Pages

Sunday, November 02, 2003

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TEMPAT …

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TEMPAT …
Jangan Ada Dusta Versi Lelaki Siri 16
(Sila baca JADVL siri 15 di sridiah2u.blogspot.com)

Sudah seminggu puasa rupa-rupanya. Masa sungguh cepat berlalu. Perjalanan puasa kami sekeluarga adalah seperti biasa, sama macam tahun-tahun sebelum ini. Masuk hari ketiga puasa, dah rasa malas nak jadi suami yang rajin, makanlah apa yang ada, buatlah apa yang terdaya. Biasanya dalam masyarakat kita, jika suami yang ke dapur maka lain macam sangatlah bunyinya melainkan jika ada sebab-sebab yang terlalu khusus. Walau bagaimanapun jika sekali sekala tu bolehlah dikira sebagai bonus kepada isteri ataupun ingin meletakkan lebih udang dalam mee. Sememangnya aku tidak pandai memasak dan tidak ada cita-citapun nak jadi macam Chef Wan. Masak ala kadar janji tidak sakit perut anak beranak cukuplah tu. Memasak bukan untuk dapatkan pujian, namun jika anak beranak asyik senyum-senyum sinis je dengan hidangan yang kita buat lepas tu isteri langsung tak sentuh masakan tu, sudah tentulah ia amat memedihkan. Tanyalah mana-mana isteri, dia bukan meminta masakannya dipuji, tetapi cukup seronok jika suami dan anak-anak memakannya dengan sungguh-sungguh. Suami?. Sudah tentu begitu juga. Jikapun tidak sesedap mana, jamahlah sedikit dan buat-buat hipokrit kata sedap, apa salahnya?. Oleh kerana konspirasi dia anak beranak maka itu adalah kali terakhir aku masak untuk mereka.

Entah mengapa aku terlalu teringatkan Ramadan pertama ku di Leeds beberapa tahun lalu. Ramadan di negara bekas penjajah ini tidak kurang meriahnya berbanding dengan di sini. Sememangnya tiada bazar Ramadan seperti di sini, maka tidak bertemulah dengan akok, nekbat, puteri mandi atau lompat tikam. Namun pelbagai juadah manisan dari Pakistan dan Bangladesh banyak terjual di supermarket Al-Halal. Bertarawih di sana cukup menyeronokkan dengan jerik pekik kanak-kanak berlarian di masjid dan surau. Biasanya kami sembahyang terawih di ke Grand Mosque di Woodsley Road yang berimamkan Arab. Kadang-kadang singgah juga di Shah Jalal Mosque dekat Ellers Road. Morey di sini ialah pelbagai jenis roti dengan the panas dan buah epal, suatu yang lain dari di tanah air. Satu lagi yang amat berlainan ialah di masjid-masjid ini anak-anak berkeliaran bermain dan agak bising. Ini katanya adalah psikologi Mat Salleh supaya kanak-kanak biasa dengan masjid dan tidak takut atau fobia dengannya. Semasa ditahyat akhir, sorang budak ni ayik dok tonyoh-tonyoh perut aku, digoncang-goncang kepala aku. Habis saja salam, terus aku tengking dia…. Bila kubuka mata didapati anak sulung aku di sebelah. Masyaallah bermimpi aku rupanya! Dan jam sudah menunjukkan hampir sangat dengan imsak.

Kadang-kadang bila tidur dalam keletihan, beginilah jadinya… anakku kata "abah tidur macam keretapi ekspress Leeds-London saja bunyinya" .....
(Nanti nak tanya dia, abah ada ke sebut nama sesiapa dalam tidur tadi?)

No comments:

Post a Comment