Pages
▼
Wednesday, March 19, 2008
MANA KELIAN?
Seawal 1983 saya diarahkan oleh bos pada masa itu untuk menjadi tutor peribadi kepada Menteri Kerja Raya ini. Nasib baiklah beliau tidak minat komputer (pada masa itu, terma IT atau ICT belum wujud). Jadi setiap kali saya turun mengajar (saya di tingkat 16, beliau di tingkat 3) beliau sentiasa tida ada di bilik. Jadi saya ajarlah pembantu-pembantunya. Akhirnya kelas komputer tersebut tamat begitu sahaja. Ya lah... mana ada menteri yang minat komputer?. Seingat saya hanya Tun DM sahaja yang minat dan cekap menggunakan komputer. Kebetulan roomate saya adalah tutor beliau.
Semasa saya di Kementerian Kewangan, JJ adalah timbalan menteri. Ada jugalah bertemu dalam satu-dua acara. Dalam satu seminar di sebuah hotel di KL, saya datang sebagai peserta dan dia datang untuk merasmikannya. Semasa rehat, saya solat zohor dan dia adalah imamnya. Ya, saya masih ingat lagi. Biasanya kita sentiasa sibuk dan kadang-kadang terlupa untuk solat. Namun sikap beliau yang mengimamkan solat ini rasanya bukanlah satu tugas politik. Jika ramai menteri kita begitu, aman rasanya rakyatnya.
BARANG SIAPA yang pernah kerja di MITI, sudah pasti tahu bahawa adalah tidak sah menjadi sebagai wagra MITI sehingga bersalam dengan YBM dan menerima fail watikah. Komen beliau kepada saya: "Pegawai lelaki tidak elok menyimpan misai dan janggut. Jika suka sangat, potong janggut dan simpan misai (bukan potong misai dan simpan janggut). Walau bagaimanapun jika potong kedua-duanya lagi bagus. Walaupun simpan misai, jagalah dan misai perlu kemas, bukan berserabut. Ikut standard misai Sidek" (sekarang Tan Sri - and U know who).
Saya siapkan portal Kuala Kangsar (www.kualakangsar.net) sebelum berpindah ke kementerian sekarang.
Sekarang ketiga-tiganya sudah tiadak ada lagi dalam barisan kabinet. Kelian ke mana?.
salam tuan rumah,
ReplyDeleteheee...heeee...heee, mengilai saya tengah-tengah malam pekong ini (mak saya orang melaka tak sebut "malam buta").
Oleh 'kelian' ini 'ketinggalan zaman' maka zaman pon meninggalkan mereka.
ReplyDeleteZaman computer telah memberi kemenangan yg hebat pada pihak pembangkang.
MBA,
ReplyDeleteWhy not invite them to be bloggers like you and me?
Wang Kelian, mungkin?
ReplyDelete