Pages
▼
Tuesday, March 18, 2008
PUSAT FLORA CHERAS
Pusat Flora Cheras (PFC) terletak di KM17.6 Jalan Cheras, iaitu selepas Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang. Saya diperkenalkan dengan PFC semasa Bengkel Taman Jepun anjuran myJICA yang lalu. PFC ini dimiliki oleh Jabatan Pertanian Selangor. Namun operasinya dijalankan oleh pengusaha-pengusaha nurseri pokok sendiri. Sebanyak 13 tapak semaian terdapat di sini. Setiap dua minggu sekali sale diadakan di mana pengusaha nurseri dari luar PFC juga turut hadir mempamer dan menjual tanaman mereka.
Ini kata orang:-
suasana redup, tenang dan hijau di pusat flora itu pasti menarik perhatian pengunjung sebaik sahaja mereka melangkah masuk.
Pilihan yang sedia ada bukan sahaja terhad kepada bunga-bunga biasa yang mudah dilihat setiap hari seperti bunga kertas atau orkid tetapi juga bunga yang sukar ditemui sekarang ini seperti kesidang dan siantan.
Pengunjung boleh mendapat jaminan kualiti produk yang dijual kerana ia mendapat sentuhan dan khidmat kepakaran dari Jabatan Pertanian Hulu Langat.
Ini kerana Pusat Flora Cheras merupakan satu-satunya pusat flora bawah jagaan Jabatan Pertanian di Malaysia.
Tambahnya, selain jualan, PFC juga menawarkan khidmat nasihat tentang cara menanam dan pemilihan tanah yang betul untuk mendapat hasil yang terbaik.
Selain pelbagai jenis pokok hiasan dan buah-buahan, orang ramai juga boleh memilih pasu yang bersesuaian untuk dipadankan dengan tanaman hiasan mereka.
Orang ramai boleh mendapatkan pasu-pasu yang menarik dalam pelbagai bentuk semurah RM1 hinggalah ke RM100.
Jemputlah singgah di PFC.
No comments:
Post a Comment