Pages

Thursday, April 10, 2014

AKTIVITI SURAU MENJAUHKAN DARI SUNAH RASUL



SEMASA zaman kanak-kanak dan zaman persekolahan, kita tidak diajar mengenai kehidupan mahupun sunnah Rasulullah. Jika diajar pun, hanya setakat sunnah mengenai ibadat khusus sahaja, ia itu solat, puasa dan yang setaraf dengannya.

Kita tidak diajar bagaimana Nabi kita makan, tidur, baring, berniaga dan sebagainya.

Satu sunah Rasul yang saya dengar ialah  " Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib". Ya, kita boleh ikut sunah rasulullah ini, jika kita mahu. Namun kebanyakan surau dan masjid di negera kita akan buat sesuatu yang berlawanan dengan sunah ini.

Bila surau atau masjid buat aktiviti ceramah misalnya..... mereka hidangkan makanan lepas Isya'. Hampir jam 10 atau 11 malam. Ini bukan sahaja berlawanan dengan sunnah, malahan ia sangat tidak sihat. Tidak Islamik langsung. Adakah salah jika beri makan sebelum maghrib?. Atau paling teruk pun selepas Maghrib dan teruskanlah dengan ceramah atau aktiviti. Tidak dinafikan, ada segelintir hadirin datang ke surau dan masjid adalah untuk makan (sahaja). Jadi jika dibuat sebelum Maghrib atau lepas Maghrib, tentu mereka akan datang (untuk makan). Alang-alang nak bagi orang makan, janganlah berlawanan sangat-sangat dengan sunah Rasul.

Wallahualam. 


No comments:

Post a Comment