di sini.

-- BERNAMA

Saturday, January 30, 2010

SINGAPURA PATUT DICEMBURUI

KIRA-kira empat puluh tahun yang lalu, di zaman budak-budak lagi, Paksu saya ada memberitahu "Singapura itu adalah negara Yahudi yang ketiga". Saya ambil tidak kisah sahaja, antara faham dengan tidak. Dalam hati, saya cuba mentafsir pemikiran politik Paksu saya ini. Dari muda hingga kini, kerjanya adalah gatih teksi (pengayuh beca). Beliau tidak boleh hidup di kampung seperti mana adik beradiknya yang lain. Jika di kampung, akan kebulurlah dia kerana tidak tahu mencari rezeki cara orang kampung. Lama-kelamaan, saya tahulah bahawa negara Yahudi pertama dan kedua ialah Israel dan USA.

Kembali kepada Singapura, di zaman kanak-kanak saya hanya mendengar orang muda banyak yang bekerja di sana. Sepupu saya, sesekali balik kampung akan menceritakan akan kehebatan Singapura. gaji mahal, serba serbi mahal. Paling dia tidak suka ialah masuk jambanpun kena bayar. Waktu itu, ia adalah terlalu asing dan tidak masuk akal bagi kita di Malaya. Bagi saya, Singapura bukanlah negara pertama yang saya lawati. Saya ke Singapura pertama kalinya selepas lebih sepuluh tahun saya bekerja. Itulah kali pertamanya. Pengalaman kali pertama itu, dipenuhi dengan hutan-hutan batu.

Terkini saya ke Singapura pada minggu lepas, kerana menghadiri perkahwinan anak kawan saya di sana. Terlalu jauh bezanya dengan Malaya rupa-rupanya. Kawasan perumahan flatnya sungguh sunyi dan damai. Jika di negara kita, saya boleh bayangkan dengan deruman enjin motor mat-rempit, muda-mudi duduk bersekongkol, buat bising, hisap perkara yang terlarang, minum air kencing syaitan dan macam-macam. Di sana nampaknya sungguh aman.

Turun daripada kapalterbang, saya menaiki MRT. dari stesen MRT, saya menaiki bas (saya tidak tahu naik bas di malaysia). Kekerapan bas dari stesen MRT ke semua destinasi cuma beberapa minit sahaja. Sungguh cekap. Mengapa kita tidak boleh berbuat begitu?. Di lapangan terbang saya lihat pekerja restoran, pekerja pencuci, tukang sapu dan yang seerti dengannya semuanya adalah orang tua. Orang yang sudah pencen. Sama seperti di negeri Jepun. Tekun nampaknya mereka bekerja. Di negara kita, semuanya Bangla atau Indon. Jika adapun warga sendiri, yang masih muda belia yang banyak ingin bergalak dari bekerja.

Ada beberapa perkara yang ingin kita tiru Singapura, umpamanya e-KL. Namun bagi saya ia bagaikan melepaskan batok di tangga sahaja. Ah .... Singapura memang wajar dicemburui.

Wednesday, January 27, 2010

JARINGAN SOSIAL MEMBUANG MASA


BIASANYA seorang penjawat awam akan bersosial, dalam erti kata berjumpa dan berborak dengan rakan-rakan selepas waktu pejabat. Ada yang membawa ke malam. Di hujung minggu apatah lagi.

Penjawat swasta pula, khususnya yang menjual produk ataupun servis dan mempunyai kuota untuk dicapai bersosial sepanjang masa. Kerja mereka adalah bersosial, dalam erti kata minum-minum, bersembang ataupun meraikan orang lain yang berkemungkinan akan menjadi pelanggan mereka. Bersosial cara ini memang membuang masa, namun apa yang dipentingkan ialah hasil @ jualan dan bukannya kaedah. Buanglah masa (atau apa sahaja), asalkan masyuk...

Itu dulu. Kini sudah ada jaringan sosial. Penjawat awam atau swasta atau siapa sahaja boleh bersosial bila-bila masa sahaja. Semasa kerja mereka bersosial. Semasa berehat mereka bersosial. Memang membuang masa. Ada kalanya mereka bersosial sehingga tidak cukup tidur dan datang ke pejabat dalam keadaan yang tidak cergas untuk bekerja. Buang masa. Namun, bagi pekerja yang kerjanya adalah bersosial, buang masa (atau apa sahaja), bukanlah suatu masalah.

banyak juga menafaatnya jaringan sosial ini sekiranya digunakan secara berhemah. Secara umumnya, sepatutnya jaringan sosial bagi penjawat awam (tanpa tujuan khusus) hanya dibuka di luar waktu pejabat sahaja. Ini adalah untuk membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada tugasan hakiki.

Monday, January 25, 2010

BERTUKAR BUKU


Saya amat bertuah pada hari ini (24 Januari 2010) kerana memperolehi sebuah novel daripada penulisnya sendiri. Novel Pulut Sakura Serunding Kasih ini telah saya ikuti perkembangannya semenjak sekian lama. Setiap minggu saya ke kedai buku untuk mencari novel ini, namun tidak berjaya.

Penulisnya ialah Leyla Shuri atau Halela Kudaka saya kenali semenjak 1999 apabila saya berkursus di Okinawa Jepun. Semenjak dari itu, kami bersahabat. Saya mula membantu beliau membangunkan blog (http://halela.blogspot.com) yang digunakan sehingga kini. Beliau menetap di Okinawa semenjak 1982 lagi. Walau bagaimanapun semasa saya berkursus kali pertama di Okinawa pada tahun 1989-1990, kami tidak berjumpa.

Saya katakan bertuah pada tarikh tersebut kerana ia adalah bertepatan dengan hari perkahwinan anak sulungnya, Kudaka Minako di Singapura.



Di Genting Highland, saya hadiahkan dua buah buku saya kepada Puan Halela Kudaka.

Friday, January 22, 2010

20 Buku Bisnes dan Pengurusan PTS Paling Laris pada Tahun 2009


20 Buku Bisnes dan Pengurusan PTS Paling Laris pada Tahun 2009

1. Buat Duit dengan Blog (5,198)

2. Buat Duit dengan Ikan Keli (4,715)

3. Rahsia Bisnes Orang Cina - ed. kulit lembut (4,562)

4. Buat Duit dengan Cendawan (3,586)

5. Buat Duit dengan Restoran (3,431)

6. Rahsia Bisnes Orang Cina - ed. jimat (3,371)

7. Buat Duit dengan Foto (3,009)

8. Buat Duit dengan Rumah (2,941)

9. Buat Duit dengan Tuisyen (2,937)

10. Buat Duit dengan Jual Pakaian (2,907)

11. Buat Duit dengan Lembu (2,894)

12. Buat Duit Sebagai Ejen Insurans dan Takaful (2,886)

13. Buat Duit dengan Cacing Tanah (2,858)

14. Bisnes Internet: Bina. Upload. Urus (2,836)

15. Strategi Bisnes Manchester United (2,819)

16. Menjadi Jutawan MLM. ed. jimat (2,811)

17. Buat Duit dengan Cenderamata Korporat (2,803)

18. Internet Marketing dengan FaceBook, Myspace.com & Twitter (2,796)

19. Buat Duit dengan YouTube (2,777)

20. Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni (2,728)

Nota: Laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Data di atas adalah jumlah naskhah yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran atas pesanan pengedar, kedai buku dan agen PTS di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari - 31 Disember 2009.

Tuesday, January 19, 2010

TONTO : TOLONG ORANG TIPU ORANG


TONTO atau kadangkala dipanggil TOLONGTO adalah sejenis manusia "ulat". Ia adalah berupa orang tengah atau orang perantaraan yang berperanan untuk mengatur-licin transaksi. Kadangkala tanpa tonto, sesetengah transaksi akan terhenti di tengah jalan.

Saya bertanya seorang kawan, apakah maksudnya tonto?. Katanya ia adalah singkatan daripada "tolong orang tipu orang". Maksudnya, dia tolong individu A dan tipu sedikit untuk mendapatkan servis daripada individu B dan tipu sikit. Dua individu ditipu dan dia yang untung. Biasanya tonto akan mencari orang yang terdesak dan menawarkan perkhidmatannya dengan sedikit bayaran. Tonto ini sudah menolong orang tersebut. Dia tipu sebab perkhidmatan yang ingin diperolehi adalah percuma sahaja, cuma orang yang terdesak tidak tahu bagaimana jalannya sahaja. Misalnya perkhidmatan membaharui lesen memandu atau cukai jalan di JPJ. Ramai tonto di situ. Apabila orang ramai tidak larat beratur panjang, tonto akan datang menawarkan servis. Bayar sahaja dan dia akan buatkan semuanya. Begitulah juga halnya di Puspakom, ROB, ROC dan sebagainya. Kadangkala transaksi yang tidak logikpun boleh dilakukan oleh tonto. caranya? Tipu sebelah sana pula.

Tonto juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

A. Seorang yang sangat terdesak ingin menjual barang yang sangat murah. Anda beli dengan niat ingin membantunya. Harga sangat murah, dan dia telah tertipu. Tolong orang, tipu orang.

B. Penulis yang sangat terdesak, menyerahkan manuskrip kepada penerbit dengan bayaran yang sangat murah. Penulis dapat duit dan penerbit dapat manuskrip murah. Penerbit tolong penulis dan sambil itu tipu penulis.

C. Ada orang sakit atau kurang sihat. Penjual makanan kesihatan @ MLM, pura-pura memberi bantuan berupa khidmat nasihat dan suruh beli produknya. Dalam kes ini adalah "TINTO" "tipu orang tipu orang".

Wallahualam.

Monday, January 18, 2010

HARAPAN JUGA ADALAH DOA

KITA selalu mendengar rakan berkata "saya doakan mudah-mudahan kamu berjaya" atau yang seerti dengannya. Saya kerap berfikir, makhbulkah doa sedemikian?. Hanya sekadar sebutan sahaja. Doa yang tidak disertai dengan adab-adabnya. Kita juga kerap mendengar bahawa "kucing kerap mendoakan kesejahteraan dan kemurahan rezeki tuannya". Makbulkan doa kucing?. Juga "makhluk yang teraniaya sangat makbul doanya".

Saya kerap juga mengharap (sekadar mengharap) dan kebanyakan daripada harapan ini dimakbulkan. Sebagai contoh, bos berikan kerja yang sangat berat. Saya berharap (dalam hati - adakah itu merupakan doa?) semoga pekerjaan tersebut tidak perlu saya lakukan. Banyak kali harapan saya dimakbulkan. Contohnya, saya disuruh buat persembahan kepada CEO (yang terkenal garangnya). Saya akur akan tugasan tersebut sambil berharap sesi tersebut tidak menjadi kenyataan. Akhirnya atas beberapa sebab, sesi taklimat tersebut dibatalkan dan saya tidak diperlukan.

Selain daripada itu, ada kalanya juga saya berdoa. Doanya ialah supaya sesi tersebut berjalan dengan sangat lancar dan tanpa sebarang masalah.

Dalam contoh di atas, harapan saya (majlis dibatalkan) telah dimakbulkan, mengatasi doa saya (majlis berjalan lancar - dan saya tidak kena marah).

YA .... harapan juga adalah doa.
AMIN.

Sunday, January 17, 2010

KOLAM IKAN : DULU DAN SEKARANG



Ini adalah keadaan asal "longkang" penakung air di laman rumah saya. Terlalu besar bagi pandangan saya. Lima kaki panjang, tiga kaki lebar, tiga kaki dalam. Namun ia masih diperlukan untuk "mengharmonikan" air hujan sebelum disalirkan ke longkang besar.



Sekian lama berfikir, akhirnya timbul idea untuk menjadikan longkang tersebut sebagai kolam ikan. lama juga untuk mendapatkan kolam gentian kaca ini. Akhirnya berjaya juga, siap dengan penapisnya sekali. Sekarang telah berfungsi sepenuhnya. Air masih boleh mengalir bebas di bawah kolam ini. Kini hanya menunggu ikan untuk dipelihara dalam kolam ini. Ikan apa yang cantik, murah dan senang dipelihara?.

Sedikit lagi tambah-baik yang diperlukan ialah untuk memotong besi jeriji penghadang dan sedikit landskap di tepi kolam. Sedikit bunga dan barangkali kayu landasan keretapi adalah idea yang baik.

Friday, January 08, 2010

PERKHIDMATAN EUROSTAR DIGANTUNG, PEMANDU BAS DIGANTUNG


BERITA pagi ini mengisahkan tentang perkhidmatan keretapi laju bawah laut, Eurostar yang menghubungkan UK dengan Eropah tergendala lagi dalam terowong bawah laut Selat Inggeris. Ia adalah kerana salji tebal. Berita yang sama memetik bahawa perkhidmatan Eurostar tersebut telahpun digantung.

Berita lain pula menyebut bahawa pemain bolasepak terkenal dunia digantung kerana disyaki menggunakan dadah. Sementara itu, pengedar dadah tersebut telahpun dijatuhkan hukuman digantung sampai mati. Walau bagaimanapun dia berjaya meloloskan diri sebelum diberkas semula. Polis yang mengiringi dia ke penjara telah digantung kerja.

Hmmm..... mengapa kita suka sangat menggunakan perkataan gantung?.
Dalam banyak-banyak gantung, hukuman gantung itu sahaja yang tidak boleh menggunakan perkataan lain sekiranya ia perlu digantung. Sekiranya ia dimatikan dengan cara lain, hukuman mati sahaja sudah memadai.

Gantung-gantung lain semuanya tidak praktikal ...

Thursday, January 07, 2010

SIMPUL MENGKARUNG


APAKAH perkataan Melayu bagi cramp?. Saya fikir ia adalah "simpul mengkarung". Kata orang, Simpul Mengkarung ini sangat sakit. bagi sesiapa yang pernah cramp, tahulah betapa sakitnya simpul mengkarung.

Arwah ayah semawa mudanya adalah seorang pemain bola yang mewakili majikannya. Mudah tidak mudalah juga, saya sudah besar pada masa itu dan selalu juga tengok dia bermain bola. Kerap kali juga dia kena simpul mengkarung ini.

Rakan-rakan berbasikalpun ramai yang terkena simpul mengkarung. Alhamdulillah setakat ini saya belum kena simpul mengkarung.

FOTO TERBAIK JAN 2010

INI adalah foto-foto terbaik @ paling laku sepanjang bulan Januari 2010. Saya yakin anda boleh rakam foto yang lebih baik daripada foto-foto ini. Anda juga akan dapat lebih banyak duit berbanding jurufoto ini.

Lebih lanjut, bacalah buku "Buat Duit Dengan Foto"

Wednesday, January 06, 2010

Sunday, January 03, 2010

UCAPAN TAHUN BARU 2010


SAYA mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua staf yang juga adalah rakan-rakan saya. Selamat dua bulan terakhir 2009, kita berjaya merenanginya ke pantai 2010. Ya kita berjaya ke destinasi kita. Lautan akhir 2009 pelbagai ragam dan sukar diramal. Maklumlah masa itulah akaun perlu ditutup. Masa itu jugalah semua bayaran perlu dilangsaikan. SKT 2009 perlu dibentang. SKT 2010 perlu dirancang, dibentang dan diluluskan. Kontrak yang tidak berpateri perlu diuruskan. RMK10 pula datang menjengok.

Seperti mana yang saudara/i ketahui, kita telah berjaya mengharunginya. Kekuatan kita adalah saudara/i semua. Tanpa anda, sudah pasti saya akan lemas dan karam dalam lautan itu.

Sedikit yang sempat dicatatkan sepanjang dua bulan terakhir 2009:
- Tidak ada bil yang melebihi 14 hari
- Prestasi kewangann 99.9%
- Semua kertas JPICT kita diluluskan
- Program UD41/44
- Naik-turun moh*net dan moh*cube

Akhirnya, saya sangat berharap agar kerjasama erat yang diberikan sepanjang 2009 akan diteruskan ke 2010 dan tahun-tahun mendatang.

Wassalam.

4 ANAK SERENTAK DI IPT


HARI ini, anak kedua saya akan mendaftar di sebuah IPTS. Dengan ini empat anak saya sedang menuntut di IPT. Sabtu lepas, 2 Jan 2010 anak pertama saya yang mendaftar di sebuah IPTA. Yang pertama belajar adalah anak keempat dan diikuti dengan anak ketiga. Susunannya ialah 4-3-1-2. Pelik kan? Tidak juga.

Anak pertama sudah bekerja setelah tamat belajar di sebuah IPTA. Hampir dua tahun bekerja, dia mendapat tawaran untuk bekerja di negara telok. Setelah meletak jawatan, dia mendapat surat pemberitahuan gaji yang ditawarkan adalah lebih kecil berbanding tawaran asal dalam kontrak. Beliau memutuskan untuk tidak menerima tawaran tersebut, sebaliknya menyambung pelajaran. Kebetulan tawaran belajar juga muncul pada masa yang sama.

Anak kedua juga begitu. Sudah bekerja, namun ingin belajar semula kerana sebab-sebab tertentu. Agak susah untuk mendapatkan tempat belajar untuknya. Dia sangat rigid dan tidak mahu sebarang kursus kecuali senibina. Kursus ini pula tidak banyak yang ditawarkan. Namun akhirnya dia berjaya juga mendapat tempat.

Yang ketiga dan keempat adalah pertama kali belajar setelah tamat SPM. Tahun hadapan, barangkali seorang lagi akan ke IPT kerana anak kelima akan mengambil SPM tahun ini.

Tidak ramai kan yang empat anaknya belajar serentak di IPT?. Ya,lah ada anak empatpun sudah tidak ramai bagi masyarakat kita sekarang. Hmmmm...