Pages

Saturday, December 31, 2011

CUTI-CUTI AKHIR TAHUN

PADA tahun ini, saya cuti akhir tahun agak panjang, hampir dua minggu. Pada tahun lepas saya menjadi penunggu pejabat. Berada di ofis sehingga ke hari terakhir 2010.


Foto ini yang dirakam pada 31/12/2010 dan dimuatkan ke Facebook oleh seorang rakan sangat nostalgia kepada saya. Ia adalah bilik pejabat saya. 31/12/2010, masih bekerja. Kawan-kawan datang makan-makan. Bilik ini saya tinggalkan Jun 2011. Tidak dijenguk lagi. Entah bagaimana rupanya.

Kembali kepada cuti-cuti akhir tahun ini, harapan saya ialah:-

1. Menulis dan menyiapkan dua buah buku yang diminta oleh penerbit
2. Menyelesaikan beberapa keperluan rumah
3. Berehat ...

Akhirnya, kejayaan saya semasa cuti ialah:-

1. Menjual trainer yang diamanahkan oleh seorang rakan.
2. Memotong rumput dan pokok-pokok keliling rumah
3. Membeli TIGA buah basikal Dahon. IA itu Dahon MU XL, MU P8 dan Eco C7
4. Berjaya berkayuh dengan anak bongsu
5. Berjaya menulis HANYA dua bab, itupun belum sempurna
6. Berjaya menghantar Laporan Penilaian Prestasi diri sendiri pada diri terakhir. Itupun 99.9% kerja dilakukan oleh PA. Ini akibat HRMIS gagal berfungsi seperti mana diharapkan.
7. Sekadar dapat melihat laporan penilaian prestasi sebagai Pegawai Penilai Pertama dan Kedua

Itulah sahaja rasanya kejayaan saya semasa cuti....


Thursday, December 29, 2011

DAHON MU XL

Biasa sahajalah .... sexy
Biasa jugak, senang lipat
Ini paling istimewa ..... cuba tengok rantai, ditutup rapat, tak kotor seluar. Ini paling best!.
Ingatkan susah naik ke PICC ..... tidak ada masalah langsung.

SPESIFIKASI:
Speeds: 8
Frame Sizes: 1
Gear Inches: 27" - 83"
Distance: Seatpost to Handlebar: Min: 625 mm (24.4") Max: 655 mm (25.5")
Distance: Saddle to Pedal: Min: 685 mm (26.7") Max: 975 mm (38")
Folding Size: 30 x 79 x 66 cm (11.7" x 30.8" x 25.7")
Folding Time: 15 sec
Weight: 12.3 kg (27.1 lb)
Suggested Rider Height: 142 - 193 cm (4'8" - 6'4")
Max Rider Weight: 105 kg (230 lb)
Frame: PA Series, 7005 butted aluminum alloy, custom-drawn Sonus tubing, Lattice forged hinge, patented Fusion and V-Clamp technologies
Fork: Dahon SlipStream, Puro U7 aluminum, patented Fusion technology, double butted tubing
Handlepost: Radius VRO, patented Fusion and V-Clamp technologies, forged aluminum, designed for Andros stem
Handlebar: Kinetix Pro, flat bar, double butted 7050 AL
Stem: Dahon Andros, patented InfiniteAdjust technology, 6061 aluminum
Headset: Dahon Fusion+, zero stack, cartridge bearings
Grip/Bars Tape: BioLogic Arx, lock-on function, reflective end plugs, black/brown
Saddle: Kore Sola, forged 6061 T-beam
Seatpost: Kore I-Beam, 2014 AL, 34 x 580 mm
Seat Clamp: Dahon Turtleneck clamp
Front Brake: Kinetix SpeedStop V-Brakes, stainless link, anchor and pivot points
Rear Brake: Kinetix SpeedStop V-Brakes, stainless link, anchor and pivot points
Brake Levers: Avid FR5
Brake Cable & Housing: Dahon LiveWire 7.0, anti-compression housing, Slick cables, DuPont L3 lubricant, alloy ferrules
Front Hub: Kinetix Neutron, cartridge bearings, ultra-light 58 gram design
Rear Hub: Shimano Alfine, 32H, 8 speed
Spokes: Double butted 18/10 stainless steel
Nipples: Sapim Polyax, self aligning, brass
Rims: Kinetix Comp, doublewall, CNC sidewalls, wear line indicator
Tyres: Schwalbe Marathon Racer, 85 psi, Qualifier Compound casing, RaceGuard puncture protection, Reflex
Shifter(s): Shimano Alfine
Crankset: FSA Gossamer, CNC alloy guard, ISIS Drive, Dahon Special Edition
Cassette/Freewheel: Shimano, 18T
Bottom Bracket: American Classic UltraLight, ISIS Drive
Chain: Rust Block, GST + Teflon coated, 3/32"
Pedals: Suntour folding, alloy body
Chainguard: BioLogic FreeDrive
Mudguard: SKS Mini 20, stainless hardware
Kickstand: Aluminum, Dacromet bolt
Clip System: Magnetix system
Luggage Bracket: Luggage Socket, frame integrated

Wednesday, December 28, 2011

BROMPTON

BROMPTON adalah basikal lipat @ Folding bike yang paling kecil setelah dilipat.





Tuesday, December 27, 2011

BASIKAL LIPAT @ FOLDING BIKE

JUMAAT lepas, selepas solat saya singgah di Rodalink Putrajaya. Tengok-tengok FB. Tidak berhasratpun untuk membeli, cuma tengok-tengok. Singah belek-belek Dahon MU P8. Menarik. Tapi bila tengok Dahon MU XL... wow! .... yang menariknya ialah rantai dia cover dengah casing,. Bila kayuh tak kotor seluar...

dan akhirnya Dahon MU XL ini sudah berada di Puncak PICC malam tadi.


Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

UJIAN PENERIMAAN moblog

Salam sejahteran
Sekadar menguji moblog sahaja

Terima kasih.


Sent from my MBA wireless device.

Wednesday, December 21, 2011

CONTOH KPI

SAYA berpendapat Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah pengukuran terhadap hasil akhir. Ia itu apa yang hendak dicapai. Ia bukan pengukuran terhadap proses yang dibuat.

Contoh KPI: Anak berjaya mencapai gred 5A dalam penilaian sekolah (UPSR).

Bagi mencapai KPI ini, pelbagai cara boleh dilakukan. Misalnya:-

1.Tuisyen 5 subjek, 5 kali seminggu
2.Dapatkan guru khas di rumah bagi matapelajaran yang lemah
3.Datang dan pulang dari sekolah tepat pada masanya
4.Tidak ponteng sekolah
5.Buat baik dengan guru-guru
6.Sertai kumpulan belajar
7.Hadir kelas motivasi
8. Berdoa

Bagi mencapai KPI 5A dalam UPSR, kaedah yang dilakukan tidak semestinya sama dari seorang ke seorang yang lain. Ia boleh sahaja berbeza. Ada yang memerlukan tuisyen, ada yang tidak perlu tuisyen. Begitulah seterusnya. Pencapaian 5A adalah yang diukur, bukan kehadiran ke sekolah ataupun ke tuisyen.

Itulah KPI pada pendapat saya.

Tuesday, December 20, 2011

KPI PENGURUSAN KESELAMATAN ICT

Indikator Prestasi Utama (KPI) bertujuan untuk mengukur prestasi. Dalam sektor keselamatan ICT, dua kategori utama adalah Risiko dan Bisnes, sepertimana dalam carta. Pandangan?.

Monday, December 19, 2011

Sunday, December 18, 2011

BASIKAL LIPAT @ FOLDING BIKE

SAYA tengok FB ini macam basikal Ali-Baba sahaja lagaknya..... Sudah cuba kayuh, terasa bergetar hendalnya. NAmun kini, FB kian popular.

FB ini harganya menjangkau RM10 ribu.... mahal tu...

FB ini juga mahal ....

Thursday, December 15, 2011

3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI MELAKA

SAYA memohon cuti rehat semenjak tiga minggu lepas. Ia itu pada awal cuti sekolah. Cuti rehat saya masih berbaki 69 hari untuk tahun ini. Sokongan cuti cuma diberikan lima hari sebelum tarikh cuti. Hingga hari kerja terakhir, cuti masih belum diluluskan.

Lulus atau tidak? Lulus atau tidak?.

Penginapan telah ditempah, telah dibayar. Perancangan cuti telah dibuat. Jika lulus pergi. Jika diam pergi. Jika tidak dilulus, saya akur.

Mengapa susah sangat mengatakan YA atau TIDAK terhadap permohonan cuti?

3H2M bercuti di Melaka, sebenarnya saya terpaksa bekerja. Tiga kertas kerja dibentangkan. Satu upacara rasmi dihadiri sebelah malam. 9am-11pm bekerja semasa cuti. Cutikah namanya?.

Cuti kali ini (memang saya jarang bercuti), saya tidak ke mana-mana. Tidak keluar dari hotelpun. HAbiskan sebuah novel, conteng-conteng sana-sini dan perhatikan anak yang mandi di kolam. Itu saja.

Monday, December 12, 2011

BOSAN CUTI SEKOLAH

SEKARANG musim cuti sekolah:-

1. Jalan raya lengang untuk pergi dan balik kerja. Senang

2. Anak-anak bandar sudah bosan, asyik minta ibu-ayah bawa berjalan.

3. Tadika dan tabika juga bercuti, ini menyusahkan ibu-ibu yang bekerja

Anak saya juga sudah bosan pada masa cuti ini. Duduk di rumah tidak ada kawan, walaupun di rumah ada abang-abang. Itu semua orang besar katanya, tidak faham jiwa budak-budak. Dia ingin berkawan dengan rakan sebaya. Nak tak nak, saya terpaksa hantarkan dia ke rumah transit, di situ ramai rakan sebaya yang senasib dengannya. Mereka bermain dan sikit-sikit belajar. Enjoy.

Untuk musim cuti ini saya sudah belikan X-Box dan basikal, tetapi tetap boring juga duduk rumah katanya.

Sunday, December 11, 2011

KAYUHAN 11.12.11

HARI ini 11.12.11 rupanya.
Seawal 7.15am saya memulakan kayuhan dari rumah, menuju lebuhraya SILK. Semalam saya perhatikan ada 5-6 orang pengayuh berkum[pul di Kajang Sentral, berdekatan dengan rumah saya. Saya nampak ia adalah petanda bagus menjadikan Kajang Sentral sebagai RV aktiviti berbasikal. Pastinya mereka berkayuh mengikuti lebuhraya SILK yang masih belum banyak kenderaan. Dalam erti kata lain, kayuhan di sini tidaklah berbahaya sangat.
Kayuhan seorang diri ini cuma setrakat 30km sahaja mendaki dan menuruni bukit. Saya masih gagal memecahkan kelajuan 60km/j semasa menuruni bukit. Kelajuan maksima cuma 59.9km/j. Nak pecut sehingga 60km/j, terbayang juga akan kawan-kawan yang terpelanting jatuh apabila tayarnya meletup.

Kayuhan hari ini average masih tidak melepasi 21km/j. Sebabnya? Semasa mendaki ia sekadar 9km/j. Masih lemah, namun SILK adalah tempat latihan mendaki terbaik untuk saya.

Saturday, December 10, 2011

KEDAI MAKAN CINA HALAL

1. BIASANYA orang Melayu menganggap semua kedai makan orang Cina adalah haram.

2. BIASANYA orang Melayu menganggap semua kedai makan orang Melayu adalah halal.

3. Orang Melayu tidak suka masuk kedai makan orang Cina walaiupun ada logo Halal. Lainlah jika mereka pergi ke negara China.

4. Biasanya orang Melayu tidak memohon logo halal untuk kedai makan mereka. Sebabnya mereka sentiasa berpendapat produk mereka adalah halal dan mesti halal.

Pada suatu hari, ada sekumpulan pelancong Arab datang ke Malaya kita, kesemua mereka masuk ke kedai makan Cina. Sebabnya di situ terpampang logo halal. Tidak seorangpun masuk ke kedai makan Melayu kerana tidak ada tanda halal.

Apa kata orang Melayu itu? .... Barangkali mereka akan kata Arab itu Wahab*, atau Syia* atau apa ya?. :)

Tuesday, December 06, 2011

KEBAS HUJUNG JARI

RAMAI orang mendapat sakit atau penyakit ketika bangun dari tidur di pagi hari. Semalam saya menerima panggilan telefon, kawan kepada seorang kawan sakit tumit kiri semasa bangkit dari tidurnya. Saya juga pernah mengalami sakit tumit begitu. Malam tadi, semasa memandu untuk pulang ke rumah, hujung jari kanan saya terasa kesat. Ia seperti menyentuh cecair pencuci ataupun Clorox. Biasanya saya akan mencari pelembab tangan jika perkara sebegini berlaku. Namun tidak ada. Pagi ini (Selasa 6.12.2011) apabila bangkit dari tidur, kelima-lima hujung jari tangan kanan saya sudah kebas. Ya, kebas. Kini masih kebas. Dalam fikiran macam-macam terfikir. Barangkali inilah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang banyak dan kerap dilakukan. Sungguh pelik rasanya sakit yang ini. Semuanya kuasa Allah. Berserah kepadaNya.

Monday, December 05, 2011

KAMBING DAN DARAH TINGGI

HADIS MELAYU ada berkata "sakit kepala sebab darah tinggi, darah tinggi sebab makan kambing".

Jika kita kaji-kaji semula, Nabi memang makan daging kambing. Kita perlu ikut nabi. Itu sunah. Jawapan kepada usul ini ialah "Alaaaa.... cara hidup nabi berbeza dengan kita. Nabi kuat sembahyang. Nabi bangun sepertiga malam dan solat serta beribadat. Kita banyak tidur".

Bukankah kita disuruh supaya hidup cara nabi? Bukan hanya kahwinempat saja ikut nabi, tetapi keseluruhan kehidupan. Jawapan yang diberikan ialah " ya laaaa..... tapi nabi itu Arab, kita Melayu. Mana boleh makan kambing.... darah tinggi tuuu".

Hahahahahaha.

Hari ini saya sakit kepala lalu saya hadiahkan perut saya dengan Nasi Arab berlauk kambing .... Dalam foto ini, nasinya nampak, Arabnya tersembunyi di sebalik kambing :)

Saturday, December 03, 2011

RM2 JUTA UNTUK PENULIS

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM2 juta dalam bentuk dana untuk penulis buku tempatan sebagai sebahagian daripada inisiatif membudayakan penulisan dan penerbitan buku bagi memudahkan rakyat membuat rujukan ilmiah.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memberitahu, dana itu bertujuan khusus untuk membantu penulis menerbitkan buku yang masih berada di peringkat manuskrip dan membeli buku secara terus daripada penulis.

“Mereka yang layak membuat permohonan bagi dana itu termasuk golongan penulis, guru dan para sarjana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (Bebas-Bagan Serai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Mohsin Fadzli ingin tahu apakah langkah-langkah untuk membudayakan penulisan dan penerbitan buku-buku ilmiah, separa ilmiah mahu pun penulisan komersil yang masih kurang dalam kalangan guru dan ilmuan.

“Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) turut mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai tanggungjawab penulis dan penerbit bagi mendapatkan International Standard Book Number (ISBN) dan International Standard Serial Number (ISSN),” kata Joseph.

Menurutnya beliau lagi, penulisan buku ilmiah oleh para sarjana tempatan lazimnya diterbitkan oleh koperasi penerbitan insitusi pengajian tinggi masing-masing.

Friday, December 02, 2011

TIDAK BERKAWAN DENGAN JIRAN

SAYA ada menerima sekeping cek. Ia datangnya daripada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Saya tidak minta bayaran ini, mereka sukarela bayar. Cepat pula bayarannya. Alhamdulillah syukur.

Cuma saya rasa sangat pelik, sebab cek ini adalah daripada bank luar negara. Walaupun cek itu memang laku, tetapi mengapa syarikat tempatan ini tidak menggunakan bank tempatan?.

Syarikat ini ada bilion-bilion duit. Jika guna bank tempatan, sudah tentu bank-bank tersebut juga akan dapat untung. Kongsi-kongsi untung. Bila guna bank asing, untungnya sudah tentu menjadi hak milik orang.

Pada fikiran saya, jawapannya ialah syarikat ini mahu jadi syarikat nombor satu dalam negara ini. Jika duit mereka yang banyak itu disimpan dan menggunakan kemudahan bank tempatan, mungkin bank itu yang kaya, untung dan akan merampas peluangnya menjadi syarikat nombor satu negara kita. Itulah telahan saya.

Teruk kan? telahan saya?. Lagilah teruk syarikat itu jika telahan saya itu banar.

Tuesday, November 29, 2011

BAKPAK JAPAN: BENTO BOX

SEMASA kembara kami Tokyo-Hiroshima-Tokyo tempoh hari, kami banyak sekali menaiki bullet train (shinkansen). Perjalanan dari pagi melewati senja sudah tentu memerlukan beberapa perkara pokok seperti makan-minum, bilik air dan solat.

Shinkansen memang menyediakan makanan yang dijual oleh kakitangan tren. Walau bagaimanapun ia barangkali tidak bersesuaian dengan selera kita. Status halalnya juga amat diragui. Vebding machine juga disediakan untuk membeli minuman. Oleh itu, rata-rata penumpang shinkansen membawa bekal, termasuklah kami. Apa yang membezakan di antara kami dengan penumpang Jepun (Nihonjin) ialah:

Kami makan bila lapar. Makan ramai-ramai (berkongsi) dan bising-bising

Nihonjin makan apabila masuk waktu makan (macam puasa pulak). Serentak saja membuka bento box bila jam 1pm. Mereka diam dan makan sendiri-sendiri.

Monday, November 28, 2011

HALAL LIVING

APABILA disebut perkataan HALAL, apa yang tergambar di minda kita barangkali hanyalah mengenai makanan. Adakah ayam ini disembelih? Adakah minyak yang digunakan tiada DNA babi? Selain daripada makanan, kita barangkali lupa atau leka mengenai halal. Cuma barangkali sekali-sekala apabila timbul isu, barulah kita sedar. Contohnya kasut atau bag dari kulit babi, alat solek dari uri bayi dan yang seumpama dengannya.

Saya bertemu dengan sebuah buku berjudul Halal Living karya M.HArith Mahmud terbitan Kemilau Publika. Tertulis di situ ...Adakah pandangan, pendengaran serta perilaku anda halal?. Adakah anda tahu nahawa anda akan ditanya tentang apa yang anda perbuat?. Pastikan seluruh kehidupan anda HALAL.

Selain daripada kandungan buku, apa yang lebih saya perhatikan ialah mengenai "nasib penulis". Buku ini selesai ditulis pada Julai 2006. Ia hanya diterbitkan pada Oktober 2011. Lebih dari lima tahun untuk diterbitkan. Beginilah nasib penulis .... Mengapa tidak cari alternatif lain?.

Thursday, November 24, 2011

LOUIS VUITTON (LV) VERSI JEPUN

LV adalah di antara jenama mewah, khususnya bagi bag untuk wanita. Barangan buatan Perancis ini dijual di serata dunia, khususnya kota-kota besar. Di Jepun, terdapat versi khusus LV, ia hanya untuk keluaran Jepun sahaja.
LV versi Jepun

Wednesday, November 23, 2011

PEMANDU PELANCONG SUKARELA

INI adalah Yoko San. Berusia 70+ tahun. Mempunyai anak dan juga cucu. Juga suami. Beliau adalah sukarelawan di daerah Kyoto, Jepun. Beliau mendaftar dengan Persatuan Pemandu Pelancong dan memberi khidmat sukarela kepada pelancong, khususnya pelancong asing untuk melawat Kyoto.

Beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan sangat mahir dengan selok-belok Kyoto.

Apabila ditanya, mengapa dia membuat kerja sukarela?. Banyak sebabnya, seperti sayangkan sejarah Kyoto dan seumpamanya. Namun yang paling mengesankan beliau adalah sejarah lampau dirinya.

Semasa masih menuntut, beliau ingin membeli suatu barang. Namun barang ini tidak dijual, melainkan dengan menggunakan kad kredit sahaja. Beliau tidak mempunyai kad kredit dan tidak dibenarkan membeli barang tersebut. Beliau sangat kecewa. Beliau sudah mempunyai cukup wang untuk membayar harga barangan tersebut, cuma tidak mampu mempunyai kad kredit. Hinggalah ada seorang asing yang memberi bantuan kepada beliau dengan menggunakan kad kreditnya. Akhirnya beliau berjaya memiliki barangan tersebut.

Semenjak dari itu, beliau berazam untuk membantu mana-mana orang asing yang datang ke daerahnya. Salah satu caranya ialah dengan menyertai sukarelawan.

DFomo arigato Yoko-san.

Tuesday, November 22, 2011

ENGRISH DI JEPUN (3)

What is the meaning for "keep of the premises?"

Monday, November 21, 2011

ENGRISH DI JEPUN (2)

Everyday the same low price. Not bad isn't?

Sunday, November 20, 2011

ENGRISH DI JEPUN

"You can pay some creditcard over 3,000 Yen" Makna ungkapan ini ialah "Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit terpilih bagi bayaran melebihi 3,000 Yen"

Apakah English yang lebih sesuai?

Saturday, November 19, 2011

BAKPAK JEPUN : SAKIT TUMIT DI KYOTO

KAMI bermalam di Yougendo, sebuah rumah tradisional Jepun yang berusia lebih 100 tahun. Pagi-pagi lagi kami keluar untuk melawat Kyoto. Tiba di stesen Kyoto, kami disambut oleh Yoko san, seorang sukarelawan yang membuat kerja-kerja amal membawa pelancong bersiar-siar di Kyoto. Kami dibawa berjalan dan diberi penerangan mengenai pelbagai perkara, khususnya tempat bersejarah di Kyoto.

Punyalah jauh berjalan, penat sungguh kaki saya. Sakit lama di tumit muncul kembali. Tiba di sebuah kedai, kami masuk melihat-lihat dan tuan kedai bertanya "apa masalah kamu?". Saya jawab "sakit tumit". Beliau secara sukarela memberi rawatan percuma menggunakan sejenis plaster yang dijual di kedainya. Ia teknik baru katanya. Plaster ini adalah Titan Tape. Ia boleh dipakai selama tiga hari dan Alhamdulillah legalah sedikit sakitnya. Walau bagaimanapun plaster tersebut terpaksa ditanggalkan semula beberapa jam kemudian sebab saya ingin solat.

Monday, November 14, 2011

SAYA MEMANG AMATUR

BEBERAPA bulan yang lalu, saya dihubungi oleh seseorang. Tujuannya ialah berkaitan buku saya "Buat Duit Dengan Foto".

Hubungan melalui telefon tersebut diakhiri dengan pertemuan. Beliau datang dari jauh, beratus kilometer untuk menemui saya bagi membincangkan mengenai buku saya. Ada beberapa perkara yang beliau mahukan penjelasan lanjut. Ada satu dua perkara yang beliau kurang faham. Saya menerimanya dengan lapang dada dan memang bersedia untuk memberi penerangan yang diperlukan.

Namun, tujuan sebenar mereka berdua datang adalah untuk "buat duit" dengan saya. Mereka mahu saya memberi ceramah atau bengkel mengenai kandungan buku saya dalam sesi yang mereka adakan. Mereka akan cari peserta, uruskan tempat, pungut yuran dan meminta saya menyampaikan ceramah.

Saya tidak berkira. Saya fikir ia tidak salah untuk memberi penerangan setakat yang termampu. Saya juga tidak mengenakan sebarang syarat ataupun menetapkan bayaran. Walau bagaimanapun, duit minyak ataupun penginapan saya sekiranya perlu perlulah diuruskan. Saya juga minta kursus diadakan pada hujung minggu supaya saya tidak perlu memohon cuti. Mereka setuju. Saya OK.

Berdasarkan perjanjian mulut tersebut, saya mulalah membuat penyelidikan, mengumpul bahan, menubuhkan tim dan pelbagai lagi.

Apabila hampir tiba dengan tarikh yang dijanjikan, tidak ada apa-apa. Saya hubungi mereka dan mereka "terlupa" dan cadangkan tarikh baru. Saya OK saja. Kini tarikh baru sudah hampir berlalu.

Jika saya orang profesional, belum apa-apa lagi saya sudah kenakan bayaran. Hatta untuk bertemu. Take-it or leave-it.

Inilah nasib pemain amatur.

Tuesday, November 08, 2011

SYABU-SYABU

SAYA bukanlah seorang yang fancy ataupun memilih, ataupun penggemar mahuppun cerewet tentang makanan. Bagi saya, makan bila lapar dan makan untuk kenyang sahaja. Saya kategorikan saya sebagai orang yang tidak kuat makan, tidak banyak makan dan tidak suka makan yang pelbagai. Juga tidak suka mencuba makanan yang baru.

Walaupun begitu, Allah uji saya dengan penyakit berlebihan zat makanan. Ia itu protin terlebih dalam badan. Jika mengikut hukum, saya adalah manusia yang kurang zat. Tidak mengapalah.

Lantaran itu saya tidak pernah mendengar akan makanan yang bernama syabu-syabu. Saya tidak pernah makan. Walau bagaiamanpun semasa di Jepun beberapa hari yang lalu, saya diajak oleh seorang sahabat yang mengusahakan syabu-syabu di Tokyo. Beliau menubuhkan Malaysia Halal Corporation Ltd secara usahasama dengan orang Jepun. Katanya syarikat beliau adalah satyu-satunya pengeluar daging halal di Jepun. Daging halal yang lain semuanya diimpot. Kos yang dikenakan bagi memakan syabu-syabu ini ialah Yen 4,000 seorang (sekitar RM160). Saya cuba. Ternyata sedap dan lazat.

Monday, November 07, 2011

TRAVELOG WARTAWAN ISLAM

DALAM penerbangan Tokyo-Kuala Lumpur saya habis membaca sebuah buku berjudul Travelog Wartawan Islam oleh Roslan Hamid. Seronok membaca buku ini. Ia menceritakan tentang pahit-maung dan tendang-terajang dalam dunia kewartawanan. Penulis yang merupakan seorang wartawan akhirnya melepaskan jawatannya kerana Islam. Bahagian pertama buku ini menceritakan sebuah travelog yang hidup. Walau bagaimanapun Bahagian Kedua?

Saturday, October 29, 2011

BAKPAK JEPUN : HIROSHIMA - NARA

HARI KEEMPAT.

Jadual hari ini ialah ke Pulau Miyajima.

Dari Oji Eki menaiki shinkansen.

menginap di Yougendo

Tempat-tempat menarik di sini:

~ Nara Park

~ Nara Heijho-kyo

~ Todaiji Temple

~ Naramachi

~ Mt Kasuga Forest

BAKPAK JEPUN : TOKYO - HIROSHIMA

BANGUN awal pagi. Dari Ikebukuro ke Tokyo Eki

Shinkansen (bullet train) dari Tokyo ke Hiroshima

Tiba di Hiroshima. Menginap di K'House Hiroshima

Mau ke mana ya? ...... berbasikal ke

~ Peace Park

~ Atomic Bomb Dome

~ Miyajima Island

Friday, October 28, 2011

BAKPAK JEPUN : TOKYO

TIBA di Tokyo seawal 6.30am. - Imigresen

- Kastam

- Urusan JR Pass

- Perjalanan dari Narita ke Ikebukuro

- Simpan bag

- Free time

- Temujanji dengan Ibu Pejabat JICA, 2pm

+ Temujanji Makan Malam dengan Mr. Takashi Yamamoto di sekitar Ikebukuro. Beliau adalah ketua kursus dan pensyarah yang mengajar saya semasa di Okinawa International Center (OIC) pada tahun 1999 dahulu.

Selepas meninggalkan OIC, saya berjumpa lagi dengan beliau di Tokyo. Kini beliau mengetuai syarikat NTT-East.

+ Selepas diner ada lagi temujanji dengan usahawan Malaysia yang menyediakan makanan steak halal di sini . Hmmmmmm.... Malam ini perlu tidur awal sebab esok akan berakngakat ke Hiroshima.

Wednesday, October 26, 2011

BAKPAK JEPUN : PACKING

HARI ini, Rabu. Hari Deepavali. Esok akan terbang ke Jepun menyertai bakpak (backpackers). Jadi hari ini dapatlah pelaung untuk packing.

Thursday, October 20, 2011

NAMA SAYA ENCIK BASRI

DALAM mesyuarat jabatan, Aling diperkenalkan kepada staff yang lain.

Aling: Nama saya Aling. Juruanalisa Sistem. Berasal dari Pantai Timur.

Basri: Nama saya Encik Basri. Saya seorang jurutera. Saya adalah graduan dari UK.

Selepas selesai mesyuarat, Aling bersembang dengan Leong.

Aling: Mengapa Basri memanggil nama dia sendiri sebagai Encik Basri?

Leong: Dia baru balik dari UK. Orang Putih biasanya panggil dia Mr. Basri. Jadi dia panggil diri dia sendiri Encik Basrilah.

Abdah: Bukan itu sebabnya. Sebab sebenarnya ialah dia seorang lulusan kejuruteraan. Jawatannya ialah jurutera. Walau bagaimanapun dia belum lagi mendapat kelayakan ikhtisas sebagai jurutera daripada Lembaga Jurutetra Malaysia. Oleh itu dia tidak boleh gunakan gelaran Ir. Sekiranya dia sudah disahkan, makan nama dia ialah Ir. Basri, bukan lagi En. Basri.

Aling dan Leong hanya mengangguk faham.

Tuesday, October 18, 2011

MEDIA INTERNET TIDAK BERKESAN

SEHINGGA kini saya agak sudah lebih 10,000 orang rakyat Malaysia (kebanyakannya dari sektor awam) yang dihantar berkursus di Jepun di bawah anjuran JICA (Japan International Cooperation Agency). Saya mempunyai lebih 8,000 orang dalam database. Selebihnya tidak dapat dikesan.

Sememangnya tidak semua mempunyai kemudahan e-mel atau capaian Internet. Saya cuma dapat memungut 700+ alamat e-mel sahaja di kalangan 2,000 yang menyertai Alumni.

DAri 700+ emel ini, cuma 5 orang sahaja yang memberi respond apabila saya mengutus e-mel ingin memberi langganan majalah secara PERCUMA selama 6 bulan.

Adalah sangat tidak munasabah apabila bahan berharga ingin diberi secara percuma tanpa syarat tidak bersahut. Jika begitu, saya buat kesimpulan bahawa meraka yang 700 orang ini tidak membaca e-mel atau tidak mengendahkannya.

Jadi bagaimana pemasaran melalui e-mel boleh berkesan?

Fikir-fikirkanlah ...

Saturday, October 15, 2011

PENCEN 60

DALAM bajet 2012, kerajaan mengumumkan usia pencen kakitangan awam dinaikkan dari 58 tahun ke 60 tahun. Kununnya CUEPACS yang minta. Sebabnya di usia 60 tahun, rakyat masih sihat lagi, masih produktif, masih boleh menyumbang untuk kerajaan. Ada yang suka ada yang duka. Ada yang sokong ada yang bangkang. Biasalah. Biasanya orang muda (bawah 40 tahun), bercita-cita ingin pencen awal, iaiatu 55 tahun. Jika 50 tahun dapat pencen lagi suka. Bagi orang tua (lebih 55) biasanya ingin pencen lewat. Ia itu 60 atau jika 70pun tidak mengapa. Ada kalanya orang yang sama, semasa muda nak pencen 55, bila sudah 55 ingin pencen 60 pula. Berubah-ubah. Itulah manusia. Mengapa ingin pencen awal? - Stress di tempat kerja - Ingin berniaga W@ kerja sendiri - Inginkan kebebasan. Tidak suka diperintah oleh bos - Malas bangun pagi. Malas tempoh jem - Ingin bersenang-senang - Ingin beribadat Mengapa ingin pencel lewat? - Hutang banyak. Tanggungan banyak - Badan sihat lagi - Boring bila pencen dan tak buat kerja - Duduk rumah lagi stress, lebih baik kerja - Kerja ada kuasa, pencen kalu kuasa yilek - Kerja tu kan suatu ibadat ... Macam-macam lagilah. Cuma saya fikir, jika persekitaran kerja adalah menyeronokkan, sudah tentu tersangat ramai kakitangan akan suka kerja, kerja dan kerja tanpa mengira masa dan usia. Menyeronokkan di sini bukan bererti rileks atau sambil lewa, tetapi mereka dihormati, mendapat upah yang setimpal dan yang seumpama dengannya. Itu sahaja.

Thursday, October 13, 2011

POKOK BULUH TEMPAT HANTU ?

JIRAN depan rumah saya tanam pokok buluh sebagai pagar kawasan rumahnya. Cantiklah nampaknya. Saya juga ada menanam dua perdu buluh di belakang rumah. Ia sudah besar dan agak sukar dipelihara. Tinggi dan susah untuk dipotong.
1. Anak saya kata, "cikgu kata, bila pokok buluh ini bercantum daunnya (dua perdu ditanam berjauhan), ia adalah tempat orang bunian bergayut". 2. Kawan saya kata, "Ustaz xxxxx tidak suka orang Melayu tanam buluh, sebab ia adalah tempat jin berumah" 3. Kawan saya berbangsa Cina kata, "cantiklah rumah you, ada pokok buluh" 4. Jiran saya (yang lain) kata "mana dapat ini buluh? cantiklah..." Saya ingin tanya ..... ada ke mana-mana hadis atau fatwa mengenai pokok buluh ini?. Jika benar ada, saya tidak sayang sangat untuk tebang ... Terima kasih.

Wednesday, October 12, 2011

ABANG ZUL

Abang Ahmad Zulkifli dari Kuching, Sarawak bersama buku saya "50 Jawatan Terpilih dalam Kerajaan". Terima kasih.

Wednesday, September 28, 2011

BUAH ATAU SUPLIMEN ?

"susu ibu adalah yang terbaik, namun susu XXX adalah sebagai alternatif terbaik sekiranya ..." "buah-buahan adalah yang terbaik, namun makanlah pil ABC kerana lebih mudah, lebih ringkas dan ... "
UNTUK memakan suplimen, kira-kira RM200 sebulan diperlukan. MAna yang lebih baik, suplimen atau RM200 itu dibeli buah dan sayur untuk makanan iringan harian? Sudah ada banyak pro dan kontra, saya pilih buah dan sayur. Anda bagaimana?

Tuesday, September 27, 2011

MyJICA: past, present and future

Hari ini saya berbelanja hampir lapan ratus ringgit kerana membeli scanner dan printer. Tujuannya ialah untuk membuat dan menyiapkan projek myJICA - past, present and future. Ia itu dokumentasi 25 tahun alumni JiCA di Malaysia. Mengapa belanja sendiri ? Sebab saya nak siapkan dokumentasi ini. Jika upah scanning mungkin kosnya lebih mahal. Oleh itu buat sendiri sahajalah.

Monday, September 26, 2011

HADIAH HARILAHIR @ 26 SEPTEMBER

PADA hari ini tahun lepas, buku saya diterbitkan. Ia merupakan hadiah hari lahir yang sangat bermakna untuk diri sendiri.
Pada tahun ini, ia itu setahun kemudian, saya telah menerima sekeping cek royalti. Sekali lagi ia merupakan hadiah hari lahir yang tidak terhingga nilainya. Ini bukanlah royalti yang pertama, kerana sebaik sahaja manuskrip mula dicetak, royalti pertama ataupun pendahuluan sudahpun dibayar.
Sedang berkira-kira, apakah barangan bermakna untuk ditukar dengan cek ini.