Labels

Saturday, November 29, 2008

PUTRAJAYA CRITICAL MASS bersama REDTONE







Putrajaya Critical Mass (PCM) diadakan setiap Jumaat terakhir setiap bulan. Malam tadi sedozen ahli Putrajaya Easy Riders (PER) telah turut hadir bagi memeriahkan lagi PCM bagi bulan November. Penyertaan dalam PCM kali ini tidaklah seramai mana. Namun ia tetap meriah. Barangkali kerana hujan lebat di sebelah petang yang membuatkan riders tidak ramai yang datang.

Paling menarik kali ini ialah apabila semua ahli PER mengenakan t-shirt merah sumbangan RedTone. Seragam!.

Sepanjang perjalanan, kami berkumpulan dan dipanggil geng baju merah. Kami memang mendapat perhatian dan tumpaun kerana seragam merah. Apatah lagi kami konker sebaris meja di restoran mamak double-trouble selepas kayuhan sehingga jam 1 pagi.

Rupa-rupanya ramai orang yang tidak mengenali RedTone dan malam tadi adalah merupakan kali pertama melihat dan mendengar apa itu RedTone:-

Soalan-soalan mereka ialah:-

1. RedTone ni apa sebenarnya?.
2. Di manakah pejabat RedTone di Putrajaya?.

Hmmmm.... Nampaknya Redtone perlu lebih banyak membuat khidmat bakti. Lepas ini kami ada PMR (Putrajaya Morning Ride) pula.

p.s Barangkali itu untuk GreenPacket pula. ;-)

Friday, November 28, 2008

BASIKAL KU



Aku berangan,
Sepatutnya hari ini aku sedang mengikuti persidangan pengurusan
Rupa-rupanya aku ini tidak tergolong orang pengurusan
(walaupun pangkat lebih tinggi & gaji lebih banyak - semoga berkat)
Aku dipanggil orang teknikal.

Entahlah labu.

Thursday, November 27, 2008

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI



Keperluan harian: 2000 Kalori

Menu 2:
Srapan Pagi.
Nasi lemak - 1 cawan
Telur masak - 1 ½ hiris
Sambal ikan bilis tanpa kepala - 2 ½ sudu makan
Timun - ¼ hiris
Kangkong 1 cawan
Kopi dengan susu rendah lemak

Minum Pagi
Karipap daging - 1 biji
Susu rendah lemak dengan 1 ½ sudu teh gula 1 gelas

Tengahari
Bihun goreng dengan udang, ayam, sawi dan taugeh - 2 cawan
Belimbing (sederhana) - 1 biji
Air kosong - 1 gelas

Petang
Kuih Lapis - 2 keping
Epal - 1 biji
Teh / Kopi dengan 1 sudu teh gula 1 cawan

Malam
Nasi putih - 1 ½ cawan
Ikan selar masak lemak - 2 ekor
Kangkong masak cili - ½ cawan
Sayur campur - ¼ cawan
Tauhu - ½ keping
Tembikai - 1 hiris
Air kosong - 1 gelas

Tuesday, November 25, 2008

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI



ADA kalanya kita ini terlebih-lebih.
Pernahkah anda mendapati situasi di mana anda kecundang di peringkat bawah dan berjaya di atas?. Misalnya gagal di sukan SEA tetapi berjaya di sukan Asia. Kantul di peringkat kampung tetapi berjaya di peringkat antarabangsa. Ala-ala begitulah. Perkara begini banyak berlaku.

Misalan lain ialah sebuah filem yang kecundang di negara sendiri tetapi meraih pelbagai anugerah di luar negara.

Apa kena-mengenanya dengan "ukur baju di badan sendiri?". Entah.

KAYUHAN ANGGERIK


Dari kiri: Dr. Azmi, Pak Adib, Prof Fuad, Prof Sani, Taufik, MBA, Won, Anak Muhaimy & Muhaimy



Sunday, November 23, 2008

TIGA KAYUHAN BERTURUT-TURUT





BAGI meraikan Pak Shahrudin dari Shah Alam, saya menyertai Kayuhan Anggerik pada malam Sabtu (22 Nov). Tiba ke rumah jam 1 pagi dan pada jam 7.30am berikutnya sudah berada di Taman Warisan Pertanian untuk kayuhan menawan puncak Precint Diplomatik bersama Kol. Azudin. Jam 7.30am hari ini (Ahad 24 Nov) pula menyertai Dr. Taufik dalam kayuhan recce Tepian Sungai Langat.

Ketiga-tiga kayuhan ini adalah berbeza sama sekali.
1. Kayuhan Anggerik cuma mengambil shortcut sejauh 7km. Ia adalah kayuhan untuk semua. Kecil besar, tua muda tanpa mengira jantina. Kayuhan sosial dengan diiringi oleh marsyal dan polis trafik.


2. Kayuhan Precint Diplomatik melalui lorong-lorong kuda di puncak bukit. Ini adalah kayuhan jantan. Dengan jarak lebih kurang 17km sahaja, kayuhan ini telah memberikan "taubat nasuha" kepada sekurang-kurangnya seorang daripada peserta. Yang seronoknya, kayuhan ini tidak mempunyai jalan pulang secara shortcut ataupun separuh jalan. Walaupun nampak puncak bukit begitu curam, kayuhan tetap perlu dilakukan. Jika tidak larat, tolak sahaja basikal. Begitu juga bila curam dan cerun terlalu tajam, ia perlu dituruni juga dengan bermain brek atau menapak. Kerahan tenaga teruji dalam kayuhan ini.


3. Kayuhan Tepian Sungai Langat adalah yang paling baik.Ia buat pertama kalinya benar-benar mencabar keupayaan Proton T-Bolt. Semua pemilik T-Bolt tersenyum puas. Di kayuhan ini road bike pasti kecundang awal lagi.

Wah seronoknya berbasikal!.

Saturday, November 22, 2008

KHASIAT MENGKUDU ?



BENARKAH mengkudu mempunyai khasiat kesihatan?.
Mengikut bahan bacaan, pelbagai khasiat disediakan oleh mengkudu.
Di antara lain, apa yang menarik minat saya ialah mengkudu sebagai ubat penahan sakit. Ia setaraf dengan penadol dan ponstan, malahan lebih baik lagi. Benarkah begitu?.

Biasanya apabila sakit kepala, saya akan telan panadol ataupun lebih power lagi ponstan. Walau bagaimanapun seorang rakan FB memberi nasihat supaya menjauhkan ponstat dan sebaliknya menggunakan mengkudu. Samada akar atau buah mengkudu sebagai ubat penahan sakit. Hmmmm mana nak dicari benda itu. Kopi radix juga OK katanya.

Dua tiga hari yang lepas, saya sakit kepala lagi dan saya cuba sepaket kopi radix dan alhamdulillah sakit kepala 'hilang'. Adakah memang khasiat mengkudu ataupun secara kebetulan sahaja?.

Perlu dicuba lagi.

Friday, November 21, 2008

Thursday, November 20, 2008

MOOD


SEBENARNYA saya tidak ada mood untuk menulis dalam sehari ini. Banyak sebabnya. Tarikh mati (deadline) untuk buku saya yang seterusnya ialah 11 Nov. 2008. Ia telah berlalu, namun editor telah lanjutkan hingga ke hujung bulan ini. Masih ada beberapa hari lagi. Sekiranya mood ada, ia memang boleh disiapkan.

Masalahnya ialah mood.... Setiap kali saya masuk ke bilik bacaan untuk menulis, taip sahaja setengah ayat, mood hilang. Mengantuk datang. kaki-tangan kejang. Apa nak buat?. Bukupun melayang entah ke mana.

Hmmmm.... sepuluh hari yang akhir ini moga-moga mood datang dan buku tersebut boleh disiapkan.

Bagaimana dengan anda?. Adakah anda sentiasa mempunyai mood yang baik?.

Dalam dunia ini saya kenal hanya seorang sahaja yang sentiasa mempunyai mood. Beliau adalah rakan sekolah saya semasa di Alam Shah pada tahun 1970an dahulu. Nama beliau ialah Che Mood. Beliau kata memang dia sentiasa ada mood.

entah ke mana Che Mood sekarang....

Tuesday, November 18, 2008

KAYUHAN ANGGERIK



PADA 31 Oktober yang lepas, saya tiba agak awal untuk menghadiri Putrajaya Critical Mass. Ini adalah kerana langsung dari ofis ke lokasi kayuhan. Ramai sekali bertemu rakan-rakan Proton T-Bolt. Dalam kesibukan basikalis yang ramai ini, saya didekati oleh seorang veteran yang meminta nama dan nombor telefon. Beliau memperkenalkan diri sebagai Shahrudin daripada Shah Alam. Rupa-rupanya beliau bertanya beberapa orang di situ, bertanyakan siapakah ketua kumpulan Proton. Entah bagaimana mereka menuding kepada saya, dan sayalah yang menjadi "ketua" pada anggapan En. Shahrudin. Oh ya... En. Shahrudin, kini berusian 69 tahun dan masih aktif berbasikal. Beliau adalah pemenang pingat emas sukan SEAP (kini SEA) pada tahun 1962 (sebahagian besar basikalis pada malam itu belumpun lahir lagi).

En.Shahrudin berbaju kuning
Dipendekkan cerita, beliau menghubungi saya semula untuk mengadakan mesyuarat mengenai program berbasikal. Tujuh orang "ketua" telah dikenalpasti katanya. Saya menghantar Mr.Won sebagai wakil T-Bolt. Dari mesyuarat tersebutlah munculnya Kayuhan Anggerik.

Nama: Kayuhan Anggerik
Program: Critical Mass
Tempat: Dataran Shah Alam
Tarikh: 21.11.2008 (Jumaat)
Masa: 8.30pm
Jarak kayuhan: 20-25km (alternatif 12km)

Apakah Critical Mass?. Ia adalah program kayuhan basikal di seluruh dunia. Tujuannya untuk mewujudkan bandar yang mesra basikal. Maklumat terperinci mengenai Critical Mass boleh diperolehi di sini

Jadi, bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam (berjauhan juga boleh hadir), semua adalah dijemput hadir untuk sama-sama merai dan menjayakan Kayuhan Anggerik. Insyaallah saya dan kawan-kawan akan datang bagi meraikan jemputan daripada En. Shahrudin dan rakan-rakan beliau.



Setakat yang diketahui, di Malaysia sudah terdapat Critical Mass di Putrajaya, Shah Alam (21.11.08) dan Kuala Lumpur (akan datang).

Jumpa di sana!.

Monday, November 17, 2008

NORMAN HAKIM + MEMEY - ABBY ABADI = ?



SAYA tidak berhasrat langsung untuk menulis mengenai perkara ini pada asalnya. Tidak mahu ambil pot langsung kata orang sekarang. Namun isu ini telah menjadi-jadi.

1. Norman Hakim dan Memey ditangkap khalwat
2. Abby Abadi menyerang Norman di lokasi penggambaran
3. PDRM berpendapat Norman telah mencemarkan nama baik Polis
dan macam-macam lagi.

Masyarakat kita dihidangkan oleh wartawan kita dan oleh media kita mengenai rumahtangga orang. Itulah yang masyarakat kita suka. Itulah yang wartawan kita cari. Itulah yang boleh melariskan media kita. Salah siapa?.

Hari ini wartawan sama wartawan mempertahankan pekerjaan mereka melondeh dan membogelkan mereka untuk dipertontonkan ke khalayak ramai atas nama berita. Perkara sudah berlaku, mereka laporkan sahaja. Itu alasan mereka.

Namun, kembalilah kepada Islam. Ia melarang sama sekali mendedahkan aib orang lain. Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Wartawan tidak perlu bersusah payah untuk mendedah, melondeh dan membogelkan lagi keaiban ini.

Barangkali sudah tiba masanya bagi akhbar, radio dan TV di negara kita yang tercinta ini mendapat pengesahan "halal" ataupun "syariah compliance" sebelum tayangan. Berita-berita begini perlu masuk "cencor board" terlebih dahulu. Pihak berwajib perlu melulus atau mengharamkan apa yang patut, demi untuk pembangunan negara. Biar ia memberi faedah kepada semua generasi.

MBA - Semoga selepas ini akan keluar fatwa ataupun pendapat yang muktabar.

Sunday, November 16, 2008

ANATOMI SEBUAH BASIKAL



Label/ Label Deskripsi/Description Label/Label Deskripsi/Description
1 Bar hendal/handle bar
2 Penukar gear/Shifter
3 Tuas brek/Brake lever
4 Kabel/Cable
5 Tiub kepala/Head tube
6 Sepit udang, semanggang/Fork
7 Kaliper brek cakera/Disc Brake Caliper
8 Cakera brek/Brake disc
9 Gelendong, buyong/Hub
10 Jejari/Spoke
11 Injap/Valve
12 Rakap/Pedal
13 Engkol/Crank
14 Gegancu/Chain ring
15 Rantai/Chain
16 Palang rantai/Chain stay
17 Gear belakang/Rear derailer
18 Kaset/Cog, Cassette
19 Roda/Rim
20 Tayar/Tire
21 Palang pelana/Seat stay
22 Brek-V/V-brake
23 Gear hadapan/Front derailer
24 Tiub pelana/Seat tube
25 Batang pelana/seat post
26 Pelana/Saddle
27 Ampaian belakang/Rear shock
28 Tiub atas/Top tube
29 Tiub bawah/Down tube
30 Set kepala/Head set
31 Stem/Stem

* Foto dan penerangan daripada http://kelolo.blogspot.com/2007/12/anatomi-sebuah-basikal-gunung.html

Saturday, November 15, 2008

Putrajaya Cycle



Ini trail 081108. Esok ikut tasik di sebelah dalam.

Tuesday, November 11, 2008

MOTIVASI PEKERJA TANGGUNGJAWAB SIAPA?

Pekerja ataupun staf adalah merupakan aset terpenting sesebuah organisasi. Aset-aset lain seperti bangunan, tanah, mesin dan komputer juga penting.

Mesin dan komputer diselenggara secara berkala. Ada penyenggaraan pencegahan, ada juga penyenggaraan pembaikan. Bagaimana pula dengan aset terpenting organisasi, iaitu staf?

Bila kali terakhir ia diselemggara? Bagaiman?

Monday, November 10, 2008

TEAM BUILDING

SUDAH menjadi suatu kebiasaan, setiap jabatan akan mengadakan program 'team building' untuk staf mereka.

Adakah 'team building ini perlu?. Adakah ia bermenafaat? adakah ia tidak membazir?

Kita ikut siapa dalam melaksanakan program sebegini?. Ikut nabi?.

Biasanya bos tidak datangpun. Program diserahkan kepada perunding untuk dilaksanakan. Tercapaikah hasrat jabatan? Ke arah mana pasukan alan dibawa?
LUAR PEJABAT

SEMENJAK semalam saya berada di luar pejabat. Memandu sendirian sejauh 330km. Menghadiri sesi 'team building' bagi gred atasan bagi pegawai seluruh negara.

Kejutan pertama ialah saya hanya membawa pakaian sukan. Tidak sehelaipun pakaian pejabat yang dibawa. Ah namapun 'team building'. Dalam 30 orang peserta, hanya saya seorang yg tidak berkot bertai. Alamak. Janggalnya. Asingnya.

Dalam ucapan pertama, instruktor minta semua peserta tanggalkan kot dan tie. Ia program santai. Ia program relax. Hmmmmm 29 Vs 1, akhirnya saya tidak lagi nampak janggal.

Saturday, November 08, 2008

08.11.08


SEBELUM memulakan kayuhan di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.

Semalam saya menemuinya di Anjung. Sempai bertukar senyum dan melambai-lambai tangan. Hari ini semasa sedang berkayuh, terima SMS mengatakan dia telah kembali ke hidrat Ilahi. Alfatihah buat sdr Hamzah dan salam takziah buat Noribah sekeluarga.

Friday, November 07, 2008

PUTRAJAYA CRITICAL MASS


memang perasan, ada awek dalam kereta yang ambil foto ini. Dorang tanya, kat mana beli lampu, sebab ia memenangi lampu paling terang dari belakang (bila aku di depanlah depa nampak tu);)Foto daripada putrajayacriticallmass.blogspot.com semasa PCM 31.10.2008

Putrajaya Critical Mass yang diadakan pada Jumaat terakhir setiap bulan kini sudah merebak ke Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Program di Shah Alam dinamakan Kayuhan Anggerik (Shah Alam BAndar Anggerik) akan diadakan pertama kali pada Jumaat 21.11.2008 mulai 9pm di Dataran Shah Alam.

Kuala Lumpur pula akan memulakan kayuhan pagi pada 7.12.08 mualai 7.30am bermula di Dataran Merdeka.


Hmmmmm..... setiap Sabtu/Ahad jika tiada aral, geng kami memulakan kayuhan daripada Taman Warisan Pertanian, Putrajaya mulai jam 7.30am.

Thursday, November 06, 2008

BUAT DUIT DENGAN BERBASIKAL



BARANGKALI semua orang tahu bahawa Proton adalah jenama kereta nasional Malaysia. Ramai juga orang tahu bahawa Proton juga pernah mengenlurkan motosikal. Namun adakah anda tahu bahawa Proton juga adalah pengeluar dan pengilang basikal jenama Proton?. Tiga model basikal Proton ialah T-Bolt, T-blaze dan T-blaze AL3+. Harga jualan sebuah T-Bolt ialah RM2,700.00 Ia adalah cukup murah berbanding dengan basikal-basikal keluaran BMW, Mercedes ataupun Peugeot. Bila agaknya Produa akan mengeluarkan basikal pula?. Namun Proton telah menutup kilang basikalnya dan menjual kesemuanya. Harga lelaong T-Bolt sekarang ialah dalam RM900 sebuah.

OK, kembali kepada tajuk. Satu sesi teori dan praktikal "Buat Duit Dengan Berbasikal" akan diadakan sepertiu berikut:-

Tarikh: 8 Nov. 2008 (Sabtu)
Tempat: Sekitar Tasik Putrajaya
Tempat berkumpul: Taman Warisan Pertanian Putrajaya, jam 7.30am
Tempoh masa: 2-3 jam
Bayaran: PERCUMA
Kelengkapan: Basikal dan kamera (sila bawa sendiri)

Kandungan sesi: Teori dan Praktikal SATU daripada LIMA PULUH tip daripada buku "Buat Duit Dengan Kamera" (yang masih belum berada di pasaran).

Selamat bertemu di sana untuk sama-sama buat duit.

Wednesday, November 05, 2008

SAYA KEMBALI



WALAUPUN saya telahpun berpindah sepenuhnya ke rumah baru, namun masih ramai pengunjung ke rumah ini. Oleh itu saya akan kembali semula ke sini.

Bertemu lagi.

Saturday, October 25, 2008

Test from the train

Thursday, October 23, 2008

DIAM TAK DIAM DAH 6 BUKU




DIAM tak diam, saya sudah menulis ENAM (6) buah buku ..... details di rumah baru saya di http://muhamadbinali.com

Friday, October 17, 2008

SAYA SEDANG BERPINDAH



Saya dalam proses perpindahan dari sini ke rumah baru di http://muhamadbinali.com

Rumah lama ini tidak dijual, tidak disewa. Kadang-kadang datang menjengok.

Rumah baru menggunakan bahan binaan baru, perabot juga baru

Mengapa berpindah?. Ingin mencari pengalaman di rumah baru.

Thursday, October 16, 2008

BUAT DUIT DENGAN KAMERA



SAYA menghadiri "Bengkel Buku Siri Buat Duit" pada 28 Jun 2008. Pada asalnya saya mengemukakan proposal buku "Buat Duit Dengan Handfon", kemudian ditukar kepada "Buat Duit Dengan Novelfon". Walau bagaimanapun pada 17 Julai 2008, tajuk "Buat Duit Dengan Kamera" tidak ada penulis dan saya memohon untuk menuliskannya.

Pada 28 Julai 2008, tajuk "Buat Duit Dengan Kamera" diterima dan "Buat Duit Dengan Novelfon" digugurkan. Mulai dari tarikh tersebut, saya terus mencari bahan dan menulis. Hari ini 5 Oktober, setelah 70 hari buku ini telah siap dan telah sedia untuk dikemukakan kepada editor.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya jurufoto amatur yang telah sudi menjawab soalan-soalan temubual.

"Kerja 2 hari seminggu dan anda berpeluang meraih RM52,000 setahun"

Berdasarkan statistik, secara puratanya setiap keping foto yang diterima dalam Agensi boleh mendapat royalti sebanyak RM4 dalam setahun. Jumlah ini kelihatan amat kecil sekali. Namun sekiranya anda mempunyai sepuluh keping foto, anda memperolehi secara puratanya RM40 setahun. Bagaimana pula sekiranya anda berjaya memuat naik sepuluh foto sehari?. Ia bermakna anda mempunyai 3650 foto dalam koleksi stok . Anda boleh memperolehi RM14,600 secara puratanya setahun. Ini sudah cukup besar bagi seorang jurufoto amatur yang mengambil gambar secara hobi dan separuh masa.. Cuba bayangkan sekiranya anda berjaya memuat naik bilangan foto yang sama untuk beberapa tahun.

Nantikannya di pasaran !!!

Tuesday, October 14, 2008

WAD DIRAJA



PERNAHKAH anda melawat Wad Diraja?.
Beberapa hari yang lepas saya berpeluang melawat wad ini di salah sebuah hospital.
Hmmm.... memang mewah.

Barangkali ada baiknya sekiranya wad ini dijadikan bilik penginapan ala-ala hotel ekslusif, semasa ketiadaan pesakitnya.

Mengarut?.

Penjara Johor Bharu boleh mmeberi penginapan dalam selnya dengan bayaran RM50 semalam. Mengapa tidak Wad Diraja dengan bayaran RM5,000 semalam misalnya.

MBA - Ada-Ada Saja.

Sunday, October 12, 2008

BANDARAYA PERSISIR AIR

HARI ini sudah tiga hari di KT @ bandaraya persisir air ini. Semalam terjumpa istilah baru di sini. Ia itu ICT - Ikan Celup Tepung.

Bermacam ragam sahabat yang ditemui. Ada yg dari Kuantan, datang ke KT ini via KLIA. Kelakar sungguh. Ada orang Kelantan, ambil kesempatan singgah menjengok orang tua dahulu sebelum kembali ke KL. Ada yang dari Ipoh, memandu ke KT. Rupa2nya Ipoh-KT cuma 4 jam sahaja. Ia itu melalui Simpang Pulai-Cameron Highland-Kuala Berang-KT.

Nanti bolehlah dicuba jalan yang itu.

Saturday, October 11, 2008

BUKU BUAT DUIT DENGAN KAMERA



Di antara kandungan buku ini ialah:-

o 50 Idea Buat Duit Dengan Kamera Cara Tradisional

o 5 Idea Buat Duit Dengan Kamera Melalui Internet

o 35 Tip Mencari Idea Merakam Foto

o 10 Petua Berjaya Dengan Stok Foto

o 10 Sebab Mengapa Foto Anda Ditolak

o 10 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Stok Fotografi

Friday, October 10, 2008

KERETA ATAU KAPALTERBANG?

Saya kini di Kuala Terengganu setelah memandu hampir 500km. Keputusan nekad untuk memandu tanpa mendapat sesenpun tuntutan perbatuan atau apa-apa tuntutan telah dibuat walaupun tiket penerbangan telah berada di tangan.

+ Bolehkan saya memandu sahaja ke KT. Saya tak akan claim perbatuan, cuma tuntutan gantian tiket penerbangan sahaja.
- Apa alasannya?
+Tiket kapalterbang sudah habis. Yang ada cuma 8am. Sedangkan check-in kat hotel 3pm
-Itu bukan alasan munasabah. Saya akan pastikan tiket dikeluarkan. Apa salahnya 8am?
+ 8am. Saya perlu keluar rumah 5am. Pergi KLIA. Jika memandu, 8am boleh mula. 5 jam sudah sampai.
-Naik flight
+Kerajaan tak rugi apa-apa jika saya memandu
-Naik flight
+Saya nak memandu juga. Tidak dapat claimpun tak mengapa
-Anggap saya tak dengar. Saya tak tahu

Maka sayapun memandu, sebab dpt singgah sebentar ziarah mak yg tak sihat. Sudahlah raya tak balik, nak ziarah orang tuapun susah. Jumpa emak lebih berkat daripada claim.

Mudah-mudahan perjalanan saya selamat pergi dan balik.

BUAT DUIT DENGAN KAMERA DALAM 4 LANGKAH

HANYA empat langkah sahaja diperlukan untuk buat duit dengan kamera:




Cerita lanjut dalam buku "Buat Duit Dengan Kamera", keluaran PTS.

Thursday, October 09, 2008

SEBULAN PUASA DAN SEMINGGU RAYA



Sebulan puasa = bebas migren
Seminggu raya = nak pecah kepala

Apakah puncanya?.
Tidak lain tidak bukan selain daripada makanan
"perut itu adalah punca segala penyakit"

Oleh sebab itu, lebih baiklah puasa berterusan.

Wednesday, October 08, 2008

RAYA SEHARI MENGHAPUS PUASA SEBULAN



A. Puasa sebulan = turun 5kg
B. Raya sehari = naik 2 kilo
Oleh sebab itu, jika raya sebulan = B X 30hari = 60Kg ???

hahahahha

FOTO MINGGUAN



Minyak naik menyebabkan ramai orang naik minyak
Tapi jangan jadi orang minyak

Tuesday, October 07, 2008

BUAT DUIT DENGAN KAMERA SEMUDAH 1-2-3



Tiga langkah mudah buat duit dengan kamera:-

1. Rakam Foto
2. Muat naik ke Internet
3. Terima bayaran


[Maklumat lanjut dalam buku Buat Duit Dengan Kamera]

Monday, October 06, 2008

SMS RAYA


Selamat hari Raya, Maaf Zahir batin.
Zalina Akram Atiqah n Maryam

- Kol. Zalina

Selamat Hari raya Aidilfitri

- lau

Ramadan pergi bak ayah ibu diusung pergi. Selaut tangis mau dia kembali. Selamat hari raya. Antara kita tiada dosa, hanya CINTA.

- Nailun

Ada ketikanya MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata. FIKIRAN khilaf mentafsir & HATI silap menduga. Mohon maaf segalanya. Salam Aidilfitri

- Agee

Salam ikhlas aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami warga msctc

- Zulkhornain dan keluarga

Takbir raya bergema syahdu. Tanda Ramadan telah berlalu. Selamat hari raya ucapan dariku. Maafkan segala kesalahan yang lalu.

- Ismalia sekeluarga

Selamat hari raya and maaf zahir batin to you and family. wish you all the best, may all your dream come true.

- Kang

Salam aidilfitri buat anda dan famili.

- ramzan

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin. Semoga selamat dan selesa dalam perjalanan jika memandu

- jazrie

?????????????? (MMS tak dapat baca)
Semoga diberkati Allah sekeluarga.

- Norzaman dan famili

Jika kesilapan semalam belum terampun, MAAFKANLAH. Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati LUPAKANLAH. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke AKHIRAT. Ingin menyusun sepuluh jari. Mohon ampun & maaf. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.

- Tunku Mazlina

Selamat hari raya.
Mohon maaf segala dosa.
Moga selamat di jalan raya
Bersama keluarga tercinta

- Erna dan keluarga

Seandainya ada kata yang menyinggung perasaan,
Seandainya ada perbuatan yang menyakitkan hati,
Saya mohon jutaan kemaafan.
Maaf Zahir Batin.
Moga kita bergembira bersama keluarga tersayang di aidilfitri.

- Salehodin

Selamat hari raya, maaf zahir batin
- Mokhtar

Selamat hari raya, maaf zahir batin

- Hani sekeluarga

Hi Tuan MBA and family. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

- Susan

Selamat hari raya

- Matsumura

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin. Semoga segala impian menjadi kenyataan

- Choo

Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Kawe raya bersama pengundi di batu pahat.

- Muhaimy

Assalamualaikum ... dato Boss/Chief dan kekawan. Salam Syawal. salam dari jauh. Salam dari tangan ke hati, tangan bersalaman hati memafkan. Mohon jutaan maaf

- Yati

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin

- Dr.Jamari & June. Syakirin, Taufiq, danish, Farihin & Iman

Selamat menyambut hari raya puasa aidilfitri
- Khow

Selamat hari raya. Maaf zahir batin

- Wani

Salam aidilfitri, maaf zahir batin. Semoga kita beroleh keampunan dan rahmatNya sempena bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita.

- Norlila

Salam hari raya aidilfitri diucapkan dari kami sekeluarga. maaf zahir & batin. Drive carefully.

- Dr.Azrin

Selamat hari raya aidilfitri. Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin. Semoga di hari mulia mendapat keampunan dari Nya.

- Mohd Noor Arenanetcom

Taqaballahu Minna Wa Minkum, Wa ja'alna minal 'aaideen wal faizin..Semoga Taqwa Ramadhan Dapat Diteruskan & Semoga kita sentiasa didalam RahmatNya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

- Ikhlas dpd Zamri ITSoft & Keluarga.

Taqaballahu minna wa minkum, Wa ja'alna minal 'aaideen wal faizin. Kullu'aamin wa antum bikhair. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

- Afiz and Family

Ya ALLAH, Awal Syawal yg barakah ini, muliakan dan sayangi saudaraku yg sedang membaca sms ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati & murahkan rezekinya, teguhkan keimanannya. Berikan kenikmatan beribadah, jauhkan dari fitnah & musibah. Suburkan benih KEISLAMAN dgn penuh rasa kasih sayang, Amin Ya ALLAH Amin Ya Rahman Ya Rahim.... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dgn ingatan tulus ikhlas dpd

- zainal yaacof & sekeluarga

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu, TaNgaN TaK BeRJaBaT, UcaP TaK TeRDeNgaR, MaTA TaK BeRTeNTaNG...MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN KeRaNA aDa TiKaNyA MaTa SiLaP MeMaNdAnG, TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR, LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI TeRsaLaH MeNDuGa. SaLaM AiDiLfItRi. MAAF ZAHIR BATIN..

- Bob

Pantun 2 kerat saya:
Kids r climbing a tree
selamat hari raya aidilfitri

- Wan Mus

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga lebaran kali ini membawa rahmat kepada kita semua

- Ruslan jazri

Selamat hari raya edulfitri. Semoga ibadah & amalan sepanjang bulan ramadan diberkati & dirahmati Allah. Maaf zahir batin.

- Suhaimi Puteh

Salam. Saya dengan ikhlas dan jujur ingin memohon maaf di atas segala kesalahan samada sengaja atau tidak oleh saya. Semoga persahabatan ini berkekalan.

-Razilatif

Anda prihatin saya terharu, maaf zahir batin & tq.

- Dr.Mokhtar

Selamat hari raya aidilfitri, pohon ampun & maaf atas segala salah & silap

- Hj. ghani

Selamat hari raya to you and family, and drive safely

- Ong Tee Kok

Selamat hari raya maaf zahir batin

- Mohd Nasar

Selamat hari raya maaf zahir batin

- Osman

Selamat menyambut Aidilfitri. Semoga kemenangan ini berkekalan. Maaf zahir batin

- Anuar Ngah

Hi. Satu tahun lagi. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

- Lim JKNP

Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin. Semoga dipanjangkan umur.

- Zul

Selamat hari raya. Maaf zahir batin

- Shah

Ingatan ikhlas salam aidilfitri
- rahim

Salam. Mohon seribu kemaafan dan ucapan selamat hari raya maaf zahir batin

- Rohaya

Moga-moga Allah jadikan pagimu cahaya, zohormu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan, isyak mu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezkimu serta ianya tidak diambil balik, & dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan... Selamat menyambut hari raya aidilfitri.Maaf zahir batin.

- Drp alihassan & family

Jika ada langkah yg menoreh hati, ada tingkah membekas luka, ada kata yg tak terjaga, ada janji yg tak tertunai, ada hati yg berperasangka serta ucapan bebunga dusta, mohon dibuka pintu kemaafan hendaknya . Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

- Drpd Aida Adriani & Azman Sekeluarga.

WaLaU LaNgKaH TaK BeRtEmU,TaNgAn TaK BeRjAbAt,UcAp TaK TeRdEnGaR,MaTa TaK BeRtAtAp,TaPi IzInKaN HaTi MeMoHoN MaAf,ZaHiR & BaTiN..SeLaMaT HaRi RaYa

- Ruzilan

TK DAPEK POGANG, DAPEK RASO PUN JADILAH. TK PEK RASO, PEK MANDANG JDLAH. TK PEK MANDANG, PEK DONGA JDLAH. TK PEK DONGA, DUDUK SORANG TKONANG2 PUN JDLAH. JD SMENTARO TKONANG KEK EKAU, EDEN MOHON AMPUN MAAF ATEH SBARANG SALAH & SILAP. SLMT ARI RAYO EIDL FITR

- Anne 3Com Sekeluarga.

Selamat Hari Raya & Mohon Maaf Seikhlas Hati atas segala-galanya. Semuga silatulrahim berpanjangan dan diberkatiNYA. Panjang umur ketemu lagi next Ramadan.

- From Ros, Zaki, Izzat, Izzah, Izzudin, Izzaty, & Izzwan.

Khairil - Diana (30/9 8.53 pm): Ya ALLAH....Engkau Muliakan saudaraku ini... Sejahterakan, Afiatkan dan Bahagiakan keluarganya... Murahkan dan Berkatilah rezekinya... Kuatkan imannya... Berikan Kenikmatan ibadahnya...Jauhkan dari segala fitnah...Amiin Ya Rabbalalamin...Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir Batin.

- Drpd: Khairil & Diana dan Ilhan Nur Afsheen

Saturday, October 04, 2008

New JICA




MULAI 1 Oktober 2008, JICA telah dikenali sebagai "New JICA"

Maklumat lanjut di http://myjica.net

Friday, October 03, 2008

MACAM ORANG BODOH

BEKERJA pada hari raya (hari ini hari raya ketiga), macam orang bodoh rasanya.

Hari ini adalah hari yang paling produktif.
Tidak ada panggilan telefon
Tidak ada panggilan pulau
Tidak ada gangguan
Tidak ada pertanyaan
Tidak perlu menjawab apa-apa
Tidak perlu melapor apa-apa
dan tentunya tidak ada mesyuarat.
sebab tidak ada orang lain di pejabat

Sesekali terasa sunyi juga.
Mengapalah telefon tidak berdering
Mengapa bos tidak panggil mengadap
Mengapa tidak ada staf datang bertanya
Mengapa tidak ada pelawat singgah menyapa
Mengapa dan Mengapa.

Alahai syoknya kerja sorang-sorang.

Wednesday, October 01, 2008

SALAM IDULFITRI


takbir dari rumah ke rumah
[Laporan Daripada Kajang]
SELEPAS solat Isya', kami bertakbir dari rumah ke rumah. Kami dibahagikan kepda dua kumpulan. Kumpulan kami habiskan sebanyak 15 buah rumah. Sehingga jam 1 pagi, semuanya sudah longlai.


solat aidilfitri
Selepas solat Subuh, kami mula memasang persediaan solat Aidilfitri seperti kamera, cctv, tv, projektor, mikrofon etc. Apabila semuanya berfungsi dengan sempurna, pulang ke rumah untuk berpakaian & makan. Langsung ke surau semula untuk tugas rakaman. Alhamdulillah semuanya berjalan sempurna.

staf Jepun/JICA menjamah hidangan
Tengahari diadakan rumah terbuka untuk Pejabat JICA Malaysia. Dato' Presiden dan staf Jepun ramai yang datang. Juga staf daripada pejabat yang tidak pulang beraya.

Sekian laporan daripada Kajang.

Tuesday, September 30, 2008

REKOD RAMADAN


SEMENJAK kebelakangan ini saya sering sakit kepala. Apatah lagi pada beberapa hari pertama di bulan Ramadan. Ia telah berlaku dalam empat ke lina tahun kebelakangan ini. Saya anggap ia adalah perkara biasa sahaja, kerana beberapa orang kawan lain juga mengalami fenomena yang sama. ia itu sakit kepala dalam hari-hari pertama Ramadan. ha ha ha gastrik dalam bulan Ramadan adalah trik lama beb!.

Sakit kepala ini barangkali kerana sistem badan belum adjust dengan persekitaran baru yang datang setahun sekali. Seperkara lagi jika dah rasa mula nak sakit, nak telan panadol juga tidak boleh kerana berpuasa. Itulah teori kami.

ALHAMDULILLAH. Hari ini sudah 30 Ramadhan. Satu rekod bagi saya ialah, tahun ini saya tidak sakit kepala walaupun sehari sepanjang bulan ramadan ini. Bebas sakit kepala. Alhamdulillah.

Saya juga telah memecahkan rekod peribadi dalam bulan Ramadhan ini dengan menolak semua jemputan berbuka puasa di hotel. Saya berbuka di rumah sahaja bersama keluarga. Mudah-mudahan di tahun mendatang saya akan berbuka di surau pula. Maklumlah jarak surau dengan rumah hanya beberapa langkah sahaja.

Satu lagi rekod Ramadan saya ialah, saya sekeluarga tidak pulang ke kampung pada tahun ini. Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami sekeluarga beraya di Puncak Mutiara sahaja. Mana-mana pembaca yang juga tidak pulang beraya, jemputlah datang ke rumah saya pada hari pertama atau kedua. hari raya ketiga saya sudah bertugas semula.


Oops!.... ini satu lagi rekod. malam tadi saya anak beranak bersama jiran bakar lemang buatan sendiri di belakang rumah.

Bakar lemang buatan sendiri
Tak cukup rendang gunalah sardin
Selamat hari raya Aidilfitri
Mohon maaf Zahir batin.

Saturday, September 27, 2008

TIDAK PUASA? HILANG HAK MELAYU



MENGIKUT Perlembagaan Malaysia, Orang Melayu mestilah Islam. JIka dia keluar daripada Islam, dia bukan lagi Orang Melayu. Jadi apa ke bangsa orang yang dulunya Islam dan berbangsa Melayu kemudian menukar ugama?. Siapa tahu sila beri jawapan!.

Selain daripada berugama Islam, orang Melayu juga mesti bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Fuhhh.... berapa ramai pula yang akan dilucutkan taraf Melayu mereka kerana memang ramai Melayu yang tidak bercakap Melayu. Apa tah lagi tidak mengamalkan adat istiadat dan budaya Melayu. Contoh, =blue>Mdlayu makan nasi dengan tangan, depa makan (apa sahaja) dengan sudu & garfu.

Itu jika ikut Perlembagaan. Jika ikut "adat" pula:-


Melayu tidak makan babi, walaupun minum arak
Melayu tetap berpuasa, walaupun tidak sembahyang


Nah.... berapa banyak Melayu yang tidak berpuasa di bulan ramadhan ini?.

Friday, September 26, 2008

HAPPY BIRTHDAY



Happy Birthday to Me....
Alamak punyalah sibuk hinggakan terlupa nak ucapkan happy birthday kepada diri sendiri.

Hmmmmmm dah setengah abad rupanya.

SELAMAT TINGGAL



Selamat Tinggal Ramadhan Mubarak
Kepada semua pembaca yang akan meninggalkan destinasi kini ke destinasi berhari raya, selamat jalan, berhati-hati di jalan raya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin.

Pada tahun ini saya akan jadi jaga pejabat.

Wednesday, September 24, 2008

MENGAPA ORANG CINA MALAYSIA TIDAK GUNAKAN BAHASA MALAYSIA?



Mengapa orang Cina Malaysia tidak gunakan Bahasa Malaysia sebagai mana orang Cina Indonesia menggunakan Bahasa Indonesia?. Malahan orang Cina Thai, bukan sahaja menggunakan bahasa Thai, malahan nama juga ditukar kepada nama Thai.

Monday, September 22, 2008

MENGAPA BANGSA MELAYU BENCI BAHASA MELAYU?



PERCAYA ataupun tidak, ia adalah suatu kenyataan bahawa orang Melayu tidak mendaulatkan Bahasa Melayu, ia iatu bahasa ibunda mereka sendiri.

Jika di kampung-kampung, orang Melayu akan bercakap stail Cina apabila bercakap dengan orang Cina. Mereka akan bercakap telor India apabila bersembang dengan orang India. Begitulah seterusnya dengan semua bangsa asing. Ini menyebabkan bahasa Melayu lisan menjadi rosak.

Di bandar pula, jarang kita dapati orang Melayu boleh bercakap dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Tidak banyak, sedikit pasti dicampur dengan bahasa Inggeris. Mengapakah keadaan ini berlaku?.

1. Bercakap Melayu campur Inggeris akan menampakkan mereka itu orang intelek. Jika cakap Melayu sahaja, nampak kampung sangat. Orang Melayu tidak suka dicop sebagai orang kampung. Itu jakun namanya.

2. Orang-orang besar yang bersekolah pra-merdeka semuanya berpendidikan Inggeris. Gaya hidup mereka adalah gaya Inggeris, termasuklah dalam soal bahasa.

3. Orang-orang besar yang muda dan bersekolah selepas merdeka, medapat pendidikan di luar negara. Mereka memang fasih berbahasa Inggeris berbanding dengan bahasa sendiri.

4. Orang-orang biasa yang bersekolah Melayu atau bersekolah Inggeris dalam negara merasakan istilah dalam BM aalah tidak mencukupi dalam perbendaharaan kata masing-masing untuk bertutur (apatah lagi menulis) dalam bahasa Melayu.

5. Pemimpin Melayupun cakap Ingeris (atau campur-campur Inggeris) dalam media masa, walaupun soalan ditanya dalam BM

6. Mana ada artis ataupun manusia Melayu yang menjadi idola budak-budak Melayu yang bercakap Melayu sepenuhnya?.

7. Bos kat ofis juga cakap omputih dan berasa kekok menulis dalam BM

8. Barangkali dasar DBP yang kerap sangat tukar istilah BM menjadi penyebabnya juga.

9. Banyak sangat perkataan rasmi BM diambil daripada BI walaupun istilah asal dalam BM sudah mantap dan diterima umum. Misalnya belanjawan jadi bajet. Perniagaan jadi bisnes.

10. Di sekolahpun Sains dan Matematik diajar dalam BI.



Silalah sambung lagi...