Pages

Saturday, October 15, 2011

PENCEN 60

DALAM bajet 2012, kerajaan mengumumkan usia pencen kakitangan awam dinaikkan dari 58 tahun ke 60 tahun. Kununnya CUEPACS yang minta. Sebabnya di usia 60 tahun, rakyat masih sihat lagi, masih produktif, masih boleh menyumbang untuk kerajaan. Ada yang suka ada yang duka. Ada yang sokong ada yang bangkang. Biasalah. Biasanya orang muda (bawah 40 tahun), bercita-cita ingin pencen awal, iaiatu 55 tahun. Jika 50 tahun dapat pencen lagi suka. Bagi orang tua (lebih 55) biasanya ingin pencen lewat. Ia itu 60 atau jika 70pun tidak mengapa. Ada kalanya orang yang sama, semasa muda nak pencen 55, bila sudah 55 ingin pencen 60 pula. Berubah-ubah. Itulah manusia. Mengapa ingin pencen awal? - Stress di tempat kerja - Ingin berniaga W@ kerja sendiri - Inginkan kebebasan. Tidak suka diperintah oleh bos - Malas bangun pagi. Malas tempoh jem - Ingin bersenang-senang - Ingin beribadat Mengapa ingin pencel lewat? - Hutang banyak. Tanggungan banyak - Badan sihat lagi - Boring bila pencen dan tak buat kerja - Duduk rumah lagi stress, lebih baik kerja - Kerja ada kuasa, pencen kalu kuasa yilek - Kerja tu kan suatu ibadat ... Macam-macam lagilah. Cuma saya fikir, jika persekitaran kerja adalah menyeronokkan, sudah tentu tersangat ramai kakitangan akan suka kerja, kerja dan kerja tanpa mengira masa dan usia. Menyeronokkan di sini bukan bererti rileks atau sambil lewa, tetapi mereka dihormati, mendapat upah yang setimpal dan yang seumpama dengannya. Itu sahaja.

1 comment: