Pages
▼
Monday, March 17, 2008
POKOK: SUNGAI BULUH ATAU DI MANA?
gambar hiasan
APABILA di sebut Sungai Buluh, apakah yang terlintas di minda anda?. Barangkali:-
A. Kusta
B. Penjara
C. Pokok
D. ???
Barangkali ada lagi keistimewaan atau sinonim kepada Sungai Buluh. Namun kali ini saya ingin perkatakan mengenai pokok dan tanam-tanaman. Orang kata di Sungai Buluh kita boleh perolejhi pelbagai jenis pokok untuk ditanam. Adakah ia benar?. Adakah ia murah?. Adakah ia dari spesis yang bermutu?.
Ini pengalaman rakan saya: "Saya belanjakan RM12 ribu beli beberapa pokok di nurseri di Sungai Buluh. Saya beli itu untuk gantikan pokok di rumah Tan Sri yang mati kerana saluran air tersumbat, lalu kawasan landskap dia ditangkungi air hampir seminggu. Dua belas ribu itu banyak sangatlah bagi kita. Macam orang kaya saya memilih dan membeli pokok. Selepas selesai ditanam, seminggu lepas itu saya pergi lagi ke nurseri yang sama. Hajat hati nak beli dua-tiga pokok untuk kegunaan sendiri. Awak tahu apa jadi?. Dia buat tidak kenal saja kepada saya. Patutnya dah 12 ribu belanja, bayar tunai, tak kan lupa begitu saja. Lagipun baru seminggu. Itulah anak dia tu, samsing betul. Saya dah taubat tidak akan pergi lagi beli pokok do Sungai Buluh.
Cerita saya juga lebih kurang sama dengan cerita sahabat saya di atas. Cumanya saya hanya berbelanja RM2,500 sahaja untuk 25 batang pokok dan ditanam sendiri oleh pekerja nurseri tersebut. Tidak sampai seminggu lepas itu, pokok itu mati dan saya pergi semula ke nurseri tersebut. Kalau-kalau dia nak ganti ataupun jual pokok lain dengan harga diskaun. Jangankan hendak digantinya, dia ajak bergaduh lagi ada. Saya juga menyambut pelawaan dia untuk bergaduh dan beritahu dia, bila-bila masa sahaja saya bersedia. Namun sebelum itu saya akan buat laporan terlebih dahulu kepada Persatuan Pengguna, Kementerian Pengguna & HEP, kawan-kawan dan banyak lagi. Saya bertaubat tidak akan lagi menyokong industri nurseri pokok yang dikendalikan oleh samseng seperti di Sungai Buluh tersebut.
Jadi ... jika tidak ke Sungai Buluh, di mana lagi?. Untuk pengetahuan semua, pokok-pokok yang paling bermutu dan paling murah di Malaysia ada dijual di Pusat Flora Cheras. Ia adalah milik Jabatan Pertanian Selangor.
(tunggu entri berikutnya).
Salam MBA
ReplyDeleteTerpaut cerita pokok. Di UPM, ada juga jual pokok yg murah dan bermutu..tak silap saya Jabatan Pertanian dan MARDI.. dari pokok bunga hingga segala pokok buah2an, begitu juga tanah dan baja...murah dan mudah di jaga.
p.s masih dlm pantang tapi teruja bila baca topik pokok ni...kekekeke