Pages
▼
Wednesday, April 27, 2011
NOT EVERYBODY CAN FLY
SEMENJAK adanya perkhidmatan tambang murah AirAsia, everybody can fly. Dulu menaiki kapalterbang hanya untuk kumpulan elit dan berwang sahaja (beruang tidak naik kapalterbang).
Penempatan pertama saya sebagai pegawai kerajaan adalah pada hujung tahun 1982. Saya bertukar ke jabatan lain pada 1989. Ini bermakna saya bekerja dalam organisasi pertama ini lebih daripada enam tahun. Selama enam tahun ini, tidak pernah sekalipun majikan saya memberi peluang untuk saya menaiki kapalterbang. Ini bermakna saya tidak pernah ke luar negara. Jika adapun kerja di luar stesen, saya diarahkan menaiki kereta pejabat bersama-sama dengan pegawai lain.
Saya fikir perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kini kerana "everybody can fly".
Setelah saya bertukar (secara literal) ke organisasi kedua, soalan pertama yang ditanya oleh bos ialah "sudah berapa kali ke luar negara?". Saya jawab tidak pernah. Bos seterusnya bertanya, berapa lama saya ingin tinggal di luar negara. Saya jawab suatu tempoh paling panjang yang dibenarkan. Akhirnya bos menghantar saya ke Jepun untuk tempoh selama enam bulan. Jepun adalah negara pertama di luar Malaysia yang saya pergi. Bukan Singapura. Bukan Thailand.
Bos saya pada masa itu risau kerana tidak ramai pegawai yang mahu ke luar negara, apatah lagi jika tempohnya panjang. Saya pula adalah sebaliknya.
No comments:
Post a Comment