Pages
▼
Wednesday, December 31, 2003
BERDAGANG ILMU
SAYA kurang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ilmu itu tidak boleh dijual beli atau kita tidak boleh menanda harga ilmu semata-mata kerana secebis ilmu itu datangnya dari Allah. Sebenarnya semua perkara datangnya dari Allah, justeru itu adakah semua perkara tidak boleh dijual beli?.
Logik akal ialah, misal kata seorang yang mahir dalam mambaca al-Quran, lantas beliau mengajar anak-anak mengaji. Jika beliau mengajar secara sampingan dan mempunyai kerja lain, bolehlah diajarnya secara percuma. Jika beliau mengajar mengaji ini secara sepenuh masa (kerana ramainya anak murid dan sebagainya), maka jika pegangan yang mengatakan ilmu dari Allah tidak boleh diperdagangkan, maka macamana hamba Allah ini hendak menyara kehidupan diri dan keluarganya?.
Saya juga tidak berjumpa dengan nas (tidak mencari sebenarnya) yang melarang perkara ini. Walau bagaimanapun semasa peperangan Badar, tawanan perang boleh menebus diri mereka dengan harta. Bagi yang tidak berharta, mereka dikehendaki mengajar anak-anak orang Islam dengan ilmu yang mereka ada. Bukankah itu telah menanda hargakan secebis ilmu?. Juga ada diriwayatkan mas kahwin (biasanya beruoa wang atau harta) boleh sahaja berbentuk mengajar ayat Quran (al-Fatihah misalnya). Semoga hujah dangkal saya ini tidak akan membingungkan diri saya sendiri.
---------------- permasalahan asal ------------------------------
so, do you menandahargakan secebis ilmu yang datangnya dari Allah?
bebaskan ilmu seperti yang telah dihadithkan, nescaya ilmu itu pulang
kepada yang membebaskannya, mengandakan ilmu yang telah sedia ada.

Tuesday, December 30, 2003
ZAKAT
PADA akhir tahun masehi 2003 ini, pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sedang berusaha bersungguh-sungguh supaya semua umat Islam menunaikan zakat. Di antaranya berbunyi lebih kurang “tunaikanlah zakat sebelum 31 Disember ini supaya anda mendapat pelepasan dari cukai pendapatan”. Bukankah sepatutnya haul zakat itu dikira mengikut tahun Hijrah?.
Sememangnya ramai di antara kita yang agak lepa dari menunaikan zakat harta selain dari zakat fitrah sahaja. Namun iklan-iklan dari pihak pungutan zakat nampaknya hanyalah sekadar untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan, bukannya berzakat itu wajib dan menjadi rukun dalam Islam. Jika begitulah keadaannya, mungkinkah pihak PPZ akan menerima “zakat” dari non-muslim?.
Seperkara lagi yang ditekankan sangat ialah zakat pendapatan. Ia itu sama seperti cukai pendapatan (kecuali kadarnya sahaja 2.5%). Banyak pihak berpendapat, pendapatan tidak perlu dikenakan zakat jika ianya tidak disimpan, tidak diniagakan dan tidak cukup haul. Apa yang perlu dizakatkan ialah wang simpanan, emas dan perak, perniagaan (termasuk saham), ternakan, tanaman... Malahan ada Majlis Agama Islam di Malaysia sendiripun yang mengatakan pendapatan (semata-mata) tidak diwajibkan zakat melainkan telah menepati nisab dan haulnya.
Walau bagaimanapun saya berpendapat, tidaklah salah untuk mengeluarkan 2.5% daripada pendapatan dalam berzakat, kerana ia adalah rukun dan bukan semata-mata untuk mendapat pelepasan cukai sahaja.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai orang-orang yang berikan ! keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
Surah Al-Baqarah : 267
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap orang Muslim bersedekah (berzakat). "Mereka bertanya, "Hai Nabi Allah, bagaimana yang tidak mempunyai harta ?" Baginda menjawab, "Bekerjalah untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya, lalu bersedekahlah." Mereka bertanya, "Kalau tidak mempunyai pekerjaan? Baginda bersabda, "Tolonglah orang yang meminta pertolongan." Mereka bertanya lagi, "Bagaimana bila tidak berkuasa ? Baginda menjawab, Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah."

Monday, December 29, 2003
PRAMUGARI
|
|
Malaysia Airlines | Iran Air
|
PADA musim haji sekarang, pramugari MAS telah memakai pakaian khas yang menutup aurat. Nampak lebih manis dan santun. Namun agaknya dalam perjalanan pulang dari Jeddah ke KLIA, pramugari ini akan berpakaian biasa semula. Apatah lagi selepas musim haji tamat nanti. Selain daripada pramugari yang mendedahkan aurat, MAS juga menghidangkan minuman keras yang memang diharamkan dalam Islam. Cuma terdapat beberapa penerbangan dari negara Islam sahaja yang tidak menghidangkan arak, seperti Saudi Air dan Iran Air dan rasanya perniagaan mereka tidaklah merosot sangat.
Suatu ketika dahulu mba bertemu dengan seorang Islam dari USA yang memang akan memilih untuk menaiki MAS untuk ke mana sahaja jika ada peluang. Setakat yang beliau tahu, hanya MAS sahaja yang menyediakan ruang solat dalam penerbangan kelas businessnya (terletak di antara kelas ekonomi dan busines). Untuk itu beliau akan tetap bersama MAS, di samping makanan halal yang disediakan adalah begitu meyakinkan.
Bukankah ruang perniagaan sentiasa terbuka luas?.
Sunday, December 28, 2003
ASSALAMUALAIKUM
SEMENJAK zaman kanak-kanak lagi, mba dididik dan diajar bahawa ungkapan assalamualaikum adalah merupakan suatu doa yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu. Jawapan kepada ungkapan ini ialah waalaikumussalam yang bermaksud dan salam sejahtera jua ke atas kamu. Memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib hukumnya. Malahan salah satu dari lima hak seorang Islam ke atas seorang Islam yang lain ialah menjawab salam.
Justeru itu, adakah salah sekiranya ada orang yang menjawab salam (waalaikumussalam) terlebih dahulu sebelum seseorang memberi salam? (atas alasan maksudnya ialah dan salam sejahtera ke atas kamu).
Secara umumnya kebanyakan umat Islam di Malaysia sememangnya beranggapan begitu, iaitu salam hanyalah ekslusif untuk sesama Islam sahaja. Sekiranya orang bukan Islam yang memberi ucapan salam, ia tidak perlu dijawab ataupun ada jawapan tertentu untuknya. Justeru itu, ramai berasa marah apabila ada orang lain yang menyamakan ucapan salam ini dengan ungkapan selamat pagi sahaja. Apatah lagi apabila yang mengatakan sedemikian bukanlah seorang ulamak dan tidak pernah belajar di negara-negara Arab.
Beberapa tahun yang lepas, mba berpeluang menghadiri kursus di luar negara bersama-sama dengan peserta antarabangsa dari banyak negara. Di antaranya dari Mesir dan Arab Saudi. Dalam sesi suai kenal, penyelaras kursus meminta setiap peserta menyebut good morning dalam bahasa masing-masing. "Selamat pagi" dalam bahasa Arab bagi peserta dari Arab Saudi dan Mesir ini ialah assalamualaikum !. Kebetulan kedua-duanya adalah berugama Islam. Walau bagaimanapun, dalam sesi yang serupa bagi kelas yang lain, seorang peserta Kristian dari Mesir juga menggunakan assalamualaikum untuk ungkapan good morning tersebut. Menurut mereka, ungkapan assalamualaikum ialah untuk bahasa Arab, bukan untuk orang Islam (sahaja).
Jadinya... bagi sesiapa yang mempunyai ilmu, hujah, pendapat, nas dan sebagainya mengenai ucapan salam ini, saya sangat-sangat mengalu-alukannya sama-sama berkongsi di ruangan [comments] atau lain-lain ruang yang ada untuk faedah bersama.
Wassalam.

Saturday, December 27, 2003
APACHE
Semalam ada sebuah berita Apache mengebom kereta Semua kehilangan nyawa Dulu ada dalam wayang Apache tidak menang Kalah kepada pendatang Kini sudah enam hari Pejabat ini tidak berseri Akibat Apache mogok seni |
Friday, December 26, 2003
RINGKASAN BERITA
Kakitangan perkhidmatan awam wanita tidak mesra pelanggan KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kakitangan perkhidmatan awam wanita dikatakan kurang mesra dari segi perkhidmatan pelanggan berbanding kakitangan lelaki yang lebih bersikap praktikal ketika berurusan dengan orang ramai sebagai pelanggan. berita lanjut
|
Thursday, December 25, 2003
Pembelian Krismas
HARI Krismas sudah berlalu, namun saya percaya pembelian Krismas atau lebih dikenali sebagai Christmas Shopping masih berterusan, khususnya di pejabat-pejabat kerajaan. Pembelian ini bertujuan untuk menghabiskan baki peruntukan yang telah diberikan sepanjang tahun ini. Ia mesti dibelanjakan, jika tidak duit tersebut tidak akan dapat dibawa ke tahun hadapan, ataupun hangus. Bukan itu sahaja, tidak dapat menghabiskan peruntukan juga bermakna ketua jabatan tidak pandai untuk merancang. Ia itu merancang untuk sekian banyak peruntukan, tetapi disebabkan oleh perkara-perkara tertentu, ianya tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya. Ini bermakna perancangan telah tidak dibuat dengan teliti. Walau apapun alasan yang diberikan, amalan pembelian Krismas ini sememangnya sudah menjadi semacam suatu kemestian di kebanyakan jabatan ... |
Tuesday, December 23, 2003
BATIK: Pakaian Rasmi Masa Bekerja
PADA 3 Disember saya pernah blog mengenai kemungkinan Kerajaan akan mengeluarkan satu pekeliling baru mengenai pemakaian batik di pejabat, iaitu pada hari Sabtu. Pada hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu pekeliling bertajuk Galakan memakai batik oleh kakitangan awam. Pekeliling ini bukan hanya tertakluk pada hari Sabtu, malahan batik ialah sebagai salah satu pakaian rasmi dan tertakluk kepada ketua jabatan untuk menentukan apakah majlis yang sesuai untuk memakai batik, selain dari hari Sabtu Sila rujuk di sini untuk membaca pekeliling tersebut (format PDF) |
Monday, December 22, 2003
MENGAPA SAYA MEMBACA NOVEL
APAKAH yang membuatkan orang biasa (bukan peminat novel) membaca sesebuah novel?. Seingat saya, sudah lebih dua puluh tahun tidak membaca novel Melayu (tidak pernahpun membaca novel Inggeris). Entah mengapa pada suku keempat tahun 2003 ini saya sudah menghabiskan enam buah novel. Biasanya saya membaca novel disebabkan oleh pengarang, judul, publisiti ataupun latarbelakangnya. Kuala Lumpur Di Mana Suami Ku Saya telah mengenali pengarangnya sudah lama melalui tulisannya. Secara kebetulan saya terjumpa beliau di eSastera.com dan saling menyapa. Akhirnya beliau dan suami menerima jemputan saya untuk makan malam Alumni JICA. Merentas Sungai Sejarah Novel ini ialah pemenang ketiga Penulisan Novel Alaf Baru anjuran DBP. Saya juga terlalu kerap ke blog penulis ini. Walau bagaimanapun, yang menguatkan saya untuk memiliki dan membaca buku ini (malahan hadir ke majlis pelancarannya) ialah kerana novel ini dikatakan berlatarbelakang dunia ICT. Lantas saya ingin tahu bagaimana dunia ICT dinovelkan. Ternyata ia tidak seperti diharapkan apabila terlalu banyak error dan bug suasana ICT yang diceritakan. Dominasi Tebrau dan Arca Novel ini adalah pemenag pertama dan kedua Penulisan Novel Alaf Baru. Sesudah membaca pemenang tempat ketiga, saya ingin pula mengetahui tahap pemenang kedua dan pertama. 1515 Novel ini ialah pemenang penulisan novel remaja anjuran Utusan. Saya memandang 1515 sebagai TMNet. Apatah lagi judul asal novel ini ialah 1511 yang saya nampak sebagai JARING. Saya nampak (perasan sebenarnya) JARING mesti mengalah kepada TMNet dalam judul novel ini walaupun tarikh sebenarnya kejatuhan Melaka kepada Portugis yang menjadi latar kepada novel ini ialah pada tahun 1511. Malahan saya dapati 1515 hanyalah pada judul kulitnya sahaja sedangkan 1511 lebih menyerlah dalam isi novel ini. SEMPADAN TANPA SERI Bersambung...... |
SEMPADAN TANPA SERI (STS)
Novel Sempadan Tanpa Seri saya baca disebabkan oleh dua perkara. Pertama kerana saya biasa berkunjung ke blog pengarangnya dan kedua kerana jalan cerita berlatarbelakang di UK, khususnya Manchester. Pada tahun 1980-an dulu, sebelum saya dihantar ke Jepun untuk berkursus (pada masa itu Internet belum ada di Malaysia), saya terjumpa sebuah novel yang bertajuk Sejuk-Sejuk Tokyo (kalau tak silap). Oleh kerana keinginan saya untuk mengetahui serba sedikit mengenai kehidupan di Jepun, makan novel ini saya beli dan baca. Namun ia adalah mengecewakan kerana tidak mendapat maklumat yang diperlukan. Walau bagaimanapun STS adalah berlainan. Sekiranya ada pelajar yang akan ke UK (khususnya Manchester), saya ingin mencadangkan kepada mereka supaya membaca novel ini terlebih dahulu. Ini ialah kerana pengarangnya telah berjaya menulis dan menggambarkan suasana sebenar atau hampir benar mengenai kehidupan dan suasana di Manchester dan UK amnya. Saya percaya pengarangnya sudah tentu mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas mengenai tempat-tempat yang dimaksudkan. Saya tertarik untuk membacanya bukan kerana ingin ke Manchester, tetapi sekadar untuk mengimbau kembali lokasi dan suasana yang diceritakan yang kini sudah ingat-ingat lupa. Kembali kepada jalan cerita, saya tidak berasa bosan untuk meneruskan pembacaan di samping minda terus meneka-neka apa yang akan berlaku seterusnya. Ada kalanya tepat dan tidak kurang juga yang tersasar dari jangkaan. Keseluruhannya adalah adalah memuaskan. Walau bagaimanapun saya agak terkilan apabila watak Fatimah atau Elizabeth Thornston dimatikan di penghujung cerita dengan membunuh diri. Walau sebesar manapun masalah yang melanda, membunuh diri ini adalah sesuatu yang paling dilaknat, apatah lagi ia sekali gus membunuh dua nyawa (anak Asmawi yang dikandungnya). Walhal watak Elizabeth adalah seorang yang matang sebelum Islamnya dan begitu tabah sebagai kakak kepada Asnawi. Adalah lebih elok jika riwayatnya ditamatkan dengan cara lain, umpamanya kemalangan. Oh ya, saya juga kurang yakin apabila Zarina membeli sebuah basikal di car boot sale (cbs) di Old Trafford dengan harga UKP200. Mengikut pengalaman saya, sebuah basikal terpakai yang berjenama jika dijual dengan harga UKP100 itu sudah dikira terlalu mahal, apatah lagi jika ianya dibeli di CBS. Tetapi mungkin juga Zarina beranggapan UKP200 itu macam RM200 sahaja J Satu perkara lagi ialah apabila bapa Asnawi, Benjamin Patrick Thornston membawa pingat kebesaran bapanya ke Mersing dan menyerahkan kepada bidan Mak Su Jah untuk diserahkan kepada anaknya (Asnawi) yang bakal lahir. Ini seolah-olah Benjamin sememangnya merancang begitu, walhal sepatutnya bintang kebesaran begitu sepatutnya ditinggalkan sahaka di Belanda, kepada anak-anaknya. Selain daripada itu, saya sangat berpuas hati dengan novel ini dan diucapkan syabas kepada John Norafizan yang telah berjaya mengarangnya dengan begitu baik. Syabas!. |
Thursday, December 18, 2003
eNovel versi PDA
BARANGKALI eNovel Jangan Ada Dendam (JAD) yang ditulis bersama oleh Sri Diah, MBA dan Rudy adalah merupakan eNovel pertama dalam bahasa Melayu yang ada dalam versi Pembantu Peribadi Digital (PDA). Petikan dari JAD Versi Palm yang diusahakan oleh Ibnu Arif:- Reader untuk semua platform PDA boleh di download di sini . Bantuan teknikal blog eNovel ini dilakukan oleh CNMA. |
Wednesday, December 17, 2003
BERMAIN DENGAN KATA-KATA
SAYA mengikuti berita pencerobohan Amerika terhadap Iraq dengan penuh minat hinggalah dikatakan tertangkapnya Saddam Hussin. Di samping berita, saya juga memerhatikan gaya bahasa dabn kata-kata yang digunakan oleh media dengan penuh minat. Didapati pelbagai gelaran diberikan kepada tentera yang menceroboh Iraq oleh pelbagai pihak di Malaysia. Jika mengikut logik akal, jika askar dari negara luar datang menyerang dan menceroboh negara lain, saya fikir tentulah PENCEROBOH adalah kata yang paling tepat untuk digunakan. Sekarang pula, setelah negara tersebut berjaya ditakluki, mungkin kata yang paling sesuai ialah PENJAJAH atau PENAKLUK. Namun berita yang digunakan oleh media cetak dan media elektronik di Malaysia saya nampak sentiasa berubah hari demi hari dan tidak menunjukkan sebarang kesatuan. Hari ini dikatakan tentera bersekutu, petang nanti tentera penceroboh, malam nanti pengkhianat, esok balik bersekutu dan sekarang sudah tidak kedengaran lagi penceroboh digunakan. Kata-kata tentera bersekutu pula yang diagung-agungkan. Entah apa yang disekutukan, hanya meraka dan bos-bos mereka sahajalah yang lebih arif. Tentera Amerika dan Britain bolehlah dikatakan bersekutu untuk menceroboh, akan tetapi bagi negara-negara kecil yang sekadar menghantar seratus orang askar yang kononnya untuk membangunkan semula Iraq itu untuk apa disekutukan pula?. Mungkin mereka ini tidak menceroboh agaknya, maka media Malaysia tidak menamakan langsung semua sekali bala tentera ini sebagai penceroboh (termasuk majoriti yang menceroboh). Adakah kita tidak menemui kata-kata yang lebih baik atau kita terpaksa "potong dan tampal" perkataan yang telah ditentukan untuk kita? |
Monday, December 15, 2003
MAKNGA
MENGIKUT Kamus Dewan, maknga ialah perkataan dari Terengganu yang bermaksud lalai atau cuai. Ia digunakan secara meluas di negeri tersebut. Untuk menunjukkan betapa maknga nya mba, ikuti kisah ini: MBA dicalonkan untuk membentangkan satu country report di luar negara. Tiket pergi balik dan hotel disediakan oleh penganjur. OLeh kerana maknganya.... powerpoint presentation hanya disiapkan beberapa minit sebelum berlepas. Notebook tak bawa kerana mengharapkan penganjur sediakan. Baju dipilih & siap digosok 2-3 minit sebelum ke stesen LRT untuk ke ERL. Sampai di KL Sentral, teringat kompas (untuk tengok arah kiblat) tak bawa dan paling penting dalam majlis dengan Jepun ialah kad nama, juga tak bawa. Masyaallah maknganya aku.... Duit satu sen pun tak tukar sebab pada masa lepas penganjur bayar elaun semasa pendaftaran, jadi bolehlah buat beli cenderahati (nasib baik ada US$100 dalam wallet sebagai senjata terakhir) mengenangkan semuanya akan diuruskan oleh penganjur. Bila dah siap powerpoint, waduh...,. 34MB, pen drive tak muat, nasib baik ada CD Writter dalam notebook ni (ambil risiko lagi dan nak cetakpun tak sempat sebab pencetak kat rumah ni banyak sangat songelnya). Sampai di lapangan terbang di negara tersebut, alhamdulillah disambut oleh penganjur dan dibawa ke bilik VIP sambil menunggu paspot dibereskan. Kemudian dibawa ke hotel dengan iringan kereta peronda polis, wow sangat hebat sambutan mereka. Persidangan berjalan lancar, namun baju batik untuk makan malam habis berfkedut gara-gara melipatnya secara maknganya. AKhirnya alhamdulillah, semuanya beres kerana nasib baik, semoga lain kali tidak akan maknga lagi. GADIS MAKNGA Anak dara di dapur jangan bernyanyi-nyanyi dondang sayang, ghazal, atau inang alahai, takut dapat suami tua demikian pesan ayah bonda. Tapi anak dara yang seorang ini bernyanyi-nyanyi memang hobi ikan digoreng api diperlahan lenggang-lenggok dia berjalan singgah di radio dengar lagu permintaan Alahmak... kahwinkan aku... Asyiknya dia mendengar pantun dua tiga kucing berlari... "Alahai, Cik Pah jiran sebelah apalah yang dimasaknya? kuat benar bau oh... Amran pujaanku bilalah hendak meminang?" Anak dara maknga ikan di kualinya hangus sudah dia masih berangan-angan "Datanglah Amran kepadaku... apalah dimasak oleh Cik Pah tu?" Ikan di kualinya rentung sudah. Hasimah Harun Kuala Lumpur, 30.6.03 |
Thursday, December 11, 2003
RASUAH
Berita yang agak panas dan menarik dalam beberapa hari ini ialah mengenai rasuah. Iaitu tuduhan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh LPKP yang mengeluarkan 6,000 permit teksi di Lembah Kelang kepada beberapa buah syarikat yang dipunyai oleh satu orang sahaja. Aduan telah dibuat oleh presiden persatuan pemandu teksi. Yang menariknya ialah bila menteri yang terlibat beberapa kali bercakap melalui media meminta supaya BPR mempercepatkan siasatan. Beliau kemudiannya mengeluarkan pelbagai perkataan dalam media yang tidak selayaknya terhadap seorang pegawai kerajaan. Seterusnya mengatakan pegawai BPR tersebut telah melanggar GO perkhidmatan awam. KSN selaku orang nombor 1 perkhidmatan awam dipetik sebagai berkata, Rasuah, mengikut tafsiran kamus ialah pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap). Entah mengapa rusuk yang perlu ditumbuk?…. Akan tetapi jika mengikut tafsiran BPR, rasuah itu terlalu luas maksudnya. Antara lain termasuklah penyalah gunaan kuasa, tuntutan palsu, buat kerja tak ikut peraturan, tak ikut SKT/ SOP/ MPK dan banyak lagilah. Namun adalah difahamkan bahawa definasi rasuah tersebut hanya terpakai untuk penjawat awam sahaja. Sekiranya pemberi dan penerima "tumbuk rusuk" tersebut bukanlah penjawat awam, maka ia tidak dikira sebagai rasuah, sebaliknya ia adalah urusan perniagaan atau wang pelincir. Begitu juga difahamkan bahawa menteri tidak tertakluk kepada GO dan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Wallahualam. -- LPKP – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN) GO – General Orders (Perintah Am), buku panduan perkhidmatan awam BPR – Badan Pencegah Rasuah KSN – Ketua Setiausaha Negara SKT - sasaran kerja tahunan SOP - Standard Operation Procedure MPK - Manual Prosedur Kerja |
Wednesday, December 10, 2003
PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
NABI ada bersabda yang "9 dari 10 punca rezeki adalah dari bidang perniagaan". "Perniagaan juga adalah merupakan fardhu kifayah" ( Ada satu teka teki: Apakah bendanya lagi rosak lagi laku? (jika tidak rosak kurang untung menjualnya).. Jawapannya ialah: jeng.. jeng.. jeng.. "jual barang rosaklah, umpamanya SMS, pesanan suara dll. Dulu kita pernah ada perkhidmatan UPU (Unit Pusat Universiti) melalui telefon. Jawapan keputusan penempatan ke universiti belum tentu dapat, namun bil telefon dan melambung tinggi sebab ketidakcekapan sistem tersebut (jual barang roasak). Jika sistem tersebut cekap, sudah tentu bil telefon tidak tinggi dan berniaga dapat sikit saja untung. Kini yang terbaru ialah SMS pasal Khidmat Negara. Diberitakan beratus ribu manusia telah hantar SMS dan tidak menerima jawapan dan hantar lagi dan hantar lagi sehingga kredit prepaid habis ditelan. Lagi.. jual barang rosak. Jika barang baik yang dijual sudah tentu memadai dengan sekali SMS sahaja dan jawapan sudah menjelma. Isteri ( |
Tuesday, December 09, 2003
BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA
BERBAKTI kepada kedua ibu bapa adalah salah satu daripada impian terbesar bagi kebanyakan orang yang telah berjaya dalam kehidupan, tetapi sayangnya ibu bap[a mereka telah pergi menemui Ilahi. Jadi, sebagai ketua dan orang tua, pesanan mereka kepada anak buah ialah: "berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa kamu, sementara mereka masih hidup ini". Namun dalam kebanyakan hal, ianya tidak begitu sebab maksud kata-kata bos tadi Apakah yang dimaksudkan dengan berbakti kepada kedua orang tua kepada anda? * Hantar duit setiap bulan atau balik kampung setiap bulan * Bawa pergi umrah setahun sekali atau balik kampung di musim buah (atau musim raya) * Ajak mereka tinggal bersama atau anda pulang tinggal di kampung * Suruh mereka jaga cucu atau berikan seorang cucu (anak anda) kepada mereka * Hantar kad raya/hari lahir/anniversary/e-mel atau panggilan telefon seminggu sekali Walau apapun jawapan anda, gembirakanlah hati mereka |
*
Monday, December 08, 2003
DULUKAN KELUARGA DARIPADA KERJA
TERTARIK dengan titah ucapan Yang Dipertuan Besar NS mengenai perkara di atas sempena dengan perasmian forum "kekeluargaan dalam perubahan dunia". Titah baginga, "kepincangan keluarga dikenalpasti sebagai faktor utama kepada keruntuhan moral yang serius di kalangan generasi muda pada hari ini" Ini maknanya, ibu bapa perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak. Bukan setakat makan minum, pakaian dan alat permainan sahaja, tetapi yang lebih penting ialah perhatian dan kasih sayang. Walau bagaimanapun dalam dunia hari ini, di mana kedua-dua bapa (sudah semestinya) dan ibu ( Adalah menjadi suatu kebiasaan untuk ibu-bapa keluar dari rumah awal pagi (baca sebelum anak bangun tidur) dan pulang ke rumah lewat (selepas anak dah tidur). Pada hari minggu pula, biasanya sudah tentulah pekerja sudah keletihan dan ingin berehat, jadi bilakah masanya untuk anak-anak?. Pada masa cuti sekolah ini, apakah agaknya yang anak-anak lakukan di rumah?. MBA - suatu hari semasa kat kampung, anak bertanya, "abah, itu kambing ke anak lembu?". Heh..heh.. itu sebanarnya adalah Kur punya sedara, sebab Kur hisap susu emak dia punya ... :-). Terpinga-pinga anak saya (dia membahasakan dirinya sebagai Kur) dengan jawapan p.s esok nak tulis pasal anak menjaga ibu-bapa pula (jika teringat). |
Sunday, December 07, 2003
PEMBANTU PERIBADI DIGITAL (PDA)
siang termimpi |
-- Haiku ini ditulis pada 12 Oktober 2003
Friday, December 05, 2003
TREO 600
ORANG kita zaman purba tidak akan meninggalkan keris di pinggan jika berpergian. Orang kita zaman dulu tidak akan meninggalkan sikat di poket jika keluar rumah. Orang kita zaman sekarang tidak akan meninggalkan handphone jika keluar, hatta ke masjid pun.Zaman keris tu tak sempatlah dengan mba, walaupun semasa bersanding (sebab tak betrsanding). Akan tetapi, entah dari mana turunnya ilmu, anak mba yang umur 3 tahun tu pun siap dengan sikat di poket jika nak keluar ... yang abang-abangnya sudah tentulah dengan handphone. Selain dari handphone, ramai juga yang membawa PDA ke mana-mana. MBA pernah menggunakan PDA seperti Palm IIIc, IBM WorkPad c505, Nokia Communicator 9210, Compaq Ipaq H3760 dan Sony Clie yang digunakan secara combo dengan handphone. Hari ini mba dah ada Treo 600, jadi tak payahlah lagi nak bawa hp & PDA secara berasingan sebab ia adalah 3-in-one (pda, phone camera) di samping mp3 player, video player dan banyak lagi fungsinya. Bagi pengguna Palm yang canggih, menggunakan Treo 600 ini tidak banyak sangat kelebihannya kerana warna yg tidak begitu menyerlah dan paling ralat ialah dulu boleh tulis tangan gunakan pen tanpa dakwat, kini kena pakai papan kekunci. Walau bagaimanapun, untuk all-in-1, ia banyak faedahnya di mana baca & tulis mel, layari Internet dan semua fungsi PDA boleh dicapai hanya dengan satu peranti sahaja. Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari lebih lagi mengenai Palm, bolehlah berkunjung ke laman web Palmx atau menyertai mailing list palmx |
Thursday, December 04, 2003
BERBAJU BATIK KE PEJABAT
Semasa MBA mula-mula kerja di tahun 80an dulu, di antara beberapa persediaan yang agak sukar untuk disediakan selain daripada seluar slack, kemeja lengan panjang, tali leher dan sepatu kulit ialah baju batik. Pada masa itu (di bawah PM ke-3) baju batik dipakai pada setiap hari Sabtu. Tidak lama kemudian, baju batik telah tidak dibenarkan lagi dipakai pada waktu pejabat kerana dikhuatiri pemakainya tidak serius untuk bekerja kerana pakaian batik lebih bersifat santai. Pada hari ini, YAB PM ke-5 mendesak supaya rakyat Malaysia memakai baju batik pada hari Sabtu. Di antara tujuannya ialah untuk meningkatkan industri batik tempatan. Saya rasa tidak lama lagi akan keluarlah pekeliling meminta semua kakitangan kerajaan supaya berbaju batik di hari Sabtu. Adakah berbaju batik ke pejabat akan menyebabkan pemakainya tidak akan serius untuk bekerja?. Adakah memakai tali leher dan berkot, dalam hawa yang tidak begitu dingin akan menjadikan pemakainya lebih produktif?. Saya rasa ada beberapa negara seperti Indonesia, Samoa, Timur Leslie dll yang pekerjanya memakai pakaian batik ke pejabat, malahan ada lelaki yang pakai skirt juga!. Tetapi itu adalah negara yang belum maju. Saya juga ada melawat ke beberapa pejabat kerajaan di Okinawa, Jepun. Saya dapati pekerja di sana memakai baju batik lima hari seminggu di musim panas. Juga, kebanyakan syarikat .com pada masa ini tidak lagi perlu mengenakan kot dan tali leher untuk pekerjanya. Malahan ada yang hanya cukup dengan kemeja-T sahaja dan saya sempatlah bekerja setahun dengan pakaian sebegini semasa "dipinjamkan" tidak lama dulu ... |
Wednesday, December 03, 2003
HAIKU MELAYU
MACE-MACE Marilah abe Hasimah Harun alihbahasa haiku ini ke BM bermaksud:-
Ini adalah merupakan sapaan seorang penjual juadah berbuka puasa di sebuah pasar Ramadan
|
Saya telah diberi penghormatan oleh Prof. drirwan untuk menjadi pentadbir kepada komuniti haiku di ruangan esastera. Tugas ini bermaksud untuk mempromosi penulisan dan aktiviti Haiku dalam bahasa Melayu. Setakat ini komuniti telah mengumpul lebih dari 900 buah haiku yang memungkinkan matlamat 1000 haiku menjelang akhir 2003 boleh dicapai dengan mudah. Haiku terpilih dari sini kelak akan dibukukan dalam sebuah antologi yang mungkin berupa antologi pertama Haiku Melayu yang benar-benar menepati patrun 5-7-5. Juga jika tiada aral, satu pameran Foto-Haiku juga akan diadakan buat julung-julung kalinya di Malaysia pada 2004 nanti. Semua yang berminat untuk menikmati keindahan Haiku atau menyumbang bolehlah ke komuniti haiku ataupun ke melayu.com yang secara kebetulan saya juga adalah merupakan pentadbirnya. Selamat Berhaiku. |
Tuesday, December 02, 2003
Developing ISO to be good project managers
Sekolah Kampung Sekolah Bandar
Keputusan UPSR telah diumumkan seminggu sebelum hari raya, maka bagi anak-anak yang cemerlang, sudah tentu dapat beraya sakan dan duit raya telah digandakan menjadi duit hadiah UPSR. Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, saya perhatikan keputusan UPSR di beberapa sekolah di luar bandar adalah jauh lebih cemerlang dari sesetengah sekolah di bandar. Misalnya semasa anak sulung saya mengambil UPSR dulu, hanya 5 pelajar di sekolahnya yang mendapat keputusan 5A, berbanding dengan 14 pelajar di sekolah kampung dalam FELDA yang diduduki oleh anak saudara saya.
Pada tahun 2003 ini, secara rasminya diumumkan bahawa lima dari enam buah sekolah rendah yang mencapai kelulusan 100% 5 ABC adalah sekolah luar bandar. Sekolah yang dinaksudkan ialah:-
- SK Chalok, Setiu, Terengganu
- SK Kuala Jenderis, Kuala Berang, Terengganu
- SK Seri BEntong, Karak, Pahang
- SK Sentosa, Maran, Pahang
- SK Perian, Jerantut, Pahang
sementara sekolah bandar yang dimaksudkan ialah SK (Agama) Datuk Abd Kadir Hassan, Kuching, Sarawak.
Apa hal pula dengan sekolah-sekolah di atau di pinggir Kuala Lumpur?. Agaknya anak-anak di KL ni banyak sangat menghabiskan masa dengan bermain, ko-kurikulum ataupun terlebih tusyen?
Sesetengah pihak berpendapat, kelulusan 5A tidak membawa apa-apa makna dan bukanlah kayu pengukur kepintaran kanak-kanak tersebut. Juga sekolah di luar bandar terlalu menumpu untuk lulus peperiksaan yang boleh menyempitkan lagi minda pelajar dalam jangka masa panjang ....
Monday, December 01, 2003
Korban Aidilfitri
SELAMAT kembali semula kepada semua yang pulang kerana merayakan Aidilfitri di kampung halaman. Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, khususnya di KL, Aidilfitri disambut dan dirayakan sepanjang bulan Syawal ini. Tetapi jangan lupa berpuasa enam .... Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, korban Aidilfitri di jalanraya sentiasa bertambah dan meningkat jumlahnya. Walaupun pelbagai kempen dan operasi SIKAP dijalankan oleh pihak berkuasa.
Perdana Menteri sudah berulang kali mengingatkan semua pengguna jalanraya supaya berhati-hati, sabar di jalanraya, biar lambat asal selamat dan telah mengarahkan supaya kenderaan berat tidak menggunakan jalanraya dua hari sebelum dan selepas hari raya. Namun semua nasihat dan arahan ini bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja, kerana korban tetap meningkat, kemalangan tetap bertambah dan lori masih banyak di jalanraya.
YB Menteri Pengangkutan kata terdapat lebih 100 lori di hari pertama larangan dan 60 lori di hari kedua, namun tiada sebarang tindakan diambil kerana mereka ni nak balik "ke rumah" selepas hantar barang. Dalam perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke KL juga saya terpaksa mengekori beberapa buah lori yang membuatkan perjalanan begitu menyulitkan. Bertemu juga dengan beberapa sekatan jalan dan beberapa kenderaan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak mengetahui langsung tentang arahan tersebut. Saya ada bertanya dengan pemandu lori (yang lain, yang patuh kepada arahan), dia kata arahan ini memang menyulitkan, namun dia dan taukeh dia tetap patuh walaupun hanya terima arahan melalui TV dan radio sahaja.
YAB Perdana Menteri juga meminta semua pihak menjadikan kempen keselamatan jalanraya ini sebagai "forum umum" untuk mencadang dan menghurai langkah terbaik ke arah jalanraya yang lebih selamat kepada semua penggunanya. Jadi selain dari TV, radio dan akhbar, sudah tentu kita boleh memenafaatkannya melalui blog....
Selamat bersidang dan berforum ke arah jalanraya yang lebih selamat.
Wassalam.
Saturday, November 22, 2003
Melayu Berniaga
HAJAT hati dah nak tutup kedai kerana cuti raya, namun bila masih ada pelanggan datang, kita kenalah layan juga. Inilah cara kita berniaga, walaupun tengah malam buta ada orang datang ketuk pintu nak beli sekilo gula atau sekampit garam, kita akan buka kedai dan berjual juga. Berniaga ni bukan untuk dapat untung semata-mata, tetapi adalah fardhu kifayah, untuk membantu orang lain yang memerlukan. gambar hiasan Insyaallah hari ini adalah berbuka terakhir di KL sebelum balik beraya besok, jadi tadi suruh anak belikan juadah berbuka dan ikan bakar. Fuh... menyelerakan nampaknya. Tapi bila dicubit nampak semacam je ikan tu, bila hidu, masyaallah ikan busuk yang entah berapa lama dah dijual untuk berbuka!. Inilah perniagaan orang Melayu (bukan semua) yang hanya ingin mencari keuntungan dunia semata-mata. Agaknya perniagaan mereka ini boleh dihalalkan sekadar dengan akad "saya jual ya" (bukan lengkappun akad tu). Penjual begini tidak langsung memikirkan yang di akhirat nanti dia terpaksa memikul ikan-ikan tersebut yang dalam bentuk api mungkin pergi mencari pembeli-pembeli yang telah tertipu olehnya untuk mendapat kemaafan. Na'uzubillah. Dengar cerita kalau kat negeri Arab sana, peniaga selalu mengelat dari timbangan dan sukatan dan tidak mengembalikan duit lebihan dan akan berkata "halal... halal". Jika betul begitu, agaknya halal ke perniagaan mereka di sisi Allah? Dipendikkan cerita dua ikan bakar tersebut dimasukkan dalam tong sampah dan kami makanlah ayam goreng yang dibeli oleh isteri di carefour. Terlalu banyak bezanya perniagaan makanan oleh kedua-dua kelompok peniaga ini... Orang-orang Melayu yang umumnya beragama Islam nampaknya tidak akan ke mana dalam perniagaan makanan halal sekalipun nampaknya. Dengar cerita pelbagai juruperunding telah dipanggil dan digunakan oleh peniaga bukan Islam untuk menceburi perniagaan makanan halal untuk orang Islam. Ini nampaknya macam perniagaan takaful dan bank Islam oleh bank asing atau bukan Islam yang nampaknya lebih berdaya saing berbanding dengan bank Islam sendiri. Pokoknya adalah kerana mengejar keuntungan dunia semata-mata secara jangka pendik Wallahualam |
SELAMAT HARI RAYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada Semua kedai ini ditutup sempena hari raya, jumpa lagi selepas cuti hari raya :-) |
Friday, November 21, 2003
Assume Chief Information Officer position
Pada kali ini mba membawakan satu pesanan dari penaja. Ia adalah sebuar artikel Assume Chief Information Officer position yang dikarang oleh Anonymous
The management of information systems in many organizations is experiencing a transition from computers to information as a strategic resource. Because of the important of the strategic value of ICT, the government has appointed Chief Information Officers (CIO). Their main purposes are to advice on how to leverage the organization ICT investments for advantage. Sambungan di sini |
Thursday, November 20, 2003
MERIAHNYA TERAWIH
MALAM tadi imam memaklumkan bahawa insyaallah kita hanya ada empat malam sahaja lagi untuk bertarawih. Oh maknanya kita telah berada di penghujung Ramadan dan Syawal bakal menjelma. Biasanya pada masa ini ramai di antara kita yang akan berazam pula untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Namun kebanyakan dari kita juga biasanya bertangguh disebabkan banyaknya aktiviti rumah terbuka, hinggakan apabila dah di penghujung Syawal barulah tersedar semula. Berbalik kepada terawih, semasa budak-budak dulu yang seronoknya ke surau atau masjid untuk terawih bukanlah sembahyangnya, tetapi selawatnya. Kita budak-budak akan ramai-ramai ikut berselawat pada setiap dua rakaat dengan suarat yang kuat dan penuh kemeriahan. Kemudian waktu orang dewasa sembahyang, kita akan pergi makan kuih moreh dan bila tiba masanya berselawat lagi. Itulah rutin budak-budak yang belum akhir baligh berterawih. Malam tadi juga, untuk kesedian malamnya di surau tempat mba tinggal, mba mendengar lagi leteran siak seperti malam-malam biasanya memarahi budak-budak dengan memberi macam-macam amaran supaya jangan buat bising, jangan ganggu orang dewasa, duduk diam-diam dan macam-macam lagi. Dibuatnya budak-budak ni macam musuh mereka saja, siap diacu-acunya penampar ke muka budak-budak ni. Ada budak yang takut, ada yang menangis dan ada yang buat selamba sahaja malahan ada yang mengejek. Orang-orang kita ni, masih menggunakan teknik menakut-nakutkan budak. Berbeza sekali dengan di negara orang, masjid dibina supaya mesra budak-budak, supaya budak-budak seronok ke masjid. Masjid di barat yang pernah saya singgah untuk berterawih siap dengan pelbagai kemudahan untuk budak-budak bermain, lengkap dengan pelbagai alat permainan. Mereka gunakan saikologi sepenuhnya supaya budak-budak tidak takutkan masjid dan rasa rindu untuk datang ke mesjid, walaupun tujuannya bukan untuk beribadat (mudah-mudahan ia akan jadi ibadah apabila mereka dewasa). Malahan semasa hari raya, semua budak-budak seolah-olah wajib ke masjid. Sebabnya ialah setiap masjid akan membahagi-bahagikan hadiah kepada setiap dari mereka. Nampak seolah-olah macam meniru budaya ugama lain, tetapi tujuannya supaya budak-budak gembira dan tidak seronok untuk ke mesjid. ---- dari kamus dewan ----- TARAWIH = TERAWIH -sembahyang sunat yg dilakukan pada bulan Ramadan (selepas sembahyang Isya’) MASJID -Bangunan khas tempat orang Islam beribadat |
Wednesday, November 19, 2003
LIF BERCAKAP
PADA masa ini banyak bangunan canggih telah dipasang dengan lif pintar. Lif ini dikatakan pintar sebab ia boleh bercakap, mengucapkan selamat pagi pada waktu pagi dan selamat petang pada waktu petang, memberitahu naik untuk ke atas dan turun untuk ke bawah. Wau pintar sungguh lif sekarang. Dengan ini satu lagi jawatan manusia, iaitu penjaga lif telah tidak diperlukan lagi. Namun di negara-negara maju (negara asal di mana lif tersebut dibeli), tenaga manusia masih diperlukan untuk mengucap selamat datang dan membantu penumpang untuk menggunakan lif menuju ke destinasi mereka. Apabila kita masuk ke lif tersebut, ia akan bersuara antara lain, “naik ke atas”. Jika ingin turun ia akan bersuara “turun ke bawah”. Agaknya semasa kita di luar lif tersebut akan menyahur “masuk ke dalam”. Jika begitu halnya, apa agaknya kata-kata yang sesuai supaya meminta kita keluar dari lif setelah sampai ke destinasi?. “keluar ke luar” adalah tidak wajar. Jika “pergi ke luar” lawannya ialah “pergi ke dalam”. Saya raya yang paling afdhal ialah “tubek ke luar” Adapun mengenai ungkapan “naik ke atas”, “turun ke bawah” dan “masuk ke dalam” itu, adakah ianya suatu ungkapan yang betul dalam bahasa kita? Adakah apabila disebut “naik” akan ada “naik ke bawah?” atau “turun ke atas?” atau “masuk ke luar?”. Pada pendapat saya ini adalah ungkapan membazir sekadar untuk menyedapkan kata atau “menyuluh di tempat cerah”. --- dari kamus dewan ---- NAIK: – bergerak ke atas, – bergerak ke tempat yg lebih tinggi, – mengenderai kenderaan – bertambah tinggi – tumbuh menjadi besar – menjadi, berubah menjadi – kembang atau mengembang TURUN - dari tempat tinggi ke tempat rendah - dari hulu ke hilir - dari pendalaman ke bandar - mengendap ke bawah - keluar dari rumah - menjadi kurang atau rendah drp biasa - datang dr sesuatu yg dianggap tinggi - datang jatuh, datang bertiup - hilang warnanya |
Tuesday, November 18, 2003
PTK gagal uji kemahiran k/tangan awam
Oleh: G. MANIMARAN (utusan malaysia 17 November 2003) KUALA LUMPUR 16 Nov. - Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang genap setahun, menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang didapati pilih kasih dalam penilaian prestasi, kini berhadapan dengan kritikan dan kekecewaan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Cuepacs yang mengadakan seminar khas di sini semalam memutuskan, pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang diperkenalkan untuk menentukan anjakan gaji, tidak dilaksanakan dengan baik sehingga menjejaskan peluang ramai kakitangan awam untuk menikmati kenaikan gaji dan pangkat tahun depan. Setiausaha Agung Cuepacs, Datuk Abdul Rahman Manan berkata, perbincangan semalam mendapati PTK yang dilaksanakan mulai Ogos tahun ini telah terkeluar daripada matlamat sebenar iaitu menguji kemahiran. Antara kelemahan ketara yang dikenal pasti ialah soalan kertas am dan khusus PTK tidak menepati skop tugas dan tanggungjawab kakitangan awam. ``Rata-rata perbincangan semalam mendapati pelaksanaan PTK sungguh mengecewakan meskipun matlamat sebenar pendekatan SSM adalah baik. ``Pelaksanaan PTK tidak menepati matlamat untuk mempertingkatkan kemahiran pelbagai, tetapi ia hanya memberi tumpuan untuk menilai aspek di luar kemahiran seseorang kakitangan,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. Ekoran kelemahan-kelemahan yang disifatkan oleh Cuepacs sebagai ketara, Abdul Rahman berkata, pihaknya mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menangguhkan penggunaan keputusan PTK untuk kenaikan gaji dan pangkat tahun 2004. ``Oleh kerana ramai dinafikan peluang kenaikan gaji dan pangkat, Cuepacs berharap kerajaan akan menggunakan laporan penilaian seperti biasa untuk tujuan itu,'' katanya. Sehubungan itu, beliau menekankan, rumusan yang diputuskan pada pertemuan semalam akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kerja Cuepacs yang dijadual bermesyuarat di Sintok, Kedah pada 7 Disember ini. ``Kemudian kita akan mengemukakan syor kepada JPA untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan PTK,'' kata beliau. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Empat Tahun 2002 yang berkaitan dengan SSM menyebut, SSM memperkenalkan PTK berasaskan kompetensi yang bertujuan menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan dan menggalakkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti serta inovasi dalam pelaksanaan tugas. Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapati sukatan penilaian di bawah SSM terlalu umum dan tiada kaitan dengan skop tugasan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh seseorang kakitangan awam. Abdul Rahman menambah, Cuepacs berharap Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengkaji semula sukatan penilaian dengan merangka soalan kertas am PTK. Tambah beliau, sesetengah kakitangan awam pula terpaksa berhadapan dengan situasi ketiadaan peluang menghadiri kursus tatanegara disebabkan kekurangan kemudahan dan tempat untuk mengikuti kursus di Biro Tata Negara. ``Ekoran ketiadaan peluang mengikut kursus tatanegara, kakitangan terbabit terpaksa menunggu sehingga tahun depan dan ini merugikan mereka dari segi anjakan gaji dan kenaikan pangkat,'' katanya lagi. Selain itu, menurut Abdul Rahman, sukatan PTK terlalu luas sehingga membebankan kakitangan awam yang terpaksa membaca 10 jenis bahan bacaan termasuk pekeliling-pekeliling perkhidmatan. |
Monday, November 17, 2003
TESTING
INI adalah saiz BIASA INI saiz setengah SAJA INI saiz SATU INI saiz DUA INI saiz TIGA Nak pakai saiz mana? |
PETRONAS TAK PANDAI BERNIAGA?
Pagi ini ke stesen minyak Petronas dekat rumah kerana minyak dah hampir habis. Takut tak sempat sampai ke ofis. Nak gunakan kad kredit tidak dibenarkan pulak, entah apa silapnya. Terpaksa bergegas ke kaunter. Di kaunter ni ada tiga orang petugas. Dua sedang bersembang dan seorang sedang mengira duit. Hulur RM50 dan beritahu pam no.9. Juruwang buat dek saja sambil meneruskan mengira duit, buat-buat tak reti saja. Lama menunggu, layanan tidak diberikan dan nak tunggu dia habis kira duit tu, entah sampai bilalah. Ambil semula duit RM50 tu dan hidupkan kereta untuk ke stesen minyak lain. Dalam hati dah nekad, stesen Petronas walaupun dekat dengan rumah ini tidak akan dikunjungi lagi kecuali terpaksa. Perkhidmatan yang diberikan boleh dikatakan sifar. Sepatutnya mereka ini perlu sedar bahawa kurang satu kilometer dari situ ada lagi stesen minyak Petronas dan Caltex. Sempena dengan arahan PM supaya kaunter jabatan kerajaan perlu menyediakan "borang kepuasan pelanggan" baru-baru ini, pihak swasta seperti Petronas ini juga wajib melakukannya. Jika di tempat lain, pekerja stesen minyak mengalu-alukan kedatangan pelanggan dari jauh lagi. Bila tiba siap dengan senyum mesra dan bertanya khabar. Terus mencuci cermin kereta dan menawar diri untuk tengok minyak hitam dan sebagainya, mengapa stesen Petronas tidak boleh? (yang inilah, yang lain boleh barangkali ?). Jawapannya mungkin Petronas tidak untung dan tidak glamor dengan menjual minyak sahaja. Tetapi lebih glamor dengan menaja perlumbaan F1 agaknya. Teringat kata-kata seorang sahabat: Minyak hitam yang terbaik ialah Castrol sebab setiap pagi jurutera Castrol bangun tidur, asyik teringatkan minyak hitam sahaja. Tidak seperti Mobil, Shell dan sebagainya yang terlalu banyak produk yang perlu dikawal (joke saja) :-) |
Sunday, November 16, 2003
PROGRAM HUJUNG MINGGU
HUJUNG minggu ini banyak aktiviti yang perlu dibereskan hinggakan blog sengaja tidak dikemaskini dan membiarkan survey berpanjangan. Di antara alasan logik dan alasan tidak logik mengapa blog tidak dikemaskini ialah seperti berikut:- 1. Survey perlukan masa lebih lama supaya dijawab oleh pengunjung - mungkin logik 2. Hari Sabtu dan Ahad, tidak ada siapa akan baca. Pembaca cuti, penulis juga cuti - Logik 3. Tidak ada cerita yang dirasakan menarik untuk ditulis - Terlalu logik 4. Sibuk konfogurasi Treo 600 yang baru dibeli - Amat logik (tetapi Treo600 ni dah habis stok jadi alasan ini tidak wujud) 5. Sibuk membaiki PC anak saudara yang tiba-tiba rosak - Logik (pertama kali berjaya baikpulih PC yang roask teruk - bagi yg tak tahu) 6. Sibuk membaca novel ARCA - Logik (ulasan novel tersebut boleh dibaca di http://www.communityzero.com/resensi) 7. Seronok sangat membaca dua buah buku haiku - Logik (beli buku Haiku World dan Haiku moment di Kinokuniya) 8. Mencari ilham untuk menulis di eNovel Jangan Ada Dendam - Tak logik (Suraya telefon nak datang Msia, macamana nak cari alasan ngan Sri Diah ni?) 9. Tersangat letih setelah menukar parque depan bilik air dgn marmar - Tak percaya? (betul.......) 10.Berfikir macamana nak baiki blog hasil dari jawapan survey --- Mungkin jugak |
Friday, November 14, 2003
KENALI MBA & BLOG NYA
Pada kali ini MBA ingin membuat survey sikit untuk mengetahui citarasa pengunjung ke blog ini. Sudi-sudilah menjawabnya ya...
Blog Ini Perlu Diperbaiki Sebab ... |
|
Vote View Results |
Thursday, November 13, 2003
LEMBU DAN SAPI PUNYA NAMA
Lembu Punya Susu, Sapi Punya Nama adalah perumpamaan yang agak popular di kalangan masyarakat kita. Memang betul lembu yang punya susu, namun kurang pasti pula siapa yang memberikan jenamanya kepada sapi. Rasanya manusialah dan bukannya sapi itu sendiri!. Dalam dunia pekerjaan pula, apabila ada sesuatu kerja atau projek yang perlu disiapkan, biasanya kita akan bekerja dalam pasukan. Katakanlah untuk membuat satu kertas cadangan suatu projek besar. Bos mungkin mendapat ilham atau “wahyu” mengenai projek tersebut dan diberitahu kepada timbalannya supaya disiapkan satu kertas kerja. Timbalan pula akan memanggil dua lagi ketua penolong untuk bincang dan menyerahkannya kepada mereka mengikut bidang masing-masing. Ketua Penolong pula akan memanggil dia punya Penolong untuk menolongnya menguruskan kertas tersebut. Bagi si Penolong ni, jika ada lagi pembantu-pembantu di bawahnya, akan dikerahlah untuk mencari maklumat mengenai projek ini. Pembantu-pembantu ini jika tiada lgi anak buah, akan buatlah sepertimana yang diarahkan.
Dipendekkan cerita, apabila kertas kerja telah disiapkan maka masing-masing peringkat yang menaip, mencari fakta, menyemak, mengurus, menyelia dan mengarah akan memasukkan perkara ini dalam rekod sumbangan mereka sendiri. Hatta penompang yang hanya datang dengar satu perbincangan mengenai perkara ini pun turut berbuat demikian, untuk menambah koleksi pencapaian peribadi. Itu belum projek diluluskan dan berjaya dilaksanakan lagi, baru di peringkat kertas kerja!.
Teringat kata-kata seorang kawan, seseorang yang berjaya menghasilkan kertas kerja yang besar adalah hebat. Namun perlu dijelaskan apakah peranan sebenarnya dalam projek tersebut. Jika tidak, seorang jurutaip juga akan mendakwa dialah yang menyediakan kertas kerja tersebut. Samalah kesnya dengan boroh kontrak yang mendakwa dialah yang membina dan menyiapkan bangunan berkembar KLCC.
-------- kongsi ilmu ---------------------
SAPI - Binatang yg rupanya spt lembu dan bewarna hitam
SAPI - Pohon, tumbuhan (pokok kecil)
LEMBU - Binatang ternakan utk dapatkan susu, daging dll
LEMBU - sejenis burung
LEMBU - Sejenis ikan laut
--- sumber: Kamus Dewan

Wednesday, November 12, 2003
BERBUKA DI HOTEL
Sememangnya memberi makan kepada orang yang berpuasa itu amat besar pahalanya. Hatta pada bulan-bulan lainpun, memberi makan kepada orang lain adalah sangat dituntut, apatah lagi pada bulan puasa. Jika di kampung-kampung, majlis berbuka puasa atau moreh ini biasanya dilakukan di masjid-masjid. Bagi kita yang tinggal di bandar, adalah menjadi suatu kebiasaan juga menerima jemputan berbuka puasa di hotel-hotel. Kebanyakan hotel akan menyediakan pakej khusus untuk berbuka puasa dan pada kebiasaannya juga beberapa bilik hotel akan disediakan sebagai surau sementara untuk memudahkan tetamu bersembahyang maghrib, khususnya.
Saya sudah menerima lima – enam jemputan untuk berbuka puasa di hotel-hotel begini, namun azam pada tahun ini ialah seboleh-bolehnya tidak mahu berbuka di luar. Berdasarkan pengalaman masa-masa lalu, adalah menjadi suatu kemestian bagi saya untuk terlepas sembahyang terawih apabila menerima jemputan untuk berbuka di hotel. Selepas berbuka, sembahyang maghrib dan jamuan makan. Ia kemudian diikuti pula dengan sembang-sembang dalam pelbagai topik dengan pelbagai lapisan. Dilema di sini ialah untuk meminta izin pulang segera untuk menunaikan terawih. Adalah lebih mudah lagi untuk menolak pelawaan berbuka rasanya berbanding dengan pulang lebih awal di kala pelbagai pihak ingin bercerita dan mendengar cerita.
Mungkin elok kiranya bagi pihak korporat yang inginkan pahala menjamu orang yang berpuasa supaya membuat majlis berbuka puasa di masjid berbanding dengan di hotel. Bukan sahaja kosnya lebih murah, malahan mudah-mudahan mendapat keberkatan yang berganda jua. Kini ada beberapa masjid yang boleh menguruskan majlis berbuka puasa yang ekslusif bagi pihak tertentu dalam bilik-bilik yang disediakan mengikut tempahan. Di samping itu pihak masjid masih lagi mengadakan majlis berbuka untuk jemaah dan orang awam. Dengan itu rasanya sudah tentu para jemputan tidak risau akan terlepas untuk berterawih…
---------- dari kamus dewan ------------
Moreh = kenduri di masjid dalam bulan puasa
Iftar = Akhir (habis) puasa

Tuesday, November 11, 2003
GAYA HIDUP JUTAWAN
Sebut saja jutawan, mungkin akan terbayang di benak fikiran kita mengenai sebuah kehidupan yang serba serbi mewah. Makan di restoran ternama, menginap di hotel lima bintang, rumah bungalow di atas bukit, berkereta mewah dan mungkin juga mempunyai kapalterbang sendiri. Kehidupan serba mewah ini adalah gambaran bagi kebanyakan orang bagi jutawan. Namun begitu, kajian menunjukkan hanya 5% sahaja jutawan yang sedemikian, selebihnya hidup dalam penuh kesederhanaan. Mereka tinggal di taman perumahan biasa dengan berumah teres, memandu kereta biasa dan mempunyai kerja dan kerjaya yang biasa. Pendik kata semuanya adalah biasa sahaja, kecuali pendapatannya sahaja yang ‘luar biasa’. Perkara ini telah didokumentasikan dalam buku The Millionaire Next Door oleh Thomas JH.Stanley dan WilliamD. Danko.
MBA pernah mengenali seorang jutawan bergelar datuk. Kehidupannya bolehlah dikatakan tergolong dalamm majoriti jutawan dan seboleh mungkin tidak ingin dikenali sebagai juitawan disebabkan oleh pelbagai alasan tertentu yang hanya beliau mengetahuinya. Semasa beliau sekeluarga pergi menunaikan haji di Mekah, mba dan seorang kawan lagi diminta untuk menjadi ‘jaga’ di rumah beliau. Kerjanya agak senang, iaitu datang ke rumahnya sebelum maghrib, hidupkan suasana rumah tersebut dengan memasang lampu, kipas, aircond, TV, muzik dan sebagainya. Buatlah semua aktiviti biasa dalam rumah tersebut termasuk makan dan memasak di dapur. Semua peralatan dalam rumah boleh digunakan dan bekalan makanan mentah dan bermasak disediakan oleh ‘jaga’ yang bertugas siang. Tugas berakhir selepas subuh di mana mba perlu ke pejabat pula.
Dari pengamatan mba sepanjang menjalankan tugas tersebut, kehidupan beliau adalah amat berbeza dengan orang kebanyakan. Misalnya untuk kebanyakan bahan dapur, beliau menyimpan stok untuk setahun di rumah dan tidak lagi perlu keluar untuk membeli bahan berkenaan. Misalnya beras, gula, garam, susu dan sebagainya hinggakan mancispun disimpan stok untuk setahun. Agaknya membeli secara borang begini adalah lebih murah, menjimatkan kos pengangkutan, menjimatkan masa dan mungkin lebih selamat sebab tidak perlu berada di tempat awam terlalu kerap. Jadi masa yang terluang adalah untuk perkara lain, umpamanya untuk menambah lagi pendapatan kepada sejuta yang berikutnya. Inilah satu pengajaran yang dapat mba pelajari semasa menjadi jaga, tetapi tidakpun dapat diamalkan disebabkan terlalu banyak halangan. Hinggakan belum cukup bulanpun bekalan sudah kehabisan ….

Monday, November 10, 2003
Salahfaham Dalam Profesi PSM
Salahfaham Dalam Profesi PSM
Pada kebiasaannya tiada yang mempertikaikan tentang kewujudan doktor, kecuali dukun atau orang-orang yang begitu fanatik dengan perubatan tradisional. Untuk menjadi doktor atau ketua kepada doktor juga mestilah orang yang berkelayakan menjadi doktor, iaitu seorang doktor. Masakan seorang jurutera boleh menjadi doktor walaupun dia banyak membaca buku perubatan ataupun telah berasa boleh menjadi seorang doktor. Begitu juga dengan jurutera, bos kepada jurutera ialah seorang jurutera juga, tak kiralah samada jurutera awam, elektrik ataupun mekanikal. Dan seterusnya dan seterusnya.
Tetapi tidak begitu dalam PSM. Ramai orang ingin buat kerja PSM atau mengambilalih kerja PSM tetapi tidak mahu jadi PSM, iaitu mahu kekal dalam jawatan semasa.
* PSM bukannya Persatuan Sepakraga Malaysia atau Persatuan Sejarah Malaysia, tetapi Pegawai Sistem Maklumat.
* Seorang sahabat menghantar artikel mengenainya bagi sesiapa yang berminat untuk membacanya.

Saturday, November 08, 2003
Terima Kasih CNMA
1. Untuk menyambut Raya, MBA dah cat rumah baru... singgah-singgahlah di rumah lama dengan cat baru ni. Selain dari cat baru, ada kle sikit-sikit ganti perabot.... Semuanya adalah hasil usaha CNMA. Terima kasih CNMA
Friday, November 07, 2003
LAWATAN KE IMIGRESEN KALI KE SEKIAN
LAWATAN KE IMIGRESEN KALI KE SEKIAN
Rasa-rasanya tiga jabatan kerajaan utama yang sering dilawati oleh rakyat ialah JPJ, JPN dan JIM. Jika diandaikan bahawa 50% daripada rakyat Malaysia adalah pemilik kenderaan atau tuan punya lesen maka pelanggan JPJ ialah sekitar 10 juta orang setahun. Pelanggan JIM pula ialah 10 juta orang dalam 2.5 tahun (1X pergi buat dan 1X pergi ambil untuk tempoh hayat paspot 5 tahun). Ini bersamaan dengan 4 juta setahun. Seluruh rakyat Malaysia pula perlu berurusan dengan JPN sebanyak 5X sepanjang hayat. Andainya tempoh hayat kita ialah 60 tahun maka JPN menguruskan 24 juta pelanggan sebanyak 5X dalam 60 tahun yang bersamaan dengan 2 juta setahun.
Daripada sifir dan congak yang tidak berapa betul ini menunjukkan JPJ adalah jabatan yang paling banyak berurusan dengan orang awam, iaitu 10 juta setahun berbanding dengan JIM hanya 2 juta setahun. Walau bagaimanapun sebahagian urusan dengan JPJ boleh diwakilkan kepada pihak ketiga ataupun tonto (tolong orang tipu orang), walhal di JIM terpaksa berurusan sendiri.
Siang tadi mba dan anak ke JIM untuk kesekian kalinya untuk urusan permohonan paspot Malaysia. Berikut ialah menu yang dilalui untuk tatapan dan analisis semua.
7:30am – tiba di JIM dan berbaris untuk mengambil nombor
8:49am – Dapat nombor 1112 dan nombor 1020 sedang diuruskan
(maknanya proses mendapatkan nombor ialah 20 orang bagi 1jam 19 minit?)
9.00am – Pengumuman nombor sudah habis dan tidak akan dikeluarkan lagi.
Nombor dari 1001 – 1150 akan diuruskan sebelum 12pm dan
1151 ke atas sila datang semula
ke JIM pada 2:45pm (maknanya 150+ pelanggan diuruskan dalam masa 4 jam)
10:20am – Nombor dipanggil dan serahan borang dilakukan.
Sila duduk dan tunggu nombor untuk buat bayaran
11:30am – Nombor dipanggil untuk buat bayaran. Paspot siap pada Isnin.
Sementara menunggu, habislah setengah novel mba baca dan oleh kerana suasana yang tidak begitu selesa, maka kepalapun berdenyut-denyut kesakitan. Dalam perjalanan pulang, SMS kepada bos, “baru selesai urusan imigresen dan saya EL hari ini” dan pulang ke rumah.

Wednesday, November 05, 2003
SERVICE DELIVERY
Lima prinsip Perkhidmatan Awam
Kali ini sebenarnya (sememangnya benar), tak tahu apa nak tulis. Hajat dihati nak tulis kisah menjadi jaga di rumah jutawan (esoklah kot, kalau rajin). Memandangkan semalam mba hadir ke hari Q di JPM dan dengar ucapan dan ceramah, maka teringin pulak nak tulis pasal intipati ucapan semalam. Namun tak buat sebarang catatan. Terima kasih kepada seorang kawan yang melkan 5 perkara yang diucapkan oleh wakil KSN semalam yang mengikut beliau adalah amanat PM Ke-4 semasa persidangan perkhidmatan awam di INTAN baru-baru ini. Ini dia:-
i) Tidak ada kompromi terhadap prestasi perkhidmatan yang sederhana;
ii) Menekankan kejituan, ketepatan masa dan kuantiti kerja;
iii) Menghargai kepentingan ketertiban dan kebersihan;
iv) Sektor awam yang berorientasikan kepentingan pelanggan; dan
v) Kepatuhan bersungguh-sungguh kepada etika perkhidmatan awam
Rasa-rasanya jika bersungguh-sungguh penjawat awam memahami dan mengamalkan perinsip ini, boleh ... aman negara .... ;-)

Tuesday, November 04, 2003
JABATAN KERAJAAN YANG CEKAP
JABATAN KERAJAAN YANG CEKAP
Sampai di pejabat hari ini, terus menelefon seorang kawan di Ibu Pejabat JPN kalau-kalau dia boleh tolong percepatkan untuk membuat cabutan sijil kelahiran anak yang telah hilang (bukan anak yang hilang, tapi surat beranaknya). Peraturannya ialah pemohon perlu mengisi dan menandatangan borang permohonan. Oleh kerana beliau akan keluar mesyuarat, lantas dia cadangkan supaya pergi ke pejabat di Maju Junction ambilkan borang dan dia akan mengambil borang yang telah lengkap di rumah nanti. Sampai ke Maju Junction, jam 9:40 dan didapati ia tidaklah sesibuk yang dijangka. Terus menuju ke kaunter pertanyaan dan diberikan borang serta nombor giliran pada jam 9:41am dengan nombor 1029. [No. Sekarang 1026 dan anda akan dilayan sebentar lagi]. Dipendekkan cerita, jam 9:50 segala-galanya telah siap, iaitu cabutan sijil kelahiran dan resit pembayaran sebanyak RM5 yang dibuat dikaunter.
Bukankah ini suatu contoh perkhidmatan kaunter yang cemerlang oleh jabatak kerajaan?. Kebetulan hari ini ialah harti pertama Pak Lah masuk ke pejabat sebagai PM dan juga menteri Dalam Negeri - KDN (selain dari menteri Kewangan). Kebetulan juga JPN ialah dibawah KDN. Jika di hari pertama ini perkhidmatan yang cemerlang telah diberikan (semenjak dulu lagi rasanya), maka moga-moga ianya akan berkekalan sampai bila-bila selagi ianya diperlukan.
Syabas JPN.

Monday, November 03, 2003
KAPAL GARAM TERBALIK MENUMPAHKAN GULA ....
KAPAL GARAM TERBALIK MENUMPAHKAN GULA...
JANGAN ADA DENDAM - Siri 18
Sila baca siri 17 di http://sridiah2u.blogspot.com
Hari minggu di bulan puasa begini, pulang dari pasar tidak ada banyak aktiviti bermenafaat yang dapat dilakukan. Habis dua buah akhbar mingguan, aku mencapai notebook untuk melilau ke alam maya. Namun streamyx ni sememangnya banyak songel, bayar saja RM80 sebulan, tapi perkhidmatannya rasa-rasanya talian dial-up adalah lebih baik. Oleh itu aku ambil keputusan berbaring sahaja di ruang tamu seperti biasa.
Walaupun mata telah pejam, namun telinga masih dapat mendengar sayup-sayup drama minggu ini oleh pelakon popular anak-beranak:-
"Mak, malam ni mak bangkitlah masak sahur. Lauk abah tak sedap..." Kata anak sulung.
"Saya makan sikit saja. Esoknya mesti perut lapar berkeroncong!" Tokok anak kedua.
"Syhhh, nanti abah kamu dengar. Mesti dia kecik hati," kataku perlahan, meletakkan jari telunjuk ke bibir.
"Mak, ini realiti. Perut ni tak boleh terima, masin! Sayur kangkung lembik..." sambung anak ketiga, wajahnya masam.
"Dia lupa agaknya, dia ada darah tinggi..."
"Mak, abah sabotaj kita tak?" Sahut anak keempat pula.
Alahai bengkaknya hati mendengar drama ini. Sampainya hati seorang ibu tidak mahu memasak untuk sahur sehinggalah anak-anak terpaksa memujuk. Si anak pula, yang bujangtu takkanlah berharapkan bersuap sahaja. Si dara tu hanya tahu rebus telur saja. Masyaallah anak-anak sekarang, sudah mengangap dapur tu kerja orang gaji semata-mata. Sebagai suami, aku terlalu kecil hati apabila isteri merujuk aku sebagai “dia” di depan anak-anak. Agaknya di depan kawan-kawannya tentu aku dirujuk sebagai “orang tua” sahaja. Oh malang sungguh nasibku. Aku pasti semua aksi ini adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa tidak sedapnya masakan aku. Sebenarnya sayur kangkung itu, Kak Piah sebelah rumah yang sedekahkan. Kesian Kak Piah, telah menjadi ibu tunggal semenjak muda setelah suaminya pekerja kedutaan di Belgium menghilangkan diri tanpa sebarang berita sejak lama dulu. Aku memanggilnya Kak Piah kerana dia membahasakan dirinya makcik kepada anak-anakku. Usia sebenarnya tidak pernah kuketahui. Masakan Kak Piah ini memang menjadi kesukaan anak-anakku, terutamanya bila isteriku bekerja di luar stesen. Dia siap memberikan wang kepada Kak Piah supaya menyedia dan menghantar makan malam untuk kami anak beranak sepanjang beliau berada di luar. Tapi kini masakan Kak Piah yang enak itupun dikatakan lembik kerana percaya bahawa aku yang memasaknya. Inilah sifat manusia, memandang jenama bukan barangnya
Jika diikutkan hati, ingin saja aku mengembalikan semua mereka ini ke UK secara maya semasa kami sekeluarga berada di puncak kebahagiaan. Bangun seawal 4 pagi, menyediakan sarapan dan diner pak* untuk anak-anak yang akan ke sekolah. Jam 4:30am sudah meredah kesejukan pagi ke Tesco menghayun mop dan penyapu selama dua jam. Kemudian bergegas pula ke kampus Beckett Park untuk menyambung lagi tugas sebagai ‘floor manager’. Sebelum jam 9am mesti sampai semula ke rumah di Harehills untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Tidak banyak aktiviti luar yang boleh dibuat sementara anak-anak di sekolah, kerana atas faktor keselamatan, pihak sekolah tidak akan membenarkan orang lain yang tidak berdaftar menjemput anak-anak dari sekolah. Jadi di siang hari begini biasanya aku akan berada di kedai al-halal Mahboob untuk menolongnya membersih dan menjual ayam . Upahnya Cuma kepak ayam cukup buat sekali makan. Kemudian jika ada pelajar yang meminta untuk membaiki atau memasang PC, cerahlah sikit rezeki. Jika tidak dok melangut sajalah dalam kesejukan di rumah (sebab tidak larat untuk bayar bil yang terlalu mahal jika menggunakan heater) sambil cuba memasak untuk anak-anak. Setelah mengambil anak pulang dari sekolah jam 3:30. Aku akan bergegas ke Burton untuk bertugas hinggalah jam 9 malam. Begitu ketatnya kehidupan menyara keluarga diperantauan dengan bercuti tanpa gaji. Namun kehidupan kami sekeluarga begitu bahagia. Mengapa begitu?. Mungkin kerana tiada orang lain di sisi, tiada saudara, tiada ipar-duai yang mengganggu kehidupan kami. Oh bahagianya… Namun rasanya adalah mustahil untuk mengembalikan semula keluarga ini ke sana.
Harap-harap makan minum sekeluarga untuk menyempurnakan ibadah puasa ini tidaklah diabaikan oleh isteriku yang hanya dia yang mengetahui sebabnya.
* bekalan makanan tengahari dipanggil diner pak oleh cikgu kat sana. Ia disediakan percuma, tapi tidak terjamin halal. Jadi perlulah dibawa sendiri. Walau bagaimanapun meleleh air mataku apabila mengetahui anak-anakku terpaksa makan bersembunyi, hingga di bawah meja kerana malu dengan rakan-rakan mat saleh yang selalu perli akan rupa dan rasa diner pak mereka.

MENGAJAR IALAH CIKGU TERBAIK
MENGAJAR IALAH CIKGU TERBAIK
Tajuk di atas ni agak mengelirukan, tapi mungkin itulah yang terbaiki yang boleh saya tulis. Itulah satu pelajaran yang telah diberikan kepada saya pada mula-mula masuk kerja dahulu. Pada masa tu komputer semuanya mainframe dan era mini baru bermula. Apabila PC mula menjelma maka macam-macam kerenah pengguna perlu dilayan. Walau bagaimanapun bagi yang terdidik dalam suasana mainframe, sudah tentu susah nak terima kehadiran PC.
DBMS yang kira top pada masa itu ialah dBASE III. Kira-kira tiga bulan selepas melapor diri, ketua saya telah mengarahkan saya mengajar DBMS ini secara rasmi kepada semua pengguna terpilih di sebuah institut latihan. Masyaallah, apa benda mengenai dBaseIII pun saya tak tahu, macamana nak mengajar, seminggu pulak tu. Lagipun ‘anak murid’ adalah super-senior semuanya hinggakan superscale “D”. Pada masa itu superscale “D” memang teramatlah tinggi darjatnya, tapi mengapa masih nak belajar dBASE III?.
Bos saya kata, sebab saya tahu awak tak pandai dBASE III lah yang menyebabkan saya arahkan awak jadi tenaga pengajar. Pegangan saya ialah, mengajar ialah cara belajar yang paling baik. Hendak atau tak hendak, awak kena buat dan kebenaran kata-kata saya ini dapat awak nikmati kemudian. Awak akan dibayar RM100 satu jam maksima hingga suku dari gaji bulanan awak. Semua keperluan mengajar sila uruskan sendiri dengan institut. Hendak tak hendak bagaikan paksa rela sahajalah menerima tugasan ini. Cari (beli) buku dBaseIII untuk dibaca, dapatkan perisian untuk cuba, sediakan nota, sediakan kajian kes, contoh data dan berlatih bercakap. Nak beli PC, terlalu mahal sangat, RM5000 pada tahun 1983 memang tak mampu. Pada masa itu Internet juga tidak ada untuk dirujuk.
Dipendekkan cerita saya mengajarlah di institut tersebut sehingga kepada dBaseIV muncul dan sememangnya amat benar sekali bahawa mengajar adalah sebaik-baik cara belajar. Terima kasih bos.
.... Sehingga sekarangpun sebenarnya jika ada orang yang meminta tolong daripada kita, sebenarnya ia akan memberikan satu ilmu baru buat kita, tidak rugi untuk membantu.

Sunday, November 02, 2003
TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TEMPAT …
TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TEMPAT …
Jangan Ada Dusta Versi Lelaki Siri 16
(Sila baca JADVL siri 15 di sridiah2u.blogspot.com)
Sudah seminggu puasa rupa-rupanya. Masa sungguh cepat berlalu. Perjalanan puasa kami sekeluarga adalah seperti biasa, sama macam tahun-tahun sebelum ini. Masuk hari ketiga puasa, dah rasa malas nak jadi suami yang rajin, makanlah apa yang ada, buatlah apa yang terdaya. Biasanya dalam masyarakat kita, jika suami yang ke dapur maka lain macam sangatlah bunyinya melainkan jika ada sebab-sebab yang terlalu khusus. Walau bagaimanapun jika sekali sekala tu bolehlah dikira sebagai bonus kepada isteri ataupun ingin meletakkan lebih udang dalam mee. Sememangnya aku tidak pandai memasak dan tidak ada cita-citapun nak jadi macam Chef Wan. Masak ala kadar janji tidak sakit perut anak beranak cukuplah tu. Memasak bukan untuk dapatkan pujian, namun jika anak beranak asyik senyum-senyum sinis je dengan hidangan yang kita buat lepas tu isteri langsung tak sentuh masakan tu, sudah tentulah ia amat memedihkan. Tanyalah mana-mana isteri, dia bukan meminta masakannya dipuji, tetapi cukup seronok jika suami dan anak-anak memakannya dengan sungguh-sungguh. Suami?. Sudah tentu begitu juga. Jikapun tidak sesedap mana, jamahlah sedikit dan buat-buat hipokrit kata sedap, apa salahnya?. Oleh kerana konspirasi dia anak beranak maka itu adalah kali terakhir aku masak untuk mereka.
Entah mengapa aku terlalu teringatkan Ramadan pertama ku di Leeds beberapa tahun lalu. Ramadan di negara bekas penjajah ini tidak kurang meriahnya berbanding dengan di sini. Sememangnya tiada bazar Ramadan seperti di sini, maka tidak bertemulah dengan akok, nekbat, puteri mandi atau lompat tikam. Namun pelbagai juadah manisan dari Pakistan dan Bangladesh banyak terjual di supermarket Al-Halal. Bertarawih di sana cukup menyeronokkan dengan jerik pekik kanak-kanak berlarian di masjid dan surau. Biasanya kami sembahyang terawih di ke Grand Mosque di Woodsley Road yang berimamkan Arab. Kadang-kadang singgah juga di Shah Jalal Mosque dekat Ellers Road. Morey di sini ialah pelbagai jenis roti dengan the panas dan buah epal, suatu yang lain dari di tanah air. Satu lagi yang amat berlainan ialah di masjid-masjid ini anak-anak berkeliaran bermain dan agak bising. Ini katanya adalah psikologi Mat Salleh supaya kanak-kanak biasa dengan masjid dan tidak takut atau fobia dengannya. Semasa ditahyat akhir, sorang budak ni ayik dok tonyoh-tonyoh perut aku, digoncang-goncang kepala aku. Habis saja salam, terus aku tengking dia…. Bila kubuka mata didapati anak sulung aku di sebelah. Masyaallah bermimpi aku rupanya! Dan jam sudah menunjukkan hampir sangat dengan imsak.
Kadang-kadang bila tidur dalam keletihan, beginilah jadinya… anakku kata "abah tidur macam keretapi ekspress Leeds-London saja bunyinya" .....
(Nanti nak tanya dia, abah ada ke sebut nama sesiapa dalam tidur tadi?)

Saturday, November 01, 2003
TEORI 20/80
TEORI 20/80
Teori 20/80 (atau 80/20) ini memang popular. Banyak buku ditulis mengenainya dalam pelbagai bidang seperti komukikasi, stok, produktiviti dan pengurtusan. Namun, tyidak begitu jelas siapakah yang sebenarnya mengasaskannya. Cuma ramai yang "percaya" sahaja akan teori tersebut sebagaimana teori RAHMAN untuk PM Malaysia tu...
Di antara 20/80 yang saya ingat (atau yang saya karut) ialah....
1. Tambah 20% perancangan, produktiviti akan meningkat 80%
2. 20% inventori dalam stor mengambil 80% aktiviti mengurtuskannya
3. 80% masa cikgu dihabiskan untuk 20% murid bermasalah
4. 20% barangan menghasilkan 80% daripada keuntungan
5. Boss hanya perlu 20% staf utk buat 80% kerja
6. 80% pembaca novel Sri Diah percaya 20% darinya adalah kisah benar ;-)
7. Kita hanya gunakan 20% daripada fungsi perisian yang kita beli dalam 80% waktu
8. sila sambung ...
9.
10.
===berapa persoalan ==
invite you and your readers to participate in my Ramadhan photoblog.Pls visit http://adib.typepad.com/ramadhan Thank you.
Abedib... saya cadangkan adakan ruangan "catatan" pada foto tersebut. Jadi bila ada yg nak komen, nak tulis haiku, puisi dll. bolehlah tambah kat komen tu. Insyaallah jika ada gambar sya turut serta, atau turut beri komen ;-)
zar: zar da daftar dan masukan dalam teplate tapi tak kuar ler
zareda: mba, kaco sekali lagi. tagboard ni kena daftar dulu ker baru boleh letak kat template?
Zar... hantarkan source code pada saya utk ditengok. Source yg kita nampak tu lain sikit, nak source template dia...
seri: mba, kerja kat mindef ke?
seri ... saya kerja "kat" midef, tapi bukan "di" mindef ;-)
sridiah: mba, saya tertarik dengan teori 20:80 - satu lagi ilmu baru bagi saya. 3 - 9
hah... tu dia kat atas tu teori 20/80. Na beli buku dia ke?
cnma: meeting selalu agt..ade ke hasilnya?
ada yang menjadi ada yang tidak. Biasanya habiskan boreh jo... ;-)
zar: tepat sekali tulisan mba mengenai mesyuarat. I hate meeting sebab kerja tak jalan, asik cakapppp ajer.. Ni pun tgh prepare nak pi mesyuarat... lotih den!!
;-)
mal: Maknanya kalau lulus jer bidang kejuruteraan tak boleh panggil jurutera gitu yer MBA? Slps lulus peksa baru leh dpt Ir. tu kan.
Boleh panggil jurutera kalau dia memang jurutera, tapi tak boleh pakai Ir.
Yang saya ngomel tu ialah juruteknik dipanggil jurutera
inai: mba...kalau amik fee, boleh buat buka acct blog..
bukan boleh kaya inai... lebih baik tolong free je, dapat gak kawan ;-)

Friday, October 31, 2003
mesyuarat
MESYUARAT
Dalam dunia pekerjaan, kita kerap benar bermesyuarat. Pagi mesyuarat, petang mesyuarat. Bagi sesetengah bos, jika tak mesyuarat maknanya tidak kerja, walhal bagi anak buah bila mesyuarat, sudah tentu tidak boleh buat kerja dan kerja yang sepatutnya disiapkan terpaksa dilakukan di luar waktu pejabat, di rumah misalnya. Adapun ada juga jenis anak buah yang suka mesyuarat, sebabnya setiap kali mesyuarat, dapat makan free dan jenis yang ini hadir mesyuarat untuk makan sahaja. Dalam mesyuarat, sepatah haram pun tak cakap. Di luar mesyuarat barulah pet-pot pet-pot.
Kehadiran mesyuarat juga akan bergantung kepada siapa yang akan mempengerusikan mesyuarat. Jika general yang jadi pengerusi maka semua jemputan akan hadir dan tidak akan diwakilkan, Jika kolonel jadi pengerusi, maka setakat Mejar sahajalah yang akan jadi wakil turut hadir. Kalau dibaginya Kapten yadi pengerusi, mungkin akan dihantarnya Cuma Sarjan sahajalah. Politik mesyuarat pula biasanya jika nak sesuatu resolusi tu diluluskan, pembawa resolusi akan melobi pengerusi terlebih dahulu sebelum mesyuarat dan bila pengerusi dan setuju mengenai duduk perkara, maka susahlah tangkisan hendak dibuat. Andaikata memang tak sempat nak pergi lobi, atau memang dah tahu pengerusi tidak akan setuju, maka bolehlah melobi pihak lain. Dalam mesyuarat akan berkobar-kobarlah mempertahankan hujah. Andaikata mesyuarat menolak usul tersebut, maka jalan terakhir ialah dengan ‘berpakat’ dengan setiausaha mesyuarat supaya menulis minit dengan agak lembut sedikit. Misalnya ‘mesyuarat meminta supaya perkara ini dikaji semula’ atau ‘perkara ini perlu dibawa ke mesyuarat jawatankuasa terlebih dahulu’ dan sebagainya. Jadi harapan untuk bawa lagi isu tersebut masih cerah (mudah-mudahan pengerusi bertukar…).
Pada kebiasaannya juga, jika pengerusi orang teknikal, maka susahlah hadirin nak faham apa yang dibincangkan, bantai setuju sajalah. Sebaliknya jika pengerusi dari pengurusan (M), biasanya lebih mudah difahami walaupun usulnya adalah kompleks dan mesyuarat tidak akan berjela-jela tanpa keputusan jadinya.
Dalam mesyuarat ini juga, teori 20:80 berlaku. Iaitu 20% hadirin bercakap mengenai 80% perkara dan 80% masa dihabiskan untuk bincang 20% agenda mesyuarat.
Masa tengah busi dulu, mba pernahlah hadir 5 mesyuarat dalam sehari… dunia ni rasanya tak ada apa, kecuali mesyuarat saja. Kini sekadar sekali sehari dan 2-3 kali seminggu kena jadi pengerusi (yang kadang-kadang tak tahu apa yang dimesyuaratkan)
--- mesyuarat ---
perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat,
-- kamus dewan

Thursday, October 30, 2003
BIDANG ICT YANG DICEMBURUI
BIDANG ICT YANG DICEMBURUI
Dalam dunia pekerjaan, mungkin bidang ICT adalah yang paling dicemburui. Setiap pekerja dikehendaki boleh mengguna dan menguasai bidang tersebut mengikut tahap masing-masing. Dalam menggunakan aplikasi automasi pejabat seperti word, excell, powerpoint dan sebagainya semua staf sudah sememangnya perlu mahir dan tidak perlu lagi mengharapkan pihak ketiga untuk menguruskannya. Begitu juga dengan aplikasi-aplikasi kecil untuk kegunaan sendiri di pejabat atau di rumah. Ia sudah tentu boleh dibangunkan sendiri oleh sesiapa sahaja yang mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai ICT. Pakar ICT tidak diperlukan dalam hal ini.
Pendekatan ini samalah seperti jika kita sakit-demam-selsema yang sikit-sikit, kita boleh sahaja ke farmasi beli ubat yang dah biasa ataupun main tampal-tampal sahaja dengan apa-apa daun mengikut perubatan tradisional. Tidak menjadi salahnya sekadar untuk menyembuhkan penyakit sendiri yang ringan-ringan. Namun untuk mengubati orang lain (atau diri sendiri yang melibatkan pembedahan dan sebagainya), seseorang ‘doktor’ perlulah mendapat lesen dari pihak berkuasa. Begitu juga dalam mengajar. Setakat nak ajar anak baca A-B-C, bolehlah dibuat sendiri, namuin untuk mengajar di kelas, seseorang perlu mendapat lesen daripada KPM, jika tidak nahas….
Berbalik kepada ICT, nampaknya tidak ada satupun penguatkuasaan. Sesiapa sahaja boleh bangunkan sistem, rekabentuk rangkaian, merancang benteng keselamatan dan sebagainya. Bukan setakat untuk kegunaan sendiri, tetapi untuk dijual dan digunakan oleh orang awam yang berurusan dengan pelbagai peringkat kegunaan di seluruh dunia. Tanda aras bagi produk bagini hanyalah mungkin bagus ke?. Mesra pengguna?. Senang pakai?. Dan… murah harganya?. Cuba bayangkan anologi kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Perkhidmatan yang diberikan oleh doktor tersebut … bagus, serasi, mesra dan murah …. Namun beliau tidak berdaftar dengan MMA (tiada lesen). Maka beliau boleh didakwa dan disabitkan kesalahannya walaupun perkhidmatannya jauh lebih “bagus” berbanding dengan doktor berdaftar. Oh…. Doktor melibatkan nyawa, sebab itu peraturan perlu diperketatkan, ICT tak perlu, ia masih baru. Macamana dengan akauntan pulak?. Cikgu? Jurutera? . Bidang ICT sebenarnya meliputi semua yang tersebut dan lebih lagi. Namun sesiapapun boleh menjualbeli nyawa & hartabenda ini tanpa penguatkuasaan yang berpatutan…

Wednesday, October 29, 2003
SIAPAKAH ENGINEER?
SIAPAKAH ENGINEER?
Sejak akhir-akhir ini ramai sangat rasanya orang yang mengaku diri mereka sebagai engineer atau jurutera, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT). Jurutera sistem, jurutera rangkaian, jurutera pengkalan data, jurutera itu, jurutera ini. Mungkin depa ni semuanya lulusan computer engineering kot :-D. Walau bagaimanapun mungkin tak ramai yang tahu bahawasanya tidak semua lulusan kejuruteraan (tradisional) seperti awam, jentera, mekanikal, elektrik dan sebagainya yang layak dan boleh bergelar jurutera. Hanya yang lulus peperiksaan dan temuduga serta mempunyai pengalaman kerja dan di bawah pengawasan jurutera profesional sahaja yang layak bergelar engineer dan boleh memakai “Ir.” Di depan nama mereka. Kata bos saya dulu (seorang Ir), “Ir.” Adalah dari kata ingeniur dalam bahasa Perancis yang bermaksud orang bijak pandai. Rasa-rasanya bidang kejurtuteraan baru seperti teknologi maklumat masih lagi belum diikitiraf sebagai Ir. Oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) dan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM). Apatah lagi jika mereka ini hanyalah lulusan yang tidak setaraf dan hanya bekerja dengan diberikan jawatan sedemikian.
Sama seperti doktor yang boleh memakai gelaran “Dr.” ialah yang berdaftar dengan MMA dan telah menamatkan housemanship dengan jayanya. Selain dari itu adalah ‘doktor palsu’ (kecuali bagi orang yang mendapat ijazah PhD). Mengapa ya… ijazah PhD diberikan gelaran Dr. dan bukannya Ir. (orang bijak pandai?) atau suatu gelaran lain seperti “munsyi” dan sebagainya?. Bagi sesetengah ‘engineer’ dalam IT ini, sebenarnya cuma bertaraf juruteknik, iaitu untuk diagnosis dan membaiki beberapa perkakasan komputer. Jika ‘juruteknik’ sudah mengaku ‘jurutera’, maka samalah halnya dengan ‘cashier’ yang mangaku ‘akauntan’ ;-)
---- ilmu hari ini -----
JURUTERA
Orang yg terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan I(menjaga) jentera atau terlatih dalam mana2 cabang kejuruteraan.
KEJURUTERAAN
Kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll)

Tuesday, October 28, 2003
PENGARAH YANG KECUNDANG …
PENGARAH YANG KECUNDANG …
Jangan Ada Dusta Versi Lelaki - Siri 14
Baca siri 13 di http://sridiah2u.blogspot.com
Sebenarnya aku ingin menjadi seorang pengarah. Setelah kecundang menjadi pengarah di pejabat, aku berhasrat untuk menjadi pengarah di rumah sahaja. Mengarah sebuah drama swasta keluarga bahagia. Untung-untung jika ada anugerah bapa mithali atau suami mithali, maka aku adalah salah seorang daripada calon-calonnya. Namun oleh kerana pelakon-pelakonku semuanya demand dan berlakon mengikut skrip sendiri sahaja saban hari, jadi mengapa tidak aku pula berlakon sendiri dalam skrip yang aku tulis dalam drama yang aku arahkan sendiri.
Sebenar Saerah, orang gaji kami dibersarakan lima tahun lalu secara kebetulan dia ingin berkahwin dan kami sekeluarga pula ingin ke UK selama setahun kerana dia dianugerahkan biasiswa oleh British Council untuk membuat sarjana dalam bidang penulisan di University of Leeds. Sementara anak-anak dapat merasa bersekolah di sana, aku pula mengambil cuti tanpa gaji untuk menjadi ‘sura’ rumah tangga sepenuh masa. Jadi boleh dikatakan asas-asas lakonan ini telah aku pelajari selama setahun menetap di bumi orang putih itu.
Aku sebenarnya amat terkilan dengan JPA yang tidak mahu meluluskan pinjaman pelajaranku walaupun aku juga telah mendapat tempat untuk belajar di sana. Aku bukannya memohon biasiswa, cuma pinjaman yang akan dibayar balik kemudiannya. Alasan kukuh JPA ialah umurku telah melebihi dari syarat kelayakan. Walhal untuk dikirakan logik akal, aku masih mampu untuk melunaskan segala pinjaman tersebut sebelum usia bersara.
Kembali kepada dunia lakonan, setakat berlakon sebagai suami yang penyayang, suami yang romantik, bapa yang alim dan yang sewaktu dengannya sememangnya tidak menjadi persoalan kerana ia sememangnya lumrah dan naluri aku sendiri. Anak yang dibesarkan oleh datuk dan nenek di zaman kecilnya sememangnya begini. Jadi sempena dengan hari pertama Ramadhan ini, awal-awal lagi aku ke dapur menyiapkan juadah bersahur untuk kami sekeluarga. Cuma nasi goreng resepi Mak Siti beserta sup perencah adabi. Itulah makanan kegemaran anak-anak kami sewaktu bersahur. Yalah pada jam 4-5 pagi, makanpun sambil memejam mata. Jika masakan lain tentu mereka akan meminum air sahaja untuk bersahur. Setelah selesai semuanya, menggerakkan dia untuk bersahur dahulu berdua dan dalam agak terpinga-pinga dan mamai, dia nonong saja ke dapur dan kami bersahur bersama dalam keadaan yang begitu romantik. Romantik kerana kami hanya makan tanpa banyak berkata-kata, cuma sesekali jeling-jeling dan tersipu sendiri.n Oh nampaknya lakonan pertama ini hampir berjaya dan bolehlah aku memasukkan jarum selanjutnya. Mudah-mudahan berjaya …
PENGURUS YANG BAIK
PENGURUS YANG BAIK
“Kita tidak boleh menjadi pengurus yang baik dalam sektor swasta kalau kita gagal menjadi pengurus yang baik dalam kerajaan. Tetapi pengurus yang baik dari sektor swasta apabila menyertai kerajaan, dia akan menjadi pengurus yang baik” – Pahamin Rajab. (Mingguan Malaysia 26 Oktober 2003).
Kenyataan di atas saya rasa adalah sama sahaja, iaitu jika baik di kerajaan, baiklah di swasta dan sebaliknya. Namun gaya susunan ayat ini menunjukkan seolah-olah kalau baik di kerajaan, di swasta belum tentulagi, tetapi jika baik di swasta sudah tentu baik punya di kerajaan. Itulah agaknya hasrat Datuk Pahamin (beliau ialah bos saya sebelum dia jadi ketua setiausaha kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna). Mungkin juga benar kata beliau tersebut memandangkan beliau telah berjaya sebagai pegawai (atau bos) dalam kerajaan dan juga di swasta.
Kerja makan gaji ni, samada di sektor swasta atau kerajaan adalah sama sahaja bagi saya. Ia itu kita mempunyai majikan dan perlu memenuhi kehendak dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Cuma, kebiasaannya objektif sektor swasta ialah keuntungan sedangkan objektif sektor kerajaan ialah perkhidmatan. Walau secekap manapun staf sektor swasta, jika tidak membawa pulangan kepada syarikat, bermakna ia tidak ‘baik’lah. Di sektor kerajaan pula, pegawainya perlu memberikan perkhidmatan dan perlu menghabiskan semua peruntukan tahunan jika dilihat sebagai efisen dalam membuat perancangan dan pelaksanaan. Apa-apa halpun kita masih ada majikan dan semuanya hak majikan. Lainlah jika kita bekerja sendiri, maka tahulah langit itu tinggi atau rendah dan apa orang kata ada kerja ada gaji dan banyak kerja tak ada gaji.
Pokoknya, di mana juga kita berada, kita perlu berbuat baik dan jadilah pegawai yang baik.
-------- kongsi ilmu ---------------
Mengikut Kamus Dewan, pegawai bermaksud:-
1.Orang yg bekerja dgn kerajaan (perusahaan dll)
2. Orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera) atau Inspektor ke atas (dlm polis)
3.perkakas.