Pages

Saturday, April 19, 2014

NICE


Ini ialag bekas habuk rokok. Ia dibeli di NICE, Peranchis. Ia diberikan oleh staf saya pada hari terakhir saya berada di pejabat, sebelum bersara. Beliau dihantar ke NICE mewakili negara atas urusan Malaysian standard.

Saya adalah ahli kepada standard ini. Timbalan saya juga ahli. Saya menerima jemputan dari SIRIM dan Jabatan Standard untuk hadir ke mesyuarat ini di Peranchis. Tempat mesyuarat adalah Sophia. Memandangkan nama tempat itu adalah sama dengan nama dan ejaannya dengan nama timbalan saya, maka tempat ini saya berikan kepada beliau. Sudah tentu besarlah maknanya kepada beliau. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab peribadi.

Akhirnya saya calonkan diri saya sendiri untuk hadir bersama seorang lagi staf. Saya berjawatan Pengarah dengan pangkat JUSA C. Staf saya dalam gred 48. Akhirnya saya dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah mencantas nama saya. Hanya seorang staf saya gred 48 sahaja dimajukan ke peringkat atas untuk dipertimbangkan. Akhirnya beliau berjaya. Beliau bukan sahaja mewakili jabatan, malahan mewakili negara.

Dalam congak bodoh saya, jika ingin dipilih seorang sahaja, sudah tentulah saya yang dipilih. Saya fikir saya lebih wajar untuk diberikan penghormatan untuk mewakili negara. Rupa-rupanya tidak, perkiraan TKP itu tidak begitu. Sungguh haprak saya rupanya.

Sepanjang saya berada di jabatan itu, saya tidak sekali pun naik kapalterbang ke luar negara. Hinggakan kad enrich gold saya bertukar silver dan seterusnya  menjadi biru. Akhirnya saya potong sahajalah kad enrich tersebut. Selamat tinggal MAS.




No comments:

Post a Comment