APAKAH yang membuatkan orang biasa (bukan peminat novel) membaca sesebuah novel?. Seingat saya, sudah lebih dua puluh tahun tidak membaca novel Melayu (tidak pernahpun membaca novel Inggeris). Entah mengapa pada suku keempat tahun 2003 ini saya sudah menghabiskan enam buah novel. Biasanya saya membaca novel disebabkan oleh pengarang, judul, publisiti ataupun latarbelakangnya. Kuala Lumpur Di Mana Suami Ku Saya telah mengenali pengarangnya sudah lama melalui tulisannya. Secara kebetulan saya terjumpa beliau di eSastera.com dan saling menyapa. Akhirnya beliau dan suami menerima jemputan saya untuk makan malam Alumni JICA. Merentas Sungai Sejarah Novel ini ialah pemenang ketiga Penulisan Novel Alaf Baru anjuran DBP. Saya juga terlalu kerap ke blog penulis ini. Walau bagaimanapun, yang menguatkan saya untuk memiliki dan membaca buku ini (malahan hadir ke majlis pelancarannya) ialah kerana novel ini dikatakan berlatarbelakang dunia ICT. Lantas saya ingin tahu bagaimana dunia ICT dinovelkan. Ternyata ia tidak seperti diharapkan apabila terlalu banyak error dan bug suasana ICT yang diceritakan. Dominasi Tebrau dan Arca Novel ini adalah pemenag pertama dan kedua Penulisan Novel Alaf Baru. Sesudah membaca pemenang tempat ketiga, saya ingin pula mengetahui tahap pemenang kedua dan pertama. 1515 Novel ini ialah pemenang penulisan novel remaja anjuran Utusan. Saya memandang 1515 sebagai TMNet. Apatah lagi judul asal novel ini ialah 1511 yang saya nampak sebagai JARING. Saya nampak (perasan sebenarnya) JARING mesti mengalah kepada TMNet dalam judul novel ini walaupun tarikh sebenarnya kejatuhan Melaka kepada Portugis yang menjadi latar kepada novel ini ialah pada tahun 1511. Malahan saya dapati 1515 hanyalah pada judul kulitnya sahaja sedangkan 1511 lebih menyerlah dalam isi novel ini. SEMPADAN TANPA SERI Bersambung...... |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment