Labels

Wednesday, June 02, 2010

BENTO

HARI ini, hidangan makan tengahari kami ialah bento...

Tuesday, June 01, 2010

AIR KELAPA TIDAK BAGUS UNTUK KESIHATAN?


ORANG tua-tua kata, air kelapa ini bagus untuk dibuat ubat. Sekiranya keracunan, minumlah air kelapa. Sekiranya lenguh-lenguh badan, minumlah air kelapa. Air kelapa adalah penawar. Jika kita demam dan sudah memakan ubat, dilarang sama sekali minum air kelapa kerana katanya ia boleh menawarkan ubat, dan ubat tidak akan mujarab. Itu dulu.

Kini air kelapa sudah dikomersilkan. Ia sudah dijual dalam restoran berjenama. Sudah dijual dalam hotel berbintang.

Benarkan air kelapa tidak elok untuk kesihatan?.

Monday, May 31, 2010

PIZZA


hidangan untuk dua orang

aiskrim ...

Volcano ...

bila volcano sudah meletup...

Sunday, May 30, 2010

D'MUAR

SUDAH lama benar hali keluarga saya mahu datang makan-makan di D'Muar. Tempatnya dekat sahaja dengan rumah. Tiap-tiap hari kami lalu-lalang di situ semasa pergi dan balik bekerja, namun masanya tidak sesuai.

kawan saya kata, D'Muar menyajikan "mee bandung" terbaik di luar daerah Muar. hari ini kami berpeluang ke sana.

Saturday, May 29, 2010

KAYUHAN PUTRAJAYA

Hari: Ahad
Tarikh: 30 Mei 2010
Masa: 8.30am
Tempat: Jambatan Putera

Thursday, May 13, 2010

BUILD BETTER RELATIONSHIP

1. Be the most positive person you know

2. Be a candid; speak truthfully

3. Be on time

4. Say please and thank you

5. Underpromise and overdeliver

6. Leave people better than you found them

7. Be nice

8. Be a world-class listener

9. Become wildly interested in other people

10. Smile

-- Robin Sharma

Wednesday, May 12, 2010

KATAKU KEPADA MEREKA

INILAH kata-kataku kepada mereka. Selepas ini aku perlu pantau jika terdapat sebarang perubahan di sini.


i. Komitmen (Commitment )

ii. Tindakan susulan (Follow-up)

iii. Sentiasa menjangka isu masalah (Anticipating of problem issues)

iv. Saling mempercayai antara satu sama lain (Trust in each other)

v. Usaha yang lebih (Giving extra effort)

vi. Tindakan proaktif (Proactive action)

vii. Saling menyokong satu sama lain (Supporting one another)

viii.Organisasi (Organization)

ix. Kematangan (Maturity)

x. Semangat berpasukan (Teamwork)

xi. Kepimpinan yang positif (Positive leadership)

xii. Mentaliti “Saya boleh” (“I can”mentality)

Tuesday, May 11, 2010

WATIKAH





WATIKAH ini saya terima 29 April 2010. Kini ia telah berjalan selama 48 hari. Barangkali saya perlu buat sedikit pengukuran bagi 100 hari pertama melaksana amanah dalam watikah ini.

Monday, May 10, 2010

Sunday, May 09, 2010

100 KM PERTAMA




SUDAH lama benar kami ingin berkayuh ke Port Dickson (PD). Namun pelbagai halangan menjelma. Di antara halangan utamanya ialah tidak cukup peserta, tidak ada ketua yang telah biasa ke sana dan tidak ada kenderaan sokongan. Namun semalam, kami nekad sahaja berkayuh ke PD. Jemputan dibuat melalui FaceBook dan 3 orang sanggup ke sana.

Bermula jam 7.00am, kami bertiga memulakan kayuhan agak santai menuju ke PD. Setelah tiba di Salak Tinggi, kami bertemu dengan Encik Razak yang berkayuh sendirian. Katanya dia adalah bekas pengayuh daripada pasukan kebangsaan. Dia menyertai kami dan kami mengikutinya rapat. Tanpa rasa penat dan lenguh, apatah lagi 'ditarik' oleh kayuhan Razak ini, kami tiba di jeti PD sekitar jam 10.30am. Kami berehat di kedai Pak Lang, minum, makan roti bakar.

Kayuhan pulang bermula jam 11.30am. Hari kian panas. Kami putera-putera lilin, tidak tahan panas dan berhenti rehat. Razak ingin pulang cepat kerana perlu menghadiri kenduri. Kami berehat bertiga dan kayuhan pulang mengikut rentak kami sendiri sambil berperang dengan panas dan terik mentari.

Dipendekkan cerita, kami hanya tiba semula di taman Warisan Pertanian untuk menjamu selera padajam 5pm. Itupun setelah berhenti rehat dan solat Zohor di tempat kuda berlatih dan ditimpa hujan lebat dalam 2km terakhir kayuhan.

Bagi saya dan Muhaimy, inni adalah kayuhan terus 100 km pertama bagi. Ia mencatatkan 130km.

Apakah rasanya?.
1. Dari Putrajaya ke PD, sangat seronok, santai dan tidak ada sebarang masalah
2. Dari PD ke Putrajaya, sangat panas. Selain daripada itu, masih boleh bertahan walaupun sedikit-sedikit penat, sakit tengkok dan sudah semestinya sakit pungg**g.

Friday, May 07, 2010

Mt. FUJI 2010





Package inclusive of:
Return economy class air ticket to Narita Japan

1 night accommodation at Kawaguchiko Inn

1 night accommodation at Taishikan Mountain Hut

2 nights accommodation at Shinjuku Washington Hotel or similar

Limousine bus or Narita Express train to Tokyo

Highway bus to Kawaguchiko & 5th station of Mt fuji

Mountain ranger accompany from 5th station to the top

Tour leader from Impian Holidays

Package price: RM 4500.00 per person (including airport tax& fuel surcharge)

Dates of departure :a)11July-16July b)25July-30July

For enquiries feel free to call: Mr Azhar – Impian Holidays
019-273 9390 or email: impianhs@gmail.com
Grand arrangement by Feel Japan with K Co.,Ltd.

Tuesday, May 04, 2010

LEBIHAN





Lebihan itu adalah baki
namun le bihan adalah sesatu yang lazat.

Monday, May 03, 2010

SAYONARA SAKURA


SAKURA pun sudah di hujung-hujung,
bagaikan mengucapkan sayonara kepada
pengunjungnya.

Friday, April 23, 2010

SEIKAKU LAWAN LEBIH KURANG



SEMASA YAB PM melawat Jepun baru-baru ini, beliau sangat kagun dengan seikaku Jepun. Ia itu teliti dan tepat yang sentiasa diamalkan oleh masyarakat Jepun. Seikaku mengutamakan kesempurnaan, yang menjadi kualiti utama dan nilai yang menjadi pegangan masyarakat Jepun.

Ini sangat berbeza sekali dengan sikap 'lebih kurang', 'tak apa' atau 'cincai' dalam masyarakat 1Malaysia.

Thursday, April 22, 2010

KEK LAPIS SARAWAK?







Macam kek lapis .... kain pulikat rupanya !!!

Wednesday, April 21, 2010

PROTOKOL II

Pemimpin dan bendera negaranya.


Semasa melawat Jepun, mereka berdiri di sebelah bendera negara masing-masing.
[foto dirakam daripada Utusan Malaysia]


Semasa berucap dengan China, pemimpin dengan bendera negara sendiri.


Semasa melawat USA, kita bersilang bendera.

Tuesday, April 20, 2010

SANTAI-SANTAI JEPUN II

[20 April 2010]
Ini adalah itinari kami:-

Day 01 - Hotel: Shinjuku Washington - near to Shinjuku Station. Direct transfer from Narita Airport to Shinjuku Sta. by Narita Express (NEX) - need to check the timetable

Day 02 - Breakfast at hotel. Check out and walk to Shinjuku Sta, for train to Hiroshima via Shin-Osaka (change train). Arrive Hiroshima and walk to K's House Hiroshima. Sightseeing/shopping

Day 03 - C/out. Shinkansen ride to JR Kyoto Sta. take bus to Uronza ( machiya-traditional townhouse) - 15 min by cab or bus. Sightseeing

Day 04 - Day trip to Osaka. Shopping / sightseeing. back to Kyoto

Day 05 - Santai santai at Uronza. catch train to Shinjuku Sta. C/in hotel. Free time

Day 06 - Free time

Day 07 - Free time. c/out by noon. Transfer by NEX to Narita Airport Terminal 2.

Hotel:
a) Shinjuku Washington Hotel ( twin sharing )
b) K'House Hiroshima Tatami room ( 4 in a room)
c) Uronza Tatmi room ( 4 in a room) = 2 nights
d) Shinjuku Washington Hotel (twin sharing) = 2 nights

Sunday, April 18, 2010

SANTAI-SANTAI JEPUN I

[19 April 2010]
PETANG ini kami bertiga menaiki ERL dari Putrajaya Sentral ke Salak Tinggi dan meneruskan perjalanan ke LCCT menaiki bas. Penerbangan AK717 akan berlepas ke Singapura dan dijangka tiba pada jam 2135. Semalaman kami akan berada di Changi airport untuk menunggu United Airlines pada jam 0710 ke Narita.

* SOALAN PENTING: Adakah United Airlines daripada USA ke Jepun ini akan tiba?. Bukankah semua lapangan terbang di Eropah dan USA ditutup?.

Masih menunggu.

Friday, April 16, 2010

CATHERINE LOOI

[Entri ini disalin semula daripada CAT CAT ]

A package arrived today in the mail.

It's not a usual package that I would received in the mail. Not from Macy.com and definitely not from Ebay.

It was a very suspicious package that kept me guessing who the sender was.

Who in the world would sent me this mysterious package?

If I had ordered something online, I would usually use my legal name (Chinese name - not going to tell you now!) but the package has Catherine Looi written as the receipient.


To my surprise - upon opening the package which by the way, took me 5 minutes to do so, I found, not one but TWO books.

The books that I have been anxiously waiting for in a long time.

Thank you so very much to the sender, also the proud author of both books - Tuan MBA-san.

Terima kasih bebanyak atas kesudian Tuan mengepos kedua-dua buah buku kepada Cath. Jasa baik Tuan akan dikenang dan dibalas pada masa yang akan datang.

1st Book

Kerjaya Dalam Bidang ICT.


With a sweat note from the author. Aaaaw!

Tuan,
Cath akan membeleknya MALAM INI juga.

2nd book.

Buat Duit dengan Foto (Make Money with Photo)

sekeping foto
boleh menceritakan
lebih daripada 1000 kata-kata
sejuta kata-kata
menghimpun buku
sebuah buku buat sahabat

Tuan,
I love the Haiku. Thank you so much.


Two cute model to promote Tuan MBA-san's books.

Both books are in Bahasa Malaysia. Yes, I was scratching my head too.

Both books are available at your local bookstore in Malaysia. If you wanted an authograph from the author, do let me know and I will try to make arrange for you to meet with the author. Of course, with permission from Tuan in the first place.

On another note, do click on Tuan MBA-san's blog. I have been a faithful reader of his blog for quick a number of years and found his writing and the contents of his entries very interesting.

Thursday, April 15, 2010

PENYAPU BARU



Penyapu Baru ditakrifkan sebagai seseorang pekerja baru. Mereka rajin, bersemangat dan membuat kerja dengan bersungguh-sungguh. Pepatah Inggeris new broom sweeps clean adalah serupa. Ungkapan penyapu baru ini lebih mirip kepada memperli sebenarnya.

Saya baru memegang jawatan selama 17 hari dan ... mereka menggelar saya sebagai "penyapu baru"

Wednesday, April 14, 2010

PROTOKOL



BERDASARKAN gambar ini barulah saya tahu bahawa bagi sesi lawatan-lawatan begini tuan rumah duduk sebelah bendera tetamu dan tetamu pula duduk sebelah bendera tuan rumah.

Jika isteri pula duduk di mana? (ketika bergambar atau makan maksud saya).

Tuesday, April 13, 2010

FOTO PERCUMA BULAN INI (iSTOCKPHOTO)

iStockPhoto telah berusia 10 tahun. Selain daripada membeli foto dan menjual foto, iStockphoto juga memberikan foto percuma yang boleh dimuaturun. Sebahagian daripadanya untuk bulan ini adalah seperti di bawah:-





Saya fikir anda juga boleh menghasilkan foto yang lebih baik berbanding dengan foto-foto di atas. Foto boleh buat duit ... "Buat Duit Dengan Foto".

Monday, April 12, 2010

GERABAK KERETAPI JEPUN (JR) UNTUK KTM?


Kerajaan Jepun bersetuju menyumbang sebanyak 15 buah gerabak keretapi terpakai kepada KTM untuk perkhidmatan keretapi antara bandar.

Kita yakinlah gerabak-gerabak ini masih elok lagi. Mungkin lebih elok berbanding dengan gerabak yang sedang digunakan sekarang.

Monday, April 05, 2010

SAJAK ORANG BERDOSA

ENTAH mengapa, tiba-tiba teringat akan sajak ini yang ditulis oleh A.Wahab Ali:-

Akulah Manusia
ada masanya aku mengapung dalam awan putih dan langit biru
aku mendekatimu
dalam tulus
sehingga sinarmu menjarum lantas ke hatiku
aku merasakan kekudusan
tiba-tiba aku mengenang
menikmati rahmatmu dengan derhaka
maka akupun terlontar dan terpanggang
di neraka terpanas

ketika itu airmataku menjadi hujan
dan ratapku cucurannya jatuh ke zing
detik itu kau hanya datang
antara hadir dan hilang

yang nyata menjelma ialah diriku
membawa kaki manusianya di lumpur hitam
sedangkan hatinya memaafkan
dengan alasan-alasan manusianya
sambil menyeret dosa dan pahalanya

kadang-kadang aku menjadi puputan
singgah di ranting-ranting
nyaring dan ngeri mengadukan dosa

tapi yang jelas
ialah diriku
membawa poster manusia
semakin galak melakukan dosa
semakin kerap berdoa

minta kau mengampunkannya

-nob.19.1975 -

Monday, March 29, 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN


SEMENJAK slogan 1Malaysia diperkenalkan, pelbagai gelagat 'rakyat' yang berurusan dengan pegawai kerajaan dapat kita perhatikan.

Bagi rakyat yang berstatus peniaga, mereka ingin didahulukan bagi mendapat kontrak dan urusan perniagaan mereka. Bagi rakyat yang mempunyai anak atau kaum keluarga, mereka ingin didahulukan supaya anak mereka mendapat pekrjaan dalam kerajaan. Setelah memperolehi pekerjaan, mereka mahu didahulukan supaya dapat memilih sendiri lokasi tempat kerja mereka. Jika boleh pejabat biarlah di sebelah rumah sahaja.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap permintaan supaya didahulukan ini. Namun begitu, para penjawat awamlah yang harus memainkan peranan yang berkesan supaya rakyat boleh didahulukan, namun segala peraturan tidak perlu dilanggar. "jika terdapat peraturan yang menghalang, jangan dilanggar peraturan tersebut. Jika boleh, buatlah pindaan terhadap peraturan tersebut".

Sungguhpun begitu, mendahulukan rakyat bukanlah suatu kerja mudah dalam kapasiti seseorang penjawat awam. Kami bekerja secara berpasukan dalam satu relay. Misalnya dalam larian 4X400 meter. Terdapat empat pelari yang berlari sendiri dalam sempadan 400 meter mereka secara berpasukan. Kadangkala pertolongan yang diminta adalah bagi slot pelari pertama sedangkan kita berada di slot ketiga. Lebih parah lagi apabila pertolongan yang diminta adalah bagi acara lompat galah, sedangkan kita hanya boleh berlari.

Hmmmm...