Pages

Tuesday, April 26, 2011

AKU PENULIS ?


SEHINGGA kini tiga (3) buah buku saya telah diterbitkan oleh dua buah penerbit. ia itu 2008, 2009 dan 2010. Pada tahun 2011 ini belum tentu lagi. Sebagai penulis, saya diberikan keistimewaan untuk membeli buku-buku keluaran kedua-dua penerbit ini dengan diskaun yang agak lumayan. Maknanya .... jika saya mahu beli buku dengan semua penerbit yang lain, buku saya perlu diterbitkan oleh mereka. Hmmm.... saya sedang fikirkan perkara ini denagn serius.

Pagi tadi saya berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC. Orang tidak ramai pada hari-hari begini. Peluang untuk memilih dan membeli buku adalah lebih selesa. Saya ke gerai penerbit pertama dan memilih dalam sepuluh buah buku. Bawa ke kaunter dan bertanya akan diskaun. Juruwang memberitahu diskaun adalah 20% dan saya memperkenalkan diri bahawa "saya adalah penulis". Juruwang terus memberikan diskaun istimewa. Saya bertanya kepada juruwang "awak percayakah saya ini penulis?. Jika saya bohong bagaimana"?. Dia percaya dan saya ucap terima kasih.

Selepas itu saya pergi kepada gerai penerbit kedua. Saya pilih lima buah buku dan bawa ke kauntar serta bertanya diskaun. 20% katanya. Saya memperkenalkan diri sebagai "penulis". Namun kali ini kod 'aku penulis' itu tidak laku. Sistem kata hanya 20% saja, tidak lebih. Penulis ke tidak ke, sama saja diskaunnya. Saya berkeras mahukan diskaun penulis (sebab sudah banyak buku dari penerbit ini saya beli dengan diskuan penulis sebelum ini). Tidak boleh juga. Diskaun penulis hanya boleh diperolehi di pejabat sahaja katanya. Saya tidak jadi membeli buku dari penerbit ini. Tidak mengapalah. Tidak munasabah sungguh untuk beli buku, termasuk buku sendiri perlu bayar dengan harga yang tidak munasabah. Saya tinggalkan kaunter.

Kepada penerbit pertama dan kedua, saya syorkan (sudah banyak kali buat syor) supaya diadakan "kad penulis". Mungkin bagi tempoh sahlaku yang tertentu.

Kepada penerbit pertama, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih.

kepada penerbit kedua, saya syorkan supaya lebih "mesra penulis"

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment