Pages

Monday, November 14, 2011

SAYA MEMANG AMATUR

BEBERAPA bulan yang lalu, saya dihubungi oleh seseorang. Tujuannya ialah berkaitan buku saya "Buat Duit Dengan Foto".

Hubungan melalui telefon tersebut diakhiri dengan pertemuan. Beliau datang dari jauh, beratus kilometer untuk menemui saya bagi membincangkan mengenai buku saya. Ada beberapa perkara yang beliau mahukan penjelasan lanjut. Ada satu dua perkara yang beliau kurang faham. Saya menerimanya dengan lapang dada dan memang bersedia untuk memberi penerangan yang diperlukan.

Namun, tujuan sebenar mereka berdua datang adalah untuk "buat duit" dengan saya. Mereka mahu saya memberi ceramah atau bengkel mengenai kandungan buku saya dalam sesi yang mereka adakan. Mereka akan cari peserta, uruskan tempat, pungut yuran dan meminta saya menyampaikan ceramah.

Saya tidak berkira. Saya fikir ia tidak salah untuk memberi penerangan setakat yang termampu. Saya juga tidak mengenakan sebarang syarat ataupun menetapkan bayaran. Walau bagaimanapun, duit minyak ataupun penginapan saya sekiranya perlu perlulah diuruskan. Saya juga minta kursus diadakan pada hujung minggu supaya saya tidak perlu memohon cuti. Mereka setuju. Saya OK.

Berdasarkan perjanjian mulut tersebut, saya mulalah membuat penyelidikan, mengumpul bahan, menubuhkan tim dan pelbagai lagi.

Apabila hampir tiba dengan tarikh yang dijanjikan, tidak ada apa-apa. Saya hubungi mereka dan mereka "terlupa" dan cadangkan tarikh baru. Saya OK saja. Kini tarikh baru sudah hampir berlalu.

Jika saya orang profesional, belum apa-apa lagi saya sudah kenakan bayaran. Hatta untuk bertemu. Take-it or leave-it.

Inilah nasib pemain amatur.

No comments:

Post a Comment